BAB 51

Romance Completed 31452

Laju langkahnya berjalan mencari wad yang dimana Encik Omar berada. Terkejut besar dia apabila dia dapat tahu papanya masuk hospital.

Ya Allah, kuatkan lah hati hamba dan berikanlah kekuatan pada diri hamba dalam ujianmu, Ya Allah.

Menitis air mata Naurah melihat ayahnya masih belum sedarkan diri. Kata Puan Suraya, petang tadi Encik Omar batuk-batuk tidak henti sehinggakan orang tua itu tidak dapat bernafas. Bernafas pun sedikit kerana dia sungguh lemah pada saat itu.

Sehinggalah dia pengsan. Puan Suraya lantas menghubungi ambulans segera dan membawa suaminya ke hospital.

Lantas dia mendapatkan mamanya yang sedang teresak-esak menangis. Erat Puan Suraya memeluk tubuh anaknya yang baru sampai.

Naurah tidak dapat lagi menahan tangisannya. Serta-merta air matanya mengalir melihat keadaan ayahnya begitu.

"Mama, papa tak ada apa-apa kan? Papa okey, kan?" Soalnya dengan esakan tangisannya. Puan Suraya mengangguk lalu menyeka air matanya.

"Ya, papa okey. InsyaAllah papa tak ada apa-apa. Kita sama-sama doakan untuk papa ya." Dia memujuk anaknya agar Naurah tidak lagi bersedih-sedih.

Naufal lantas mendapatkan papanya yang juga turut datang. Lama Nayl memerhatikan mereka. Dia juga berasa sebak. Sedikit pun dia langsung tidak letak perasaan dendam dia pada Encik Omar. Dia sudah menganggap Encik Omar seperti ayahnya sendiri.

Tiba-tiba, mereka melihat Encik Omar sedikit bersuara. Suaranya begitu serak. Nayl tidak mahu orang tua itu makin bertambah marah apabila melihatnya turut ada di situ. Takut nanti Encik Omar bertambah sakit pula.

Lantas dia membawa anaknya keluar daripada wad tersebut. Naurah dan Puan Suraya yang sedang teresak-esak menangis lantas berpaling melihat Encik Omar yang separuh sedar itu.

"Abang..." Tangan suaminya dipegang.

"Na...Naurah. Papa nak minta maaf..." Ujarnya sedikit tersekat-sekat.

Naurah berkerut dahi. "Kenapa papa nak minta maaf dekat Naurah? Papa tak salah pun. Naurah yang salah, papa. Naurah degil tak dengar kata papa. Naurah minta maaf." Ujarnya lalu mengucup belakang tangan papanya.

Encik Omar mengukir senyuman. "Papa...nak...minta maaf dekat Nayl. Pa...Papa banyak buat salah dekat dia. Dia tak salah. Papa salah." Ujarnya lagi dengan sedikit tercungap-cungap. Perlahan-lahan dia menyedut gas oxygen yang dipakai itu.

Menitis air mata Naurah. "Tak...Papa tak salah..." Makin risau mereka melihat keadaan Encik Omar yang begitu lemah. Nayl yang berada di luar juga turut sama risau. Dia pun tidak senang duduk melihat keadaan Encik Omar semakin lemah.

********

Pada malam itu, mereka bersama-sama menemani Encik Omar. Tetapi, Naurah sedikit sedih apabila melihat mamanya kelihatan pucat dan penat.

Tidak sampai hati pulak mahu beri mama menemani papanya. Sedangkan dia boleh menemani papanya.

"Mama." Panggilnya perlahan-lahan mendapatkan mama. Jam sudah tepat pukul 10 malam. Risau pula dia jika mamanya tidak cukup tidur. Biarlah dia tidak cukup tidur sekalipun, janji mamanya dapat berehat.

Puan Suraya masih lagi sedih dengan keadaan suaminya sehinggakan tidak mahu pulang. "Mama pergi lah balik ya. Biar Naurah aje yang teman papa malam ni."

"Tak apa. Biar mama teman papa. Mama nak papa sihat cepat." Ujarnya lalu menyeka air mata yang mahu mengalir lagi.

Sudah banyak kali dia pujuk, tetapi Puan Suraya tetap mahu menemani suaminya. "Mama kena rehat. Mama tak boleh lah sedih-sedih macam ni. Mama balik lepastu rehat ya. Esok mama datang okey." Pujuk Naurah pada mamanya yang masih teresak-esak menangis.

"Tak apa, mama okey sayang. Naurah yang kena banyak rehat. Jangan risau tentang mama ya." Senyuman lebar mekar dibibir. Naurah menghela nafas panjang. Mama tidak mahu pulang dan terpaksa lah mereka bermalam di sini.

"Okey, mama rehat ya. Jangan sedih-sedih tau." Pujuknya lagi sambil menyeka air mata mamanya. Puan Suraya tersenyum lalu mengangguk.

Melihat mamanya sudah melelapkan mata. Dia terus mendapatkan Nayl dan anaknya yang berada di luar. Haih, kasihan mereka berdua. Sudah lama menunggu di luar.

"Awak..." Kelihatannya Nayl sudah melelapkan mata. Turut sama si kecil itu yang sedang nyenyak tidur di atas peha ayahnya.

Perlahan-lahan lelaki itu membuka mata. Dia meraup wajahnya. "Macam mana dengan keadaan pak long?" Soalnya. Naurah menghela nafas berat.

"Papa...Dia lemah sekarang ni. Kalau awak nak masuk, pergi lah."

"Eh, tak apa lah. Takut nanti dia marahkan saya lagi bertambah sakit dia nanti," Nayl menolak yang dia tidak mahu masuk ke dalam. Dia pasti, lelaki itu jadi begitu kerana dia.

"Tak. Papa dah tak macam apa yang awak sangka Nayl. Dia dah dapat maafkan saya dan awak." Ujar Naurah dengan senyuman dibibir. Kelopak matanya mula basah lalu dia menyeka air mata yang mengalir laju dipipi.

"Err...Tak apalah. Saya datang esok aje."

Naurah mengangguk. Perlahan-lahan tubuh si kecil itu dibaringkan di atas kerusi yang tersedia di situ. Kasihan dia melihat anaknya itu.

"Saya balik dulu." Dia terus melangkah pergi. Tak sampai beberapa langkah, namanya diseru. "Hati-hati." Ucap Naurah dengan senyumannya. Nayl mengangguk lalu membalas senyumannya dan meneruskan langkahnya pergi.

Jika lelaki itu pergi dia berasa tidak tenang. Tetap mahu di sisi lelaki itu tetapi kenapa Nayl menipunya? Yang itu dia langsung tidak dapat terima.

********

"Ya Allah, abang. Nayl kata dekat saya, Omar dia masuk hospital. Abang, saya risau lah. Jom kita pergi melawat dia nak tak?" Ujar Puan Zainab. Dia melihat wajah suaminya langsung tidak mengambil peduli tentu itu.

"Kalau awak nak pergi, awak pergi. Saya tak nak." Tolaknya. Puan Zainab menghela nafas panjang.

"Abang, kenapa abang dah lain? Dulu abang tak macam ni tau. Abang, kita ni banyak sangat terhutang budi pada keluarga mereka. Kita yang kena banyak balas jasa baik mereka." Puan Zainab masih lagi mahu memujuk suaminya.

Encik Rahim terdiam seketika. Percaya lah, Encik Rahim tidak terlalu lama benci atau memarahi seseorang itu. Lama kelamaan dia akan berasa serba salah.

Teringat kembali jasa baik mereka yang selama ini mereka banyak menolong keluarganya, dia sungguh berasa serba salah saat ini. Dia termenung seketika.

"Baik. Abang ikut sekali. Tapi, abang tak nak lama-lama dekat sana." Dia terus mengangkat punggung dan berlalu pergi. Puan Zainab tersenyum lebar. Lega hatinya apabila suaminya setuju.

********

Pagi-pagi Naurah sudah bersembang mesra dengan papanya. Ya Allah, hanya tuhan aje tahu perasaannya saat papa sudah dapat maafkan dia.

Naurah tetap memaksa Nayl masuk ke dalam. Dia tahu papa sudah dapat maafkannya tetapi kenapa Nayl tidak mahu berjumpa dengan papa.

Dia berasa sedikit berat hati, dia mengatur langkahnya masuk ke dalam wad tersebut. Senyuman cuba diukir. Dia terus menghulurkan tangannya untuk bersalam pada Encik Omar.

Encik Omar juga turut tersenyum lalu menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. "Pak long minta maaf Nayl. Pak long minta maaf...Pak long dah banyak buat salah dengan kamu. Pak long minta maaf ya." Ucapnya berkali-kali.

Terkejut Nayl. Adakah pak long sudah dapat menerimanya kembali? Ya Allah, dia sungguh bersyukur.

"Tak. Pak long tak salah. Nayl yang salah."

Encik Omar menyeka air matanya yang mengalir. Alhamdulillah, pak longnya sudah membuka hati untuk memaafkannya.

"Pak long banyak terhutang budi dengan kamu. Sebelum pak long jadi macam ni, pak long ada jumpa dengan Dato Sufi. Dia kata, Nayl yang selesaikan semua hotel pak long sehinggakan hotel pak long mula bangun semula. Pak long banyak buat salah dengan kamu, sedangkan orang yang Pak long benci ni lah yang banyak tolong pak long. Pak long minta maaf sangat-sangat Nayl. Pak long yang salah. Dan, terima kasih banyak-banyak sebab selama ni dah bantu pak long dalam kesusahan." Ceritanya yang mula mengalirkan air mata. Sungguh dia berasa kejam. Orang yang banyak bantu dia lah yang banyak dia buat salah terhadap orang itu.

Naurah tersenyum. Lega apabila ayahnya dapat menerima Nayl kembali. Naufal yang berada di sebelah Naurah juga turut tersenyum. Puan Suraya menyeka air matanya. Lega hatinya saat ini.

"Tak apa, pak long. Saya ikhlas buat semua ni. Pak long tak salah pun. Saya yang banyak salah dengan pak long. Saya nak minta maaf juga ya." Dia memeluk tubuh lelaki itu untuk kali kedua. Kali ini sungguh erat dia memeluk.

Haih, ya Allah. Terima kasih Allah sudah menentukan segala-galanya dengan baik. Takdir yang baik dan sungguh indah.

********

Masuk aje di dalam wad itu. Nayl terus mendapatkan mak dan ayahnya yang baru sampai. Turut juga sama dengan abang Naim nya.

Di kucup tangan mak dan ayahnya. Encik Rahim duduk berjauhan dari Encik Omar. "Su, macam mana keadaan suami Su?" Soal Puan Zainab pada adik iparnya. Puan Suraya tersenyum tipis.

"Alhamdulillah, okey je. Tapi, doktor suruh dia banyakkan berehat." Jawab Puan Suraya.

"Rahim..." Suara itu membuatkan semua yang berada di situ menoleh memandang Encik Omar yang baru sedar.

Encik Rahim buat-buat tidak pandang dan tidak mendengar panggilan daripada Encik Omar. "Aku nak minta maaf. Aku dah banyak buat salah pada keluarga kau. Mungkin ini lah balasan Allah bagi dekat aku sebab aku dah banyak buat salah pada kau. Maafkan aku Rahim." Ujar Encik Omar lalu terbatuk-batuk beberapa kali.

Makin tebal rasa serba salah Encik Rahim itu. Dia memandang orang tua itu. Lalu melangkah mendapatkan Encik Omar.

Bahu Encik Omar ditepuk beberapa kali. "Dah lah. Jangan cakap pasal tu lagi. Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa kau. Sebab itu lah dia buat macam ni. Lagipun, kami sekeluarga juga banyak terhutang budi pada kau dan keluarga kau. Sekarang tak perlu lagi nak ungkit-ungkit kisah lama. Kita ni dah macam keluarga. Tak perlu lagi nak gaduh-gaduh."

Encik Omar tersenyum lalu menghela nafas lega. Entah mengapa, saat dia fikirkan balik dia banyak sangat buat salah dengan keluarga Encik Rahim. Terutamanya, Nayl.

Yang paling banyak dia buat salah pada Nayl. Lelaki itu sangatlah dia malu mahu berhadapan. Tetapi, dia tetap perlu membalas jasa baik Nayl yang selama ini telah membantunya dalam kesusahan.

Lelaki itu sangat baik walaupun sudah dibencikan oleh orang lain. Masih mampu bertahan sepanjang perjalanan hidupnya.

Jam sudah tepat pukul 1 petang. Lama juga mereka semua berada di situ. Seperti biasa, Encik Omar dah mula seperti dahulu bersembang mesra bersama Encik Rahim. Itu yang mereka mahukan.

Yang paling sakit mata Nayl saat ini apabila dia terpandang abangnya sedang bermesra dengan Naurah. Haih, sakit pulak hatinya saat ini.

"Lepastu kan, abang rasa lah kan abang akan cari perempuan ciri-ciri macam Naurah lah. Walaupun ego tinggi tapi pemaaf. Hah, yang itu lah abang nak." Bicara Naim pada Naurah. Naurah tertawa kecil.

Lagi sakit mata Nayl apabila melihat mereka berdua duduk berapat-rapat. Haih, abang aku ni dah lebih-lebih. Dengan bekas isteri aku juga lah dia nak. Isy! Tak boleh jadi ni! Marah Nayl dalam hati sambil merenung tajam pada mereka berdua.

"Jangan lah cari perempuan macam perangai Naurah ni. Naurah ni keras kepala. Garang. Ego terlampau tinggi lagi. Takut abang tak tahan pulak." Naurah tertawa lagi.

"Tapi, saya boleh tahan. Sebab saya sayangkan awak."

Suara itu membuatkan mereka berdua yang sedang rancak bersembang tadi terdiam terkaku. Naurah menelan liur apabila melihat kemunculan lelaki itu. Nayl.

Nayl tersenyum kecil. Naim menahan tawanya. Haih, ada-ada aje adiknya ini. Naim tahu Nayl cemburu apabila dia rapat dengan Naurah. Dengan itu, dia mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi cemburu Nayl.

"Okey, kalau macam tu abang ambil Naurah aje lah. Sebab abang suka lah perempuan macam Naurah ni." Hah sudah! Naurah terkaku sendiri. Nayl tersentak dengan kata-kata abangnya itu yang mula tidak betul.

Makin membara api kemarahannya. Naim memberi isyarat mata pada Naurah. Okey, sekarang Naurah sudah tahu. Dia tengok gaya Naim bercakap pun dia sudah tahu. Lagipun, dia memang nak kenakan lelaki itu.

Merajuknya belum habis lagi saat ini. Masih marahkan lelaki itu walaupun dia tersenyum aje. Siap kau Nayl!

"Oh, err...boleh je. Tapi...Naurah janda anak satu. Abang boleh terima ke?" Balas Naurah dengan suaranya yang sungguh comel. Naim tersenyum lebar. Masih mampu menahan tawa apabila melihat wajah Nayl mula merah menahan marah.

"Eh, mestilah boleh. Orang kata, lebih baik ambil janda. Sebab dia dah ada pengalaman. So, abang ambil Naurah aje lah." Naurah dan Naim menahan tawa apabila melihat Nayl tidak senang duduk.

"So, kita couple lah?"

"Yes."

Ah, lagi bertambah kemarahannya. Bagaikan mahu meletop dia saat ini. Tiba-tiba, matanya terpandang mereka berdua. Naim sengaja menghulurkan tangannya pada Naurah agar gadis itu menyambut tangannya.

Lantas Nayl menepis dengan kuat tangan abangnya. "Oi! Haram!" Ujarnya dengan bernada tegas. Kali ini dia tidak lagi duduk diam. Tajam dia memandang abangnya itu yang mula menggatal dengan Naurah.

Naurah tertawa kecil. Dia menekup mulutnya. "Kenapa? Kau cemburu?" Soal Naim mengenakan adiknya. Nayl menelan liur. Dia sudah gagap memikirkan jawapan untuk diberi. Hah, tulah kau ni Nayl. Tunjuk sangat yang kau ni cemburu. Kan dah kena. Bebel Nayl dalam hati. Bibir digigit. Tidak menjawab, lantas dia mendapatkan anaknya itu. Malas mahu melayan mereka berdua walaupun hatinya saat ini cemburu pada mereka berdua.

*********

Sudah seminggu Encik Omar berada di hospital. Kini dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat. Kata doktor, Encik Omar ada masalah jantung. Dia kerap sakit jantung. Lagi-lagi dia ada masalah ataupun dia selalu memikirkan hal yang buruk, sebab itu juga ia membolehkan dia sakit jantung.

Selesai Nayl menghantar mereka pulang ke rumah, Encik Omar memanggil Nayl sewaktu lelaki itu mahu melangkah keluar daripada bilik rehat Encik Omar.

"Ya, pak long. Ada apa-apa yang nak Nayl bantu?" Soalnya mendapatkan Encik Omar. Orang tua itu tersenyum lebar.

Selama seminggu dia berada di hospital. Nayl banyak membantunya. Tidak dia lupa juga, Naurah dan isterinya juga banyak membantunya selama dia di hospital.

"Terima kasih sebab dah jaga pak long selama pak long berada di hospital." Ujar Encik Omar pada Nayl dengan senyuman lebar.

Nayl juga turut tersenyum. "Tak ada apa lah pak long. Saya okey je. Pak long banyakkan berehat ya. Nanti kalau ada apa-apa bagitahu saya." Ujar Nayl mesra.

Encik Omar mengangguk. "Nayl..."

"Ya pak long." Nayl melabuhkan duduk di birai katil.

"Nanti kalau pak long dah tak ada, kamu tolong jagakan Naurah ya. Selama ni pak long dah salah faham. Kamu difitnah. Pak long nak minta maaf sangat-sangat. Kamu dah banyak sangat tolong pak long, tapi pak long je salah faham terhadap kamu. Maafkan pak long ya. Dan...Tolong jagakan Naurah ya. Dia masih sayangkan kamu. Pak long pasti, jodoh kau orang berdua masih kuat. Pak long doakan moga kau orang berdua kekal hingga jannah." Ujarnya dengan hati yang menebal dengan perasan bersalah terhadap lelaki itu.

Nayl tersenyum lebar. Kelihatannya Encik Omar seperti mahu menangis. "Pak long jangan sedih-sedih ya. Saya ni sikit pun tak ada letak perasan benci dan dendam pada pak long. Saya pun tahu ni semua salah saya. Saya tipu Naurah. Saya pentingkan diri sendiri. Saya pun nak minta maaf pak long." Tangan Encik Omar dikucup.

"Ye lah. Lagi sekali pak long nak minta maaf dengan kamu. Kalau suatu hari nanti pak long dah tak ada, tolong...Tolong jagakan Naurah ya. Pak long tahu, hanya kamu aje yang boleh jaga Naurah. Terima kasih ya." Ujar Encik Omar.

Nayl tersenyum sebaris. "Pak long jangan lah cakap macam tu. Insya-Allah, kalau tiada halangan kami akan seperti dahulu. Kalau tiada jodoh saya dengan Naurah, Insya-Allah akan ada jodoh yang terbaik untuk Naurah selepas ini."

Encik Omar tersenyum. Ya Allah, lelaki ini lah yang selalu dia benci. Lelaki ini lah yang selalu dia marah, benci dan selalu dimaki. Tetapi, lelaki ini jugalah yang telah membantunya saat dia susah tanpa dia tahu.

Saat dia difitnah semua tidak percaya. Apabila kejadian itu betul-betul jadi padanya dan yang Nayl difitnah, Encik Omar terasa sungguh bersalah.

Dia tidak percayakan Nayl. Dia bencikan Nayl, tetapi lelaki ini lah yang terbaik untuknya dan Naurah.

Berkali-kali dia bersyukur kepada Allah. Dan dia berharap sangat hubungan Naurah dan Nayl menjadi seperti dahulu dan kekal hingga akhir hayat.

"Nayl, jom makan. Mak long dah masak. Nanti call mak ayah kamu datang ke sini kita makan bersama-sama." Muncul Puan Suraya dimuka pintu bilik rehat suaminya.

"Baik mak long. Nanti saya bagitahu dia orang ya."

"Hah, ye lah. Mak long turun dulu ya."

Nayl tersenyum. Sungguh saat ini hatinya lega. Lega sangat-sangat. Dia tahu jodoh dia dan Naurah masih kuat. Insya-Allah, dengan itu dia mahu rujuk balik dengan Naurah. Berharap sangat tiada lagi halangan untuk mereka bersama.

Hai guys! Sorry sangat² sebb lmbat update :( Nana busy dengn study, huwaaaa sorry guys lambat update chapter... Jangan lupa komen and follow sekali ya, thank you ^^ Hope korang suka dengan chapter ni. Bye! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience