BAB 15

Romance Completed 31452

Pulau Langkawi! Selamat datang ke Pulau Langkawi! Pemandangan yang sungguh indah dan cantik. Pulau Langkawi yang sungguh ramai orang bercuti di sini dan sangat seronok tetapi tidak bagi Naurah. Dia masih tidak puas hati, tapi apa mahu buat? Dia telah pun sampai ke sini.

Malas-malas dia merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Mata dipejam rapat lalu senyuman sentiasa terukir dibibir. Perlahan-lahan dia menarik nafas dalam, sungguh dia berasa tenang saat ini. Melihat pemandangan di luar hotelnya yang terdekat dengan pantai membuatkan dia lebih rasa tenang.

Sengaja hari ini dia buli Nayl, beg pakaiannya semua Nayl yang bawa kan. Suka pula dia buli suaminya itu. Padan muka! Dia nak sangat kan ke sini? Ha, sekarang aku buli kau! Rasa, kan!

Mata Naurah terbuka kembali apabila terdengar suara suaminya sedang bersembang dengan seseorang perempuan. Bingkas dia bangun dan melangkah ke pintu utama. Sempat dia bersembunyi, hanya mampu mengintip suaminya dari jauh.

"Awak dah lama ke kerja dekat sini?" Soal Nayl yang sungguh mesra dengan seorang wanita pekerja housekipping di situ.

"Dah nak dekat setahun," jawab gadis itu yang juga turut mesra. Sengih Nayl tak lepas-lepas dari bibir membuatkan lagi menyampah untuk Naurah memandang. Masih tersenyum gatal.

Pergi je wanita pekerja housekipping itu, Nayl masih berdiri di hadapan pintu. Lama dia memandang gadis itu dengan tersenyum lebar.

"Amboi kau... Lamanya pandang perempuan tu. Tahu lah dia cantik, tapi tak payah lah pandang lama-lama!" Marah Naurah sambil menjeling tajam memandang Nayl yang masih tersengih itu.

"Kenapa? Kau cemburu ya?" Sakat Nayl yang sudah tahu isterinya pasti cemburu.

"What? Cemburu? Hei, sorry...Tak ada masa aku nak cemburu dengan kau." Jelingan maut dilepaskan lagi pada Nayl.

Nayl ketawa kecil sambil menoleh memandang isterinya.

"Ya, lah...Kau kan tak sayang aku, so mungkin aku akan cari perganti yang baru." Nayl cuba untuk menyakat isterinya lagi.

"Isy...Kau ni tak cukup dengan satu, kan?! Tamak betul!" Marah Naurah dan melangkah masuk ke dalam bilik hotelnya semula. Hati masih panas dengan Nayl.

Terbahak-bahak Nayl ketawa. Dia sudah tahu Naurah cemburu. Tapi betul ke dia cemburu sebab dia dah mula sayangkan aku?

Beg pakaian Naurah dibawa masuk ke dalam bilik. Melihat isterinya sedang baring di atas katil sambil bermain telefon. Nayl melihat wajah Naurah jelas yang gadis itu sedang marah.

Nayl tersenyum senget sambil menggeleng. Pintu bilik hotel di tutup. Langkahnya terus mendapatkan Naurah. Tiba lah masanya untuk aku menjadi ala-ala romantik. Bisik hati Nayl sambil tersenyum nakal.

Dia terus melabuhkan duduk di birai katil. Melihat Naurah masih dengan wajah masam mencuka.

"Hm, nampak sangat kau cemburu, kan? Sayangku, gila lah aku nak tambah lagi isteri kedua. Cukup hanya kau yang aku ada dan yang aku sayang," ujar Nayl dengan sungguh lembut.

Terhenti terus Naurah dari fokus telefon bimbitnya. Pantas dia bangun dan membetulkan duduknya berhadapan dengan suaminya yang sudah tersenyum nakal.

"Oh...Hanya aku yang kau ada? Hanya aku yang kau sayang?" Soalan Naurah hanya Nayl menjawab dengan anggukan kepala.

"Jadi tak nak dah tambah isteri lain? Tak nak jadi tamak? Gitu?" Soalan Naurah hanya dijawab dengan gelengan kepala sambil tersenyum senget.

"Oh...Kau ni ayat manis je lebih, kan? Tadi sebelum sampai ke sini, bukan main lagi kau ya jadi buaya sana sini, mengorat perempuan sana sini?!" Soal Naurah dengan penuh sinis.

Nayl ketawa kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Naurah memeluk tubuh sambil menjeling ke tempat lain. Malas dia mahu memandang wajah sengih Nayl itu.

"Itu acah-acah jadi buaya je. Tapi lupa, ada bidadari yang lebih manis di sini." Usik Nayl sambil tersenyum nakal.

"Wah, acah-acah buaya? Bukan ke selama ni kau memang buaya?!"

"Aku jadi buaya sebab nak dapatkan kau," sempat lagi dia mahu bermain-main.

"Isy...Dah lah. Buat sakit kepala aku je lah layan kau ni. Dah tepi!" Dan akhirnya tamat juga kata-kata menyakiti hati dengan Nayl. Bukan dia kalah, tapi malas mahu layan. Kalau dilayan lagi makin besar pergaduhnya.

Dia terus mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Jam sudah tepat pukul 7 malam, tak lama lagi dia akan dinner. Dia perlu siap segera untuk dinner, kata papa tempat makan malam mereka sungguh romantik dan indah. Ah, itu yang dia mahukan.

"Err...sayang, nak masuk sekali boleh?" Usik Nayl lagi.

Naurah yang mendengar, tersentak. Bulat matanya, pantas pintu bilik air dikunci. Risau pula dia kalau Nayl yang sudah tidak betul itu masuk ke dalam bilik air semasa dia sedang bersihkan diri.

"Tak boleh!" Jerit Naurah geram.

Terbahak-bahak Nayl ketawa. Dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Terasa saat ini sungguh indah, bersama dengan Naurah lagi dia tenang. Hatinya saat ini juga terasa lapang. Seperti tiada masalah yang dia hadapi saat ini.

Percutian honeymoon yang dia pergi bersama Naurah saat ini dia tidak mahu sia-sia kan peluang yang dia ada. Dia akan berusaha membuatkan gadis itu cair menjadi air. Dan, dia akan berusaha membuatkan gadis itu buka hati untuk terimanya sebagai suami yang sah. Dia tidak mahu terus-menerus untuk menjadi musuh. Akan dia ubahkan keadaannya sekarang menjadi lebih baik.

*******

Matanya kali ini tak henti-henti melihat sekeliling itu, ada meja makan yang sudah terhidang betul-betul berdekatan dengan pantai. Sungguh Naurah terharu, tidak pernah lagi dia dapat begini dan akhirnya dia dapat dengan sungguh istimewa. Angin laut mencium kulit nya membuatkan dia sungguh tenang.

"Alamak! Barang aku tertinggal dekat kereta lah. Kau duduk lah dulu, aku nak ambil barang kejap." Mati terus Naurah yang mahu perhati sekeliling itu, dia terus menoleh pada Nayl yang sudah laju melangkah pergi dari situ.

"Eh, Nayl...." Tak sempat berkata apa-apa, Nayl sudah berlalu pergi. Naurah menghela nafas panjang.

Matanya kembali perhati sekeliling. Sungguh romantik. Terdapat kelopak bunga di sekeliling meja. Ah, sungguh cantik!

******

Naurah merungut sambil membebel sendiri memarahi Nayl. Jam di pengelangan dijeling sekilas. Orang sekeliling asyik memandangnya aje. Lama dia menunggu Nayl, tetapi lelaki itu masih belum muncul di situ.

"Isy...geram betul lah aku dengan Nayl ni! Mana lah si mamat ni pergi?! Dia ambil barang ke jadi buaya? Mengorat perempuan lagi?! Eee!!" Rungut Naurah sambil melepaskan nafas kasar.

Sudah hampir tiga puluh minit dia berada di situ. Makanan pun sudah sejuk. Tidak boleh jadi ni! Naurah terus mengangkat punggung, beg tangan dicapai lalu dia terus melangkah pergi.

"Surprise!" Jerit Nayl mengejutkan Naurah.

Tersentak Naurah. Nayl sudah ketawa kecil.

"Nah...khas untuk orang yang aku sayang." Jambangan bunga ros dihulur pada Naurah. Berkerut-kerut dahi Naurah. Hati masih panas.

"Bunga? Jap, tadi bukan ke kau kata nak ambil barang dalam kereta? Dah kenapa pula tiba-tiba bunga pulak ni?" Naurah masih tidak faham. Nayl ketawa kecil, tangan isterinya di ambil lalu dia meletakkan jambangan bunga di atas telapak tangan Naurah. Naurah membelek-belek jambangan bunga tersebut.

"Aku saje je cakap macam tu sebab nak buat surprise untuk kau. And, bunga ni aku yang buat sendiri tau, tulah lambat sikit. Seronok tak?"

"Isy...kau ni, buat aku tertunggu-tunggu je! Lama tau aku tunggu! Err...by the way, thank you." Balas Naurah malu-malu. Matanya langsung tidak memandang lelaki di hadapannya.

Naurah mula malu-malu kucing, senyuman cuba untuk disembunyikan.

"Ha, suka lah tu..."

"Isy...Dah lah, cepat jom makan. Aku dah lapar ni, makanan pun dah sejuk." Naurah terus melangkah dan melabuhkan duduk kembali. Jambangan bunga diletak elok di atas meja.

Nayl dapat lihat wajah isterinya itu yang sungguh gembira apabila dapat bunga. Cairkan lagi dia, Nayl! Cairkan lagi! Kau boleh! Malam ni, cairkan betul-betul! Bisik hati nakal Nayl.

******

Selesai makan malam, mereka berdua kembali pulang ke bilik. Selesai Naurah membersihkan dirinya, dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Badan terasa sungguh letih, hari ini dia sungguh gembira. Ah, tak sia-sia betul aku ke sini? Nasib Nayl tak tolak tawaran papa tu. Bisik hati Naurah.

Mata yang sudah tidak larat untuk fokus pada television dia terus matikan television tersebut. Selimut tebal ditarik lalu ditutupi tubuhnya hingga paras leher. Sempat dia mencari-cari Nayl. Kemana pula si mamat ni pergi? Ah, lantak lah. Aku dah mengantuk sangat ni. Bisik hati Naurah. Sebelum memejam mata, dia menguap sehabisnya. Dan, kembali melelapkan mata.

Tak jadi dia melelapkan matanya apabila dia terdengar ada seseorang keluar dari bilik air. Dia menoleh memandang, bulat matanya.Terus dia melarikan pandangannya.

Nayl yang baru keluar dari tandas dengan berpakaian singlet hitam dan bertuala paras lutut. Tergamam Naurah apabila Nayl mendekatinya. Selimut tebalnya ditarik menutupi seluruh tubuhnya sehingga wajahnya tidak kelihatan. Nafas naik turun. Aduh, apalah si mamat tu buat? Dia tak ada baju ke nak pakai?!!

"Sayang..." Seru Nayl lembut dengan sungguh romantik.

"Err...kau...pergi lah pakai baju! Tak ada baju lain ke nak pakai?!" Marah Naurah yang masih menutup mukanya dengan selimut.

Nayl tersenyum nakal. Lampu di sisi katil ditutup, makin berdegup laju jantungnya apabila selimutnya ditarik perlahan-lahan oleh Nayl.

"Sayang jangan lah takut, abang tak makan orang pun." Bisik Nayl di telinga Naurah dengan sungguh perlahan.

Walaupun lampu sisi katil sudah tertutup dalam keadaan samar-samar, Naurah dapat lihat tubuh sasa Nayl. Bulat matanya. Sudah tidak mahu buat apa, dia menjerit nyaring dengan badan menggeletar.

"Syy...kenapa sayang menjerit ni?"

"Takut....err...Hei, kau pergi lah pakai baju sopan sikit!" Muka nya kembali ditutup pakai selimut.

"Tak apa lah, aku pakai macam ni aje lah. Panas lah.."

"Panas?! Ada penghawa dingin pun panas?!"

"Ya, lah... Tak apa, untuk malam ni special sikit." Usik Nayl lagi.

"Eee!! Pergi lah tukar baju cepat! Kalau kau tak tukar baju lagi...err....aku...aku tidur luar." Ugut Naurah yang sudah gagap.

"Nak tidur luar? Dipersilakan, tak ada siapa pun yang nak halang."

Naurah sudah gagap. Dia menggaru-garu kepalanya. Perlahan-lahan Nayl menarik kembali selimut Naurah, melihat wajah gadis itu, tidak dapat dilarikan pandangannya lagi Naurah kembali terpukau. Matanya hanya tertumpu pada Nayl yang sudah pukaunya.

Perlahan-lahan dia mengusik rambut panjang Naurah dan menurun ke pipi gebu gadis itu. Nayl tersenyum senget, sengaja dia mendekatkan wajahnya pada Naurah dan hampir aje bibirnya tersentuh pada bibir gadis itu.

Naurah sudah kaku, jantungnya saat ini mahu terkeluar. Dia menelan liur, mata dipejam rapat. Sudah tidak tahu lagi mahu buat apa.

Nayl yang mahu menyakat Naurah lagi terhenti apabila telefon bimbit Naurah berbunyi. Nafas Naurah naik turun, penat dia menahan nafas tadi. Pantas dia melarikan diri, telefon bimbitnya dicapai lalu dia berlari keluar ke balkoni.

Nayl tersenyum nakal. Sempat dia ketawa kecil. Haih, kacau betul lah. Rungut Nayl dalam hati.

*****

Selesai menghubungi mamanya, Naurah berasa kekok, gelabah tak tentu arah untuk kembali masuk ke dalam bilik. Dia menggigit bibir, terasa malu pula dia saat ini.

"Nak duduk dekat luar tu sampai esok ke?"

Nayl bersuara lalu mendapatkan Naurah. Makin laju jantung Naurah berdegup. Aduh, kenapa aku rasa kekok, malu dan gelabah ni?! Isy...mamat ni dah pandai nak cairkan aku, kan?!

"Sampai hati sayang tak nak temankan abang tidur," Nayl buat-buat muka merajuk.

"Euw! Siapa sayang kau?! Apa?! Abang?! Eee, nak muntah hijau lah aku dengar!" Baru aje dia mahu melangkah masuk, Nayl menarik lengan Naurah. Pantas tubuh Naurah saat ini sudah berhadapan dengan lelaki itu. Wajahnya juga sudah semakin rapat dengan Nayl. Kali ini tiada ruang lagi untuk dia lari.

"Naurah..." Seru Nayl lembut sambil mengelus lembut rambut panjang isterinya.

"Aku sebenarnya dah mula sayangkan kau. Aku tahu kau tak sayangkan aku, tapi bila aku dah kahwin dengan kau aku dah mula sayangkan kau, hati aku dah buka untuk terima kau sebagai isteri aku," mungkin sudah tiba masanya untuk dia luahkan.

Nayl mula luahkan segalanya pada Naurah. Pinggang gadis itu dirangkul kemas. Dia harap sangat, jika dia luahkan segalanya yang terbuku dihati itu Naurah dapat terimanya.

"Aku...sayang kau. Aku harap sangat kau boleh buka hati untuk terima aku sebagai suami kau. I love you, sayang." Ucap Nayl lagi.

Naurah ketawa kecil sambil melepaskan rangkulan Nayl. "Kau merepek apa? Kau sayang aku? Hei, Nayl. Kita ni bagaikan langit dan bumi tau. Kita ni pun kahwin terpaksa, bukan sebab aku suka dekat kau. Hoi, gila lah kalau aku suka dekat kau, musuh sendiri kut," balas Naurah sambil menjeling.

"Jadi, kau tak sayangkan aku lah?"

"Aku sayang kau? Memang tak lah. Aku kahwin dengan kau pun sebab papa. Kalau tak, dah lama aku kahwin dengan lelaki idaman aku. Sorry, Nayl. Aku masih belum buka hati untuk terima kau. Anggap aje lah kita ni, sepupu tapi tak kahwin. Macam kawan." Putus Naurah sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

Nayl mengeluh panjang. Hatinya terluka dengan kata-kata Naurah. Gadis itu masih keras hati dan masih belum buka hati untuk terima Nayl. Sungguh lelaki itu kecewa.

******

Mereka akan bercuti di situ tidak lama, esok sudah pulang. Pagi itu, Nayl langsung tidak melayan Naurah. Bercakap sepatah perkataan pun tidak. Hanya bercakap benda penting aje. Naurah berasa serba salah, dia tahu dengan kata-katanya malam tadi membuatkan hati Nayl terguris.

Sampai aje di pantai Cenang, Pulau Langkawi. Nayl tetap tidak bersuara. Dalam perjalanan ke pantai Cenang juga mereka berdua hanya senyap berdiam diri.

Pagi-pagi begini memang tak ramai sangat orang di Pantai Cenang. Hanya sembilan minit sahaja memandu dari hotel tadi, mereka dah sampai ke situ.

Naurah perhatikan beberapa orang kanak-kanak yang sedang mandi laut bersama ibu bapa mereka. Kemudian, anak matanya melorot pada deretan tempat menyewa jet ski yang terdapat di hujung sana. Memang pantai Cenang terkenal dengan aktiviti sukan air. Sebut sahaja. Jet ski? Banana boat? Kayak? Semuanya ada di sini.

Bunyi desiran ombak yang menghempas pantai bersama deruan angin membuatkan Naurah tenang untuk seketika walaupun semalam dia tak dapat tidur gara-gara teringatkan Nayl. Dia cuba untuk bersuara dengan lelaki itu, tetapi melihat Nayl seperti malas mahu melayannya, mahu memandang Naurah pun tidak.

Sudah tidak boleh jadi ni, takkan sampai pulang ke rumah pun masih mahu bermasam muka dan tidak bertegur begini. Pantas Naurah mendapatkan Nayl yang sedang duduk di atas pasir pantai itu. Dia melabuhkan duduknya di sebelah lelaki itu yang sedang termenung.

"Nayl..." Panggil Naurah dengan hati berasa serba salah.

Lelaki itu tidak menoleh memandang Naurah. Malah, lelaki itu mengangkat punggung untuk pergi dari situ. Sempat Naurah menarik lengan suaminya.

"Duduk lah dulu, aku ada benda nak cakap ni."

"Tak payah lah. Cukup dengan kata-kata kau semalam membuatkan hati aku terluka. Dah lah, aku nak masuk kereta dulu." Putus Nayl dan melangkah pergi.

Aduh, dah satu kerja aku nak pujuk si mamat ni. Bisik hati Naurah sambil mengeluh panjang.

Dia tak lepaskan lelaki itu pergi macam tu aje. Bingkas dia bangun dan menarik semula lengan Nayl. Masih tidak berputus asa untuk memujuk lelaki itu.

"Tolong lah, dengar dulu apa yang aku nak cakap. Aku...aku nak minta maaf," ucap Naurah sambil menongak kepala memandang lelaki tinggi lampai itu. Nayl mengeluh kecil.

"Sebab, aku dah buat hati kau sakit. Ya, aku pun dah cuba untuk bukakan hati aku untuk terima kau, tapi...aku tak boleh. Kita kahwin pun sebabkan papa aku, kan? Terpaksa. Memang aku tak ada hati pun dekat kau, tapi..." Kata-katanya terhenti di situ.

"Aku pun macam tu, Naurah. Aku langsung tak ada hati dekat kau, tapi aku cuba buka pintu hati aku agar dapat terima kau sebagai isteri aku. Aku dah mula sayangkan kau, tapi bila kau cakap macam tu malam tadi dekat aku, hati aku sakit sangat. Kecewa, sebab kau tak dapat nak terima aku. Penat aku berusaha untuk buka hati kau agar kau dapat terima aku, tapi...itu semuanya hanya sia-sia. Dah lah, Naurah. Aku penat, aku nak minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Sorry..." Putus Nayl dan melangkah pergi.

"Bukan ke percutian honeymoon kita untuk perbaiki hubungan kita? Yang kau tak nak lagi gaduh-gaduh dengan aku? Kenapa perlu begini? Kenapa perlu teruskan bermusuh? Tak mahu ke untuk berbaik?" Terhenti langkah Nayl dengan kata-kata Naurah.

"Nayl...Aku dah cuba untuk terima kau, tapi bagi aku masa. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau and aku bersyukur sangat sebab kau dah dapat terima aku. Tolong bagi aku masa, untuk buka hati terima kau sebagai suami aku." Balas Naurah dengan hati masih serba salah. Lama dia memandang belakang susuk tubuh lelaki itu.

Nayl memusing badannya dan mendapatkan semula gadis itu.

"Abang akan tunggu sayang, sampai sayang mula buka hati untuk terima abang. Tapi, jangan lama-lama sangat...takut nanti abang rindu." Usik Nayl nakal sambil mencuit hidung Naurah.

Naurah ketawa kecil, hatinya mula rasa lega dan tenang. Melihat senyuman lelaki itu, dia sudah semakin lega. Serba salah pula dia apabila lelaki itu mula selalu menarik muka padanya semalam.

"Aku nak minta maaf..." Ucap Naurah.

"Aku dah lama maafkan kau, I love you sweetheart." Balas Nayl dengan senyuman manis dibibir.

"I love you too...abang." Lambat-lambat dia menyebut dengan senyuman di bibir.

"Okey now, jom kita pergi jalan-jalan. Beli hadiah mama ke? Hadiah papa ke?"

Pantas Nayl mendukung tubuh kecil gadis itu, Naurah terjerit kecil apabila terkejut dengan kelakuan lelaki itu. Dia ketawa bahagia.

"Okey jom, beli hadiah mak dan ayah sekali."

Dia terus melangkah pergi sambil mendukung Naurah. Saat ini hatinya sungguh tenang, selesai satu masalah. Entah mengapa, kalau Nayl selalu menarik muka atau tidak melayannya dia berasa serba salah. Dia tahu salahnya, tetapi sekarang dia lega kerana dia sudah tahu segalanya yang telah terbuku dihati suaminya. Dia bersyukur kerana Nayl sudah mula terimanya dan mula sayangkan dia dan dia akan mencuba pula untuk terima lelaki itu sebagai suaminya. Tak sangka, selama ni Nayl sudah dapat terima dia dan mula sayangkan Naurah. Walaupun dia selalu tersengih tetapi hatinya selalu teringat akan isterinya yang dia sangat sayang. Tak akan dia lupa gadis ini yang sudah berada di hatinya buat selama-lamanya.

Hai guys, sorry guys sebab update lambat...hari ini dapat update satu chapter je :( Sorry sangat sebab update lambat, nanti esok nana akan update chapter lagi ya. Thank you baca, love you support <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience