Pakaian kemas sudah lengkap pada tubuhnya. Tudung bawal berwarna merah jambu juga sudah terletak kemas pada kepalanya. Dia memakai tudung juga dipaksa oleh papa. Kalau tak, tak adanya dia nak pakai. Rimas.
Berjalannya sungguh seperti dia bos. Orang sekeliling asyik memandang dia. Sempat Naurah menjeling mereka yang memandangnya atas bawah.
Hmm, tahu lah hari ini aku cantik. Tak payah lah nak pandang-pandang aku. Bisik hati Naurah yang sudah riak. Dia tersenyum lebar. Naurah menaiki lif untuk ke tingkat 10 dimana terletaknya pejabat pengurusan hotel Fortune itu.
Sampai aje di tingkat 10, dia menghela nafas. Wajah sepupunya sudah muncul dihadapannya. Nayl Uqasyah tersenyum senget.
"Wah, siap tunggu aku ya? Bagus, bagus." Naurah tersenyum sinis.
"Hei, jangan ingat kau tu bos lah nak tunggu-tunggu. Lambat betul kau sampai, ya? Cepat sikit! Aku tunjukkan pejabat untuk kau." Ujar Nayl sambil melangkah masuk ke dalam pejabat. Naurah menjeling tajam.
Dia mengikut langkah Nayl dari belakang. Jangan tanya apa perasaan Naurah untuk memulakan tugas pada hari ini. Annoyed. Naura bakal bekerja dengan musuh tradisinya.
"Ni meja kau, dalam drawer tu ada maklumat tentang semua department di hotel ni. Kau kena faham semua tugas staff di hotel ni dalam masa seminggu."
"Seminggu? Kau gila ke apa hah? Aku perlukan masa 2 bulan untuk faham semua ni." Tolak Naurah yang masih tidak puas hati.
"Hek elehh, ada ijazah pengurusan hotel pun tak boleh nak fahamkan dalam masa seminggu ke?" Sindir Nayl sambil tersenyum sinis.
"Aku belajar teori bukan praktikal lah, ngek!"
Masih tidak puas hati. Kalau berjumpa, begini lah mereka berdua. Selalu bergaduh. Tak pernah tak buka mulut, mesti ada aje ayat pedas yang akan mereka terima dengan sakit hati.
Naurah mula menyemak setiap fail.
"Finance, housekeeping, technician, operator, Food and beverage, Security, Human Resource, Sales and marketing. Mak ai... Banyaknya department nak kena cover. Banyak ni... Give me 5 months."
"No princess, 2 months maximum." Putus Nayl.
Naurah menghela nafas kasar sambil menjeling Nayl yang sudah tersenyum kemenangan padanya.
"So, nanti apa-apa tak faham bagitahu aku." Ujar Nayl sebelum melangkah pergi. Tapi, langkahnya terhenti. Lama dia renung Naurah yang bertudung merah jambu itu. Nampak sungguh manis dan ayu.
Naurah yang sedang membelek-belek fail, terhenti apabila Nayl merenungnya lama.
"Kau pandang apa? Nak kena penumbuk?!" Marah Naurah sambil menunjukkan penumbuknya. Dia menjeling tajam pada Nayl yang ketawa kecil.
"Garangnya..."
Nayl ketawa lagi, Naurah hanya menjeling tajam.
"Tak adalah, aku pelik tengok kau hari ini. Bukan ke kau tak bertudung? Dah kenapa pula bertudung? Dah insaf ek? Dah terdetik dalam hati tu nak bertaubat?" Sindir Nayl lagi sambil ketawa terbahak-bahak.Â
Naurah mendengus kasar. Sakit pula hatinya melayan sepupunya ini. Dia hanya diam, langsung tidak bercakap. Kalau keluar satu perkataan dari mulutnya nanti, makin besar pula pergaduhan nya bersama sepupunya tak betulnya ini. Jadi, dia hanya berdiam diri, malas mahu melayan.
"Okey lah aku masuk office dulu."
Langkah Nayl terhenti lagi apabila Naurah memanggilnya.
"Office kau kat mana? Mesti besar, kan? Yelah, kau kan manager."
Naurah menjeling ke atas, dia masih tidak puas hati dengan pekerjaannya. Tetapi, dia pasrah. Kalau ditolak, papanya pula akan marah.
"Yes, of course lah office aku besar. Tu depan kau aje office aku. Jadi, setiap hari aku boleh tengok muka manis kau ni." Sakat Nayl sambil ketawa kecil. Dia terus melangkah pergi dengan sisa ketawanya.
"Eeuww... Nak muntah aku dengar lah! Isy... Kenapa lah office aku depan si mamat tak betul ni! Eee!!" Naurah ketap gigi geram sambil mengepal penumbuknya.
*****
Jam di pengelangan tangan di kerling. Sudah tepat pukul 12 tengah hari. Laju dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari pejabat. Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang memerhatinya.
"Eh, jap..." Halang Nayl. Terhenti terus langkah Naurah. Dia mendengus kasar.
"Kau nak pergi mana?"
"Nak keluar lunch lah. Dah tepi lah!"
"Eh, nanti."
Langkah Naurah terhenti semula. Tajam dia merenung anak mata Nayl.
"Kau nak apa lagi?!" Soal Naurah tidak puas hati.
"Kau sebagai PA aku, kau kena panggil aku bos. Mana je kau nak pergi kau kena dulu minta izin daripada aku. Kalau aku tak izinkan, kau dilarang pergi. Mana aku pergi, kau kena ikut." Jelas Nayl sambil memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis.
"What?!" Tersentak Naurah dengan kata-kata Nayl.
"Now, aku tak izinkan kau pergi lunch. So, petang ni aku ada appointment. Aku nak kau catat masa aku appointment and time aku appointment juga kau kena ikut aku mana aje aku pergi. Faham?"
Naurah mengeluh kasar. Dia terus berjalan dengan menghentak kaki masuk semula ke dalam pejabat. Nayl ketawa kecil. Suka dia kenakan Naurah sepupunya itu.
Buku catatan dan pen yang berada di atas meja di capai dengan kasar. Nayl masuk ke dalam pejabatnya lalu dia mendekati meja Naurah.
"Pukul 2 petang ni aku ada appointment,"
Sambil Nayl bercakap, sambil itu Naurah menulis dengan malas-malas.
"Di hotel Seri Emas. So, nanti ingatkan aku." Pesan Nayl. Kedua-dua tangannya di masuk ke dalam poket seluar ibarat seperti CEO berjalan. Dan dia terus melangkah keluar dari pejabat Naurah.
Berkerut dahi Naurah. "Eh, jap. Wei! Aku nak tanya ni... Nanti kau nak berjumpa dengan siapa and nama dia apa? Woi!!" Jerit Naurah. Dia melihat Nayl sudah masuk ke dalam pejabat semula.
"Isy... Dia ni pekak ke apa, hah? Ke... Dia buat-buat tak dengar?" Dia mendengus kasar sambil memeluk tubuh.
*****
Perut yang sudah berbunyi dipegang. Jam di pengelangan tangan di jeling. Sudah tepat pukul 2 petang. Dia masih lagi belum mengisi perut. Pagi tadi dia tidak bersarapan. Terus pergi ke tempat kerja akibat bangun lewat pagi. Tajam dia memandang Nayl dihadapan pejabatnya yang sedang bermain telefon bimbit sambil tersenyum-senyum.
"Hm, tu mesti tengah mesej dengan girlfriend dia. Tapi, ada ke perempuan yang nak dekat dia? Harap muka aje ada rupa, tapi perangai nauzubillah." Kutuk Naurah sambil menjeling maut pada Nayl.
Dia sengaja tidak memberitahu pada Nayl tentang temu janji itu. Dia tersenyum sinis.
"Kali ini, kau pulak yang akan sakit hati. Padan muka!" Sempat Naurah tersenyum sinis memandang Nayl yang sedang fokus pada telefon bimbitnya.
Naurah terus meletakkan kepala di atas meja. "Tidur sekejap lah." Bisik Naurah sambil memejamkan matanya.
*****
"Haih, gila betul lah si Arif ni. Kalau layan dia, boleh sakit perut aku." Ujar Nayl sambil ketawa kecil. Telefon dimatikan lalu di letak semula ke atas meja. Kepala di sandar pada kerusi.
Lama dia merenung Naurah yang sedang nyenyak tidur itu. Dia terukir senyuman. "Comel.." Bisik Nayl sambil tersenyum.
Entah mengapa, dia mengangkat tangan untuk memandang jam di pengelangan tangannya. Bulat matanya. Sudah tepat pukul 2.30 petang.
Bingkas Nayl bangun dan masuk ke dalam pejabat Naurah. Kuat dia menggoncang tubuh kecil gadis itu dengan perasaan sungguh marah.
"Isy... Kau nak apa? Aku mengantuk lah! Dah jangan kacau aku! Shuh, shuh!" Marah Naurah yang masih memejamkan mata.
"Mengantuk, nenek kau... Bangun lah, woi! Sekarang dah pukul 2.30 petang! Kenapa kau tak bagitahu aku?!" Marah Nayl. Dia menggaru-garu kepalanya.
Naurah tersenyum sinis, tetapi senyuman itu disembunyikan. Hahahaha, padan muka kau! Hah, buat aku lagi, kan dah kena. Bisik hati Naurah sambil ketawa kecil.
Dia mengangkat wajah. Mata digosok perlahan. Dia memandang tepat ke arah lelaki itu yang sedang serabut. Senyum kecil terukir dibibir.
"Hehehe, sorry... Aku tertidur tadi. Lupa pula nak bagitahu kau." Jawab Naurah dengan tidak bersalah.
"Eee!! Kau ni memang suka cari pasal, kan?! Dah-dah jom cepat. Dah lambat ni!" Marah Nayl sambil melangkah mencapai kot hitamnya dan melangkah berjalan ke lif.
Terbahak-bahak Naurah ketawa. "Puas hati aku. Padan muka!" Ketawa Naurah lagi sambil mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari pejabat.
*****
Dalam perjalanan itu, sempat Naurah memandang wajah sisi Nayl yang kelihatan sungguh marah. Dia ketawa kecil sambil menutup mulut.
"Kau memang suka sangat kan cari pasal dengan aku?!" Terhenti terus tawa Naurah. Dia pula memandang wajah Nayl.
"Amboi, kau yang cari pasal dulu dengan aku, so now aku pula yang cari pasal dengan kau. Padan muka!" Jeling Naurah sambil memeluk tubuh.
"What?! Aku cari pasal dengan kau?" Soal Nayl seperti tidak percaya. Rasanya aku tak ada pula kacau minah tak betul ni. Bisik hati Nayl sambil menjeling Naurah disebalahnya.
"Hei, kau cari pasal dengan aku dulu tau! Kau tak izinkan aku lunch. Hah, tu apa? Cari pasal juga, kan?!" Naurah tersenyum kemenangan.
Nayl mengeluh kecil. Kecil besar kecil besar aje dia memandang Naurah.
"Okey, so kita adil! Sama-sama kena! Aku mengalah, aku minta maaf..." Ucap Nayl dengan tidak ikhlas.
"Hah, macam tu lah sepupu yang baik. Tapi, aku nak kau minta maaf betul-betul dengan aku. Aku dengar tadi suara kau minta maaf macam tak ikhlas je."
Naurah memeluk tubuh sambil tersenyum kemenangan. Kali ini dia pula menang.
"Isy... Kau ni macam-macam lah! Okey, sorry... Aku minta maaf." Ucap Nayl dengan sedikit tinggi.
"Hah, tu macam tak ikhlas je. Lagi sekali..." Sengaja Naurah kenakan sepupunya.
"Eish!"
"Hah merungut?! Tarik kang gigi besi kau tu baru tahu! Cepat, cakap lagi sekali minta maaf dengan lembut dan ikhlas."
Nayl mengeluh kecil. Dia mengukir senyuman paksa dibibir.
"Okey, i am so sorry, baby." Ucap Nayl dengan sungguh lembut. Tergamam Naurah, wajahnya mula merah padam.
Terbahak-bahak Nayl ketawa, kali ini dia pula yang ketawakan sepupunya.
"Isy..Kau ni!!" Marah Naurah sambil menjeling ke luar tingkap. Malas dia mahu memandang sepupunya itu yang masih ketawa.
******
Kereta diberhenti betul-betul dihadapan hotel Seri Emas. Pemilik hotel kawan papa Naurah. Lama Naurah memerhati hotel tersebut. Besar dan sangat cantik.
"Eh, jap. Kita datang sini, nak jumpa dengan siapa? Kau tak bagitahu aku pun yang kau nak jumpa dengan siapa?" Sebelum keluar dari perut kereta, sempat Naurah bertanya pada Nayl.
"Aku tak bagitahu nama orang tu sebab orang special untuk aku. So, aku takut nanti kau cemburu pula." Sakat Nayl sambil ketawa kecil.
Naurah menjeling tajam.
"Dia perempuan ke lelaki?" Soal Naurah lagi.
"Of course lah girl. Eh jap, yang kau sibuk nak tahu ni dah kenapa? Tak payah sibuk, kau duduk aje dekat sini. Tunggu aku." Arah Nayl.
"Isy... Bagi lah tahu aku! Kalau tak aku...err...aku lari daripada sini." Ugut Naurah.
Nayl ketawa kecil. Kelakar pula dengan ugutan Naurah itu.
"Sekarang ni aku yang berurusan dengan orang tu. Bukan kau, yang kau sibuk sangat ni dah kenapa? Kau nak lari? Pergi lah? Hah, pergi lah lari aku tak kisah pun. Nanti kena culik, padan muka." Ujar Nayl sambil melangkah keluar daripada kereta. Senyuman sinis terukir dibibir.
"Isy... Dia ni, geramnya aku!! Tadi dia yang suruh aku ikut kemana aje dia pergi. Tapi, sekarang dia pulak yang tinggal aku! Tak guna betul lah mamat tu." Marah Naurah sambil memeluk tubuh.
"Aduhai, bosan lah duduk dalam ni. Boleh ke aku keluar untuk tengok-tengok sekeliling hotel ni? Tak salahkan?" Soal Naurah sambil tersenyum nakal.
Pantas dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari perut kereta. Tudung dan baju dibetulkan. Dia melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Terhenti langkahnya saat ada seseorang menghalang jalannya.
"Maaf, Puan. Puan nak check in hotel atau ada appointment di hotel ni?" Soal seseorang staf perempuan di kaunter.
"Errr..."
Naurah menggaru kepalanya yang disebalik tudung.
"Saya...saya...saya ada appointment."
Aduhai, pandai-pandai aje kau Naurah cakap ada appointment. Now, aku nak jumpa dengan siapa ni? Niat nak pusing-pusing jalan-jalan hotel ni, last-last jadi lain pulak dah...Bisik hati Naurah.
"Oh, puan ada appointment dengan siapa ya? Boleh saya tahu nama puan?" Soal staf perempuan itu lagi.
Dia melihat pakaian Naurah sungguh kemas dan lengkap. Dia fikir Naurah ada temu janji di hotelnya. Naurah sudah menggigit bibir. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Err...saya...saya nak jumpa dengan Tuan Nayl,"
Ah, lantak lah. Jawab je lah nama si mamat tak betul tu. Bisik hati Naurah.
"Tuan Nayl? Siapa ya? Tuan Nayl Uqasyah ke?"
"Err..ya, ya. Tuan Nayl... Uqasyah." Jawab Naurah yang sedikit gagap.
"Err, tapi dia bukan pemilik hotel ni. Dia ada datang kesini, tapi dia hanya ada temu janji aje di sini dan dia bukan pemilik hotel ni. Ke, puan salah orang?"
Hah, sudah! Apa aku nak jawab ni? Aduhai! Bisik hati Naurah.
"Err...saya,"
Aduhai, hentam apa-apa je lah, Naurah. Janji kau selamat and dapat tengok hotel ni. Bisik hati Naurah. Dia sudah dapat idea yang paling tidak guna baginya tetapi berguna untuk staf perempuan itu.
"Err...saya...saya wife dia."
"Oh, wife. Saya ingatkan puan ada appointment dekat hotel kami. Baiklah puan. Tuan Nayl Uqasyah ada di cafe, di tingkat 2." Jelas staf perempuan itu dengan sungguh mesra.
"Oh ok. Terima kasih ya." Ucap Naurah sambil laju melangkah pergi. Dia dah tak mahu jalannya dihalang lagi oleh orang lain.
*****
Pintu lif dibuka. Dia sudah berada di tingkat 2. Dia melihat ada kolam renang dan juga sebuah cafe yang terletak di sebelah kolam renang yang sangat luas. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa bermandi-manda di situ.
Senyuman terukir dibibir. Senyumannya mati semula apabila melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dia kenal. Nayl.
Dia melihat Nayl berada di cafe bersama seseorang lelaki yang sedikit berusia itu. Berkerut dahi Naurah.
"Aik, bukan ke dia kata nak jumpa dengan orang special? girl kan? Tu siapa? Kata girl, tapi kenapa orang tua pulak? Hmm, nampak sangat saja nak cemburu kan aku si mamat tak guna ni." Lama Naurah perhati mereka berdua dari jauh.
*****
"Terima kasih ya, Dato. Nanti kalau ada apa-apa boleh call saya ya." Tangan mereka berdua berdebat sebelum Nayl pergi dari situ.
"Ya, baiklah." Selesai satu temu janji. Nayl terus melangkah pergi meninggal cafe tersebut. Sungguh besar hotel itu. Pasti hotel tersebut, hotel 5 bintang.
Naurah berjalan menghampiri kolam renang itu. Mahu melihat kanak-kanak bermandi-manda di situ.
Tersentak Naurah apabila melihat Nayl sudah perhatinya dari jauh. Berkerut dahi Nayl.
Eh, minah tu macam aku kenal...bisik hati Nayl.
Naurah baru aje mahu lari pergi dari situ, tanpa sedar kasut tumit tinggi nya tergelincir akibat air yang berada di situ. Serta-merta tubuhnya yang tidak dapat dikawal itu terjatuh ke dalam kolam tersebut.
"Hmm, dah agak dah. Tu mesti minah tak betul. Apa lah dia buat dekat sini?!"
Nayl terus mendapatkan Naurah.
"Nayl tolong aku!!" Jerit Naurah yang sudah lemas. Tanpa dia sangka, dia telah jatuh ke dalam kolam yang sungguh dalam.
"Eh, kau kan pandai berenang. Takkan nak minta tolong aku?" Sindir Nayl sambil memeluk tubuh. Malas dia melayan perangai sepupunya itu, dia terus melangkah pergi.
"Nayl!! Tolong!" Jerit Naurah lagi.
Terhenti langkah Nayl lepas dia mendengar suara Naurah, tiba-tiba suara gadis itu tidak lagi kedengaran. Orang sekeliling hanya memandang tidak menolong.
Laju langkah Nayl mendapatkan Naurah.
"Wei, Naurah!! Kau jangan main-main doh. Mana kau ni? Naurah!" Panggil Nayl. Dia sudah panik melihat Naurah masih tidak timbul ke atas.
Pantas dia membuka kot hitamnya dan terjun masuk ke dalam kolam tersebut. Tak pasal-pasal satu masalah yang paling malu dia kena selesaikan.
Laju Nayl menarik Naurah naik ke atas. Nak buat CPR terasa malu pula. Tak lama itu, datang dua tiga orang mendapatkan mereka.
Lembut Nayl menepuk pipi Naurah yang masih tidak sedarkan diri.
"Kenapa ni? Apa yang dah terjadi?"
Soal seseorang dengan panik.
"Err...dia lemas." Jawab Nayl yang sudah panik.
"Kita kena buat CPR ni." Ujar seseorang tersebut.
"Hah?! CPR? Tapi..."
Tanpa membuang masa, baru aje Nayl mahu mendekatkan bibirnya pada bibir Naurah, tersentak dia apabila seseorang melempang kuat pipinya.
Pipi yang terasa sakit di pegang. Dia mendengus kasar memandang Naurah yang terbatuk-batuk mengeluarkan air dari mulut. Tak lama itu, Naurah ketawa terbahak-bahak.
"Isy... Kau gila ke apa hah?! Jangan main-main lah!" Marah Nayl.
Tiga orang yang turut berada di situ hanya menggeleng.
Terbahak-bahak Naurah ketawa. "Hahahaha, sorry." Ucap Naurah sambil memegang kepalanya. Tudungnya pun telah cabut. Pantas dia mencapai tudungnya yang basah itu menutupi kepalanya. Orang sekeliling yang memandang hanya menggeleng.
Pantas Nayl yang masih tidak puas hati dia menolak semula Naurah terjun dalam kolam tersebut. Terhenti tawa Naurah.
"Nayl!! Tolong aku!! Nayl!" Jerit Naurah sambil ketawa.
"Bodoh lah kau! Buat aku panik je. Hah, sekarang kau naik sendiri! Basah dah baju aku!" Marah Nayl. Dia mencapai kot hitamnya lalu dia melangkah laju pergi dari situ.
Terbahak-bahak Naurah ketawa. Padan muka kau! Bisik hatinya yang masih tidak puas hati.
Share this novel