Langsung dia tidak melayan suaminya yang sedang perhatinya dari jauh. Penat Naurah asyik tersenyum lebar apabila memandang orang. Penat bercakap pun ya, penat tersenyum lebar pun ya. Sudah ganti Nayl pula tak habis-habis tersenyum memanjang.
Dia mengambil tempat di sebelah Aina yang sedang bermain telefon sambil tersenyum-senyum itu. Sekarang waktunya untuk dia berehat seketika apabila tetamu ramai yang sudah pulang dan hanya tinggal kawan-kawan mama papa dan makcik pakcik saudaranya.
Nafas dihela panjang. Rasa rimas pula dia memakai gaun itu. Sudahlah labuh, terpaksa lah dia berjalan sambil menarik kainnya yang labuh itu.
"Amboi kau, daripada tadi tersenyum. Mesej dengan boyfriend ke?" Peluh di dahi dilap memakai tisu. Sempat dia mengambil tisu sebelum dia melabuhkan duduknya tadi.
"Err...hehehe. Jangan ingat kau sorang je. Of course lah aku ada, baru aje kenal." Ujar Aina belagak yang dia sekarang sudah tidak lagi single.
Naurah menjeling ke atas. Matanya tercari-cari susuk tubuh suaminya. Dari tadi dia cari Nayl, tetapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan.
"Hah, cari siapa tu?!" Sergah Aina sambil menepuk kuat peha kecil Naurah. Terkejut Naurah, ternaik bahunya. Dada dipegang, jantungnya saat ini berdegup dengan laju. Dia mendengus kasar, tajam dia memandang Aina yang terbahak-bahak ketawa.
"Hah, kantoi...Kau cari Nayl, kan? Kau ingat aku tak tahu? Daripada tadi kau terjenguk-jenguk cari dia." Aina mengecilkan matanya memandang Naurah. Dia ketawa kecil.
"Isy...kau ni! Mana ada! Aku...aku...aku cari mama aku lah." Bohong Naurah, tetapi suaranya sedikit gagap. Tekaan kawannya sangat tepat.
Aina tersengih-sengih nakal. "Isy...kau pandang apa? Nak kena ketam aku ke?!" Marah Naurah sambil menjeling tajam.
"Hm, cakap je lah tengah cari suami yang tercinta tu,"
Wajah Naurah makin merah padam. Dia mengetap bibir geram. Baru aje dia mahu mengetam kawannya yang sudah berdekah-dekah ketawa itu, perbuatannya terhenti apabila seseorang bersuara yang berada betul-betul dibelakang. Rasanya suara itu jelas di telinganya separuh berbisik, dan suara itu juga sungguh lembut. Naurah menelan liur.
"Sayang cari abang ke?"
Aina yang melihat Nayl sudah berada di belakang Naurah, dia sengaja mengeluarkan telefon bimbitnya lalu diletakkan ke telinga.
"Err...hello, ibu. Okey, ibu Aina on the way balik." Aina buat-buat yang dia sedang hubungi bersama ibunya. Dia tersengih kecil pada Naurah. Dia mahu meninggalkan Naurah bersama Nayl, tak mahu kacau daun.
"Err...babe, aku kena balik dulu lah. Aku ada hal sikit, nanti kita jumpa lagi ya. Kau orang sembang lah, aku tak nak kacau daun." Sengih Aina buat kali terakhir dan melangkah laju pergi dari situ.
Naurah yang memegang lengan Aina, pantas Aina menarik lengannya. Aina buat isyarat mata, sambil tersengih.
"Aina..." Panggil Naurah, suaranya cuba untuk dikawal.
Akhirnya pergi juga gadis itu meninggalkan Naurah bersama Nayl di situ. Nayl mula tersenyum nakal. Naurah mengetap bibir, geram dia dengan Aina itu. Suka meninggalkannya saat dia sedang kekok dan gelabah.
Nayl terus mengambil tempat di hadapan Naurah. Tangan isterinya digenggam erat, saat itu Naurah bagaikan terkena renjata eletrik. Bulat matanya, cuba untuk melepaskan pegangan itu, tetapi makin erat pula genggaman Nayl. Nayl tersenyum senget. Wajahnya di dekatkan pada wajah isterinya. Saat ini tubuhnya kaku.
"Amboi, sempat lagi ya ambil kesempatan dekat sini?"
Sengaja Arif menyakat mereka berdua. Pantas Nayl melepaskan pegangan itu, wajahnya menoleh memandang Arif yang mengambil tempat di hadapan mereka. Terbahak-bahak Arif ketawa.
Wajah Naurah makin merah dan berbahang. Dia menggigit bibir. Saat ini dia sungguh berasa tidak selesa, pantas dia mengangkat punggung dan melangkah pergi dari situ.
"Haish, kau ni! Kacau betul, lah! Tengok, dia dah lari!" Marah Nayl sambil menjeling tajam. Melihat Naurah sudah pergi dari situ, dia tahu gadis itu pasti malu.
Terbahak-bahak Arif ketawa. "Wah kau, tak sabar-sabar ya menjelang malam pertama kau nanti. Hei, bro. Relaks lah, baru pukul 12 tengah hari, lagi beberapa jam aje dah nak malam. Relaks, kumpulkan tenaga kau dulu untuk malam ni." Sakat Arif lagi sambil ketawa.
Nayl juga turut ketawa, tetapi ketawanya sungguh sinis.
"Kau nak kena penumbuk aku ke? Rasanya dah lama kut aku tak tumbuk orang. Kali ini, aku tumbuk bagi padu sikit lah, biar masuk hospital terus."
Makin berdekah-dekah tawa Arif. Tajam dia menjeling Arif, suka sangat kenakan dia. Mencari susuk tubuh gadis itu, sudah lagi tidak kelihatan. Ini semua gara-gara mamat tak guna ni! Kacau daun betul! Bisik hati Nayl yang masih tak puas hati dengan Arif.
Share this novel