Lama Sabrina merenung gambar-gambar dan video yang telah diambil oleh Sarah itu. Dia tersenyum sinis. Puas! Sungguh puas hatinya!
Gambar tersebut bukanlah wajahnya dan gambar yang bersama Nayl itu ialah wajah perempuan lain. Jadi dia senang hati, kerana Nayl tidak akan menuduhnya yang tidur bersamanya. Langsung lelaki itu tiada bukti.
Segalanya dia telah ceritakan pada Naurah. Hanya tunggu masa aje dia viralkan video dan gambar-gambar itu di media sosial agar video dan gambar-gambar itu Naurah dapat lihat dan orang sekeliling Naurah juga dapat lihat. Itu yang dia mahu!
Dia mahu buktikan yang dia tidak tipu Naurah. Dia mahu gadis itu percaya padanya.
Sarah yang berada di sebelahnya hanya menggeleng. Semasa dia mengambil gambar dan video untuk diberikan pada Sabrina, mahu loya tekaknya apabila melihat semua itu.
Ini semua paksaan Sabrina. Kalau bukan sebab Sabrina sahabatnya itu, mungkin dia tidak akan lakukan perkara jijik itu!
"Dah lah, aku nak balik." Ujar Sarah langsung mengangkat punggung tetapi langkahnya berhenti apabila Sabrina menghalang.
"Hm, takkan kau taknak apa-apa daripada aku? Duit ke? Percutian ke? Shopping ke? Sebagai tanda terima kasih, aku akan belanja semua apa yang kau nak." Ujar Sabrina yang terasa senang hati saat ini.
Sarah berpaling mendapatkan sahabatnya. "Aku taknak semua tu. Aku nak kau bertaubat daripada buat semua ni! Aku doakan moga kau dapat hidayah daripada Tuhan."
Laju langkahnya keluar dari pejabat Sabrina. Pintu pejabatnya dihempas kuat oleh Sarah. Sabrina tersenyum sinis.
"Bertaubat? Hahahaha. Selagi aku tak dapat Nayl, aku akan jadi iblis. So, aku kena juga dapat Nayl baru lah kau akan nampak baik aku, Sarah." Ujar Sabrina sendiri sambil memerhatikan gambar tersebut. Dia ketawa jahat.
**********
Kasihan pula Nayl yang daripada pagi tadi asyik menolong Naurah mengemas dan memasak. Disebabkan Naurah berpantang, dia terpaksa menjadi ganti suri rumah itu buat sementara waktu.
Hari ini Nayl cuti kerja. Katanya mahu meluangkan masa bersama keluarganya. Tetapi lain pula jadi. Kasihan pula Naurah melihat.
Sudahlah penat kerja. Cuti berehat pun tak, cuti pun tolong dia kemas. Sudah dihalang, lagi lah dia lakukan.
Naurah memerhatikan suaminya dari jauh yang sedang mop lantai ruang tamu. Bayi yang didukung sudah selesai dia tidurkan.
Kini Naurah meletakkan si kecil di baby cot. Suka pula dia melihat Naufal semasa ia nyenyak tidur. Sungguh comel!
Dan, kini langkah Naurah pula menuju ke ruang tamu mendapatkan suaminya yang sedang mengemas rumah dari pagi hingga lah sekarang. Jam sudah tepat pukul 2 petang. Nayl masih belum menjamah sikit pun makanan.
Dia hanya buat makanan untuk Naurah aje, makanannya langsung tidak terusik.
Melihat wajah suaminya sudah banyak mengalir peluh. Nayl mengelap peluknya dengan menggunakan belakang telapak tangannya.
"Abang, dah lah tu. Tak payah lah kemas dah. Nanti kalau saya larat, biar saya aje yang kemas semua ni." Ujar Naurah. Tak mahu dekati Nayl sangat, lantai masih licin. Tak pasal-pasal nanti dia terjatuh pula. Baru seminggu dia berpantang, nanti terbuka pula jahitannya.
"Tak apa lah, sayang. Esok abang dah kerja, tak dapat dah buat kerja semua ni. Sayang pergi aje rehat ya. Biar abang aje kemas semua ni," tolak Nayl dengan lembut.
Dia meneruskan semula kerja-kerjanya. Naurah menghela nafas kecil sambil menggeleng kepala.
"Abang..." panggil Naurah lembut.
"Sudah-sudah lah tu. Nanti abang sambung lah balik kerja-kerja tu. Rehat dan makan dulu. Daripada tadi abang kemas. Naurah nak kemas, abang tak bagi." Ujar Naurah. Bukannya mahu mendera suami, tetapi itu tanggungjawabnya. Takkan mahu lihat isterinya mengemas sambil berpantang. Kejam betul kalau begitu!
"Tak apa, sayang. Sikit aje lagi ni, dah nak siap." Tolak Nayl lagi dengan lembut. Tangan bekerja dengan laju mop lantai tersebut.
Naurah melihat Nayl masih lagi degil. Panas pula hatinya. Tidak peduli lagi, Naurah terus menghampiri suaminya. Batang mop yang berada di tangan Nayl dicapai tetapi Nayl menarik semula tidak memberi pada isterinya.
"Eh, nak buat apa ni? Biar aje abang yang buat. Sayang tak payah buat, sayang yang kena rehat." Halang Nayl.
"Abang, boleh tak jangan degil kata saya. Pagi tadi dah lah tak sarapan. Terus kemas apa yang patut. Lepastu, masak lagi untuk saya. Dah, tak payah buat semua ni. Biar saya aje," kini Naurah menarik semula batang mop itu.
"Tak apa, sayang. Biar abang buat," sedang mereka berebut mahu mop lantai.
Tanpa diduga, lantai yang masih licin kerana baru di mop oleh Nayl, Naurah yang tidak dapat mengawal badannya sudah tergelincir. Dia sudah tidak dapat mengawal tubuhnya.
Bulat matanya, dia redha. Tetapi hatinya memarahi Nayl dan menyalahkan Nayl. Aku jatuh semuanya salah dia!
Naurah memejamkan matanya. Sudah tidak tahu mahu lakukan apa. Dia hanya menunggu tubuhnya jatuh ke atas lantai aje.
Tak lama kemudian, Naurah berkerut dahi tetapi mata masih tertutup. Dia pelik, langsung tidak rasa dia jatuh kesakitan. Bunyi dia jatuh pun tak.
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terkejut dia apabila melihat Nayl sudah dapat menyelematnya daripada jatuh ke atas lantai itu.
Mata mereka berdua salin berpandangan. Naurah menelan liur. Tangan kanan Nayl menyelamatkan tubuh isterinya daripada jatuh, tangan kiri Nayl pula masih setia memegang batang mop itu.
Nayl tersenyum senget. Seperti biasa, dia mendekatkan wajahnya pada Naurah. Hah, mula dah! Nak ambil kesempatan lah tu!
Kali ini, tiada lagi halangan. Bibir mereka lagi sedikit aje mahu melekat. Naurah makin kalut, gelabah tak tentu arah. Wajah mula merah menyala.
Bangkit lah kau Naurah! Jangan biarkan lelaki ini berjaya mencairkan hati beku kau! Bisik Naurah pada diri sendiri.
"Err...ehem." Seperti biasa, hanya itu halangan yang akan digunakan oleh Naurah. Nayl tersenyum nakal.
Perlahan-lahan Naurah berdiri. Bajunya dibetulkan. Kain batik yang tersarung juga dibetulkan. Rambut yang senget dibetulkan sedikit agar kelihatan terletak elok. Ah, semua benda nak dibetulkan apabila perasaan malu sudah menguasai dirinya. Wajahnya sudah mula merah padam.
"Jangan nak gatal ya! Kita dah ada orang baru sekarang ni, tak perlu lagi nak manja-manja macam dulu," Naurah memberi amaran keras pada suaminya tetapi hatinya berbunga-bunga.
"What? Manja-manja pun dah tak boleh? Tak apa, nanti abang hantar Naufal dekat mak. Biar mak jaga Naufal dalam seminggu macam tu. And, barulah abang nak manja-manja dengan saya macam dulu. Boleh?" Ujar Nayl sambil buat muka manja. Ah, wajahnya sungguh comel. Memang boleh mencairkan hati para gadis.
Tanpa ditahan, terukir juga senyuman di bibir Naurah. Dia tertawa kecil. "Tak boleh!" Dia cuba berlagak serius.
"Saya tak nak menyusahkan mak! Dan awak jangan nak memandai-mandai nak hantar Naufal ke sana ya! Saya ketam awak cukup-cukup. Biar bengkak satu badan!" Ujar Naurah. Dia terus mencapai batang mop tersebut.
Huh, lama betul dia tidak lasak. Semasa dia mengandung Naufal, nak lasak sedikit pun susah. Takut bayi di dalam perut buat hal. Sekarang berpantang pun lagi lah susah. Duduk aje di bilik berehat walaupun dia tidak rasa badan sakit.
"Eh, eh...Buat apa ni?" soal Nayl pelik.
"Saya nak mop lah. Awak pergi lah rehat dan makan dulu. Kesian pula saya tengok awak daripada tadi mengemas. Dah macam bibik pula dalam rumah ni,"
Haih susah betul dia untuk menjaga mulut daripada keluar perkataan menyakitkan hati Nayl. Naurah mengetap bibir.
Dia buat muka bersahaja. Lantas dia meneruskan kerja Nayl.
"Ewah, ewah...Bibik awak kata kat saya?"
Baru aje dia mahu mengusik Naurah, macam biasa tangisan Naufal membuatkan mereka terus menjadi tidak tentu arah.
"Biar saya tengok Naufal dan biar saya mop rumah ni. Awak jangan buat!" Ujar Naurah. Perlahan-lahan langkahnya masuk semula ke dalam bilik tidurnya.
Nayl yang melihat hanya menggeleng. Senyuman bahagia terukir dibibir. Tetapi hatinya masih tidak tenang memikirkan sesuatu. Adakah dia perlu jujur atau sembunyikan perkara ni daripada Naurah?
***********
Berkali-kali dia menghubungi Sabrina untuk bincang tentang hal tempoh hari lepas. Dia mahu Sabrina ceritakan semuanya pada dia. Tetapi, nombor itu sudah tidak dapat dihubungi.
Nayl mengeluh kecil. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi nya. Mata dipejam. Cuba mengingat kembali apa yang sudah terjadi padanya tempoh hari lepas.
"Sarah?" Nayl tiba-tiba menyebut nama gadis sahabat Sabrina. Dia tetap mahu berjumpa dengan gadis itu.
Malangnya, nombor gadis itu pula tidak tersenarai di dalam kenalannya. Nayl mengeluh panjang. Macam mana dia mahu jumpa Sarah. Mungkin, gadis itu tahu apa yang terjadi sewaktu dia pengsan.
"Uit, busy ke?" suara itu menyedarkan Nayl daripada mengelamun. Nayl menoleh memandang Arif yang masuk ke dalam pejabatnya.
"Sikit," balas Nayl ringkas dan meneruskan kerjanya. Fail yang berada di atas meja dibelek. Pen sudah bersedia di tangan untuk dicatat apa yang patut di fail tersebut.
Arif mengambil tempat dihadapan Nayl. "Aku tahu kau tengah stress tentang hal tu. Dan, kau stress juga tentang Naurah, kan? Jangan risau bro. Kita ada tuhan. Minta aje pertolongan daripada Allah. InsyaAllah, dia akan permudahkan segala urusan kau." Arif cuba memberi kata-kata semangat pada sahabatnya yang kelihatan sangat serabut.
Nayl hanya mengangguk. Dia sangat bersyukur dapat sahabatnya begini. Sentiasa membantunya saat ia susah. Dan, saat ia serabut Arif selalu memberi kata-kata semangat. Itulah sahabat sejati.
"Thanks, sebab bagi aku bersemangat." Ucap Nayl. Arif hanya membalas dengan anggukan dan senyumannya.
"Aku rasa, aku nak jumpa dengan Sarah lah," cadang Nayl. Kalau dia tahu Sarah itu di mana, sekarang juga dia start enjen dan bertemu dengan gadis itu. Tetapi, tidak. Dia langsung tak kenal gadis itu, nombor telefonnya pun tidak ada. Haih, sangat kusut!
"Sarah? Sarah mana pulak ni?" soal Arif tidak faham dengan maksud Nayl.
"Sarah, kawan rapat Sabrina. Aku nak cari dia lah dan aku nak tanya dia tentang hal tu. Aku banyak kali call Sabrina, tapi tak angkat. Haih, makin serabut lah aku macam ni. Aku takut kalau Naurah dapat tahu hal tu, aku langsung tak ada idea untuk terus-terang dengan dia. Entah apa lagi kalau dia terlalu ego macam mana? Dia bawa lari Naufal macam mana? Wei, aku macam-macam fikir kau tahu tak," Nayl memicit kepalanya. Stress!
Arif menghela nafas kecil. Kasihan pula dia melihat sahabatnya ini. "Okey macam ni, kau tahu kan tempat kerja Sabrina? So, kau pergi aje lah tempat kerja dia." Cadang Arif pula berharap cadangannya itu berjaya.
"Tahu, tapi sekarang dia dah tukar tempat lain. Aku tak tahu nama pejabat baru dia." Ujar Nayl kecewa.
"Aku menyesal bro. Menyesal sangat. Kalau aku tak datang ke party birthday dia, mungkin aku takkan jadi macam ni," keluh Nayl. Dia berasa sungguh kecewa dan menyesal kerana hadir di majlis ulang tahun Sabrina tempoh hari lepas. Mahu disalahkan Sabrina tidak boleh juga kerana dia di hotel itu bersama perempuan lain. Bukan Sabrina. Ah, sungguh dia ligat untuk berfikir.
"Nayl, kau jangan nak salahkan takdir. Ni takdir kau. Tuhan tu dah tetapkan takdir kau untuk jadi begini dan begitu. Kau tak boleh nak menyesal. Kau kena terima. InsyaAllah, mungkin tuhan akan tukarkan masalah kau tu dengan kebahagiaan. Percaya dengan takdir, bro." Ujar Arif. Dia menggeleng kepalanya apabila Nayl sepertinya menyalahkan takdir.
"Okey, macam ni. Kau ingat balik. Ingat betul-betul. Apa yang terjadi semasa kau di sana. Cuba ingat kembali." Arif cuba untuk membantu rakannya. Dia pun ligat berfikir, tetapi dia akan tetap juga membantu rakannya itu.
Nayl mencuba. Baru aje mahu berfikir, dia sudah pening. Kepalanya sedikit berdenyut sakit. "Aduh, aku tak dapat tangkap lah kejadian tu. Perempuan yang ada dengan aku haritu pun aku langsung tak kenal."
Arif mengeluh. Sudah pelbagai cara dia guna tetapi tidak berjaya. Dia menggaru kepalanya, otak penat bekerja mencari idea seterusnya untuk mengingat kembali kejadian itu.
"Dah lah, kalau Naurah tahu aku redha je lah," Nayl pasrah jika Naurah dapat tahu hal itu. Dia redha. Jadi apa pun jadi aje lah. Bukannya dia tidak peduli lagi, tetapi dia sudah penat. Penat dengan semua benda yang dia hadapi saat ini.
Satu persatu masalah datang. Dia sudah tidak larat melalui semua itu. Arif memerhatikan kawannya yang sedikit kecewa.
Dia tumpang simpati, kalau dia berada di tempat Nayl. Mungkin dia akan jadi lebih teruk. Tetapi Nayl sangat kuat menghadapi semua dugaan. Tidak pernah melepaskan kemarahannya pada orang lain malah dia hanya tenang. Tetap tersenyum walaupun sebaliknya dia banyak terluka sakit dan banyak dugaan muncul.
"Jangan lah cakap macam tu, InsyaAllah tak ada apa-apa. Nanti aku akan tolong kau cari kawan rapat Sabrina tu." Ujar Arif. Tidak mahu melihat rakannya setiap hari kelihatan sedih.
Nayl mengangguk lalu tersenyum lebar. Fikiran yang terasa serabut, kini semakin tenang bersama rakannya. Huh, tanpa Arif macam mana lah hidupnya saat ini? Kerana Arif aje yang tahu bagaimana dirinya.
Share this novel