BAB 3

Romance Completed 31452

Terkejut Puan Suraya dan Encik Omar melihat anaknya makan dengan penuh selera. Berkerut-kerut dahi mereka berdua memandang anak perempuannya yang makan dengan sungguh laju, sudah tidak hirau lagi comot di tepi bibirnya.

"Ehem..." Sengaja Encik Omar berdehem.

Sisa makanan yang terakhir mahu aje masuk ke dalam mulut buat kali terakhir, dia terhenti. Lihat mama dan papanya lama perhatinya makan dengan sangat gelojoh.

"Errr... Hehehe." Naurah tersengih. Tisu yang berada di sebelahnya dicapai lalu dilap mulutnya yang comot.

"Penuh selera betul anak mama makan? Selalunya dinner tak ada pula Naurah makan macam ni, setiap malam mesti anak mama tak makan malam."

Naurah menggigit bibir. Hari ini, tak pasal-pasal dia makan malam dengan sangat gelojoh. Seperti tidak makan seminggu pula.

"Tengah hari tadi Naurah tak lunch ke?" Soal Encik Omar.

Naurah sudah gagap. Nak jujur serba salah pula, nak bohong sudah tidak guna. Kerana mama dan papa sudah jelas lihat dia makan malam dengan sungguh selera. Ya, tengah hari tadi dia langsung tidak menjamah makanan apa-apa. Sarapan pagi juga tidak. Nasib lah dia dapat balik awal ke rumah.

"Err..." Dia masih gagap. Otak ligat mencari alasan.

Tiba-tiba matanya terpandang satu mangkuk yang berisi udang masak tempoyak. Ah, makanan kegemarannya. Tak boleh tak makan, kena hari-hari makan. Ya, dia sudah dapat idea.

"Mesti lah Naurah makan dengan penuh selera. Tengok lah lauk mama, lauk kegemaran Naurah kut. Mesti lah Naurah kena makan. Lagipun..."

Alamak! Papa sudah memandangnya dengan mengangkat kening apabila mendengar hujung ayatnya.

"Lagipun?"

"Err... Tak ada apa-apa." Sengih Naurah. Isy... Sengih-sengih pulak kau ni Naurah. Dah ganti si mamat tak betul tu pulak. Bisik hati Naurah yang masih tidak puas hati pada sepupunya. Kejadian petang tadi membuatkan dia sangat gembira. Sungguh dia berpuas hati. Tapi bukan hanya itu aje, dia akan buat lebih lagi agar sepupunya dengar katanya.

Sisa yang terakhir itu di masuk ke dalam mulut buat kali terakhir. Perut sudah tegang. Perlahan-lahan dia menggosok perutnya yang sudah kenyang.

"Papa dengar, kamu buat hal dekat hotel Seri Emas?" Soal Encik Omar sambil merenung tajam pada Naurah yang sedang meneguk air putih di dalam gelas.

Dengan kata-kata papanya, tersedak dia dengan air minumannya itu. Dada di tepuk berulang kali.

"Naurah okey tak ni?" Soal Puan Suraya panik.

"Err... Okey je. Naurah cuma tersedak air."

"Oh. Lain kali, minum air tu perlahan-lahan. Jangan gelojoh, kan dah tersedak." Pesan Puan Suraya lembut.

"Hehehe. Sorry mama." Dia tidak mahu menjawab soalan papanya. Pinggan dan gelas dipegang lalu dia terus mengangkat punggung dan melangkah masuk ke dapur.

Langkahnya terhenti apabila namanya diseru. Liur ditelan.

"Soalan papa Naurah tak jawab lagi. Betul ke Naurah buat perangai dekat hotel Seri Emas? Papa rasa, Naurah tahu hotel tu dekat mana. Sebab Naurah ada pergi appointment bersama Nayl, kan?"

Bibir di gigit. Isy... Ni mesti mamat tak guna tu bagitahu papa. Geramnya aku! Dia nak kena lagi ke apa? Tak cukup lagi ke aku tampar dia and aku buat baju dia basah? Hah, padan muka kau juga! Tak pasal-pasal, kau kena lompat terjun sekali masuk dalam kolam. Bisik hati Naurah sambil tersenyum sinis.

"Naurah! Papa tanya ni?! Papa tak cakap dengan dinding, kan?!" Bentak Encik Omar dengan nada suara sedikit tinggi.

"Abang, jangan lah cakap macam tu. Naurah, betul ke apa yang papa cakap tu?" Soal Puan Suraya lembut.

Naurah memusingkan badannya memandang kedua-dua ibu bapanya. Encik Omar sudah kelihatan jelas yang dia sedang marah.

"Err... Hehehe. Iya..." Jawab Naurah lambat-lambat dengan nada suara perlahan.

"Kenapa Naurah buat perangai?! Tak malu ke?!" Marah Encik Omar.

"Abang, jangan lah marah dia. Dia tak salah pun. Mungkin dia, tergelincir ke terjatuh ke. Kita tak boleh salahkan orang, kalau kita tak ada bukti." Pujuk Puan Suraya lembut.

Huh, nasib baik lah mama tolong aku. Kalau tak, habis lah aku. Bisik hati Naurah sambil menghela nafas panjang.

"Su, kalau abang cakap perlahan dan tak marah dia. Nanti makin teruk dia. Tolong lah, Su. Jangan manja sangat anak awak ni. Malu kalau orang mengata nanti."

Encik Omar menghelas nafas, susah kalau ada orang menolong anaknya begini. Akhirnya dia membasuh tangan dan meninggalkan meja makan. Seleranya terganggu.

Puan Suraya menghela nafas panjang melihat suaminya melangkah pergi. Naurah tertunduk, dapat dia lihat wajah kecewa mamanya.

"Naurah..." Baru aje dia mahu bersuara, Naurah terlebih dahulu memotong.

"Tak apa, mama. Ya, salah Naurah. Naurah buat perangai. Naurah minta maaf..." Dia terus melangkah masuk ke dapur. Masih rasa serba salah dan kecewa.

******

"Hah, bro. Amacam dengan hari pertama kau kerja dengan musuh kau? Okey?" Soal Arif sambil ketawa kecil. Arif ialah rakan sekerjanya. Dia sudah tahu, pasti punya mereka akan bergaduh. Tidak pernah berdiam diri.

"Okey kau kata? Hei, kau tahu tak petang tadi dia buat perangai. Geram aku! Tapi, nasib dia comel." Sempat dia memuji musuhnya itu.

Pecah tawa Arif. "Wah, marah-marah juga, tapi sempat puji musuh sendiri." Tawa Arif lagi.

Hanya sengih yang diberi pada rakannya. "Punya lah aku pakai kemas-kemas and handsome petang tadi, boleh pula dia buat baju aku basah. Yang tak boleh blah nya, dia lemas tu aku fikir betul-betul, tapi rupa-rupanya dia pura-pura lemas. Makin angin lah aku, sikit je lagi aku nak buat CPR dekat dia, nasib dia cepat sedar. Kalau tak, petang tu dapat dosa free-free je." Ujar Nayl yang masih tidak puas hati. Pipi yang masih terasa bekas penampar Naurah dipegang sambil membuat muka mahu menangis.

"Hahahaha, aduhai kau orang ni tak habis-habis lagi dengan peperangan korang, kan? Ni kalau jadi suami isteri ni aku tak tahu lah jadi apa." Pecah tawa Arif lagi.

"Eh, kau ni... Dah sampai suami isteri pulak dah... Dekat situ belum lagi aku fikir, mungkin tahun depan baru boleh." Pecah tawa mereka bersama. Nayl menghirup kopi yang berada di dalam cawan.

"Tapi kan, apa salahnya? Sepupu boleh kahwin kut. Hah, kalau macam tu kau kahwin lah dengan Naurah tu. Walaupun dia dingin, keras kepala tapi dia cantik tau. Comel pulak tu. Susah tau nak dapat perempuan macam dia." Cadang Arif.

"Lagipun, kau kan tua setahun dengan dia. Hah, elok lah tu. Sesuai sangat." Sambung Arif lagi.

Bahu kawannya dipegang. Terbahak-bahak Arif ketawakan dia.

"Amboi, amboi... Kau punya lah cadang memang terbaik, kan?! Cuba kau dekat tempat aku, mahu pengsan adalah."

"Tak ada lah, aku cuma cadang je."

"Hah, sudah-sudah. Dah jauh pulak kita pergi, aku nak balik dulu. Esok apa-apa rojer aku." Pesan Nayl sebelum mengangkat punggung.

"Hahahaha, okey. Baik bossku." Sempat mereka berjabat tangan sebelum Nayl melangkah pergi.

Nayl menggeleng sambil tersenyum kecil. Teringat kejadian petang tadi, membuatkan dia mengukir senyuman. Entah mengapa, dia berasa sangat suka pula.

"Amboi, pandai-pandai aje kau nak cium aku ya?!" Soal Naurah dengan sungguh marah.

"Cium? Hei, kau tahu tak kalau aku tak buat CPR dekat kau, mungkin kau dah tak ada dekat dunia ni!" Jawab Nayl.

"Hek eleh. Nak cium orang, cakap je lah. Tak payah nak bagi alasan." Ujar Naurah perlahan.

"Apa? Hei, kau jangan ingat aku ambil kesempatan pada kau ya." Marah Nayl lagi.

Naurah menjeling ke atas. Tak lama itu, bajunya yang masih basah lencun itu ada seseorang meletakkan tuala di atas bahunya. Tersentak dia.

"Apa ni?"

"Kau kan sejuk? Daripada tadi aku tengok kau menggeletar sejuk, aku bagilah kau tuala. Itu pun tak berterima kasih."

"Hm, nampak sangat ambil kesempatan sebab nak peluk aku." Sakat Naurah lagi. Dia menyembunyikan senyuman.

"Isy... Banyak cakap lah kau ni, dah jom balik. Malu tau orang tengok kita macam ni. Tak pasal-pasal dapat mandi free dekat hotel Seri Emas ni." Jeling Nayl sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Naurah ketawa kecil sambil menutup mulut. Hahahaha, padan muka! Puas hati aku! Kali ini aku pulak menang! Bisik hati Naurah sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience