BAB 13

Romance Completed 31452

Selesai makan malam, Naurah laju masuk ke dalam biliknya. Tak mahu beri Nayl masuk ke dalam biliknya, kalau dia berdua-duan di dalam bilik bersama lelaki itu, dia sudah mula kekok dan gelabah tak tentu arah.

Perut yang sudah di isi diusap lembut sambil mengukir senyuman dibibir. Tak lama itu....

"Aduh, dah kenapa pula dengan perut aku ni? Sakit pulak..."

Dia memegang perutnya yang terasa memulas. Pantas dia melangkah masuk ke dalam bilik air dengan niat mahu membuang air besar. Perutnya saat ini sungguh sakit dan memulas.

*****

"Okey lah papa...ayah. Nayl masuk bilik dulu, nak tidur." Ujar Nayl apabila sudah selesai bersembang mesra bersama bapa mentuanya dan ayahnya.

Tangan kedua-dua orang tua itu dikucup sebelum pergi dari situ.

Langkahnya terhenti apabila dia sudah berada betul-betul di hadapan bilik Naurah. Tadi dia sempat melihat Naurah laju masuk ke kamar, sebelum dia masuk ke dalam bilik itu. Nayl tersenyum nakal.

Tombol pintu dipegang lalu dipulas perlahan-lahan.

"Ah, dia tak kunci pintu?"

Makin suka pula Nayl saat itu, senyuman lebar terukir dibibir. Mata dipejam rapat dan perlahan-lahan dia membuka daun pintu tersebut.

Mata dibuka semula, berkerut dahi dia melihat isterinya tiada di dalam bilik.

"Aik...tadi aku nampak dia masuk dalam bilik, dah pergi mana pula si minah ni?" Soal Nayl sendiri sambil melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Terkejut dia apabila terdengar jeritan Naurah yang baru keluar dari bilik air. Pantas Naurah berlari anak mendapatkan Nayl. Dia terus berlari dan berdiri dibelakang Nayl, baju lelaki itu digenggam erat dengan sedikit menggeletar takut.

"Na...Nayl!! Tolong aku!" Rayu Naurah dengan gagap.

Berkerut dahi Nayl memandang Naurah yang sudah takut-takut.

"Wow, tuala..." Ujar Nayl nakal sambil matanya memandang Naurah atas bawah yang berbaju t-shirt lengan panjang berwarna merah dan bertuala yang paras lutut.

Kuat Naurah memukul lengan sasa Nayl. "Isy... Kau ni, kan!" Marah Naurah. Nayl ketawa kecil.

"Tu...tu...ada lipas! Eee!! Geli lah! Tolong lah buang! Cepat lah!!" Arah Naurah sambil menunding jari pada tandas.

Pecah tawa Nayl. Dia menggeleng kepala. Langkahnya terus masuk ke dalam tandas.

Naurah yang tak berani masuk ke dalam tandas dia hanya perhati dari jauh aje. Sungguh dia trauma dengan lipas. Binatang itu yang paling dia geli.

Terkejut dia melihat Nayl memegang selamba aje lipas itu dengan tidak rasa geli. Naurah menelan liur apabila Nayl mendekatkan diri padanya dengan memegang lipas tersebut. Pantas Naurah meloncat pergi sambil menjerit nyaring.

*****

"Hah sudah, dah kenapa dengan anak kita tu?" Soal Puan Suraya yang terkejut mendengar suara jeritan Naurah.

"Hm, kena buli lah tu," sambung Naim sambil ketawa kecil. Pecah tawa mereka bersama sambil menggeleng kepala. Harap tiada peperangan untuk malam pertama.

*****

"Eee!! Kau nak buat apa ni?! Pergi lah buang!! Aku geli lah!" Jerit Naurah lagi sambil memejamkan mata.

"Okey, boleh. Aku akan buang, tapi dengan satu syarat," Ugut Nayl sambil tersenyum senget. Sengaja betul dia kenakan Naurah yang sudah takut itu.

"Okey, tapi buang lah benda tu dulu!" Arah Naurah sambil menutup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.

Nayl ketawa kecil, lipas tersebut masih belum dibuang. Sengaja dia sembunyikan agar Naurah tidak lihat lagi lipas tersebut.

"Dah buang,"

Perlahan-lahan Naurah membuka matanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Sudah tiada haiwan itu, dia menghela nafas lega.

Naurah terus melangkah masuk ke dalam tandas tetapi di halang oleh Nayl.

"Eh, dah lupa ke syarat aku tadi?"

"Isy...kau ni! Hah, apa syarat yang penting sangat tu?" Soal Naurah menjeling tajam pada Nayl sambil memeluk tubuh.

Nayl ketawa kecil.

"Err...nak kiss?"

"Eh, kau gila ke apa?!" Marah Naurah.

"Okey kalau tak nak kiss, aku bagi ni lah," Ujar Nayl sambil menunjukkan lipas tadi pada Naurah. Bulat mata Naurah. Nyaring dia menjerit takut dan berlari masuk ke dalam tandas semula.

Terbahak-bahak Nayl ketawa melihat Naurah sudah berlari masuk ke dalam tandas.

"Thank you, bro. Kerana kau, dapat juga aku masuk ke dalam bilik ni." Ucap Nayl pada lipas itu. Dia melepaskan lagi tawanya, Naurah yang berada di dalam tandas dia mendengus kasar. Sungguh dia geram dengan perangai sengal Nayl itu.

******

Naurah yang sedang bermain telefon sambil bersandar pada kepala katil tersentak dia memandang Nayl dengan selamba dia aje terus merebahkan badan disebalahnya.

"Huh, sedapnya baring. Oh lupa, malam ni ada orang teman kita tidur sekali lah." Ujar Nayl sambil tersenyum nakal memandang Naurah yang sedang memandangnya tajam.

"Oh, ya ke? Hehehe..."

Laju Naurah mengetam suaminya. Pantas Nayl melompat bangun, tangannya menyapu lengan yang sudah lebam itu akibat dicubit oleh Naurah.

"Hah, padan muka! Amboi kau! Suka hati aje ya nak tidur dekat sini??"

"Habis tu nak tidur mana? Tidur sini lah, mungkin malam ni special sikit." Jawab Nayl dengan nakal.

"Eee!! Geramnya aku! Ni bilik aku, bukan bilik kau! Sekarang aku nak kau tidur bilik sebelah! Tak payah sibuk nak tidur dekat sebelah orang." Arah Naurah dengan sungguh marah.

"Hah, tengok. Kata nak jadi isteri yang baik, tapi sekarang ni dia yang halau kita tidur dekat tempat lain. Hei sayang, tidur satu selimut dengan suami tu sunnah nabi tau. So, mesti punya kau nak pahala kan? Dah jom tidur." Nayl kembali merebahkan badannya ke katil. Lampu di meja sebelah katilnya laju dia tutup.

Pantas Naurah bangun nak kembali membuka lampu tersebut. Haih, bagi aku marah betul lah si mamat ni! Ada-ada aje dia nak bunyi!

Naurah mula menjarakkan dirinya dengan Nayl yang sudah tidak betul itu.

Nayl menghela nafas berat. Naurah berkerut dahi. Pantas dia melangkah ke pintu bilik, daun pintu dibuka menandakan dia tetap menyuruh untuk Nayl keluar.

"Now, keluar sekarang." Arah Naurah.

Nayl perlahan-lahan mendekati gadis itu. Mungkin plan A tak boleh, so kita guna plan B lah. Bisik hati nakal Nayl. Daun pintu kembali di tutup rapat lalu dikunci. Tergamam Naurah melihat.

"Eh, aku kata..." kata-katanya terhenti apabila Nayl meletakkan jarinya pada bibir Naurah agar gadis itu diam dan tak perlu bebel tengah malam ni.

"Syyy... Sayang..." Seru Nayl lembut dengan senyuman senget. Tergamam Naurah. Dia cuba untuk melangkah ke belakang tetapi dinding sudah menghalangnya. Sekarang dia sudah bersandar pada dinding. Sebelah tangan Nayl diletak pada dinding membuatkan Naurah tiada ruang untuk menjarakkan dirinya.

Saat ini tubuhnya kaku. Langsung tidak boleh buat apa-apa. Liur ditelan. Nayl merenung anak mata isterinya membuatkan Naurah terpukau. Hah sudah! Asal aku tak boleh nak gerak ni?! Kenapa aku kena pandang si mamat ni?!! Eee!! Marah Naurah dalam hati.

Dia cuba untuk melarikan pandangannya, tetapi matanya tetap memandang Nayl yang sudah tersenyum senget. Perlahan-lahan Nayl mengusap lembut pipi Naurah membuatkan gadis itu makin kekok dan gelabah. Wajah mula berbahang dan merah padam. Jantungnya saat ini seperti mahu meloncak keluar.

Saat ini jari Nayl lembut mengelus rambut panjang Naurah dan menurun ke dagu gadis itu. Tak lama itu, Naurah terasa bibirnya di sentuh, bulat matanya. Dia cuba untuk mengawal tubuhnya, tetapi masih tidak berjaya. Lawan, Naurah! Lawan! Jerit Naurah dalam hati.

Dia memejam mata dengan sungguh rapat apabila Nayl merapatkan wajahnya pada gadis itu. Dia terasa hangat kucupan pada dahinya.

"I love you, sweetheart." Ucap Nayl dengan penuh romantik. Bukan mahu memujuk gadis itu, tetapi dia sudah membuka hati untuk terima gadis itu sebagai isterinya yang sah. Terngiang-ngiang kata-kata abangnya dipeluput telinganya.

"Kau kena kuat, Nayl! Kau kena tunjukkan pada dia yang kau cintakan dia, kau sayang dia dengan ikhlas dari hati. Baru lah dia boleh buka hati untuk terima kau." Pesan Naim masih terngiang-ngiang di telinga.

Jadi, aku akan cuba untuk jadi ala-ala romantik and sweet. Harap hati si minah ni cair. Bisik hati Nayl.

Naurah masih terkaku, terkejut dia mendengar.

"Aku harap malam ni, kita boleh tidur dengan lena," Ujar Nayl dengan sungguh nakal sambil mengukir senyuman senget nya.

"Err...." Naurah cuba bersuara, Nayl kembali meletakkan jarinya pada bibir gadis itu. Dia tak mahu Naurah bersuara.

"Syy...jangan bising. Jangan takut sayang, abang tak makan sayang pun. Kalau sayang dah bersedia, rojer-rojer abang ya. Abang tak paksa pun." Sungguh menjijikkan bagi Naurah. Nayl tersenyum nakal.

Tak lama itu, pantas dia mendukung tubuh gadis itu dan membawa ke katil. Tergamam Naurah. Bulat matanya, jantungnya sudah berdegup dengan laju. Eh, apa si mamat ni nak buat dekat aku?! Dia sudah cuak.

Sudah dia tidak tahu mahu buat apa, saat ini dia jujur dia cair dengan lelaki itu. Dia hanya mampu terkaku, susah untuk dia menolak atau bersuara. Lidahnya sungguh kelu.

Terkejut dia melihat Nayl meletakkannya ke atas katil. Lelaki itu terus menarik selimut tebal itu menutupi tubuh Naurah.

"Goodnight, aku tidur bilik sebelah." Ucap Nayl sebelum melangkah pergi.

Naurah mula rasa serba salah. Matanya kembali buka, laju mulut nya menyebut nama lelaki itu.

"Err...kalau kau nak tidur dekat sini, tidur lah." Ujar Naurah sekadar dengar tak dengar.

"Are you serius, sayang? Eh, of course lah nak..." Jerit kecil Nayl dan melangkah kembali ke katil. Naurah tersenyum kecil, dia menyembunyikan senyumannya.

Dia terjerit kecil apabila lampu kembali tutup dan tubuhnya ditarik lalu dipeluk kemas oleh Nayl. Mahu gugur jantungnya dengan kelakuan Nayl. Nasib sudah berkahwin, kalau tidak dapat penumbuk free-free dari Naurah.

Terkejut juga Naurah apabila melihat Nayl melayannya sungguh romantik. Selalunya dia lihat lelaki itu, suka melawak, membodek dan sentiasa tersengih seperti orang tak betul. Merepek merapu nombor satu.

Tetapi ini kali pertama dia melihat Nayl mencairkannya. Sabar, Nayl, sabar. Mungkin hari lain untuk kau tu lebih special. Bisik hati Nayl.

Hah tutup mata, cepat² skip!! Hahahhaahahaha yang single tu harap bersabar ya...harap korang dapat jodoh macam Nayl hahahahha...Btw thank you guys sebb sudi baca, love you support...sorry kalau Nana lambat update, InsyaAllah kalau Nana free nana update lagi....thank you love you support <333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience