BAB 52

Romance Completed 31452

"Papa." Panggil si kecil itu lalu mendapatkan ayahnya yang sedang duduk termenung daripada tadi. Selesai aje makan malam bersama keluarga Naurah dan juga turut sama dengan keluarganya, sekarang dia duduk termenung.

Entah apa yang difikirkannya saat itu. Mahu menegur Naurah, tetapi sudah jelas dia tahu yang gadis itu masih memarahinya. Haih, bagaimana lah dia mahu memujuk gadis itu ya?

"Ya sayang." Lantas Naufal melabuhkan duduk di sebelah papanya.

"Papa, masih sayangkan mama?" Soalnya dengan gaya yang begitu comel. Nayl terkejut. Kenapa si kecil ni boleh menyoalnya begitu? Haih, bijak ya dia ni.

Nayl tertawa kecil. "Mestilah papa sayang mama. Kenapa Naufal tanya papa macam tu?" Tanpa sedar, bicaranya sudah dapat didengar oleh Naurah.

Naurah tersenyum lebar. Hatinya berbunga-bunga saat mendengar perbualan dua beranak itu.

"Oh. Tadi Naufal tengok papa asyik tengok mama je. Jadi, Naufal dah agak dah yang papa masih sayangkan mama." Ya Allah, bijak sungguh ya dia ni. Geram tengok pipi gebu dia tu. Mahu digigit. Nayl tertawa kecil.

Tanpa sedar, Naurah yang bersembunyi berdekatan dengan mereka turut tertawa kecil. Dia menekup mulutnya agar tidak kedengaran tawanya.

"Kejap ya. Papa nak pergi tandas kejap." Ujarnya lalu mengangkat punggung. Tanpa diduga, Nayl berjalan tempat Naurah bersembunyi. Kerana tempat Naurah bersembunyi itu tempat dimana terletaknya tandas. Wakduh, habis lah dia...

Naurah yang tadi tertawa kecil sambil menekup mulutnya terkejut apabila melihat kemunculan lelaki itu. Berkerut dahi Nayl melihat Naurah tersenyum-senyum seorang diri.

Wajah Naurah mula berbahang dan merah. Dia mengetap bibir. Jantung berdetak dengan hebat. Dia sudah ligat tidak tahu mahu lari ke mana kerana Nayl menghalang jalannya.

"Err...Aduh, malunya aku." Bisik Naurah sendiri sambil menggaru-garu kepalanya. Malu.

"Senyum? Teringat dekat siapa tu? Boyfriend? Ke...Cair dengar apa yang saya cakap tadi dengan Naufal?" Sengaja Nayl menyakat Naurah yang sudah mula gelabah.

Dia mendekati gadis tersebut. Tubuh Naurah sudah mula kebelakang dan akhirnya dia dihalang oleh dinding. Tubuhnya saat ini melekat ke dinding. Nayl sedang mengunci pergerakannya saat ini.

Naurah mula terkaku. Aduh, macam mana aku nak lari ni! Jahat betul lah mamat hantu jerung ni! Bebel Naurah dalam hati. Geram dengan apa yang Nayl lakukan padanya saat ini. Dengan senyuman menggodanya lagi buat Naurah berasa kekok.

"Err...Ma..mana ada. Sa...Saya...Saya teringat dekat boyfriend saya." Gagap sudah bicaranya. Entah mana datangnya idea sakitkan hati Nayl itu pun dia tidak tahu. Main lepaskan aje.

Berubah air muka Nayl. "Siapa? Abang Naim? Kalau awak nak dia boleh. Tapi, dengan satu syarat." Jari telunjuk naik ke bibirnya. Membulat mata Naurah. Lantas dia menolak tubuh lelaki itu lalu berlari ke tempat lain. Ya Allah, susah betul mahu bertentangan mata dengan lelaki itu. Dasar mata suka menggoda orang!

Nayl tertawa nakal. Suka dia kenakan Naurah. Terbahak-bahak dia melihat gadis itu lari lintang-pukang meninggalkan dia. Gelabah malu sangat dia saat itu. Nayl hanya melepaskan tawa. Suka melihat Naurah gelabah malu.

Tetapi hatinya langsung tidak boleh menipu dengan dalam keadaan begitu lah yang paling dia suka.

Bahagia.

***********

Awal pagi lagi Naurah keluar dan pergi ke tempat kerja. Tetapi, nasib malangnya sewaktu dia memandu kenderaannya, keretanya tiba-tiba buat masalah.

Kereta tersebut diberhentikan di bahu jalan dengan hati penuh marah. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam kereta tersebut.

Waktu dia ada meeting ni lah kereta buat hal. Ya Allah, dugaan sungguh!

"Eee! Kenapa kau buat hal time macam ni hah?! Aku dah baiki kau, hari ni kau nak ambil kesempatan pulak ya?! Ee! Menyusahkan lah!" Marah Naurah lalu melangkah keluar daripada keretanya yang bermasalah itu.

Bonect depan dibuka lalu dia memerika enjen keretanya mana tahu ada masalah. Tetapi, malangnya dia langsung tidak tahu bab-bab kereta ni.

Nayl yang mengajarnya memandu kereta. Tentang mahu memerika kereta semua ni, memang tak lah dia nak ambil tahu. Katanya, malas dan susah.

Sekarang, dia perlu hadap sendiri. Jam di pengelangan tangan sudah tepat pukul 8.30 pagi. Meeting nya mula pukul 9 pagi. Ah, sungguh dia serabut saat ini. Tidak tahu mahu lakukan apa.

Dia menghubungi pembaiki kereta agar keretanya dapat dibaiki sekarang tetapi tidak lama kemudian, ada seseorang menyebut namanya dari arah belakang.

Dia menoleh. "Abang Naim."

Lelaki itu muncul? Berkali-kali Naurah mengucap syukur dalam hati. Kalau boleh mahu aje dia memeluk tubuh abang sepupunya itu. Datang tepat pada masanya.

Dia menghela nafas lega. Entah bagaimana lelaki itu boleh muncul. Mungkin Naim ikut jalan yang sama dan menjumpai Naurah di bahu jalan.

"Kenapa ni?" Soalnya lalu memerhatikan kereta Naurah.

"Kereta ni buat hal. Sekarang Naurah kena cepat. Sebab kejap lagi Naurah ada meeting. Nasib lah abang ada. Naurah nak minta tolong abang periksa kereta Naurah ni mana tahu ada masalah. Naurah dah lambat dah ni. Mungkin Naurah naik Grab kut." Dia pasrah. Hendak mahu bagaimana lagi? Terpaksa lah dia naik Grab. Kereta pun tak boleh nak bekerjasama.

"Lah, nasib baik lah abang ada. Abang tadi nampak Naurah kat sini. Tu yang abang terus datang ni. Okey, tak apa. Nanti abang call kawan abang suruh dia bawa kereta Naurah ni hantar bengkel. Naurah jangan risau, biar abang hantar Naurah ke tempat kerja ya." Nasib baik lah dia ada abang sepupu yang prihatin dengannya. Naurah tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Dah jom." Ajaknya lalu Naurah mengikut langkah lelaki itu.

Tanpa mereka berdua sedar, ada seseorang juga turut memerhatikan mereka daripada jauh. Siapa lagi kalau bukan Nayl. Lelaki itu daripada tadi memerhatikan mereka berdua. Dia berhentikan keretanya apabila dia sangat kenal susuk tubuh seseorang wanita yang berada di tepi jalan bersama keretanya.

Jadi, dia mahu mendapatkan gadis itu kerana dia pasti itu Naurah. Tidak lama kemudian, sebuah kereta pula yang mendapatkan gadis tersebut.

Dan, orangnya....abang dia sendiri. Hm, dia menghela nafas kasar. Geram! Abang aku ni dah lebih-lebih dah ni! Siap kau bang! Mana Naurah ada, mesti ada kau! Eee! Siap kau! Bebel Nayl dalam hati dengan tidak puas hati terhadap abangnya.

Bujang terlalu lama sehinggakan dengan adik sepupu sendiri pun dia mahu rembat.

********

"Terima kasih banyak-banyak bang. Nanti Naurah belanja abang ya." Ujar Naurah mesra. Naim tertawa kecil.

"Tak perlu lah. Abang ikhlas tolong Naurah. Nanti balik kerja call abang ya. Biar abang ambil Naurah. Tak payah naik Grab malam-malam. Bahaya. Malam ni abang ambil." Naurah mengangguk lalu tersenyum lebar.

Tidak menunggu lama, dia meminta diri lalu melangkah keluar daripada perut kereta tersebut dan melangkah berjalan masuk ke dalam tempat kerjanya.

Tanpa diduga, Nayl mengikuti sepanjang perjalanan mereka tadi. Huh, lelaki ini benar-benar sayangkan Naurah. Takut pula dia melihat Naurah ikuti abangnya. Abangnya? Bukan boleh percaya. Bahaya orangnya. Nayl mendengus kasar.

Masih tidak puas hati.

*********

Pada malam itu, semua keluarga mereka berkumpul di ruang tamu. Nayl sudah bersiap dengan baju hoodie nya berwarna hitam dan dia juga memakai topi berwarna hitam. Semua berpakaian hitam dia pada malam itu. Jika orang melihat dia, pasti orang menganggap dia seseorang peragut yang mengerikan.

Berkerut dahi Puan Zainab melihat. Nayl sudah pulang ke rumah tetapi kelihatannya lelaki itu seperti mahu keluar rumah? Mahu ke mana dia?

Kelihatannya, Naim juga turut bersiap-siap untuk keluar rumah. Makin pelik Puan Zainab saat ini.

Dia mendapatkan Nayl yang sudah berada di muka pintu utama yang sedang memakai kasut. "Nayl nak pergi mana ni?" Soal Puan Zainab pelik.

"Nayl nak keluar kejap mak. Mungkin Nayl balik lambat sikit." Ujar nya lalu melangkah keluar.

"Eh, Naim pulak nak ke mana? Mak dah siap masak makan malam. Kenapa masing-masing nak keluar ni?" Soalnya pelik melihat anak-anaknya keluar rumah.

"Naim nak ambil Naurah. Kereta dia rosak. Naim dah janji dengan dia nak bawa dia balik ke rumah. Kesian pula dia." Ujar Naim pada maknya dan tanpa sedar kata-katanya dapat didengar oleh Nayl. Nayl kembali mendapatkan mereka berdua.

"Abang, kau tak payah lah ambil dia. Biar aku je ambil dia." Tolak Nayl. Tidak memberi abangnya pergi ambil Naurah di tempat kerja.

"Tak apa lah. Biar aku je ambil dia. Kau tu kan baru balik kerja. Kau pergi lah rehat dulu." Tolak Naim pulak. Makin berkerut-kerut dahi Puan Zainab.

"Tak apa, bang. Biar aku aje." Bahu Naim dipegang sambil memberi isyarat mata yang dia mahu mengambil gadis itu pulang. Naim tersenyum, dia sudah tahu pasti adiknya cemburu.

Encik Rahim yang lihat juga tersenyum sambil menggeleng kepala apabila melihat anak-anaknya berebut-rebut mahu mengambil Naurah pulang. Haih...

Nayl terus meminta diri dan melangkah keluar dari rumahnya. "Hm, dia cemburu lah tu Naim rapat dengan Naurah." Puan Zainab baru faham. Dia tertawa kecil sambil menggeleng kepala.

Dia yang rancang semua ni, mahu Naim rapat dengan Naurah, kerana dia mahu melihat adakah Nayl masih sayangkan Naurah ataupun tidak?

Tetapi tadi baru dapat dia lihat yang Nayl cemburu apabila Naim mengambil Naurah pulang. Sanggup keluar rumah semula semata-mata mahu mengambil Naurah pulang. Haih, sayang betul ya dia pada gadis itu.

********

Naurah berjalan kehulur-kehilir, melihat kereta abang sepupunya iaitu abang Naim langsung tidak kelihatan. Jam di pengelangan tangannya sudah tepat pukul 12 tengah malam.

Hari ini dia lewat sedikit pulang ke rumah kerana dia perlu menyelesaikan tugasannya yang masih belum selesai. Kerja-kerjanya semua masih lagi belum siap.

Kerana dia penat sangat hari ini, dia perlu balik. Tetapi, yang membuat dia gelisah dan risau saat ini apabila melihat abang sepupunya belum lagi muncul.

Sudah berejam-jam dia tunggu di hadapan hotelnya. Kelilingnya sunyi membuatkan Naurah berasa sungguh takut. Penjaga hotel yang berada di luar juga tiada di sini. Seorang menjaga di belakang hotel seorang lagi meronda-ronda di blok hotel.

Tidak menunggu lama, Naurah sungguh berasa takut. Dia melangkah berjalan ke sebuah perhentian bas yang berada berdekatan dengan hotelnya. Tidak jauh dia melintas kerana perhentian bas tersebut tidak jauh berada berdekatan dengan hotelnya.

Dia melabuhkan duduk di situ sambil mata melilau-lilau mencari kereta abang Naim yang masih tidak kelihatan. Tanpa Naurah sedar, sebuah kereta BMW berwarna hitam milik Nayl sudah berada berdekatan dengan perhentian bas tersebut.

Cuma, Naurah aje yang tidak perasan. Nayl baru aje mahu buat kejutan malah dia yang dapat kejutan apabila matanya menangkap satu susuk tubuh yang berpakaian agak pelik dan mencurigakan.

Seorang lelaki yang mencurigakan itu menghampiri Naurah. Nayl mula tidak senang duduk.

Naurah yang sedang menunggu, sempat lagi dia berangan termenung, terkejut dia apabila beg tangannya yang tergantung dibahu itu ditarik kuat oleh seseorang.

Sudah lah waktu malam, dia seorang diri lagi. Siapa yang mahu menolongnya?

Naurah terkejut lantas turut menepis dan menarik kembali beg tangannya itu. Tetapi, lelaki itu lebih kuat menarik. Naurah takkan melepaskan begitu sahaja. Sempat dia menjerit meminta tolong.

Tiba-tiba, lelaki yang menarik beg tangannya tadi itu terjelopok jatuh apabila ada seseorang menendangnya dari arah belakang. Lantas Naurah menarik semula beg tangannya lalu menjarakkan dirinya daripada lelaki peragut itu.

Beg tangannya itu dipeluk sekuat hati. Tanpa sedar, air mata mengalir laju. Lelaki yang berbaju hoodie hitam yang langsung tidak menampakkan wajah, lantas mendapatkan peragut tadi lalu diberikan hadiah istimewa padanya dengan memberikan penumbuk yang paling padu.

Bukan sekali diberi, dua kali. Untuk kali kedua paling lah the best. Akhirnya, peragut tersebut bangun lalu berlari pergi dari situ. Lelaki yang bertopi hitam yang langsung Naurah tidak kenal itu mendapatkan nya. Lagi kalut Naurah saat itu. Lelaki itu terlihat mencurigakan membuatkan dia berasa sungguh takut.

Dia menelan liur. Ya Allah, dugaan apakah seterusnya ini? Air mata mengalir laju. Kaki sudah banyak kali melangkah ke belakang apabila lelaki itu melangkah ke hadapan.

Tidak berdaya lagi, Naurah terduduk terjatuh ke bawah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sungguh penat untuk melalui semua ini. Cukup lah dia sudah melalui yang tadi, untuk seterusnya dia penat. Jadi, kali ini dia pasrah. Hanya mampu redha.

"Tolonglah jangan kacau saya Encik. Kalau Encik nak duit saya ambil lah. Tolong lah jangan ganggu saya..." Ujar Naurah dalam tangisannya. Dia menunduk sedikit. Air mata mengalir dengan laju.

Lelaki tersebut tersenyum sinis. Dia sedikit menunduk memandang wajah Naurah yang sudah sembap dengan air mata yang mengalir.

"Tolong lah jangan ganggu saya. Kalau Encik nak duit, saya bagi. Tapi, tolong jangan ganggu saya." Rayunya lagi sambil menghulurkan beg tangannya. Mahu terbahak-bahak Nayl ketawa melihat Naurah sudah gelabah takut.

Dia menyembunyikan senyumannya. "Saya tak nak apa-apa pun. Cuma..." Kata-katanya dipotong oleh Naurah yang masih menangis-nangis.

"Encik nak apa? Saya akan bagi. Tapi tolong jangan ganggu saya. Tolonglah pergi..." Nayl tersenyum sinis.

"Saya akan pergi. Tapi saya nak satu je.."

"Apa yang Encik nak? Saya akan bagi..."

"Hati awak."

Tersentak Naurah dengan kata-kata lelaki itu. Dia menelan liur. Wajah didongak memandang lelaki tersebut. Nayl membuka topi berwarna hitamnya itu lalu dia membetulkan kedudukan rambutnya yang sedikit senget.

Lantas Naurah bangun lalu dia memukul dengan kuat lengan Nayl. Hatinya saat ini sungguh panas terhadap lelaki tersebut. Nayl ketawa terbahak-bahak.

"Eee! Awak ni buat saya takut tahu tak?!" Marah Naurah lalu menumbuk dan memukul berkali-kali lengan Nayl.

"Aduh, sakit lah."

"Padan muka!"

"Alah, sorry lah. Awak patut berterima kasih tau dekat saya sebab saya tolong awak daripada kena ragut tadi." Ujar Nayl lalu menggosok-gosok lengannya yang terasa sakit apabila dipukul oleh Naurah.

Naurah menyeka air matanya. "Awak ni jahat lah!" Naurah melabuhkan duduk di kerusi yang dia duduk tadi. Pecah kembali tangisannya. Nayl menggaru-garu kepalanya tidak tahu mahu lakukan apa.

"Eh, err...Jangan menangis." Pujuknya entah bagaimana dia pun tidak tahu. Dah malam ni, takkan Naurah mahu menangis lagi. Jika orang melihat, takut pula orang menganggap yang dia kacau Naurah.

"Kenapa awak tipu saya? Kenapa selama ni awak tipu saya?" Eh, kenapa persoalan itu pula yang disoalnya? Nayl berkerut dahi. Alamak, kenapa waktu beginilah Naurah tanyakan itu padanya?

Dia menggigit bibir. "Awak, jom balik. Dah lewat malam ni. Tak elok pulak kalau orang lain tengok kita berdua-duaan macam ni." Sengaja ditukar topik. Nayl mengangkat punggung lalu berjalan melangkah pergi.

"Saya tanya ni! Kenapa awak tipu saya?!" Soalnya kali ini dengan bernada sedikit keras.

"Awak...Err... sebenarnya..." Dia bersuara dengan sedikit gagap tetapi percakapannya terhenti apabila telefon bimbit milik Naurah berbunyi.

"Hello abang Naim." Ah, dengar aje suara itu kembali membara api kemarahan Nayl saat ini. Dia mengetap gigi geram.

"Oh, abang tak jadi ambil Naurah? Eh, tak apa. Naurah faham abang busy." Naurah menyeka air matanya.

"Tapi, Naurah jangan risau, Nayl yang datang ambil Naurah." Ujar Naim di dalam talian, lantas mata Naurah menjeling tajam pada lelaki itu. Ya, lelaki itu telahpun sampai ke sini.

"So now, Naurah tak perlu risau lagi dah. Kereta Naurah dah siap. Orang tu kata, boleh ambil malam ni. Tapi, better ambil esok aje lah. Kita ambil sama-sama ya." Beritahu Naim tentang kereta gadis itu. Naurah tersenyum lebar.

"Oh yeke? Kalau macam tu, Naurah ambil malam ni je lah. Senang sikit esok nak pergi kerja. Tak perlu lagi nak menyusahkan abang. Nanti abang share location tempat bengkel kereta tu ya." Ujarnya dengan bernada gembira. Huh, gembira lah kereta dah siap. Harap sangat esok keretanya tidak buat hal lagi seperti hari ini.

"Eh, betul ke ni nak ambil malam ni? Naurah pergi dengan siapa? Nayl ke?" Soalnya bertalu-talu. Risau.

"Tak apa. Abang jangan risau. Biar Naurah datang ke sana okey. Terima kasih banyak-banyak ya abang sebab dah tolong Naurah." Ucap nya sengaja meninggikan sedikit suaranya memberi Nayl dengar biar lelaki itu cemburu! Itu yang dia mahu.

"Hehehe, no problem lah. Elok-elok tau jalan tu. Bye!"

"Okey, abang. Bye." Ujarnya dengan suara yang sungguh lembut. Talian di matikan. Sempat dia menjeling ke arah lelaki itu.

Mata terus terpandang sebuah teksi yang berjalan di kawasan tersebut. Lantas Naurah bangun lalu dia mengangkat tangan agar teksi tersebut berhenti.

"Biar saya naik teksi aje. Awak pergi lah balik. By the way, terima kasih sebab dah tolong saya tadi. Saya pergi dulu." Ujar Naurah lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta teksi tersebut.

Nayl menghela nafas panjang. Dia meraup wajah. Masih mampu bertahan dan bersabar.

*********

Sudah hampir seminggu dia melihat keadaan papa, dia bersyukur kerana papa sekarang ini makin tersenyum lebar dan tidak seperti dahulu sepanjang waktu wajahnya asyik ketat dan masam mencuka.

Dia melayan Naufal pun mesra. Siap bermain-main lagi dengan Naufal. Naufal juga gembira kerana atuknya semakin pulih. Tetapi, Encik Omar tidak boleh terkejut. Jika dia dapat berita yang mengejutkannya pasti jantungnya tidak aman.

Naurah tersenyum melihat papanya sedang bermain-main dengan anaknya. Haih, Ya Allah, alhamdulillah papa dah boleh buka hati terima semua ni. Terima kasih Ya Allah.

Tak lama kemudian, terdengar seseorang menekan loceng rumah sepertinya ada seseorang datang ke rumahnya. Lantas Naurah membuka pintu rumah.

Terkejut dia apabila melihat Puan Zainab, Encik Rahim serta abang Naim datang ke rumahnya. Tetapi, walaupun dia masih memarahi Nayl, dia tetap mencari susuk tubuh Nayl. Lelaki itu tiada.

Naurah mengucup tangan Puan Zainab. Senyuman manis dihadiahkan pada mereka semua yang datang ke rumahnya.

"Eh, kak nab." Puan Suraya lantas mendapatkan kakak iparnya. Dipeluk erat. Naurah tersenyum melihat mereka semakin mesra. Encik Omar juga mendapatkan Encik Rahim. Mereka juga turut bersembang mesra.

Naurah tak lepas-lepas mencari kelibat Nayl. Lelaki itu betul tiada ke? Ke lelaki itu mengambil barang di dalam kereta? Naurah masih berfikir dengan baik.

"Tengah cari siapa tu?" Soal Naim apabila melihat Naurah daripada tadi asyik berdiri di muka pintu utama sambil melilau mencari seseorang.

Wajahnya mula berbahang apabila Naim menegurnya seperti seakan-akan tahu Naurah sedang mencari siapa. Naim tersenyum lebar.

"Err...Tak ada siapa-siapa pun. Err...Abang." Ujarnya sedikit teragak-agak.

"Ya."

"Nayl dia tak datang ke?" Soalnya sedikit malu. Malu mahu menanyakan kehadiran lelaki itu. Tetapi entah mengapa dia memberanikan diri untuk menanyakan tentang kehadiran lelaki itu.

Naim tersenyum. "Oh, dia hari ni tak dapat datang. Kata dia, nak selesaikan projek kerja dia. Hm, entahlah abang pun tak tahu. Naurah pun tahukan dia tu kuat bekerja. Kalau boleh dia tu, sampai esok pun tak balik selesaikan tugas dia tu. Abang ni kerja dekat hotel dia juga, tapi abang hanya tolong aje. Kalau ada yang bukan kerja abang, abang tak buat. Kenapa Naurah tanya pasal dia?" Soal Naim pelik apabila Naurah tiba-tiba tanya tentang adiknya.

"Oh, err...tak ada lah. Pelik, selalunya dia datang. Mungkin dia busy."

"Hm, ni mesti rindukan Nayl, kan?" Sakat Naim, dia tertawa kecil. Berbahang malu Naurah saat itu. Kelu lidahnya mahu bersuara kerana kata-kata Naim itu benar.

Hanya mampu tersengih kecil. Naurah sudah malu-malu kucing. Dia mengetap bibir. "Naurah, kalau Naurah nak tahu, Nayl rindu sangat-sangat dekat Naurah. Kalau Naurah masih berkeras hati, tak nak percaya dan masih marahkan Nayl terpulang lah. Sebenarnya, Nayl sayang dan rindukan Naurah. Dia rindu sangat. Abang kenal lah adik abang tu macam mana. Kalau tak jumpa Naurah dan Naufal satu hari dah jadi gila dah dia tu. Ada satu hari tu, Nayl tak dapat jumpa dengan Naurah dan Naufal. Sebab itu jugalah dia demam teruk sehinggakan dia pengsan. Walau macam mana sekali pun, abang patut berterima kasih dekat Naurah sebab Naurah dah bantu Nayl sewaktu dia pengsan dulu," Naim membuka cerita. Naurah yang mendengar mula berasa sebak.

"Abang bukan nak salahkan Naurah dan abang tak salahkan mana-mana pihak. Cuma abang nak bagitahu yang Nayl sayangkan Naurah. Percaya lah, dia masih cintakan Naurah. Abang harap sangat, kau orang berdua berhubungan seperti dulu. Tengok pak long dengan pak ngah dah mula berbaik, hati abang ni rasa lega dan abang dah tahu yang kau orang berdua ada peluang untuk berhubungan seperti dahulu dan dapat berbahagia hingga akhir hayat." Sambungnya lagi sambil tersenyum lebar.

Naurah juga turut tersenyum. Hatinya saat ini tak terkata. Dia dapat menerima Nayl tetapi dia masih tidak dapat menerima penipuan daripada lelaki itu.

Kenapa lelaki itu sanggup menipunya? Untuk kepentingan diri sendiri? Itulah yang berada di isi fikiran Naurah. Dia masih tidak dapat terima dengan apa yang Nayl dah buat pada dia.

Sangat-sangat sakit hatinya bila dapat tahu yang Nayl selama ini menipunya. Baru aje mahu menerima lelaki itu, bila dapat aje tahu Nayl menipunya selama ini perasaan benci terhadap lelaki itu mula menimbul.

Naurah menyeka air matanya yang mula mengalir. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya sakit. Dia cuba untuk kuat. Walaupun hatinya sakit tetapi dia tidak mahu menunjukkan yang dia tersakiti. Dia mahu menunjukkan yang dia kuat. Kuat menjalani pelbagai dugaan yang datang.

"Eh, kenapa kau orang berdua ni duduk depan pintu ni? Masuk lah. Naim, masuk lah. Mari makan bersama." Pelawa Puan Suraya mesra. Naim tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Naurah fikirkan lah dulu. Abang tak paksa. Tapi, Naurah kena banyakkan rehat. Nanti jatuh sakit pulak. Okey lah, abang masuk dulu ya." Hanya senyuman diberikan kepada Naurah dan dia berlalu pergi.

Naurah melepaskan pandangannya ke luar rumah. Masih terbayang-bayang wajah Nayl dan masih terngiang-ngiang kata-kata abang Naim sebentar tadi.

*********

Malam itu, Nayl tidak lagi duduk diam. Lantas dia masuk ke dalam bilik abangnya. Kelihatannya, Naim sedang menghubungi seseorang di balkoni biliknya. Nayl melepaskan jelingan maut pada lelaki itu.

"Err...Awak. Nanti saya call awak balik." Entah dengan siapa yang abangnya itu hubungi, lantas Naim memutuskan taliannya itu.

Kini pandangannya beralih ke Nayl yang berwajah jelas sedang marah. "Eh, kenapa ni? Muka ketat semacam je?" Soalnya pelik berserta dengan tawa kecil.

"Hei, bang! Kau tak payah lah nak buat-buat tak tahu! Aku nak tanya kau ni, kau ada apa-apa hubungan ke dengan dia? Kau cakap sekarang!" Soalnya terus tidak ada lagi mahu berdiam diri. Sekarang ini dia tidak mahu lagi berdiam diri, dia tetap perlu bertanyakan tentang hal ini. Jika Naim betul-betul menyukai Naurah, bagaimana dengan dia? Ah, semua itu tidak dapat dia bayangkan. Sakit hatinya!

Naim berkerut dahi. Tidak faham dengan kata-kata adiknya. Masih lagi dia mahu ketawa. "Dengan siapa? Apa yang kau cakap ni Nayl? Aku ada hubungan dengan siapa? Aku tak faham lah." Ujar Naim betul-betul tidak faham dengan maksud adiknya.

"Hei, kau tak payah lah nak buat-buat tak tahu! Kau sebenarnya suka Naurah kan?!" Soalnya dengan nada yang meninggi.

Puan Zainab yang terdengar mereka bising-bising lantas naik ke atas menuju ke bilik Naim. Terkejut dia apabila melihat anaknya bergaduh.

"Kenapa bising-bising ni?" Soal Puan Zainab pelik.

"Jap, Nayl. Aku tak faham apa yang kau cakap sekarang ni. Mana ada aku suka Naurah. Kau gila ke apa?! Dengan adik sepupu sendiri nak suka? Memang tak lah." Kini Naim pula yang bersuara dengan meninggi. Mahu ketawa pun ada mahu marah adiknya pun ada dengan apa yang Nayl cakap padanya tadi.

"Hah? Suka? Suka siapa? Kenapa dengan Naurah? Kau orang berdua ni dah kenapa?" Soal Puan Zainab bertalu-talu.

"Kau jangan nak tipu lah bang! Aku tahu kau suka dia! Jadi, yang tadi kau call orang tu dia lah kan?!"

Sekarang, sudah jelas yang Nayl cemburu. Naim melepaskan tawanya. Terbahak-bahak dia ketawa. Nayl makin geram.

Dia mengepalkan penumbuknya. Kecik besar kecik besar aje dia melihat abangnya ini. Panas hatinya! Puan Zainab juga turut geram apabila soalannya tidak dijawab. Haih, geram pulak dia dengan anak-anaknya ini.

"Apa?! Naim suka Naurah?" Puan Zainab yang daripada geram, dia hanya meneka aje apa yang mereka gaduh sampaikan jadi begini. Mungkin tekaannya tidak tepat. Kerana dia hanya bermain teka-teki.

"Mak, dia kata Naim suka Naurah. Bila masa lah Naim suka Naurah. Naurah tu dah macam adik Naim sendiri. Gila lah Naim nak suka dia. Lagipun, tadi yang Naim call tu dengan...Err... Girlfriend Naim. Bukan Naurah." Malu-malu dia mahu berkata yang dia hubungi dengan teman wanitanya.

Nayl terdiam seketika. Ada separuh dia percaya dan ada separuh juga dia tidak terhadap abangnya ini. Mungkin abangnya menipu dia?

"Oh...Jadi, Nayl cemburu lah ni?" Teka Puan Zainab lagi. Tergamam Nayl. Dia pula yang malu saat ini. Naim ketawa lagi.

"Ye lah kut mak. Tadi dia main masuk je bilik Naim lepastu dia soal Naim macam ni. Hm, nampak sangat dia cemburu." Sakat Naim pula sambil menyambung tawanya.

"Tak, aku tak percaya..."

"Ni. Puas hati kau?" Telefon bimbit ditunjukkan didepan muka Nayl. Lama Nayl memerhatikan wajah seseorang di dalam telefon bimbit milik Naim tersebut.

Berkerut dahinya. Seorang wanita? Cantik? Pastilah cantik. Adakah ini teman wanita abangnya?

"Siapa ni?"

"Ni lah girlfriend aku yang aku call tadi. Puas hati kau sekarang?!" Naim menjeling.

"Dah cukup! Jangan nak pandang lama-lama gambar awek aku. Nanti Naurah marah!" Telefon kembali dimatikan. Sekarang, baru lah Nayl percaya. Puan Zainab tersenyum. Terlihat jelas yang anaknya cemburu.

"Err...Yang kau cakap dekat Naurah yang kau suka dia tu apa?!"

"Itu aku saja je sebab aku nak tengok kau masih sayangkan Naurah ke tidak. Tapi, sebaliknya dua ketul ni salin mencintai mak." Ujar Naim sambil memandang Puan Zainab disebelahnya. Mereka berdua ketawa kecil.

Nayl mula terasa malu. Dia mengetap bibir. "Err...Sorry lah. Mana lah aku tahu. Kau juga salah sebab buat aku macam tu. Isy! Dah lah." Tidak menunggu lama, Nayl terus keluar daripada bilik abangnya itu.

"Hm, dah terlihat jelas mak yang dia masih sayangkan Naurah."

"Lega hati mak. Sekarang ni hanya tunggu masa aje Naurah maafkan Nayl. Harap lah sangat masalah ni Naurah tak ambil berat sangat dan mudah maafkan Nayl." Dia berharap sangat yang hubungan anaknya bersama Naurah menjadi seperti dahulu.

"Eh, jap. Betul ke kamu dah ada girlfriend ni?" Soal Puan Zainab terkejut.

"Mestilah mak. Jangan nak pandang rendah dekat Naim ya. Nanti mungkin lagi beberapa hari nanti Insya-Allah, Naim bawa dia jumpa dengan mak."

"Wah alhamdulillah. Nanti bawa dia datang ke rumah ya."

Lega hatinya. Dia bersyukur sangat. Semua urusannya telah dipermudahkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

********

Mata tidak boleh dilelapkan. Mengantuk langsung tidak terasa. Naufal yang berada di bilik sebelah sudah pun tidur. Ditidurkan oleh Naurah tadi. Tetapi sekarang ini, dia pula yang tidak dapat tidur.

Haih, mata tolong lah tutup. Badan aku ni dah penat sangat ni. Sempat dia bisik pada dirinya sendiri.

Tubuhnya dipusingkan ke kanan tetapi tidak dapat dilelapkan mata, dipusingkan ke kiri tetap juga tidak boleh melelapkan matanya.

Kini matanya beralih ke siling atas. Entah mengapa, dia teringat kembali kata-kata Naim. Masih terbayang wajah Nayl.

"Naurah, kalau Naurah nak tahu, Nayl rindu sangat-sangat dekat Naurah."

"Sebenarnya, Nayl sayang dan rindukan Naurah. Dia rindu sangat. Abang kenal lah adik abang tu macam mana. Kalau tak jumpa Naurah dan Naufal satu hari dah jadi gila dah dia tu."

"Nayl tak dapat jumpa dengan Naurah dan Naufal. Sebab itu jugalah dia demam teruk sehinggakan dia pengsan."

Kata-kata itu cukup buat hatinya sebak. "Betulkah Nayl masih sayangkan aku? Dia jatuh sakit semua tu salah aku? Ya Allah kejamnya kau, Naurah. Tapi, kenapa dia tipu aku? Hati aku ni belum lagi sembuh tau! Dia ingat aku ni apa? Patung?! Sesuka hati je nak mainkan perasaan aku!" Bebelnya sendiri masih belum puas hati dengan lelaki itu.

Tetapi, tidak lama kemudian, dia teringat sesuatu. Pak Ngah?

Dia terimbas kembali sewaktu petang tadi semasa dia berjumpa dengan Encik Rahim.

"Naurah, pak ngah nak minta maaf. Pak ngah dah banyak sangat buat salah dengan Naurah. Pak Ngah dah salah faham terhadap Naurah. Maafkan pak ngah ya. Pak Ngah harap sangat kamu tak ada berdendam dengan pak ngah lagi. Maafkan pak ngah ya." Bicara Encik Rahim dengan bersungguh-sungguh yang dia bersalah.

Naurah tersenyum. "Tak ada apa lah pak ngah. Naurah okey aje lah. Naurah tak ada pun berdendam dengan pak ngah. Pak ngah jangan risau lah ya. Semua tu kita lupakan aje. Setiap manusia ada kesilapan. Naurah dah lama maafkan pak ngah dan Naurah pun nak minta maaf dekat pak ngah kalau selama ni Naurah ada buat silap atau terguris kan hati pak ngah ke dengan kata-kata kurang ajar Naurah ni. Maafkan Naurah ya." Ujarnya. Dia pun tahu yang dia salah. Sebab mulut, badan binasa.

Itu yang dia tidak mahu. Tetapi, semua benda dah terjadi. Kita kena redha dengan semuanya dan kena terima takdir Tuhan.

Naurah tersenyum lebar. Sedang dia teringat balik semua itu, membayangkan wajah lelaki itu, kini dia dapat melelapkan matanya. Semoga dia dapat bermimpi dengan indah. Dan, semoga bermimpi indah itu juga menjadi kenyataan.

Hai guys! Hari ni special bab hehehe...Esok mungkin nana update lambat sikit...Jangan lupa Komen dan follow sekali ya, thank you! Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience