BAB 25

Romance Completed 31452

Setelah berbulan-bulan menunggu untuk mereka tahu jantina anak mereka berdua, akhirnya telahpun tiba. Rasa berdebar di hati membuatkan dia bahagia, itulah perasaan Nayl dan Naurah saat ini.

Kejadian tiga bulan lepas membuatkan Naurah trauma sehingga sekarang. Kejadian itu dia masih ingat, susah untuk dia lupakan.

Dia bersyukur kerana dia dan anaknya di dalam perut selamat dan tidak di apa-apa kan semasa kejadian itu.

Dengan kejadian itu juga, Naurah tidak berani lagi untuk keluar rumah sendirian. Kalau keluar pun, pasti bersama Nayl. Dia sungguh takut dan masih trauma.

Naurah kembali ke klinik yang dia pergi bersama Nayl dulu. Sekali lagi gel sejuk itu diletakkan di atas perut Naurah yang kini semakin menampakkan baby bump. Ya Allah baby, mama tak sabar nk jumpa baby. Alhamdulillah baby masih selamat selepas kejadian 3 bulan lepas. Bisik hati Naurah. Senyuman mekar dibibirnya.

"Tahniah puan, anak puan bayi lelaki." Suara doktor mencantas lamunan Naurah. Nayl berpaling.

"Macam mana, doktor pasti?" Soal Nayl seperti tidak percaya. Hatinya saat ini sungguh gembira. Tak terkata. Hanya tuhan aje tahu perasaan mereka berdua saat ini.

"Ya, encik. Encik boleh tengok bahagian sini, nampak tak alat sulit lelaki bayi ni."

"Err...Tu bukan ke ibu jari?" Sempat lagi Nayl mahu buat lawak. Naurah menepuk perlahan dahinya, dia menggeleng melihat perangai suaminya yang kini tidak betul.

"Eh tak encik. Jari dia dekat tepi ni. Yang ni pula alat sulit bayi." Jelas doktor tersebut sambil menunjukkan screen itu pada Nayl dan Naurah. Dia juga turut ketawa dengan soalan Nayl.

"Jadi betul lah anak saya lelaki?" Soal Nayl kembali. Selama ini dia mahu sangat anak lelaki, akhirnya dapat juga dia anak lelaki. Naurah ketawa kecil.

"Ya Encik." Makin gembira Nayl mendengar.

"Alhamdulillah sayang, kita bakal timang anak lelaki." Kepala isterinya dikucup lama. Menitis air mata Naurah, dia turut bersyukur. Terima kasih ya Allah.

********

"Apa?! Anak lelaki? Alhamdulillah." Ucap Puan Zainab lalu memeluk erat tubuh Naurah. Dia sungguh gembira.

"Hah, nanti tak lama lagi Naim akan jadi pakcik. Ni, Naim bila nak kahwin? Tu, girlfriend yang kamu bawa balik ke rumah jumpa dengan mak dan ayah tu, kenapa tak kahwin je dengan dia? Ayah tengok dia baik, cantik dan sopan lagi. Tengok, adik kamu dah jadi ayah. Kamu tu bila lagi?" Bertalu-talu Encik Rahim menyoal.

Nayl yang terdengar perbualan ayah bersama abang nya, dia terus mengambil tempat di sebelah ayah. Mahu menjadi nasi tambah. Selama ini Naim banyak kenakan dia, kali ini dia mahu balas dendam.

"Betul tu ayah. Along ni, dia suka sangat reject perempuan. Lagi-lagi yang lawa-lawa cantik-cantik. Semua dia reject. Kalau kau reject semuanya, kau nak perempuan macam mana lagi? Takkan sampai ke tua tak kahwin?" Ayat itu diberi pada Naim yang sudah tertunduk. Dengan ayat Nayl, hatinya mula panas. Oh nak mula game berperang lah ni?!!

"Oh, kau Nayl...Saje bagi ayah marah aku kan?! Hei, kau patut berterima kasih dekat aku tau! Kau dah baik dengan Naurah sebabkan aku tau!" Naim menjeling. Nasib lah waktu itu Naurah tiada di situ.

"Err...Ayah, tengok along dia ungkit-ungkit pulak."

"Sudah, sudah! Kau orang ni gaduh aje kerja. Ayah nak masuk bilik dulu, nak solat." Ujar Encik Rahim lalu dia mengangkat punggung. Pening kalau dilayan dua orang anaknya itu. Selalu gaduh.

Nayl dan Naim ketawa kecil. Dah lah gaduh, lepastu tiba-tiba aje ketawa. Hadoi, makin tak betul dua orang ni.

*******

"Ya Allah, babe. Aku tumpang gembira..." Aina menyeka air matanya yang sudah basah dikelopak matanya. Ah, sungguh terharu. Kawannya tak lama lagi akan jadi ibu.

Naurah ketawa kecil melihat kawannya sudah menangis.

"Alolo, jangan lah menangis. Nanti kita boleh beli baju baby sama-sama." Lembut Naurah menggosok bahu Aina. Aina tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Babe..." Panggil Aina.

Naurah yang sedang menyedut straw minumannya terhenti. Menoleh memandang rakannya di sebelah.

"Emm..." Naurah mengangkat kening sebelah memandang Aina. Melihat gadis itu seperti mula serba salah.

"Aku....Aku nak minta maaf..."

Pecah tawa Naurah. Berkerut-kerut dahinya. Tak faham dengan maksud Aina yang tiba-tiba meminta maaf padanya.

"Minta maaf? Kenapa tiba-tiba nak minta maaf dekat aku? Kau bukan buat salah pun dengan aku."

"Aku nak minta maaf, sebabkan aku kau kena culik. Aku salah, sebab aku hantar kau dekat bawah je. Tak hantar kau sampai depan pintu rumah." Aina tertunduk. Dia sungguh serba salah. Tetapi, tuhan masih sayang Naurah dan anaknya di dalam perut, gadis itu selamat dari penculik tersebut.

Terdiam terus Naurah dengan kata-kata kawannya. Lama dia memandang Aina. Liur ditelan. Dia cuba untuk lupakan, tetapi sangat susah untuk dia lupakan kejadian itu.

"Tak ada apa lah. Kau tak salah pun. Mungkin, orang tu memang dah lama nak culik aku. Dah, dah...Jangan sedih-sedih. Kalau kau sedih, aku pun sedih tau. Kata nak happy..."

"Hehehe...Okey. Aku happy, but...Aku minta maaf lagi sekali ya." Tangan kawannya diusap lembut.

Naurah mengangguk lalu tersenyum lebar.

*******

"Wah, ada geng lah kau nanti." Arif ketawa kecil.

"Ya, aku memang dah lama sangat nak anak lelaki. Alhamdulillah, dapat juga." Nayl tersengih kecil.

"Err...Nayl. Aku dengar, dulu isteri kau kena culik? Betul ke?" Tersentak Nayl dengan soalan kawannya. Cakap aje tentang itu, dia terus teringat kejadian itu. Kejadian itu juga membuatkan Naurah trauma sampai sekarang.

Perlahan-lahan Nayl mengangguk. Senyuman langsung tidak terukir.

"Tapi, isteri kau selamat tak?"

"Alhamdulillah, selamat. Dia orang tak apa-apa kan isteri aku pun. Tapi, waktu aku datang tu nyaris je lagi dia dah nak bunuh Naurah,"

Terlopong luas Arif mendengar. Bulat matanya.

"Bunuh?"

Nayl mengangguk.

"Nasib lah polis datang awal. Kalau tak...hm," dia tidak mahu meneruskan kata-katanya lagi. Dia hanya menghela nafas panjang.

"Huh, nasib baik lah juga, kan? Apa-apa pun, tahniah tak lama lagi kau jadi ayah. Aku pulak jadi pakcik. Eh, tak lama lagi aku dah nak naik pelamin tau." Arif tersenyum senget. Kali ini dia pula yang belagak.

"Thank you. But, apa?! Naik pelamin? Serius lah kau dah nak kahwin? Mana girlfriend kau? Lawa ke? Cantik?" Soal Nayl bertalu-talu dengan senyuman nakal nya.

"Eh, kau....Ni kalau Naurah dengar ni, memang malam ni kau tidur luar." Pecah tawa mereka bersama.

"Awek aku, mesti lah lawa. Tak payah tanya lagi." Kata Arif dengan sungguh belagak.

"Ok, nanti kalau dah nak kahwin bagitahu aku. Boleh aku jadi pengapit kau." Lengan Arif disiku lembut. Pecah tawa mereka bersama.

********

Perlahan-lahan Naurah melangkah masuk ke dalam pejabat. Melihat suaminya sedang sibuk dengan kerja. Tak mahu dia ganggu. Bekal nasi untuk suaminya diletak ke atas meja nya. Dia tidak mahu masuk ke dalam pejabat Nayl sekarang. Takut mengganggu dia pula.

Naurah terus melabuhkan duduknya. Fail di atas meja dicapai lalu dibelek. Melihat kerjanya banyak lagi belum selesai. Meeting dan appointment pun sekejap lagi mereka berdua akan pergi.

Tetapi kerjanya belum lagi selesai. Naurah menggaru-garu kepalanya. Tiba-tiba perut pula buat hal, Naurah memegang perutnya yang terasa bayi di dalam sedang menendang perutnya.

"Auch!"

Pintu pejabat dibuka seseorang dari luar. Matanya terus beralih memandang ke pintu pejabatnya.

"Sayang, petang ni kita ada meeting tau. Pukul 3," ujar Nayl sambil melangkah mendapatkan isterinya.

"Err....Abang. Mungkin meeting yang seterusnya Naurah tak pergi kut. Sebab Naurah sibuk sikit lah. Nak selesaikan kerja-kerja ni dulu. Sorry tau sebab tak dapat pergi sekali." Jawab Naurah yang sedikit teragak-agak.

"Oh, ok. Tak apa, sayang. Kalau awak tak dapat nak selesaikan kerja tu, biar abang aje yang selesaikan, okey?" Naurah mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Err...Abang. Nah, ni bekal untuk abang. Nanti makan tau. Naurah mungkin tak turun lunch sekali. Abang makan aje lah dulu ya." Bekal yang berada di atas mejanya di ambil lalu dihulur pada Nayl.

Nayl menyambut dengan senyumannya.

"Thank you, sayang."

Naurah hanya mengangguk. Nayl kembali melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Naurah meneruskan kerja-kerjanya yang belum selesai.

********

"Sorry lambat..." Ujar Sarah. Dia mengambil tempat di hadapan Sabrina.

"Kau oder lah dulu makanan dan minuman yang kau nak."

"Tak apa lah, aku dah minum tadi,"

Kini keadaan kembali senyap. Berkerut dahi Sarah melihat kawannya hanya diam. Melihat riak wajah Sabrina juga seperti gadis itu tiada mood.

"Wei, kes culik yang kau rancang tu, polis tak cari kau ke?" Sarah mula bersuara. Untuk hilangkan rasa sunyi tadi.

"Isy...Kau ni cakap tu perlahan sikit boleh tak?!" Marah Sabrina sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut pula dia jika orang terdengar soalan Sarah tadi.

"Sorry, sorry..." Sabrina menjeling tajam pada Sarah.

"Pasal kes tu kau senyap-senyap je. Tahu-tahu lah dia orang nak jawab apa nanti dengan polis. Sekarang aku tak puas hati! Selagi Nayl belum jadi milik aku, selagi tu aku akan buat rumah tangga dia orang hancur!"

"Kau ni memang gila lah Sabrina, kalau rancangan kau yang kali ke dua ni terbongkar macam mana?"

"Rahsia ni takkan terbongkar kalau kau tak buka mulut!"

Sarah terdiam dengan kata-kata Sabrina.

********

Selesai dia hubungi dengan klien tadi, dia terus melangkah keluar dari pejabat. Bekal makanan daripada isterinya dipegang.

Naurah tidak dapat makan tengah hari bersama suaminya, walau bagaimanapun dia tetap mahu selesaikan kerja-kerjanya yang masih belum diselesaikan.

Nayl baru aje mahu melangkah ke tempat cafe di hotel Fortune dia tergamam apabila lengannya telah dipaut oleh seseorang, matanya lantas beralih menoleh memandang seseorang itu.

Sabrina tersenyum lebar pada Nayl. Berkerut dahi Nayl melihat gadis itu, sejak bila gadis itu boleh muncul di sini?

"Hai!"

Lengan yang masih berpaut itu, lantas Nayl menepis. Kot hitamnya dibetulkan. Dia menjeling ke tempat lain dan melangkah pergi dari situ.

"Eh jap,"

Langkah Nayl terhenti lagi. Dia tidak berpaling ke belakang, malas dia mahu memandang Sabrina yang masih tidak faham yang dia sudah berstatus suami orang.

"Er, I nak lunch sekali dengan you boleh? Dah alang-alang I dekat sini, jom lunch sekali. Dah lama betul kita tak berjumpa, hari ni I rasa nak lama sikit bersembang dengan you. Kalau you sudi lah, kalau you tak nak tak apa, I balik je lah." Ujar Sabrina. Kata-kata akhirnya itu separa merajuk.

Suaranya jelas yang dia sedikit kecewa. Nayl menghela nafas panjang. Ya, kelmarin dia memang mahu berjumpa bersama Sabrina, tetapi dia sengaja tangguh.

Dia tidak mahu ada orang lihat dia bermesra bersama perempuan lain. Tetapi, untuk kali ini dia terpaksa. Dia memusingkan badannya memandang wajah gadis itu yang jelas sedang kecewa.

"I tak cakap pun yang I tak sudi,"

Sabrina mengangkat wajah memandang Nayl. Senyuman terukir dibibir.

"So, you nak lunch sekali dengan I ke? You betul-betul sudi?"

Nayl mengangguk terpaksa.

Hati Sabrina sudah meloncak girang. Kali ini dia mahu menatap wajah lelaki itu lama. Sungguh dia rindu. Wajah bekas kekasihnya, yang dulu selalu tersenyum tetapi selepas bertahun-tahun berpisah kini wajah lelaki itu bertukar serius.

Tanpa mereka sedar, sedang mereka bermesra ada sepasang mata yang memerhati mereka berdua dari jauh.

Hai assalamualaikum guys! Nana publish balik novel ni...Maybe slow update ya. I hope korang semua enjoy dengan novel ni ya, thank you ^~^ Love you support <3 Jangan lupa komen dan follow sekali ya, bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience