BAB 39

Romance Completed 31452

Naurah membetulkan sedikit pakaiannya agar terlihat kemas dan rapi. Rambut panjangnya yang lurus juga dibetulkan agar kelihatan terletak elok.

Dia seorang gadis yang langsung tidak menyukai alat solek. Kalau dia mahu pakai pun, hanya sekadar lipgloss dan juga bedak. Itu pun jarang-jarang dipakai.

Ini disebabkan dia ada appointment bersama klien itu yang dia pakai alat solek dan kelihatan kemas. Tak terlalu lebih, hanya kelihatan sederhana.

Wajahnya tanpa bedak juga kelihatan putih dan sangat cantik. Apabila dia sudah digelar menjadi janda, ramai yang mahu memikat hatinya kerana kecantikannya, tetapi dia tidak bodoh untuk jatuh cinta dengan orang tidak tepat untuknya.

Dia juga sudah berjanji dengan diri sendiri, yang dia tidak akan kahwin lagi. Biar lah jodohnya sesat. Lantak lah dia! Janji dia bahagia bersama anak kecilnya yang comel itu, Adam Naufal.

********

Uhuk! Uhuk!

Tersentak Sabrina mendengar ayahnya batuk. Bukan batuk sekali aje, orang tua itu batuk berkali-kali. Dan, ia juga kerap batuk semenjak ini.

Dia mula risau, mahu ajak papanya ke klinik, tetapi ditolak. Haih, bagi ubat pun ayahnya tidak makan.

"Daddy okey ke ni? Sabrina risau lah. Jom lah kita pergi ke klinik. Appointment daddy tu, daddy tangguhkan aje dulu. Nanti biar Sabrina yang selesaikan semua tu." Ujar Sabrina mendapat ayahnya.

"Tak boleh. Daddy tetap kena pergi appointment tu," balas Dato Sufi sambil mengurut dadanya.

"What? Daddy dah batuk teruk macam ni pun, tetap nak pergi? Apa yang penting sangat appointment tu? Boleh tangguhkan? So, Sabrina tetap nak daddy tangguhkan semua tu. Jom kita pergi klinik," lengan ayahnya ditarik tetapi terhenti apabila Dato Sufi mula bersuara.

"Tak apa lah, biar daddy pergi. Jangan risau. Daddy okey aje."

Sabrina mengeluh panjang dengan ayahnya yang tidak mahu ke klinik. Baru aje mahu membuka mulut, kedengaran ada seseorang masuk ke dalam pejabat Dato Sufi. Pantas mereka berdua berpaling memandang ke arah seseorang yang masuk ke dalam pejabat tersebut.

Nayl?!

"Errr...Maaf Dato. Ni projek yang kita bincang dua hari lepas. Jadi, saya dah selesaikan sikit. Mungkin kita dah boleh hantar kut projek ni dekat syarikat yang Dato cakap tu." Ujar Nayl sambil menyerahkan slip projek syarikat mereka.

"Terima kasih ya, Nayl, uhuk! Uhuk!" Dia kembali batuk tidak henti. Makin risau Sabrina saat ini.

"Stop, daddy. Daddy dah tak boleh nak tolak. Appointment daddy tu biar Sabrina yang akan batalkan semua tu. Daddy tetap kena pergi klinik." Putus Sabrina.

"Dato okey ke?" Soal Nayl pula yang turut risau.

"Okey..."

"Okey apa macam ni? Dah sakit tu, lagi nak buat kerja. Dah, dah...jom. Sabrina bawa daddy ke klinik." Ujar gadis itu dan melangkah keluar dari pejabat tersebut.

"Err...Tak apa lah, Dato. Biar saya aje yang tolong Dato pasal appointment tu. InsyaAllah, secepat mungkin saya akan selesaikan appointment Dato." Pinta Nayl. Dia tersenyum sebaris.

"Lah, tak perlu lah. Biar saya aje yang pergi..." kata-katanya dipotong oleh Nayl.

"Tak apa, biar saya aje. Dato tu kan sakit."

"Yelah, terima kasih Nayl. Saya terhutang budi kepada awak." Ujar Dato Sufi sambil menepuk lembut bahu lelaki itu. Dia tersenyum lebar lalu melangkah pergi daripada situ.

********

"Haih, lambat betul lah Dato ni nak sampai. Aku call tak angkat." Ujar Naurah sendiri yang sudah kebas punggung daripada tadi asyik duduk menunggu kliennya sampai.

Jam di pengelangan tangannya dijeling sekilas. Hampir pukul 11 pagi. Sekejap lagi dia mahu mengambil Naufal pulang ke rumah. Makin ligat otaknya saat ini.

Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat punggung dan melangkah pergi meninggalkan cafe di hotel Fortune yang daripada tadi dia duduk di situ hampir 1 jam setengah dia menunggu kliennya datang.

Telefon bimbit dari beg tangannya dikeluarkan lalu dia mendail nombor seseorang. Kini telefon bimbitnya dibawa ke telinga.

"Nanti kalau klien I sampai, suruh dia datang ke pejabat I." Talian terus dimatikan.

Tak menunggu lama, dia kembali melangkah ke pejabatnya. Tetapi, sempat memerhatikan pekerja-pekerjanya yang sedang menjalankan tugas di hotel Fortune.

"Wei, boss! Boss! Jangan nak membawang sangat, buat kerja!" Arah seseorang pekerja housekipping itu. Laju aje mereka melangkah menjalankan tugas yang masih belum selesai.

"Wei, haah lah. Cepat-cepat kemas! Nanti tak pasal-pasal kita dibuang kerja pulak!"

"Hah, tahu pun kau. Dah cepat kemas!"

********

Keretanya sudah berhenti betul-betul dihadapan hotel Fortune. Lelaki itu terkejut besar apabila melihat dihadapannya adalah tempat kerjanya dahulu.

Segala kenangan terindah ada pada hotel ini. Dapat dibayangkan saat ini.

Dia menelan liur. Aku salah hotel ke? Dia kembali memeriksa lokasi yang diberi oleh Dato Sufi tadi.

Ya! Benar! Lokasinya sangat tepat. Hotel Fortune pemiliknya ialah Encik Omar.

Dia mula berdebar, mahu dibatalkan tidak boleh! Kerana dia sudah berjanji dengan Dato Sufi yang dia akan menyelesaikan appointment ini.

Ah, kau memang bodoh Nayl! Siapa suruh kau janji dengan dia?! Kalau aku tahu lah yang Dato Sufi tu appointment dekat hotel ni, awal-awal lagi aku tak buka mulut untuk tolong dia selesaikan appointment dia ni! Bebel Nayl dalam hati.

Dia menggigit bibir. Ah, redha je lah Nayl. Kau datang sini bukan nak buat kecoh pun! Datang sini hanya nak selesaikan appointment je. Pujuk Nayl dalam hati. Untuk menghilangkan rasa berdebar nya.

Kot hitamnya yang tersarung dibetulkan dan cermin mata hitam juga terletak elok di matanya. Rambut yang di sisir ala-ala abang mafia itu dibetulkan agar kelihatan kemas.

Dia terus melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Dia memerhatikan sekeliling hotel tersebut, sudah berlainan daripada dahulu. Hampir 5 tahun dia tidak ke sini dan apabila dia menjejak ke sini, hotel tersebut kelihatan sangat cantik. Dah macam hotel 5 bintang pula.

Tak kurang juga, seperti biasa gadis-gadis yang berada di sekelilingnya itu turut memandangnya atas bawah sambil berbisik sesama sendiri.

Tahu lah aku handsome. Bisik hati Nayl sambil tersenyum senget.

Lelaki itu berdoa banyak-banyak di dalam hati. Mahu berjumpa dengan Encik Omar? Ah, siap-siap lah untuk hidung kau berdarah!

"Selama datang ke hotel Fortune. Encik ada booking hotel ke?" Soal seseorang gadis yang bertugas di kaunter.

Ah, semua pekerja di situ Nayl kenal. Tetapi staff di situ aje tidak mengenali lelaki itu kerana Nayl memakai kaca mata hitam. Kalau dibuka, mahu cair semua gadis di situ.

"Saya ada appointment," jawab Nayl ringkas. Gayanya berlagak seperti mafia. Ah, itulah aku. Sudah jadi duda, sengaja jadi acah-acah berlagak dan sombong.

"Oh, Encik boleh ke pejabat boss ya. Dia nak jumpa Encik di situ." Ujar gadis itu mesra. Lama dia memerhatikan jejaka kacak dihadapannya itu. Ah, sungguh kacak!

"Okey, thank you." Nayl terus melangkah ke lif. Dua orang gadis yang berada di kaunter tadi turut memerhatikan jejaka kacak itu melangkah pergi meninggalkan mereka. Sempat mereka berdua berbisik sesama sendiri tentang jejaka kacak tadi.

********

"Kau orang kemas macam mana, hah?! Costumer banyak kali report dekat aku yang bilik dia orang tidak kemas. Kalau kau orang susah sangat nak kemas, lebih baik tak payah datang ke tempat kerja! Balik aje rumah goyang kaki!" Marah Naurah pada pekerja-pekerja housekipping di hotel Fortune.

"Last warning ya! Kalau I dengar lagi costumer tak puas hati dengan bilik yang dia orang booking, I akan pecat kau orang semua!" Naurah memberi amaran keras pada pekerja-pekerjanya.

Hatinya sudah membara api. Semua pekerja housekipping hanya menunduk. Takut.

Terpaksa mereka menadah telinga saat ini dengan bebelan Naurah.

Naurah terus melangkah pergi meninggalkan mereka dengan jelingan mautnya. Tidak kurang juga, pasti ada yang akan berbisik dan bercakap belakang tentang boss garangnya itu.

*********

"It's okey, Dato. Saya dah sampai dekat hotel tu. Dato rehatkan diri dulu ya, tentang appointment semua tu jangan risau. Biar saya yang........" kata-katanya terhenti apabila bahunya dilanggar seseorang.

"Auch!"

Sambil menghubungi orang sambil itulah dia berjalan. Nasib malangnya, dia telah terlanggar seseorang sehinggakan seseorang itu terjatuh terduduk!

"Err...Dato, I call you back."

Talian cepat-cepat diputus. Kini matanya melihat keadaan orang yang dilanggarnya itu tadi. Kelihatannya seorang perempuan yang dilanggar.

Haih, Nayl! Nasib malang betul lah kau ni!

Dia terus mendapatkan gadis yang terjatuh itu. Gadis itu memegang kakinya yang terasa sakit.

"Err...Awak tak apa-apa?" Soal Nayl cemas.

"Hei, kau jalan guna apa, hah?! Mata mana?!" Marah gadis itu tanpa memandang wajah Nayl dihadapannya. Kaki diurut lembut, mungkin dia terseliuh. Sudahlah dia memakai kasut tumit tinggi. Jatuh lagi, ah sungguh menyakitkan!

"Saya minta maaf Cik, saya tak sengaja," ucap Nayl. Lelaki itu pun sudah tidak tentu arah.

"Tak sengaja apa nya?! Kau tak nampak......" Baru aje dia mahu menghabiskan kata-katanya, dia mengangkat wajah memandang lelaki itu. Serta-merta, tubuhnya menjadi kaku. Dia tergamam dan tersentak apabila melihat dihadapannya. Bagaikan saat ini dia berada di dalam mimpi.

Lama Naurah memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu juga turut tergamam dan tersentak. Kaca mata hitam yang terletak kemas di matanya dibuka, lama dia memerhatikan wajah gadis itu.

Sungguh, saat ini dia kaku. Perasaannya tak terkata. Mahu aje dia memeluk erat tubuh dihadapannya itu. Mahu hilangkan segala-galanya rasa rindu padanya.

"Naurah?"

"Nayl?"

Lantas dia melarikan pandangannya. Melihat jarak dia dan lelaki itu semakin rapat pulak. Pantas dia menjarakkan tubuhnya.

Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun, tetapi kaki terasa teramat sakit. Sakit sangat!

Dia mencuba lagi untuk berdiri. Kaki yang masih sakit, dia tidak lagi dapat dikawal. Lantas dia terjatuh ke bawah kembali, nasib ada seseorang menolong mengawal tubuhnya yang tidak terkawal itu.

"Awak okey ke?" Soal Nayl. Lama dia memerhatikan gadis itu.

Kali ini, dia sedikit kecewa. Naurah sudah tidak bertudung? Ah, sungguh mengecewakan. Lama dia memerhatikan gadis itu atas bawah. Penampilan Naurah sudah berubah menjadi lain.

Gadis itu juga turut memerhatikan lelaki itu. Ya, Nayl tidak pernah berubah penampilannya. Dari dulu hingga sekarang tetap kelihatan kemas dan rapi. Jika orang lain melihatnya, pasti orang menganggapnya seperti mafia!

Dengan lagak dia berjalan, penampilannya lagi, wajahnya yang sungguh kacak. Ah, lelaki idaman para wanita!

"Tak apa, saya tolong awak ya," ujar lelaki itu apabila lama mereka saling berpandangan. Naurah masih terduduk di atas lantai. Malu pula mereka berdua apabila staff-staff di pejabat itu asyik memandang mereka berdua.

"Tolong? Buat apa? Tak payah lah. Aku boleh bangun sendiri!" Masih mahu berkasar! Dia tidak mahu lagi tercair dengan lelaki itu. Sengaja dibuat tidak kenal.

Nayl tersenyum kecil. Perangai Naurah dari dulu hingga sekarang, tidak pernah berubah. Keras kepala!

Naurah cuba lagi bangun, dan akhirnya dia kembali duduk. Hish! Kaki ni buat hal betul lah! Bebel Naurah dalam hati.

Nayl tersenyum senget. Dia sudah mendapat idea, takkan mahu membiarkan gadis itu begini aje. Kasihan pula dia melihat.

"Jangan degil, mari sini saya tolong," ujar lelaki itu lantas mendukung tubuh gadis itu. Tersentak Naurah. Tubuhnya kali ini sudah kaku. Lidah pula sudah kelu, tidak dapat lagi dia menolak. Liur ditelan, wajah mula merah berbahang.

Sepanjang perjalanan Nayl mendukung Naurah masuk ke dalam pejabatnya, dapat dia bau pewangi kegemaran lelaki itu. Ah, minyak wangi ini takkan dia lupa. Minyak wangi kegemaran Nayl. Lelaki itu suka memakai minyak wangi ini.

Naurah tersenyum, lama dia memandang wajah lelaki itu yang kelihatan serius. Sudah tidak seperti dulu, sengihnya pun sudah tidak kelihatan.

Nayl, aku rindu senyuman kau, gelak tawa kau, pandangan romantik kau semuanya aku rindu. Kenapa lah kita berjauhan begini? Aku bodoh Nayl. Aku bodoh sebab ambil keputusan yang tidak masuk akal. Tapi.... Perbuatan yang kau buat pada aku, takkan aku lupakan sampai aku mati! Kau dah hancurkan hati aku Nayl!

Tubuh gadis itu diletakkan di sofa yang terletak di dalam pejabat Naurah. "Thank you," ucap gadis itu perlahan. Dia melarikan pandangannya. Tidak mahu memandang wajah lelaki itu.

Persoalannya, apa yang dia buat di sini ya?!

Kini suasana keadaan menjadi sunyi. Naurah cuba memandang wajah lelaki itu. Haih! Dia perhatikan aku daripada tadi? Apa istimewa sangat ke muka aku ni? Hm, tahu lah aku cantik. Bisik hati Naurah. Dia menyelak rambutnya ke belakang.

"Kau datang sini nak apa? Tak cukup lagi ke kau dah sakitkan hati aku selama ni?" Soal Naurah pedih!

Nayl langsung tidak terasa hati, dia hanya tersenyum. Dia tahu, gadis itu masih belum dapat memaafkannya.

Beria betul lah mamat ni. Sengaja je kau kan, datang sini kononnya berlagak terlanggar aku lah? Lepastu kau boleh tengok muka aku. Macam tu? Hish! Beria! Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling ke arah lelaki itu yang daripada tadi memerhatikan wajahnya sambil tersenyum senget.

"Saya datang sini nak selesaikan appointment Dato Sufi. Dia kurang sihat. Jadi, saya yang ganti dia. Boleh kita bincang tentang projek tu?" Nayl bersuara dengan wajah yang tenang. Soalan Naurah tadi dibiarkan begitu sahaja.

Tergamam Naurah. Wajahnya makin merah. Malu! Sekarang ni, bukan lelaki tu yang beria. Dia yang beria!

Dia mengetap bibir. Tidak lagi memandang wajah tenang Nayl itu. Dia sungguh malu!

"Errr...Oh, okey." Jawab Naurah ringkas. Mahu menghilangkan rasa malunya, dia cuba berlagak seperti sombong. Kaki yang masih belum sembuh langsung dia tidak ingat pasal itu.

Dengan berasa berlagaknya, dia bangun dan mahu melangkah berjalan ke mejanya. Tetapi baru dia teringat yang kakinya belum sembuh! Bulat matanya, kaki sudah lah sakit. Pakai lagi kasut tumit tinggi. Auto tubuh saat ini terhuyung-hayang hanya menunggu masa aje jatuh seperti kerang busuk!

"Argh!"

Terkejut lelaki itu melihat, lantas tubuh Naurah yang tidak terkawal itu terjatuh betul-betul di atas badan lelaki itu yang sedang duduk bersantai di atas sofa sebelahnya. Entah mengapa, boleh pula badan ni jatuh ke atas badan lelaki itu.

Kini mata mereka berdua salin berpandangan. Naurah menelan liur. Jarak wajah mereka pun semakin dekat. Jantungnya berdetak laju bagaikan mahu terkeluar aje jantungnya saat ini.

"Ehem..." Lelaki itu berdehem lalu dia melarikan pandangannya.

Naurah juga turut melarikan pandangannya. Dia kembali duduk di sofa. Ah, malunya! Nasib lah tak tercium dengan mamat tu. Bebel Naurah dalam hati. Dia menggigit bibir. Baru aje hari ini terserempak dengan lelaki itu, bermacam-macam masalah menimpanya saat ini.

"Awak okey ke ni? Nak pergi klinik?" Ujar lelaki itu. Dia memerhatikan kaki Naurah.

Naurah yang acuh tidak acuh itu hanya sekadar mengangguk. "Tak payah. Aku okey je. Aku boleh jalan sendiri." Tolak Naurah keras.

Kali ini, dia tetap kena berjalan. Menahan kesakitan di kakinya. Terjengket-jengket dia berjalan ke arah mejanya. Satu fail berwarna hitam dicapai lalu diserahkan kepada lelaki itu.

"Ni semua yang projek kau cakap tu. Aku dah selesaikan. So, tak ada apa-apa lagi kau boleh keluar dari pejabat aku sekarang!" Arah Naurah dengan nada sedikit tinggi. Sedikit pun tidak menoleh memandang ke arah lelaki itu.

Dia kembali melangkah ke mejanya, duduk dilabuhkan di kerusi. Ah, kaki hari ni juga dia buat hal! Macam mana aku nak berjalan jauh ni?! Jalan sikit pun dah sakit! Bebel Naurah dalam hati.

"Okey, thank you. But, kaki awak tu macam mana? Okey? Nak saya belikan ubat?"

"Tak payah!" Laju aje Naurah menjawab sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Aku nak kau keluar," arahnya lagi.

Nayl hanya tersenyum lebar, dia kembali memakai kaca mata hitamnya dan melangkah keluar dari pejabat Naurah.

Naurah menghela nafas panjang. Sewaktu dia bersama lelaki tadi berdua-duaan di dalam pejabatnya, dia menahan nafas lama. Entah mengapa, dia berasa sungguh kekok. Lihat wajah lelaki itu pun dia sudah lemah.

"Ah, mamat tu dah lain. Tapi, makin handsome pula dia sekarang ni." Puji Naurah pada lelaki itu. Dia tersenyum kecil. Dan, baru dia sedar yang dia memuji lelaki itu, ah Naurah! Kau kena move on!

Dia menepuk-nepuk pipinya agar tersedar daripada lamunan yang tidak berguna itu!

"Fokus Naurah! Fokus! Wake up!" Ujarnya sendiri. Mata dibuka luas. Baru aje mahu memulakan kerjanya, sempat dia menjeling ke arah jam.

Untuk kali pertama dijeling ke jam di pengelangan tangannya seperti biasa, untuk kali kedua dipandang kembali dengan kerutan di dahi. Terbeliak biji matanya saat ini.

"Naufal!"

Nama itu disebut lantas dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari pejabat. Kaki yang terasa sakit, terus hilang rasa sakit.

Jalan yang tadi terjengket-jengket, kali ini jalannya seperti model.

*********

Keluar aje dari hotel tersebut, dapat dilihat mata-mata gadis-gadis di hotel tersebut tak habis-habis asyik memerhatikan Nayl.

Hm, tahulah aku handsome. Tapi, tak payah lah nak pandang-pandang aku. Bisik hati Nayl. Dengan gaya yang berlagak, dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Nafas dihela panjang dengan senyuman terukir lebar dibibir. Mahu menjeritnya saat ini. Tak sangka, bertahun-tahun tidak jumpa akhirnya kembali bertemu. Tetapi dia tahu, sekarang keadaan sudah berubah.

Tidak lagi seperti dahulu. "Ya Allah, tak sangka betul aku dapat jumpa dia kembali. Terima kasih, Ya Allah. Sebab dah pertemukan aku dengan dia." Ucap Nayl sambil meraup wajahnya.

Mahu menangisnya saat ini. Perasaannya tak terkata. Orang yang selama ini dia mahu sangat jumpa, dan akhirnya dia dapat kembali jumpa. Setiap hari dia berdoa, dia bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya.

Matanya sudah berkaca-kaca, hanya tunggu masa aje air matanya jatuh membasahi pipinya. Rindu dengan orang yang tersayang. Siapa je yang tidak rindu dengan orang yang kita sayang? Pasti semua orang akan rindu. Entah apa lagi tidak bertemu selama bertahun-tahun? Lagi lah rindu!

Kalau kita ditempat Nayl pun, pasti kita juga akan penat dan lemah dengan segala dugaan yang Nayl hadap. Tidak jumpa dengan anak bertahun-tahun. Lihat wajah anaknya yang sudah besar pun tidak pernah.

Terserempak pun tidak. Tetapi dia bersyukur sangat, dapat lihat wajah bidadarinya. Itupun sudah dapat menghilangkan rindunya yang lama dipendam.

Dia tahu, Naurah masih tidak maafkannya. Berkali-kali dia berdoa kepada Tuhan berharap hati keras gadis itu cepat lembut dan dapat memaafkannya.

Tadi pun jantungnya sudah berdebar dengan sungguh hebat. Tak sangka, ini pertemuan yang paling istimewa untuknya pada hari ini.

Baru aje dia mahu menekan pedal minyak dan bergerak pergi dari situ, terhenti niatnya untuk pergi dari situ apabila matanya menangkap satu susuk tubuh seseorang yang sedang berjalan keluar daripada hotel tersebut.

Naurah?

Lama dia perhatikan daripada jauh. Gadis itu tergesa-gesa keluar dari hotel tersebut dan melangkah ke kereta.

Melihat kereta gadis itu sudah bergerak keluar dari hotel tersebut, tidak menunggu lama Nayl mendapat idea yang sangat berguna baginya.

Dia juga turut menghidupkan enjin kereta lalu dia menekan pedal minyak dan bergerak mengikut kemana gadis itu pergi. Ah, itu lah Nayl Uqasyah! Dapat aje idea nakalnya, langsung terus aje dia ikut menggunakan ideanya yang nakal itu.

**********

Kini keretanya berhenti tidak lah berdekatan dengan kereta Naurah. Walaupun dia berada di jarak yang jauh, dapat dilihat gadis itu dari jauh. Berkerut dahinya melihat gadis itu berhenti kereta betul-betul dihadapan tadika.

Dia hanya memerhatikan dari jauh. Kelihatannya, gadis itu melangkah masuk ke dalam tadika tersebut.

Kali ini dia tersentak dan tergamam. Bulat matanya memandang Naurah memimpin tangan seseorang budak kecil yang sungguh comel.

Kulitnya putih gebu, sungguh comel! Nayl terkejut. Adakah itu Naufal? Naufal dah besar?

Mahu aje dia keluar dari perut kereta dan berlari mendapatkan anaknya yang selama ini dia mahu jumpa sangat-sangat. Tetapi dia cuba bertahan. Bukan waktu ini dia berjumpa dengan Naufal.

Naufal bukannya kenal dengan dia. Kalau dia jumpa dengan Naufal pada waktu ini juga, sah-sah dia kena marah teruk dengan Naurah. Entah-entah gadis itu memberi hadiah penumbuk padanya. Ah, Naurah. Gadis itu sungguh kental. Tidak kisah orang itu mahu berbuat baik padanya sekalipun, jika dia tidak terima, tahu-tahu aje lah apa yang akan dapat selepas ini!

Tanpa sedar, menitis air mata Nayl melihat dari jauh anaknya. "Naufal, papa dekat sini. Papa tak dapat nak jumpa dengan Naufal. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa ya. Papa tunggu Naufal tau." Ujar Nayl sendiri.

Berlinang air matanya mengalir laju di pipi. Laju dia menggosok matanya. Kini dia melihat, mereka berdua tadi sudah tidak kelihatan.

Dia mengeluh kecil, tak puas melihat dari jauh. Dia tetap mahu melihat anak kecil itu dekat-dekat. Mahu mengucup wajah anaknya dan mahu memeluk erat tubuh kecil itu.

Tetapi, adakah dia dapat bertemu dengan anaknya kembali apabila sudah bertahun-tahun tidak berjumpa? Adakah Naufal terima Nayl sebagai papanya? Kerana dia langsung tidak kenal lelaki itu, dan mengaku itu ayah nya? Ah, sungguh buat Nayl serabut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience