MAJLIS TERSEBUT berlangsung pada waktu malam. Melihat semua orang sudah pun ada. Sungguh ramai. Hinggakan muka seseorang yang dia cari pun masih tidak kelihatan kerana terlalu ramai.
"Happy birthday, Sabrina. I hope you dapat capai cita-cita you suatu hari nanti," ujar kawannya yang bernama Elisa. Satu kotak hadiah dihulur pada Sabrina.
"Wow, thank you so much darlin." Erat Sabrina memeluk tubuh rakannya. Huh, sungguh dia gembira. Hadiah pun banyak kawan-kawannya beri, tambah lagi seseorang istimewa yang akan hadir nanti lagi lah bertambah gembira Sabrina saat ini.
Sarah berasa serba salah pada malam itu, mahu lari pergi dari situ, sudah tentu pasti Sabrina akan benci padanya. Itulah satu-satunya sahabatnya tiada yang lain.
Tetapi perangai langsung tak berubah sejak dulu hingga sekarang. Jika dia lakukan juga rancangan itu, serba salah pula. Dia bersubahat pula dengan Sabrina. Menghancurkan rumahtangga orang. Ah, sungguh dia serabut!
Semasa Sabrina mahu memotong kek yang berada dihadapannya, ramai-ramai mengucapkan selamat hari jadi pada Sabrina. Ah, hari ini lah semua orang berbuat baik padanya, jika lepas itu semuanya seperti tidak kenal pada dia. Berlakon je lebih!
**********
"ABANG ni nak pergi mana? Siap berpakaian kemas lagi." soal Naurah pelik. Sejak dua menjak ni, perutnya asyik terasa sakit sahaja. Maklumlah, lagi beberapa hari aje lagi dia akan bersalin. Tak hari ini, esok mungkin. Dia sekarang sedang sarat mengandung. Hanya tunggu masa aje.
"Err...Kawan abang. Dia ada buat birthday party dia dekat rumah dia. So, dia jemput abang datang. Terpaksa lah abang datang. Sayang nak ikut tak? Kalau sayang larat jom lah, kalau tak larat tak payah lah. Sayang rehat aje dekat rumah ni." ujar Nayl sambil membetul-betulkan rambutnya.
"Tak apa lah, saya tak nak ikut pun. Abang pergi je lah. Lagipun dia kan jemput abang. Saya tak larat nak pergi, perut ni sakit je. Biar saya rehat dekat rumah jelah," ujar Naurah melabuhkan duduknya dibirai katil.
"Betul ni?"
Naurah mengangguk.
"Okey, kalau ada apa-apa sayang call abang tau."
Naurah mengangguk lagi. Sudah tidak larat mahu menyuarakannya. Badan pun sudah rebah di atas katil.
Kali ini dia benar-benar rasa tidak sedap badan. Perutnya pun terasa sangat-sangat sakit. Tetapi dia tahan. Menahan kesakitan perutnya.
Sebelum Nayl bergerak pergi, Naurah mengucup tangan suaminya lalu Nayl mengucup lama dahi isterinya. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati mahu meninggalkan isterinya keseorangan tanpa ada teman yang sudi menemani Naurah.
***********
AKHIRNYA sampai juga Nayl di hadapan rumah Sabrina. Rumahnya cukup besar. Maklumlah, anak Dato.
Satu kotak hadiah dipegang lalu dia melangkah keluar dari perut kereta. Melihat dari jauh, di dalam rumah itu sungguh ramai. Susah pula dia untuk mencari susuk tubuh Sabrina.
Nayl menghampiri pintu utama. Dengar di dalam rumah itu cukup lah meriah. Suasana yang sungguh riuh-rendah.
Nayl menoleh ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh seseorang tetapi masih lagi tidak kelihatan. Dia menghela nafas kecil.
Berjalan sedikit pun sudah terlanggar bahu seseorang. Nayl tergamam melihat yang dia langgar itu seorang lelaki bertubuh sasa dan tegap. Huh, sekali kena hentak ni mahu masuk hospital terus. Nayl menelan liur sambil menayang gigi besinya.
"Sor...Sorry, bang." Nayl sudah kaku. Hanya mampu tersengih.
"Kau jalan tak pakai mata ke, hah?! Kau nak kena tumbuk ke apa?!" Bentak lelaki bertubuh sasa itu dengan keras.
"Hehehe, saya memang ada mata pun. Tapi tak sengaja. Sorry lah bang. Lain kali saya guna mata. Kalau macam tu saya beli mata abang je lah," Nayl masih lagi mahu bergurau sewaktu lelaki itu sedang marah! Dengan sengihnya, lagi betapa marah lah lelaki itu.
"Sorry, sorry. Sorry naik lori lah!" marah lelaki itu dengan nada yang tinggi.
"Eh, abang pandai melawak ya?"
"Eee!! Budak ni ada kena hempuk kang dengan aku!" penumbuk sudah menaik ke atas mahu menumbuk muka Nayl tetapi mereka terhenti apabila ada seseorang bersuara menghalang lelaki itu daripada menumbuk wajah Nayl yang masih tersengih-sengih seperti tidak bersalah.
"Stop! Err... Dia kawan I. Sorry," ujar Sabrina mendekati mereka berdua.
"Heish! Kalau bukan kawan you I dah lama tumbuk dia ni. Okey lah, Sabrina. I tak boleh lama, I balik dulu. I ada urusan sikit." Ujar lelaki itu. Sempat dia menjeling tajam pada Nayl dan berlalu pergi.
"Hai, Nayl. Datang pun you. I dah potong kek dah, sorry sebab tak tunggu you potong sekali kek I tu." ujar Sabrina mendekati Nayl pula. Hatinya sudah gembira sepenuhnya. Sangat puas hati kerana Nayl hadir di majlisnya. Ah, senanglah rancangan aku kali ni! Hari jadi aku merupakan hari yang paling bermakna. Thank you Naurah, sebab dah bagi I pinjam suami you yang bakal jadi suami I. Bisik hati kecil Sabrina sambil ketawa di hatinya. Senyuman sinis timbul di bibirnya.
"Eh, tak apa lah. Hari ni kan birthday you. Buat apa I nak potong sekali kek you tu, you yang sepatutnya potongkan." ujar Nayl mesra.
"Ok, jom kita makan. And kita sembang-sembang sikit. Esok dah tak dapat dah, kan you esok kerja and I dah tak dapat nak jumpa you. I ikut tau peraturan you yang I tak boleh nak jumpa you sewaktu you busy dekat office." ujar Sabrina sambil melepaskan jelingan. Sengaja buat-buat merajuk tetapi hatinya tidak sabar mahu teruskan rancangannya sebentar lagi.
"Okey, but I tak boleh lama-lama sangat. Sebab wife I tinggal sorang dekat rumah."
"Hm, okey. Jom," lengan Nayl ditarik. Tersentak Nayl. Dia cuba menarik semula lengannya tetapi tidak berjaya. Terpaksa lah dia ikut jejak langkah gadis itu, kalau bukan sebab hari lahir gadis itu, sudah tentu dia takkan hadir di majlis hari ulang tahun Sabrina!
**********
"OK MAMA." ujar Naurah sewaktu dia sedang menghubungi mamanya di dalam talian. Banyak kali Puan Suraya menanyakan khabarnya. Maklumlah, sudah hampir berapa bulan dia tidak menjenguk mamanya kerana dia sudah tidak lagi larat untuk keluar berjalan-jalan.
"Hah, yelah. Ingat pesan mama tau. Kalau rasa perut tu sakit sangat, call mama cepat-cepat. Kamu tu lagi beberapa hari aje dah nak bersalin. Dah cukup 9 bulan bayi tu dalam perut Naurah." Pesan Puan Suraya.
"Hm ye, ye mama. Naurah rasa dah nak hampir 5-6 kali mama pesan dekat Naurah," pecah tawa mereka berdua bersama.
"Hm yelah. Jaga diri tu ya. Apa-apa call aje mama."
Selepas itu, Naurah mengucap salam pada mamanya lalu talian diputus. Naurah bersandar pada kepala katil. Dia mengusap lembut perutnya yang makin memboyot. Senyuman terukir di bibir.
Matanya kini memandang ke arah jam di dinding sudah tepat pukul 10 malam. Suaminya masih belum pulang. Hm, kalau jumpa kawan mesti balik lambat. Lagi-lagi birthday party. Mahu esok baru balik.
Naurah memejamkan matanya. Cuba untuk melelapkan matanya yang terasa kelat. Sudah banyak kali dia menguap. Sambil memejamkan mata sambil itu dia mengusap lembut perutnya. Berharap anak di dalam perutnya tidak buat hal.
**********
"Nah, ni hadiah untuk you. Sorry lah I tak tahu nak beli apa hadiah untuk you. Hadiah tu Naurah yang pilihkan. Sebab I tak tahu sangat you nak apa. So, Naurah sebagai perempuan maybe dia tahu hadiah apa yang you suka," ujar Nayl sambil menghulurkan satu kotak hadiah pada Sabrina.
"Oh yeke? Thank you." Ucap Sabrina gembira. Dia membelek-belek hadiah tersebut dengan senyuman manis di bibir.
Nayl merenung wajah Sabrina. Entah mengapa, dia berasa rindu pula akan gadis ini. Tetapi dia cuba untuk menepis. Kerana dia sudah pun ada isteri. Ingat Nayl! Isteri kau dekat rumah, jangan nak macam-macam! Pujuk hati Nayl sambil melarikan pandangannya ke arah lain.
"Err...Nah." Matanya melihat sekumpulan wanita datang menghampiri mereka. Dengan itu, Sabrina mengambil kesempatan untuk bermesra dan rapat lagi dengan Nayl.
Sudu yang berisi kek dihulur pada mulut Nayl. Lelaki itu sedikit tersentak. Berkerut dahinya. Pelik. Tiba-tiba aje nak manja-manja bersuap-suap.
Nak tak nak, Nayl terpaksa juga membuka mulutnya. Makanan itu terasa pahit untuk ditelan. Jangan macam-macam sudah lah dia ni. Bisik hati Nayl yang masih tidak selesa dengan Sabrina.
"Eh, hai Sabrina. Happy birthday you," salah seorang wanita mengucap hari lahir Sabrina lalu memeluk erat tubuh gadis itu. Dengan cara yang sama, wanita seterusnya iaitu kawannya juga turut ikut buat sama dengan kawannya yang tadi.
"Hai, thank you kau orang sudi datang." Ujar Sabrina yang sungguh terharu. Gembira dia melihat ramai kawan-kawan lamanya hadir ke majlis hari lahirnya.
"Alah, tak ada hal lah. Kita orang setiap hari free. Untuk you, of course lah kita orang free." Ujar salah seorang wanita tersebut.
Nayl yang melihat mahu loya mendengar. Pandang mereka pun tidak. Dia hanya menikmati kek tersebut. Sungguh enak.
"Gedik betul," bisik Nayl sendiri sambil menjeling ke tempat lain.
"Eh, Sabrina. Tu siapa pula? Handsome nya." Ujar wanita tersebut sambil memuji-muji Nayl yang berada di hadapan mereka.
"Err...Hehehe. Dia...Bakal suami I," Ujar Sabrina separa berbisik tidak mahu Nayl mendengarnya. Hm, lagipun memang betul tak lama lagi Nayl akan jadi milik aku! Bisik hati Sabrina sambil tersenyum sinis pada Nayl yang kelihatan bersahaja.
"Wow, serius lah? Handsome betul. Untung lah you dapat bakal suami yang handsome." Puji wanita itu lagi sambil menyinggung lengan Sabrina. Sabrina tertawa kecil. Puas!
"Eh, kau orang jemput lah makan. Kejap lagi kita berborak panjang ya," pecah tawa mereka bersama. Sekumpulan wanita tadi terus berlalu pergi. Sabrina kembali mendapatkan Nayl.
"Sorry, tadi tu kawan I. Dah lama tak jumpa, tulah jadinya. Kalau berborak tak berhenti langsung." Sabrina tertawa kecil. Mesra aje.
Nayl juga turut tertawa. Hm, itulah perempuan. Kalau nak membawang tu sampai esok pun tak habis! Bebel Nayl dalam hati.
"Oh, hahaha tak apa. I okey je," Nayl tersenyum paksa.
"Err...you nak makan apa lagi? Biar I ambilkan." pelawa Sabrina mesra.
"Eh tak payah, biar I aje yang ambil. Hari ni kan birthday you, takkan lah you pulak ambil makanan I. I datang sini dah macam VIP pulak," ketawa Nayl.
"Okey, kalau you nak apa-apa nanti you ambil je tau," pesan Sabrina dengan senyuman manis terukir dibibir.
Nayl hanya mengangguk. Tetapi hatinya tidak sabar mahu pulang ke rumah. Hatinya terasa berdebar dan tidak sedap hati jika berada di situ lama-lama dengan layanan mesra Sabrina.
*********
Naurah tersedar daripada tidur apabila dia bermimpi sesuatu yang buruk. Jantung yang berdegup laju diusap perlahan-lahan.
"Astaghfirullah, apa yang aku mimpi ni?" dahinya sudah berpeluh. Dapat dia ingat kembali dia bermimpi apa. Tetapi ada sedikit yang dia lupa.
"Aku mimpi Nayl kahwin dengan Sabrina? And Sabrina nak hancurkan rumahtangga aku?!" soal Naurah sendiri. Berulang kali dia beristighfar.
"Haih, ni semua permainan syaitan."
Lantas dia bangun dari perbaringan. Perut dipegang. Mata terus menangkap pada jam di dinding jelas tepat pukul 12 tengah malam.
Langkah terus ke ruang tamu. Berkerut dahinya melihat suaminya masih belum pulang ke rumah. Kemana pula dia pergi? Lambatnya balik ke rumah?
"Dah pukul 12 tengah malam ni takkan tak balik lagi? Kalau ya pun nak bersembang panjang jangan lah sampai tak balik," Naurah mula risau. Telefon bimbit dicapai. Mencari nombor suaminya. Telefon bimbit kini ditelinga.
"Tulah, I pun rasa macam tu jugak. Hotel yang I dapat ni pun hotel pemilik bapa mentua I..." belum habis dia bicarakan pada Sabrina, kata-katanya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
Tertera jelas nama Naurah isterinya di skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum lebar.
"Amboi, senyum-senyum nampak. Siapa yang call?" soal Sabrina yang perasan riak wajah Nayl berubah daripada tadi. Kini terukir senyuman dibibir. Tadi, tiada pula senyuman terukir dibibir, senyuman paksa adalah.
"Err, hehehe. Wife I call. I oncall kejap ya," ujar Nayl terus mengangkat punggung. Sabrina hanya mengangguk. Senyuman sinis terukir di bibir. Yap! Sudah tiba masanya!
Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangannya, mencari nombor seseorang. "Hello, you dah boleh siap-siap. And, I akan hantar dia dekat hotel." Ujar Sabrina tersenyum sinis.
Kini dia mencari pula nombor seseorang. Telefon diletakkan di telinga. "Hello, Sarah. I rasa you dah boleh bersedia. And, jangan lupa suruh yang lain siap cepat. I akan selesaikan dia." ujar Sabrina dengan sungguh sinis. Kini talian dimatikan. Senyuman sinis tak lepas-lepas dari bibir. Puas hatinya!
Sungguh Sarah berasa serba salah, tetapi dipaksa. Dia juga terpaksa ikut, kerana Sabrina sudah banyak kali merayu-rayu padanya untuk teruskan rancangan tersebut.
Sabrina melihat ke kiri dan ke kanan. Sudah ramai yang pulang. Hanya tinggal beberapa orang yang belum pulang. Dia mencapai beg tangannya lalu dia mengeluarkan satu botol kecil dari dalam beg tangannya.
Di dalam botol kecil tersebut terdapat serbuk putih. Iaitu ubat tidur. Ubat tersebut diletakkan di dalam air Nayl. Menggelabah Sabrina menyimpan semula botol tersebut lalu dia mengacau sedikit air Nayl agar tidak kelihatan serbuk itu. Dia tersenyum puas. Rambut panjangnya dibetulkan. Dia sudah bersedia dalam rancangan ini.
Dia berharap sangat rancangan terakhir ini berjaya!
********
"HELLO SAYANG," Ucap Nayl dengan sungguh ceria. Entah mengapa, bersama isterinya dia berasa sungguh tenang.
"Hello, abang. Abang bila nak balik? Dah pukul berapa ni? Takkan nak tidur sana kut?" soal Naurah bertalu-talu dengan nada yang sungguh risau.
Nayl ketawa kecil. Naurah berkerut dahi. Orang tengah risau, boleh pulak dia ketawa.
"Risau juga ya sayang dekat abang," ujar Nayl dengan sisa tawanya.
"Eh, eh. Mesti lah risau. Abangkan suami saya. Kalau apa-apa terjadi nanti, saya juga susah. Orang tengah risau ni boleh pulak dia gelak," ujar Naurah dengan sungguh marah.
"Hah, sudah! Jangan merajuk. Abang tak ada dekat rumah, nanti susah pulak nak pujuk bidadari abang ni. Okey, okey sorry sebab buat bidadari abang ni tertunggu-tunggu. Abang dah nak balik ni, lagi beberapa minit kut abang balik ya, sayang. Tak sure lagi, sebab tengah berborak ni dengan kawan." Ujar Nayl.
"Okey, tapi Naurah nak tanya,"
"Tanya apa sayang?"
"Kawan abang tu lelaki ke perempuan?"
Pertanyaan itu membuatkan lelaki itu tersentak dan tergamam. Dia menelan liur. Otak ligat berfikir. Dia tahu, jika dia bagitahu Naurah yang dia ke majlis hari ulang tahun Sabrina, pasti punya isterinya melarang dia pergi. Tetapi dia terpaksa pergi kerana Sabrina telahpun merayu-rayu padanya.
"Err..." Nayl menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal. Dia mengetap bibir.
"Err...Le..Lelaki lah. Takkan lah perempuan. Sayang ni, jangan macam-macam ya. Berfikiran baik. Nanti abang balik abang kiss sayang." Ujar Nayl sambil tertawa kecil.
"Hm, okey. Jangan lambat balik tau. Cepat sikit," pesan Naurah. Selesai memberi salam dia terus mematikan taliannya bersama suaminya. Dia masih tertanya-tanya.
"Betul ke kawan dia lelaki? Nampak suara dia macam gagap je? Ah, tak kut. Tak baik Naurah, berfikir buruk pada suami kau sendiri. So, fikir yang baik." Ujar Naurah sendiri.
**********
"SORRY, Sabrina. Lambat sikit, hehehe. You tahu lah wife I bila berperangai orang mengandung ni ada-ada aje perangai dia." Ujar Nayl mengambil semula tempat duduknya berhadapan dengan Sabrina.
Wanita itu tersenyum kecil. "It's okey. I faham."
"So, kita dekat mana tadi?" soal Nayl yang sudah lupa bicaranya tadi bersama Sabrina.
"Emm, hotel you?" teka Sabrina.
"Oh ya, so hotel yang I kerja tu hotel bapa mentua I. Kalau I tak dapat kerja tu, I tak tahu lah nak cakap apa. Susah nak cari kerja dekat KL ni," ujar Nayl.
Sabrina hanya tersenyum sambil mengangguk kecil. Dia sungguh tidak sabar mahu melihat Nayl meneguk air di dalam cawan itu.
"Betul tu. Eh you, minum lah air tu. Daripada tadi kita berborak, kering dah tekak ni." pecah tawa mereka bersama. Nayl berasa berat hati mahu meneguk. Entah kenapa dia sungguh berasa berat hati. Tetapi cuba ditepis lalu dia meneguk setengah.
Kali ini, giliran Sabrina pula yang bersembang bersama Nayl. Nayl mendengar dengan sungguh teliti. Ada sesetengah bicara Sabrina itu lucu, Nayl ketawa kecil.
Tetapi, dalam beberapa minit macam itu dia berasa kepalanya berpusing-pusing. Mata pula kelat. Rasa mahu pengsan pun ada saat ini. Dia menelan liur. Tetapi dia cuba untuk tersenyum depan Sabrina yang sedang rancak berborak.
Kepala dipegang. Terasa benar-benar berpusing. Matanya juga sudah kabur. Wajah Sabrina juga sudah tidak kelihatan.
Sabrina yang sedang berbicara terhenti apabila melihat Nayl memegang kepala sambil matanya terkebil-kebil. Terasa kabur. Dia tidak melihat apa-apa.
"You? You okey tak ni? Nayl?" soal Sabrina. Dia menepuk lembut bahu Nayl.
"Yeah, I okey..." tak lama itu, matanya tertutup rapat. Sudah tidak mampu untuk buka. Dia berasa badannya sungguh lemah. Tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Sabrina tersenyum sinis. Puas hatinya. Dia terus mengangkat punggung lalu tangannya melambai-lambai memanggil tiga orang lelaki yang berada tidak jauh dari jarak mereka berdua.
Tiga orang lelaki berbadan sasa itu mendapatkan Sabrina.
"Ye, boss."
"Dia dah pengsan. So, aku nak kau orang hantar dia ke tempat yang aku dah bagitahu tu. Sekarang!" Arah Sabrina. Tiga orang lelaki itu mengangguk lalu mendukung tubuh Nayl membawa lelaki itu masuk ke dalam kereta.
Sabrina tersenyum sinis melihatnya. "So, tak lama lagi kau akan jadi bakal suami aku Nayl. Aku takkan sia-siakan peluang aku. Aku tahu, kau masih cintakan aku Nayl. Kau masih rindukan aku. Jadi, aku akan hilangkan rindu kau, aku akan terus dan terus mendekati kau. I love you, Nayl." Ujar Sabrina sinis. Dia ketawa jahat.
**********
Naurah sudah tidak senang duduk. Dia kehulur-kehilir di dalam bilik tersebut. Jam di dinding sudah tepat pukul 2 pagi. Lewat sudah!
Banyak kali dia menghubungi suaminya, tetapi semua panggilan itu tidak jawab. Naurah melabuhkan duduknya dibirai katil. Hatinya sungguh risau. Otaknya serabut.
"Mana pula dia pergi ni? Dah pukul berapa dah ni, takkan tak balik lagi?" soal Naurah sendiri sambil itu mendail nombor suaminya.
*********
Tubuh Nayl dicampak ke atas katil. Sarah yang melihat tersentak. Rupanya, betul-betul Sabrina melakukan rancangan ini. Terbeliak matanya melihat.
Seorang gadis berbaju dengan sungguh seksi sudah mendekati Nayl yang pengsan di atas katil.
"Eh, jap. Err..." Sarah rasa sungguh serba salah. Nak aje dia batalkan semua rancangan tersebut.
"Why Sarah?" soal gadis itu pelik.
"Err..Nothing." Sarah menghela nafas berat. Terasa sungguh teragak-agak untuk dia lakukan.
Gadis seksi itu merebahkan tubuhnya di sebelah Nayl. Sarah tidak mampu melihat. Seorang lelaki yang bertubuh sasa mendekatinya.
"Nah, ambil kamera ni. Ambil gambar dia orang. Lepastu, hantar dekat boss." Ujar lelaki itu.
Dia memandang kamera itu yang berada di tangannya. Dia menelan liur. Betul ke apa yang aku buat ni?
"Sarah. Cepat lah sikit," Jerit gadis tersebut.
Sarah mula merakam dan mengambil gambar mereka berdua di atas katil. Semasa mengambil gambar, gadis seksi tersebut sengaja mengucup dahi Nayl.
Kini dia membuka baju kemaja putih Nayl pula. Sarah terpaksa juga mengambil gambar dan merakam video mereka berdua. Sungguh jijik! Tetapi terpaksa!
***********
Jam sudah tepat pukul 8 pagi, Naurah langsung tidak tidur. Tidur pun, tidur ayam-ayam, langsung tidak lena. Dia tidur pun tidur di sofa ruang tamu menunggu suaminya pulang tetapi langsung tidak pulang lagi.
Naurah mengesat-ngesat matanya. Kelihatannya suaminya masih tidak pulang. Kali ini, Naurah sudah betul-betul berfikir buruk tentang suaminya.
"Eh, sampai pagi ni pun tak balik lagi? Ke mana dia pergi? Tak ingat jalan balik rumah ke apa?!"
Dia terus bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba....!
Perutnya yang tadi tidak sakit, tiba-tiba aje sekarang terasa sangat-sangat sakit. Kali ini, Naurah tidak dapat lagi menahan perutnya yang sakit. Kini, perutnya terasa teramat sakit sampaikan dia tidak lagi boleh menahan kesakitan itu.
"ARGH!!"
Dia terduduk di atas lantai. Nafas ditarik panjang. Sudah tidak mampu mahu bangun.
"Aduh, sakitnya..." perutnya dipegang. Nafas yang tidak cukup ditarik laju-laju. Takkan lah nak bersalin sekarang?
Dia cuba mengesot ke arah sofa. Perlahan-lahan dia merangkak ke arah sofa dengan perutnya dalam keadaan terlalu sakit.
Tak lama itu, air ketubannya pula pecah. Makin panik Naurah saat itu. Bulat matanya. Ya Allah!
Tidak dihiraukan. Dia tetap mengesot perlahan-lahan menuju ke sofa dan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas sofa tersebut.
Dapat aje telefonnya, laju jarinya mencari nombor suaminya. Nafasnya mula laju. Dahi sudah berpeluh. Air ketuban pula sudah mengalir banyak. Perutnya dipegang menahan sakit. Telefon diletak ke telinga.
"Ya Allah, abang angkat lah! Aduh, sakitnya..." adu Naurah sendiri. Kini dia mencari pula nombor mamanya Puan Suraya.
"Hello sayang anak mama." ujar Puan Suraya mesra. Tak lama kemudian, dengar aje suara Naurah menahan sakit, bulat matanya.
"Hah, tun...tunggu mama dan papa sampai." Ujar Puan Suraya yang sudah gagap. Kini talian diputus. Pantas Puan Suraya mendapatkan suaminya.
"Abang!"
***********
Nayl yang separuh sedar dalam tidak, matanya perlahan-lahan dibuka. Kepala masih terasa pusing. Matanya banyak kali dikelip agar penglihatannya dapat dilihat dengan jelas.
Dia mengangkat tubuh, mata digosok perlahan-lahan. Kali ini, baru lah dia melihat jelas. Tetapi, dia pelik. Dekat mana aku sekarang ni? Dia memerhatikan sekeliling bilik tersebut.
Bulat matanya apabila melihat dia tidak berbaju. Lelaki itu tersentak dan tergamam apabila melihat disebelahnya ada seseorang gadis yang turut juga tidak berbaju tetapi diselebungi dengan selimut tebal.
Nayl terjelopok jatuh ke lantai. Terkejut!
"Ka...Kau...Kau siapa?!" soal Nayl gagap.
Gadis itu juga separa sedar dan sedikit mamai, dia memandang Nayl dengan senyuman sinis.
"I love you, baby." Ujar gadis itu sambil tertawa kecil yang masih mamai.
Nayl langsung tidak faham. Dia tidak ingat apa yang terjadi semalam. Pantas dia mencapai baju kemajanya lalu disarung. Barang-barangnya telefon bimbit dan sebagainya dicapai. Lantas dia berlari keluar dari bilik tersebut dengan rambut yang serabai.
Apa? Aku dekat hotel?!
Nayl menelan liur. Pantas dia berlari keluar dari hotel tersebut. Otak masih ligat berfikir apa yang terjadi. Dia langsung tidak ingat apa-apa.
***********
"ARGH!" Jerit Naurah menahan kesakitan. Tetapi, Puan Suraya dan Encik Omar sungguh lega apabila anaknya sudah sampai di hospital.
Puan Suraya, Encik Omar dan Aina turut ada di situ. Mereka bersama menolak katil itu masuk ke dalam bilik wad bersalin. Naurah di atas katil itu sudah menjerit-jerit kesakitan.
"Maaf cik, cik tak boleh masuk." Ujar salah seorang jururawat tersebut.
"Aina! Aku nak Nayl! Tolong lah bawa Nayl datang sini! Aina!" jerit Naurah. Dia terus dibawa oleh doktor dan jururawat dibawa masuk ke dalam bilik bersalin.
Puan Suraya melabuhkan duduknya dikerusi. Dia memegang dada. Dia tiba-tiba rasa sebak.
Aina berulang kali hubungi Nayl.
"Hello, Tuan. Err..Naurah. Dia..Dia dah nak bersalin." Ujar Aina di dalam talian bersama Nayl.
"Apa?! Dia dah nak bersalin? Okey, okey saya datang." Ujar Nayl pantas mencari-cari teksi. Dia sudah kalut.
*********
"TAK GUNA betul lah si Nayl ni! Isteri dia tengah sarat mengandung pun boleh lagi dia tinggalkan isteri dia sorang-sorang dekat rumah?!" marah Encik Omar.
"Sabar lah bang, dia dalam perjalanan lah tu." Pujuk Puan Suraya. Aina juga sudah tidak tentu arah. Dia sungguh risau.
Naurah perlukan suaminya. Tetapi hampir lama Nayl masih lagi belum muncul.
"Siapa suami dia?" soal doktor wanita yang sedikit berusia itu. Encik Omar, Puan Suraya dan Aina menghampiri doktor tersebut.
"Err...Saya ayah dia. Suami dia dalam perjalanan. Doktor, macam mana keadaan anak saya?" soal Encik Omar.
"Alhamdulillah, anak encik selamat dan bayinya juga selamat dilahirkan," ujar Doktor tersebut. Mereka bertiga menghela nafas lega.
"Alhamdulillah, abang. Anak kita selamat," ujar Puan Suraya. Menitis jua air matanya tanda kesyukuran.
*********
TAK LAMA kemudian, Nayl muncul di hospital tersebut. Pantas dia menanyakan jururawat yang berada di kaunter tersebut tentang wad isterinya.
Apabila selesai dia dapat tahu wad isterinya, pantas dia berlari ke tempat tersebut.
Nayl terus masuk ke dalam wad tersebut dengan begitu tergesa-gesa. Kelihatannya, Encik Omar berkerut memandang Nayl yang begitu selekeh.
Mati terus senyuman Naurah yang tadi bersembang dengan Puan Suraya dan Aina apabila melihat suaminya baru muncul di muka pintu wadnya.
Nayl mengucup tangan bapa mentuanya tidak lama apabila Encik Omar menarik tangannya semula. Seperti dia memarahi Nayl.
Nayl menelan liur, kini dia melangkah pula ke mak mentuanya. Seperti biasa dikucup tangan mak mentuanya lalu dia mendapatkan pula Naurah yang berada di atas katil.
Naurah langsung tidak menoleh sedikit pun memandang Nayl di sebelahnya. Puan Suraya memandang Encik Omar lalu dia membuat isyarat mata. Dia dan Encik Omar keluar dari wad tersebut. Dia mahu beri mereka berdua bersembang terlebih dahulu. Tak mahu ganggu mereka berdua.
Aina yang melihat, turut mengangkat punggung.
"Errr, babe. Aku balik dulu ya, aku ada hal sikit. Nanti kalau aku free aku datang jenguk kau malam ni," ujar Aina. Naurah hanya mengangguk lalu tersenyum sebaris.
Kini tinggal lah mereka berdua di dalam wad tersebut. Nayl mengambil tempat di sebelah Naurah. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Tangan isterinya dicapai. Lantas Naurah menepis.
"Sayang. Abang minta maaf sangat-sangat," Ujar Nayl tetapi dipotong oleh Naurah.
"Berapa kali awak nak minta maaf tapi awak tetap melakukan perkara yang saya tak suka."
Nayl terdiam sejenak. Otaknya saat ini sungguh ligat.
"Saya nak tanya, malam tadi awak pergi mana? Sampai tak balik ke rumah," soal Naurah hairan.
Nayl sedikit tersentak. Fikirannya mengimbas kembali yang dia berada di hotel bersama seorang gadis yang langsung dia tidak kenal.
Liur yang terasa pahit ditelan. Sungguh susah untuk dia menafikan. "Err...Abang...Abang tidur rumah kawan. Abang tak larat masa tu nak balik, tu yang tumpang rumah dia tidur sekejap." Bohong Nayl. Dia berharap sangat perkara itu Naurah tidak tahu.
"Tidur rumah kawan?" Naurah masih tidak percaya.
"Iya, sayang. Abang tak larat sangat masa tu, abang minta maaf ya." Ujar Nayl lagi sekali sambil memegang tangan Naurah lalu dikucup lama. Pelbagai masalah banyak yang timbul pada dirinya. Dia pasti, jika Naurah tahu hal yang dia bersama seseorang gadis itu di hotel pasti punya isterinya takkan maafkan dia lagi.
Dia tidak mahu kehilangan Naurah. Mahu jadi gila dia nanti. Naurah hanya membisu. Hati sungguh sakit, tetapi dia tetap bersabar.
Share this novel