BAB 9

Romance Completed 31452

Malam langit tidak berbintang, malam kian merangkak sunyi. Dari jauh lagi Naim sudah perhati Nayl adiknya itu sedang termenung panjang di balkoni. Dia menggeleng kepala. Laju langkahnya mendapatkan adiknya.

"Nervous ke?" Soal Naim sambil ketawa kecil.

Tersentak Nayl, hilang terus mengelamunnya. Dia mengukir senyuman kecil.

"Tak lah." Jawab Nayl sambil ketawa kecil.

"Nah, air untuk kau." Naim menghulurkan mug yang berisi air pada adiknya. Nayl mengambil lalu dia terus meneguk air tersebut.

"Jangan lah stress, stress. Aku yakin, kau boleh buat. Sekali lafaz je, kau dah jadi suami yang sah untuk Naurah." Naim memberi semangat pada adiknya yang jelas sedikit gementar.

"InsyaAllah." Ucap Nayl sambil tersenyum kelat.

Lama mereka berdiam diri. Naim dapat lihat jelas wajah Nayl yang sedikit serabut. Dia seakan-akan sudah dapat tahu masalah yang dihadapi oleh adiknya.

"Kau ni kenapa? Macam serabut je?" Tebak Naim sambil mengangkat kening memandang wajah adiknya.

"Err...mana ada. Aku okey lah. Cuma... nervous sikit lah." Dia tersengih lagi. Menyembunyikan wajahnya yang jelas ada masalah itu.

"Ya, ke? Hei, Nayl. Aku ni abang kau tau, aku tahu segalanya tentang kau. So, kau tak payah nak tipu aku. Lebih baik kau terus-terang dekat aku, kenapa? Apa masalah yang kau hadap sekarang ni?" Soal Naim. Dia tetap mahu tahu, adiknya seorang yang periang, pelawak dan suka tersenyum. Tetapi, suka berahsia.

Nayl menghela nafas panjang.

"Naurah..." Perlahan-lahan dia menyebut nama gadis itu.

Berkerut dahi Naim. Dia ketawa kecil. Entah mengapa, lawak pula apabila Nayl menyebut nama gadis itu. Dia ada masalah dengan Naurah ke?

"Kenapa dengan dia? Kau orang gaduh ke? Aduhai, kau orang ni. Tak habis-habis bergaduh. Bila nak tamat peperangan kau orang ni? Dulu masa sekolah menengah, bukan main teruk lagi kau orang gaduh ya? Sampai mak, ayah, pak ngah dan mak ngah datang sekolah sebab kau orang gaduh besar." Cerita Naim sambil ketawa terbahak-bahak. Sungguh lucu mereka berdua ni kalau ingat-ingat balik kisah mereka berdua bersekolah bersama.

Nayl juga turut ketawa. Tetapi, ketawa dan senyumannya jelas yang dia terpaksa.

"Cuba kau cerita dekat aku? Kenapa? Takkan lah kau nak pendam sampai kau dah nikah dengan Naurah, lagi kau nak berdendam dengan dia? So, better explain to me. Why?" Pujuk Naim lagi agar adiknya cerita segalanya yang terbuku dihati.

"Tak adalah. Dia macam..." Sempat lagi dia menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Dia macam?"

"Tak terima. Maksud aku, macam dia tak terima aku sebagai suami dia. Kau pun tahu kan bang, perangai dia macam mana? Keras kepala, dingin, garang. Aku nak bersuara waktu dia tengah marah pun aku takut. Now, nak cerita pasal kahwin? Dia pun benci aku, tiba-tiba aje nak kahwin tanpa ada perasaan," Luah Nayl. Dia menghela nafas berat.

"Aku takut dia buat perangai je lepas kahwin. Mana lah tahu, dia lari rumah ke? Apa ke? Hah, risau aku bang. Dia tu apa yang dia nak, dia akan buat. Sama je macam bapak dia tu." Sambung Nayl lagi sambil menjeling ke tempat lain.

Terbahak-bahak Naim ketawa. Sakit perut nya ketawa apabila mendengar luahan dari adiknya.

"Aduhai, sakit perut aku..."

Sambung Naim ketawa terbahak-bahak. Nayl menjeling tajam pada abangnya yang masih tak henti-henti ketawa.

"So, masalah kau sekarang ni itu je lah?" Soal Naim kembali dengan sisa ketawanya. Perlahan-lahan Nayl mengangguk dengan wajahnya jelas kecewa.

Bahu adiknya dipeluk lalu ditepuk lembut.

"Nayl, lelaki yang kuat je boleh sabar dengan perangai perempuan macam Naurah tu. Perempuan ni ibarat buku yang tebal, kalau lelaki itu setia dia akan baca sampai habis. Kalau lelaki itu baran, dia akan tinggalkan buku tu. So, macam kau juga kalau kau kuat, kau sayang dia, kau lelaki setia, tunjukkan pada dia yang kau boleh tahan dengan perangai dia," Pujuk Naim.

Nayl mengetap bibir, masih terbayang dengan kata-kata abangnya. Wajah ditoleh memandang abangnya disebelah.

"And, tunjukkan yang kau boleh baca buku tebal dia sampai habis. Sampai dia boleh terima kau, sampai dia boleh ubah perangai dia dan sikap dia, sampai kau dan dia bahagia." Sambung Naim. Nayl mengangguk. Dengan kata-kata abangnya dia sedikit bersemangat.

"Cuma satu je, kau kena sabar. Sabar itu jalan yang paling terbaik." Sambung Naim lagi sambil menepuk lembut bahu adiknya. Nayl mengangkat wajah, dia tersenyum lebar.

"Aku akan cuba bang. Harap, dia tak buat lagi perangai masuk air dia tu. Hari itu, basah baju aku dia buat. Last-last dapat mandi free dekat hotel Seri Emas tu." Cerita Nayl dengan wajah marah. Masih geram dia dengan apa yang Naurah buat padanya dulu.

Terbahak-bahak Naim ketawa. "Ya? Hahahahaha. Kesian," Tawa Naim lagi sambil menggeleng. Nayl juga turut ketawa, walaupun hati masih sakit tetapi gadis itu juga suka buat dia ketawa walaupun perbuatan itu menyakitkan hatinya.

*****

"Dah besar anak mama ni, nanti jadi isteri yang baik tau." Bahu anaknya dipeluk erat. Dia juga sedih, kali ini dia sudah tiada lagi teman di rumah. Selalunya, Naurah yang sangat rapat pada mamanya. Mahu rapat pada papanya? Dia mahu bersuara pun takut, entah apa lagi mahu rapat. Naurah tersenyum sinis, seperti mimpi pula yang sepupu sendiri ialah suaminya sendiri.

"Isteri yang baik? Memang tak lah." Ujar Naurah perlahan sambil menjeling ke tempat lain.

"Naurah... Apa cakap macam tu? Tak baik lah. Esok Naurah dah jadi isteri orang tau, jadi syurga Naurah sekarang berada pada suami Naurah. Naurah jangan jadi isteri derhaka, sayang." Pesan Puan Suraya lembut.

"Hm, yelah mama..." Naurah menjeling ke atas.

"Hah, kalau Naurah nak jadi isteri yang baik, Naurah kena dengar apa yang suami cakap. Kalau suami tak izinkan, jangan pergi atau buat apa yang suami tak benarkan. Kalau suami minta, Naurah kena bagi. Jangan melawan cakap suami dan jangan tinggikan suara pada suami. Nanti kita tak dapat bau syurga, masuk syurga pun tak dapat tau." Pesan Puan Suraya lagi dengan sangat lembut.

What?! Apa yang suami minta kena bagi?! Eh, jap ni macam peraturan papa je? Eee!! Kalau mamat tu minta apa-apa sekali pun, aku bagi kaki je terus!! Marah Naurah dalam hati. Sepertinya dia masih lagi ingat pesanan dan peraturan papa. Masih dia ingat. Peraturan PA sama dengan pesanan mama. Rasa geli pula dia mendengar.

"Okey mama. Naurah minta maaf, Naurah akan cuba jadi isteri yang terbaik." Jawab Naurah malas-malas.

Kepala anaknya diusap lembut. Erat dia memeluk tubuh anaknya, menitis air matanya. Kali ini, dia sudah mula rindu anaknya dan anaknya juga sudah tidak lagi berada di sisinya.

"Eh, Naurah sekarang dah pakai tudung ya? Mama bangga sangat, anak mama pakai tudung nampak manis dan ayu sangat." Puji Puan Suraya apabila pelukan dilerai.

"Err, hehehe...Naurah pakai pun sebab papa." Jawab Naurah perlahan. Berkerut dahi Puan Suraya.

"Sebab papa? Ya Allah, Naurah. Jangan lah macam tu, kita ni nak mulakan pakai tudung mesti kena mulakan dengan niat. Niat yang baik dan betul, bukan kerana paksa." Pesan Puan Suraya.

"Okey mama, nanti Naurah akan betulkan niat Naurah untuk pakai tudung ya." Jawab Naurah dengan senyuman manisnya. Entah mengapa saat ini hatinya sungguh tenang tanpa sebab. Masalah yang bertimbul dalam kepala juga rasa seperti hilang entah kemana. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience