BAB 1

Romance Completed 31452

Jam di pengelangan tangan dijeling sekilas. Dia sudah gelabah, lama dia menunggu lif dihadapannya. "Aduh, lambatnya lif ni!!" Rungut Naurah Husna. Dia menghela nafas kasar.

Tak lama itu, pintu lif tersebut buka. Sudah tidak peduli ada orang atau tidak di dalamnya, Naurah Husna terus melangkah masuk ke dalam lif.

"Auch!" Sudah, ada pula kemalangan di hadapan lif. Naurah terjatuh terduduk di atas lantai. Dia mendengus kasar. Tajam dia memandang orang dihadapannya.

"Eee!! Kau jalan tak pakai mata ke, hah?! Buta ke?!" Marah Naurah Husna. Gadis tersebut bingkas bangun dan memarahi orang dihadapannya. Baju dan rambut yang panjang melepasi bahu itu dibetulkan.

Bulat matanya memandang Nayl Uqasyah sepupunya dihadapannya itu. "Eh, kau..." Tergantung ayatnya. Nayl Uqasyah tersenyum senget. Naurah memeluk tubuh sambil menjeling maut pada sepupunya yang tersengih tayang gigi besinya itu macam iklan Colgate.

"Lain kali, jalan tu pakai mata, bukan pakai lutut!"

Naurah sedang mengejar masa, sesedap rasa je si Nayl menggunakan kuasa sebagai pengurus menukar waktu meeting. Akibatnya, Naurah keburuan masa kerana keluar lewat dari rumah. Nayl memamg nak lancarkan perang dengan Naurah.

"Eh, kalau aku tak ada mata, dah lama aku tak berjalan sampai ke sini tau. Dia yang jalan tak pakai mata." Sengaja Nayl Uqasyah mencari gaduh dengan Naurah. Dia buat-buat matanya terjuling ke atas. Naurah mendengus kasar, geram pula dia melayan sepupu tak betulnya ini.

Tanpa membuang masa, Naurah Husna terus melangkah laju masuk ke dalam lift. Sempat dia berlaga bahu dengan Nayl Uqasyah.

"Hmm, cantik pula dia hari ni. Comel je dia marah." Puji Nayl Uqasyah nakal sambil ketawa kecil.

"Eh, tapi dia buat apa datang ke sini?" Soal Nayl sendiri, dia malas berfikir dia hanya mengangkat bahu dan terus melangkah pergi.

*****

"Sorry papa, tadi ada orang accident dekat jalan raya depan tu. Tu lah, Naurah lambat sikit ni." Dia terus mengambil tempat dihadapan papanya, iaitu Encik Omar.

"It's okey." Jawab Encik Omar sambil membelek-belek fail yang berada di atas meja. Naurah menghela nafas panjang, papanya sangat garang. Kalau dapat angin baik, selamat lah dia. Kalau papanya dapat angin yang tak elok, habis lah dia kena tadah telinga dapat bebelan papanya.

"Now, Naurah dah habis belajar, kan?" Soal Encik Omar tanpa memandang anak perempuan nya dihadapan.

Naurah Husna mengetap bibir sambil mengangguk. Dia sedikit berasa berdebar dengan perkejaan yang akan diberi oleh ayahnya.

Naurah juga baru menerima ijazah dalam kursus pengurusan hotel dari Taylor's college. Tapi tak seperti rakan rakan sekuliah yang perlu memburu pekerjaan, Naurah sudah pun diberikan jawatan penting dalam hotel milik ayahnya. Nak tak nak dia terpaksa terima.

"So, papa akan jadikan Naurah sebagai PA manager hotel ni." Putus Encik Omar sambil memandang tepat ke arah anak mata anak perempuannya. Naurah menelan liur. PA? PA manager? Aduhai, kenapa lah papa tak bagi aku kerja yang tinggi-tinggi sikit, pangkat tinggi ke? Isy...so sekarang ni siapa pula yang manager hotel ni? Bisik hati Naurah Husna yang masih tidak puas hati.

"Kenapa? Tak setuju ke?" Soal Encik Omar sambil mengangkat kening sebelah.

"Err...tak. Naurah setuju." Jawab Naurah Husna dengan laju. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhai, dah kenapa aku setuju? Aku memang tak nak pun! Tapi, sebabkan ayah, aku terima je lah. Nanti kang tak pasal-pasal aku kena marah. Bisik hati Naurah sambil menjeling ke tempat lain.

"Okey kalau macam tu esok Naurah dah boleh masuk kerja. Papa tak nak Naurah berpakaian macam ni. Seksi sangat." Ujar Encik Omar dengan nada suaranya sedikit tinggi. Matanya tak lepas-lepas memandang baju yang dipakai anaknya itu.

Naurah Husna menelan liur. Dia menarik sedikit skirt nya menutup lututnya. Baju blouse yang sendat ditarik-tarik agar kelihatan sedikit longgar. Dia tersengih kecil. Tak kuat untuk memandang wajah ayahnya yang jelas sudah marah.

"Okey, sorry... Nanti Naurah pakai baju yang lain."

"Kalau boleh, pakai tudung."

"Tapi papa, panas lah... Naurah kan allergic kulit. Nanti kalau berpeluh, kulit jadi merah..." Terhenti kata-katanya apabila papanya bersuara membuatkan dia tersentak.

"Jangan nak menjawab! Itu semua alasan!"

Naurah menelan liur, dia kembali menunduk.

"Okey, nanti Naurah pakai tudung." Jawab Naurah dengan nada sedikit perlahan.

"Err...papa, Naurah nak tanya. Siapa manager hotel kita? And, nanti Naurah akan kerja dengan siapa?" Soal Naurah Husna bertalu-talu. Encik Omar tersenyum kecil.

Soalan Naurah tidak dijawab. Encik Omar mencapai telefon bimbitnya yang berada dihadapannya. Berkerut dahi Naurah. Dia melihat sepertinya, papanya sedang mendail nombor seseorang. Dan, telefon tersebut diletak ke telinga.

"Assalamualaikum. Sekarang kamu free tak? Uncle nak jumpa dengan kamu sekejap boleh?"

"Waalaikumusalam, uncle. Err..okey boleh."

"Jumpa uncle dekat office ya."

Talian kini diputus. Makin kerut-kerut dahi Naurah mendengar perbualan papanya bersama orang di dalam talian itu. Uncle? Tak pernah pun papa biasakan diri panggil uncle dekat orang lain. Staf? Lagi lah tak pernah. Siapa yang papa call ya? Manager hotel ni ke? Tapi, kalau maneger hotel pun, takkan lah papa biasakan diri panggil 'uncle'? Naurah hanya berbicara di dalam hati. Persoalan juga di dalam hati. Masih mencari jawapan. Otaknya ligat berfikir.

Encik Omar kembali meletakkan telefon bimbit di atas meja. Naurah sengaja membetul-betulkan rambutnya dan menyelak ke belakang. Masih menunggu-nunggu orang yang akan dapat ke pejabat papanya.

Tiba-tiba dia teringat, Nayl Uqasyah. Sepupu tak betulnya itu. Entah mengapa, lelaki itu secara tiba-tiba muncul dalam fikirannya.

Eh, jap. Tadi kan aku jumpa Nayl, tapi dia buat apa ya dekat sini? Dia kerja ke? Takkan lah kerja. Tapi, aku tengok dia tadi berpakaian kot lagi. Kerja ke? Dekat sini?Bertalu-talu soalannya di dalam hati. Dia mengetap bibir. Dia melihat papanya sedang sibuk dengan kerja di komputer.

Tak lama itu, pintu kaca pejabat papanya diketuk seseorang dari luar. Tergamam Naurah. Dia sedikit berasa berdebar. Handsome ke? Uish, harap-harap lah itu maneger hotel ni and dia handsome. Bisik hati Naurah Husna sambil tersenyum kecil.

"Masuk."

Naurah sudah tersenyum. Dapat dia dengar tapak kasut seseorang itu masuk ke dalam pejabat papanya. Dalam kiraan tiga, dua, satu!! Bisik hati Naurah sambil menoleh ke belakang memandang orang tersebut.

Senyuman dibibir serta-merta mati, bulat matanya terlopong luas dia memandang lelaki tersebut.

"Nayl, mari. Uncle nak perkenalkan pada kamu PA baru kamu. Naurah, ni lah manager hotel dekat sini, Nayl Uqasyah."

"Err...papa. Kenapa Nayl? Bukan ke kita ada banyak lagi manager? Kenapa kena dia?" Soal Naurah, dia fikir dia salah dengar.

"Kita tak banyak pun manager. Hanya Nayl aje. Papa akan jadikan Naurah sebagai PA Nayl. Nanti kalau ada apa-apa Naurah boleh tanya Nayl. And, nanti Nayl juga akan ajar Naurah pengurusan hotel ni." Jelas Encik Omar sambil tersenyum sebaris.

Naurah memeluk tubuh. Dia menjeling ke tempat lain, menyampah mahu memandang sepupunya yang masih tersengih itu.

"Jadi, papa dah buat keputusan. Naurah akan tetap jadi PA Nayl." Putus Encik Omar.

"Tapi, papa..."

"No, keputusan papa muktamad. Sebab papa tahu, hanya Nayl aje yang boleh bantu Naurah dalam pengurusan hotel ni."

Naurah Husna menghela nafas panjang. Sakit pula hatinya. Nayl juga terkejut yang Naurah akan menjadi PA nya. Ah! Tak sia-sia lah kau jadi PA aku nanti. Bisik hati Nayl nakal.

"Baik papa, eh uncle hehehe."

Amboi, tiba-tiba aje panggil papa. Aku tarik gigi besi tu kang baru tahu!! Daripada tadi tersengih!! Marah Naurah dalam hati sambil menjeling tajam pada Nayl Uqasyah.

"Nayl akan cuba untuk bantu Naurah dalam pengurusan hotel ni. So, uncle jangan risau ya. InsyaAllah semuanya akan baik-baik aje."

"Bagus, terima kasih Nayl."

"Sama-sama, uncle."

Encik Omar terus berdebat tangan dengan Nayl. Senyumannya lebar terukir dibibir. Ah! Nayl, bukan boleh pakai mamat ni. Perangai kartun tak habis-habis. Sengih sana seringai sini. Merapu, merepek aje lebih! Bukan boleh dilayan!

Naurah melepaskan jelingan maut pada Nayl yang masih tersengih.

*****

"Kau serius lah? Kau jadi PA si budak masuk air tu?" Pecah tawa Aina, terbahak-bahak dia ketawa. Aina ialah seorang rakan sekerja Naurah.

"Isy... Kau gelak apa? Aku tengah stress ni nak cari idea untuk pujuk papa aku agar dia tak jadikan aku PA si mamat tak betul tu." Tajam Naurah menjeling kawannya yang masih ketawakan dia.

"Kesian kau, babe."

Tawa Aina lagi. Dia juga sudah tahu, Naurah dan Nayl sepupu tapi pantang berjumpa. Kalau berjumpa mahu runtuh bangunan hotel ni jika mereka bergaduh.

"Kau ni pun satu, yang kau pergi terima pekerjaan yang papa kau bagi tu dah kenapa? Tolak aje lah."

"Ewah, ewah... Kau cakap senang je, kan? Kau pun tahu kan yang papa aku tu garang. Kalau aku tolak nanti, hah tak pasal-pasal aku kena marah teruk." Ujar Naurah sambil memeluk tubuh.

"Oh, ya juga. Ni kau masuk kerja bila?"

"Esok."

Pecah tawa Aina lagi. "Huu, tak sabar nak tengok peperangan antara kau dan Nayl. Mesti gempak, kan?"

"Eh, kau ni!! Aku ni baru nak down kan kemarahan aku, kau boleh pula sebut nama mamat tak guna tu. Eee!!" Laju Naurah mencubit kuat di peha Aina.

"Auch! Sakit lah.." Aina meraung sakit.

"Padan muka! Kau ni tak bagi kerjasama langsung lah. Tolong lah aku bagi idea untuk aku pujuk papa aku tu,"

"Err...babe, sorry aku kena masuk kerja dulu. Okey bye, nanti esok kita jumpa lagi. Bye!" Aina terus melangkah pergi. Naurah mendengus kasar, geram dia dengan kawannya itu. Sama aje masuk air macam mamat tak betul tu.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-19 14:41:11 

Berdebat ke berjabat tangan?


NovelPlus Premium

The best ads free experience