BAB 6

Romance Completed 31452

Sudah hampir sebulan Naurah bekerja dengan Nayl. Dia juga sudah tahu semua tentang pengurusan hotel milik papanya. Hampir lama juga dia bekerja dengan Nayl, lelaki itu banyak membantunya dalam kerja dan mengajarnya semua tentang pengurusan hotel Fortune itu.

"So, appointment dengan Dato Jefri dah selesai. Ada appointment yang lain ke?" Soal Naurah yang sedang menulis pada buku catatannya.

"Ada."

"Apa?"

"Tarikh perkahwinan kita," sakat Nayl.

"Eee!! Kau ni! Nak cari gaduh ke? Orang tanya elok-elok dia main-main pulak!" Marah Naurah sambil menjeling tajam pada Nayl yang sudah ketawa kecil.

"Okey so, bos yang dihormati. Boleh saya pulang? Sudah pukul 6 petang. So, saya nak pulang nak rehat nak tidur. Okey bye." Naurah terus melangkah keluar dari pejabat Nayl, tetapi dihalang. Naurah mendengus kasar.

"Apa lagi?" Soal Naurah tegas.

"Amboi, garangnya. Cubalah lembut sikit bila bersuara tu. Ni kalau lelaki lain tengok kau macam ni, mahu semuanya lari tak nak dekat dengan kau. Garang macam singa!" Naurah menjeling ke atas. Malas dia mahu dengar bebelan sepupunya.

"Nak apa lagi, bos?" Soal Naurah lembut, tapi dipaksa.

"Hah, macam tu kan bagus. Baru lah aku sayang."

Euw! Siapa sayang dia? Perasan betul lah mamat ni. Bisik hati Naurah sambil menjeling tajam pada Nayl yang sudah tersengih-sengih.

"Malam ni mak ngah dengan pak ngah ada buat makan malam. So, kau nanti datang tau. Jemput sekali mama papa kau datang ke rumah aku." Ujar Nayl.

Berkerut dahi Naurah.

"Makan malam? Untuk apa? Hei, lebih baik aku makan dekat rumah aje lah." Tolak Naurah.

"Bukan sayang. Makan malam untuk keluarga kita aje. Tak sudi datang tak apa, tak paksa pun." Ujar Nayl lembut sambil menjeling sepupunya.

"Oh... Sebabkan kau ada dekat sana, aku malas datang. So, kau kirim salam aje lah ya dengan mak ngah dan pak ngah." Putus Naurah dan melangkah pergi dari situ. Nayl tersenyum senget.

******

"Alah, papa... Naurah tak nak pergi. Malas lah, lagipun Naurah penat sangat. Please papa... Naurah tak nak pergi." Pujuk Naurah pada papanya yang sudah siap memakai baju.

"Kita tak lama pun ke sana, sekejap aje. Papa nak juga Naurah pergi. Lama dah kita tak kesana." Putus Encik Omar dan melangkah keluar dari rumah.

Naurah mendengus kasar. Dia memeluk tubuh. Sudah berkali-kali dia pujuk papanya, tetapi Encik Omar tetap menyuruh Naurah mengikut sekali.

*****

Sampai aje ke rumah Nayl. Naurah mula berubah perangai menjadi sopan tetapi dalam hati mengutuk orang. Dia menjeling tajam pada Nayl yang sedang bersembang mesra dengan abangnya, iaitu abang Naim.

"Eh, Naurah. Ya Allah, dah besar dah, cantik pulak tu." Puji Puan Zainab, mak saudaranya. Nak tak nak, Naurah tetap mengukir senyuman dibibir sambil mengucup tangan mak saudaranya.

Sungguh riuh di dalam rumah itu. Banyak adik saudara, abang saudara yang turut berada di situ. Yang paling sedih, ramainya semua anak kecil. Hanya dia aje yang kakak.

"Hah, jemput lah makan ya." Pelawa Puan Zainab mesra. Naurah hanya mengangguk. Langkahnya satu demi satu melangkah ke belakang. Mencari tempat sembunyi, rimas pula kalau ramai-ramai.

"Auch!" Nasib tidak terjatuh. Dia telah langgar bahu dengan seseorang.

"Lah, kau datang pulak? Tadi kata tak nak datang." Soal Nayl pelik.

Aduhai, macam mana lah aku boleh terserempak dengan mamat sengal ni? Bisik hati Naurah sambil menjeling tajam pada Nayl.

"Sebab papa lah... Kalau bukan sebab papa, tak adanya aku datang!" Jawab Naurah dengan sungguh marah.

"Ke sebab nak tengok muka aku? Kau rindu ya?" Sakat Nayl. Suka dia kenakan Naurah.

"Hei, sorry sikit. Memang tak lah! Dah tepilah, malas aku layan kau!" Jawab Naurah dengan sungguh garang, dia terus melangkah pergi dari situ. Menyampah mahu melayan perangai merepek sepupunya itu. Nayl ketawa kecil, suka pula dia menyakat sepupunya.

*****

Perut yang tadi kosong, kini sudah mengisi. Perlahan-lahan dia menggosok perutnya yang sudah kenyang. Apabila dia kenyang, dia happy. Naurah tersengih kecil. Dia terus melangkah masuk ke dalam dapur. Melihat lantai dapur sungguh licin, dia melangkah sungguh berhati-hati.

"Maaf ya Naurah, tadi air tumpah. Tulah, mak ngah mop ni. Hati-hati ya jalan." Pesan Puan Zainab. Naurah tersenyum sambil mengangguk. Dia terus berjalan menghampiri singki dapur.

Pinggan dicuci, sempat dia melihat susuk tubuh mak ngahnya sudah tidak kelihatan.

"Hoi!"

Terkejut Naurah. Mahu saja terlepas pinggan yang dipegang oleh Naurah. Dia sungguh geram! Tajam dia memandang Nayl yang terbahak-bahak ketawakan nya.

"Isy... Kau ni tak ada kerja lain ke, hah?!" Marah Naurah. Dia meneruskan mencuci pinggan, dan melangkah masuk ke dalam. Malas dia mahu berperang lagi dengan sepupu tak betulnya itu.

Baru aje dia mahu melangkah masuk, kuat dia menjerit apabila matanya terpandang pada seekor lipas yang berada berhampiran dengannya. Laju langkahnya pergi, tetapi tidak dapat selamatkan diri. Kakinya telah tergelincir akibat lantai yang masih licin.

Badannya serta-merta tidak lagi dapat dikawal, hanya tunggu masa aje dia terjatuh di atas lantai yang masih licin itu. Nyaring jeritannya bergema di ruangan itu.

Mata dipejam rapat. Ah, sudah lah Naurah. Redha aje lah kau nanti orang ketawakan kau sebab kau jatuh. Bisik hati Naurah yang pasrah.

Tergamam dia apabila merasa tubuhnya langsung tidak sakit. Sikit pun tidak rasa. Tersentak dia melihat Nayl telah menyambut tubuhnya daripada jatuh ke bawah.

Mata mereka salin berpandangan. Langsung tidak mengelip mata. Liur ditelan, saat ini jantungnya berdegup dengan sungguh hebat. Lipas yang tadi dia nampak juga entah sudah hilang ke mana.

Sengaja Nayl mendekatkan wajahnya pada wajah Naurah. Tubuh gadis itu hanya kaku, sedikit pun tidak boleh bergerak.

Saat ini wajah mereka hanya tinggal beberapa inci. Sungguh tiada ruang. Naurah hanya memejamkan matanya, sudah tidak tahu mahu buat apa. Mahu lari, tetapi tubuhnya sedang dirangkul kemas oleh Nayl.

"Astaghfirullah hal adzim." Ucap Encik Omar.

Tersentak mereka berdua. Naurah menelan liur. Pantas dia berdiri semula dan membetul-betulkan bajunya. Dia mengetap bibir, wajahnya mula merah padam melihat ramai orang berada di hadapannya. Seperti, dia sudah ditangkap basah pula.

"Ya Allah, apa yang kamu berdua ni buat, hah?" Soal Encik Omar. Terkejut dia melihat mereka berdua yang sedikit lagi mahu mengucup bibir.

"Err... Papa sebenarnya salah faham...kami...err.." Sungguh susah untuk dia jelaskan. Lidahnya kelu. Dia melihat mereka semua sudah menggeleng kepala.

"Nayl, apa yang kamu dah buat?" Soal Encik Rahim yang juga terkejut melihat. Nayl menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Jadi, kita sudah dapat calon suami yang tepat untuk Naurah, iaitu...Nayl." Jawab Encik Omar. Bulat mata Naurah mendengar. Terlopong luas dia saat ini.

"What?! No, uncle. Tadi sebenarnya...err...Naurah dia tergelincir..." Jelas Nayl tetapi masih gagap.

"Sudah, sudah... Ayah dah tak nak dengar apa-apa lagi. Ayah juga setuju Nayl kahwin dengan Naurah." Putus Encik Rahim.

"What?! Papa, pak ngah. Please... Korang salah faham. Tolong lah.." Rayu Naurah yang masih tidak putus asa. Dia tidak mahu berkahwin dengan sepupunya sendiri.

"Hmm, betul tu ayah. Sebab Nayl pernah cakap dengan along yang dia dah lama sangat suka dekat Naurah. Mungkin ni jodoh dia." Sengaja Abang sepupunya, abang Naim menyampuk. Dia tersengih kecil.

"Hei, abang... Back up lah aku!" Bisik Nayl marah. Tajam dia memandang abangnya. Naim sudah berdekah-dekah ketawakan adiknya. Puan Suraya dan Puan Zainab juga turut tersenyum.

"Baik lah, keputusan muktamad. Minggu depan papa akan buat majlis perkahwinan korang berdua." Putus Encik Omar dan melangkah masuk.

"Hah, apa?!" Soal mereka berdua serentak. Masih tidak boleh terima dengan keputusan papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience