BAB 34

Romance Completed 31452

Sedang rancak bersembang, Puan Suraya dan Encik Omar berhenti bersembang apabila terdengar ada seseorang mengetuk pintu rumah utamanya.

"Siapa pula yang datang malam-malam buta ni, bang?" soal Puan Suraya hairan.

"Entahlah. Cuba awak pergi tengok, siapa yang datang." Ujar Encik Omar.

Puan Suraya mengangguk lalu mengangkat punggung. Langkahnya lantas berjalan ke pintu utama. Sambil menjawab salam orang yang datang ke rumahnya sambil itu dia membuka pintu rumahnya.

Terbeliak matanya memandang, dia tersentak melihat kehadiran anaknya. Melihat wajah Naurah sudah sembap dek air mata banyak mengalir.

Tangan kanan mendukung si kecil yang sedang tidur sebelah tangan lagi memegang beg pakaiannya. Teresak-esak dia menangis. Hati yang sakit tidak lagi dia dapat tahan. Dia mahu melepaskan segala-galanya.

"Ya Allah, Naurah. Kenapa ni?" Lantas Puan Suraya memeluk erat tubuh anaknya yang sudah lemah.

Bayi si kecil yang sedang di dukung, diberi pada Puan Suraya. Tak lama itu, tubuh Naurah rebah di hadapan muka pintu. Terkejut besar Puan Suraya melihat.

"Abang! Abang sini cepat! Naurah...Dia pengsan!" Jerit Puan Suraya memanggil suaminya.

Encik Omar yang sedang santai menonton televisyen tersentak dengan kata-kata isterinya. Berkerut dahinya apabila isterinya menyebut nama Naurah.

Pantas dia berlari mendapatkan mereka di hadapan pintu utama. Bulat matanya melihat anaknya sudah pengsan di muka pintu.

"Kenapa ni Su?" soal Encik Omar panik.

"Naurah pengsan. Su pun tak tahu kenapa. Dia tiba-tiba pengsan." Balas Puan Suraya yang turut panik.

Pantas Encik Omar perlahan-lahan mendukung tubuh anaknya dan membawa masuk ke dalam rumah. Mereka berdua juga ligat berfikir apa yang telah terjadi pada anak mereka? Di manakah menantunya?

*********

Mata yang masih berat perlahan-lahan dibuka. Melihat sekeliling dia sudah tahu dia berada di mana. Pantas dia bangun dari perbaringan.

Melihat di sebelahnya sudah ada mama dan papanya. Si kecil masih di dukung oleh Puan Suraya. Kepala yang sakit dipegang. Badan juga masih lemah. Hari ni hanya air mata yang berteman dengannya.

Dia kembali teresak-esak menangis. "Kenapa ni Naurah? Bagitahu mama dengan papa. Kenapa? Siapa yang buat Naurah sampai jadi macam ni?" Soal Puan Suraya bertalu-talu dan mengambil tempat di birai katil anaknya.

"Mama papa...Nayl," nama itu disebut. Nada suaranya sedikit tersekat-sekat dengan tangisannya. Susah untuk dia luahkan segala-galanya. Berkerut dahi mereka berdua mendengar kata-kata anaknya. Kenapa dengan Nayl?

"Kenapa dengan dia?" Kali ini, Encik Omar pula yang bersuara. Dia berasa sedikit tidak sedap hati.

"Dia...Dia curang dengan Naurah mama papa. Kalau mama dengan papa tak percaya. Mama papa tengok ni," bersungguh-sungguh dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Masih dia simpan video tersebut lalu dihulur pada kedua-dua ibu bapanya.

Terkejut besar mereka berdua melihat. Naurah sudah tidak dapat lagi menahan tangisannya.

"Ya Allah, ni Nayl kan?" soal Puan Suraya seperti tidak percaya. Encik Omar juga tersentak. Terkejut dengan apa yang dilihat.

"Kenapa dia buat macam ni dekat anak kita bang? Ya Allah, selama ni Su tengok dia baik aje, tapi benda ni dah ada dekat depan mata kita sendiri." Berulang kali Puan Suraya beristighfar.

"Naurah dah tak tahan mama. Naurah benci dia. Dia tipu Naurah, dia memang kaki perempuan! Dia memang tak guna!" Jerit Naurah geram. Masih tidak puas hati.

Belakang anaknya digosok lembut. Agar Naurah dapat bertenang. "Sabar lah Naurah. Jangan macam ni, kamu tu belum habis pantang lagi. Kalau tumpah darah nanti macam mana?" Ujar Puan Suraya risau.

"Dia tipu Naurah mama. Dia tipu Naurah...Kenapa dia buat Naurah macam ni mama?" Berulang kali ayat itu keluar dari mulutnya. Puan Suraya memeluk erat bahu anaknya. Kepala Naurah dilentok pada bahu mamanya. Sungguh dia lemah.

Encik Omar mengetap gigi. Dia mula panas hati. Tak sangka Nayl buat begini pada anaknya. Walaupun dia kasar-kasar dengan Naurah, tetapi sebaliknya dia sungguh sayang anaknya itu.

Hanya itulah anaknya yang dia ada. Tiada selain Naurah. Hanya itu anak kandungnya. Sebab itulah, dia akan mengamuk apabila Naurah dikecewakan atau dipermainkan oleh mana-mana lelaki sekalipun dia akan mengamuk pada lelaki tersebut.

Dia sayang pada anaknya tidak nampak. Kalau dimanjakan sekali, pasti itu hari yang paling bahagia bagi Naurah. Sudah lama dia mahu dimanjakan oleh ayahnya tetapi semuanya telahpun terlambat. Dia redha jika ayahnya perlakukan kasar terhadapnya. Tetapi dia tetap ayah aku! Itulah kata-kata hati Naurah selama ini.

Lantas dia melangkah keluar dari bilik anaknya, sempat Puan Suraya menghalang.

"Abang nak pergi mana?"

"Saya nak jumpa dengan Nayl. Su jangan nak halang abang!" Ujar Encik Omar. Hatinya sudah membara api kemarahan. Sudah tidak mampu bertahan melihat anaknya menderita seorang diri.

"Ya Allah, abang. Tak payahlah. Kalau nak jumpa dia, jumpa esok aje lah. Dah pukul berapa dah ni. Biar mereka berdua tenang dulu, baru jumpa dengan dia." Ujar Puan Suraya. Berusaha memujuk suaminya agar tidak bertemu dengan Nayl. Dia sudah tahu sangat perangai suaminya, jika seseorang melukakan hati seseorang yang dia sayang, siap-siap lah untuk masuk ke hospital. Itulah Encik Omar.

**********

Jam sudah tepat pukul 12 tengah malam. Berkali-kali Nayl menghubungi Naurah. Berharap gadis itu mengangkat telefon, tetapi ternyata tidak. Panggilan itu hanya ditolak.

Nayl sudah tidak senang hati. Dia kehulur-kehilir, sudah tidak tentu arah. Mahu keluar mencari Naurah, tetapi dia tidak tahu kemana gadis itu berada.

Takut pula dia jika kejadian lepas semasa Naurah kena culik dan menjadi kejadian kali kedua. Dia tidak mahu. Naurah sudahlah berpantang. Pantang pun belum habis lagi. Anak kecil mereka berdua pula masih lagi kecil.

Ah, sungguh dia serabut. Dia meramas-ramas rambutnya. Stress!

"ARGH!" Jerit Nayl kuat. Dia menumbuk kuat di dinding. Melepaskan kemarahannya.

"Kenapa benda tu boleh sampai ke Naurah?!" Jerit Nayl lagi. Dia terduduk. Kelopak mata sudah basah menahan sakit di hati.

Dia sungguh geram dengan orang yang menyebarkan video nya. Penumbuk dikepal. Gigi diketap. Dia akan tetap mencari siapa yang ambil videonya bersama perempuan lain di hotel tersebut. Dan, dia takkan lepaskan Naurah. Dia tahu, Naurah saat ini sungguh marah dengan apa yang terjadi pada hari ini.

Sungguh, nasib malang!

*********

Mata memandang ke cermin meja soleknya. Air mata mengalir laju sambil itu tangannya mengangkat memegang pipi yang masih terasa bekas penampar Nayl.

Tak sangka, lelaki itu sanggup buat begitu padanya. Dia mengetap gigi. "Aku takkan maafkan kau Nayl. Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau! Aku benci kau!" Berulang kali dia menyebut perkataan itu. Perasaan benci terhadap lelaki itu, sudah timbul di hatinya. Dia sudah tawar hati. Lihat muka lelaki itu pun dia tidak mahu lagi.

Kini dia ke balkoni bilik, mengambil angin malam. Sepanjang hari itu, air mata hanya berteman dengannya. Wajahnya sembap. Hati terluka. Hancur sehancur-hancurnya! Sungguh sakit!

Mata kini beralih memandang ke jari manisnya. Sebentuk cincin batu berlian di pandang dengan air mata yang masih mengalir.

Cincin yang tersarung kemas di jari manis nya dicabut. Baru aje dia mahu lempar ke luar, perbuatannya terhenti apabila kedengaran suara si kecil merengek. Lantas dia kembali masuk ke dalam bilik dengan membawa hati yang masih terluka.

Buat masa sekarang, dia tidak mahu berjumpa dengan siapa-siapa. Hanya tunggu masa sesuai aje dia berjumpa kembali dengan lelaki itu.

Hatinya masih belum terubat. Terkejut besar dengan apa yang dilihatnya di video tersebut. Tak sangka, yang Nayl memang benar kaki perempuan.

Sanggup dia buat begitu pada isterinya. Masih mahu berbohong? Jadi, kali ini Naurah betul-betul sudah tawar hati. Berkali-kali Nayl meminta maaf, tetapi perkara sama juga yang dibuat. Kali ini lelaki itu buat perkara yang paling menyakitkan hati Naurah. Memang tak lah dia mahu maafkan. Isteri siapa je yang suka melihat suaminya tidur dengan perempuan lain?

Mesti lah dia akan mengamuk. Jika Naurah, ego yang terlalu tinggi, Nayl tidak akan lagi terselamat. Naurah sudah betul-betul tawar hati dan mula bencikan lelaki itu!

Dia bukan milik aku lagi!

Hai guys! Sorry lambat update, I hope bab yg ni korang enjoy...Thank you, love you support <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience