Selesai dia sarapan tadi, dia berehat dalam bilik. Senyuman terukir dibibir, sekarang ni dia sedang membilang hari untuk melahirkan anaknya. Lagi beberapa bulan aje dia dah nak bersalin. Kaki pun dah semakin bengkak. Orang tua-tua kata, kalau kaki dah bengkak, itu tandanya sudah hampir nak bersalin.
Apabila dia dan Nayl dapat tahu yang anak mereka lelaki. Nayl orang pertama yang gembira. Sampaikan, dia yang beli senyap-senyap baju untuk anak mereka. Teringat tentang itu, Naurah ketawa kecil.
"Sayang, lepas ni kita pergi shopping barang baby, ya?" Dengar aje suara itu, hilang terus mengelamunnya. Dia terus menoleh memandang Nayl di sebelahnya.
"Shopping? Abang, barang baby semua dah lengkap tau. Abang nak beli apa lagi? Tak payahlah. Lagipun, saya rasa tak laratlah nak jalan. Perut ni asyik sakit aje." Tak habis-habis lagi dengan barang baby. Yang ada itu pun, entah pakai ke tidak.
"Sayang sakit ke?" Terus tangannya menyentuh perut Naurah yang memboyot. Dia tahu harinya hampir tiba untuk mereka menyambut kehadiran orang baru. Sungguh dia tidak sabar.
"Sekarang ni taklah, abang. Sebab baby dah kenyang." Seloroh Naurah. Entah bagaimana keadaan mereka nanti bila mereka dah punya anak? Boleh ke bermanja-manja macam ni lagi?
Pecah tawa Nayl. Naurah juga turut ketawa. "Okey lah, abang nak pergi kerja dulu. Sayang duduk rumah tau, jangan pergi mana-mana." Pesan Nayl lalu mencapai kot hitamnya.
"Okey abang." Tangan suaminya dikucup lama.
"Anak papa jangan nakal-nakal tau. Anak papa kena jadi orang yang baik. Papa pergi kerja dulu ya, jangan nakal-nakal. Kesian mama." Lembut Nayl mengusap perut Naurah. Naurah ketawa kecil melihat suaminya yang sedang bercakap di hadapan perutnya.
*******
SELESAI dia temu janji bersama klien di hotel, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Baru aje mahu berehat sebentar, tiba-tiba aje ada yang hubunginya.
Melihat tertera nama Sabrina, gadis yang masih tidak faham dengan status dirinya. Sesuka hati aje dia mahu keluar bersama suami orang. Jika Naurah melihat, mahu tidur luar dia pada hari itu.
"Hai, Nayl. You sekarang busy tak?" Belum sempat Nayl bersuara, wanita itu terlebih dahulu yang bersuara.
"Ya, I busy sikit. You nak apa lagi? Kalau you call I semata-mata nak sembang kosong atau nak ajak I keluar, maybe tak payah kut. I am sorry, now I busy sangat. Oky lah bye, I ada meeting." Ujar Nayl dengan nada sungguh tinggi. Tanpa menunggu sabrina bersuara, pantas dia mematikan taliannya.
Sabrina mengeluh kasar. Telefon bimbitnya dicampak kuat ke atas lantai. Dato Sufi terkejut melihat anaknya mencampak telefon bimbit itu. Telefon tersebut diambil, nasib lah tidak pecah cermin telefonnya. Dato Sufi menggeleng kepala.
Sabrina yang berada di atas katil, menutup mukanya dengan bantal lalu dia menjerit dengan sekuat hatinya.
"Why? Kenapa ni sayang?" soal Dato Sufi cemas.
Perlahan-lahan dia mengangkat wajah anak perempuan nya, wajah itu sembap dek air mata yang mengalir. Teresak-esak Sabrina menangis.
"Daddy...Nayl...." hanya nama itu yang di sebut. Suaranya tersekat-sekat dengan tangisannya.
"Kenapa dengan Nayl? Apa yang dia dah buat? Kenapa ni? Bagitahu daddy sayang, kenapa?" soal Dato Sufi bertalu-talu.
"Kenapa dia benci sangat dekat Sabrina, daddy? Apa salah Sabrina? Sampai dia nak tengok muka Sabrina pun tak nak. Dulu, bukan main lagi dia rapat dan berjanji nak kahwin dengan Sabrina, tapi tu semua tipu! Dia tipu! Dia berpisah dengan Sabrina sebab dia dah ada perempuan lain!" Luah Sabrina yang membuku di hati. Segalanya diluahkan. Jeritannya kuat.
Dato Sufi memeluk tubuh anak perempuannya lalu dikucup dahinya. Ya, dulu Nayl dan anak perempuannya sangatlah rapat sehinggakan mereka sudah bercadang mahu kahwinkan Nayl dan Sabrina.
Tetapi cadangan itu terpaksa di batalkan kerana dengan alasan Nayl yang mahu berpisah dengan Sabrina, dia terpaksa batalkan segala-galanya rancangan perkahwinan mereka.
Cintanya terhadap Nayl masih lagi tidak dapat memadamkan cintanya terhadap lelaki itu. Sungguh, dia rindu. Siapa je tidak rindu, berpisah dan minta putus tanpa sebab. Dan, alasannya hanya lah bekerja di luar negara. Tetapi Nayl telah membohonginya. Membuatkan hati Sabrina makin sakit! Perit! Kecewa!
********
"WAH! Dah ada bakal suami. Siapa? Bila kau nak tunang nanti? Waduh, tak sabarnya. Kau yang nak tunang aku pulak yang excited," pecah tawa mereka bersama. Terbahak-bahak Naurah dan Aina ketawa sehingga perutnya terasa sakit itu dipegang.
"Alah, bakal suami aku tu dia biasa-biasa je. Nanti kau tahu lah siapa," ujar Aina malu-malu.
"Eleh kau, dah ada bakal suami nak rahsia-rahsia pulak dengan aku," Naurah menjeling sambil buat muka merajuk. Tawanya cuba ditahan. Aina sudah melepaskan tawanya.
"Alah, kau akan tahu punya. Harap sangat kalau kau dah tengok nanti kau tak terkejut." Pecah tawa mereka lagi. Hari itu, hanya tawa yang dilepas. Sampai perut pun dah sakit asyik ketawa melayan kerenah Aina sahabatnya itu.
"Wei, babe." panggil Aina. Naurah yang sedang menyedut straw minumannya berpaling memandang Aina. Dia mengangkat kening sebelah.
"Hm..."
"Aku cakap ni, kau jangan marah ya." ujar Aina serba salah.
"Nak cakap apa? Eh, gaya kau nak cakap dekat aku ni macam hal serius je," Naurah ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Riak wajah Aina bertukar serius.
"Mungkin macam tu lah,"
Naurah berhenti tawa. Dia berpaling memandang wajah sahabatnya. Aina menelan liur.
"Kenapa? Ada apa-apa hal ke? Kau jangan nak sorok apa-apa daripada aku ya! Lebih baik kau cakap sekarang!" Ujar Naurah dengan nada sedikit tinggi.
"Err...Ya...ya. Aku bagitahu," jawab Aina gagap. Dia menggigit bibir. Kalau aku tak cakap macam ni, mesti dia tak paksa aku untuk ceritakan hal ni. Aduhai, kenapa lah kau bengong sangat ni, Aina?! Gatal sangat nak cakap pasal tu. Hah, kan dah dapat! Kau hadap lah sendiri! Bebel Aina sendiri.
"Err...Se...Semalam, suami kau balik rumah pukul berapa?"
Dengan soalan Aina, Naurah tersentak. Berkerut dahinya. Dia tidak faham maksud Aina. Mahu ceritakan hal itu sahaja? Ini langsung tidak logik. Dia pasti, Aina ada sesuatu perkara yang dia sorok daripada Naurah.
"Jap, sekarang ni apa yang kau nak cakap sebanarnya? Nak tanya semalam suami aku balik pukul berapa? Itu je?" Soal Naurah tidak percaya.
"Eh, bukan. Maksud aku, dia balik ke rumah pukul berapa? Ada tak balik malam? Sebab semalam...aku nampak suami kau dengan minah gedik tu dekat cafe hotel Fortune. Bermesra je aku tengok dia orang berdua tu. Si minah gedik tu siap berpeluk-peluk lengan suami kau. Aku bukan spy dia orang. Cuma masa tu, aku nak rehat, dan aku ternampak lah dia orang berdua," jelas Aina yang teragak-agak.
Melihat wajah Naurah, jelas riak wajahnya mula berubah yang tadinya gembira kini bertukar serius, kecewa dan tidak puas hati.
"Aku cakap macam ni bukannya aku nak tambahkan kemarahan kau. Aku cakap macam ni cuma aku nak bagitahu. Kau kena hati-hati sikit. Aku tengok minah gedik tu macam nak hancurkan rumahtangga kau orang berdua. Tengok muka sinis dia pun aku dah dapat tahu yang dia macam tak puas hati dengan kau. And, kau pun kena jaga sikit suami kau tu, takut dia tergoda pulak dengan bekas kekasih dia sendiri." sambung Aina.
Naurah hanya membisu. Sedang berlawan dengan diri sendiri. Aina mengetap bibir, matanya memerhatikan wajah Naurah yang berubah marah.
"Aduh, nampak macam dia marah lah. Apa aku nak buat ni? Nak pujuk? Sah-sah pujukkan aku tak berguna. Dia dah lah keras hati," ujar Aina sendiri dengan nada perlahan.
"Okey. Thank you sebab bagitahu aku." Naurah terus mengangkat punggung. Sempat dihalang oleh Aina.
"Wei, kau jangan nak lepaskan kemarahan kau dekat suami kau. Aku bukan nak hasut kau suruh marah laki kau, aku cuma bagitahu. Kau jangan nak mengamuk pula dengan Nayl tu. Aku tak nak lah tengok kau orang gaduh-gaduh." pesan Aina.
Sepertinya kawannya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Naurah terus melangkah pergi dari situ. Tidak menghiraukan Aina di situ.
Pergi membawa hati yang sakit. Perit. Kecewa. Cemburu. Segalanya ada. Tetapi dia tidak mampu untuk ungkapkan segalanya. Kerana kemarahan sudah menguasai dirinya. Hanya menunggu masa aje, dia mengamuk teruk!
*********
Nayl melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Hari itu dia pulang ke rumah sedikit lewat.
Kerja office yang belambak, meeting tak tentu masa, appointment nya juga banyak yang ditangguhkan.
Tali leher dibuka, kot hitamnya juga dibuka lalu dia melangkah masuk ke ruang tamu. Suasana di dalam rumahnya sepi dan gelap. Mungkin Naurah sudah tidur.
Terkejut dia apabila lampu ruang tamu terbuka dan ada satu susuk berbaju putih sedang duduk santai di sofa ruang tamu sambil mengusap lembut perutnya.
Nayl mengurut dadanya. Dia fikir, hantu cik ponti. Dia menghela nafas panjang. Rupa-rupanya, itu isterinya. Nayl menggeleng sambil mengukir senyuman manis dibibir.
Dia terus melangkah mendapatkan isterinya. Dahi Naurah dikucup lalu tubuh itu dipeluk. Pantas Naurah menepis. Berkerut dahi Nayl.
"Kenapa ni?" soal Nayl.
Naurah hanya membisu. Matanya langsung tidak memandang Nayl disebelah.
Nayl cuba lagi memeluk isterinya. Dia memeluk bahu Naurah tetapi ditepis lagi oleh Naurah.
"Aik, nak peluk isteri sendiri pun tak boleh?" soal Nayl sambil tertawa kecil.
"Sayang anak mama, nanti dah besar jangan lupakan mama tau. Papa dah tak sayangkan mama. Dia dah lupakan mama. Nanti anak mama bila dah besar jadi anak yang soleh ya. Jangan lupa mama, kalau nak lupa papa boleh," bicara Naurah pada perutnya sambil mengusap lembut perutnya yang semakin memboyot.
Makin pelik wajah Nayl. Dia langsung tidak faham. Naurah marah padanya? Tetapi kenapa? Apa yang dia sudah buat sehingga Naurah tidak mahu melayaninya?
"Sayang, kenapa ni? Sayang macam marah dekat abang je,"
Haih, macam ni lah perangai orang mengandung. Salah sikit je, marah dia macam kita kahwin 2 pula. Keras hati lagi isteri nya ini. Makin ligat otak Nayl untuk berfikir. Nayl menggaru-garu kepalanya.
"Memang pun sekarang tengah marah. Dah tahu cakap lagi. Saya rasa awak dah tahu apa yang saya marah dekat awak. Mungkin awak pun dah tahu, yang saya tengah sakit hati sangat!" Ujar Naurah sambil memandang tajam pada Nayl. Mahu kecut perut kalau ditenungnya.
Nayl melarikan pandangannya sambil tertawa kecil. Mahu hilang rasa takut pada isteri sendiri. Ah, sengih itu membuatkan lagi bertambah membara api di hati Naurah saat ini.
"Tak payah nak sengih-sengih sangat lah!" marah Naurah sambil menjeling tajam pada suaminya. Pudar terus senyuman Nayl yang menampakkan gigi besinya itu.
"Sayang ni kenapa?" soal Nayl serius.
Naurah lantas berdiri, dia memeluk tubuh sambil merenung tajam pada suaminya.
"Kenapa abang tanya? Semalam awak balik lambat sebab keluar dating dengan Sabrina kan? Awak ingat saya tak tahu ke, yang Sabrina tu bekas kekasih awak. Dengan saya, awak memang tak boleh nak tipu! Silap orang lah kalau nak tipu dengan ak...." dia terhenti meneruskan katanya. Kerana sedikit aje lagi dia mahu terkeluarkan perkataan kasar, iaitu 'aku'. Dia sudah tidak tahan. Kalau dia marah, perkataan kasarnya akan keluar.
Nayl tergamam. Bekas kekasih? Bagaimana Naurah tahu yang Sabrina bekas kekasihnya? Nayl makin ligat berfikir. Penat dia berfikir mencari idea untuk memberi alasan pada Naurah yang sudah mahu meletop!
"Apa? Nak bagi alasan? Nak tipu? Betul, kan? Yang Sabrina tu bekas kekasih awak? Jawab, Nayl!" sudah tidak keluar perkataan 'abang' lagi. Kali ini dia betul-betul marah. Harap sangat anak dalam perut tidak buat hal.
"Sayang..." Nayl cuba untuk memeluk isterinya, tetapi dia silap. Dengan dalam keadaan Naurah yang sedang marah, dia tidak dapat memeluk tubuh isterinya kerana Naurah menepis Nayl dengan kasar. Dia fikir, jika dia memeluk tubuh isterinya, harap Naurah akan bertenang dan akan menurunkan sedikit kemarahannya, tetapi tidak!
"Tak payah lah nak peluk-peluk orang! Rimas tahu, tak?! Rimas!" marah Naurah dan melangkah kebelakang menjarakkan dirinya daripada Nayl.
Walaupun hati Nayl sakit, dia tetap juga mengukir senyuman dan mampu lagi ketawa. Dia buat keadaan menjadi biasa, tak mahu melihat keadaannya bersama Naurah seperti serius dan tegang.
"Eh, sayang ni. Kenapa awak cakap macam tu? Okey, okey. Saya jujur," balas Nayl teragak-agak. Dia mengetap bibir. Serba salah. Takut pula dia jika dia jujur nanti Naurah tidak dapat terima dia lagi. Dan jika dia tidak jujur, ah sudah terlambat. Semuanya sudah terbongkar. Tetapi siapakah yang bagitahu semua ini pada Naurah?
"Sebenarnya....Sabrina tu...Ya, dia memang bekas kekasih saya. Tapi...Sayang abang tak tipu awak, jujur saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan. Kita orang kawan biasa je. Tak ada rapat pun. Please sayang, percaya saya. Tolong jangan percaya kata-kata fitnah orang luar sana." jelas Nayl panjang lebar.
Sepertinya dia seakan-akan sudah tahu siapa yang beritahu segalanya tentang hubungannya dahulu bersama Sabrina. Dia sudah 'syak' seseorang.
"Dengar boleh, percaya jangan. Awak cakap dari mulut awak sendiri? Entah-entah awak beralasan dengan saya, kan? Dia tu kekasih awak lepastu awak kata dia bekas kekasih awak? Nayl, please jangan nak tipu saya lah!" Marah Naurah lagi.
"Ya, sayang. Dia bekas kekasih abang. Tapi now kami berdua dah tak ada apa-apa hubungan. And kita orang tak rapat pun. Please sayang percaya abang," rayu Nayl.
Dia tahu, mahu pujuk Naurah mahu berbulan-bulan baru berbaik. Inilah perangai keras kepala dan keras hati Naurah. Jika lelaki lain sudah tidak tahan dengan perangai Naurah, mahu ditinggalkan perempuan itu. Tetapi, Nayl tidak. Dia tetap dengan cintanya. Dia sayang gadis itu. Sampai mati pun dia takkan lepaskan gadis kesayangannya itu.
Hah, kan dah kantoi! Apa yang Sabrina cakap selama ni semuanya sudah terkeluar dari mulut Nayl sendiri. Naurah tersenyum sinis. Sekarang dia percaya pada Sabrina.
"Kalau bekas kekasih, kenapa mesra sangat? Awak ingat saya tak tahu ke yang awak selalu jumpa dia? Siap berpegang-pegang lagi." Ujar Naurah masih tidak puas hati. Nayl mengimbas kembali sewaktu dia bersama Sabrina.
Sedang Nayl menjamah makanannya, Sabrina yang bersahaja memeluk lengan Nayl tanpa rasa apa-apa. Tersentak Nayl daripada memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya.
Erat sungguh pelukan dilengannya. Nayl memandang ke kiri dan ke kanan. Berharap tiada orang memandang. Perlahan-lahan dia menarik lengannya.
"Lepas lah! Kenapa you nak peluk-peluk ni? Kalau orang nampak macam?" marah Nayl. Dia mengawal suaranya yang agak tinggi. Kot hitamnya yang tersarung di tubuh di betulkan.
"Why? Peluk je. Kalau orang nampak pun, apa salahnya?" bicara Sabrina bersahaja. Dia menjeling ke tempat lain. Makanan terus dimasuk ke dalam mulut tanpa memandang Nayl. Sengaja dia buat muka merajuk berharap Nayl memujuknya.
"Sabrina, berapa kali I nak cakap yang I berstatus suami orang. Please move on! Kalau you tak boleh nak terima I sebagai suami orang, please tak perlu lagi jumpa I macam ni siap nak peluk-peluk bagai. Kalau isteri I atau kawan-kawan I yang kenal isteri I yang nampak you peluk I tadi macam mana?" Ujar Nayl yang masih tidak berpuas hati.
"Okey, I am so sorry. I jujur, sebenarnya I memang tak boleh lupakan you. I masih lagi sayangkan you, cintakan you. I tak boleh berjauh dengan you lagi. Cukup lah, lebih bertahun-tahun kita berpisah. Now, kita bertemu ni I rasa ini peluang untuk I. Nayl, I...I rela jadi...madu Naurah," bicara Sabrina sebak. Air mata sudah mengalir di pipi.
Tergamam dan tersentak Nayl mendengarnya. Rela menjadi madu? Nayl berpaling memandang wajah sembap Sabrina.
"You gila ke apa?"
"Yes, memang I gila sekarang ni. I gilakan you, Nayl."
"Hei dengar sini, ya! I takkan menduakan isteri I. Cukup hanya Naurah. Bukan you. Jangan harap lah I kahwin dengan you!"
Nayl terus mengangkat punggung dan pergi dari situ. Laju dia melangkah pergi. Sabrina masih lagi teresak-esak menangis.
Tak lama kemudian, tangisannya semakin rendah. Dia tersenyum sinis lalu ketawa jahat.
"Haih, bodohnya kau ni Nayl. Kau tunggu lah nasib kau lepas ni. Aku akan buat kau melutut di hadapan aku!"
********
Hampir tiga hari sudah mereka berdua tidak bertegur. Ada satu hari itu, Naurah hampir bengkak kaki kerana asyik memasak dan mengemas rumah.
Nayl cuba mahu membantu isterinya. Tak mahu melihat isterinya mengemas sorang-sorang. Apa gunanya dia ada di rumah?
Nayl terus mendapatkan isterinya. Naurah yang sedang menyapu tersentak dengan kemunculan suaminya disebelah. Nayl mengambil penyapu dan penyodok di tangan Naurah lalu dia meneruskan kerjanya.
Berkerut dahi Naurah. Dah kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba je nak mengemas rumah? Selalunya aku je yang selalu kemas rumah. Semua dalam rumah ni aku yang buat, ni dah kenapa tiba-tiba nak kemas? Hm, sah dia nak pujuk aku. Hei, kau ingat aku ni boleh cair. Boleh tergoda and boleh maafkan kau? Memang taklah! Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling Nayl. Tubuhnya dipeluk sambil memerhatikan Nayl yang tersengih-sengih sambil menyapu rumah.
Tanpa membuang masa, Naurah terus pergi. Malas mahu dia memandang suaminya lama-lama. Bukan dapat hadiah pun.
"Eh jap, sayang." lengan Naurah ditarik. Lantas Naurah menarik lengannya semula sambil mendengus kasar.
"Isy...Nak apa?!"
"Lah, jangan lah marah. Abang nak minta maaf je pun," kali ini lelaki itu pula yang buat perangai. Dia buat muka merajuk dan sedikit muka comel agar gadis itu cair melihatnya dan memaafkannya.
"Abang minta maaf ya. Okey, abang janji abang takkan rapat lagi dengan dia. Abang akan selalu ada di sisi sayang." Nayl mahu memeluk Naurah, pantas Naurah menolak dada Nayl.
"Sayang, sampai bila kita nak macam ni? Awak tak sayangkan abang ke? Kan kita dah janji nak sehidup semati. Awak lupa?" Nayl mengangkat kening. Masih lagi mahu cairkan hati Naurah yang sungguh beku itu.
Naurah membisu. Pandang wajah Nayl pun tidak. Menyampah!
"Sampai bila? Sampai awak lepaskan saya." bicara Naurah membuatkan Nayl tergamam. Lepaskan?
"Ya Allah, sayang...Jangan lah cakap macam tu. Saya tak ada niat pun nak mesra-mesra dengan Sabrina tu. Kita orang hanya kawan je, please lah sayang. I am so sorry." rayu Nayl sambil membuat muka manja.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Naurah terus melangkah pergi. Nayl menghela nafas panjang. Apa lagi cara untuk dia memujuk isterinya yang keras hati itu? Ah, sungguh susah!
***********
Terkejut Naurah melihat, di atas meja makan sudah terhidang makanan kegemarannya. Ah, malam ni aku mahu menggemuk. Sayang anak mama, jom kita sama-sama menggemuk. Bisik hati Naurah sambil melepaskan tawa kecilnya.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Siapa yang memasak makanan ini semua? Tahu-tahu aje dia sedang lapar. Naurah terus melabuhkan duduk di kerusi.
Pinggan di capai, lauk kegemarannya dicedok masuk ke dalam pinggan.
"Tahu pun lapar. Nasib lah abang masakan untuk sayang. Itu pun tak berterima kasih," ujar Nayl yang berada di belakang Naurah.
Terhenti terus untuk dia menjamah makanan itu. Dia mendengus kasar. Sudu kembali di letak ke atas pinggan. Dia terus mengangkat punggung.
Nayl melihat isterinya mengangkat punggung, dia menggaru-garu kepalanya sambil merungut. Sudah bermacam-macam cara dia guna tetapi tidak berjaya apabila mulutnya gatal mahu mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati Naurah.
"Aduh, sayang. Nak pergi mana pulak ni? Abang kan dah masak makanan kegemaran sayang tu. Jom lah makan sekali." Pujuk Nayl apabila melihat Naurah mencapai beg tangan dan kunci kereta.
"Hei, saya ni lebih rela makan dekat luar daripada makan dekat rumah ni! Buat sakitkan hati jelah!" Naurah menjeling dan melangkah ke arah pintu utama. Nayl menarik lengan Naurah.
"Sayang, takkan awak nak makan luar? Saya dah masak kut untuk awak. Okey, sorry. Abang janji abang tak cakap lagi perkataan yang menyakitkan hati awak ya." Nayl berusaha lagi memujuk isterinya.
"Sorry," tangan Naurah dikucup lama. Naurah hanya membiarkan sahaja. Jika dia menepis, lagi lah Nayl menarik lengannya. Sampaikan dia pun tidak boleh melangkah. Dia menjeling tajam pada lelaki itu.
Nayl membawa Naurah semula ke meja makan. Naurah memaksa untuk duduk di kerusi sambil memeluk tubuh. Terus hilang seleranya untuk makan.
Nayl meletakkan nasi dan lauk-lauknya yang telah dimasak tadi ke atas pinggan Naurah. Mahu menjaga hati isteri.
Selesai mengaminkan doa. Berkerut dahi Nayl melihat Naurah langsung tidak menjamah makanan tersebut.
"Lah, dah kenapa tak makan ni? Penat tau abang masak untuk sayang,"
"Nak suap." Jawap Naurah ringkas. Dia cuba menyembunyikan senyumannya. Agar kelihatan serius.
Nayl tersenyum kecil.
"Alololo, nak manja lah ni ya?" usik Nayl.
"Isy! Banyak cakap pulak. Tadi suruh saya makan, lepastu bebel kata itu ini! Dah lah malas makan." Merajuk Naurah lagi.
"Okey, Okey. Sorry. Abang dah tak banyak cakap dah, abang janji." ujar Nayl cuba menahan tawanya. Melihat wajah Naurah agar sedikit mengukir senyuman. Dia sudah tidak tahan tawanya. Nayl memang suka melawak.
Tahan Naurah. Tahan! Kalau kau gelak confirm kau kena bahan dengan dia nanti. Bisik hati kecil Naurah. Dia membuat muka sombong.
Sudu yang beri nasi dan lauk kegemaran Naurah dihulur pada mulut isterinya. Naurah masih lagi menyembunyikan senyumannya. Perlahan-lahan dia membuka mulut.
"Hah sedap, kan? Ni Nayl Uqasyah masak lah. Tak boleh challenge dengan masakan orang lain." puji Nayl pada diri sendiri. Naurah tersenyum kecil sambil menggeleng kepala melihat kerenah suaminya.
"Eh, jap."
Naurah yang sedap-sedap sedang mengunyah makanan dalam mulut terhenti. Berkerut-kerut dahinya.
"Tengok ni...Comot." Nayl menggeleng sambil mengelap bibir Naurah yang sedikit comot. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berbunga. Isy! Mamat ni memang pandai memujuk dan mencairkan hati aku! Kuatnya dia. Dapat tahan perangai aku. Bisik hati Naurah.
Tak lama itu, entah mengapa tubuhnya kaku apabila Nayl sengaja mendekatkan wajahnya pada Naurah. Sambil mendekatkan wajahnya pada gadis itu dia mengusap lembut bibir gadis itu.
Hah, dah kenapa dengan dia ni? Saja je nak buat macam tu, dia ingat aku tergoda ke? Eh jap, kenapa aku dah tak boleh gerak ni?!
Naurah menelan liur. Dia memejam matanya. Sudah tidak tahu mampu buat apa. Mahu menolak tetapi dia sudah kaku!
"Ehem..." Nayl berdehem. Naurah membuka matanya.
"Ni rambut awak sejak bila boleh ada daun ni?" Entah mana datangnya daun tiba-tiba boleh ada di rambutnya. Lantas Nayl mengambil lalu di letak ke tepi.
Baru dia teringat, tadi dia mengemas di ruang balkoni. Ya, balkoninya banyak pelbagai jenis bunga. Dan, barangkali daun tersebut tersangkut pada rambutnya yang panjang itu.
Naurah menelan liur. Wajahnya mula merah padam. Geram dengan kelakuan lelaki itu. Suka sangat menyakat dia.
"Kenapa muka awak merah sangat ni?" soal Nayl hairan melihat wajah Naurah merah. Dia tertawa kecil. Naurah menepuk lembut pipinya.
"Ma...Mana ada. Err...Dah lah. Nasi yang lebih tu awak buang je lah. Saya dah kenyang." ujar Naurah sambil mengusap lembut perutnya.
"Lah, mana boleh macam tu. Rezeki ni. Kesian nanti nasi menangis. Tak baik tau,"
"Hah? Nasi menangis? Awak pernah nampak ke?" soal Naurah pelik.
"Orang tua-tua kata, kalau nasi tak habis nanti nasi ni menangis. Nanti satu hari nanti kalau awak lapar sangat, nasi tu dah tak nak dengan awak. Dia dah benci awak sebab awak buang dia. Tapi, awak jangan risau. Saya kan ada, saya sentiasa ada dengan awak. Sampai mati." usik Nayl lagi sambil tersenyum nakal.
"Isy, dah lah. Merepek je!" marah Naurah dan mengangkat punggung. Malas dia mahu melayan, jika melayan nanti makin menjadi. Kedengaran di belakangnya Nayl tertawa kecil. Hm, macam-macam betul lah mamat ni. Tanpa sedar, Naurah mengukir senyuman lebar di bibir. Hatinya tenang.
Share this novel