"Mana Naufal?!" Soal Nayl dengan nada yang meninggi.
Dengan persoalan itu, Sabrina ketawa jahat. Puas hatinya apabila rancangannya selama ini sudah berjaya. Nayl dan Naurah sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi.
"Oh, Naufal? Kejap ya. Dia ada je dengan I. Kesian dia. Dia kata, mama papa dia tak ambil dia balik rumah. So, I lah yang ambil dia." Sabrina ketawa lagi. Kini telefon bimbitnya diletak ke telinga Naufal.
"Mama...Papa...help me." Teresak-esak si kecil itu menangis. Nayl baru mahu bersuara, telefon bimbit itu kembali ke telinga Sabrina.
"You nak anak you kembali? Kalau you nak semula anak you, I akan bagi. But, I nak you sorang je datang ke sini. I tak nak you call polis. Kalau I dapat tahu yang you call polis, anak you takkan selamat!" Taliannya terus ditutup.
"Sabrina! Sabrina!" Panas hatinya apabila talian sudah dimatikan. Steering keretanya ditumbuk kuat dengan hati yang sungguh panas. Kereta diberhentikan dibahu jalan.
"Kenapa? Naufal mana?" Soal Naurah.
Nayl memandang wajah gadis disebelahnya. "Sabrina ambil dia." Jawab Nayl. Tersentak Naurah. Sabrina? Minah gedik tak guna itu?! Apa yang dia mahukan daripada aku?!
"Dia ada dekat mana sekarang? Ya Allah, jangan lah dia apa-apakan Naufal." Kejadian traumanya yang dahulu terimbas kembali dibenaknya. Sungguh dia trauma dengan kejadian yang lepas. Kini Naufal pula yang kena bagaimana dia kena dahulu? Sungguh buat hatinya makin risau tak senang duduk.
Tak lama kemudian, satu mesej masuk di dalam telefon bimbit Nayl. Lantas dibuka mesej tersebut. Sepertinya, Sabrina mengirim video pada Nayl. Video tersebut dibuka.
"Kesian dekat Naufal. Haih, kalau mama papa Naufal datang lambat, pisau ni akan selamatkan Naufal ya, hahaha..." Dia ketawa lagi sambil meletakkan pisau tersebut dileher Naufal.
Naurah yang melihat video tersebut menekup mulutnya. Terkejut. Air mata mula mengalir laju.
"Mama...papa...tolong Naufal...mama.." Berkali-kali dia mengulang ayat itu. Meminta pertolongan daripada mama papanya.
"Kau orang dengar sini ya, kalau kau orang lambat, budak ni aku akan bunuh! And, I nak you aje datang ya Nayl. I rindu sangat dekat you. I love you. Nanti datang ya sayang." Dia ketawa lagi dan menutup video tersebut.
Naurah tak henti-henti menangis. Berkali-kali dia berdoa kepada Allah agar anaknya selamat daripada perempuan gila itu.
Nayl kembali hubungi Sabrina. Masih tidak puas hati dengan apa yang Sabrina telah lakukan pada mereka berdua.
"I nak you lepaskan Naufal!"
"I lepaskan dia, but I nak you. Kalau you tak nak I, budak ni I akan bunuh! You jangan cabar I Nayl!"
"Okey...Okey. I akan datang. Tapi, lepaskan Naufal."
"Alright, darlin. I akan lepaskan anak you, tapi I nak you. Nanti you datang ya sayang. I share location dekat you." Talian terus ditutup. Lokasi yang dia berada pada saat ini diberi pada Nayl lalu dia tutup terus telefon bimbitnya.
Tidak mahu lagi mengangkat telefon jika Nayl hubunginya. Dapat aje lokasi tersebut, Nayl terus bergerak pergi.
*********
Sampai aje di lokasi tersebut, terkejut Naurah apabila melihat rumah yang berada di hadapannya itu. Rumah itu sangat buruk dan terbiar di tepi jalan tempat tersembunyi.
Di sini lah tempat yang dia diculik dan di sini jugakah Naufal diculik?
"Saya nak ikut..."
"Tak payah. Biar aku aje pergi. Kau tunggu sini. Nanti kalau ada apa-apa, terus call polis." Nayl membuka pintu keretanya dan melangkah keluar.
Naurah sudah tidak senang duduk. Takut jika jadi apa-apa pada anaknya dan lelaki itu.
"Bos, dia dah datang." Ujar pembantunya pada Sabrina. Sabrina tersenyum sinis.
"Bawa dia masuk."
Lelaki itu menarik tubuh Nayl masuk ke dalam rumah tersebut. Tersentak Nayl apabila melihat anaknya diikat. Naufal sudah teresak-esak menangis meminta tolong apabila melihat ayahnya sudah muncul di situ.
"Hai, sayang. I miss you dear." Ujar Sabrina sambil tertawa sinis.
Kedua-dua bahu Nayl dipegang erat oleh dua orang pemuda berbadan sasa iaitu pembantu Sabrina.
"You nak apa, hah?! Lepaskan anak I!" Bentak Nayl geram.
"I boleh je lepaskan anak you, but I nak you berada di sisi I buat selama-lamanya. I sayang you Nayl. Bila I lepaskan anak you, I nak you kahwin dengan I. Boleh sayang?" Soalnya sambil mengusap lembut wajah lelaki itu. Nayl menepis tetapi badannya dipegang erat oleh dua orang lelaki tersebut.
"Hei, I takkan kahwin lah dengan perempuan gila macam you ni!" Kata-kata Nayl itu sedikit buat hati Sabrina hancur. Pisau tadi dicapai lalu diacah pada leher Naufal.
"Apa?! You tak nak kahwin dengan perempuan gila macam I?!" Bulat mata Nayl melihat pisau tersebut sudah berada dileher anaknya.
"Sabrina, please...Jangan. I merayu dengan you. Please jangan!" Sabrina ketawa lagi.
"Kalau you tak nak I bunuh dia, you kahwin dengan I. Sayang, I dah beli tiket kapal terbang tau. Nanti kita pergi UK and kita kahwin dekat sana ya sayang. Nanti kita hidup bahagia bersama-sama. Tanpa ada orang jahat di sisi kita." Ujar Sabrina lembut. Pisau yang berada di leher Naufal masih tidak lepas-lepas lagi. Nayl berasa sangat ngeri.
"Kalau kau nak lelaki ni, kau ambil je lah Sabrina! Tapi tolong, aku merayu dekat kau, tolong lepaskan anak aku! Dia tak ada kena mengena pun dalam hal ni! Please, lepaskan dia!" Terkejut Nayl apabila melihat Naurah sudah muncul di situ. Bersungguh-sungguh gadis itu merayu pada wanita yang sudah gila itu!
Sabrina tersenyum sinis. "Alololo...Kesiannya dia. Naufal, tengok tu mama papa Naufal dah sedih sebab tak lama lagi Naufal akan mati. Haih, kesiankan dia orang." Pipi gebu si kecil itu dicuit. Dia ketawa lagi, puas hatinya apabila melihat hidup mereka menderita sakit. Dia mahu mereka jadi seperti ini, sakit matanya apabila melihat Naurah dan Nayl seperti mula berbaik dan berkehidupan seperti dahulu.
"Lepaskan lah anak aku Sabrina...Apa yang kau nak lagi daripada aku? Kalau kau nak apa-apa bagitahu aku, aku akan bagi, tapi tolong lepaskan anak aku!" Rayu Naurah lagi tersekat-sekat kerana air matanya mula mengalir laju.
Sabrina tersenyum kemenangan. "Sekarang I nak you pilih Nayl. Antara I atau Naurah? Pilih." Ugut wanita itu dengan sinisnya. Tersentak Nayl dengan ugutan itu. Wanita ini sudah gila!
Sempat Nayl menoleh memandang wajah Naurah yang selalu buat dia tenang dan bahagia itu. Dan, wajah itu juga dia masih sayang hingga sekarang. Sungguh, dia tidak boleh menipu dirinya walaupun dia melayan Naurah dengan kasar.
Mereka berdua salin berpandangan. Wajah Naurah sudah basah dengan air mata. Nayl menghela nafas panjang.
Dia takkan bodoh untuk pilih wanita gila itu! Jika dia pilih, dia bukan lagi Nayl Uqasyah!
"Okey, I pilih you. But, I nak you lepaskan Naufal dulu. And, kita pergi sama-sama, okey?" Jantung berdetak dengan laju. Berharap sangat dengan cara ini berguna dan anaknya selamat daripada perempuan gila itu.
Sabrina tersenyum gembira. Naurah terkejut dengan lelaki itu kerana telah setuju memilih perempuan gila itu. Lama Naurah memandang lelaki itu dengan pandangan seperti tidak percaya.
Terlepas pisau itu ditangan Sabrina apabila dia terkejut Nayl memilihnya. Akhirnya, lelaki itu menjadi jugak milik aku!
Dia menekup mulutnya. Gembira! "What? Oh my god, Nayl I tak sangka yang you masih sayangkan I. I love you so much Nayl." Ucap wanita itu sambil memberi isyarat pada dua orang lelaki pemuda yang pegang Nayl tadi agar melepaskan lelaki itu.
Baju yang sedikit senget dibetulkan. Hatinya sudah panas. "Now, I nak you lepaskan Naufal."
"Okey sayang. Untuk you, semua yang you nak I akan buat." Sabrina tersenyum lagi dan memberi isyarat pada dua orang pembantunya agar melepaskan ikatan ditangan Naufal dan di kaki si kecil itu. Baru aje si kecil itu mahu lari mendapatkan ayahnya. Sabrina menarik lagi tubuh kecil itu lalu pisau yang terjatuh tadi dicapai laju dan diletak ke leher Naufal.
Makin terkejut besar Nayl dan Naurah yang melihat. "Sabrina!"
"Kau tipu aku kan?! Kau jangan nak bodohkan aku lah Nayl. Aku tak bodoh macam kau orang berdua!" Jeritnya kuat. Dia tahu Nayl sudah mempermainkannya.
"Kalau kau nak tahu, selama ni orang yang culik kau, ialah aku. Semua tu rancangan aku, Naurah." Dia ketawa. Naurah yang mendengar tersentak. Terkejut dengan penjelasan perempuan gila itu.
"Aku lah yang culik kau. Tapi aku tak puas hati kerana aku culik kau aku tak dapat nak bunuh kau! And, kalau kau orang nak tahu, aku juga lah yang rakam video tu. Aku lah yang fitnah kau! Aku puas hati sebab hubungan rumahtangga kau orang dah hancur! Itu yang aku nak! Aku benci tengok kau orang bahagia! Dan, Nayl akan jadi milik aku buat selama-lamanya!"
Terkejut mereka berdua. Jadi, selama ini Nayl siasat perkara itu, semuanya telahpun terjawab. Yang perlakunya adalah perempuan gila itu! Nayl mengepal penumbuknya. Sampai hati dia buat begitu pada mereka berdua.
Jadi, selama ini Naurah sudah salah faham. Dia sudah salah faham pada Nayl dan juga Sarah. Tapi, siapakah Sarah? Kenapa dia mengaku yang dia buat semua ini?
Perempuan gila itu sudah tiada hati dan perasaan ke apa?! Memang tiada hati dan perasaan pun sebab dia memang dah gila sekarang ni!
"Apa yang kau dah buat Sabrina?! Kau hancurkan hubungan rumahtangga aku dan Naurah?! Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku?!" Soal Nayl yang turut mengalir air mata. Wajahnya mula merah. Menahan kemarahannya yang sudah mula membuak-buak.
Sabrina ketawa lagi. "So, kalau aku hancurkan rumahtangga kau orang, rancangan itu tak jadi jugak, aku akan bunuh anak kau orang! Aku akan bunuh budak ni depan mata kau orang!" Jerit Sabrina lalu mengangkat tangannya untuk mencucuk pisau tersebut pada perut si kecil itu. Naufal sudah teresak-esak menangis sambil itu tangannya menghulur pada mamanya agar mama dan papanya dapat membantunya.
"Okey!"
Pisau yang baru aje mahu ditusuk ke perut Naufal terhenti. Mata Sabrina kini beralih memandang lelaki itu.
"Okey, kita akan kahwin. Aku janji. Aku akan bahagia kan kau. Aku sayang kau seorang. Aku janji aku takkan tinggalkan kau. Tapi, tolong Sabrina. Lepaskan anak aku." Putus Nayl sambil perlahan-lahan mendekati mereka berdua.
"Jangan dekat! Kalau tak aku bunuh dia! Kau tipu aku!"
"Tak. Aku tak tipu. I tak tipu sayang. I love you. I promise. Kita akan kahwin ya." Ucap Nayl dengan senyumannya sambil berjalan menghampiri mereka berdua.
"Betul ni?"
"Ya sayang."
Pisau tersebut kini terjatuh kembali. Sabrina terus mendapatkan Nayl lalu dipeluk erat tubuh lelaki itu. Naurah yang melihat mula terasa cemburu. Sungguh dia cemburu. Hatinya memang tak payah cakap lah. Makin membuak-buak kemarahannya. Bercampur perasaannya saat ini. Tetapi semua itu ditolak tepi, yang penting sekarang ni anaknya selamat. Kalau lelaki itu mahu tinggalkan dia pun, dia rela.
Lelaki itu juga turut tersentak apabila Sabrina memeluknya dengan erat. Dengan itu, mereka terdengar bunyi kereta polis yang menghampiri di rumah itu.
Naurah yang mahu mendapatkan anaknya tidak jadi apabila kedengaran pihak polis sudah datang. Tadi Naurah sempat dia hubungi pihak polis untuk meminta bantuan sebelum dia masuk ke dalam rumah ini.
Lantas Nayl menolak tubuh Sabrina. Dan dua orang pemuda yang berbadan sasa tadi dibelasah cukup-cukup. Satu penumbuk dihadiahkan pada mereka berdua.
Seorang sudah lembik, seorang lagi masih kuat untuk melawan Nayl. Lelaki tersebut menumbuk tepat-tepat pada wajah Nayl tetapi Nayl sempat mengelak. Tangan lelaki itu dipegang lalu dipulas.
"Argh!"
Untuk kali terakhir, dia menghadiahkan penumbuk padu pada lelaki tersebut. Kedua-duanya lari pergi dari situ.
Sabrina yang melihat lantas mencapai kembali pisaunya lalu mendapatkan Naurah. Iya, gadis itu lah kelemahan Nayl.
Tersentak Nayl melihat. Dia sudah tidak tahu lagi mahu buat apa. "Nayl, tolong..." Ucap Naurah apabila sudah merasa lehernya diguris dan sungguh pedih.
Terkejut Nayl apabila melihat leher Naurah mula berdarah. "Aku dah agak Nayl, kau tipu aku!"
"Please, Sabrina. Lepaskan dia. I dah janji kan. Please..." Rayu Nayl dengan tangisannya lalu mendapatkan Naufal yang juga turut teresak-esak menangis melihat mamanya begitu.
"Lepaskan dia Cik. Letakkan senjata cik sekarang!" Tegas suara seseorang petugas anggota polis yang sudah datang di situ.
Masing-masing acukan pistol tersebut pada Sabrina. Wanita gila itu hanya ketawa. "Lepaskan aku Sabrina! Jangan sampai hari ini kau yang mati!"
"Aku takkan mati Naurah. Kalau aku mati pun, aku nak tengok dulu kau yang mati hahaha..."
Sedang dia ketawa itu, Naurah menyiku kuat perut Sabrina. Gadis itu senak lalu sedikit berundur. Lantas Naurah melarikan dirinya. Polis yang berada di situ lantas mendapatkan Sabrina yang mulai gila.
Tangan wanita gila itu digari lalu dibawa masuk ke dalam kereta polis. Naurah lantas mendapatkan anaknya.
"Ya Allah Naufal." Erat dia memeluk tubuh anaknya. Dikucup bertalu-talu wajah itu. Air mata Naurah diseka lembut oleh Naufal.
"Mama minta maaf sayang. I am so sorry..." Dia memeluk lagi tubuh itu. Sungguh erat. Nayl yang berada di sebelah memerhatikan mereka juga turut tersenyum lebar.
Alhamdulillah, akhirnya mereka selamat daripada kejadian itu.
"Maafkan mama sayang."
"No, mama tak salah pun." Ucap si kecil itu memujuk mamanya yang sudah teresak-esak menangis.
Tiba-tiba, sehelai kain kecil berwarna biru dihulur pada Naurah. Berkerut dahinya. "Lap lah darah dekat leher kau tu." Ya Allah, dia sedih-sedih sampaikan dia tidak rasa sakit pada lehernya? Darah pun sudah banyak mengalir.
Naurah mengambil dengan senyuman sebaris di bibir. Di lap perlahan-lahan. Tetapi kain itu dicapai oleh Nayl lalu Nayl mengelap leher gadis itu.
Tergamam Naurah pada saat ini. "Auch!" Terasa sungguh pedih. Kini sehelai tisu pula dilap pada wajah Naurah yang sembab dek air matanya banyak mengalir. Tersentak Naurah dengan kelakuan Nayl.
Kini lelaki itu mendapatkan anaknya pulak. Dipeluk erat. "Naufal tak ada apa-apa?" Soalnya sambil memeriksa tubuh si kecil itu.
"No, it's okey. I am okey." Ucap si kecil itu sambil tersenyum manis.
Alhamdulillah, ya Allah. Kami selamat daripada kejadian gila itu. Ucap Nayl berkali-kali bersyukur kepada Allah.
Jadi, kes yang selama ini mereka bertekak, bergaduh hingga bercerai, semua tanda tanya yang Nayl siasat selama ini telahpun terjawab.
Selama ini Naurah salah faham. Sungguh dia berasa bersalah. Dia yang minta cerai dengan lelaki itu kerana tidak menyiasat dahulu sebelum bertindak. Ya Allah, isteri jenis apa aku ni? Tak gunanya aku! Aku dah salah faham dekat dia. Ya Allah, ampunkanlah segala-gala dosaku Ya Allah.
Share this novel