BAB 47

Romance Completed 31452

Selesai dia solat subuh, dia terus melangkah keluar dari bilik tidurnya. Naufal masih nyenyak tidur di kamarnya. Maklumlah, hari ini dia sudah mula sekolah dan hari ini juga Naurah mahu pulang ke rumahnya. Tidak mahu berlama-lamaan di rumah ini.

Kaki melangkah masuk ke dapur. Kelihatannya, mereka masih tidur. Lampu ruang tamu dibuka, tiba-tiba dia menangkap satu suara yang sedang membaca al-Quran. Ya Allah, sedapnya suara dia.

Naurah tersenyum sendiri. Dia sudah tahu siapa punya suara itu. Niatnya mahu melangkah masuk ke dapur tidak jadi apabila kakinya gatal mahu ke pemilik suara itu. Dia mahu mendengar dengan jelas suara tersebut.

Tanpa sedar, dia sudah berada di depan pintu bilik lelaki itu. Senyuman terukir dibibir. Pagi-pagi lagi sudah buat hati aku sejuk, hmm...Bisik hati Naurah.

Al-Quran yang sudah selesai dibaca diletak semula di tempat asal dengan kemas. Sejadah dilipat lalu diletak semula ke dalam almari.

Kini kakinya melangkah keluar dari bilik. Tombol pintu dipulas. Saat dia membuka pintu itu, terkejut dia apabila satu susuk tubuh terjatuh padanya.

Naurah yang tadi kuat berangan, terjatuh ke tubuh lelaki yang berada di hadapannya saat ini. Nasib lah dia tidak jatuh terduduk kerana Nayl sempat menyambut tubuhnya.

Liur ditelan. Rambutnya diselak ke belakang telinga. Wajahnya menunduk ke bawah. Malu.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Nayl sambil memerhatikan gadis itu.

"Err..." Aduh, apa aku nak jawab ni! Tulah, kau ni Naurah! Gatal sangat nak dengar suara dia tu. Hah, kan dah dapat. Padan muka! Sempat lagi dia membebel dalam hati.

"Saya...Saya...Saya nak ambil baju kotor awak dalam bilik tu. Saya nak basuh kain sekejap lagi, tu yang saya datang." Ujar Naurah tergagap-gagap. Entah apa alasan yang diguna adakah berguna atau tidak.

Berkerut dahi Nayl. "Baju kotor? Buat apa dengan baju aku?"

"Saya nak basuh lah."

"Hei, sejak bila pulak ni kau nak basuhkan pakaian aku? Ke kau saja-saja tunjuk baik depan aku ni?!" Soal Nayl sinis sambil mendekatkan wajahnya pada Naurah.

Gadis itu sedikit gelisah. Dia menjarakkan dirinya sedikit. Wajahnya mula berbahang.

"Err....Kalau awak tak bagi saya basuh, tak apa saya basuh pakaian yang lain je." Naurah terus melangkah pergi. Tetapi, lengannya ditarik kuat oleh Nayl.

"Eee! Lepaslah!" Bentak Naurah. Berharap sangat Puan Zainab, Encik Rahim dan abang Naim tidak terjaga daripada tidur dengan suaranya yang tadi sedikit kuat.

"Kau tak payah nak tunjuk baik lah depan aku. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ni saja tunjuk baik depan mak ayah dan abang aku," ujar Nayl sinis. Naurah menjeling tajam. Lengannya cuba dilepaskan tetapi lelaki itu lebih erat menggenggamnya.

Panas pulak hatinya. Suka hati lelaki itu aje mahu memegang tangannya! Mahu aje dia lempang wajah lelaki itu tetapi dia masih lagi bersabar. Nasib lah stok sabarnya banyak.

"Apa yang awak cakap ni?! Kalau saya ni tunjuk baik depan awak, bertopengkan syaitan, saya tak ada lah duduk sini. Dan, saya tak ada pun jaga awak di hospital. Semua yang saya buat ni ikhlas. Bukan sebab saya nak ambil hati awak dan bukan sebab saya nak ambil hati mak ayah dan abang awak. Saya nak balas balik apa yang saya dah buat pada mereka dan awak. Saya tahu saya salah. Jadi kalau awak nak hukum saya pun, saya rela lah." Jelingan maut diberikan pada Nayl lalu lengannya ditarik kuat.

Kaki terus melangkah pergi daripada situ. Masih terngiang-ngiang kata-kata Naurah tadi. Nayl sedikit tergamam.

Pengelangan tangannya yang digenggam kuat oleh Nayl tadi direnung. Sudah mulai merah. Dia menahan kesakitan itu. Dia redha. Orang nak hukumnya sekali pun, dia redha. Sebab dia mengaku yang dia salah selama ini.

Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir. Dia sibukkan dirinya mengemas dapur dan memasak sarapan pagi.

"Aku nak minta maaf..." Satu suara itu kedengaran dari arah belakangnya. Naurah yang sedang mencuci pinggan hanya buat-buat tidak dengar.

Kini mata Nayl menangkap pada pengelangan tangan Naurah yang merah itu. Laju aje dia menarik semula lengan Naurah itu dan memerhatikannya.

"Lepaslah!" Marah Naurah menarik lengannya.

"Lengan kau ni. Merah."

Tak lama kemudian, lelaki itu hilang di dapur tersebut. Naurah meneruskan kerjanya. Dia berharap sangat air matanya tidak turun.

Cara Nayl melayannya sungguh kasar. Lelaki itu sudah melebih-lebih pulak, itu membuatkan Naurah sungguh berasa sakit hati.

Lelaki itu kembali muncul di dapur dengan sehelai kain putih dan juga minyak panas. Ditarik tubuh Naurah duduk di kerusi.

Lengan gadis itu ditarik lalu disapu minyak. Tetapi dihalang oleh Naurah. "Biar saya aje sapu minyak ni sendiri."

Nayl hanya membiarkan sahaja. Betul jugak, dia siapa mahu menyentuh gadis itu.

Lembut Naurah sapu minyak itu di pengelangan tangannya yang merah dan bengkak akibat bekas genggaman kuat daripada lelaki itu.

Kini Nayl mencapai sehelai kain kecil yang dibawanya tadi lalu dililit di pengelangan tangan gadis itu.

"Thanks." Ucap gadis itu.

"Sorry." Ucap lelaki itu pula sambil merenung wajah Naurah yang sedikit menunduk itu.

"It's okey." Punggung diangkat lalu dia melangkah semula ke dapur membuat kerjanya apa yang patut.

Nayl mula rasa serba salah. Mungkin, kata-katanya tadi telahpun buat hati gadis itu terluka. Tetapi, ada sesuatu perkara yang masih belum dia puas hati.

"Betul ke kau dah ada boyfriend?" Soal lelaki itu tiba-tiba.

"Yes." Jawab Naurah tanpa peduli perasaan Nayl. Minyak masak dituangkan sedikit di dalam kuali. Api dibuka. Tiga biji telur diambil dari peti sejuk. Dia cadang, mahu masak nasi goreng cili kering untuk sarapan pagi ini.

Nayl mengepal penumbuknya. Nafas kasar dihembus dengan hati yang mula marah. "Siapa lelaki tu?" Suaranya cuba dikawal agar tidak kelihatan yang dia cemburu.

"Kenapa awak nak tahu? Hidup saya, suka hati saya lah nak pilih lelaki sesiapa pun untuk jadi kekasih saya. Bukan ke awak pernah cakap dekat saya, awak buat hal awak. Saya buat hal saya. So, jangan nak sibuk tentang hal saya." Balas Naurah dengan sinis. Kini gilirannya pula yang menyakitkan hati lelaki itu.

Senyuman sinis timbul di bibir lelaki itu. Naurah berkerut dahi. "Kalau kau ada kekasih pun, kau dengan boyfriend kau tu takkan selamat aku buat."

Kali ini, Naurah sudah dapat tahu yang lelaki itu cemburu. Hatinya ketawa terbahak-bahak. Nasib tidak terlepas tawanya dari mulut. Sudah jelas yang Nayl cemburu jika Naurah mempunyai kekasih.

"Kenapa? Awak cemburu?" Bekas cili kering yang sudah siap dikisar diambil dari peti sejuk. Satu-satu biji telur dipecahkan lalu di masukkan ke dalam kuali. Sedikit pun tidak berpaling memandang lelaki itu yang sedang panas disebalahnya.

"Hei, tak ada masa lah aku nak cemburu bagai."

"Habis tu, yang awak cakap tadi tu apa? Kalau saya ada kekasih, saya dengan kekasih saya tu takkan selamat awak buat. Nampak sangat awak cemburu." Naurah tertawa kecil. Sambil memasak sambil itulah berlawan kata-kata dengan lelaki itu. Itulah rutin setiap harinya apabila bersama lelaki itu.

Tangannya laju mengacau tiga biji telur yang sudah dipecahkannya tadi di dalam kuali. Kini cili kering yang berada di dalam bekas itu pula diambil. Dua sudu setengah cili kering yang sudah siap dikisar itu diletak ke dalam kuali dan dikacau sekali dengan telur yang sudah hancur.

Nayl menelan liur. Bibir diketap malu. "Err..."

"Naurah masak apa tu? Mak tengok macam sedap je." Muncul Puan Zainab di dapur tersebut lalu melangkah mendapatkan Naurah yang sedang memasak.

"Hehehe, Naurah masak biasa-biasa je mak. Naurah masak nasi goreng cili kering. Makanan kegemaran Nayl. Dia kata, dia rindu masakan Naurah. Jadi, Naurah masakan lah untuk dia." Naurah tersengih kecil sambil itu dia sempat menjeling ke arah Nayl.

"Oh yeke? Patut lah tempoh hari lepas mak masakan makanan kegemaran dia, dia tak nak. Rupa-rupanya dia nak ada sekali dengan Naurah barulah dia makan." Sakat Puan Zainab pula. Nayl yang tidak senang duduk lagi bersama mereka berdua di dapur itu lantas melangkah masuk ke dalam.

Puan Zainab dan Naurah tertawa kecil. Puas kenakan Nayl itu. Kini nasi diletak ke dalam kuali. Digaul-gaul hingga sebati. Nasi tersebut telahpun rata dengan cili kering itu dan telur, kini Naurah meletakkan pula garam dan sedikit aji-namoto.

"Wah, sedapnya bau. Ni mesti punya 3 pinggan si Nayl tu makan sekejap lagi." Puan Zainab dan Naurah tertawa kecil. Tidak habis-habis lagi kenakan lelaki itu.

Siap memasak nasi goreng itu, Naurah meletakkan nasi goreng yang telah dimasak itu di dalam mangkuk lalu dihidang ke atas meja makan.

Jam sudah tepat pukul 7 pagi. Dia perlu gerak dalam pukul 8 pagi. Tidak boleh lambat. Dia pun tidak lagi senang duduk di rumah itu. Jika ada seorang dua orang yang masih mampu memaafkannya atau masih baik dengannya dia sangat bersyukur. Tetapi jika ada seorang dua orang yang masih tidak berpuas hati dengannya tentang kisah lalunya yang telah buat hati orang lain terluka, dia tidak mampu lagi berada di rumah itu berlama-lamaan. Nanti, tak pasal-pasal ada yang bersuara menyindirnya.

**********

"Naufal...Naufal sayang, bangun. Wake up sayang." Bahu si kecil comel yang sedang nyenyak tidur itu digoncang lembut. Pipi gebunya ditepu lembut.

"Naufal, bangun. Kita dah nak balik ni." Si kecil itu menggeliat. Masih bersisa mengantuknya.

Terkejut gadis itu apabila melihat satu susuk tubuh sedang berdiri di muka pintu biliknya. Nasib dia tidak terjerit.

"Kau nak pergi mana?"

"Pagi ni saya dah kena balik. Sorry, tak boleh nak lama-lama dekat sini sebab saya ada kerja sikit dekat office."

Lelaki itu terus mendapatkan Naufal. Dikejut lembut anak kecil itu. Berkerut dahi Naurah. Suka-suka dia je mahu masuk ke dalam bilik orang. Eee! Geramnya lah aku dengan dia ni!

"Naufal, bangun sayang. Dah pagi ni." Lembut Nayl mengusap kepala anaknya. Si kecil itu perlahan-lahan membuka mata lalu menggosok matanya.

"Hari ni Naufal sekolah kan?" Soal Nayl apabila si kecil itu sudah pun bangun. Naufal hanya mengangguk.

"Okey, so pagi ni papa hantar Naufal ke sekolah ya." Tersentak Naurah. Dia sudah kalut tidak tentu arah. Mencari idea yang perlu diberikan kepada lelaki itu dan anaknya.

"Okey papa."

"Okey, lest go." Tubuh si kecil itu didukung. Naurah menghampiri mereka berdua.

"Errr...Apa? Nak hantar Naufal? Nayl, please tak payah nak hantar Naufal ke sekolah. Biar saya aje yang hantar dia." Nada suaranya sedikit meninggi. Tidak puas hati dengan apa yang Nayl cakap pada anaknya.

"Kenapa pulak? Biar lah aku hantar dia. So, kau yang tengah busy sangat dekat office tu kau boleh pergi je terus ke office kau. Nanti bagi location sekolah baru Naufal." Balas Nayl selamba lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Naurah mengetap gigi geram. "Eee! Habis lah dia dah tahu sekolah Naufal nanti. Mamat ni memang tak guna betul lah! Buat penat aje aku pindahkan Naufal tu ke sekolah jauh-jauh. Tapi, sekolah Naufal tu pun dekat dengan rumah aku. Nanti kalau mamat tu asyik singgah aje ke rumah aku macam mana?" Haih, serabut dia memikir. Panas pulak hatinya saat ini.

**********

"Kami balik dulu ya Naurah. Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong mak ngah jagakan Nayl di hospital tempoh hari lepas. Terima kasih banyak-banyak dan mak ngah nak minta maaf kalau selama ni mak ngah ada buat salah dengan kamu. Maafkan kami sekeluarga ya." Ujar Puan Zainab lalu memeluk erat tubuh Naurah.

"Sama-sama mak ngah. Mak ngah jangan risau lah. Naurah tolong mak ngah semua ni ikhlas dari hati. Naurah pun nak minta maaf kalau selama ni Naurah tunjukkan perangai tak elok Naurah pada mak ngah dan sekeluarga. Maafkan Naurah dan keluarga Naurah sekali ya kalau kami ada buat silap dengan mak ngah, pak ngah, abang Naim dan Nayl."

"Naurah jangan risau. Kami tak ambil hati pun. Kami okey je. Sepanjang hidup ni, jangan jatuh. Jika jatuh, bangkit lah kerana Allah." Naim mula bersuara yang turut berada di situ.

Naurah tersenyum manis. "Terima kasih abang Naim."

Nayl yang memerhati dari jauh, hatinya membuak-buak kemarahannya saat ini. "Okey lah. Kami balik dulu ya. Nayl, nanti hantar mereka berdua ya. Jangan kau orang berdua berlama-lamaan dalam rumah ni. Tak manis kalau orang tengok nanti." Pesan Puan Zainab sebelum melangkah keluar dari rumah anaknya.

Tangan mak ngahnya dikucup. Kini, tangan pak ngahnya dikucup tetapi belum dikucup tangan Encik Rahim lagi, orang tua itu sudah menarik tangannya tidak memberi Naurah mengucup tangannya.

Puan Zainab yang melihat, lantas memujuk Naurah. "Naurah, nanti apa-apa yang nak minta tolong pada mak ngah, call mak ngah ya." Naurah tersenyum lalu mengangguk.

Tanpa sedar, Nayl juga turut melihat perbuatan ayahnya tadi. Dia juga terkejut kerana ayahnya seperti marah dan tidak lagi rapat dengan Naurah.

"Nanti kita jumpa lagi tau."

"Okey Uncle Naim. Nanti kita main lagi." Tangan Naim dikucup lalu Naim memeluk erat tubuh si kecil itu. Geram. Sudah lah comel. Pandai bercakap pulak tu.

Kini, si kecil itu mengucup tangan neneknya pulak. Naurah tersenyum lebar saat Puan Zainab memeluk erat lalu mengucup bertalu-talu wajah cucu sulungnya ini.

Dan, tidak pula giliran Encik Rahim. Kerana, Encik Rahim telahpun turun dulu ke bawah tidak mahu berlama-lama di depan rumah itu. Haih, kenapa lah dengan ayah ni? Soal Nayl dalam hati. Walaupun dia duduk bersantai, tetapi dia memerhatikan sekelilingnya yang berada di situ.

**********

Naurah sedikit terkesima dengan pakaian kemas seseorang yang berada di hadapannya pada saat ini. Berpakaian kemas dan sangat rapi.

Naurah yang melihat pun sudah semakin cair. Handsome nya mamat ni. Dia jadi duda sekarang dia, makin handsome pulak dia ni. Patutlah ramai yang tergila-gila dekat dia. Bisik hati Naurah yang tak lepas-lepas memerhatikan Nayl dihadapannya.

Nayl yang sedang memakai jam di pengelangan tangannya berkerut dahi apabila melihat Naurah tak lepas-lepas merenungnya atas bawah.

"Woi!" Jari dipetik. Hilang terus mengelamunnya. Dia menelan liur lalu menunduk sedikit. Malu!

"Yang kau tengok aku atas bawah tu dah kenapa? Tahu lah aku handsome. Pandang-pandang pulak." Puji Nayl pada dirinya sendiri sambil menjeling ke arah Naurah.

"Mesti kau menyesalkan sebab tinggalkan aku," lelaki itu tersenyum sinis.

"Eee! Puji diri sendiri. Aku nak pandang pun tak boleh. Dah lah acah handsome, poyo lagi." Bebel Naurah tetapi kata-katanya jelas dipeluput telinga Nayl.

"Apa kau cakap?!"

"Mama, papa. Naufal dah siap. Jom pergi." Si kecil itu mendapatkan mama dan papanya yang berada di ruang tamu.

Naurah yang kekok lantas mendapatkan Naufal. "Err...Wah, anak mama lagi handsome. Bukan macam papa, poyo je lebih." Kata-kata itu sungguh menyakitkan hati Nayl.

"Poyo? Poyo tu apa mama?"

"Err...Naufal, jom kita keluar dulu. Kita tunggu dekat kereta ya." Tangan anaknya ditarik lalu melangkah keluar dari rumah itu.

Nayl masih bersabar tetapi sebaliknya dia sangat berasa bahagia. Senyuman bahagia pun masih tidak mampu lagi untuk dia sembunyikan.

********

Hari ini yang menghantar Naufal ke sekolah dan Naurah ke tempat kerja, semuanya Nayl yang menghantar mereka berdua. Ah, dah macam boss pulak aku. Bisik hati Naurah.

"Bye, sayang. Jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap teacher." Pesan Naurah sebelum melepaskan anaknya ke dalam sekolah tadika.

"Okey, bye mama papa." Lambaian anaknya dibalas oleh Naurah dan Nayl.

Dapat Naurah melihat guru-guru Naufal yang pelik melihat Naurah bersama lelaki disebelahnya. Tidak kurang juga, ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

"Eh, tu ke suami cik Naurah?"

"Entah, ye lah kut. Tapi, Naufal kata ayah dia dah lama meninggal dunia."

"Oh, tapi tu pulak siapa? Hm, handsome pulak tu. Untung betul cik Naurah ni kan?"

"Haah. Handsome, bergaya lagi. Untung betul Cik Naurah ni, kan?

Naurah tersenyum lebar. Lantas dia menarik Nayl masuk ke dalam kereta. Sakit telinganya mendengar jika ada orang memuji-muji lelaki itu.

Nampaknya, Nayl sudah semakin kembang. Kembang sebab dapat pujian. Naurah menjeling.

"Suka lah tu dapat pujian daripada orang?" Naurah menjeling tajam.

"Of course. Siapa je tak suka. Aku ni memang lah handsome. Kalau keluar aje, mesti punya mata gadis-gadis dekat luar sana tak lepas-lepas tengok aku." Nayl tersenyum bangga.

Naurah menjeling tajam. "Dah, biar saya yang bawa kereta. Awak duduk dekat sini."

Laju aje Nayl mengunci kereta itu. Berkerut dahi Naurah. "Bukak lah pintu ni." Marah Naurah.

"Tadi kau kata nak bawa kereta kan, duduk lah sini. Aku duduk situ."

"Ye lah. Buka lah pintu ni dulu. Saya nak masuk dari arah pintu awak. Yang awak kunci kereta ni dah kenapa?!" Marah Naurah. Geram dengan perangai Nayl yang pelik itu.

Nayl tersenyum sinis. "Nanti kalau aku keluar, mata gadis-gadis dekat luar sana pandang aku. Nanti kau pulak yang cemburu. So, tukar aje lah tempat dekat sini." Balas Nayl nakal. Naurah menepuk dahi. Perasan betul lah dia ni. Dia ingat dia tu handsome sangat ke? Hei, lelaki idaman aku lagi handsome lah. Kalah kau! Bebel Naurah lagi di dalam hati.

"Jadi, nak tukar macam mana?"

"Duduk je lah dekat sini." Dia menunjuk pehanya. Makin bertambah panas hati Naurah. Orang dah lambat, sempat lagi dia menyakat orang!

Nayl tersenyum senget. "Eee! Awak ni memang suka buat orang marah kan?!" Naurah memeluk tubuh. Mata dipandang ke luar tingkap. Nayl tersenyum kecil.

"So, bagi aku location seterusnya di tempat kerja kau."

"Hei, takkan lah awak tak tahu. Hotel lama yang awak kerja tu lah. Yang banyak tersimpan kenangan kita berdua dahulu." Kini giliran Naurah pula mahu menyakat Nayl. Nayl memandang wajah gadis itu. Dia menelan liur.

Hotel Fortune?

*********

"Aku pinjam dulu kereta kau. Nanti aku ambil kau sekali dengan Naufal. Dah, pergi cepat. Nanti bebel salahkan orang sebab lambat hantar." Nayl menjeling. Naurah mendengus kasar.

Dia terus melangkah keluar dari perut kereta tersebut dan berjalan masuk ke dalam hotel miliknya. Lama Nayl memerhatikan hotel itu. Rindu teramat dia dengan hotel itu. Dan, takkan dia lupa dia sangat rindu kenangannya bersama Naurah dahulu.

Senyuman terukir dibibir.

***********

"Alhamdulillah, bang. Urusan anak kita semuanya Allah dah permudahkan. Naurah call saya tadi, dia dah sampai ke tempat kerja. Nayl hantar dia. Abang tak rasa ke, yang Nayl ni macam dah mula berbaik dengan Naurah. Ya Allah, saya harap sangat mereka berdua cepat berbaik seperti dahulu." Ujar Puan Suraya gembira. Gembira melihat hubungan anaknya seperti dulu.

Encik Omar menggeleng kepala. "Apa yang Su harap sangat ni? Su harap sangat nak hubungan mereka seperti dulu? Su, saya lebih suka lah tengok keadaan anak saya ni seperti sekarang. Su pun kata, Su dah tak nak tengok Naurah jadi seperti dulu. Asyik menangis sebabkan lelaki tak guna tu." Ujar Encik Omar tidak puas hati.

"Ya Allah, apa yang abang cakap ni? Abang, saya ni bersyukur sangat kalau mereka tu berbaik semula. Saya yakin, kes Nayl di hotel dengan perempuan lain, tu semua fitnah. Naurah dah ceritakan semuanya. Orang yang memfitnah rumahtangga mereka telahpun meminta maaf. Saya harap sangat mereka berdua tu cepat berbaik dan rujuk kembali."

"Kalau dia orang berdua nak rujuk, saya orang pertama tak akan setuju!" Encik Omar terus mengangkat punggung dan berlalu pergi.

Puan Suraya menghela nafas panjang. Kelihatannya suaminya masih tidak dapat lagi memaafkan Nayl. Masih lagi dia bencikan Nayl.

**********

"Mana mama dan papa ni. Lambatnya dia orang nak datang." Bicara Naufal sendiri. Matanya tercari-cari mama dan papanya. Kawan-kawannya semua sudah pulang. Kecuali dia.

"Hai..."

Naufal mengangkat wajah. Seakan-akan dia kenal wajah dihadapannya ini.

"Eh, hai auntie Sabrina." Sabrina tersenyum sinis.

"Lamanya auntie dah tak jumpa Naufal. Rupa-rupanya Naufal pindah sekolah ya?"

"Hehehe, haah. Naufal pindah sekolah." Jawab si kecil itu comel.

Sabrina tersenyum lagi. Hari ini dia akan buat kerja gila. Kerja yang langsung tidak masuk akal. "Hari ni, auntie nak bawa Naufal jalan-jalan lah. Auntie bosan. Naufal boleh temankan auntie? Nanti auntie belikan Naufal ice cream dan coklat. Nak?" Sengaja dia umpan si kecil itu agar Naufal mengikuti nya kerana dia ada niat jahat mahu kenakan Naurah dan Nayl hubungan itu masih lagi dia tidak berpuas hati.

"Nak! Naufal dah lama tak makan coklat."

"Okey, so jom kita pergi beli."

"Okey, thank you auntie."

Sabrina tersenyum sinis lalu memimpin tangan Naufal masuk ke dalam keretanya. Sebelum dia memasukkan si kecil itu ke dalam keretanya, sempat dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut pula tiba-tiba ada Naurah datang atau orang yang berkenaan yang melihat.

*********

"Hah, nampak sangat Tuan Nayl tu cemburu. Pandai kau ya buat dia cemburu. So, nanti kau dapat tahu lah yang dia masih sayangkan kau." Ujar Aina lega apabila Naurah menceritakan tentang hal ini.

Tetapi, bagi dia tentang hal ini ialah berita gembira. Kerana Naurah sudah dapat tahu yang lelaki itu masih cintakan dia. Hari ini, Naurah tidak lagi bertemankan air mata, malah bertemankan dengan senyuman dan hati yang berbunga-bunga.

"Yes, mestilah. Ni Naurah Husna kut. So, misi seterusnya aku akan goda dia pulak." Naurah tersenyum sinis.

Aina sedikit terkejut. Goda? "Eh, kau serius lah nak goda dia? Dia bukan suami kau tau. Kau jangan nak gatal pulak." Marah Aina tidak setuju dengan cadangan Naurah.

Kepala Aina diketuk. Geram dengan otak kotor sahabatnya itu. "Auch! Sakitlah!"

"Bukannya aku nak rogol dia. Kau ni otak kotor sangat lah. Nanti cuci otak kau tu pakai air zam zam. Maksud aku, bukannya rogol dia. Goda dia bagi cair dan dapat buka hati dia tu untuk maafkan aku. Tu je. Bukannya sentuh dia." Naurah menjeling. Geram sungguh dengan kawannya ini yang tidak betul.

Aina ketawa terbahak-bahak. "Oh, cakap lah goda yang tu. Haih, kau ni buat hati aku berdebar je."

"Tu lah kau. Layan kdrama banyak sangat. Ni mesti kau tengok scene kiss dekat kdrama tu kan? Tu yang otak kau tu kotor sangat."

"Hei, memang tak lah. Aku geli dengan kiss-kiss ni lagi kau tuduh aku tengok scene kiss." Aina menjeling.

Naurah tertawa kecil. "Habis tu, kalau Arif kiss kau pun kau geli? Aku bagitahu Arif."

"Eh, tak lah. Kalau cerita je aku geli. Kalau suami aku memang tak lah geli. Lama-lama kiss pun tak apa." Hah, sudah. Minah ni mula berangan panjang.

Naurah mula rasa loya. Geli dengan kata-kata sahabatnya itu yang mula tidak betul. "Isy! Kau ni gatal lah! Dah lah. Sekarang, pukul berapa?"

Aina melepaskan tawanya. "Sekarang pukul 1."

Membulat mata Naurah. Apa?! Pukul 1? Naufal! Lantas dia bangun dari kerusinya dan mencapai beg tangannya lalu berlari keluar dari pejabatnya.

**********

Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Nayl masih belum datang. Ke mana pulak si mamat ni?! Nak telefon dia, nombor Nayl langsung tiada di dalam kenalannya. Aduh, bagaimana ini?!

"Nanti semua ni awak boleh bagi dekat saya lah jika dah selesai."

"Oh, okey baik boss."

Nayl menyandarkan tubuhnya dikerusi. Mata dipejam buat sementara waktu. Penat. Daripada tadi dia tidak duduk. Berjalan sana sini. Melihat kerja-kerja staff nya lagi. Meeting lagi. Appointment banyak ditangguh. Haih...

Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam pejabat nya. Sejak dua menjak ini, Nayl kurang berjumpa dengan Sabrina. Call dengan wanita itu lagilah tidak.

"Hai."

"Hmmm.." Balas Nayl nak tak nak. Dia sungguh penat hari ini. Tiada mood nak bersembang dengan orang lain.

"You macam tak ada mood je."

"Yes. You ada apa datang sini?" Soal Nayl tanpa memandang Sabrina.

"Saje datang sini. Err...you bila keluar hospital?"

"Lama dah." Jawab Nayl ringkas.

"Oh. Untunglah you ada bekas isteri yang masih mengambil berat tentang you. Masih sayangkan you sampaikan lupa tentang I. Bila dulu bukan main lagi you sedih-sedih cerita dekat I. Bila sekarang perempuan tu dah dapat maafkan you, you tinggalkan I macam tu je." Ujar Sabrina sambil membelek-belek rambut. Tetapi, hatinya terlalu sakit.

"Apa yang you cakap ni? Please lah Sabrina, I penat sekarang ni. I malas nak cakap pasal tu. Kalau you datang sini semata-mata nak cakap tentang tu, please get out of my office. I tired. Please faham." Ujar Nayl sedikit meninggi. Kalau jumpa aje, pasti akan cakap tentang itu. Nayl mula serabut.

"So now, you dah malas lah nak sembang-sembang dengan I and you malas lagi nak jumpa dengan I? You dah benci I macam tu? Bila susah cari I bila senang tinggalkan I macam tu je? Betul ke Nayl?" Kini suaranya pula yang meninggi.

"Dah lah Sabrina! Apa yang you cakap ni?! Yes, memang I masih sayangkan Naurah. I cintakan dia. But, not you. Dah, keluar sekarang dari office I. Now!" Bentak Nayl. Sudah lah dia penat. Wanita itu cakap tentang benda yang tidak penting lagi. Bertambah membara api kemarahannya saat ini. Stress!

"Okey, I akan keluar. But, suatu hari nanti you jangan menyesal." Sabrina tersenyum sinis lalu mengangkat punggung dan berlalu pergi.

Nayl menyandarkan semula kepalanya dikerusi. Kepala yang terasa berdenyut-denyut dipegang. Saat ini dia sungguh tertekan. Ya Allah, apa lagi lah dugaan mu ini?

Terdetik di dalam hatinya mahu memandang ke jam di pengelangan tangannya. Mula-mula melihat wajahnya tenang. Masih lagi mahu bersantai.

Kali kedua lihat, dia sudah bangun kembali. "Dah pukul 1?" Lantas dia mencapai kot hitamnya dan melangkah keluar dari pejabat tersebut.

**********

"Isy! Kenapa lambat?! Tahu tak dah pukul berapa?!" Marah Naurah bagaikan boss sedang marah drivernya kerana datang lambat mengambilnya pulang.

"Sorry lah. Tadi aku busy sikit."

"Saya pun busy tapi tak ada lah lambat macam awak! Dah, cepat lah masuk!" Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta. Nayl mendengus kasar lalu turut melangkah masuk ke dalam kereta.

Sepanjang dalam perjalanan itu mereka hanya berdiam diri. Suasana menjadi sunyi. Naurah mencuri-curi memandang wajah lelaki itu dan tanpa gadis itu sangka lelaki itu juga turut mencuri-curi memandang wajahnya.

Rindu.

************

Sampai aje dihadapan sekolah tadika Naufal, berkerut dahi Naurah melihat anaknya langsung tidak kelihatan. "Err...Cikgu. Anak saya ada keluar tak tadi?" Soal Naurah pada cikgu yang berada di luar pagar sekolah tadika.

"Haah, ada keluar tadi. Tapi, tadi saya tengok dia ada ikut seseorang wanita. Saya pun tak kenal perempuan tu siapa." Jelas cikgu wanita yang sedikit berusia itu.

Naurah dan Nayl yang mendengar sedikit terkejut. Seorang wanita? Siapakah dia?

Nayl mula berfikir lain. "Oh, yeke? Tak apa lah. Terima kasih ya cikgu." Naurah terus kembali mencari-cari anaknya. Hati mula risau dan gelisah tidak tentu arah.

"Ya Allah, mana Naufal ni?" Air mata mula mengalir. "Awak, kita pergi report polis lah. Saya risau lah." Ujar Naurah yang mula menangis. Kehilangan orang yang dia sayang, sungguh boleh buat dia jadi gila!

"Tak payah..."

"Tak payah apa bendanya?! Naufal hilang sekarang ni! Takkan awak nak duduk tengok je." Marah Naurah lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya.

"Tak payah! Aku dah tahu siapa yang culik Naufal." Nayl mendengus kasar. Dia pasti, orang yang dia teka tadi ialah orang yang telah menculik Naufal.

**********

"Eh, auntie. Kita dekat mana?" Soal si kecil itu pelik. Sebuah rumah kosong yang terbiar. Si kecil itu kelihatan agak takut.

Sabrina tersenyum sinis. "Ni lah rumah auntie. Rumah auntie banyak sangat-sangat ice cream and coklat. Naufal suka kan?"

"Oh, suka. Tapi, kenapa rumah auntie macam ni? Buruknya." Komen si kecil itu sambil memerhatikan sekeliling rumah itu.

"Auntie tak ada lah kaya macam mama dan papa Naufal. Auntie miskin je. Ni je lah rumah auntie yang auntie ada." Bohong Sabrina sambil memimpin tangan si kecil itu bawa masuk ke dalam rumah.

Si kecil itu terkejut lagi apabila di dalam rumah itu ada 2 orang lelaki yang berbadan sasa. Sabrina tersenyum jahat.

"Welcome to my home, darlin. So, sekarang kau tak dapat lagi lari daripada aku! Kau akan mati di tangan aku! Mak bapak kau akan sengsara dengan apa yang aku rasa!" Digenggam kuat rambut si kecil itu. Naufal sudah teresak-esak menangis terkejut. Sabrina ketawa jahat. 2 orang pemuda tadi itu juga turut ketawa.

"Mama....papa...tolong Naufal."

*********

"Awak nak pergi mana ni?" Soal Naurah apabila melihat Nayl langsung tidak tentu arah. Asyik hubungi seseorang dan membawa kenderaannya dengan laju.

Soalannya langsung tidak dijawab. "Hello, Nayl. Kenapa call I ni? Rindu ke atau rasa dah menyesal sebab tinggalkan I?" Soalnya sinis sambil tertawa kecil. Gedik betul!

Naurah hanya membuka telinga dengan perbualan mereka berdua. Sambil-sambil itu dia menjeling tajam. Kenapa lah mamat ni pergi call dengan minah gedik tu? Apa yang minah gedik tu boleh bantu? Yang dia boleh bantu hanya lah bantu menyakitkan hati orang! Marah Naurah dalam hati.

Nayl baru sahaja mahu membuka mulut kedengaran suara Naufal sedang menangis. Bulat matanya. Jadi, yang dia teka tadi adalah benar yang Sabrina culik Naufal.

Naurah masih tertanya-tanya apabila melihat wajah lelaki itu kelihatan terkejut besar dengan apa yang dia dengar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience