Akhirnya sampai juga mereka berdua ke rumah dengan hati yang masih gembira. Rasa berat hati mahu tinggalkan Pulau Langkawi. Rindu dia bila sudah pulang ke rumah. Banyak peristiwa dia bercuti honeymoon bersama Nayl. Mereka berdua juga sudah berjanji akan berbaik semula dan menjadi sepasang suami isteri yang paling sweet. Itulah janji mereka berdua sebelum sampai ke rumah. Tidak mahu lagi bermusuh!
"Ha, macam mana percutian honeymoon kau orang berdua? Okey? Semua berjalan dengan lancar tak?" Soal Encik Omar sewaktu semua berkumpul di meja makan untuk makan malam.
"Alhamdulillah, okey aje papa. Terima kasih banyak-banyak ya papa bagi kita orang bercuti honeymoon." Ucap Nayl sambil tersenyum manis.
Melihat wajah papa langsung tidak kelihatan mesra. Senyuman juga tidak terukir dibibir. Wajah papa serius dan tegang. Susah betul untuk dia melihat wajah manis papa, senyuman papa pun dia teringin untuk melihat. Tetapi, papa memang berwajah serius. Susah untuk tersenyum mesra pada orang, sama seperti Naurah. Susah untuk Nayl melihat senyuman manis isterinya yang keras kepala itu.
"Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu. Ni, kau orang berdua bila nak masuk kerja?" Soal Encik Omar lagi tanpa memandang mereka.
Naurah langsung tidak menjawab, dia memberi suaminya yang menjawab soalan papa. Nasi dimasuk ke dalam mulut, langsung tidak menoleh atau mengeluarkan satu pun perkataan dari mulut. Dia lebih suka berdiam diri, kalau dia yang bersuara nanti lain pula jadinya.
"Err... InsyaAllah, mungkin esok kami dah boleh masuk kerja." Jawab Nayl.
"Hm, bagus lah."
Keadaan menjadi senyap kembali. Sedikit pun tidak bersuara, Naurah yang melihat semua orang berdiam diri dia cuba untuk mencari idea bersuara. Takkan nak diam je?
Baru dia mahu bersuara, papa terlebih dahulu sudah bangun dan masuk ke dapur. Naurah menghela nafas kecil. Susah betul dia mahu bermesra dengan papa, mahu bersuara pun dia teragak-agak dan takut. Sudahnya dia mengalah, hanya mama aje dia dapat bersembang mesra.
******
Hari ini ialah hari pertama dia masuk kerja setelah lama dia bercuti. Ah, sungguh dia rindu apabila melihat sekeliling pejabatnya. Sama seperti dulu, tidak berubah. Yang berubahnya adalah keadaan dia. Sekarang dia sudah bergelar status isteri orang, bekerja pun bersama dengan suami. Dapat lah dia tengok-tengok suami dia yang suka mengorat perempuan itu.
Dia dengan Nayl juga sudah semakin rapat, tetapi dia perlu lebih lagi masa untuk betul-betul terima Nayl sebagai suaminya. Dia dengan Nayl sudah berbaik dan mesra pun sudah cukup membuatkan dia sungguh bahagia.
Naurah menghampiri meja Nayl dan meletakkan air coffee yang dibuatnya tadi untuk suaminya. Melihat suaminya sedang sibuk dengan kerja-kerja di komputer.
"Ni, air kau..."
"Thanks..."
"Itu je jawab, bukan nak pandang aku. Isy...benci betul lah dia ni! Sibuk sangat dengan kerja tu, sampai isteri sendiri pun tak nak pandang." Bisik Naurah sendiri, tetapi suaranya jelas dapat di dengar oleh Nayl.
Naurah terus melangkah keluar dari pejabat suaminya. Nayl tersenyum senget apabila dapat tahu yang Naurah merajuk.
Dia terus kembali melangkah masuk ke dalam bilik rehat yang di situ terletaknya tempat membuat air dan tempat untuk berehat. Bilik tersebut masih tiada orang, Naurah terus mencapai mug yang berisi kopi itu lalu diteguk.
Tersentak dia apabila merasa pinggangnya dipeluk seseorang dari belakang.
"Sayang merajuk ya, sebab abang tak layan sayang. Okey, abang minta maaf ya. Tadi abang telalu busy dengan kerja, sorry ya. Malam ni abang layan sayang." Bisik Nayl ditelinga Naurah dengan sungguh lembut dan manja.
"Eh, ma...mana ada aku merajuk...err...isy...kau jangan macam-macam, kita sekarang dekat office. Nanti apa pula kalau orang pandang kita macam ni." Ujar Naurah, dia cuba untuk melepaskan pelukan Nayl.
"Kenapa? Kita berdua je dekat sini. Lagipun, abang rasa bahagia kalau macam ni." Usik Nayl nakal sambil meletakkan dagunya ke atas bahu Naurah.
Tersentak mereka berdua apabila melihat dua orang wanita staf office muncul dimuka pintu. Wajah Naurah mula berbahang dan merah padam.
"Err...sorry, kami tak ada niat nak ganggu. Izinkan kami buat air ya," ujar salah sorang wanita itu dan melangkah ke tempat buat air.
Laju Nayl melepaskan pelukan tersebut. Wajahnya juga mula merah malu. Naurah mengetap bibir, senyuman cuba diukir walaupun sekarang dia tengah malu.
"Okey, dah siap. Kami pergi dulu, maaf bos." Ucap wanita pekerja office tu lagi. Dia menunduk hormat pada Nayl dan melangkah pergi dari situ.
"Ni semua salah kau! Tengok, mesti dia orang cakap belakang pasal kita!" Marah Naurah dengan muka masam mencuka.
"Apa salah aku pulak? Aku nak peluk isteri aku je,"
"Ya Allah, aku layan kau ni boleh jadi gila aku! Peluk apa nya? Kau tengok dia orang tadi dah nampak apa yang kau buat dekat aku? Isy...malu lah aku! Ni office bukan rumah!" Marah Naurah lagi dan melangkah keluar dari bilik rehat tersebut. Laju langkahnya masuk ke dalam pejabatnya semula.
Nayl ketawa kecil, suka dia menyakat isterinya. Jelas wajah Naurah tadi sudah kelihatan merah.
"Okey, sorry sayangku." Ucap Nayl sambil mendapatkan Naurah.
"Hm..."
"Lah, dah kenapa ni? Merajuk lagi?"
"Hm..." Hanya itu jawapan Naurah.
"Okey, kalau sayang merajuk lagi, abang kiss lah."
Pantas Naurah melarikan dirinya daripada Nayl yang sudah tidak betul itu.
"Isy...kalau nak kiss tu dekat rumah lah! Ni office! Jangan nak gatal pulak!" Marah Naurah lagi. Pecah tawa Nayl.
"Okey, aku pegang pada kata-kata kau tu. Malam ni mungkin kau dah tak boleh lari daripada aku." Usik Nayl lagi. Dia ketawa kecil.
"Isy...Dah lah, aku nak sambung kerja." Putus Naurah dan melabuhkan duduk pada kerusinya. Nayl masih ketawa kecil dan melangkah masuk semula ke dalam office. Senyuman bahagia yang mahu terukir dibibir Naurah, cuba untuk disembunyikan.
******
"Lah, awalnya nak pindah? Dah ada rumah ke untuk berpindah?" Terkejut Encik Omar mendengar Nayl dan Naurah mahu pindah.
"Ya, papa...Mungkin kami pindah ke rumah. Papa jangan risau, kami dah ada rumah." Ujar Nayl tenang.
"Kenapa tak duduk aje dengan kami?" Soal Puan Suraya.
"Tak apa lah mama, kami tak nak orang kata kami ni tak habis-habis nak berkepit dengan mama papa je. So, tentang rumah tu mama papa jangan risau, Nayl kata dia dah ada rumah baru untuk kami pindah." Jawab Naurah pula.
"Hm, baguslah kalau macam tu. Tapi, datang lah juga ke sini. Jangan sampai tak balik pula," ujar Encik Omar.
"Iya, papa. Papa jangan risau tau, Naurah dan Nayl akan pulang ke rumah ni bila kami ada masa lapang." Jawab Naurah dengan senyuman manis dibibir.
"Hm.." Itu jawapan papa, seperti tidak suka untuk mereka pindah.
*******
"Kau dah betul-betul ke berfikir nak pindah rumah? Betul ke kau ada rumah sendiri?" Soal Naurah kembali mengambil kepastian.
"Ya, rumah tu dah lama tak duduk. Aku duduk pun kat situ untuk hilangkan stress. And, mungkin itu akan jadi rumah kau juga." Ujar Nayl yang sudah betul-betul mahu pindah. Tak mahu lagi duduk bersama mama papa, seperti mengganggu mereka pula. Mereka berdua juga perlu duduk rumah sendiri, tak perlulah duduk di rumah mama papa lagi. Sudah hampir lama mereka berada di rumah mama papa, mungkin tiba masanya untuk mereka berpindah.
Nayl juga sudah ada rumah sendiri. Sebelum dia berkahwin dengan Naurah, dia sudah membeli rumah. Rumah tersebut hanya dia yang duduk seorang. Mak ayah dia pun tidak tahu dia beli rumah baharu. Rumah itu juga kadang-kadang Nayl duduk atau bermalam di sana.
"Rumah apa yang kita nak duduk nanti?"
"Alah, tak besar pun rumah tu. Rumah kondo." Jawab Nayl.
"Hm, okey juga. Tapi, betul ke kita nak pindah ni? Aku tengok papa tadi macam tak suka aje kita pindah," Naurah masih gelisah. Susah dia terima untuk berpindah.
"Naurah, dia orang lebih suka kita pindah. Takkan nak duduk rumah mama papa kau ni sampai ke tua? Mesti lah kena ada rumah sendiri. So, mungkin kita dah boleh pindah. Rumah pun dah ada. Tak perlu lagi nak panjang-panjang berfikir." Jelas Nayl.
"Hm, aku ikut kau je. Tapi, setiap hari kita kena balik rumah mama papa tau, takut nanti apa pula mereka cakap kalau kita tak pulang ke rumah ni."
"Okey baik bossku. So, kali ini kau dah tak dapat lari daripada aku." Usik Nayl nakal.
Naurah yang mahu meneguk air putih di dalam botol tersedak apabila terdengar kata-kata suaminya yang nakal itu.
"Oh, kalau macam tu tak jadilah pindah!"
Pecah tawa Nayl, Naurah menjeling maut pada suaminya yang terbahak-bahak ketawa.
"Kau ni kan, sengaja je bagi hati aku panas...." Baru aje dia mahu meneruskan lagi kata-katanya terhenti, apabila jari Nayl sudah melekat pada bibirnya.
"Syyy....Cakap kita dah berbaik tak nak bergaduh, dah kenapa pula ni nak marah-marah? Kau tak sayang aku ke?" Nayl buat muka manja.
"Err...hehehe," Dia sudah gagap. Pantas dia berlari pergi dari situ. Sudah tiada idea untuk dia menjawab. Dia tidak mahu terjebak lagi di situ dan dia tidak mahu lagi terpukau dengan pandangan romantik Nayl. Nayl ketawa kecil, wajah Naurah sudah merah menahan malu.
Share this novel