BAB 18

Romance Completed 31452

"Eh, you...Sabrina, kan?" Terkejut Nayl apabila dapat kembali bertemu dengan wanita yang sangat dia kenal. Bekas kekasih nya. Tanpa Naurah tahu, wanita itu lah bekas kekasih Nayl.

"Yes, I Sabrina. You, Nayl? Nayl Uqasyah?"

"Yes. You apa khabar? Eh, you macam mana sekarang? Kerja dengan siapa? Kerja dekat syarikat papa you ke?"

"Yes, I kerja dengan papa I je. And, papa I kata dia minta maaf sangat dekat you sebab tak dapat nak jumpa you, so I wakil dia. Tak sangka betul orang yang papa I nak jumpa tu you. I rindu sangat dekat you, happy sangat dapat jumpa you semula setelah bertahun-tahun kita berpisah."

"Me too. Now, keadaan pun dah berubah, kan?"

Eh, kenal pula diorang berdua ni? Nayl kenal perempuan ni? Hm, cantik. Diorang berdua ni kawan dah berapa lama? Kawan rapat ke kawan kerja? Mungkin kawan kerja dia kut. Eh, yang kau nak cemburu ni dah kenapa, Naurah? No, kalau kau cemburu itu bukan kau, so relaks. Bisik hati kecil Naurah.

"Lama betul dia orang ni sembang," bisik Naurah perlahan. Naurah sengaja memeluk lengan suaminya, mata Sabrina terus tertangkap pada Naurah yang sudah tersenyum-senyum sambil memeluk lengan Nayl.

Baru dia perasan ada perempuan di sebelah Nayl. Haih, kusyuk betul dia bersembang dengan Nayl sehinggakan Naurah disebelah Nayl pun dia tidak perasan.

"Sayang...saya pening lah, kalau boleh percepatkan sikit untuk kau orang bincang." Bisik manja Naurah pada Nayl.

"Err...hehehe. Sabrina, ni wife I. Sayang ni, Sabrina. Kawan dari sekolah saya."

"Oh, hai...Naurah."

Tangan dihulurkan pada Naurah untuk bersalam. Tangan wanita itu disambut dengan senyuman mesra dibibir.

"Oh, kau orang bila kahwin? Tahniah Nayl and Naurah." Ucap Sabrina yang sedikit kecewa.

"Hehehe, kita orang dah kahwin lama dah. Dah nak dekat sebulan." Jawab Naurah polos. Lengan Nayl dipeluk dengan erat.

"Oh." Sepatah aje perkataan Sabrina yang mula cemburu dan kecewa melihat hubungan mesra Nayl dan Naurah.

"Err...boleh kita teruskan?" Soal Nayl yang mula mahu bincang masalah bersama Sabrina.

"Sayang, please jangan buat macam ni. Saya nak bercakap dengan dia, susah lah kalau sayang macam ni." Bisik Nayl di telinga Naurah.

"Taknak, saya tetap nak macam ni." Lengan sasa Nayl lebih erat Naurah peluk. Sabrina menjeling ke tempat lain. Rasa menyampah pula dia untuk memandang mereka berdua. Jujur dia sungguh cemburu saat ini.

"Sayang..." Nayl memberi isyarat mata.

Naurah menjegil mata pada Nayl, dia malas mahu dengar, pelukan di lengan Nayl lebih erat lagi dia peluk. Nayl menghela nafas panjang.

"Okey, sorry Sabrina."

"It's ok."

"Err...Encik Omar akan mulakan dinner tu malam ni. Masa dalam pukul 8 malam Dato Sufi dah boleh datang ke hotel kami." Jelas Nayl sambil membelek-belek fail di tangannya.

"Okey, so boleh bagi alamatnya?"

Satu kertas yang sudah tertulis alamat, masa dan tempat juga sudah tertulis di kertas tersebut. Kertas tersebut dihulur pada Sabrina.

"Okey, thank you. Malam ni kita jumpa ya. See you again." Ucap Sabrina, beg tangan disebelahnya dicapai lalu dia terus mengangkat punggung dan berlalu pergi.

"Amboi, kalau dengan perempuan lain senyum tu tak lepas-lepas dari bibir ya." Naurah buat muka merajuk. Lengan Nayl ditolak lalu dia berpeluk tubuh. Bibir dimuncungkan yang dia sedang merajuk.

"Alololo...sayang merajuk lah ni? Jangan lah muncung sangat bibir tu, nanti abang kiss kang." Sakat Nayl. Tajam Naurah menjeling, boleh pula dia main-main waktu aku tengah merajuk ni!

Melihat wajah Naurah yang masih lagi merajuk, perlahan-lahan dia memeluk bahu gadis itu. Naurah cuba untuk menepis.

"Lah, merajuk pulak sayang ni? Okey, dia tu kawan abang dari sekolah lagi. Universiti kita orang dulu pun sama. So, kawan lama kut. Mesti lah rindu, tak sangka pulak hari ini dapat jumpa dia." Jelas Nayl. Dia tak mahu Naurah salah faham.

"Kawan lama? Kawan ke bekas kekasih?" Tergamam Nayl. Seakan-akan Naurah sudah dapat tahu pula yang Sabrina bekas kekasih Nayl. Lelaki itu terdiam seketika.

"Kenapa diam? Betul ke?"

"Err...sayang apa fikir macam tu pulak? Sayang tak percayakan abang ke? Dia tu kawan lama abang, bapa dia kawan baik papa awak. Kita orang tak ada apa-apa hubungan pun, sayang. Awak cemburu ya?" Nayl cuba untuk jelaskan lagi.

"Isteri siapa je yang tak cemburu kalau tengok suami dia mesra dengan perempuan lain?" Naurah mengangkat kening sebelah. Wajahnya masih serius.

Nayl ketawa kecil. "Okey, okey...abang minta maaf ya. So, jangan merajuk lagi. Senyum sikit, tak nampak comel dah." Pipi Naurah dicuit lembut. Perlahan-lahan gadis itu mengukir senyuman dibibir.

"Hah, macam tu kan comel. Okey now, jom balik. Malam ni kita ada dinner, takut nanti lambat pulak sampai." Tangan isterinya digenggam lalu mereka berdua sama-sama mengangkat punggung.

Baru aje mahu melangkah, tekaknya kembali terasa loya. Kepala juga terasa mahu pitam. Pantas Naurah berlari ke tandas.

"Uwek!"

Nayl hanya mampu menunggu di luar tandas perempuan, gila dia nak masuk. Mahu semua perempuan yang berada di dalam tandas itu menjerit keluar dari tandas nanti apabila dia masuk.

Terhulur-hilir Nayl menunggu Naurah di luar tandas. Hatinya sungguh gelisah. Melihat isterinya sudah keluar dari tandas, pantas dia mendapat isterinya yang kelihatan wajahnya sungguh pucat dan lemah.

"Sayang okey tak ni? Abang risau lah. Jom kita pergi klinik lah." Lengan isterinya ditarik untuk pergi, tetapi Naurah sempat menghalang.

"Tak apa, abang. Saya okey je...Cuma...pening sikit je. Awak jangan risau lah." Masih lagi berkeras kepala untuk tidak ke klinik.

******

Terkejut dia melihat Naurah dari tadi asyik makan asam. Sebelum dia balik ke rumah, sempat Naurah pergi kedai runcit membeli asam. Entah mengapa, Naurah yang tidak suka dengan asam itu tiba-tiba aje suka makan asam. Makin pelik pula Nayl melihat isterinya saat ini.

Bekas yang berisi asam itu di ambil laju yang berada di tangan Naurah. Terhenti terus Naurah yang sedang menonton television, dia menoleh memandang suaminya dengan wajah sungguh marah.

"Isy...Bagilah balik! Orang nak makan lah!" Marah Naurah, laju dia mengambil semula bekas asam itu.

"Sayang, kenapa tiba-tiba makan asam ni? Selalunya sayang tak ada pulak makan asam ni, bau asam pun taknak." Soal Nayl pelik.

"Entah, teringin. Dah bagilah balik!"

Laju dia merampas bekas asam itu daripada Nayl. Laju dia mengambil semula bekas asam yang berasa di tangan suaminya sambil melepaskan jelingan maut pada suaminya. Nayl melihat Naurah selalu makan asam, dapat dia rasa yang gadis itu ada sesuatu yang terjadi.

******

Selesai dia menunaikan solat mahgrib, makin berkerut dahinya melihat isterinya sedang terbaring di atas katil. Telapak tangannya diletak ke atas dahi Naurah, langsung tidak panas. Tetapi wajah Naurah jelas pucat lesu.

"Awak nak ubat tak?"

Naurah hanya menggeleng. Mata masih tertutup rapat.

"Sayang demam ke?"

Gadis itu hanya memberi jawapan dengan gelengan kepala.

"So, awak tak nak ke pergi dinner malam ni?"

Masih lagi dengan gelengan kepala.

"Okey, sayang rehat ya. Mungkin abang balik lambat sikit." Pesan Nayl sambil mengelus lembut kepala isterinya.

Naurah hanya sekadar mengangguk.

Nayl kembali bangun dari duduk di birai katil. Baju kemeja putih sudah kemas di tubuh, kot hitamnya disarung ke tubuh. Rambut yang masih basah di sikat bagi rapi dan nampak kemas.

Naurah yang perasan suaminya sedang memakai minyak wangi, tekak yang terasa loya, pantas dia bangun dan berlari masuk ke dalam tandas. Terkejut Nayl melihat, laju dia melangkah menunggu Naurah diluar.

"Sayang....awak okey tak tu? Kita pergi klinik lah, nampak awak macam dah teruk sangat tu." Jerit Nayl dari luar dengan nada suara yang sungguh risau.

"Uwekk!"

Makin risau dia dengar Naurah muntah, nak aje dia masuk melihat keadaan gadis itu. Tetapi pintu pula dikunci.

Selesai dia muntah, dia terus keluar dari tandas. Pantas Nayl mendapatkan isterinya yang sungguh lemah itu.

"Sayang okey tak ni? Isy....Abang risau lah nak tinggalkan sayang sorang-sorang dekat rumah. Jom lah kita pergi klinik." Nayl sudah mulai risau.

"Tak apa, awak pergi aje lah. Esok ni okey lah tu. Awal jangan risau ya." Naurah masih lagi degil tidak mahu ke klinik. Sudah banyak kali Nayl memaksa Naurah ke klinik tetapi gadis itu selalu menolak.

"Betul ke ni?" Wajah suaminya masih lagi terlihat sungguh risau.

Naurah cuba untuk tersenyum. "Iya, abang. Naurah okey je. Jangan risau lah. Esok ni elok lah." Pujuk Naurah.

Lembut dia mengelus kepala isterinya lalu dia mengucup dahi Naurah. Risau pula dia melihat keadaan isterinya.

"Abang pergi dulu ya."

Naurah mengangguk lalu dia mengucup tangan suaminya. Nayl terus keluar dari bilik tersebut. Naurah kembali merebahkan tubuhnya ke atas katil. Terasa badannya saat ini sungguh lemah. Muka juga sudah pucat lesu, bibir pula menggelupas. Dia sudah berfikir lain.

"Ah, tak ada apa lah, Naurah. Mungkin kau nak datang bulan kut." Dia memujuk diri sendiri. Dia mahu rehat, agar esok keadaannya tidak lagi begini.

******

"Selamat datang ke hotel Fortune, pemilik hotel Encik Omar. Jemput masuk Dato." Ujar Nayl ramah dengan senyuman dibibir.

"Baik lah, terima kasih Nayl." Ucap Dato Sufi dan melangkah masuk mendapatkan kawan baiknya Encik Omar.

Nayl menunduk hormat. Senyuman tak lepas-lepas dari bibir. Pantas dia ke tempat memasak.

"Hei, cepat-cepat! Dato Sufi dah sampai. Kau orang cepat sikit hidang makanan tu. Pastikan makanan atau minuman semuanya sedap." Pesan Nayl pada chef-chef memasak yang sedang sibuk memasak di dapur.

Nayl terus berjalan ke tempat lain, mahu melihat pekerja-pekerja mereka, agar semuanya berjalan dengan lancar. Tak lama itu...

"Auch!"

Pandang aje orang yang dia terlanggar itu, ah dia sudah kenal wanita itu.

"Nayl..." Panggil Sabrina dengan mesra. Dia tersenyum kecil.

"Hei, Sabrina. You okey tak ni? Sorry I tak perasan you dekat belakang I."

"It's ok. I tak ada apa-apa lah, I okey je."

"Okey, so you duduk lah dulu. You nak minum apa-apa?"

"Eh, it's ok. Nanti I ambil sendiri."

Mereka berdua terus melabuhkan duduk. Lama Sabrina merenung wajah lelaki itu. Dia sungguh rindu, teringat dia kembali kenangan dia bersama Nayl dulu. Sungguh indah dan bahagia.

"Wow, you kerja manager dekat sini?" Soal Sabrina terkejut.

"Err,hehehe. Yes. I manager dekat hotel bapa mentua I." Ujar Nayl mesra.

"Oh, wah. Untung lah, dapat manager, dapat kahwin dengan anak pemilik hotel ni lagi." Jelas nada suaranya cemburu.

"Eh, tak lah. Bapa mentua I tu bapa saudara I. So, I dengan Naurah tu sepupu," jelas Nayl. Berkerut dahi Sabrina.

"Sepupu? You kahwin dengan sepupu sendiri?" Sabrina ketawa kecil, tetapi ketawanya seperti menyindir Nayl.

"Err....hehehe. Dah jodohkan tak kemana." Ujar Nayl tenang.

"Hm, yes betul."

"You tak kahwin lagi?" Soal Nayl pula.

"Err...no. I kan masih muda, so I perlu kejar cita-cita i dulu." Balas Sabrina.

"Oh, baguslah kalau macam tu. Tapi, kahwin muda macam I ni pun okey tau. Awal-awal lagi dah dapat jodoh." Sengaja Nayl berlawak, Sabrina hanya ketawa paksa.

"Eh, kita dah nak mula. Err...Nayl. Boleh tak kalau I nak nombor you. So, nanti boleh lah kita keluar lagi bila I free. Hari ini tak puas sembang dengan you."

"Err...hehehe ok. Nanti kalau I free I call you ok." Ujar Nayl sambil mengeluarkan beg dompetnya dari poket seluarnya. Satu keping kad nombornya dihulurkan pada Sabrina. Laju aje Sabrina mengambil dengan senyuman sungguh lebar.

"Okey thank you. Nanti apa-apa I call you ok?" terasa hati sungguh berat. Tetapi mereka berdua sudah berjanji yang mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun Nayl juga sudah berkahwin, jadi dia harap sangat Sabrina faham dengan keadaannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience