BAB 42

Romance Completed 31452

Air mata mengalir laju. Betulkah Sabrina dan Nayl mahu berkahwin? Ya Allah, sungguh hatinya saat ini makin sakit.

Saat ini dia berasa sungguh keliru. Benci terhadap lelaki itu dengan apa yang lelaki itu buat padanya dahulu. Tetapi, dia masih tidak boleh menipu pada dirinya yang dia masih sayangkan lelaki itu. Sejujurnya dia cemburu apabila melihat Nayl bersama perempuan lain.

Ah, sungguh menyakitkan hatinya!

Laju air matanya mengalir. Hatinya terlampau sakit saat ini. Terngiang-ngiang kata-kata Sabrina tadi apabila dia terserempak dengan wanita itu pada petang tadi.

"Mungkin, tak lama lagi Nayl akan jadi milik aku."

"Hm, kesian dekat Naufal tak ada ayah. And, ayah dia pula tak lama lagi dah nak kahwin dengan I."

Ah, kata-kata itu sangat menyakitkan hatinya. Dia menangis semahu-mahunya di biliknya. Barang-barang yang berada di depan matanya, semuanya ditolak ke bawah dengan hati yang sungguh sakit.

"Argh!!" Jerit Naurah kuat. Sudah tidak dapat tahankan lagi. Dulu dia tidak seperti ini, tetapi sejak dia bertemu dengan Nayl dia kembali seperti dahulu.

Naufal yang sedang fokus menyiapkan kerja sekolah, terkejut apabila terdengar jeritan kuat dari suara mamanya. Dia yang tidak tahu apa-apa, lantas melangkah pergi ke kamar si mamanya.

Tombol pintu bilik tidur Naurah dipulas perlahan-lahan, matanya sudah menangkap susuk tubuh mamanya yang berada di atas katil.

Kelihatannya, gadis itu teresak-esak menangis. Si kecil itu terus melangkah mendapatkan mamanya. Terkejut melihat si mama jadi begini.

Segala-galanya barang-barang dan juga bantal-bantal yang berada di atas katil kini berada di atas lantai. Melihat Naurah sedang teresak-esak menangis sambil meramas-ramas rambutnya.

"Mama?" Panggilnya lembut. Duduk dilabuhkan di hadapan mamanya. Memerhatikan wajah sembap Naurah.

"Mama, are you okey?" Soalnya tak lepas-lepas memerhatikan mamanya yang daripada tadi senyap dan hanya teresak-esak menangis.

"Naufal sayang mama?" Soalnya tiba-tiba masih lagi dengan suara esakan tangisannya.

Berkerut dahi si kecil itu. "Of course lah Naufal sayangkan mama. Kenapa ni?" Jawab si kecil itu lembut. Makin banyak air matanya laju mengalir saat ini.

Lantas dia memeluk erat tubuh si kecil itu lalu dikucup lama kepala Naufal. Tak lama kemudian, Naufal teringat sesuatu.

Perkara tersebut dia masih tertanya-tanya hingga sekarang. Kata-kata Nayl masih terngiang-ngiang di peluput telinganya saat ini.

"Mama..." panggil si kecil itu.

"Ya, sayang." Air mata diseka. Tidak mahu Naufal melihatnya sedih begini. Segala masalah yang menyakitkan hatinya, dia mengambil jalan untuk pendam. Pendam semuanya.

Jika diluahkan pada sesiapa pun, mereka tidak akan ambil tahu pun. Malah, mereka hanya ketawa dengan apa yang dia hadapi dugaan ini.

Wajah si kecil itu direnung. Menunggu kata-kata seterusnya daripada mulut Naufal.

"Betul ke, Uncle Nayl tu papa Naufal?" Soal Naufal teragak-agak tetapi dia tetap mahu bertanya pada mamanya tentang soalan itu.

Berubah air muka Naurah. Dia sedikit tersentak dengan pertanyaan anaknya. Siapakah yang bagitahu hal ini pada Naufal?

"Err...Naufal. Mama nak tidur dulu," sengaja ditukar topik perbualannya. Baru aje badan mahu direbahkan di atas katil, lengannya ditarik oleh Naufal.

"Mama tak jawab lagi soalan Naufal? Betul ke Uncle Nayl tu papa Naufal?" Soal Naufal, lama direnung anak mata Naurah. Berharap mamanya menjawab soalannya yang selama ini dia mahu tanya pada Naurah.

Naurah kembali menangis. Sebak di dada tidak dapat ditahan. Dia masih gagap, susah untuk dia jelaskan. Pasti, Nayl sudah bagitahu segalanya pada Naufal!

"Mama, tell me now!"

"Ya! Uncle Nayl tu papa Naufal. Mama salah! Sebab mama tipu Naufal. Mama kata yang papa Naufal dah mati! Tapi, sebenarnya Uncle Nayl tu lah papa Naufal." Akhirnya terjawab juga segala-galanya persoalan yang selama ini Naufal mahu tahu.

Anak kecil itu tergamam. Seperti tidak percaya dengan jawapan mamanya. "Mama minta maaf sayang. Mama minta maaf. I am so sorry...Mama terpaksa tipu Naufal. Mama minta maaf," tangan anaknya ditarik perlahan-lahan dan mahu dikucup tetapi Naufal menepis dengan kuat.

"Kenapa mama tipu Naufal? Why mama?!"

"Mama minta maaf. Satu hari nanti, Naufal akan tahu kenapa mama tipu Naufal. I am so sorry sayang." Tangan Naufal cuba ditarik lagi.

"Mama yang jahat! Sampai hati mama tipu Naufal! Naufal benci mama! I hate you mom!" Jerit si kecil itu lantas mengangkat punggung dan berlalu pergi dari situ.

Dia membohongi anaknya bersebab. Bukan sengaja. Naufal jadi begitu mungkin dia terkejut dengan penjelasan mamanya.

Sungguh, hati Naurah makin sakit. Perit. Terluka!

"Naufal..." Dia cuba memanggil anaknya tetapi si kecil itu sudah pun berlalu pergi dengan perasaan yang masih marah terhadap mamanya.

Naurah meramas-ramas kepalanya. Stress! Makin kuat dia menjerit.

Si kecil tersebut terus masuk ke dalam bilik tidurnya lalu menangis semahu-mahunya. Sedih, orang yang dia benci selama ini ialah ayahnya sendiri.

*********

Hatinya masih belum terubat. Sungguh sakit apabila Nayl telah menceritakan semuanya pada Naufal!

Dia tetap mahu berjumpa dengan lelaki itu. Otak ligat berfikir mahu mencari di mana lelaki itu berada.

Tiba-tiba dia dapat satu idea. Hotelnya pernah ada satu projek sendirian tetapi mereka bekerjasama dengan hotel Nayl. Dia pun tidak pasti itu hotel Nayl atau hotel orang lain. Tentang projek kerja sebuah hotel yang langsung Naurah tidak ketahui semua ada dengan Naurah. Tetapi masih tertanya-tanya, siapakah pemilik hotel tersebut?

Fail yang tempoh hari lepas Nayl memberikan padanya dicari di satu-satu laci mejanya. Satu fail berwarna putih dijumpai di dalam satu laci yang terletak di meja kerjanya lantas dicapai lalu dibelek satu persatu.

"Hotel Seri Mutiara?"

*********

"You ada nampak Sarah tak? I dah lama tak nampak dia. Selama I tak ada dekat Malaysia ni, dia ada tak dekat office?" Soal Sabrina pada PA nya.

Tertanya-tanya juga, sudah hampir seminggu juga dia pulang ke Malaysia. Tetapi, kelibat Sarah langsung tidak kelihatan. Ke mana pulak gadis itu pergi?

"Err...Sorry boss. Saya pun tak ada nampak dia sejak boss ke UK. Dia datang ke office pun jarang." Jelas PA nya. Makin berkerut dahi Sabrina. Pelik.

"Oh, it's okey. Thank you,"

Tak lama kemudian, pintu pejabatnya diketuk. PA nya terus keluar dan seseorang pula yang masuk. Fikiran yang serabut tadi terus hilang apabila Nayl masuk ke dalam pejabatnya. Ah, jika lelaki itu ada di depan mata aku, sungguh hati aku tenang.

"Hai." Nayl mengambil tempat dihadapan Sabrina.

"Hai. Err...I ada ganggu you ke? You busy?" Soal Nayl takut jika mengganggu Sabrina waktu kerja.

"Eh, tak lah. I tak busy pun. Ada apa datang jumpa I ni?"

"Lah, nak jumpa you pun tak boleh. Okey lah kalau macam tu, I balik je lah." Gurau Nayl sengaja mengangkat punggung tetapi dihalang oleh Sabrina. Pecah tawa mereka bersama. Nayl tidak pernah tak buat lawak. Bagi dia, buat lawak itu menghiburkan diri sendiri yang sedang terluka sakit.

"Bukan macam tu. I pelik. You datang sini pun seminggu sekali je jumpa dengan I. Lagipun, I faham. You kan busy dengan kerja. So, I tak nak lah kacau you," ujar wanita itu sambil merenung lama wajah bakal suaminya itu.

"Tak ada lah. Saja datang sini." Balas Nayl dengan senyuman lebar di bibir. Dia menggaru-garu kepalanya. Dia pun tidak faham kenapa dia datang ke sini berjumpa dengan Sabrina.

"Err...Sabrina. I nak tanya sikit boleh?"

Wanita itu berpaling memandang Nayl dihadapannya dengan kening terjongket. "You nak tanya apa?" Soal gadis itu. Tetapi sebaliknya, masih berhati-hati.

"I nak tanya, you masih ingat lagi tak tentang birthday party you tahun lepas? I rasa bukan tahun lepas, but yang lepas-lepas punya. You masih ingat?" Soal lelaki itu dengan wajah kali ini sungguh serius. Walaupun hal itu sudah lama, tetapi dia tetap mahu tahu juga kenapa dia berada di sebuah hotel bersama wanita lain. Dan, dia pasti yang dia difitnah!

Gadis itu sedikit tersentak. Air mukanya mula berubah. Liur ditelan. Otak sedang bekerjasama memikirkan alasan itu. Lidah mula kelu dan gagap untuk bersuara.

"Err... Birthday party? Sorry, I tak ingat sangat, sebab I banyakkan sambut birthday I dengan family je. Disebabkan I ni tak ada mak. So, I sambut dengan kawan-kawan I je lah. Kenapa?" Bohong Sabrina sengaja dibuat tidak tahu apa-apa. Tetapi perkara itulah yang paling dia ingat sampai ke hari ini.

"Oh. Err...You tak ingat? Yang I...." Belum habis lagi kata-katanya. Sabrina mula memotong.

"Err...Nayl. I sebenarnya ada something nak bagitahu dekat you."

Terhenti terus kata-kata Nayl. Sengaja betul wanita itu menukar topik perbualannya bersama Nayl. "Yes? What?"

"Actually, I dah lama sangat nak luahkan benda ni dekat you. But, I malu lah," Ah, dah mulalah dengan suara gedik dia tu. Bertambah lagi dengan tawa gediknya sungguh menjijikkan.

"Dengar macam serius sangat ni. Apa dia?" Soal Nayl yang turut tertawa kecil.

"Sebenarnya, I dah lama sangat...suka dekat you. Serius, I tak boleh nak lupakan you Nayl. I tak boleh nak lupakan cinta kita yang dulu. I sayangkan you, cintakan you. Ya, I ni siapa je. You tu kan sayangkan Naurah. But, I ni tak lah macam Naurah. Naurah tu cantik, baik hati," luah Sabrina sedikit menunduk.

Tersentak lelaki itu dengan luahan wanita dihadapannya itu. Apa yang Sabrina cakap ni? Dia masih tidak dapat lupakan cintanya dahulu? Ah, sungguh makin serabut kepala otaknya saat ini!

"Daddy I nak I kahwin dengan anak kawan dia. So, nak buat macam mana kan? I terpaksa ikut and I terpaksa pendam cinta I dekat you. Maybe, bulan depan kita orang akan bertunang. And, I akan cuba sedaya upaya I untuk lupakan cinta kita. And maybe, kita tak ada jodoh." Sambung wanita itu dengan senyuman sebaris di bibir. Hatinya saat ini sungguh kecewa.

"Wait, apa yang you cakap ni? Sabrina, I dah anggap you sebagai kawan I je. Hanya you aje tempat meluah I. Please, cerita dulu tak payah nak ingat balik. I hope you boleh move on dengan semua kisah lama kita. Hanya tinggal kenangan aje. Yes, walaupun I dah bukan suami orang, tapi hati I buat masa ni tak boleh terima mana-mana perempuan termasuklah you. I harap sangat you boleh terima semua ni. Sorry Sabrina. Cinta kita dalam hati I dah lama terpadam. I am so sorry," ujar Nayl panjang lebar lantas lelaki itu mengangkat punggung dan melangkah keluar dari pejabat Sabrina.

"It's okey Nayl. I tahu yang you masih cintakan Naurah. Tak apa, I bukannya istimewa dalam hati you. Naurah yang lebih istimewa dalam hati you. Tapi, cinta pertama you bukan dengan dia. Tapi dengan I...."

Bicara wanita itu dengan suaranya yang tersekat-sekat apabila mula mahu teresak-esak menangis. Air mata diseka.

"Tak. Cinta pertama I bukan dengan you. Tapi dengan Naurah. I memang dah lama sukakan dia, sayangkan dia. Walaupun dia cousin I, but I sayang dia. Cintakan dia. I am so sorry Sabrina kalau selama ni I ada sakitkan hati you. Maafkan I...Anggap aje lah yang kita ni tak ada jodoh." Langkah terus keluar dari pejabat itu tersebut. Meninggalkan wanita itu yang sedang teresak-esak menangis dan terluka.

Kali ini, hati Sabrina cukup terluka. Sakit. Perit. Kecewa. Semuanya ada! Air mata diseka. Senyuman sinis muncul di bibirnya.

"Haih, membazirkan air mata aku je. Kesian kau Nayl. Lain kali, siasat betul-betul. Jangan lah jadi bodoh sangat. Kali ini, kau takkan terlepas lagi Nayl! Kau akan menjadi milik aku selamanya! Itulah janji aku! Kau takkan terlepas lagi!"

Dia ketawa jahat. Puas hati nya! Lelaki itu langsung tidak tahu orang yang menghancurkan rumahtangganya adalah orang terdekat dengannya.

Sabrina betul-betul mahukan Nayl. Dia gila-gilakan lelaki itu sampaikan rela menghancurkan rumahtangga orang!

********

Mata melilau-lilau mencari kelibat seseorang. Langkah terus masuk ke dalam hotel Seri Mutiara tersebut. Dia yakin, inilah tempat kerja lelaki itu. Tetapi, tidak tahu lelaki itu kerja sebagai apa.

Yang dia mahu sekarang ini, berjumpa dengan lelaki itu sekarang juga!

Kaki diaturkan ke kaunter hotel Seri Mutiara. "Selamat datang ke hotel Seri Mutiara. Cik ada booking hotel ke atau ada apa-apa appointment?" Soal seorang gadis yang bekerja di kaunter tersebut.

Lihat pakaian Naurah pun dia sudah tahu pasti gadis ini ada appointment atau mahu berjumpa dengan seseorang di hotel ini.

"Saya nak jumpa dengan Nayl," jawabnya ringkas. Gadis yang berada di kaunter tersebut berkerut dahi. Tidak faham dengan maksud Naurah.

"Nayl?" Soalnya kembali tidak faham.

"Oh, sorry. Maksud I, Tuan Nayl Uqasyah." Balas Naurah membetulkan kembali nama Nayl. Gadis itu tidak faham pasti di hotel ini ada ramai juga yang menggunakan nama Nayl.

"Oh, cik ada appointment dengan dia ke?"

"Err...Ya."

"Oh. Sekejap ya cik,"

Naurah hanya memerhatikan gadis itu yang sedang menghubungi seseorang. Sambil menunggu itu dia memeluk tubuh sambil memerhatikan sekeliling hotel tersebut. Di sini kah tempat kerja lelaki itu? Wah, besar juga ya hotel dia.

"Err...Maaf cik. Sekarang ni Tuan Nayl Uqasyah dia tiada di dalam office. Kalau cik nak jumpa dengan dia, cik boleh datang balik ke sini dalam pukul 12 tengah hari. Sebab sekarang dia ada appointment." Jelas gadis itu dengan mesra.

Naurah mengeluh kecil. Sempat dia menjeling ke jam di pengelangan tangannya. Sudah tempat pukul 10 pagi. Kalau mahu jumpa dengan lelaki itu pada pukul 12 tengah hari nanti, bagaimana pula dengan Naufal?

"Oh yeke? Err..tak apalah. Esok aje saya datang,"

"Ada orang nak jumpa dengan saya ke?"

Suara itu membuatkan Naurah tersentak. Kedengaran suara tersebut dari arah belakangnya. Lantas dia tidak tentu arah apabila berjumpa berdua-duaan dengan lelaki itu. Jantung pula sudah buat hal berdetak dengan laju!

"Eh, Tuan. Err...Ya. Ada orang nak jumpa dengan Tuan. Katanya ada appointment." Ujar gadis itu turut terkejut dengan kemunculan Nayl dibelakang Naurah.

Naurah langsung tidak berpaling. Malah hanya menunduk sedikit ke bawah.

"Siapa?"

Sengaja disoal sedangkan dia sudah tahu siapa yang mahu berjumpa dengan dia. "Dengan aku." Laju Naurah menjawab dan menjarakkan dirinya daripada lelaki itu.

Dia merenung anak mata lelaki itu dengan wajah yang sungguh marah. Pasti Nayl tahu gadis itu marah sebab apa.

"Oh, okey. Thank you." Ucap Nayl pada gadis yang bertugas di kaunter tersebut. Gadis itu hanya mengangguk lalu tersenyum manis.

Nayl langsung tidak hiraukan Naurah. Gadis itu sedikit pelik. Berkerut dahinya apabila Nayl meninggalkannya sendirian di kaunter tersebut.

Dia mendengus kasar. Laju dia melangkah mendapatkan lelaki itu yang sedang menunggu lif. "Hei, aku masih tak puas hati tau dengan kau!" Marah Naurah pada lelaki dihadapannya itu.

Wajahnya kelihatan sungguh tenang. Tiada sedikit pun mahu membalas kemarahannya pada Naurah. Malah, lelaki itu tersenyum memandang gadis di hadapannya itu.

Isy! Dia boleh senyum pulak! Aku tengah marah, boleh pula dia senyum! Marah Naurah dalam hati. Sempat dia menjeling maut pada lelaki itu.

Lif dihadapan mereka telahpun terbuka, lantas Nayl melangkah masuk ke dalam lif tersebut meninggalkan Naurah yang masih membebel itu.

Naurah mengetap gigi. Dia ikut aje langkah lelaki itu. "Hei, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?! Ke kau dah pekak?! Woi!" Jerit Naurah yang sungguh dia tidak puas hati apabila Nayl telah menceritakan semuanya pada Naufal.

Lelaki itu sekadar diam langsung tidak bersuara. Masih mampu bersabar dengan perangai Naurah. Senyuman sentiasa terukir dibibir. Sengaja dia membetul-betulkan kot hitamnya dan rambutnya yang sedikit senget.

"Hish! Mamat ni pekak ke apa?! Ke sengaja buat-buat pekak?!" Bebel Naurah sewaktu mereka berdua di dalam lif. Nayl seperti biasa, tetap berdiam diri.

Naurah mendengus kasar, dia memeluk tubuh sambil menjeling ke tempat lain. Sakit pulak hati aku ni!

Buka aje pintu lif, lantas Nayl melangkah keluar dari lif tersebut. Masih berjalan sendirian sambil buat-buat Naurah tidak wujud di sisinya.

Tetapi sebaliknya sungguh dia rindu wajah itu, sungguh dia rindu suara itu dan paling dia rindu yang amat ialah bebelan Naurah. Ah, sepanjang dia berkahwin dengan Naurah, gadis itu tak pernah tak bebel. Pasti akan bebel jika silap sikit.

Kalau tak bebel pun, itu hari paling bahagia buat Nayl. Sungguh tenang jika tiada bebelan Naurah. Tetapi, sejak kali ini keadaan sudah pun berubah. Sungguh dia rindukan kehidupan dulunya bersama Naurah.

Pintu kaca bilik pejabatnya dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut. Naurah juga turut mengikut langkah lelaki itu dengan hati yang sungguh geram terhadap lelaki itu.

Kot hitamnya dibuka lalu diletakkan dikepala kerusinya. Kini duduk dilabuhkan di kerusi. Sempat dia menjeling ke arah jam di pengelangan tangannya.

Naurah tidak melabuhkan duduk di hadapan Nayl malah dia hanya memandang dengan penuh kebencian pada lelaki dihadapannya itu.

"Hoi, kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Kata Naurah sambil memeluk tubuh. Tidak lagi dia menghormati lelaki itu, kali ini pelbagai kata-kata kasar telah keluar dari mulut Naurah dengan hati yang sungguh panas.

Lama Nayl merenung wajah dihadapannya dengan mengukir senyuman di bibir. Yang membuat dia kecewa saat ini, sungguh dia kecewa apabila melihat Naurah tidak lagi bertudung dan berpakaian ketat seperti dulu sebelum dia berkahwin dengan gadis itu.

Mahu menitis air matanya. Dia tahu salahnya, kerana dia Naurah telah berubah. Kerana dia juga Naurah bencikannya.

Gadis itu pun tidak dapat memaafkannya membuatkan Nayl lebih berasa serba salah. Tetapi, dia tetap berusaha untuk siasat perkara ini. Dia tidak mahu orang menganggapnya bukan-bukan setelah perkara fitnah itu telah disebarkan.

Naurah pun sudah tidak percaya padanya. Dengan itu, dia akan berusaha mencari siapakah yang membuat video tersebut.

"Woi!" Jari dipetik di depan muka Nayl yang daripada tadi mengelamun.

"Saya nak tanya, awak datang sini ada apa ya?" Soal Nayl tenang.

"Ke awak rindukan saya?" Sempat lagi dia menyakat gadis itu yang sedang marah. Tawanya cuba ditahan agar tidak terlepas apabila melihat wajah Naurah yang mula berubah menjadi merah padam.

"Hah?! Aku rindu kau? Hei, memang tak lah aku nak rindu kau. Membuang masa aku jelah! Sekarang ni aku nak tanya kau, kau ceritakan semuanya pada Naufal kan?!" Soalnya kali ini membuatkan lelaki itu sedikit tergamam tetapi mencuba lagi untuk berlagak tenang.

"Cerita apa? Saya tak faham." Balasnya ringkas seperti tidak buat salah. Lagi bertambah panas hati Naurah saat ini apabila lelaki itu seperti buat-buat tidak tahu kesalahannya.

"Kau tak payah lah buat-buat tak tahu! Kau ceritakan pada Naufal yang kita dah bercerai kan?!" Soalnya dengan nada suara yang sungguh tinggi.

"Yes. Sebab Naufal masih ada ayah. Dan, awak tak boleh nak cakap yang ayah dia dah mati. Now, ayah dia ada depan mata awak sekarang." Balas Nayl tegas tetapi wajahnya masih tenang.

"Aku tak nak Naufal tahu yang dia ada bapak tak guna macam kau ni! Kau memang tak guna untuk jadi ayah pada anak aku!" Bentak nya keras. Nayl masih bersabar. Dia menarik nafas dalam-dalam. Masih mampu bersabar dengan kata-kata Naurah yang menyakitkan hati itu.

"Walaupun saya tak berguna, saya tetap ayah kepada Naufal. Awak tak ada hak untuk halang saya berjumpa dengan Naufal! Tak lama juga, Naufal akan tahu yang dia ada ayah dan dia juga perlu tahu yang kita dah bercerai." Jawab Nayl dengan tegas. Tidak mahu lagi Naurah jadi begini. Dia pun mahu jumpa dengan anaknya, Naurah siapa mahu halang? Nayl tetap ayah kepada Naufal.

Gadis itu tersenyum sinis. "Memang pun aku nak halang kau daripada anak aku. Sebab aku tak nak anak aku jadi tak guna macam kau! Kaki perempuan!" Dengan kata-kata itu cukup menyakitkan hatinya saat ini.

Langsung Nayl berdiri. Penumbuk dikepal. Nasib lah gadis itu yang dia sayang, kalau tidak mahu aje dia hentak orang yang berada di hadapannya ini.

"Pahal?! Tak puas hati? Hei, aku menyesal tau kahwin dengan kau selama ni. Kau muncul kembali dalam hidup aku ni, hidup aku sengsara tau. Sebab itulah, aku nak jauhkan anak aku daripada kau. Kau tu tak guna! Dasar lelaki kaki perempuan!" Tengking Naurah dengan hati yang masih berapi

"Hei jantan tak guna, kau dengar sini ya. Kali ni kau takkan dapat jumpa lagi dengan Naufal. Aku akan bawa dia pergi jauh daripada kau. Susuk tubuh dia pun kau takkan jumpa! Dan, kau jangan nak cari-cari dia lagi! Kalau aku tengok kau jumpa dia lagi, siap kau!" Jari ditunding ke arah Nayl lalu dia melangkah keluar dari pejabat lelaki itu.

"Sabar. Sabar Nayl. Sabar." Dada digosok lembut. Dia tahu, dia ada tuhan. Dia tidak boleh lemah begini. Dia perlu kuat melalui semua dugaan yang dia hadapi saat ini.

Kata-kata Naurah tadi cukup buat dia sakit hati. Sungguh! Tetapi, dia banyak berdoa agar imannya kuat dan diberikan kekuatan dalam semua ujian yang tuhan beri padanya. Ya Allah, padamu aku berserah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience