"Ya Allah, babe. Kau okey tak? Ada sakit apa-apa? Demam? Selesema? Batuk?" soal Aina bertubi-tubi. Risau melihat keadaan sahabatnya apabila Naurah telahpun ceritakan semuanya pada Aina.
"Isy...Tak ada lah. Mana ada aku sakit. Aku okey lah," balas Naurah dengan tawa kecilnya. Kan dah cakap, kalau bersama Aina pasti akan ketawa dahulu baru lah mereka berdua serius.
"Huu...Lega aku dengar." Ujar Aina. Naurah tersenyum kecil, bersyukur dapat sahabat begini. Sangat mengambil berat walaupun hal itu kecil.
"Ya, aku pun ada tengok video tu, terkejut juga aku tengok. Dan, aku berbelah bagi nak bagitahu dekat kau. Aku sebenarnya memang nak rahsiakan benda ni daripada kau, sebab aku tak nak kau orang berdua jadi macam ni. Tapi, hmm...Benda tu telahpun terjadi." Jelas Aina memerhatikan wajah Naurah yang mula berubah.
"Aku tak kesah pun kalau dia tak ada di sisi aku lagi. Aku tak kesah langsung pun kalau dia dah tak ada dalam hidup aku. Aku boleh hidup tanpa dia. Tak sangka, dia buat aku macam tu Aina. Hati aku sakit sangat. Selama ni dia tipu aku, dia tipu aku Aina." Naurah mula teresak-esak menangis. Wajahnya mula merah dan sembap dek air mata yang mengalir laju membasahi pipinya.
Pantas Aina memeluk bahu sahabatnya. Kepala Naurah dilentok ke bahu Aina. Sedih apabila melihat sahabatnya menderita sakit. Dia tidak mahu melihat Naurah begini, dia mahukan Naurah yang dulu.
Keras kepala, keras hati, garang dan senang terhibur. Itu yang dia mahu. Bukan sekarang. Daripada semalam, Naurah tidak tidur. Mata pun sudah bengkak asyik menangis.
Sampaikan ke hari ini pun masih bertemankan dengan air mata. Makin sebak Aina melihat. Belakang Naurah digosok lembut. Berharap agar gadis itu bertenang.
"Dah lah tu babe. Jangan bazirkan air mata kau pada orang yang tak hargai kau. Sabar ya. Aku sentiasa ada dengan kau." Ujar Aina memberi Naurah bersemangat untuk menjalani perjalanan hidup. Tidak mahu melihat sahabatnya sepanjang hari asyik menangis.
"Thank you Aina. Kau lah sahabat dunia akhirat aku. Thank you sebab sentiasa ada dengan aku. Tanpa kau, mungkin hidup aku lebih teruk daripada sekarang." Ujar Naurah. Erat dia memeluk Aina. Tidak mahu melepaskan sahabat satu-satunya ini. Sungguh dia sayang.
"Aku dah buat keputusan," ujar Naurah sambil mengelap air matanya. Dia tidak mahu lagi melihat keadaannya begini. Ya, dia perlu meneruskan perjalanan hidupnya. Bukan begini, dia tidak perlu menangis. Menangis bertanda kita lemah. Naurah menguatkan topengnya lagi walaupun sebaliknya dia terluka.
"Keputusan? Keputusan apa?" soal Aina hairan. Berkerut dahinya. Dia sudah berfikir macam-macam.
"Aku tetap nak bercerai dengan Nayl dan aku akan paksa lelaki tak guna tu ceraikan aku." Putus Naurah muktamad.
Terlopong luas dan terkejut besar Aina mendengar kata-kata putus sahabatnya yang tidak masuk akal itu.
"Cerai?!" soal Aina terkejut. Naurah nekad. Dia tetap mahu berpisah dengan Nayl. Dia tidak mahu lagi hidup begini. Dia redha, melepaskan orang yang selama ini dia sayang.
Jika dia sayang seseorang itu, dia akan sayang sampai mati. Jika seseorang tersebut menyakitkan hatinya atau mempermainkan perasaannya, dia benci orang tersebut sampai ia mati.
Hatinya sudah tawar. Sudah tiada lagi cinta lelaki itu. Dia sungguh benci. Benci amat pada lelaki itu. Jadi, bagi Naurah dengan keputusannya itu mungkin akan buatnya bahagia. Dia tidak kisah jika orang mengumpat pasalnya yang dia janda.
Kalau lelaki itu muka elok ada rupa tapi hati busuk, apa gunanya? Jadi, itulah yang Naurah fikir sekarang ini. Dia tetap mahu berpisah. Tidak lagi mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu.
"Jap, babe. Kau dah fikir betul-betul ke ni? Kau jangan main cakap je. Cerai ni jangan nak buat main-main tau," ujar Aina yang masih tidak percaya. Bagaikan mimpi dengan apa yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
"Ya. Aku nekad, Aina. Aku dah tak nak ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Kau ingat senang-senang macam tu je ke aku nak maafkan dia, hei memang tak lah! Kalau dia minta maaf dengan aku tapi dia buat perkara yang sama, apa gunanya? Dah, keputusan aku muktamad, aku tetap nak bercerai dengan dia!" Putus Naurah. Dia sudah tidak mahu cakap apa-apa lagi. Mahu menolak tidak, mahu memaafkan lelaki itu lagi lah dia tidak mahu. Walau beribu-ribu orang datang padanya sekalipun memujuknya untuk memaafkan Nayl, sampai mati pun dia tidak akan maafkan Nayl. Kerana, hanya sekali yang dia cakap dia akan buat! Kalau sekali dia benci, sampai mati dia benci!
"Ya Allah, babe. Kau ni biar betul? Tak baik tau cakap macam tu. Dia masih suami kau tau. Syurga terletak pada suami kau. Aku tak nak kau jadi macam ni Naurah. Kau tu ada anak. Kalau dia dah besar nanti tengok tak ada ayah macam mana? Aku pasti, video tu semuanya daripada fitnah orang. Kita tak ada bukti nak salahkan Nayl. Kita kena siasat dulu sebelum bertindak. Babe, tolonglah. Jangan buat macam ni. Kalau kau sedih-sedih macam ni, aku pun sedih tau." Ujar Aina yang mula sebak di dada.
"Bukti? Aina, sekarang video tu dah viral. Semua orang cakap pasal suami aku tau. Aku ni yang tak bersalah pun kena. Lagi-lagi kalau dapat dekat mulut makcik bawang tu, tak ke dia mengata belakang aku dan suami aku? Sekarang, aku tak nak masalah ni terlibat dengan aku. Biar masalah tu masalah dia. Masalah aku, masalah aku. Aku tak nak lagi ada apa-apa hubungan dengan dia. Cukup! Aku dah tawar hati!" Ujar Naurah yang mahu memberhentikan kata-katanya dan menetapkan keputusannya.
"Ya, tahu benda tu dah viral. Tapi, kita kena siasat dulu. Mana lah tahu dia kena fitnah ke,"
"Stop. Keputusan aku muktamad. Aku dah tak nak apa-apa lagi. Kau pun tak payah nak berusaha nak bersubahat dengan dia untuk pujuk aku. Aku tak nak. Enough!" Putus Naurah yang mahu mengangkat punggung melangkah masuk ke dalam bilik. Tetapi sempat dihalang oleh Aina.
"Bersubahat? Ya Allah, Naurah aku tak nak tau kau fikir aku macam tu. Sumpah aku tak ada pun bersubahat ke, apa ke dengan suami kau. Aku cuma nak tolong kau orang berdua untuk berbaik semula. Aku tahu, ni semua fitnah. Zaman sekarang zaman fitnah. Please lah babe, tak payah lah kau nak percaya sangat dengan kata-kata orang. Video tu pun kau tak tahu datang dari mana dan kau tak tahu siapa yang rakamnya." Aina tetap berusaha lagi. Kali ini nada suaranya sedikit tinggi.
"Dah, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Cukup. Keputusan aku tetap. Dahlah, aku nak rehat kejap. Malas nak cakap pasal dia. Membazirkan air mata aku je." Naurah terus melangkah pergi.
"Kau tak terfikir ke tentang Sabrina? Minah gedik tu?" soal Aina pantas sebelum Naurah melangkah masuk ke dalam bilik.
Terhenti terus langkahnya. Dia tergamam. Dengan nama itu makin perit dan sakit hatinya saat ini.
Sabrina? Perempuan tu? Ya, aku dah lama tak jumpa dia. Jumpa dengan suami aku pun tidak. Ke mana dia pergi ya?
***********
"Tak apa, macam ni. Kita cari dekat bawah ni. Mana lah tahu dia duduk situ ke?" Arif yang mendengar cerita Nayl juga turut terkejut apabila video tersebut telahpun sampai ke Naurah. Ah, gadis itu memang susah untuk dipujuk. Lagi-lagi masalah itu membuatkan dia sakit hati dan masalah itu besar seperti masalah yang Nayl hadap saat ini. Cukup buat Naurah benci padanya.
"Dah, satu hari tau aku cuba cari dia. Satu kondo ni aku pusing cari dia. Tapi tak jumpa. Aku risau lah Rif," ujar Nayl yang mula tidak senang duduk. Hati sudah gelisah tak tentu arah.
"Okey, kalau macam tu kita pergi ke rumah mentua kau. Mana lah tahu, isteri kau ada dekat sana." Ujar Arif memberi pendapat pada sahabatnya yang kelihatan jelas serabut dan stress.
Dengar aje rumah mentuanya, dia sudah kalut. Gelabah dan takut. Dia pasti, video itu akan sampai juga pada papa Naurah. Macam lah dia tidak kenal papa Naurah itu bagaimana, panas baran orangnya. Kecut perut jika ia marah. Tidak berani dia ke sana.
"Tak. Aku tak nak ke sana. Kita cari tempat lain," ujar Nayl melangkah mendapatkan kunci keretanya dan berlalu pergi ke pintu utama.
"Jap, asal pulak tak nak ke sana? Bro, kalau kita tak ke sana macam mana nak jumpa Naurah? Mana lah tahu dia ada kat sana," masih berusaha untuk membawa sahabatnya ke rumah keluarga Naurah.
"Tak nak. Aku tak nak pergi sana. Dia tak ada pun kat sana, dah lah jom cari tempat lain." Ujar Nayl terus berlalu pergi. Arif mengeluh panjang. Pening kepalanya melihat rakannya sudah kelam-kabut.
Baru aje mahu membuka pintu rumahnya, tersentak Nayl melihat satu susuk tubuh seseorang sudah berada betul-betul di hadapan pintu rumahnya.
Mahu menitis air matanya. Lantas dia memeluk erat tubuh itu. Arif yang melihat juga turut terkejut. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya seperti tidak percaya yang Naurah sudah pulang.
"Abang minta maaf sayang, tolong lah percaya abang. Abang tak buat semua tu. Abang kena fitnah," ujar Nayl sambil memeluk erat tubuh Naurah.
Laju Naurah menepis dengan kuat. Dia menolak tubuh lelaki itu. Arif baru aje lega hatinya apabila melihat Naurah sudah mula baik dengan Nayl, tetapi apabila lihat aje Naurah menolak Nayl dengan kuat nyaris aje mahu jatuh, dia mula tidak sedap hati.
Naurah masuk ke dalam rumah tersebut dan melangkah masuk ke dalam kamarnya. Mencari barang-barangnya dan barang-barang si kecil yang masih belum diambil.
Tempoh hari dia gelabah sangat mengambil baju-bajunya dan barang-barang si kecil sehinggakan dia lupa mengambil barang-barang keperluannya dan si Naufal.
"Bro, aku balik dulu ya. Aku tak nak ganggu kau orang. Nanti apa-apa call aku," pesan Arif sebelum melangkah keluar dari rumah itu.
Nayl hanya sekadar mengangguk. Matanya sudah merah. Sah, Naurah memang masih marah padanya!
Melihat dua beg sudah berada kemas di dalam genggaman Naurah. Dia mahu melangkah keluar, tetapi dihalang oleh Nayl. Dia menggenggam erat lengan Naurah.
Kuat Naurah menolak dada Nayl. Saat ini hatinya sungguh panas, wajahnya mula merah, air mata laju mengalir di pipinya. Tajam dia memandang Nayl.
"Apa yang kau dah buat? Kau tipu aku, kan?! Kau kata kau dah berubah, tapi apa kau buat dekat aku?!!" Bentak Naurah dengan nada suara sungguh tinggi.
"Naurah, awak dengar dulu... Itu semua fitnah. Abang tak buat pun benda tu. Sumpah, abang tak buat. Tolong lah percaya abang, diorang fitnah abang, Naurah." Bersungguh-sungguh Nayl memujuk isterinya agar Naurah percaya padanya.
"Tak, dalam video tu memang kau! Kau tipu aku!!" Jerit Naurah dengan sangat kuat. Saat ini hatinya sungguh sakit dan kecewa. Nayl mengeluh panjang, susah untuk dia jelaskan kalau Naurah tidak berinya peluang dan tidak percaya padanya.
"Sekarang ni aku nak kau ceraikan aku!" Permintaan Naurah membuatkan Nayl tergamam. Dia tidak dapat terima dengan permintaan isterinya.
"Tak, abang tak akan ceraikan awak. Tolonglah, sayang...percaya dekat abang. Abang tak buat pun semua tu. Tolonglah...Dan abang tak akan ceraikan Naurah." Rayu Nayl sambil memegang kedua-dua bahu Naurah agar gadis itu berhadapan dengannya.
Kuat Naurah menepis tangan Nayl. "Aku tetap nak kau ceraikan aku! Kalau kau tak nak ceraikan aku, aku akan pergi dari sini. Dan, kau tak akan jumpa aku dan anak kau lagi buat selama-lamanya!!" Putus Naurah dengan nada suara sungguh tinggi. Nayl mengeluh lemah. Sungguh dia tidak dapat terima tetapi Naurah memaksanya untuk dia ceraikan isterinya itu.
Dengan permintaan itu, Nayl juga turut mengalirkan air mata. Dia memandang Naurah. Nafas ditarik dalam-dalam. Sekarang, dia sudah mengalah. Dia tidak mampu lagi buat apa-apa. Dan sekarang tibalah masanya untuk dia melepaskan gadis itu. Sungguh dia berat untuk melepaskan, tetapi Naurah tetap memaksanya.
"Tapi..."
"Aku dah tak nak dengar lagi apa-apa daripada kau. Cukup sampai sini, kau dah hancurkan hati aku."
Pantas dia mencapai begnya semula dan melangkah keluar daripada rumah tersebut. Tubuh lelaki itu serta-merta lemah, terduduk dia di atas lantai. Tubuh disandarkan pada dinding dengan air mata turut mengalir. Penumbuk dikepalkan. Sekarang dia sedang mencari jawapan, siapa yang buat video itu bersamanya dan siapa yang viralkan video tersebut? Dia tak akan berputus asa untuk mencari jawapan itu.
Share this novel