BAB 10

Romance Completed 31452

Ahad yang mencipta ceritera. Ahad yang penuh erti bagi Nayl dan Naurah. Jauh dalam sudut hati sebenarnya sengsara menunggu detik yang dinanti. Dalam resah jiwa, wajah Naurah tampak jernih bercahaya menjelang minggu itu. Setiap saat cahaya syurga bagai terbias pada dua jiwa itu. Mereka mengelak kerap bertemu minggu itu.

Segala urusan hanya melalui telefon. Masing-masing berkejar-kejar dengan jadual kerja.

Rumah keluarga Naurah pagi itu sudah terpasang dua kanopi putih dan dihiasi lampu-lampu taman. Sangat sederhana sebenarnya. Dalam sederhana tetap terserlah manisnya apabila semua hiasan taman, langsir dan jambangan bunga kekwa dipilih daripada warna putih.

Naurah mengukir senyuman memandang pelamin dihadapannya. Sungguh cantik. Majlis juga akan bermula tidak lama lagi.

Naurah bersiap sedia sekadarnya. Gaun pengantin putih sudah tersarung kemas pada tubuhnya dan bertudung putih. Kain renda yang amat sederhana dan serakan mutiara dan batu jemeki. Sungguh kelihatan cantik. Segala-galanya ringkas dan tidak memerlukan belanja banyak.

"Pejam mata tu, muka jangan kerut," perintah Aina yang meminjam set alat solek kakaknya untuk mengambil alih tugas bidan terjun mendandan Naurah.

Berbedak tipis, mata disapu pembayang warna gangsa. Itupun buat syarat saja untuk tidak nampak pucat. Pengalit mata dilarikkan sebelum disapu maskara.

"Tak mahu merah! Sikit aje dah!"

Naurah memberi amaran tatkala Aina mahu menyapu pemerah pipi.

"Pakai warna peach aje. Bibir lip gloss cukup!"

"Banyak bunyilah pengantin ni!" bebel Aina yang akhirnya terpaksa mengalah dengan kehendak Naurah.

"Yeay! Done! Comel pula aku mekapkan kau, Naurah."

Naurah melonjak girang. Jantung sudah berkencang dengan laju. Nafas dihembus. Cuba untuk bertenang. Senyuman manis cuba untuk diukir.

******

Langit terbuka menyambut doa kudus semua yang hadir. Bintang, bulan, seluruh cakerawala bagai sama mengaminkan.

Tulusnya janji dan ikrar Nayl tatkala bersumpah mengambil Naurah sebagai separuh daripada jiwanya. Malaikat bersaksi, seluruh arasy bergetar dengan penyerahan jiwa Naurah dan Nayl.

"Aku terima nikahnya Naurah Husna Binti Omar dengan mahar senaskhah al-Quran dan satu dinar emas tunai."

Selerung cinta bagai terhampar di jelapang hati Naurah. Segala-galanya mengapung harum dan diri terasa melayang ke langit tujuh. Segala yang berlaku bagaikan mimpi. Naurah memeluk Puan Suraya dengan penuh linangan air mata. Puan Suraya mengucup dahi anaknya dengan penuh kesyukuran.

Cincin disarung pada jari manisnya, dahinya dikucup lama oleh Nayl. Malu-malu dia mahu memandang lelaki itu. Senyuman cuba untuk disembunyikan. Entah mengapa, saat ini hatinya dilimpahkan dengan rasa sungguh bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience