Selesai dia tidurkan Naufal, dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Ah, lama juga ya mahu habis pantang.
Melihat jam di dinding sudah pukul 5 petang. Suaminya masih belum pulang. Sementara itu, Naurah berehat sebentar. Dia cadang mahu masakan makanan kegemaran Nayl.
Walaupun dia belum habis berpantang, tetapi digagahkan juga untuk masak makanan untuk suaminya. Kasihan pula dia melihat hari cuti kerja Nayl, lelaki itu yang akan mengemas rumah semua ini dan memasak makanan untuknya.
Jadi dia mahu membalas jasa baik Nayl. Lihat seperti dia dera suaminya untuk mengemas rumah, tetapi tidak. Lelaki itu yang mahu kemas rumah. Kalau dihalang, lelaki itu tetap juga mahu kemas. Ah, lelaki. Degil!
Kain batik elok tersarung kemas di tubuhnya tetapi ditukar pula. Dia memakai seluar pula. Stokin yang tersarung di kaki juga dibuka.
"Hah, time aku nak lasak ni lah kena pakai-pakaian macam ni. Tak selesa pula kalau pakai kain batik." Naurah tersenyum. Dia terus melangkah masuk ke dapur. Melihat Naufal tidur, boleh lah dia masak cepat-cepat. Takut nanti tidak sempat pula.
***********
"EH JAP! Kau dah betul-betul ke ni nak viralkan video ni? Babe, aku rasa tak payah kut. Aku risau lah kalau Nayl tu 'syak' sesuatu dekat kita." Ujar Sarah. Dia memang mahu batalkan tetapi Sabrina tetap mahu meneruskan rancangannya.
"Sarah, kau jangan risau ya. Everything will be fine. So, maybe hari ni Naurah akan dapat berita baik. Huh, tak sabarnya nak tengok dia orang bergaduh," Sabrina ketawa jahat. Terbahak-bahak dia ketawa. Sarah disebelah hanya menggeleng.
"Hm, ikut kau lah Sabrina. Ni, aku nak tanya. Kau dah tukar nombor telefon ke?" soal Sarah pelik. Berkali-kali juga lah dia hubungi Sabrina semalam. Tetapi tidak dapat.
"Yes. Aku tukar nombor. Aku taknak nanti Nayl call aku and lepas dia orang dah cerai aku akan kembali pada Nayl. Di situ lah mulanya aku akan buat Nayl cair semula dengan aku." Ujar Sabrina dengan senyuman sinis di bibirnya.
"Kau buat lah apa yang kau nak, Sabrina. Tapi ingat, aku takkan masuk campur lagi untuk rancangan seterusnya." Sarah terus berlalu pergi. Sudah tidak tahan lagi dengan perangai kawannya.
"Hm, okey. Aku boleh selesaikan sendiri lah. Tanpa kau pun aku boleh hidup!" Dia tersenyum sinis.
Ini lah masanya yang paling sesuai bagi Sabrina. Telefon bimbitnya dicapai. Gambar-gambar dan video Nayl bersama perempuan lain di hotel di ambil oleh Sarah tempoh hari lepas direnung dengan senyuman sinis.
Sebelum dia menghantar, nama yang penghantar di media sosial ditukar dengan nama yang lain. Tak mahu ada sebarang bukti untuk Nayl. Dia tidak mahu Nayl dapat tahu yang dia buat semua rancangan ini.
Segala namanya ditukar. Nombor telefon bimbitnya juga sudah ditukar.
"Have fun today!" Ucap Sabrina dan terus menghantar segala gambar yang di ambil oleh Sarah tempoh hari lepas di media sosial. Biar satu dunia tahu!
"And, baru lah kau tahu baik buruk laki kau." Ujar Sabrina sendiri dengan senyuman sinisnya. Dia ketawa sinis. Puas! Puas hatinya segala rancangannya menjadi!
Kali ini, Nayl takkan ku lepaskan lagi!
*********
Akhirnya, selesai juga dia memasakan makanan kegemaran suaminya. Jam di dinding sudah tepat pukul 6 petang. Lagi beberapa minit Nayl akan pulang.
Naurah tersenyum puas melihat di atas meja sudah terhidang semua makanan dan tidak tinggal juga makanan kegemarannya. Udang masak tempoyak!
Apron yang berada di tubuh dibuka, tak lama itu terdengar tangisan Naufal. Lantas Naurah melangkah masuk ke dalam bilik mendapatkan anaknya yang sudah bangun.
***********
Dia menjeling sekilas jam di pengelangan tangan. Waktu untuk pulang. Kot hitamnya disarung. Komputer ribanya ditutup.
Dia terus mengangkat punggung dan keluar dari pejabat dengan hati dan fikiran yang masih kusut dan serabut.
Berkerut dahinya melihat pekerja-pekerja di dalam pejabat itu memandangnya pelik. Tidak kurang juga, ada yang berbisik-bisik sambil menoleh memandangnya.
"Eh, kau tahu tak? Lelaki yang dalam video ni aku rasa Tuan Nayl lah," suara itu dapat di dengar oleh Nayl. Makin kerut-kerut dahinya tidak faham.
"Memang pun. Aku tengok dalam video tu memang muka Tuan Nayl pun. Kalau isteri dia tahu ni, mahu tidur luar dia malam ni," balas seseorang wanita itu dengan tawa kecilnya.
"Isy, ni berita buruk kau tahu? Kalau Naurah dapat tahu ni bukan tidur luar lagi, minta cerai aje terus! Sah, Tuan Nayl memang kaki perempuan!"
"Syy...Kau cakap pelan-pelan sikit!"
Nayl menoleh memandang dua orang wanita yang bersembang tentang halnya. Namanya kedengaran banyak disebut-sebut.
Dia menoleh memandang mereka berdua tadi, tetapi mereka sudah pergi. Makin panas hatinya. Dia terus melangkah keluar dari situ dan melangkah ke lif. Kini dia mendengar pula suara dua orang lelaki staff pejabatnya.
"Wei, macam tak percaya aje yang manager hotel kita ni pernah buat benda tak senonoh." Ujar seorang pemuda itu yang berada jarak tidak jauh dengannya. Tetapi suaranya dapat dia dengar dengan jelas.
"Hah?! Yeke? Serius lah. Macam mana kau tahu?" soal rakannya seperti tidak percaya.
"Iya, bro. Aku tengok ada satu video tu dah viral. Euw! Aku tak rela nak tengok. Geli siak!" Ujar pemuda itu.
"Uish, tengok aje Tuan Nayl tu macam baik. Tapi belakang, bertopengkan syaitan. Kesian isteri dia, kan? Aku kalau dah dapat isteri macam Naurah tu aku jaga elok-elok. Tapi malangnya, ada yang tak hargai perempuan sampaikan rela buat benda tak senonoh." Ujar lelaki itu dengan gelengan kepala.
Makin jelas Nayl mendengar. Kini berkali-kali sudah orang duk sebut-sebut namanya. Penumbuk dikepal! Dia sungguh geram. Tetapi cuba ditahan. Sabar.
"Kan. Isteri dia tu dulu kerja PA dekat hotel ni serius aku cakap, dia baik gila. Dah lah cantik, baik hati pula tu. Untung Tuan Nayl, tapi tak hargai. Eh, dah lah jom masuk office. Aku nak selesaikan kerja-kerja aku yang tinggal lagi beberapa tu." Ujar pemuda itu lalu mereka berdua terus melangkah bersama masuk ke dalam pejabat.
Hati Nayl membara api kemarahan. Dia mengetap gigi geram. Kalau ikutkan hatinya mahu aje dia belasah dua orang lelaki tadi. Tetapi, dia tidak mahu mengikur bisikan syaitan.
Syaitan itu kerjanya hanya menghasut orang. Keadaan elok jadi baik, kini keadaan jadi teruk pula. Nayl hanya bersabar. Langsung tidak bertindak apa-apa.
Dia mahu tahu, kenapa semua ceritakan tentang dia? Apa salah dia? Apa yang aku dah buat?
**********
"Anak mama dah bangun," ujar Naurah mesra. Sempat dia mencuit pipi si kecil. Langsir dibilik di selak memberi cahaya petang masuk ke dalam biliknya.
Tubuh si kecil di dukung lalu dikucup bertalu-talu. Geram pula jika melihat si kecil ini. Mahu di gigit-gigit!
Dia melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu.
Tidak senang duduk pula bila melihat suaminya belum pulang. Lantas, tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja berhadapan dengannya.
"Mama call papa kejap ya," ujar Naurah.
Hampir beberapa kali dia hubungi suaminya tetapi tidak dapat. Naurah mengeluh kecil. Susah betul mahu mengangkat call.
*********
Laju Nayl melangkah mencari Arif. Sebelum dia pulang, pasti dia akan bersembang bersama Arif terlebih dahulu. Mana boleh dia lupa sahabatnya ini.
Dari kejauhan Nayl sudah dapat lihat Arif berada di cafe hotel Fortune. Kelihatannya dia sedang sibuk bermain telefon. Nayl tersenyum kecil sambil menggeleng.
Dia dapat idea nakal. Mahu sergah Arif dari arah belakang. Selama ni Arif banyak lakukan padanya, kali ini dia balas dendam pula.
"Hoi!" sergah Nayl. Dia ketawa kecil.
Berkerut dahi Nayl melihat riak wajah kawannya langsung tidak ada reaksi terkejut. Malah hanya merenung Nayl lama seperti tidak percaya apa yang akan berlaku nanti.
"Kau pahal pandang aku macam tu?" soal Nayl dengan tawa kecilnya.
"Bro, aku harap sangat benda ni Naurah tak tengok," ujar Arif. Lelaki itu sedikit tersentak dengan kata-kata rakannya itu. Dia berkerut dahi, tidak faham dengan maksud Arif.
"Tengok apa?" soal Nayl tidak faham.
"Kau buka telefon kau sekarang," arah Arif.
"Telefon aku habis beteri. Jap, kau cakap ni macam ada berita buruk je? Pahal bro?" soal Nayl lagi masih dengan tawa kecilnya.
"Nah...Tengok lah ni," telefon bimbit yang berada di tangan Arif kini dihulur kepada Nayl. Masih berkerut dahi Nayl melihat Arif menghulur telefon bimbitnya. Dia menyambut dengan tawa kecilnya. Pelik pula aku tengok Arif ni.
Kini mata Nayl sudah berada di skrin telefon Arif. Terkejut besar dia apabila melihat ada satu video dan ada beberapa gambar di situ. Tawanya terus berhenti.
"Aku rasa, ada orang nak jatuhkan kau. Ni muka kau Nayl. Dalam video tu muka kau. Dan, sebelah tu pula perempuan yang kau cakap dekat aku. Pasti, ada orang tengah berdendam dengan kau dan dia buat macam ni dekat kau. Kau kena berhati-hati Nayl, video ni telah disebarkan di media sosial." Ujar Arif yang kelihatan sungguh risau.
Nayl yang melihat seperti tidak percaya benda itu terjadi. Bulat matanya, lidahnya sudah kelu. Terkejut dengan apa yang dilihat. Matanya memandang rakannya dihadapan. Jadi selama ini baru dia tahu, tetapi sekarang dia kena siasat siapa yang buat semua ini!
********
Melihat Naufal sudah berdiam diri, Naurah terus meletakkan si kecil tersebut ke dalam baby cot. Senyuman terukir di bibir. Kali ini, dia pula yang berehat.
Duduk dilabuhkan di birai katil. Telefon bimbit dicapai. Masih mendail nombor suaminya, tetapi masih lagi tidak dapat.
Naurah mengeluh kecil. Tak lama itu, dia terkejut besar apabila dia mendapati satu video. Dia menekup mulutnya. Tersentak dan terkejut semuanya ada pada dirinya saat ini apabila dia melihat ada satu video yang sungguh menjijikkan untuk dilihat.
Tetapi dia pasti, matanya masih boleh melihat jelas. Dia tidak silap orang. Dalam video itu benar-benar ada wajah suaminya bersama perempuan lain di atas katil.
Tanpa sedar, menitis air mata Naurah. Telefon yang tadinya kemas di tangan apabila melihat video tersebut lantas dia tercampak ke tepi akibat terkejut besar.
Laju air mata mengalir. Hatinya terluka. Perit. Sakit sangat!
"Jadi selama ni dia tipu aku! Memang betul dia ada perempuan lain!" Jerit Naurah geram. Bayi yang terkejut dek dengar jeritannya turut teresak-esak menangis.
Sudah lah dia belum habis pantang, jika dia tumpah darah bagaimana?
**********
Laju langkah Nayl keluar dari lif dan melangkah ke rumahnya. Dia berharap sangat video itu tidak dapat dilihat oleh isterinya. Saat ini dia sungguh risau.
Otak sedang bekerjasama memikirkan alasan untuk diberikan pada isterinya jika Naurah dapat tahu tentang video itu.
Pagar rumah di buka, lantas dia masuk lalu memulas pintu rumahnya. Tersentak dia apabila dengar ada suara tangisan bayi dan suara jeritan Naurah.
Lantas dia berlari mendapatkan isterinya dan anaknya.
"Sayang..." panggil Nayl. Bulat matanya memandang.
"Kau tipu aku! Selama ni kau memang ada perempuan lain kan?!" Bentak Naurah keras.
Nayl tersentak. Sah, Naurah sudah dapat tahu tentang itu. Makin gelisah dia saat ini. Susah untuk dia memujuk isterinya.
"Perempuan lain? Apa yang sayang cakap ni? Abang tak faham." Sengaja dibuat-buat tidak faham agar senang untuk memujuk hati beku isterinya.
"Hei, kau jangan nak buat tak tahu lah! Kau tengok ni!" Telefon bimbit Naurah yang masih terpasang video tersebut di campak ke atas katil, Nayl melangkah mendapatkannya.
Lelaki itu sedikit tersentak. Sah, Naurah memang dah tahu hal itu!
"Apa semua ni? Apa semua ni Nayl?! Siapa perempuan tu?!" Bentak Naurah dengan esakan tangisannya.
"Okey sayang, dengar dulu apa yang abang nak cakap." Ujar Nayl, berharap Naurah dapat reda kemarahannya. Namun, dia salah. Gadis itu tidak akan reda jika kemarahannya makin meninggi.
"Tak payah lah! Aku dah tak nak dengar apa-apa daripada kau. Sampai hati kau Nayl! Kau buat aku macam ni?! Aku benci kau! Aku benci kau! Aku takkan maafkan kau. Tak perlu lagi kau bagi alasan dekat aku! Bukti yang kau kaki perempuan sudah jelas depan mata aku sendiri!" Bentak Naurah. Teresak-esak dia menangis. Si kecil sudah merengek menangis tetapi tidak dihiraukan.
Nayl berusaha lagi memujuk isterinya. "Sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap! Tolonglah jangan percaya benda-benda ni semua. Abang kena fitnah saya. Dia orang buat abang jadi macam ni. Tolonglah saya, jangan percaya," rayu Nayl. Kedua-dua bahu Naurah dipegang agar tubuh gadis itu berhadapan dengannya.
Tetapi ditepis kuat oleh Naurah. "Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi kau cakap! Kau tipu aku! Kau memang kaki perempuan, dasar lelaki dayus!" Perkataan kasar sudah dikeluarkan membuatkan hati Nayl sungguh sakit.
Tanpa dikawal lagi ternaik juga tangannya pada Naurah. Kuat dia melempang pipi Naurah sehinggakan gadis itu berganjak ke belakang. Pipi yang terasa bekas penampar suaminya dipegang. Lagi membara api dihatinya saat ini.
"Awak jangan nak cakap macam tu dekat saya! Saya bukan lelaki dengan apa yang awak cakap!" Kali ini Nayl pula yang meninggikan suara. Sudah tidak tahan lagi dengan perangai dan ego Naurah.
Tak lama itu, baru dia sedar yang dia menampar wajah isterinya. Berkali-kali dia beristighfar. Melihat wajah Naurah sudah merah menahan kemarahannya. Air mata mengalir laju.
"Sayang...Abang...Abang minta maaf," ucap Nayl gagap. Mahu mendekati Naurah, tetapi gadis itu berganjak tidak mahu mendekati dia.
"Kau lempang aku?!" Pipi masih terasa perit. Nayl tidak pernah mengangkat tangan padanya. Kali ini, kali pertama dia dilempang oleh suaminya sendiri.
"Sayang, abang minta maaf. Abang...Abang tak sengaja," ujar Nayl. Dia berasa dirinya bodoh kerana terlepas kemarahannya yang terbuku dihati.
"Aku dah cakap kan? Kalau kau lempang aku, aku takkan maafkan kau. Kau boleh berambus dari rumah ni! Berambus!!" Jerit Naurah lagi. Kuat dia menolak dada suaminya.
Kedua-dua tangan Naurah digenggam erat. "Sayang, tolonglah jangan buat abang macam ni." Kuat Naurah menumbuk-numbuk dada Nayl dan menolak lelaki itu pergi.
"Kalau kau tak nak keluar daripada sini, tak apa. Aku akan keluar dari rumah ni," laju langkahnya ke almari baju. Beg pakaian dikeluarkan, baju-bajunya dicapai lalu dimasuk ke dalam beg pakaian tersebut. Baju-baju bayinya juga diambil. Tubuh si kecil yang masih teresak-esak menangis melihat pergaduhan ibu bapanya di dukung.
Laju langkahnya keluar daripada bilik tersebut. Sempat Nayl mengejarnya.
"Sayang tolonglah, jangan tinggalkan abang. Ya, abang tahu abang salah. Tapi semua tu tipu! Dia fitnah abang sayang. Tolonglah percaya dekat saya," Rayu Nayl lagi.
"Lepaslah!" tangannya yang digenggam oleh Nayl ditepis kuat.
Tanpa membuang masa lagi, dia terus keluar daripada rumah tersebut. Nayl tidak melepaskan begitu sahaja. Dia tetap mengejar gadis itu. Takkan dia lepaskan begitu sahaja.
"Ya, saya tahu saya salah. Okey, saya terus-terang. Saya...Saya pergi party birthday Sabrina. Saya kesian dekat dia, dia dah merayu-rayu sangat dekat saya suruh saya datang ke party birthday dia. Lepastu, secara tiba-tiba saya pengsan. Dan saya sedar-sedar je saya dekat hotel dengan seorang perempuan yang langsung saya tak kenal. Sumpah sayang, saya tak kenal pun dia. Dan, saya bukan kaki perempuan macam apa yang awak cakap tu. Please sayang, jangan percaya dengan video tu. Saya kena fitnah. Ada orang nak rosakkan rumah tangga kita. Please, trust me sayang." Rayu Nayl tidak putus asa. Masih berusaha memujuk isterinya.
"Aku takkan percaya dengan kata-kata kau. Kali ni, aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku benci kau! Semua alasan kau aku tak nak dengar. Kau penipu! Kau penipu!" Jerit Naurah dan berlalu pergi.
Nayl tidak lagi mengejar isterinya. Dia sudah penat. Penat dengan segala-galanya yang terjadi.
*********
Laju langkah Naurah berjalan ke sebuah tempat perhentian bas. Dia menangis semahu-mahunya. Melihat si kecil sudah senyap apabila melihat mamanya teresak-esak menangis.
"Kenapa dia buat aku macam ni?! Dia tipu aku. Dia dah berjanji dengan aku, tapi semua tu dia tipu! Selama ni, dia mempermainkan perasaan aku! Dia memang kaki perempuan. Kenapa kau bodoh sangat Naurah? Kenapa?!" Jerit Naurah tidak peduli lagi jika ada orang sekelilingnya memandang.
Kini mata beralih ke si kecil Naufal. Bertalu-talu dia mengucup wajah anaknya. "Anak mama jangan lupakan mama tau. Nanti dah besar, jangan lupakan mama. Papa jahat! Dia dah tak sayangkan kita. Mulai hari ni, kita lupakan papa ya. Dia jahat, dia memang tak sayangkan kita. Depan kita dia hanya berlakon baik je, tapi sebenarnya mama menyesal hidup dengan dia!" Ujar Naurah pada Naufal dengan suara tersekat-sekat dengan tangisannya masih tidak henti.
Isteri siapa aje yang suka melihat suaminya curang belakangnya? Lagi-lagi kaki perempuan. Hati Naurah sungguh sakit. Perit dan kecewa kerana dapat suami begitu.
Tetapi sebaliknya dia sudah salah faham. Nayl cuba memujuknya dan berterus-terang dengan apa yang terjadi tetapi gadis itu langsung tidak dengar. Malah hanya mengikut egonya. Ego yang tinggi, dia tidak lagi dapat mengawal kemarahannya.
Pipinya dipegang. Masih terasa bekas penampar Nayl. Dia takkan lupa semua itu. Lelaki itu memang tidak guna! Teriak Naurah dalam hati.
Dia takkan lupa semua itu. "Kau tampar aku, kau curang belakang aku, kau kaki perempuan! Kau tunggu Nayl, aku benci kau! Kau takkan jumpa aku dan Naufal lagi! Sampai bila-bila!" Dia berdendam. Sampai hati dia buat begitu pada Naurah sehingga mengangkat tangan.
Naurah tetap ingat dengan semua itu. Dia tidak mahu lagi ada apa-apa dengan lelaki itu. Hanya tunggu masa aje untuk dia minta cerai!
Share this novel