Lama Naurah termenung di luar jendela yang berada di sebelahnya. Tersentak dia apabila disergah. Tajam dia memandang Nayl sepupu tak gunanya itu yang sedang ketawa terbahak-bahak.
"Amboi, jauh betul termenung. Tengah teringat dekat siapa tu? Eh, mesti lah aku. Kan?" Sakat Nayl sambil ketawa.
"Hei, gila lah aku nak teringatkan kau. Memang tak lah!" Marah Naurah sambil menjeling tajam.
"So, kau tengah fikir apa? Daripada tadi aku tengok muka kau macam ada masalah je?" Soal Nayl sambil mengambil tempat dihadapan Naurah.
"Isy... Kau tak payah sibuk lah. Dah, dah pergi lah ke office kau. Tak payah sibuk dalam hal aku." Malas dia mahu melayan sepupunya yang suka menyibuk dalam halnya. Dia sengaja sibukkan diri dalam kerja-kerjanya yang masih belum selesai.
Fail dan pen dicapai. Dia mahu meneruskan kerja-kerjanya yang belum selesai.
"Aku sebagai bos kau, aku kena tahu apa masalah yang kau tengah fikirkan. So, bagitahu aku cepat apa masalah kau?"
Nayl sudah membuka telinga mahu mendengar masalah daripada Naurah. Bukan senang Naurah mahu memberitahu pada Nayl macam tu aje, dia hanya diam tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan.
"Eh, aku cakap dengan kau ni. Aku rasa kau masih ada telinga, maybe kau belum pekak lagi."
"Eee!! Kau diam boleh tak? Aku kata, aku okey. Tak ada masalah pun. Tak payah sibuk dalam hal aku boleh tak?!" Marah Naurah.
Dia yang sedang sakit hati, Nayl boleh pulak tersengih tayang gigi besinya. Makin bertambah geram dia.
"Kau katup mulut boleh tak? Jangan nak sengih sangatlah!" Marah Naurah yang masih tidak puas hati.
"Aku pakai braces, payah nak rapat mulut." Sempat lagi Nayl buat lawak. Makin bertambah panas hatinya.
******
"Entahlah wei. Aku tengok dia tadi stress sangat? Aku pun tak tahu apa masalah yang dia hadap sekarang ni."
Arif bekerja sebagai chef di hotel tersebut. Senanglah Nayl kacau dia setiap hari.
"Mungkin dia baru lepas putus cinta kut." Tebak Arif tanpa memandang Nayl. Dia sedang sibuk menghidang makanan.
Pecah tawa Nayl. "Boyfriend? Hei, dia mana lah ada boyfriend. Perangai garang kalahkan singa macam tu ada boyfriend? Memang tak lah, last-last lelaki lain semua lari takut nak dekat dengan dia. Hanya aku sorang aje boleh dekat dengan dia." Ujar Nayl yang sudah berlagak.
"Kau pasti?"
"Yes. Sebab aku tak pernah nampak pun lelaki jumpa dia."
"Itu kau, aku ni banyak kali jumpa boyfriend dia tau. Tapi, kan aku rasa boyfriend dia lagi handsome daripada kau." Sengaja Arif bagi Nayl sakit hati. Dia tersenyum senget.
"Kau biar betul? Kau jumpa dia dekat mana? Nama dia apa? Dia tinggal mana?" Bertalu-talu Nayl menyoal. Kelihatan wajah Nayl seperti cemburu.
"Hah, kan dah kata... Kau cemburu." Pecah tawa Arif.
Sudip yang berada di situ, laju Nayl capai lalu dia mengetuk kepala Arif. Terhenti tawa rakannya itu.
"Sakitlah...aku bagitahu mak aku."
"Hah, bagi lah tahu." Tajam Nayl menjeling. Dia sudah cuak tadi, tiba-tiba pulak Arif kawan sengalnya ini bermain-main pula.
Pecah tawa Arif. Terbahak-bahak dia ketawa.
"Kau ni tak boleh nak tolong aku, lah. Bagi aku terkejut adalah." Tajam Nayl menjeling.
"So, ternyata... Yang kau ada perasaan dengan Naurah, kan?" Soal Arif sambil tersenyum senget.
"Kau nak kena kali kedua ke?" Sudip dicapai semula.
"Eh, jangan-jangan. Pecah pulak nanti kepala hotak aku ni." Sengih Arif sambil ketawa terbahak-bahak. Nayl melepaskan keluhan kecil.
*****
"Macam mana ya kalau ayah aku dah carikan aku calon suami? Aku tak nak kahwin..." Rengek Naurah.
"Kau dah suruh mama kau pujuk papa kau?"
"Dah, tapi mama aku kata tak berjaya. Papa aku tetap nak carikan calon suami untuk aku." Jawab Naurah dengan nada suara sungguh kecewa.
"Oh. So, macam mana? Tak akan lah kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?" Soal Aina yang turut ligat berfikir.
"Tulah. Kalau rancangan pertama tak berjaya aku guna rancangan kedua aje lah.."
"Rancangan kedua? Apa?"
"Lari rumah." Jawab Naurah dengan nekad. Terbahak-bahak Aina ketawakan rakannya itu.
"Kau gelak apa? Aku cakap betul lah ni!" Jeling Naurah sambil memeluk tubuh.
"Belum sempat kau lari rumah, kau dah jadi isteri orang. Padan muka kau. Isy... Kau ni, idea yang tak masuk akal langsung lah."
"Dah hanya ada idea tu aje dalam kepala hotak aku ni. Si mamat tak betul tu, tak berguna langsung. Sejak aku kerja jadi PA dia, banyak kali dia mengadu pada papa aku tentang perangai aku. Eee!! Geramnya aku, kalau dia ada dekat depan aku ni, nak je aku rabakkan mulut dia tu biar tak boleh bercakap!!" Luah Naurah dengan hati yang masih panas.
"Kau orang ni tak habis-habis bergaduh. Tak tamat lagi ke peperangan kau dengan Nayl tu? Hei, orang tua-tua kata jangan benci pada orang sangat. Nanti boleh tersuka. Hah, kalau kau tersuka dekat mamat tu aku tak tahu lah." Ujar Aina menggeleng kepala sambil menyedut straw minumannya.
"Isy... Kau jangan lah cakap macam tu. Nanti masin mulut kau macam mana?! So, sekarang ni aku tengah stress tentang papa aku. Aina, tolong lah akuu.." Rayu Naurah.
"Aku nak tolong apa? Kalau jodoh kau dengan sepupu kau sendiri, kau terima jelah. Lagipun, Nayl tu apa kurangnya. Handsome, kacak, tampan."
Kuat Naurah memukul bahu Aina. Pecah tawa gadis itu.
"Kau ni, tak habis-habis cakap pasal mamat tu. Kalau dia jodoh aku memang tak lah aku terima dia. Awal-awal lagi aku reject. Sekarang ni aku tengah fikir untuk pujuk papa aku, kau ni tak guna langsung lah. Hati aku sakit lagi tau dengan mamat tu, boleh pulak kau sebut-sebut nama dia!" Marah Naurah sambil menjeling tajam pada rakannya yang terbahak-bahak ketawakan dia.
Sungguh dia stress. Lepas satu-satu masalah timbul dalam kepalanya. Dengan sepupu sengalnya lagi, dengan papanya lagi. Sungguh dia tertekan. Tambah-tambah lagi kerja-kerjanya, lagilah bertambah stress!
Share this novel