BAB 36

Romance Completed 31452

Laju Nayl melangkah setelah lama dia perhatikan dari jauh satu susuk tubuh yang sangat dia kenal.

Melihat gadis itu baru aje keluar dari sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari hotel Fortune.

Laju dia berjalan mendapatkan gadis itu. "Sarah?" Laju sahaja langkah gadis itu, tanpa membuang masa terkeluar juga nama gadis itu dari mulut Nayl.

Terhenti langkah Sarah. Dia berpaling memandang orang yang menyebut namanya. Terkejut besar dia apabila melihat dihadapannya adalah orang yang pernah dia hancurkan. Iaitu hancurkan rumahtangga orang lain!

Lama Nayl memerhatikan wajah Sarah. Sarah menelan liur. "Awak Sarah, kan?" soal Nayl mahu mendekati gadis itu yang sudah kaku.

Tidak lagi dia berani memandang wajah dihadapannya, baru aje lelaki itu mahu melangkah mendapatkannya, tanpa membuang masa laju Sarah pecut lari pergi dari situ.

Tersentak Nayl apabila melihat gadis itu lari daripadanya. "Eh, awak kejap!" Jerit Nayl dan turut lari mengejar gadis yang bernama Sarah itu.

Buk!

Sarah terjatuh di sebuah lorong yang berhampiran dengannya. Laju dia bangun dan terjengket-jengket berjalan menuju ke lorong tersebut.

Tidak tahu lagi ke mana dia mahu sorok. Mungkin hanya tempat ini dia boleh sembunyi daripada lelaki itu.

Nafas naik turun. Dia sungguh tidak percaya lelaki itu dapat jumpa dengannya.

Kedengaran suara tapak kasut melangkah masuk ke dalam lorong yang Sarah bersembunyi di situ. Dia menekup mulutnya. Berharap sangat yang lelaki itu tidak menjumpainya.

Mata melilau-lilau mencari susuk tubuh gadis tadi. Dia mengeluh kecil. Kenapa dia lari daripada aku? Dia tengok aku tadi pun macam takut-takut je? Pelbagai persoalan bermain-main di fikirannya saat ini.

Dia menyepak kuat batu-batu yang berada di atas jalan tersebut. Geram! Kerana tidak dapat menangkap gadis itu. Dia mahu menanyakan banyak hal dengan gadis itu, tetapi boleh pula dia larikan diri daripada Nayl.

Selepas itu, dia langsung tidak mendengarkan lagi sikit pun suara tapak kasut, perlahan-lahan dia mengintip semula melihat agar lelaki tadi pergi secepat mungkin.

Lega apabila melihat lelaki itu sudah tidak ada. Dia melepaskan nafas lega. Telefon bimbit pantas dicapai dari dalam beg tangannya. Mencari nombor seseorang lalu telefon bimbitnya kini diletak ke telinga.

********

"Kalau dia nak macam tu jugak, aku terpaksa buat. Aku tahu dia dah tawar hati dengan aku. Dia bencikan aku! Sebab aku salah. Ya, semua orang pandang aku salah. Aku memang tak guna!" Ujar Nayl menyalahkan diri sendiri. Kedua-dua telapak tangannya ditekup pada muka.

Lama Arif memandang sahabatnya. Rasa sungguh sedih bila dia mendengar kisah sahabatnya. Kalau dia ditempat Nayl pun dia akan lebih serabut dan mungkin dia juga tidak lama di dunia ini.

Tetapi Nayl lelaki yang sangat kuat. Mampu bertahan dengan perangai Naurah. Mampu bertahan dengan dugaan dan masalah yang dihadapinya.

Lelaki ini lah yang paling kita mahu, tetapi ada pula yang cemburu padanya dan ada juga yang berdendam dengannya.

Itu yang membuatkan lelaki itu lemah! Penat! Penat dengan segala-galanya.

"Nayl, cuba kau fikir balik. Dia isteri kau. Susah senang dia sentiasa ada di sisi kau. Takkan kau nak lepaskan dia macam tu je? Bro, kau jangan buat keputusan sendiri tanpa berfikir masak-masak." Ujar Arif yang menyokong sahabatnya agar terus bangkit.

"Dah hanya itu yang dia minta. Aku penat Rif, penat sangat. Aku redha. Kalau itu yang dia nak, aku terpaksa setuju." Jawab Nayl dengan nada sungguh kecewa. Dia tertunduk. Air mata diseka.

"Tapi Nayl, kau kena fikir balik. Kesian dekat Naurah tu," belum habis bicaranya, Nayl sudah memotong kata-katanya.

"Habistu aku? Dia je ke yang nak dikesiankan? Aku ni apa? Sampah? Semua keburukkan aku ni orang pandang. Dia tu?" Nayl mengepal penumbuknya. Geram. Panas hati. Kecewa. Semuanya ada.

"Okey, kau buat lah apa yang terbaik. Aku sentiasa ada dengan kau. Tapi tolong, jangan down. Bangkit!" Ujar Arif memberi sahabatnya bersemangat. Sudah tidak tahu lagi mahu memujuk bagaimana lelaki ini. Dia tetap dengan keputusannya sendiri.

*********

Menitis air mata Naurah saat Nayl melafazkan talak 1 padanya. Hati masih lagi sayang pada suaminya, tetapi egonya telalu tinggi sampaikan dia rela untuk berpisah.

"Nayl..." Panggil Naurah. Air mata masih mengalir laju membasahi pipi. Hati terasa sungguh sebak apabila berpisah dengan lelaki itu.

Terhenti langkah Nayl saat namanya diseru. Dia melihat wajah bekas isterinya sembap dek air mata yang laju mengalir.

"Bukan ke awak yang nak sangat bercerai dengan saya? Kenapa awak pulak yang menangis?" Soal Nayl dengan wajah yang tegang. Tetapi hati yang sebak, cuba untuk ditahan. Matanya juga sudah merah dek menahan air mata yang mahu mengalir.

"Tapi...aku..." Tergantung kata-katanya disitu. Dia meraup wajahnya. Teresak-esak gadis itu menangis. Perasaannya saat ini tak terkata. Sedih, kecewa, benci dan sakit hati. Semuanya ada pada dirinya. Benci pada lelaki itu, tetapi hati masih sayang padanya.

"Dah lah tu, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Awak buat hal awak, saya buat hal saya. Jangan cari saya lagi." Putus Nayl sambil melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang masih teresak-esak menangis.

Tersentak dia apabila ayah Naurah menolak kuat bahu Nayl. Dia melihat wajah Encik Omar kelihatan sungguh marah.

"Kau memang kurang ajar, kan?! Kau dah sakitkan hati anak aku lepastu kau lepaskan dia macam tu je!! Kau ni memang nak kena!" Satu penumbuk hinggap ke pipi Nayl.

"Ya Allah, abang..." Pantas Puan Suraya menarik kuat lengan suaminya. Terkejut Naurah melihatnya, pantas dia berlari mendapatkan mereka.

"Kau memang tak guna!! Aku menyesal kahwinkan kau dengan anak aku! Kalau aku tahu lah perangai kau macam ni, memang aku tak akan kahwinkan kau dengan anak aku!!" Marah Encik Omar. Suaranya sungguh tinggi, sudah tidak peduli dengan orang sekeliling memandang mereka.

"Sudahlah tu, papa... Naurah yang minta Nayl ceraikan Naurah. Sekarang Naurah dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nayl. Tolong lah jangan buat macam ni, malu orang pandang." Naurah mula bersuara, cuba untuk menenangkan keadaan. Nayl masih diam, langsung tidak bersuara. Tubuhnya saat ini juga kaku. Wajahnya mula merah.

Tak lama itu, datang pula sepasang suami isteri. Iaitu ibu bapa kepada Nayl, Encik Rahim dan Puan Zainab.

"Ya Allah, kenapa ni? Apa yang dah terjadi ni Omar? Sampaikan kamu nak mengamuk macam ni?" Soal Encik Rahim bertalu-talu.

"Hei, kau tak payahlah nak tanya aku, kau pergi tanya dengan anak tak guna kau ni!! Apa yang dia dah buat dengan anak aku?!!" Ujar Encik Omar yang masih tidak puas hati.

"Abang, kita tak boleh nak salahkan dia. Manalah tahu, itu bukan dia. Dan, kita ni salah faham." Puan Suraya masih mahu membela Nayl.

"Wah, awak pulak yang nak bela dia? Benda dah viral, jelas muka dia dalam video tu lagi awak nak kata dia tak salah?!" Marah Encik Omar. Tajam dia memandang Nayl dihadapannya.

Naurah hanya terdiam. Ya, jelas dalam video itu ada wajah Nayl. Dia sangat kenal wajah lelaki itu, dan dia juga tak sangka yang Nayl buat begitu padanya. Video tersebut telahpun viral di media sosial, sungguh dia kecewa. Hatinya sangat sakit.

Nayl juga mahu jelaskan semuanya, tetapi Naurah langsung tidak memberinya peluang untuk dia jelaskan segalanya. Dengan ego yang tinggi, dia tidak terima lagi lelaki itu.

"Hei, kau dengar sini ya. Aku takkan maafkan kau dengan apa yang kau buat dengan anak aku!" Ujar Encik Omar dan berlalu pergi. Naurah tertunduk. Dia memandang wajah Nayl dihadapannya. Lelaki itu menangis?

Ah, tak pernah lagi dia melihat lelaki itu menangis. Ini membuatkan lagi sebak Naurah melihat. Mahu aje dia peluk tubuh lelaki itu, tetapi dia sedar. Yang dia bukan lagi isteri kepada Nayl Uqasyah!

Kelihatannya lelaki itu sungguh sedih. Sedih teramat. Meninggalkan orang yang dia sayang. Kejam kah aku ni? Naurah, apa yang kau dah buat? Aku tak pernah tengok dia menangis. Mungkin dia menangis sebab dia tak dapat terima dengan apa yang terjadi sekarang ni. Kau memang kejam Naurah! Bisik hati Naurah yang pasrah dengan semua kejadian tersebut.

Erat Puan Zainab memeluk tubuh anaknya. Naim yang berada di sebelah Nayl hanya menggosok lembut belakang adiknya agar Nayl bertenang.

"Naurah, kami minta maaf. Maafkan kami ya. Pak ngah dah tahu video tu, memang betul pun tu muka Nayl. Maafkan pak ngah ya, Naurah." Ujar Encik Rahim yang mula sebak. Sedih kerana keluarganya selalu menjadi bahan mengumpat makcik dan pakcik bawang di media sosial dan ditempat sekeliling yang mereka berada.

Naurah mengetap bibir. "Tak...Pak ngah tak salah pun. Naurah yang salah. Naurah terlalu ego. Ikut sangat kemarahan ni. Maafkan Naurah ya pak ngah, mak ngah, abang Naim dan....Nayl." Lambat-lambat dia menyebut nama lelaki itu. Dia kembali menunduk. Sedih!

Encik Rahim hanya mengangguk. Air mata sudah membasahi di kelopak matanya. Dia menggosok matanya. Lantas dia menarik lengan isterinya dan berlalu pergi daripada situ.

Sekarang, tinggal lah Nayl dan Naurah di situ. Saat ini mereka berada di hadapan mahkamah Syariah Islam selepas selesai melafazkan talak 1 pada Naurah.

Nayl masih menitiskan air matanya. Angin berdesir agak kuat sehinggakan selendang hitam yang berada kemas di atas kepala Naurah sedikit senget.

Lelaki itu menggosok kelopak matanya. Air mata diseka. Lama Naurah merenung wajah bekas suaminya dihadapannya saat ini. Dia mula sebak. Air mata pun mengalir.

"Saya nak minta maaf..." Ucap Nayl tersekat-sekat dengan tangisannya.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Tapi, saya nak awak tahu yang saya tak buat semua tu. Sumpah saya cakap, saya tak buat pun semua tu. Kalau awak tak percaya saya, saya tak kisah. Terpulang kepada awak nak percaya ke atau tak. Tapi, sumpah saya tak buat. Saya kena fitnah. Ada orang nak hancurkan rumahtangga kita. Tapi...." Kata-katanya terhenti disitu. Dia menyeka semula air matanya. Haih, kali ni air mata ni mengalir pulak. Sebelum ni tak ada pula aku menangis macam gini!

Satu kotak berwarna merah dikeluarkan daripada poket seluarnya. Kotak tersebut tidak besar dan tidak kecil. Hanya sederhana saiznya.

Berkerut dahi Naurah melihat. Sepertinya dia tahu kotak itu kotak barang kemas.

Nayl membuka kotak tersebut lalu dihulurkan pada Naurah. Tersentak gadis itu melihat di dalamnya ada seutas gelang tangan mas. Dia menekup mulutnya terkejut.

"Tak lama lagi, hari ulang tahu awak akan tiba. Saya nak buat surprise untuk awak tapi...Dah terlambat. Kita pun dah tak ada apa-apa hubungan. Jadi saya bagi awal-awal gelang ni. Takut lupa," ujar Nayl dengan tawa kecilnya. Entah mengapa, boleh pula dia ketawa walaupun keadaan semasa itu tidaklah lucu.

Lambat-lambat Naurah mengambil. Menitis air matanya melihat. "Saya harap awak suka. Saya tak tahu nak belikan hadiah awak apa, so mungkin gelang tu awak suka. Jangan lupa pakai tau," pesan Nayl dengan senyuman manisnya.

Dia menghela nafas lega. "Untuk kata-kata terakhir sebelum saya pergi, saya nak minta maaf walaupun saya tak salah. Saya minta maaf sangat-sangat. Dan, saya sumpah lagi sekali saya tak buat dengan apa yang awak tengok dalam video tu. Saya kena fitnah. Terima kasih sebab selama ni ada di sisi saya saat saya susah dan senang. Jaga Naufal elok-elok. Saya nak awak tahu, yang saya sayang aw...." Baru aje mahu keluarkan perkataan 'awak' tetapi dia sedar yang dia bukan lagi suami Naurah.

"Saya pergi dulu." Laju langkah nya berlalu pergi dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila namanya diseru.

"Sa...Saya pun nak minta maaf. Sebab saya...Terlalu ikut kemarahan dan ego. Terima kasih juga bagi hadiah ni." Ucap Naurah kekok. Dia sudah terbiasa dengan 'beraku kau'.

Nayl memusingkan badannya memandang semula bekas isterinya dengan senyuman manis terukir dibibir. Itulah senyuman kali terakhir untuk Naurah.

"Sama-sama."

Dia terus melangkah pergi. Baru aje mahu memanggil semula tidak mahu lelaki itu pergi meninggalkannya, dia berasa sungguh sebak. Rindu untuk dia berjauhan dengan lelaki itu. Dia tidak mampu untuk menahan rindu. Apa yang patut dia buat? Dia yang mahu semua ini.

Teresak-esak Naurah menangis. Sehingga terjelopok jatuh dia menangis. Melihat bayangan Nayl sudah tidak kelihatan lagi lah dia menangis teresak-esak.

Orang sekelilingnya melihat juga turut mendekatinya menanyakan keadaannya. Takut pula dia melihat Naurah yang terduduk dan menangis teresak-esak bagaikan ditinggal oleh suami. Tetapi, kenyataannya memang benar. Yang dia ditinggalkan suaminya, buat selama-lamanya.

********

"Sabrina!" Jerit Sarah berlari mendapatkan Sabrina yang daripada tadi tersenyum puas hati dan ketawa. Sungguh dia puas! Puas hati kerana akhirnya Naurah dan Nayl telahpun bercerai.

"Hei, babe. Bila kau sampai?" Soal Sabrina dengan sisa tawanya.

"Tempoh hari lepas, Nayl cari aku!" Ujar Sarah yang tercungap-cungap. Peluh di dahi disapu.

Tersentak gadis itu. Dia menelan liur. Nayl cari Sarah? Apa yang lelaki itu mahukan?

"Nayl cari kau? Kenapa?" soal Sabrina pelik.

"Hari itu, aku terserempak dengan dia. Aku tak tunggu lama, terus aku lari. Lepastu dia kejar aku, nasib lah dia tak dapat jumpa aku. Sekarang ni dia masih cari aku. Aku risau lah Sabrina, dia dah tak jumpa kau now dia nak jumpa dengan aku pulak." Ujar Sarah yang mula risau.

"It's okey. Don't worry babe. Kali ini, Nayl takkan jumpa dengan kau lagi, sebab dia dah bercerai dengan Naurah." Ujar Sabrina. Terlepas juga tawanya. Terbahak-bahak dia ketawa. Hari ini hari paling bahagia buat Sabrina.

"Cerai? Sabrina, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Sampai bila kau nak teruskan lagi rancangan kau ni? Kau teruskan rancangan tu sampaikan dia orang dah bercerai," ujar Sarah yang terkejut besar. Tak sangka, semua rancangan Sabrina, hubungan rumah tangga Nayl dan Naurah hancur. Sabrina, gadis itu sungguh kejam!

"Yes. Itu yang aku nak. So, tak lama lagi Nayl akan jadi milik aku." Ujar Sabrina dengan senyuman sinisnya.

Sarah menggeleng. Sungguh kejam! Kali ini, hubungan Nayl dan Naurah sudah hancur. Dan, mereka berdua telahpun bercerai kerana seseorang sudah memusnahkan hubungan rumah tangga mereka berdua.

Baru aje Sarah mahu bersuara, seseorang lelaki masuk ke dalam pejabat Sabrina. Lantas wajah mereka berdua berpaling memandang ke arah lelaki tersebut.

"Kita ada meeting sekarang," ujar lelaki tersebut.

Sabrina hanya mengangguk. "Aku gerak dulu," ujar Sabrina sambil menepuk lembut bahu sahabatnya. Baju dibetulkan dan melangkah keluar dari pejabatnya.

Sarah mendengus kasar. Dia ligat berfikir bagaimana jika dia terserempak lagi kali kedua dengan Nayl?

*********

Malam itu Naurah langsung tidak boleh melelapkan matanya. Hanya air mata yang mengalir laju membasahi pipi. Kata-kata itu bagaikan mimpi dan perkara yang dia mahukan itu juga bagaikan dia sekarang bermain-main dalam mimpi. Tetapi, semua itu kenyataan yang dia sudah bercerai dengan Nayl.

Teresak-esak gadis itu menangis. Tidak dapat lagi menahan tangisannya. Cincin yang berada kemas di dalam satu kotak cincin berwarna merah direnung dengan air mata yang masih mengalir.

Cincin tersebut tidak lagi berada di jari manisnya, kini berada berjauhan dengannya. Dia menutup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.

Jam sudah tepat pukul 12 tengah malam. Masih terngiang-ngiang kata-kata rayuan bekas suaminya pada pagi tadi.

Ah, sungguh dia takkan lupakan. Semua kata-kata itu takkan dia percaya. Dia langsung tidak percaya akan lelaki itu. Tetapi hati masih sayang, masih mampu memaafkan lelaki itu.

Dia berasa dirinya sungguh bodoh. Tetapi masih menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan lelaki itu. Ah, kalau ego sudah menguasai diri, pasti dia tidak boleh buat apa lagi. Dia akan mengambil jalan yang tidak masuk akal.

Terimbas kembali kenangan-kenangannya bersama Nayl. Ah, sungguh dia rindu. Rindu amat! Kalau ikutkan, mahu aje dia memutarkan kembali waktunya bersama Nayl.

********

Puan Suraya baru aje mahu melangkah ke dapur untuk minum air kerana tekak sudah kering, tetapi langkahnya terhenti betul-betul dihadapan bilik Naurah.

Dia terkejut apabila terdengar suara seseorang gadis sedang teresak-esak menangis. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik Naurah.

Bulat matanya melihat anaknya sedang teresak-esak menangis. Kelihatan gadis itu sedang bersandar pada kepala katil sambil memegang satu kotak cincin berwarna merah.

Perlahan-lahan Puan Suraya melangkah dan melabuhkan duduknya dibirai katil. Tangan anaknya dicapai lalu diusap lembut.

Walaupun suasana dalam bilik itu gelap, dia tetap dapat lihat wajah anaknya yang sembap. Puan Suraya mengusap lembut pipi anaknya yang mengalir air mata.

Dia pula yang terasa sebak melihat keadaan anaknya yang sudah digelar menjadi janda. Apa lah kata adik beradiknya nanti? Mak saudara dia? Pasti mereka akan berkata buruk dibelakangnya.

Pasti keluarganya akan menjadi bahan mengumpat bagi makcik-makcik bawang yang tidak tahu dari awal sampai ke akhir.

"Naurah, jangan lah sedih-sedih macam ni. Kalau Naurah sedih aje, mama pun akan sedih tau." Ujar Puan Suraya memujuk anak gadisnya agar gadis itu bertenang.

"Mungkin kita orang tak ada jodoh. Tapi, kenapa Naurah susah sangat nak lupakan dia?" Naurah meneruskan esakan tangisannya.

Pantas Puan Suraya memeluk erat tubuh anaknya yang sudah teresak-esak menangis. Tangisannya masih tidak henti.

"Naurah kejam, mama. Naurah kejam! Semua ni salah Naurah," ujar Naurah berkali-kali menyalahkan diri sendiri. Puan Suraya juga turut mengalirkan air mata.

Dia juga tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kasihan melihat keadaan anaknya. Sikit pun dia tidak berfikir anaknya jadi begini, tetapi ini semua takdir. Takdir untuk Naurah dan Nayl.

Kita patut menerima takdir. Walau takdir itu menyakitkan hati atau membahagiakan kita, terimalah semuanya. Kerana, tuhan akan gantikan tangisan kita dengan kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience