"Babe, sudah-sudah lah tu dengan kerja bodoh kau tu."
"Hei, kau diam lah! Kau tahu tak, isteri dia mengandung. Makin panas lah hati aku!" Marah Sabrina yang masih tidak berpuas hati.
"Wei, babe. Biar lah dia mengandung pun. Itu rezeki dia orang, kan? Yang kau nak panas sangat ni dah kenapa?" Soal Sarah yang makin pelik melihat perangai kawannya ini yang sudah tidak betul.
"Tak, aku takkan biarkan dia orang bahagia! Aku tak sekejam seperti apa yang kau sangkakan. Aku akan bagi si Naurah tu melahirkan anak dia dulu, baru aku akan mulakan rancangan aku. Yalah, kesian pulakan nanti Nayl tak dapat nak tengok muka anak dia sebelum Nayl jadi milik aku." Ujar Sabrina dengan sungguh sinis.
Sarah hanya menggeleng kepala. Penat dia halang dan pujuk Sabrina yang makin tidak betul itu. Tetapi, gadis itu tetap keras kepala mahu hancurkan kebahagiaan Nayl dan Naurah. Dia masih tidak berpuas hati.
"Aku tak kesah kau nak buat apa pun, tapi ingat...Kau jangan buat dia orang sampai bercerai! Ingat tu! Jangan nak rosakkan kebahagiaan orang lain!" Sarah terus melangkah pergi. Kalau dilayan lagi, makin stress dia nanti.
******
Dia melabuhkan duduknya apabila selesai meeting bersama pekerja-pekerja hotel Fortune. Nafas dihela panjang. Dia sudah tidak larat untuk kemana-mana lagi bila dia sudah mengandung. Perut pun terasa sakit kalau selalu berjalan.
Sempat matanya memandang pejabat suaminya yang masih kosong. Tadi Nayl ada appointment, tetapi Naurah tidak ikut sekali. Dia sungguh tidak larat saat ini. Mahu aje dia rebahkan badannya ke atas lantai. Sudah tidak peduli lagi orang memandang.
Baru aje dia mahu meneruskan kerja-kerjanya, terkejut dia apabila melihat seorang wanita masuk ke dalam pejabatnya. Terus terhenti kerja-kerja di situ. Nak tak nak, dia perlu hormat orang yang datang ke pejabatnya. Bingkas dia mengangkat punggung walaupun badan sudah tidak larat berdiri. Perut yang terasa sakit, dipegang.
"Hai, cik. Selamat datang ke pejabat hotel Fortune. Cik nak jumpa dengan siapa ya?" Ujar Naurah mesra dengan senyuman dibibir.
"Hai..."
"Err...Cik Sabrina nak jumpa dengan Tuan Nayl Uqasyah ke? Maaf cik, dia sekarang ada appointment..."
"No, I datang sini bukan nak jumpa dengan dia..."
Pulak! Semalam beria-ia nak jumpa dengan suami aku. Sekarang kau datang sini nak jumpa dengan siapa pula? Isy...Sesat kut minah ni, sampai jalan nak balik ke rumah pun tak tahu. Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling Sabrina dihadapannya.
"Kenapa you pandang I macam tu?"
Tergamam Naurah, dia menggigit bibir. Alamak! Dia perasan aku jeling dia ke?!
"Err...Tak. Cik...cik cantik hari ini. Hehehe." Naurah memberi alasan sambil tersengih. Melihat wajah Sabrina jelas yang dia sedang marah.
"Hm, thank you."
Naurah menunduk sambil tersenyum sebaris.
"Err...Cik datang sini nak jumpa dengan siapa ya? Tuan Nayl sekarang ni tak ada lagi."
"I bukan nak jumpa dengan Nayl, tapi...I nak jumpa dengan you," tergamam Naurah. Dia menelan liur. Dia nak jumpa dengan aku? Nak buat apa? Nak bincang apa? Ke ada apa-apa yang tak kena ni? Aku ada buat salah dengan dia ke? Bertalu-talu soalan di fikirannya saat ini.
"You free tak sekarang ni?"
"Err..." Naurah menggaru kepalanya disebalik tudung. Dia sedang mencari alasan untuk beri pada wanita tersebut.
"Err...Ya. Tapi, ada apa ya cik nak jumpa dengan saya?"
Melihat senyuman sinis Sabrina timbul dibibir. Berkerut dahi Naurah.
******
Lama Sabrina merenung Naurah atas bawah sambil menjeling tajam. Senyuman sinis timbul dibibirnya. Naurah yang memandang makin tidak sedap hati.
"You mengandung ke?" Soal Sabrina tanpa memandang Naurah dihadapannya. Straw minumannya di sedut. Membasahkan tekak yang kering.
"Err...Hehehe, ya. Saya mengandung." Jawab Naurah mesra dengan senyuman dibibir.
"You kenal Nayl, kan?" Dia pelik, Sabrina berjumpa dengan dia hanya sekadar mahu cakap tentang Nayl.
"Eh, mestilah saya kenal dia. Lagipun, dia kan suami saya." Makin berkerut dahi Naurah. Apa punya soalan lah dia ni. Naurah menjeling Sabrina tanpa wanita itu perasan.
"Errr...Cik. Saya nak tanya, cik nak jumpa dengan saya ni ada apa ya?" Soal Naurah yang masih bertanya-tanya.
Sabrina tersenyum sinis, dia menoleh memandang Naurah yang masih bertanda tanya.
"You kenal Nayl dah berapa lama?" Soal Sabrina. Makin panas hati Naurah apabila dapat soalan yang tidak masuk akal.
"Lama lah juga, tapi kenapa ya? Kalau cik datang sini nak jumpa saya cakap pasal Nayl lebih baik tak payah kut. Saya kenal dah lama suami saya tu." Kali ini Naurah menjawab dengan jelingan mautnya. Kata-katanya membuatkan Sabrina sungguh sakit hati.
Oh, belagak ya kau. Kau pasti ke kau dah kenal dia lama? Haih, kesian kau. Bisik hati Sabrina sambil memandang tajam pada Naurah.
"Sure?"
"Ya lah, saya isteri dia kut. Saya kenal sangat perangai dia. Kenapa cik tanya saya macam tu? Apa hubungan cik dengan suami saya ya?" Soalannya kali ini sangat serius.
Sabrina tersenyum sinis. Soalan itu yang aku nak!
"So, you nak tahu lah I ni siapa? Apa hubungan I dengan Nayl?"
"Yalah, saya kan isteri dia. Saya patut kena tahu semua tu. Sebab saya pelik sangat, cik ni macam ada sesuatu je dengan suami saya..."
"Okey, I bagitahu, tapi you jangan marah, pulak...I sebenarnya...Bekas kekasih Nayl." Jawab Sabrina lambat-lambat. Tersentak Naurah, bulat matanya. Apa?! Bekas kekasih?!
"I dah lama sangat kenal dia. And, kita orang memang dah cadang untuk berkahwin. Mungkin kami tiada jodoh dan kita orang terpaksa berpisah. Hubungan kami juga terpaksa diputuskan. Dah bertahun-tahun juga lah I tak jumpa dia. I kenal sangat dia, semua tentang dia I tahu," Ujar Sabrina dengan senyuman sinisnya. Wajah Naurah serta-merta berubah. Terkejut dia mendengar perjelasan Sabrina yang wanita ini ialah bekas kekasih Nayl. Nayl tak pernah bagitahu aku tentang ni. Jadi selama ni dia sembunyikan hal ni daripada aku lah?! Hatinya mula panas.
"Kita orang dulu rapat sangat, dah macam suami isteri. But, kami terpaksa berpisah...And, I bersyukur sangat sebab dapat kembali jumpa dengan Nayl. Rindu tu, tak boleh nak cakap. Rindu sangat dekat dia," sambung Sabrina. Makin membara api di hati Naurah saat ini, dia cuba untuk bersabar dan tenang.
"Err...Bukan I nak cemburu kan you. But, I nak bagitahu you je yang I ni bekas kekasih Nayl. You mestilah kena tahukan, baik buruk suami you tu. Takkan you nak diam je, kan? And, I terus-terang aje lah dekat you yang Nayl dulu....Kaki perempuan." Tersentak dan tergamam Naurah. Matanya memandang tepat pada Sabrina. Terkejut dia dengan perjelasan Sabrina.
"Kaki perempuan? Tak...saya kenal dia. Dia takkan buat macam tu. Ke, cik fitnah dia?" Terkejut Naurah dengan kata-kata Sabrina. Melihat wajah gadis itu sungguh tenang, Naurah sudah tidak senang duduk.
"I fitnah dia? Naurah, you kena percaya I. I betul-betul dah lama kenal dia sebelum you kenal dia. Semuanya I tahu tentang dia. So, I jumpa you hari ini I nak bagitahu tentang dia. Sebab I tak nak you kena tipu dengan Nayl. And, I kesian sangat tengok keadaan you macam ni, dengan Nayl buat you lagi. Mesti you tak tahu semua ni kan, so I jelaskan pada you semuanya tentang Nayl." Jelas Sabrina panjang lebar.
Kelopak mata Naurah mula basah, tak lama itu jatuh air matanya membasahi pipi. Sungguh dia kecewa, hatinya saat ini sungguh sakit.
Sabrina yang melihat gadis itu menangis, dia tersenyum sinis. Puas hati aku! Biar kau semakin benci pada Nayl and tak lama lagi Nayl akan jadi milik aku! Hahahaha. Bisik hati Sabrina. Kali ini rancangannya berjaya.
"Naurah, you jangan lah sedih-sedih. Relaks, ok. I tahu you tengah marah. Kesian baby dalam perut you tu kalau you stress macam ni. So, relaks ok." Pujuk Sabrina. Bahu gadis itu di usap lembut. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman sinis dibibir. Dia sudah berjaya menuduh Nayl dan menghasut Naurah. Kali ini, dia takkan terlepas lagi peluangnya.
*******
Masih terngiang-ngiang kata-kata Sabrina petang tadi di peluput telinganya saat ini. Air matanya laju mengalir dipipi. "And, I terus-terang aje lah dekat you yang Nayl dulu....Kaki perempuan."
Teringat kata-kata Sabrina petang tadi, hatinya mula panas, terluka dan kecewa. Tetapi, dia berbelah bagi untuk percaya pada Sabrina. Dia melihat wanita itu pun seperti mahu memisahkannya bersama Nayl.
Nayl yang baru masuk ke dalam bilik berkerut dahi melihat isterinya di balkoni. Naurah yang tadi teresak-esak menangis, dengar aje Nayl melangkah masuk ke dalam bilik. Pantas dia menyeka air matanya, suara tangisannya cuba di perlahankan. Takut suaminya dengar pula. Sedikit pun dia tidak memusingkan tubuhnya memandang suaminya yang pulang.
Tali leher dibuka, kot hitam yang masih kemas ditubuh juga dibuka. Dia melihat isterinya masih di balkoni, sedikit pun tidak berganjak. Makin pelik dia. Berkerut-kerut sudah dahinya. Dia tersenyum sambil menggeleng.
Nayl terus memeluk belakang Naurah. Wajah Naurah masih serius. Dia tidak toleh memandang Nayl.
"Sayang..."
Seru Nayl lembut di telinga Naurah.
Berkerut dahinya, gadis itu langsung tidak menoleh atau mengeluarkan satu pun perkataan. Naurah hanya berdiam diri. Hati masih lagi sakit.
"Sayang..."
Seru Nayl lagi. Dia memegang kedua-dua bahu Naurah untuk berhadapan dengan gadis itu. Makin pelik dia apabila melihat isterinya langsung tidak memberi respon.
"Sayang, kenapa ni? Ada masalah ke? Nak share dengan abang? Ke, sayang tak sihat?" Soal Nayl bertalu-talu. Belakang telapak tangannya mendarat ke atas dahi Naurah. Laju Naurah menepis.
"Tak ada apa lah. Saya okey je." Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dibuka dan dia terus keluar dari bilik tidurnya. Nayl menghela nafas panjang. Seperti ada yang tidak kena pula dengan isterinya. Dia tidak dapat berfikir, tetapi hatinya saat ini tidak sedap dan gelisah.
*******
Waktu makan malam pun Naurah hanya berdiam diri. Dia hanya mengambil nasi sedikit aje, selesai makan dia terus mengangkat punggung dan kembali masuk ke dalam bilik untuk rehatkan badannya yang sudah keletihan.
Berkerut dahi Nayl melihat isterinya langsung tiada mood. Bercakap pun tidak, tegur pun tidak. Seperti dia tidak wujud pula di dalam rumah ni.
"Sayang kenapa ni? Abang tengok sayang macam marah abang je. Saya okey tak ni?" Soal Nayl, dia mengambil tempat di birai katil.
"Abang....Saya nak awak jujur," ujar Naurah tiba-tiba membuatkan Nayl tersentak. Jujur? Jujur apa? Aku ada buat salah ke? Dia menelan liur. Naurah yang tadinya baring kini mengangkat tubuhnya. Dia membetulkan duduknya berhadapan dengan Nayl.
Sempat lagi dia tersengih sebelum menjawab soalan isterinya. "Jujur? Jujur apa, sayang? Nampak macam nak bagi soalan serius je? Kenapa ni sayang?" Dia ketawa kecil saat Naurah sedang serius.
"Err...Hehehe, ok ok. Abang tak main-main dah. Apa yang sayang nak abang jujurkan tu? Soalan serius ke ni?" Nayl mengangkat kening sebelah. Menunggu soalan Naurah.
"Apa sebenarnya...." Nayl memotong saat Naurah belum menghabiskan ayatnya. Makin angin lah Naurah. Geram pula dia kalau orang potong kata-katanya.
"Apa sebenarnya, apa?"
"Isy...Dengar lah dulu!" Marah Naurah.
"Hehehe, Okey okey. Sorry..." Nayl tersengih kecil sambil menayangkan gigi besinya.
"Apa sebenarnya...." Kali ini kata-katanya terus mati apabila telefon bimbit Nayl berbunyi. Isy....Ada-ada aje halangan untuk dia teruskan soalannya.
"Err...Sekejap ya sayang. Nanti sambung balik soalan awak tu." Nayl terus mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek lalu berlari ke balkoni bilik.
"Eh, hello Dato..." Ah, dia call dengan klien rupanya.
"Eee!! Bila aku nak bercakap, ade je halangan! Geram betul lah!" Rungut Naurah sambil melepaskan jelingan mautnya pada Nayl yang berada di balkoni.
Malas dia mahu menunggu suaminya yang sedang hubungi orang itu. Dah macam hubungi isteri nombor dua pulak!
Naurah terus merebahkan semula tubuhnya ke atas katil. Perut yang terasa sakit dipegang lalu diusap lembut. Senyuman terukir dibibir. Dia sedang mengira hari, lagi beberapa bulan aje lagi dia akan ke klinik semula. Dia mahu tahu jantina anaknya. Senyuman bahagia tak lepas-lepas mekar dari bibirnya.
Sudah dapat dia bayangkan wajah anaknya saat ini. Jika anak lelaki pasti kacak seperti ayahnya. Jika anak perempuan pula, pasti cantik seperti mamanya. Naurah tersenyum bahagia.
Mata yang sudah tidak larat untuk dibuka, akhirnya tertutup. Senyuman yang mekar dibibir juga semakin pudar. Hari ini sungguh dia penat. Dia merajuk sampai tidak balik ke rumah bersama suaminya. Balik ke rumah pun senyap-senyap tanpa memberitahu Nayl. Entah mengapa, hatinya masih lagi sakit dengan Nayl.
Apabila Sabrina memberitahu segalanya tentang Nayl, Naurah berasa sungguh kecewa, benci pada lelaki itu dan terluka. Tetapi, dia berbelah bagi untuk percaya pada Sabrina. Wanita itu? Bukan boleh percaya. Lihat wajahnya sungguh seperti wanita psiko. Suka tersenyum sinis. Harap muka aje cantik, tapi buat kerja jahat nombor satu.
"Okey, Dato. Nanti kalau ada apa-apa Dato boleh call saya." Kini talian mereka dimatikan. Nayl terus melangkah masuk ke dalam bilik semula. Melihat lampu sudah mati, hanya lampu meja sisinya aje yang hidup membuatkan di dalam bilik itu hanya nampak samar-samar lampu.
Dapat Nayl lihat isterinya sudah nyenyak tidur. Dia tersenyum sebaris. Tidak mahu ganggu Naurah tidur, takut nanti terjaga pula gadis itu.
Lembut dia mengelus kepala Naurah lalu dikucup lama kepala isterinya. Tidak jumpa sehari mahu gila dia, Naurah balik sendiri ke rumah pun dia sudah risau. Tetapi, melihat keadaan isterinya yang sungguh senang itu membuatkan hatinya lega.
Tetapi saat ini, Nayl banyak bertanda tanya di fikirannya. Melihat isterinya tadi seperti tiada mood mahu melayannya. Merajuk ke? Sampai tak nak tegur. Soalan serius yang Naurah mahu memberitahu pada Nayl juga tidak dapat Nayl jawab gara-gara ada seseorang hubungi Nayl.
Dia setia menunggu soalan daripada isterinya. Moga soalan tu, tak terlampau serius. Bisik hati Nayl yang mula tidak sedap hati.
Hai guys! Sorry sbb update lmbt :( Thank you sudi baca <3
Share this novel