BAB 22

Romance Completed 31452

Sebelum mereka berdua ke tempat kerja bersama, sempat Naurah memasakan makanan untuk suaminya. Naurah tersenyum melihat hidangan yang sudah terhidang di atas meja. Puas hati. Daging masak lada hitam kegemaran suaminya nampak betul-betul menyelerakan. Nayl, kalau ada lauk kegemaran dia ni, memang makan dua tiga pinggan. Tetapi badan tetap terlihat kurus.

"Sedapnya bau. Dari atas lagi abang dah boleh bau. Sayang ni memang sengaja nak bagi abang gemuk, kan?" Nayl menarik kerusi seraya duduk. Bibirnya sudah tersenyum lebar melihat makanan kegemarannya dihadapan mata.

"Tak ada maknanya gemuk. Tapi kalau gemuk pun, saya tak kisah. Saya tetap sayang abang sampai bila-bila. Abang makan banyak-banyak tau. Penat saya masak." Nasi disuakan pada suaminya. Lauk-pauk disendukkan ke dalam pinggan Nayl. Perbuatan yang tak pernah ditanggalkan sejak berkahwin. Dulu, makan pun bersuap. Satu pinggan. Tapi sejak mengandung, Nayl nak dia makan dengan lebih selesa.

"Ini untuk sayang. Makan banyak-banyak. Biar baby dalam tu sihat." Seekor ikan goreng dimasukkan ke dalam pinggan Naurah. Lauk yang wajib ada sejak isterinya mengandung. Dulu Naurah memang tidak pandai memasak, tetapi apabila dia belajar masak bersama mak mentuanya, kali ini dia sudah sedikit pandai memasak. Kerana Puan Zainab memang pandai memasak, lagi-lagi masakan kampung. Sungguh sedap.

Baru aje Naurah mahu menyuap nasi ke dalam mulut, Nayl sudah menghalang. Saat ini, sudu yang berisi nasi pula yang sedang berada dihadapan mulutnya.

"Biar abang suap. Sayangkan mengandung." Pecah tawa mereka bersama. Lambat-lambat Naurah membuka mulut. Di tepi bibir isterinya yang comot, perlahan-lahan dia lap.

"Naurah sayangkan abang, tak?"

Soal Nayl tiba-tiba. Tersentak Naurah, berkerut dahinya.

"Kenapa abang tanya macam tu?" Naurah ketawa kecil.

"Tak, saje je tanya. Kut-kut awak tak sayangkan saya ke?"

Dengan kata-kata Nayl itu, pantas Naurah memeluk mesra lengan suaminya.

"Mestilah Naurah sayangkan abang. Sayang sampai mati tau. Kan abang pernah cakap, tiada siapa yang boleh ganti tempat Naurah." Jawab Naurah dengan sungguh manja. Nayl ketawa kecil, dia menoleh memandang isterinya.

"Betul ni sayangkan abang?"

"Ya...Sayang sampai mati." Jawab Naurah.

"Betul tak nak tinggalkan abang?" Soal Nayl lagi sambil tersengih kecil.

"Iya...Takkan pun tinggalkan abang. Naurah hanya ada abang sorang aje tau. Ni, kalau abang yang tinggalkan Naurah, macam mana pulak tu?"

Pelukan dilengan suaminya dileraikan. Sengaja dia buat-buat muka merajuk.

"Eh, gila lah abang nak tinggalkan pemaisuri abang ni. Memang tak lah. Abang lebih lagi sayangkan awak, kalau tak jumpa sehari pun boleh jadi gila abang ni tau." Ujar Nayl sambil ketawa kecil, Naurah juga turut ketawa kecil.

"Auch!"

Nayl melihat isterinya sudah menahan kesakitan, perut yang terasa sakit dipegang. Nayl sudah panik, dia sudah gelabah tidak tentu arah.

"Err...sayang, kenapa ni? Awak dah nak bersalin ke? Jom kita pergi hospital cepat." Lengan isterinya dipegang, memapah untuk bangun dari kerusi. Sungguh dia sudah panik melihat keadaan isterinya.

Pecah tawa Naurah, terbahak-bahak dia ketawa.

"Saya bukan nak bersalin lah. Ni baby ni, dia tendang-tendang perut saya. Sakit...." Renget Naurah sambil membuat muka manja.

"Ya Allah, sayang ni kan?! Suka buat abang panik." Marah Nayl sambil menjeling isterinya. Terbahak-bahak Naurah ketawa. Suka dia kenakan Nayl, melihat suaminya tadi sudah gelabah tak tentu arah.

"Dah, dah. Jom cepat. Kita ada meeting sekejap lagi. Nanti lambat pula." Kot hitam sudah tersarung kemas di tubuh. Walaupun Naurah sedang sarat mengandung, dia tetap akan masuk kerja. Mahu menolong suaminya, tak sampai hati pula melihat suaminya yang buat kerja-kerjanya semua.

******

Selesai meeting, Naurah melabuhkan duduknya di kerusi. Kepala di sandarkan pada kerusinya. Nafas dihela, peluh di dahi dilap. Perutnya yang berasa sakit, dipegang. Nakal betul anaknya ini. Suka menendang-nendang perut mamanya. Naurah mengukir senyuman dibibir. Lagi beberapa bulan aje, dia perlu ke klinik. Dia mahu tahu jantina anaknya. Dia sungguh teringin mahu anak perempuan, tetapi Nayl pula mahu anak lelaki. Katanya, ada kawan.

Naurah ketawa kecil, fail di atas meja dibelek. Pen dan nota dicapai, menulis appointment untuk Nayl dan meeting seterusnya untuk Nayl. Melihat suaminya masih lagi tidak muncul di pejabat. Katanya, mahu berjumpa dengan kawan.

Sedang dia buat kerjanya, terkejut Naurah apabila terdengar ada seseorang masuk ke dalam pejabatnya. Senyuman terukir dibibir. Dia fikir, suaminya yang masuk ke dalam pejabatnya, tetapi dia salah.

Senyuman serta-merta mati apabila matanya memandang pada seseorang yang masuk ke dalam pejabat tersebut.

Dia menelan liur, melihat wajah seseorang itu dia teringat kembali dahulu yang pernah dia jumpa dengan orang tersebut. Naurah cuba untuk mengukir senyumannya. Bingkas dia mengangkat punggung.

"Hai. Selamat datang ke pejabat hotel Fortune. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Puan?" Ucap Naurah dengan mesra.

Sabrina memandang atas bawah gadis di hadapannya itu. Sepertinya, dia sungguh kenal gadis itu.

"You ni....wife Nayl, kan? Naurah? Ke I salah orang? But, I pasti you wife Nayl."

"Er...Ya. Saya Naurah, wife Nayl. Cik ni siapa ya?"

"I Sabrina. Kawan Nayl. You buat apa dekat sini?" Makin pelik pula dia apabila melihat isteri Nayl berada di situ.

"I....err...I...PA dia." Jelas Naurah sedikit gagap.

"PA? You PA Nayl?" Terkejut dia mendengar. Dia ketawa sinis.

"Yes. I PA dia."

Hm, anak pemilik hotel. Tapi kerja PA. Kesian betul. Kutuk Sabrina dalam hati sambil menjeling Naurah atas bawah. Naurah sungguh tidak selesa. Dia sedikit menunduk. Senyuman masih mekar dibibir.

"I nak jumpa dengan Nayl. Dia ada dalam office tak?"

Setiap kali jika ada seseorang mahu berjumpa dengan Nayl, pasti orang tersebut akan berjumpa dahulu dengan Naurah. Itu lah yang paling Naurah suka. Tetapi Sabrina ini dia sangat kenal. Gadis itu seperti ada sesuatu aje dengan Nayl. Siapa sebenarnya Sabrina ni?

"Er...Maaf cik. Dia...dia jumpa dengan kawan dia. Kenapa ya? Ada apa ya cik Sabrina nak jumpa dengan dia?" Soal Naurah yang makin pelik. Eh, eh...dia ni, suka hati dia aje nak jumpa dengan suami aku. Minta izin dengan aku pun tak. Harap muka je cantik, tapi adab tak ada langsung. Hei, ni isteri dia tau, yang kau tengah bercakap ni isteri dia!! Bebel Naurah dalam hati.

Lama Sabrina memandang perut Naurah yang semakin besar itu. Dia mengandung ke? Nampak macam mengandung. Soal Sabrina dalam hati.

"Ada hal sikit dengan dia."

"Hal? Hal apa tu ya cik? Er...Maaf, saya nak tanya. Hal apa yang penting sangat tu sampai nak jumpa dengan Tuan Nayl?"

"Kenapa you nak sibuk tentang I? I nak jumpa Tuan Nayl je, you tak payah nak masuk campur dalam hal I dengan Nayl." Sabrina memberi amaran pada Naurah.

Mati terus senyuman Naurah, dia menelan liur. Bibir diketap. Makin pelik dia melihat wanita itu, seperti ada yang tidak kena. Kenapa ya? Suami aku ada buat hal ke dengan perempuan ni? Gaduh ke? Tapi, aku tengok dia orang ni dah macam kenal lama je. Kata kawan kerja. Bisik hati kecil Naurah yang masih bertanda tanya.

"Er...Hehehe, bukan macam tu cik Sabrina. Saya ni sebagai isteri dia, saya juga perlu tahu hal apa yang cik Sabrina nak cakap dengan suami saya. Saya pun ada hak untuk tahu hal tu." Jawab Naurah dengan sedikit teragak-agak.

"Oh, you nak tahu sangat lah ni. I rasa kan, you tak tahu lagi kisah silam suami you tu. Mesti dia tak ada cerita dekat you kan tentang hubungan dia dengan I."

Tergamam Naurah, Sabrina tersenyum sinis. Hubungan? Dia orang ada hubungan apa? Ke, Nayl ada sembunyikan sesuatu daripada aku?

Naurah memandang wajah gadis di hadapannya. Sabrina menjeling ke tempat lain sambil tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh. Naurah sudah berfikir lain, otaknya saat ini berfikir buruk tentang suaminya. Makin panas hatinya saat ini.

Baru hendak bersuara. Mereka berdua sudah terdengar suara Nayl di luar pejabat bersama staf di luar.

"Nanti kalau tak cukup barang ni, awak boleh bagitahu saya ya."

"Baik bos."

Sabrina terus menoleh kembali memandang Naurah dihadapannya.

"Hm, mungkin you tak faham maksud I kan? Okey, tak apa. Nanti kita jumpa lagi ya, I akan bagitahu you segala-galanya tentang kisah suami you yang tak seberapa tu." Ujar Sabrina sinis.

Berkerut dahi Naurah, dia mahu bersuara tetapi kata-katanya mati apabila pintu pejabatnya dibuka seseorang dari luar. Pejabat mereka sama, tetapi jika Nayl mahu melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia perlu berjalan masuk ke dalam pejabat Naurah dahulu, baru lah dia boleh masuk ke dalam pejabatnya.

Terkejut Nayl apabila melihat Sabrina turut berada di situ. Mati terus senyumannya.

"Hai, Nayl."

Sabrina terus mendapatkan Nayl. Dapat Naurah lihat wajah Nayl berubah dengan kedatangan Sabrina. Amboi, amboi perempuan ni...Dia ingat tu suami dia ke apa?! Eee! Geramnya aku, nak aje aku hentak kepala dia dekat dinding! Marah Naurah dalam hati.

Sempat Nayl memberi isyarat mata pada Naurah agar gadis itu baik-baik aje. Dia tidak mahu Naurah masuk campur dan dia juga tidak mahu Naurah ingat lain. Tahu lah dia bagaimana mahu memberi alasan pada Naurah nanti. Dia dan Sabrina terus melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Ada apa you jumpa I dekat pejabat I ni? Kan I dah kata, jangan jumpa I dekat office. Kalau nak jumpa pun, call lah dulu. Kita jumpa dekat tempat lain." Nada suaranya jelas yang dia sedang marah.

"Err...Sorry. Mana lah I tahu you tengah busy sekarang ni. Semalam I call you tak dapat, tulah I datang sini jumpa you,"

"Sorry, I semalam busy sikit. I memang tak on phone time I busy." Bohong Nayl. Dia sibukkan dirinya dengan kerja-kerjanya di komputer.

"Oh, it's ok. Err...Naurah mengandung ke?" Soal Sabrina tiba-tiba.

"Ya." Jawab Nayl tenang.

"Dah berapa bulan?"

"Now dah 3-4 bulan macam tu."

"Oh, untung lah you tak lama nanti you akan jadi ayah." Perasaannya saat ini sungguh kecewa, hatinya terluka. Hancur! Tetapi dia tahan, dia cuba untuk tenang. Dia tahu, akan ada hari bahagia dia bersama Nayl. Cuma sekarang, dia perlu tahan apabila melihat kebahagiaan Nayl bersama Naurah.

"Alhamdulillah, ni you bila pula? Taknak ke jadi macam Naurah tu?" Sengaja Nayl menyakat Sabrina. Dia ketawa kecil.

"Eh, you ni...Lambat lagi." Jawab Sabrina malu-malu.

"Ni you nak jumpa dengan I kenapa? Ada urusan apa-apa ke dengan I? Sebab I takut I lupa pula yang kita ada urusan penting."

"Err...No. I saje je datang sini jumpa you,"

"Ada apa?"

"Saje...Rindu."

Tersentak Nayl. Dia melarikan pandangannya. Melihat isterinya diluar sana sedang termenung panjang. Risau pula dia jika Naurah dengan kata-kata Sabrina tadi.

"Err... Sabrina," Kata-katanya terhenti apabila Sabrina memotong.

"You tak rindu I ke? You tahu tak, I rindu sangat dekat you. Dah berapa bulan dah kita tak jumpa. I miss you so much and...I love you." Jawab Sabrina lambat-lambat. Dia tersenyum sinis. Tergamam Nayl.

"Sorry, Sabrina. I suami orang."

"Tapi...tak apa kan kalau kita hanya berkawan?"

Nayl menelan liur. Dia memandang gadis itu. Masih tidak tahu jawapan untuk berikan pada Sabrina.

"Sabrina, I harap sangat yang you dah boleh lupakan kisah kita dulu. I suami orang, Sabrina. You anggap aje lah yang kita tak ada jodoh. Please, lupakan aje kisah dulu. Keadaan dah berubah. I dah tak ada apa-apa lagi dengan you. Tolong faham status I sekarang ni suami orang. I minta maaf..." Jelas Nayl panjang lebar. Dia terus mengangkat punggung dan melangkah keluar dari pejabat tersebut. Tetapi lengannya dipaut oleh Sabrina.

Naurah yang perasan, mulai rasa tidak sedap hati. Dia melarikan pandangannya ke tempat lain. Hati mula tidak sedap. Rasa ada sesuatu yang tidak kena. Entah mengapa, dia cemburu dan sungguh marah melihat Sabrina sesuka hati aje memegang lengan suaminya.

Laju Nayl menepis. Tajam dia merenung anak mata gadis itu.

"Jangan sentuh I ! Kalau you hanya nak berkawan dengan I, buat cara nak berkawan. Jangan nak melebih. Ingat, I suami orang!"

Nayl terus melangkah keluar dari pejabat tersebut. Sempat dia memandang isterinya dan berlalu pergi. Dia tidak mahu berjumpa dengan Naurah saat ini, biar lah hatinya yang masih panas itu lega dulu. Baru dia jelaskan semuanya pada Naurah.

"Er...Naurah, nanti kita jumpa ya. Thank you sebab pinjamkan suami you." Ujar Sabrina sinis dan melangkah keluar dari pejabat tersebut.

"Pinjam? Tak! Tak boleh jadi! Apa yang dia orang rahsiakan daripada aku sebenarnya?!" Marah Naurah sendiri. Dia masih mencari jawapan dan dia tetap mahu tahu tentang mereka berdua.

*****

"Kau tak boleh biarkan dia orang tu, babe. Aku tengok minah gedik tu pun macam nak rapat dengan suami kau je. Bahaya tu, babe." Ujar Aina.

"Itulah, aku pun tak tahu nak buat apa. Aku dah cuba untuk cari tahu tentang hubungan sebenar mereka berdua tu, tapi dia orang macam ada rahsiakan sesuatu aje daripada aku."

"Betul...And, kau tak rasa pelik ke, si perempuan gedik tu tiba-tiba aje kata macam tu kat kau? Lepastu, suka-suka hati dia aje dia pegang lengan suami kau! Isy...Geram pula aku dengan perempuan tu." Aina mengepal penumbuknya. Dia pula yang rasa geram dan tidak puas hati.

"Hm, tak apa lah. Dia orang kan kawan kerja. Biar lah dia orang tu, aku tak kesah pun. Tapi, jangan sampai aku tengok sendiri yang dia orang tu lebih-lebih. Memang kena lah! So, now aku malas nak fikir. Serabut. Tak lama nanti aku dah nak check jantina anak aku, kau tolong doa-doakan ya, moga dapat anak girl." Ujar Naurah sambil mengukir senyuman dibibir.

"Eh, of course. Ya Allah, moga anak dalam perut kawan baik aku ni, dapat lah dia anak perempuan yang cantik comel dan lawa macam mak dia. Aamiin." Pecah tawa Naurah melihat kawannya siap menadah tangan dan mengaminkan doa.

"Okey, now... Disebabkan kau sekarang tengah mengandung, biar aku belanja kau makan. Tapi, kalau nak anak kau cantik atau handsome. Kau kena makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih. Dah jom." Lengan kawannya ditarik.

"Oh, kalau kau belanja aku on je." Jawab Naurah sambil ketawa kecil. Dia sungguh tenang bersama rakannya ini yang suka buat dia tersenyum dan ketawa. Sungguh dia bersyukur dapat kawan yang suka buat dia tersenyum.

*****

Selesai makan malam, Naurah terus berkurung di dalam bilik. Berkerut dahi Nayl melihat isterinya berada di balkoni. Daripada tadi dia asyik melihat isterinya termenung panjang. Dalam perjalan pulang ke rumah juga, Naurah hanya berdiam diri. Entah apa yang isterinya sedang fikirkan saat itu.

"Sayang..."

Naurah terus memusingkan badannya memandang suaminya dibelakang. Senyuman cuba diukir, walaupun saat ini fikirannya sedang serabut.

"Kenapa ni? Tengah fikirkan apa tu?" Belakang isterinya dipeluk, dagu diletak ke atas bahu Naurah.

"Tak lah. Mana ada fikir apa-apa. Cuma, tak sabar tunggu baby lahir." Bohong Naurah sambil mengusap lembut perutnya.

"Oh. Hah, dengar tu...Mama tak sabar sangat nak tunggu baby lahir tau." Sempat Nayl bercakap dihadapan perut Naurah. Pecah tawa mereka bersama.

"Sayang, jom masuk tidur dulu. Esokkan kita ada meeting, takut lewat pulak masuk kerja." Bahu isterinya dipeluk dan melangkah masuk ke dalam bilik.

"Er...Abang."

Terhenti langkah mereka. Nayl menoleh memandang isterinya.

"Ya, sayang."

"Saya nak tanya sikit, boleh?"

Kedua-dua bahu Naurah dipegang. Badan gadis itu sudah menghadap dengan suaminya. Mata mereka salin berpandangan.

"Ya, sayang. Awak nak tanya apa?"

"Apa sebenarnya hubungan awak dengan... Sabrina?" Lambat-lambat dia sebut nama wanita itu. Hati masih lagi tidak sedap. Tersentak Nayl mendengar soalan isterinya. Dia menggaru-garu kepalanya. Sedang mencari alasan yang berguna.

"Err....Kenapa sayang tanya abang macam tu? Abang dengan Sabrina tu kawan biasa aje. Kita orang tak ada apa-apa hubungan lah," Nayl cuba untuk jelaskan. Dia sudah tahu, pasti Naurah nampak kejadian petang tadi yang dia bersama Sabrina.

"Tapi..." Tergantung kata-katanya disitu apabila Nayl memotong.

"Dah, dah. Jangan fikir bukan-bukan. So now, sayang kena rehat. Baby dalam perut tu pun kena rehat. Dah, jom tidur."

Tanpa membuang masa, Nayl terus mendukung tubuh Naurah. Terjerit kecil Naurah terkejut, pecah tawa mereka bersama. Nayl terus masuk ke dalam bilik.

Walaupun wajahnya saat ini gembira, tersenyum dan ketawa. Tetapi, hatinya saat ini tidak senang. Fikirannya juga sudah berfikir lain tentang suaminya. Naurah, please stop fikiran benda tak elok dekat suami kau. Aku kenal Nayl tu macam mana, tak mungkin dia buat benda tak elok dekat belakang aku selama ini. Sabrina tu hanyalah kawan kerja dia. Mungkin dia orang kawan rapat, so tak payah nak ambil berat sangat tentang hal dia orang. Ingat! Dia orang hanya kawan kerja tetapi rapat. Bukan kekasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience