5 tahun kemudian.
Bakul yang berisi pakaian yang sudah dicuci diangkat lalu dibawa ke ampaian diluar rumah. Walaupun letih mengemas rumah, tetapi dia tetap bertahan.
Dirumah ini tiada sesiapa pun, hanya ada dia dan anaknya. Mahu ambil orang gaji? Tak pasal-pasal nanti ada orang mengata belakangnya yang dia pemalas.
Haih, mulut manusia. Suka sangat menyakitkan hati orang. Kerana mulut, badan binasa. Naurah tidak kisah dan tidak peduli dengan kata-kata orang yang menyakitkan hatinya, dia dah banyak kali kena tetapi dia cuba bersabar.
Buat apa mahu bergaduh? Diam aje sudah lah. Nanti mereka juga yang penat bercakap tentang halnya.
Laju tangannya menjemur kain di ampaian, sambil itu matanya memerhatikan jam di pengelangan tangannya. Sudah lewat! Lagi beberapa minit aje lagi dia mahu menghantar Naufal ke sekolah.
Pantas dia mengambil kain-kain yang berada di dalam bakul tersebut lalu dijemur ke ampaian.
"Mama..." suara itu sungguh comel. Naurah terus berpaling ke belakang. Wajah anaknya sudah berada di belakangnya. Sungguh kemas dengan berpakaian uniform sekolah. Beg sekolah pun sudah dipakai.
Dengan senyuman comelnya, dia menghampiri Naurah. "Wah, anak mama dah siap? You look so handsome, dear." Ucap Naurah lalu dikucup bertalu-talu wajah anaknya.
"Hehehe, thank you mama."
"Err...Sayang, kejap ya. Mama nak jemur kain kejap." Ujar Naurah tanpa memandang wajah si comel itu. Laju sahaja tangannya bekerja menjemur kain.
"Okey mama."
Kini Naufal berada di sebuah bangku yang terletak tidak jauh jaraknya daripada Naurah. Dapat Naurah lihat anaknya sedang termenung jauh.
Haih, kecil-kecil lagi dah pandai termenung jauh ya. Naurah menggeleng sambil tersenyum.
Lagi dua pakaian yang tinggal di dalam bakul di capai lalu dijemur ke ampaian. Ah, akhirnya selesai juga. Senang lah dia nanti rumah dah kemas, terus aje dia ke tempat kerja apabila selesai hantar Naufal ke sekolah.
Dia terus melangkah pergi bersama bakul di tangan. Duduk dilabuhkan disebelah Naufal yang masih termenung.
"Amboi, termenung jauh nampak?" Ujar Naurah sambil mencucuk lembut pinggang Naufal.
Si kecil itu ketawa kecil. Comel pula bila melihat sengihnya, teringat kembali wajah seseorang yang sangat dia sayang. Ah, wajah Naufal sangat mirip dengan wajah Nayl.
Hatinya mula sebak, tetapi cuba ditahan. Dia perlu lupakan lelaki itu. Sudah 5 tahun dia tidak bertemu, tidak bertanyakan khabar dan nombor telefon pun dia sudah tukar. Dah tak nak ada apa-apa lagi dengan lelaki itu.
Malah, dia juga berpindah ke rumah. Alamat rumahnya pun tidak sesiapa pun tahu. Naurah pun tidak tahu lelaki itu bagaimana keadaannya sekarang. Sudah mati ke atau masih hidup?
"Mama?" Panggil Naufal sambil memerhatikan wajah mamanya. Berkerut dahinya apabila dia dapat lihat kelopak mata mamanya mula basah dan mata Naurah juga mula merah.
"Iya sayang," Naurah memandang wajah anaknya dengan senyuman manis terukir dibibir. Itupun dipaksakan. Mata digosok lembut.
"Are you crying?" Soal Naufal hairan.
"Errr...Mana ada mama menangis. Mata mama ni, masuk habuk." Entah mana datangnya alasan itu di fikirannya. Dia kembali tersenyum kecil.
"Mama. Naufal nak tanya boleh?" Soal Naufal memerhatikan wajah si mamanya.
"Ya sayang, nak tanya apa tu?"
"Siapa papa Naufal ya? Naufal rindu lah nak tengok muka dia." Ujar Naufal dengan nada sedikit kecewa. Yang dia tahu, dia memang tidak pernah lihat wajah ayahnya. Cemburu apabila melihat semua orang mempunyai ayah kecuali dia. Lahir-lahir je sudah tidak ada ayah.
Tersentak Naurah dengan pertanyaan Naufal. Dia menelan liur, otak ligat berfikir memberi alasan pada anaknya.
"Err...Sayang, jom kita pergi sekolah. Nanti lambat pula sampai." Naurah terus mengangkat punggung lalu mencapai bakul kain tersebut dan melangkah pergi dari situ.
Tidak mahu menjawab soalan anaknya. Soalan itu berkali-kali juga Naufal tanya padanya, tetapi dia menukar topik. Harap sangat Naufal tidak tahu yang dia sudah bercerai dengan Nayl.
Dia perlu memujuk si kecil itu agar persoalan itu tidak berulang lagi.
********
Hari ini hari pertama Naufal masuk ke sekolah. Si kecil comel itu juga sudah genap berumur 5 tahun. Walaupun umur masih 5 tahun, bercakap tu tak henti-henti dan suka buat Naurah tersenyum dan tertawa. Ah wajahnya, perangainya semuanya mirip sekali dengan Nayl Uqasyah.
Kereta sudah berhenti betul-betul dihadapan tadika Naufal. Beg digalas ke bahu Naufal lalu dia memegang tangan anaknya sewaktu melintas jalan raya menuju ke tadika Naufal.
Sempat lagi dia menjeling sekilas ke arah jam di pengelangan tangannya. Ah, dia sudah lewat untuk masuk ke tempat kerja.
Sampai aje dihadapan tadika tersebut, seorang wanita yang sedikit berusia memberi Naurah satu borang dan juga pen.
Borang tersebut diambil. "Err...Cikgu. Saya nak tanya, ni borang apa ya?" Soal Naurah hairan. Bukankah dia sudah mengisi borang pendaftaran Naufal? Berapa banyak kali mahu di isi?
"Maaf puan, borang pendaftaran Naufal ni nama anak puan tidak lengkap. Boleh tak puan lengkapkan sekali letak nama ayah Naufal?" Jawab cikgu tersebut dengan senyuman lebar dibibir.
Berkerut dahi Naurah. Sengaja tidak diletakkan nama Nayl pada nama Naufal. Tetapi, mereka tetap mahukan nama Naufal yang lengkap. Naurah mengeluh.
Dia mengangguk lalu terus menulis nama lengkap Naufal di atas borang tersebut.
Selesai menulis, dia terus menyerahkan borang itu pada cikgu tadika Naufal kembali.
"Okey, terima kasih puan." Naurah sekadar mengangguk lalu tersenyum sebaris. Cuba untuk melupakan lelaki itu walaupun sudah 5 tahun tak jumpa tetapi kenangan, nama lelaki itu serta gambar-gambarnya selalu ada padanya. Itu membuatkan Naurah ligat dan susah untuk melupakan lelaki itu.
"Anak mama belajar elok-elok tau. Hari ni hari first time Naufal masuk ke sekolah. So, don't be naughty at school. Listen to my teacher." Pesan Naurah pada si kecil itu.
"Okey mama." Jawab Naufal lalu dikucup tangan mamanya. Bertalu-talu Naurah mengucup pipi si tembam itu. Sudah lah putih gebu, haih wajahnya mirip pula dengan Nayl. Dia mula berasa sebak.
"Okey, mama pergi kerja dulu. Nanti mama datang ambil Naufal ya. Naufal jangan pergi mana-mana. Duduk tunggu sini sampai mama datang ambil Naufal balik." Pesan Naurah lagi sebelum melangkah pergi.
"Okey mama. Bye!" Dia melambai-lambai tangan pada mamanya dan berlalu pergi masuk ke dalam tadikanya. Nasib lah anaknya tidak seperti anak orang lain. Dia melihat, kanak-kanak yang lain yang baru masuk ke tadika semuanya menangis. Tetapi, dapat dia lihat wajah Naufal yang sedikit kecewa apabila masuk ke tadikanya. Huh, nasib tidak menangis.
Naurah juga membalas lambai anaknya dan terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Nasib lah Naufal tidak perasan matanya yang mula merah dan basah. Cepat-cepat diseka. Sudah hampir bertahun-tahun berpisah dan tidak jumpa dengan lelaki itu, tetapi kenapa dia perlu menangis tentang lelaki itu saat ini?
Selama ini dia gembira. Tidak begini. Naurah cuba tersenyum. Tidak mahu bersedih-sedih lagi.
Enjen kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan lalu dia terus bergerak pergi dari situ sambil membuang segala-galanya perasaan kecewa, sedih dan sakit hati. Semuanya dibuang!
*******
Langkahnya berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Kot hitam yang tersarung ditubuh dibuka. Ah, hari ini sungguh panas. Badan pun sudah melekit.
Duduk terus dilabuhkan di kerusi. Komputer ribanya dibuka lalu dia meneruskan kerja-kerjanya yang masih belum selesai.
Sebelum itu, sempat dia menjeling sekilas pada jam di pengelangan tangannya. Lagi beberapa minit, dia akan ada meeting.
Mungkin sempat untuk dia menyelesaikan kerja-kerjanya yang masih belum siap.
CEO Naurah. Yah, sekarang dia lah yang pemilik hotel ini. Semuanya dia. Hotel ini juga dia yang pegang. Bukan lagi papa.
Papa, Encik Omar kurang sihat. Dan, lelaki itu juga sudah semakin tua semakin kurang sihat. Jadi, semua kerja papanya dia yang akan ambil alih.
Manager hotel juga sudah digantikan dengan orang lain. Bila cakap tentang manager hotel Fortune ini, teringat balik kenangannya bersama Nayl dahulu dan dia dahulu ialah PA pada Nayl.
Disebabkan Nayl sudah menyakitkan hati Naurah, Encik Omar terus membuang Nayl daripada kerja di hotel Fortune. Encik Omar mula bencikan Nayl.
Dan, saat ini dia pun tidak tahu keadaan lelaki itu bagaimana? Ada kerja ke? Kaya? Miskin? Pak ngah, mak ngah iaitu Encik Rahim dan Puan Zainab juga tidak lagi dia jumpa serta abang Naim juga dia tidak jumpa.
Semua itu dia tidak peduli, yang penting dia tetap kena meneruskan perjalanan hidupnya. Tidak boleh terus menerus menangis. Jika ia jatuh, ia akan bangkit sendiri tanpa pertolongan orang lain. Dan hanya pertolongan daripada Yang Maha Esa.
Tanpa sedar, Naurah mengukir senyuman di bibir apabila teringat kenangan-kenangan terindah bersama Nayl Uqasyah, bekas suaminya dahulu.
Tak lama kemudian, terdengar ada seseorang mengetuk pintu kaca pejabatnya. Pantas dia menoleh memandang PA nya penolong setiausahanya masuk ke dalam pejabatnya.
"Yes?"
"Kita ada meeting sekarang, boss." Ujar PA nya. Naurah hanya sekadar mengangguk.
Kot hitamnya kembali disarung ke tubuh. Dia terus mengangkat punggung dan melangkah keluar dari pejabat tersebut.
********
Matanya melilau memandang sekeliling. Semua rakan-rakannya yang berada di situ mempunyai mak dan ayah. Tetapi, melihat dirinya mak dan ayah pun tiada yang menjenguknya seperti rakan-rakannya yang lain.
"Hai."
Suara itu, lantas dia menoleh memandang ke sebelahnya. Seorang perempuan sudah berada di sebelahnya.
"Hai..." Jawab Naufal dengan wajah yang sedikit kecewa. Wanita yang berada di sebelah Naufal dapat dia lihat wajah anak kecil itu sedikit kecewa.
"Saya Auntie Sabrina. Nama awak siapa?" Wanita yang bernama Sabrina itu mula bersuara dengan mesra.
"Saya Naufal." Jawab Naufal sambil tersenyum sebaris. Kali ini dia kembali menunduk.
"Oh, kenapa dengan Naufal ni? Macam tak ada mood je? Mana mama papa Naufal? Tadi Naufal datang ke sekolah dengan siapa?" Soal Sabrina dengan sungguh mesra. Lama dia memerhatikan wajah si kecil comel itu.
"Dengan mama. Naufal sedih lah. Semua orang ada mama dan papa. Tapi, Naufal tak ada papa. Mama pula pergi kerja. Tak nak tengok Naufal dekat sekolah." Balas si kecil itu dengan nada yang jelas yang dia sungguh kecewa dan sedih.
"Oh, mama Naufal pergi kerja? Mungkin, mama Naufal dah lambat nak ke tempat kerja. Tu yang dia pergi. Naufal jangan lah sedih-sedih macam ni. Tak comel dah tau. Naufal kena senyum. Keep smile. Baru lah comel." Wanita itu cuba memujuk anak kecil itu agar Naufal tidak lagi bersedih-sedih.
Naufal tersenyum lebar apabila melihat ditangan Sabrina ada satu coklat Cadbury. Ah, coklat kegemarannya!
"Kalau Naufal nak, Naufal kena senyum dulu. Tak boleh sedih-sedih macam ni. Kalau Naufal sedih lagi, auntie tak nak bagi coklat ni," ujar wanita itu sambil tersenyum sinis.
"Hehehe okey auntie," akhirnya tersenyum juga si kecil itu. Siap senyum nampak gigi lagi. Sungguh comel. Wanita itu juga turut tersenyum, dia tertawa kecil dengan kerenah si Naufal.
Tak lama itu, dia merenung kembali wajah si kecil yang bernama Naufal itu. Dia tersenyum sinis. Sekarang dia sudah jumpa anak Naurah dan Nayl. Ah, itu yang dia mahukan!
*******
Gelabah Naurah berjalan melangkah masuk ke dalam perut kereta. Matanya terkebil-kebil memandang jam di pengelangan tangannya.
Sudah lewat! Dia mahu segera mengambil Naufal di sekolah.
Laju dia memandu kereta ke sekolah Naufal. Sampai aje dihadapan tadika anaknya, pantas dia keluar dan menuju ke tadika tersebut.
Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan. Melihat susuk tubuh kecil anaknya tidak kelihatan. Dia mula risau.
"Err...Cikgu, Naufal ada dekat dalam tak?" Soal Naurah pada seorang cikgu perempuan yang menjaga di luar tadika.
Baru aje cikgu itu mahu menjawab, kedengaran suara Naufal yang sedang menangis. Tersentak Naurah. Kini dia mencari-cari pula suara itu.
"Naufal," panggil Naurah. Lantas si kecil itu berlari anak mendapatkan mamanya. Erat dia memeluk tubuh Naurah.
Naurah terus memegang erat tangan anaknya dan melangkah berlalu pergi dari situ.
"Mama minta maaf ya sayang. Mama lambat. Tadi mama busy sikit dekat tempat kerja. Sorry," ujar Naurah sambil menyeka air mata anaknya.
"Esok Naufal dah tak nak pergi sekolah, mama asyik lambat je." Jawab Naufal dengan nada yang sungguh kecewa.
"Eh, jangan lah macam tu. Mama minta maaf. Mama lewat sikit tadi. Okey mama promise, kali ni mama akan datang awal, ambil Naufal." Pujuk Naurah berharap anaknya tidak lagi menangis.
"Promise?" Jari kelengkengnya sudah diangkat.
Naurah tertawa kecil. Dia mengangguk lalu menyambung jari kelengkengnya pada jari kecil anaknya. Sebelum bergerak pergi, sempat dia mencubit pipi si kecil anaknya itu. Geram pula dia lihat. Dulu semasa Naufal masih bayi, bukan main tembam lagi si kecil ini.
Apabila sudah besar, makin lagi comel pula. Yang takkan Naurah lupa, wajah anaknya sangat mirip dengan bekas suaminya. Cukup hanya lihat wajah Naufal, dia sudah dapat hilangkan rindunya pada lelaki itu.
Hai guys! Sorry lambat update...Btw, I hope korang enjoy dengan bab yang ni...Thank you, bye! ^^
Share this novel
Sorry tegur.. 10tahun berlalu tapi knpe naufal baru 5tahun.. bukn sepatutnya 10 juga.. sbb naufal lahir baru diaorang cerai kan.