Jam di pengelangan tangan di pandang. Sudah tepat pukul 5 petang. Dia perlu segera pulang ke rumah mama papa. Pasti isterinya sedang menunggunya di sana.
Masuk aje dia ke dalam kereta, telefon bimbitnya pula yang berbunyi. Pantas dia mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluar. Senyuman sudah terukir lebar, dia fikir Naurah yang hubunginya. Sehari tidak melihat isterinya di pejabat, dia berasa rindu pula.
Mata terus terpandang pada skrin telefon tersebut. Mati terus senyumannya apabila melihat tertera nama Sabrina jelas di skrin telefon bimbitnya, dia mengeluh kecil.
"Hello."
"Hai, Nayl. You sekarang ada dekat mana? I dah sampai dekat hotel Fortune, tapi staf you kata you tak ada dalam office? You dekat mana?" Soal Sabrina.
"Err...Sabrina, i so sorry. Mungkin hari ni I tak dapat nak keluar dengan you, kalau kita keluar hari lain boleh? Sebab I ada hal sikit lah. Sorry." Nayl cuba memberi alasan pada Sabrina.
Dapat dia dengar jelas di dalam talian yang gadis itu mengeluh kecil. Dia mula serba salah, kesian pula buat gadis itu tertunggu-tunggu.
"Hm, it's ok. I faham, so hari lain aje lah kita keluar." Ujar Sabrina yang sungguh kecewa.
"Okey, but...sorry."
Talian kini diputus. Rasa serba salah pula dia, tetapi dia memang tidak mahu berjumpa dengan Sabrina. Kalau berjumpa pun ada urusan penting dan bukan saja-saja mahu berjumpa. Takut pula dia jika ada orang lain nampak dia bersama Sabrina, dah boleh menimbulkan fitnah pula.
******
Sampai aje dia di hadapan rumah mama papa, dia terus keluar dari perut kereta dan melangkah ke pintu rumah. Pintu diketuk.
"Assalamualaikum." Ucap Nayl.
"Ha, tu siapa pula yang datang tu? Kejap ya mama bukakan pintu." Puan Suraya mengangkat punggung dan melangkah ke pintu utama.
"Eh, tak apa lah mama. Biar Naurah aje pergi buka pintu, mama duduk sini ya." Halang Naurah. Dia terus melangkah ke pintu utama. Tombol pintu dipulas, lalu dia membuka daun pintu tersebut.
"Waalaikumusalam,"
Melihat wajah suaminya sudah berada di hadapan pintu. Senyuman serta-merta terukir. Dia terus mengucup tangan suaminya.
"Awalnya abang balik? Kata balik lambat?" Soal Naurah pelik.
"Kenapa? Tak suka abang balik awal ke?" Nayl tersenyum kecil.
"Tak ada lah, cuma pelik."
"Tak ada yang pelik lah. Sayang macam mana? Dah makan ubat? Mama mana?" Kedua-dua tangan Naurah digenggam erat.
"Okey je. Mama ada dekat dalam. Jom lah masuk."
Lengan suaminya dipeluk, Naurah dan Nayl berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Melihat mamanya sedang berada di sofa ruang tamu, pantas dia mendapatkan mamanya lalu dikucup tangan mak mentuanya.
"Ha, Nayl. Nak makan ke? Mama ada masak, nanti Nayl boleh makan. Lauk semua ada atas meja tu." Pelawa Puan Suraya mesra.
"Eh, tak apalah mama. Nayl dah makan tadi." Tolak Nayl lembut.
"Abang duduk lah dulu, Naurah ambilkan air ya."
Nayl terus melabuhkan duduknya di hadapan Puan Suraya. Laju langkah Naurah masuk ke dapur. Mug dicapai, bekas kopi di ambil. Baru aje dia mahu membancuh air kopi, kepalanya terasa sungguh sakit. Mata juga sudah kabur. Kepala yang terasa sakit itu dipegang.
Tak dapat lagi dia buka mata, badan yang lemah terus terjatuh ke bawah. Mug yang dipegang turut jatuh pecah. Nayl dan Puan Suraya yang sedang bersembang terkejut apabila terdengar cawan pecah. Pantas mereka ke dapur mendapatkan Naurah.
Tersentak mereka berdua melihat Naurah sudah terbaring di atas lantai.
"Ya Allah, Naurah..."
Lembut dia menepuk pipi Naurah, melihat gadis itu pengsan. Nayl terus mendukung tubuh kecil gadis itu dan bawah masuk ke dalam. Puan Suraya masih lagi risau melihat keadaan anaknya. Mujurlah Nayl pulang.
******
"Kau tak boleh macam tu, Sabrina. Dia kan dah kahwin. Takkan kau tak boleh nak move on lagi dari cinta pertama kau tu. Move on je lah, babe. Dia dah ada isteri, nak pandang kau pun dia dah tak nak." Pujuk Sarah, kawan baik Sabrina.
Makin stress dia melayan kawannya ini yang tak habis-habis lagi mengejar cinta Nayl. Sabrina juga cuba untuk menarik perhatian lelaki itu dan dia mahu kembali menjadi milik Nayl.
"So? Tak salahkan kalau aku nak bermadu?" Soal Sabrina sinis.
"Wei, kau jangan sampai ke situ pula. Nanti hancur pula rumah tangga orang. Kau ni suka sangat buat kerja gila kau, kan? Semata-mata nak dapat Nayl semula?" Sarah menggeleng kepala dengan perangai kawannya ini.
"Dah hanya itu aje jalan yang terbaik untuk aku. Kalau dia tak nak bermadu, aku akan ambil Nayl sorang aje lah, kalau aku tak dapat juga Nayl, aku akan buat Naurah benci pada lelaki itu." Ujar Sabrina sambil tersenyum sinis.
"Wei, babe. Itu jalan terbaik untuk kau, tapi bukan jalan terbaik untuk dia orang. Kau ni, gila ke apa, hah? Dah lah tu kacau rumah tangga orang. Zakri tu kan suka dekat kau, dia kata dia dah lama suka kau. So, kau kahwin je lah dengan dia. Kenapa perlu hancurkan rumah tangga orang?" Sarah masih tidak faham dengan kawannya ini, masih mengejar-kejar lelaki yang tiada hati padanya.
"Isy...Boleh tak jangan cakap pasal lelaki tak guna tu! Aku benci lah dia! Suka sangat kacau hidup aku! Aku tak ada hati pun dengan dia, dia je yang gila-gila suka dekat aku." Marah Sabrina sambil menjeling ke tempat lain.
"Ikut suka hati kau lah. Aku tak nak masuk campur dalam hal-hal rumah tangga orang ni. Aku minta maaf, aku terpaksa mengundur diri. Kalau kau nak buat, kau buat. Aku tak nak masuk campur." Putus Sarah.
"Sarah, kau kan kawan baik aku. Kenapa kau tak nak tolong aku? Aku hanya nak dapatkan Nayl aje, itu pun susah ke bagi kau?"
"Yes, memang susah. Dia dah kahwin. Berapa kali aku nak cakap dengan kau yang dia dah kahwin." Ujar Sarah lagi dengan nada sedikit tinggi. Geram pula dia dengan kawannya ini.
Sabrina menarik muka. Dia menghela nafas kasar. Masih tidak puas hati melihat hubungan mesra Nayl bersama Naurah. Dia tetap mahukan lelaki itu walaupun Nayl sudah tidak ada perasaan padanya.
******
Matanya saat ini terasa berat untuk dibuka. Kepala juga masih terasa sakit. Perlahan-lahan Naurah bangun, melihat sekeliling dia sudah berada di dalam bilik.
"Sayang dah bangun?"
Muncul wajah suaminya yang baru masuk ke dalam bilik tidurnya. Nayl terus melabuhkan duduk di birai katil. Merenung wajah isterinya yang masih pucat dan lemah.
"Saya tak nampak pun awak okey. Saya rasa awak ada yang tak kena ni. Kita pergi klinik lah," paksa Nayl lagi yang masih risau. Naurah hanya terdiam seketika.
"Tak perlu lah..."
"Sayang, jangan degil. Kalau apa-apa terjadi dekat awak lepasni macam mana?" Naurah menghela nafas panjang.
Sudah tidak dapat lagi untuk dia menolak. Sudah banyak kali Nayl memaksa nya ke klinik. Dia juga mahu ke klinik, kerana dia mahu tahu tentang kesihatan nya. Makin teruk pula dia kali ini muntah, badan pun rasa tidak sedap. Selalu mengidam tetapi cepat terasa mahu muntah. Dia sudah berfikir lain, tetapi dia berharap sangat apa yang dia fikir itu tepat.
******
Awal pagi lagi mereka sudah ke klinik. Naurah memaksa Nayl ke tempat kerja, tetapi lelaki itu tetap degil mahu membawa isterinya ke klinik. Biar masuk lambat office pun tak apa, janji isteri aku selamat. Bisik hati Nayl.
Hampir lama juga mereka berdua menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. Melihat di dalam klinik itu sedikit ramai pesakit.
Tak lama itu, namanya di panggil masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan doktor. Duduk dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan doktor wanita yang sedikit berusia.
"Ya, puan. Ada apa masalah yang boleh saya bantu?" Soal doktor itu dengan sungguh mesra.
"Err...Saya..." Naurah sedikit gagap. Dia juga malu untuk jelaskan apabila melihat Nayl juga turut ada di sebelahnya. Dia mengetap bibir, sempat dia menoleh memandang suaminya di sebelah.
"Err saya...saya sudah hampir sebulan tidak datang bulan, saya juga tiba-tiba rasa mual dan muntah-muntah," Jelas Naurah yang sedikit teragak-agak. Dia sungguh malu, wajahnya mula merah. Sikit pun dia tidak toleh memandang Nayl disebelah nya.
"Boleh saya tahu cik dah berkahwin ke belum?"
"Dah, saya suami dia." Laju Nayl menjawab.
"Okey, baiklah. Sekejap ya. Nurse." Doktor itu memanggil jururawat tersebut. Tak lama itu, jururawat wanita masuk ke dalam bilik tersebut dan melangkah mendapatkan doktor wanita itu.
"Yes doktor."
"Nurse bawa puan Naurah buat UPT test." Arah doktor itu pada jururawat wanita tersebut.
"Baik doktor. Silakan puan."
Naurah pun mengikut langkah jururawat tersebut dan kembali selepas 5 minit. Jururawat tadi kembali bersama hasil ujian.
"Doktor, ini UPT puan naurah." Ujar jururawat tersebut. Entah mengapa, saat ini jantung mereka berdua berdebar lain macam.
"Baiklah puan dan Encik, sukacita saya nak maklumkan puan Naurah sudah mengandung." Jelas doktor tersebut.
"Mengandung? Serius lah doktor?" Makin teruja Nayl saat ini. Naurah menyembunyikan senyuman dibibir.
"Ya, Encik."
"Ya Allah, sayang. Alhamdulillah..." Mahu menitis air matanya saat ini. Kedua-dua tangan isterinya digenggam erat lalu dikucup lama.
"Sila baring di katil ya puan, saya nak check sudah berapa lama tempoh kandungan puan." Arah doktor tersebut. Naurah lambat-lambat merebahkan tubuhnya ke atas katil pemeriksaan itu. Dengan kata-kata doktor itu, perasaan mereka berdua saat itu sungguh berasa gembira.
Doktor menyelak baju Naurah dan meletakkan gel sejuk di perut Naurah. Sejenis alatan berbola bergerak di atas perut Naurah.
"Encik nak tengok anak encik?"
"Ya." Jawab Nayl dengan sungguh gembira.
"Tengok di screen ni, inilah gambaran anak encik di dalam sana." Ujar doktor tersebut. Naurah yang melihat mahu aje dia menitiskan air matanya. Tidak sabar mahu memberitahu pada mama dan papanya.
"Nanti saya akan print sonogram ni untuk Puan dan Encik ya."
"Err...Doktor, saya nak tanya, anak saya ni lelaki ke perempuan?" Soal Nayl.
"Sabar encik, selepas tempoh kandungan 6 bulan, datang semula untuk check jantina. Kerana kandungannya sekarang ni baru lagi." Jelas doktor tersebut. Tak lepas-lepas senyuman terukir dibibir Naurah.
"Baik lah, doktor. Terima kasih." Ucap Nayl dengan hati yang sungguh gembira. Kepala isterinya dikucup lama, tak sangka yang isterinya selama ini mengandung. Jadi, tekaan Naurah selama ini tepat, yang dia mengandung.
******
"Ya Allah, alhamdulillah. Tak sangka betul anak mama dah mengandung?" Terharu sungguh Puan Suraya dengar. Menitis air matanya. Naurah juga turut mengalir air matanya, senyuman bahagia terukir dibibir.
"Alhamdulillah, tak sabar rasanya nak jadi mama dan papa, kan bang?" Lengan suaminya dipeluk.
"Hehehe, betul." Nayl tersenyum kecil.
"Mama dan papa pula tak sabar nak jadi nenek dan atuk." Puan Suraya dan Encik Omar ketawa kecil. Sungguh dia rasa bahagia saat ini. Hanya tuhan aje yang tahu perasaannya saat ini. Terima kasih, Ya Allah.
Share this novel
Janji isterinya aku selamat nNsvpilih nk guna isterinya atau isteri aku