BAB 19

Romance Completed 31452

Pagi itu, Naurah tidak ke tempat kerja. Dia habiskan masanya dengan muntah. Naurah sudah berfikir lain. Kalau aku nak datang bulan, aku memang selalu muntah. Tapi tak ada lah kerap sangat macam ni. Peliknya aku muntah yang ni, asam yang aku tak suka tiba-tiba aje suka. Ah, sudah! Aku mengandung ke?

"Amboi, jauhnya termenung." Pinggang nya dirangkul kemas oleh Nayl. Melihat suaminya sudah siap untuk ke tempat kerja. Naurah tersenyum kelat.

"Hari ini sayang tak payah pergi tempat kerja, rehat aje di rumah ya." Ujar Nayl. Naurah mengangguk lemah.

"Err...Abang, Naurah nak ke rumah mama papa boleh?"

"Siapa kata tak boleh, mesti lah boleh," jawab Nayl sambil ketawa kecil, Naurah juga turut ketawa kecil.

******

Sampai juga mereka di rumah mama papa, kereta sudah berhenti betul-betul dihadapan rumah tersebut.

"Petang ni abang datang ambil sayang ya. Sorry kalau abang lambat sikit."

"Okey. Abang, Naurah nak minta maaf sebab tak dapat masuk kerja dan tak dapat tolong abang dekat office."

"Tak apa, benda kecil je tu. Sayang ni yang patut rehat, pucat sangat muka tu." Ujar Nayl sambil menggenggam erat kedua-dua tangan Naurah. Naurah mengangguk lemah.

"Naurah pergi dulu ya." Tangan suaminya dikucup lalu dia terus melangkah keluar dari perut kereta. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Nayl sudah pergi dari kawasan perumahan tersebut. Tak mahu datang lambat ke pejabat.

"Assalamualaikum..." Baru aje mahu mengetuk pintu melihat pintu rumah sudah terbuka.

"Waalaikumusalam, eh Naurah." Erat dia memeluk anaknya. Sudah hampir lama juga Naurah tidak pulang ke rumah, sungguh dia rindu pada anaknya ini.

"Naurah sihat? Mana Nayl?" Soal Puan Suraya apabila melihat wajah anaknya pucat lesu dan melihat Nayl langsung tidak ada di situ.

"Err...Dia datang petang, sebab dia pagi ni ada meeting. Tulah dia kena datang awal ke tempat kerja." Jelas Naurah teragak-agak.

"Oh yake? Ha, tak apalah. Papa pun tadi keluar awal pagi. Dah jom masuk. Eh, kejap. Kenapa muka anak mama ni pucat aje? Tak sihat ke?" Soal Puan Suraya risau.

"Err...Tak lah mama. Naurah sakit sikit je ni. Esok tu elok lah." Naurah cuba memberi alasan pada mamanya.

"Naurah dah pergi klinik ke?"

Naurah menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Kenapa tak pergi klinik? Anak mama tak sihat ni. Jom lah mama bawa Naurah pergi klinik."

"Eh, tak apa lah mama. Naurah okey je lah. Err...Hari ini mama masak apa? Ada masak makanan kegemaran Naurah tak?" Sengaja dia menukar topik perbualannya bersama mama.

"Mestilah mama masak. Tadi Naurah call mama pagi tadi, mama dah siap-siap dah sediakan barang untuk masak. So, sekarang Naurah datang ni Naurah hanya makan aje." Ujar Puan Suraya sambil tersenyum lebar.

"Wah, betul...Yeayy, Naurah dah lama mengidam masakan mama." Lengan mamanya dipeluk lalu mereka berdua berjalan beriringan ke dapur.

Mangkuk yang sudah berisi udang masak tempoyak dihulur pada Naurah. Makanan kegemaran anaknya yang takkan dia lupa.

Naurah mengambil dengan hati yang sungguh gembira. Entah mengapa, tiba-tiba aje dia mengidam masakan mama. Hidung di dekatkan pada mangkuk yang berisi udang masak tempoyak itu.

Lepas dia bau aje, tekaknya kembali buat masalah. Pantas dia meletak semula mangkuk tersebut di atas meja lalu dia berlari masuk ke dapur. Terkejut Puan Suraya mendengar anaknya muntah. Pantas dia berlari mendapatkan anaknya. Belakang Naurah digosok perlahan-lahan.

"Ya Allah, kenapa ni Naurah? Naurah okey tak ni?" Soal Puan Suraya yang jelas sudah risau.

Naurah terus mencuci mulutnya. Dia cuba untuk tersenyum. Kepala sudah berpusing-pusing.

"Ya, Naurah okey je..."

"Okey apa macam ni? Teruk sangat ni mama tengok. Jom lah kita ke klinik."

"Tak apa mama, Naurah okey lah. Mungkin Naurah, nak..."

"Nak apa?"

"Datang bulan kut. Bukan ke kalau Naurah nak datang bulan, Naurah akan muntah-muntah macam ni. Alah, biasa lah perempuan. Dah lah jom, Naurah tak ada apa-apa. Mama jangan risau ya, jom kita makan." Lengan mamanya ditarik untuk kembali ke meja makan. Puan Suraya mula rasa pelik. Berkerut-kerut dahinya memandang anaknya.

******

"Jadi, sampai sini aje lah meeting kita untuk pagi ni. Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh jumpa dengan saya." Ucap Nayl sebelum meninggalkan bilik meeting tersebut.

Baru aje dia mahu bangun dari kerusi, telefon bimbitnya berbunyi. Laju dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya.

Nombor yang tidak dia kenali menelefonnya. Berkerut dahi Nayl. Malas mahu mengangkat, tetapi takut pula dia kalau klien dia yang call.

"Hello, hai Nayl."

Makin pelik Nayl mendengar suara wanita di talian itu. Seperti dia kenal suara itu.

"Err...Ni siapa ya?"

"Eh, you takkan tak kenal suara I? I Sabrina lah?" Di hujung talian itu, Sabrina ketawa kecil.

"Oh, hehehe. Sorry Sabrina. I tak 'cam' pula suara you, Sorry...."

"It's ok, Nayl. But, i kecewa lah sebab you tak ingat suara bekas kekasih you sendiri."

Tergamam Nayl. Dia terdiam seketika, suara pun sudah tersekat-sekat.

"Err...Sabrina, you ada apa call i? Sorry lah kalau i tak dapat call lama dengan you, sebab sekejap lagi i ada appointment." Sengaja dia mahu mematikan taliannya bersama Sabrina.

"Oh, ok. Sorry kacau you. You free tak petang ni? I ingat nak jumpa dengan you."

"Err... InsyaAllah kalau i free, nanti i call you balik."

"Okey bye."

Talian dimatikan. Nayl menghela nafas berat. Kata-kata Sabrina tadi membuatkan dia tergamam.

*****

"Mama, Naurah nak tanya sikit boleh?" Naurah sudah mengambil tempat di sebelah mamanya.

"Ya, sayang. Nak tanya apa?"

"Kalau nak tahu kita tu mengandung, macam mana?" Soalannya membuatkan Puan Suraya tersentak.

"Err...kenapa Naurah soal mama macam tu? Naurah mengandung ke?" Nada suaranya jelas yang dia sudah gembira.

"Eh, tak lah. Naurah tanya je."

"Oh, orang mengandung ni perangai dia akan berubah dan lain sikit. Dia selalu muntah, pening, tak ada mood untuk melayan orang, tekak selalu rasa loya bila bau benda yang tak kena dengan tekak and selalu mengidam makanan yang tak pernah kita rasa." Jelas Puan Suraya satu per satu.

Tersentak dan tergamam Naurah, apa yang mamanya cakap semuanya ada pada dirinya sekarang. Dia menelan liur, asam yang tidak pernah dia makan, tiba-tiba aje dia makan. Bau minyak wangi Nayl pun dia mahu muntah, bau masakan mama tadi pun dia muntah.

"Kenapa? Naurah okey ke? Mama tengok Naurah ni lain macam aje, betul ke Naurah tak ada apa-apa?" Soal Puan Suraya kembali.

"Err...ya, ma. Naurah okey je, mama jangan lah risau." Pujuk Naurah dengan senyuman manis dibibir. Hati terasa berdebar pula saat ini. Betul ke? Aku mengandung?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience