Naurah sudah berjanji pada Nayl. Sewaktu Naufal cuti sekolah, dia akan menghantar Naufal ke rumah lelaki itu. Kasihan melihat Naufal asyik menangis-nangis mahu berjumpa dengan papanya.
Nasib lah Naurah ini seorang yang baik hati. Hari ini hari sabtu. Hari ini juga dia cuti kerja. Mahu rehat di rumah. Hampir seminggu lebih dia mengambil masa untuk menyelesaikan tugas kerjanya.
Kalau ikutkan, dia mahu bercuti ke mana-mana tempat untuk menghilangkan stress dan menenangkan fikirannya yang kusut itu.
Sampai aje di hadapan rumah Nayl, laju aje si kecil itu mengetuk pintu rumah papanya. Berkali-kali dia memanggil papanya. Berharap sangat Nayl berada di rumah.
"Hei, sayang anak papa." Buka aje pintu lantas dia memeluk erat tubuh anaknya. Ya Allah, sungguh dia rindukan anaknya ini. Bertalu-talu dikucup wajah Naufal.
Naurah masih berada di situ. Matanya cuba dipandangkan di tempat lain. Dia masih belum habis lagi dengan lelaki itu. Sengaja dibuat-buat muka ketat.
"I miss you, papa." Ucap si kecil comel itu. Nayl tersenyum lebar.
"Yeke rindu papa?" Sengaja dia menyakat anaknya. Dia tertawa kecil.
"Yes. I really miss you papa." Ucap si kecil itu.
"Oh, bukan mama ke yang rindu papa?" Sengaja disakat gadis itu. Naurah berkerut dahi. Tersentak dengan soalan gila Nayl itu. Memang tak lah dia rindukan lelaki itu tetapi sebaliknya sangat lah dia rindukan Nayl. Ah, tak boleh dia nak menipu dirinya.
Naufal tertawa kecil. Nayl menghadiahkan lagi satu ciuman pada pipi Naufal. Wajah Naurah berbahang. Geram dia kerana lelaki itu suka sangat sakat dia.
"Papa!" Jerit si kecil itu bagaikan marah. Terkejut Naurah dan Nayl. Berkerut dahi mereka berdua.
"Jangan ingat Naufal tak ingat ya! Naufal masih ingat yang papa dah janji nak bawa Naufal pergi jalan-jalan. So now, jom kita pergi." Ujarnya mengingatkan kembali perjanjian papanya padanya. Naurah tersenyum kecil. Haih, masih kuat ya fikiran anak mama ni. Tetap ingat janji papanya. Bisik hati Naurah sambil tersenyum pada mereka berdua.
"Oh ye? Hahaha...Sorry papa lupa." Kepala digaru sambil tersengih kecil. Naurah lama memandang wajah lelaki itu yang tersenyum menampakkan gigi.
Sekarang Nayl sudah tidak memakai gigi besi membuatkan wajah lelaki itu jika tersenyum makin menampakkan sungguh kacak. Kulitnya putih lagi. Ya Allah, kacaknya dia sekarang ni. Tanpa sedar, Naurah berbisik di hati memuji lelaki itu.
"Papa kita pergi jalan-jalan sekarang ya? Please..." Si kecil itu sudah merayu-rayu padanya. Nayl tersenyum. Berbelah bagi. Mahu pergi ke tidak. Kerana hari ini dia penat juga. Sepanjang hari dia bekerja. Hari ini lah hari istimewa kerana dia dapat bercuti.
"Please..." Baju Nayl ditarik-tarik berharap papanya setuju untuk membawanya pergi jalan-jalan. Nayl tersengih sambil menggaru-garu kepalanya.
"Err...Okey." Nak tak nak, terpaksa lah dia setuju. Kasihan melihat anaknya sudah lama mahu pergi jalan-jalan bersamanya. Jumpa pun seminggu sekali. Mana tak nya rindu. Pastilah rindu.
"Yeay!" Si kecil itu sudah melompat gembira.
"Mama pergi sekali ya?" Kini soalan itu ditujukan pada Naurah yang sedang merenung Nayl tanpa lelaki itu sedar.
"Mama? Mama..." Panggilnya pelik melihat mamanya tidak bergerak-gerak.
"Eh, err...Ya..Ya." Jawabnya gagap. Mata terkebil-kebil memandang tempat lain.
"Yeay! Mama pun ikut sekali!" Gembira sungguh dia saat ini. Berkerut dahi Naurah. Mama ikut sekali? Tu lah kau ni Naurah. Asyik berangan aje tengok muka si mamat ni. Sekarang apa yang anak kau cakap pun kau tak tahu. Sempat dia bebel pada diri sendiri.
"Eh...err...nak pergi mana?" Soalnya pelik.
"Nak pergi jalan-jalan." Jawab si kecil itu dengan bernada gembira.
"Okey, mama dah setuju. So now, jom pergi. Kejap papa ambil kunci kereta." Lelaki tersebut hilang dari pandangannya lalu muncul kembali dan melangkah keluar dari rumahnya. Naurah masih tidak faham. Mahu ditolak tetapi lidahnya kelu.
Aduh, otak! Kenapa kau ligat sangat nak fikir ni?! Bebel Naurah. Dan akhirnya dia pasrah mengikut aje mereka berdua pergi jalan-jalan.
Hm, redha je lah Naurah.
*******
Nayl membawa mereka berdua di sebuah tempat yang mempunyai taman. Taman tersebut dihiasi dengan bunga-bunga yang sungguh cantik. Di situ juga ada sebuah pondok yang berkelilingi dengan bunga-bunga.
Mungkin ini tempat taman bunga. Cantik sungguh tempat dia. Mata Naurah kini beralih melihat ramai kanak-kanak sedang bermain layang-layang. Dan ada sepasang kekasih sedang bersembang mesra di situ.
Haih, cantik betul taman ini. Naurah tersenyum.
Terkejut dia apabila melihat mereka berdua muncul kembali. Melihat Naufal sedang gembira menikmati ice cream manakala Nayl pula hilang entah ke mana.
Naurah melilau mencari susuk tubuh lelaki itu. Ke mana pula lelaki itu pergi?
"Cari saya ke?" Suara dia membuatkan Naurah tersentak apabila suara tersebut seakan-akan berbisik ditelinga nya. Terkejut Naurah apabila Nayl sudah berada betul-betul di belakangnya.
Lantas gadis itu menjarakkan tubuhnya daripada lelaki itu yang sudah tersenyum-senyum.
"Hei, jangan perasan lah!" Dia menjeling tajam.
Naurah terus mengambil tempat duduk di sebuah pondok yang terletaknya sebuah bangku.
Dapat dilihat anaknya sedang bermain layang-layang. Wajah Naufal terlihat jelas gembira.
Nayl mengambil tempat dihadapan Naurah. Betul-betul berhadapan dengan Naurah. Ditatapnya lama wajah gadis itu.
Berkerut dahi Naurah apabila melihat Nayl memegang satu beg plastik kecil. Dia tidak memikirkan apa isinya di dalam itu malah dia hanya memerhatikan anaknya yang sedang gembira bermain layang-layang.
Haih, comel!
"Awak." Panggil Nayl lembut. Naurah masih tidak menoleh memandang lelaki itu. Nayl tersenyum lalu mendekatkan lagi dirinya pada gadis itu. Kerusi yang diduduk itu diangkat lalu dia mendekatkan lagi sedikit pada gadis itu.
Naurah berkerut dahi. "Hei, apa ni dekat-dekat dengan orang?!" Marah Naurah lantas menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.
"Awak tu, saya panggil tak dengar. Saya nak lah bisik kat telinga awak tu biar awak dengar sikit yang saya panggil awak. Kalau tak bisik pun, saya jerit."
Naurah menjeling tajam. Nak tak nak aje dia melayan lelaki itu yang daripada tadi tersenyum. Dia mengikut Nayl pun kerana terpaksa apabila Naufal sudah merengek-rengek mahu dia ikut sekali.
Haih, hilang terus perancangannya untuk bercuti. "Awak nak apa?" Soalnya sedikit meninggi. Jelingan maut diberikan lagi pada lelaki itu.
"Saya...Saya nak minta maaf." Ucapnya lalu menatap lama wajah gadis itu. Naurah masih tidak memandang Nayl. Menyampah mahu memandang lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal dia pukau aku!
"Awak ingat, senang-senang macam tu je ke saya nak maafkan awak? Hei, memang tak lah! Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!"
"Naurah, abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Setiap manusia ada kesilapan sayang. Abang betul-betul minta maaf. Semua ni Sabrina yang paksa. Abang harap sangat sayang maafkan abang dan kita hidup seperti dulu. Bersama anak kita." Ujar Nayl tidak lepas-lepas memandang raut wajah putih bersih milik gadis dihadapannya itu. Rambut Naurah yang panjang kelihatan sungguh cantik. Melihat wajahnya, Nayl berasa sungguh tenang.
"What? Sayang? Abang? Hei, boleh tak, tak payah nak panggil abang sayang sangat! Geli lah! Kita ni dah tak ada apa-apa hubungan dah pun. Saya minta awak ceraikan saya tu pun dah buat saya bahagia hingga sekarang..." Balas Naurah dengan sedikit marah.
"Tak. Awak tak bahagia sayang. Awak takkan bahagia tanpa saya dan anak kita. Abang rindukan saya. Wajah sayang, suara sayang semuanya abang rindu. Abang harap sangat sayang maafkan abang. Kita buka buku baru dan kita hidup bersama-sama hingga akhir hayat. I love you so much sweetheart. Abang tak boleh tanpa sayang. Sumpah, abang rasa diri abang ni banyak sangat buat salah kalau sayang masih tak boleh nak maafkan abang. Please, forgive me sweetheart." Ujar Nayl bersungguh-sungguh. Kelopak matanya mula basah. Jika teringat balik kisah-kisah dulu tentang Sabrina hancurkan rumahtangga mereka berdua, Nayl sungguh berasa sebak.
Dia menggosok matanya yang mula mengalir air mata. Perlahan-lahan Naurah berpaling memandang lelaki itu yang sedang tertunduk sambil menyeka air mata. Naurah mula berasa sebak.
"Tapi, kenapa awak tipu saya?"
"Sebab saya terpaksa, Naurah. Ya, saya akui yang saya cuai. Saya bodoh sebab dengar kata Sabrina. Saya langsung tak ingat pasal awak. Saya minta maaf. Maafkan abang sayang." Ujar Nayl lagi. Naurah menyeka air matanya.
Dia pun tahu ini semua salah Sabrina. Gadis itu kejam! Dan dia juga tahu ini semua salah dia. Kerana ego, dia dipisahkan dengan orang yang dia sayang.
Naurah, sekarang dah tiada halangan untuk kau bersama dengan lelaki itu seperti dahulu. Orang yang dengki dengan kau selama ini sudah menjadi gila di dalam penjara. Pak Ngah dan papa juga sudah berbaik semula. Takkan kau masih mahu berkeras hati dengan Nayl? Bisik hati Naurah sendiri.
Air matanya laju mengalir. Dia tidak dapat terima apabila lelaki itu menipunya. Itu sangat-sangat sakit hatinya. Tetapi, dia tidak akan dapat menipu dirinya yang dia benar-benar masih mencintai dan menyayangi lelaki itu.
"Maafkan abang..."
Naurah menyeka air matanya. Tak lama kemudian, Nayl mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar jeans nya. Berkerut dahi Naurah melihat lelaki itu mengeluarkan satu kotak kecil berwarna merah.
Adakah itu kotak cincin?
Dibuka perlahan-lahan lalu dihulurkan pada gadis tersebut. Nayl mencuba untuk tersenyum. "Sudikah sayang menjadi milik abang semula?"
Naurah menekup mulutnya. Terkejut. Makin lebat air matanya jatuh ke pipi. Hatinya tak terkata.
"Abang tahu sayang tak dapat maafkan abang. Abang dah buat hati sayang hancur. Dan, abang pasti sayang dah tak dapat terima abang dalam hidup sayang. Walaupun, sayang tak dapat terima abang. Abang kena redha. Mungkin kita tak ada jodoh. Abang minta maaf sayang." Ucapnya lagi. Dia pasti Naurah tak terima dia lagi. Bagi dia, dia menunjukkan cincin itu sia-siakan aje. Gadis itu pun tidak pandang.
Kotak cincin tersebut ditutup kembali lalu dia menyimpan semula ke dalam kocek seluarnya dengan hati penuh terluka dan kecewa.
"Nayl..." Akhirnya gadis itu bersuara jugak.
Nayl memandang wajah sembab gadis itu. "Saya pun nak minta maaf. Saya pun banyak buat silap dengan awak. Saya terlampau ikutkan ego sampaikan orang yang saya sayang hilang. Pergi begitu sahaja. Saya minta maaf Nayl. Dan...." Kata-katanya terhenti di situ. Dia meraup wajahnya. Sebak di dada tidak dapat ditahankan lagi. Nayl tersenyum.
"Saya harap sangat kita dapat jadi seperti dulu." Ucap Naurah dengan senyuman manis di wajah. Nayl terkejut. Dia bersyukur kerana gadis itu dapat menerimanya.
Kotak cincin yang tadi mahu disimpan ke dalam kocek seluarnya tidak jadi simpan. Dia kembali buka apabila melihat Naurah menghulurkan tangannya untuk Nayl menyarungkan cincin tersebut pada jari manis gadis itu.
Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin tersebut. Orang sekeliling memandang turut tersenyum. Bagaikan pasangan yang sedang dilamar. Sangat romantik.
Naurah menekup mulutnya. Air mata makin lebat mengalir. Nayl tersenyum lebar. Hatinya lega dan bersyukur kepada Allah. Hati Naurah sudah terbuka dan dapat menerimanya semula.
"Abang minta maaf sayang."
"Naurah pun nak minta maaf.."
"I love you sweetheart." Ucap Nayl romantik dengan senyumannya.
"Love you too...Abang." Perkataan akhir itu disebut lambat-lambat dengan sedikit malu. Wajahnya berbahang malu. Jantung berdegup dengan kencang.
Lama mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. "Wow, mama dan papa ni sweet lah." Suara itu menyedarkan mereka berdua. Lantas Naurah melarikan pandangannya. Dia tersenyum manis.
Nayl juga turut melarikan pandangannya. Dia menoleh memandang anaknya. "Err..Hehe." Lidah kelu untuk bersuara. Malu!
"Naufal, kalau Naufal nak tahu, mama ni tak sayangkan papa. Dia keras sangat hati dia tu tak nak maafkan papa." Sengaja Nayl menyakat gadis itu. Dia buat muka merajuk.
"Eh, mana ada. Mama ni terlampau sangat sayangkan papa. Tapi, papa tu je tak sayangkan mama. Nakal!" Dia menjeling sambil membuat muka merajuk.
Pecah tawa mereka bersama. "So, betul lah sweetheart masih sayangkan abang?" Soal Nayl nakal sambil mengangkat kening sebelah. Dia tersenyum senget. Naufal yang melihat tertawa kecil. Terlampau romantik sangat mama papanya ini.
"Err...Naufal. Jom kita main sama-sama." Dia sengaja ditukar topik lalu dia mengangkat punggung bermain layang-layang bersama anaknya. Nayl tertawa nakal.
"Wow, tingginya layang-layang Naufal terbang." Dia gembira apabila melihat anaknya gembira. Happy!
Nayl mengangkat punggung lalu mendapatkan mereka berdua. "Abang ada hadiah untuk sayang." Bisiknya ditelinga Naurah. Jantung Naurah berdetak dengan hebat. Suara lelaki itu membuatkan dia cair. Lagi-lagi pandangan matanya sungguh buat dia cair menjadi air.
"Hadiah? Wow, hadiah apa tu?" Soalnya seronok.
Satu beg yang dipegang oleh Nayl dibuka. Berkerut dahi Naurah melihat lelaki itu memegang seperti sehelai kain bewarna merah jambu.
Terkejut dia apabila kain tersebut diletak kemas oleh Nayl di atas kepala Naurah. Baru dia perasan, rupa-rupanya itu ialah tudung. Haih, dah lama juga lah dia tidak memakai tudung.
Dililit kemas oleh Nayl. Naurah tersenyum kecil. Membuatkan jantungnya mahu terkeluar apabila jarak mereka makin mendekat. Sama juga jantung lelaki itu yang berdetak semakin hebat.
"Abang nak penampilan sayang macam dulu. Abang rindu sangat nak tengok saya pakai tudung. So beautiful." Nayl tersenyum lalu menatap lama mata gadis itu. Naurah juga turut tersenyum.
"Terima kasih abang."
Nayl tersenyum. "Mama! Papa! Jom teman Naufal main!" Jerit si kecil itu yang sedang bermain layang-layang. Naurah berpaling sambil tertawa kecil. Sampaikan anaknya itu pun dia lupa apabila menatap mata pukau milik lelaki itu. Haih, menggoda betul!
Mereka sama-sama mendapatkan anaknya. Hati mereka berdua berasa sungguh lega. Cukup lega. Hatinya tak terkata. Sungguh dia bersyukur kepada Allah. Allah sebaik-baik perancang. Dia memberikan takdir yang cukup indah disebalik takdir yang menghancurkan hatinya.
Terima kasih ya Allah. Semoga hubungan mereka berdua kekal hingga akhir hayat.
********
Akhirnya, selesai juga mereka rujuk kembali. Sewaktu keluarga Naurah dan keluarga Nayl tahu yang mereka berdua mahu rujuk, masing-masing menangis gembira. Hati mereka tak terkata. Terutama sekali, Puan Suraya. Dia mahu sangat anaknya berhubungan seperti dulu dengan Nayl.
Alhamdulillah, jodoh mereka masih kuat!
Masing-masing pernah melalui dugaan yang begitu perit. Terlalu sakit. Tetapi, alhamdulillah mereka dapat bertahan sehingga sekarang. Naurah menangis kesyukuran. Sekarang Nayl telahpun menjadi suaminya kembali. Suami yang sah.
"Assalamualaikum, mama!" Dia yang sedang fokus menonton television terkejut melihat anaknya sudah pulang. Kata Nayl, dia mahu membawa Naufal pergi beli ice cream.
Ah, gembira lah si kecil itu dapat makan ice cream. Laju aje Naufal mendapatkan Naurah. Dipeluk erat lalu diberikan hadiah lagi satu kucupan pada wajah mamanya.
"Amboi, seronok ya pergi jalan-jalan. Tak bawa mama pun. Merajuk lah macam ni." Sengaja dibuat-buat merajuk. Naufal tertawa kecil.
"Alah, sorry lah. Tadi kan mama kerja. Tak dapat nak bawa mama sekali. Sorry." Dia buat muka comel. Naurah ketawa lalu memberikan kucupan pada dahi si kecil itu.
Nayl yang melihat tersenyum lalu mendapatkan mereka berdua. "Haih, asyik Naufal je dapat cium daripada mama. Papa ni tak pernah lagi dapat tau." Kali ini giliran Nayl pula yang dibuat-buat merajuk. Naurah tersentak dengan kata-kata nakal daripada lelaki itu. Dia menoleh memandang Nayl yang berada di sebelahnya.
"Eee! Awak!" Naurah mengetam kuat dilengan Nayl. Haih, habis lebam lah lengannya nanti. Nayl ketawa nakal sambil mengelak.
"Oh, tak nak cium saya ya. Tak apa - tak apa. Malam ni jaga-jaga lah awak." Nayl memberi amaran nakal pada Naurah yang sudah berbahang malu.
Naufal tertawa kecil. Suka betul melihat papanya yang suka menyakat mamanya. Wajah Naurah sudah merah menyala.
"Amboi, malam nanti bukan saya bagi kiss je. Saya bagi penumbuk je terus."
"Huish, berani ya. Okey, malam ni saya kejar awak sampai dapat."
Naurah mengetam lagi lengan lelaki itu. Pecah tawa mereka bersama.
"Naufal."
"Ya papa."
"Naufal rasa lah kan, Naufal nak adik tak?"
Naurah yang tadi sambung menonton television, tergamam dengan persoalan Nayl pada anaknya. Terkejut besar dia. Membulat matanya. Dia menelan liur. Wajah kembali berbahang.
Isy! Mamat ni memang suka sakat orang lah!
"Eh mesti lah Naufal nak adik. Teringin sangat nak adik. I’m jealous of seeing my friends all have sisters." Ujar si kecil itu lagi membuatkan Naurah bertambah gelabah malu.
Nayl tersenyum kecil. "Okey, kalau Naufal nak adik, Naufal kena minta mama." Nayl menahan tawa.
Si kecil itu mendapatkan mamanya pula. "Mama, I want little brother please." Amboi, siap buat muka manja. Makin gelabah Naurah saat ini. Sempat dia memandang lelaki itu. Nayl menjongketkan kening sebelah beberapa kali. Dengan senyuman menggodanya lagi. Haih, geram aje dia dengan lelaki itu.
"Err...hehe." Naurah terus mengangkat punggung. Soalan itu tidak boleh dia jawab. Hatinya panas teruk dengan Nayl yang nakal dan suka sangat menyakatnya.
Siap awak Nayl!
********
"Sayang."
Naurah yang tadi sedang mengambil angin malam di balkoni biliknya tersentak apabila pinggannya dipeluk kemas oleh Nayl dari belakang. Kepala lelaki itu diletakkan di atas bahu Naurah.
Ya Allah, sungguh aku rindukan keadaan macam ini. Bisik hati Naurah sambil tersenyum lebar.
"Kenapa tak tidur lagi hm?" Soal Nayl lembut ditelinga Naurah. Naurah tersenyum. Matanya tak lepas-lepas memandang bintang-bintang yang berada di langit.
Masih terngiang-ngiang bisikan cinta daripada lelaki itu. Sungguh dia rindu.
"Tak mengantuk lagi." Balas Naurah ringkas.
"Kenapa tak mengantuk lagi?"
Haih, banyak pulak soalannya. Naurah tertawa kecil. Mahu gelak mahu marah pun ada pada lelaki ini. "Dah kenapa gelak pulak ni?" Soal Nayl pelik apabila melihat isterinya tiba-tiba ketawa.
"Abang masih ingat tak yang abang pernah cakap dekat Naurah yang ada satu bintang ni, sangat istimewa untuk abang. Abang ingat lagi?" Soal Naurah lalu memandang wajah Nayl. Kini lelaki itu berdiri di sebelahnya sambil memerhatikan bintang-bintang yang berada di langit tersebut.
"Bintang? Entah lah sayang. Abang tak ingat lah." Nayl tertawa sambil menggaru-garu kepalanya. Dia tersengih kecil.
"Ada satu bintang ni sangat istimewa buat abang. Abang cinta sangat dekat dia. Sampaikan satu masa tu saya rasa cemburu pulak." Mereka berdua ketawa kecil. Nayl sudah tahu. Tetapi sengaja dibuat-buat tidak tahu. Mahu uji gadis itu sama ada Naurah masih ingat atau tidak. Tetapi, sebaliknya gadis itu masih ingat bisikan-bisikan cinta darinya.
"Bintang? Ya ke abang ada cakap yang abang suka bintang tu?" Soal Nayl sengaja dibuat-buat tidak tahu.
"Ye lah. Abang suka dia dan abang sayang sangat dekat dia."
"Oh, sayang tak cemburu ke abang suka bintang tu?"
"Mestilah tak..."
Nayl berkerut dahi. "So, awak tak sayangkan abang lah?"
Naurah tertawa kecil. "Yup. Sebab bintang istimewa tu ada di sebelah abang." Naurah tersenyum lebar.
Nayl ketawa lalu dia memeluk erat bahu isterinya. "Wow, sayang masih ingat lagi ya tentang tu. Sudah tentu lah abang sayangkan awak. Tak tengok muka sayang ni pun abang dah jadi gila tau." Ujar Nayl lalu mengucup kepala gadis itu. Naurah membalas pelukan tersebut. Makin erat dia memeluk suaminya.
"Ye lah tu. Entah-entah abang ada perempuan lain." Naurah menjeling sambil itu kepalanya dilentok kan pada dada Nayl. Haih, susah kalau jadi orang pendek ni.
"Heish! Kenapa sayang cakap macam tu? Hati abang ni hanya untuk sayang je tau. And now, sayang dah tak boleh lari kemana-mana dah, sebab abang dah lock sayang awal-awal." Nayl mengenyitkan matanya. Nakal. Naurah tertawa kecil.
"Okey, kalau macam tu saya pun lock abang lah. Hanya abang aje untuk Naurah Husna. Bukan siapa-siapa lagi." Naurah tersenyum. Nayl juga turut tersenyum lalu menghadiahkan kucupan pada gadis itu.
Dalam keadaan begini sungguh dia berasa tenang. Bahagia. Takdir yang sungguh indah.
*********
Di dalam rumah mereka sungguh meriah. Dalam rumah itu juga ada keluarga Naurah dan keluarga Nayl. Haih, sungguh dia gembira melihat mereka berkumpul bersama-sama di sini. Semuanya mesra.
"Wow, congrats Aina. Dah berapa bulan ni?" Aina dan Arif juga turut serta datang ke rumahnya. Arif pula sedang bersembang dengan sahabatnya iaitu Nayl manakala Naurah pula sedang bersembang mesra dengan Aina. Rindu dengan sahabat baiknya ini. Terkejut dia melihat perut Aina sudah memboyot.
Aina tersenyum lebar. "Hehe, baru je masuk 6 bulan. Alhamdulillah. Selama ni aku nak sangat baby girl, akhirnya aku dapat. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan." Terkejut besar Naurah dengan apa yang kawannya katakan. Baby girl?
"Kau dapat baby girl? Serius lah?" Soal Naurah terkejut.
"Haha...Ya."
"Wow, congrats." Entah mengapa, sahabatnya yang mengandung, dia pula yang gembira. Suka Aina melihat sahabatnya gembira.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." Salam itu dijawab serentak mereka semua yang berada di dalam rumah itu.
Terkejut mereka semua apabila melihat Naim membawa seseorang wanita datang ke rumah. Bertudung dan berwajah sungguh ayu. Cantik.
Gadis itu tersenyum manis. Lama Nayl memandang mereka dengan kerutan dahinya. Pelik. Siapakah wanita itu yang dibawa oleh abangnya?
"Hai semua. Nak perkenalkan sikit. Ni lah girlfriend Naim. Nama dia Nurul." Naim memperkenalkan gadis itu pada mereka semua. Puan Zainab tersenyum lebar. Tak sangka, anaknya membawa bakal menantu. Makin lebar dia senyum.
Gadis itu malu-malu apabila Naim bersuara agak kuat. "Alah, awak jangan lah malu-malu. Awak buat aje mereka ni semua macam keluarga awak. Hah, ni adik saya. Nama dia Nayl Uqasyah. So, panggil dia Nayl je." Naim memperkenalkan Nayl pada gadis itu. Nayl tersenyum. Gadis itu juga turut tersenyum lalu menunduk hormat.
"Ni ayah saya. Yang ni pulak mak saya." Gadis tersebut mengucup tangan Puan Zainab. Lama Puan Zainab memerhatikan gadis itu. Sopan, cantik, hormat orang tua lagi. Sesuai dengan anaknya.
"Makcik..." Dia tersenyum.
"Eh, jangan panggil mak cik. Panggil aje mak." Ujar Puan Zainab mesra.
"Isy, mak ni. Baru aje kenal terus suruh panggil mak?"
"Ye lah. Mak rasa dia sesuai untuk kamu. Mungkin, tak lama lagi mak akan ambil dia jadi menantu mak. Jadi, Naim dah tak boleh nak tolak!" Puan Zainab memberi amaran. Padan muka! Suka sangat reject perempuan, kan dah dapat. Hah, now mak pun dah berkenan. Tak lama lagi masuk meminang gadis tu. Bisik hati Nayl gembira.
Gadis itu tersenyum malu. "Okey, yang ni pulak adik ipar saya. Suami dia yang di situ. Handsome sikit. Tapi, saya rasa saya kut lagi handsome. Hah, nama dia Naurah." Sempat lagi Naim mahu menyakitkan hati Nayl. Naurah ketawa kecil.
Gadis itu mesra dia bersalaman dengan Naurah. "Panggil aje kak Naurah." Ujar Naurah mesra. Gadis itu tersenyum lebar.
Haih, abang aku ni memang cari sakit kan! Sakit pulak hatinya saat ini.
********
Sedang mereka bersembang mesra, Naurah mendapatkan suaminya yang berada di balkoni bilik. Hari-hari ke balkoni kerana pemandangan di balkoni bilik mereka berdua sungguh cantik. Lagi-lagi pada waktu pagi. Cantik aje melihat matahari terbenam.
Belakang suaminya dipeluk erat. Terkejut Nayl. Dia tersenyum lalu membawa tubuh Naurah berhadapan dengannya.
"Abang bersyukur sangat sebab kita masih bersama. Kalau kita terpisah seperti dulu, mungkin abang akan kecewa. Sedih. Sebab abang yakin jodoh abang hanya sayang. Kalau takdir bukan jodoh dengan sayang, hm entahlah apa yang abang nak cakap. Mungkin abang hanya memendam rindu pada sayang." Wajah Naurah diperhatikan satu per satu. Dari rambut panjang milik gadis itu hinggalah ke wajah putih bersih milik gadis itu. Cantik.
"Kenapa abang cakap macam tu. Abang, kisah lama tak perlu lagi kita ingatkan. Sekarang abang telahpun jadi milik Naurah. Naurah dah awal-awal lock abang untuk Naurah seorang. Jadi, kenapa abang nak cakap macam tu pulak?" Ujar Naurah sedikit kecewa apabila lelaki itu seperti menyalahkan takdir.
Nayl tersenyum. "Itulah maksud abang. Abang bersyukur sebab abang masih dapat memiliki sayang. Abang harap sangat hubungan kita kekal hingga akhir hayat. Sayang jangan lupakan abang tau." Ujar Nayl lalu mencuit hidung Naurah.
Naurah ketawa kecil. "Mestilah Naurah takkan lupakan abang. Abang suami paling terbaik untuk Naurah tau. I love you abang." Satu kucupan hangat diberikan pada pipi lelaki itu. Sewaktu mahu mengucup wajah lelaki itu terpaksa lah dia menjengkekkan sedikit kakinya. Nayl tertawa kecil.
"Love you too sweetheart. Isy, rasa macam tak puas lah sayang kiss abang macam tu."
"Habis tu nak macam mana lagi? Jangan nak mengada-ada ya." Naurah tertawa kecil. Dia terjerit kecil apabila tubuhnya didukung.
"Okey, so now baru lah sayang boleh kiss abang lama-lama." Naurah ketawa lagi. Haih, nakal betul lah si Nayl ni.
Satu kucupan hangat diberikan pada pipi lelaki itu. Nayl tersenyum menampakkan giginya. Lalu dia membalas kucupannya dibibir Naurah. Tersentak gadis itu. Merah menyala wajahnya.
"Eee! Ni dah lebih!" Marah Naurah. Malu. Berbahang wajahnya.
"Haha...Nanti untuk yang baki lebih tu abang nak kiss waktu malam."
Gatal!
Pecah tawa mereka bersama. Tawa yang sungguh bahagia. Indah. Terima kasih Allah, moga hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
( TAMAT )
Dan... akhirnya alhamdulillah tamat juga novel yang bertajuk 'bisikan Cinta'. Terima kasih yang dah support Nana. Nana hargai sangat². InsyaAllah, nana akan buat novel seterusnya lagi best... Maaf ya kalau novel nana ni tak seberapa best macam novel lain...Apa² pun terima kasih dah support Nana dari awal hingga sekarang...Jangan lupa komen dan follow sekali ya, thank you...love you guys! <3
Share this novel