BAB 28

Romance Completed 31452

Hal semalam membuatkan hati Naurah sungguh sakit. Tetapi, entah mengapa hatinya tiba-tiba teringat kembali kata-kata rayuan Nayl. Rasa mahu menangis pun ada.

Ya, benar. Lelaki itu jika tidak berjumpanya sehari pun sudah murung sepanjang masa. Apatah lagi jika Naurah sudah meninggal dunia. Mahu jadi gila dia!

Tanpa sedar, Naurah mengukir senyuman kecil. Hanya lelaki itu yang dia selesa. Tiada lelaki lain selain suaminya yang paling dia sayang.

Ah, hari ini lah dia akan memberikan jawapan pada lelaki itu. Kerana dia telah berjanji dengan lelaki itu semalam. Hah, sudah! Apa lah jawapan yang dia mahu berikan nanti?

Jam sudah tepat pukul 8 pagi. Melihat bilik tetamu yang Nayl duduk, langsung tidak terbuka lagi. Eh, takkan tak bangun lagi dia ni? Tidur mati ke apa? soal Naurah sendiri.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dapur. Peti sejuk dibuka. Satu kotak susu diambil lalu dituang ke dalam gelas.

Diteguk perlahan-lahan sambil mengusap lembut perutnya. Kini langkahnya beralih kembali ke bilik tidurnya. Sewaktu dia berjalan dihadapan kamar Nayl, dia berasa tidak sedap hati pula jika dia melihat Nayl masih tidak keluar dari bilik.

Hati yang rindu melihat wajah lelaki itu cuba ditepis. Niat nya hanya lah untuk mengejut lelaki itu bangun untuk ke tempat kerja. Bukan kerana rindu! Janji Naurah pada hatinya.

Tombol pintu bilik dipulas perlahan-lahan, daun pintu dibuka perlahan-lahan. Matanya terus menangkap susuk tubuh yang terbaring di atas katil.

Naurah menggeleng. Perlahan-lahan dia melangkah ke jendela. Langsir diselak ke tepi, memberi cahaya pagi masuk ke dalam bilik tersebut.

Melihat Nayl tidur tidak berbaju, Naurah berasa sedikit kekok. Dia menelan liur.

Kini matanya menangkap pula pada sejadah yang berada di atas lantai. Oh, mungkin Nayl sudah menunaikan solat Subuh tadi dan dia kembali tidur. Naurah cuba berfikir baik pada lelaki itu.

Dia berasa serba salah mahu mendekati lelaki itu yang sedang nyenyak tidur. Ah, mahu kejut ke tidak ya? Takkan nak biarkan? Kalau biarkan nanti macam mana? Dia ni dah lah tidur mati. Sampai esok pun tak bangun ni kalau dibiarkan macam ni je. Ah, serabut!

Naurah menggaru-garu kepalanya. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu. Sebelum dilabuhkan duduk dibirai katil, sempat dia menarik selimut menutupi tubuh Nayl yang terdedah. Ah, lelaki ni. Suka sangat tidur tanpa baju. Nasib seluar pakai, kalau tidak mahu pengsan Naurah di situ.

Walaupun sudah berkahwin, Naurah masih belum pernah melihat susuk tubuh Nayl. Ya, dia tahu lelaki itu kurus keding macam apek. Tetapi lelaki itu tinggi dan bertubuh tegap. Ah, idaman para gadis.

Naurah menggoncang lembut lengan Nayl.

"Err..Abang. Bangun lah. Dah pukul 8 pagi ni. Awak nak masuk kerja, kan? Bangun lah." kejut Naurah berhati-hati. Entah mengapa dia berasa sedikit takut. Setakat kejut orang bangun tidur je, tetapi dia berasa hal itu untuk dia kejut Nayl sungguh lah berat. Lagi-lagi waktu sekarang mereka sedang bergaduh.

Kali pertama tidak bangun, kali kedua Naurah kejut masih tidak bangun. Tak boleh jadi ni! Naurah mencari idea untuk bangunkan Nayl. Lelaki itu sangat susah untuk dibangunkan.

Naurah sudah dapat idea, dia mahu menggunakan cara-cara mak-mak zaman sekarang gunakan. Iaitu air!

Dia mahu jirus satu baldi dekat Nayl. Biar lelaki itu segar!

Baru aje mahu mengangkat punggung, lengannya digenggam erat lalu ditarik oleh Nayl tanpa dia sedar. Tersentak Naurah. Secara automatik, tubuh kecilnya menindih di atas tubuh Nayl.

Akibat terkejut, tubuhnya terus jadi kaku. Lidah juga kelu. Sedikit pun dia tidak boleh bergerak saat ini. Mata mereka berdua bertentangan. Naurah menelan liur. Melihat Nayl sudah tersenyum senget.

"Baik juga ya sayang ni. Kejutkan abang. Kalau tak ada bidadari abang ni, entahlah hidup abang ni jadi macam mana." ujar Nayl dengan penuh romantik. Perlahan-lahan dia menyelak rambut Naurah ke tepi.

Naurah! Kuatkan iman kau! Jangan tergoda dengan dia! Bisik hati Naurah.

"Ehem...Ehem." Naurah berdehem lalu dia kembali berdiri seperti biasa. Pipi yang sudah merah menyala di tepuk perlahan-lahan. Nayl menahan tawanya apabila melihat isterinya sudah gelabah malu.

"Err...Ma..mana ada saya kejutkan awak. Saya kejut sebab suruh awak bangun pergi kerja je. Kan awak kerja dekat tempat papa saya, so saya tak nak lah hotel milik papa and milik saya costumer service marah. Awak ni bukan boleh guna pun." ayat terakhir cuba diperlahankan suaranya. Tak mahu lah pula jika ada kali kedua sakit hati dengan kata-kata pedih aku ni. Bebel Naurah dalam hati. Kata-katanya dapat ditangkap oleh Nayl.

"Apa? Awak kata saya ni tak berguna? Okey, tak apa. Saya akan buat sampai awak kata saya berguna." ujar Nayl. Naurah berkerut dahi, pelik dengan kata-kata suaminya yang tidak betul apabila baru bangun tidur.

Nayl bangun dari perbaringan, dia melangkah mendapatkan isterinya. Bulat mata Naurah apabila melihat tubuh Nayl. Lantas dia melarikan pandangannya.

Tubuh yang terasa berat apabila tubuhnya ada dua orang yang bernyawa, kini tubuhnya terasa ringan apabila melihat Nayl mendukungnya.

Bulat matanya. Sudahlah lelaki itu tidak berbaju, dukungnya lagi. Ah, sungguh membuatkan Naurah gelabah teruks!

Naurah terjerit kecil apabila Nayl mendukung tubuh kecilnya.

"Isy! Apa dukung-dukung ni?! Turunkan lah. Sakit perut ni tahu tak!" marah Naurah.

"Yeke? Baby tak sakitkan dalam perut mama tu?" soal Nayl pada perut Naurah.

Naurah menahan tawanya agar tidak terlepas. "Haah, adik tak sakit pun. Adik baik-baik aje." Nayl sengaja buat suara seperti budak kecil. Sungguh comel.

Tanpa ditahankan lagi, terlepas juga tawa Naurah. Yang tadinya serius kini menjadi ceria. Lega hati Nayl melihat isterinya ceria.

Nayl kembali menurunkan isterinya. Baru aje bangun tidur, melihat bidadarinya kejutkan dia, dia berasa terlebih tenaga pula pada pagi itu.

Pinggang Naurah dirangkul kemas. Kini tubuh Naurah berhadapan dengan Nayl. Dia sudah tidak dapat lagi lari daripada lelaki itu.

"Sayang." panggil Nayl lembut. Dia menundukkan sedikit pandangannya memandang Naurah yang pendek itu. Kini Naurah pula yang mendongak ke atas memandang suaminya yang tinggi lampai itu.

"Hm..." hanya itu jawapan Naurah. Cuba untuk buat yang dia masih marah, tetapi ternyata tidak berjaya. Nayl sudah berjaya mencairkan hatinya yang beku!

"Abang minta maaf ya. Maafkan abang tau. Abang janji, abang takkan ulang lagi kesalahan abang ni. I promise, I'm only there for you alone. Nothing else, just you in my heart forever." ujar Nayl sambil tersenyum lebar. Dahi Naurah dikucup lama.

"Betul? Abang janji?" soal Naurah kembali sambil membuat muka manja.

"Yes sayang, abang janji." jawab Nayl.

"Okey, kalau macam tu. Abang janji dengan saya, walaupun hal tu kecil sekalipun, abang kena juga bagitahu segala-galanya tentang hal kecil tu pada Naurah. Okey? Janji?" jari kelengkengnya di angkat pada suaminya. Nayl tertawa kecil.

"Habistu, kalau abang berak pun nak bagitahu dekat sayang?" usik Nayl.

"Isy! Abang ni, kan?!" marah Naurah sambil memukul lembut lengan sasa suaminya.

"Okey sayang, abang janji."

"Dan, lagi satu. Abang janji dengan saya juga, saya tak nak abang rapat sangat dengan bekas ke..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Mulutnya telah ditutup dengan jari telunjuk Nayl.

"Syy...Bukan bekas kekasih. Kalau sayang cakap macam tu macam ayat kasar pulak. So, sayang panggil dia Sabrina. Okey?"

"Ouh, hehehe. Sorry. Okey, kalau abang rapat lagi dengan Sabrina tu, bermesra-mesra siap berpegang-pegang lagi saya takkan maafkan abang sampai bila-bila! Lagi-lagi kalau abang ditangkap basah ke dengan dia, saya lagi takkan maafkan abang sampai saya mati. Dan, anak dalam perut ni pun abang takkan boleh jumpa sampai bila-bila." putus Naurah.

"Ya Allah saya ni, sampai ke tangkap basah pula dia ni. Jangan nak mengarut saya. Okey abang janji abang takkan rapat lagi dengan dia. Abang minta maaf ya?" ujar Nayl.

"Okey, saya maafkan abang. Lain kali, jangan buat lagi. Ingat pesan saya tu! Saya takkan maafkan abang sampai bila-bila jika abang degil kata saya." Naurah memberi amaran keras pada suaminya yang nakal itu.

Nayl mengangguk sambil tertawa kecil. "Okey sayang, I promise. I love you, sweetheart." Ucap Nayl dengan penuh romantik. Hidung Naurah tidak lah mancung, dengan curi-curi Nayl mengucup hidung isterinya.

"Isy! Jangan lah cium situ," Elak Naurah.

"Dah kenapa pulak?"

"Saya tahu lah hidung saya ni tak mancung macam hidung abang tu, abang sebenarnya nak cium bibir saya, kan? So, nanti tersalah cium hidung abang boleh lah cium bibir saya kan?" pintar Naurah dan melepaskan tawanya.

Lepas tawa mereka bersama. Sungguh dia berasa bahagia dan tenang. Berkali-kali Nayl mengucap syukur kepada Tuhan. Allah itu sudah menentukan yang paling indah untuknya dan Naurah. Segala-galanya dia menyerahkan kepada Yang Maha Esa.

"Kalau nak cium, cium jelah. Tak payah lah malu-malu." ujar Naurah bersahaja. Tetapi hati berdebar bagai jantung mahu terkeluar.

"Eh, serius lah? Betul ni? Jap, sebelum tu baru pukul 8. Okey boleh lah ni, pukul 9 atau pukul 10 saya masuk kerja. Nanti saya bagitahu dekat staff saya. Dah jom," ujar Nayl gatal sambil menarik lengan isterinya kembali ke katil.

Naurah tertawa kecil. "Amboi, gatal ya!" lengan suaminya dicubit.

"Kenapa tak lama je?"

"Yalah, untuk kiss dalam 1 jam atau 2 jam je lah. Malam nanti lama sikit." ujar Nayl nakal mengusik isterinya.

"Isy! Abang ni tak senonoh lah. Dah lah, pergi siap cepat. Saya nak siapkan sarapan pagi kejap." ujar Naurah dan melangkah keluar dari bilik tersebut. Tetapi dihalang lagi oleh Nayl.

"Jangan lama-lama tau," ujar Nayl.

"Dah kenapa pulak? Saya nak kemas dapur lagi masak lagi. Kena lah lama sikit," jawab Naurah pelik.

"Tapi, jangan lah lama-lama sangat. Takut nanti...Abang rindu." usik Nayl lagi sambil mencuit hidung Naurah.

Ketam Naurah terus menghinggap dilengan suaminya. Kelihatan jelas merah dilengan suaminya.

"Auch! Sakit lah..."

"Hah, padan muka! Dah, jangan nak banyak cakap. Pergi siap cepat." Arah Naurah garang. Tetapi, senyuman bahagianya cuba ditahankan.

"Okey, baik boss. Eh sebelum tu..." Nayl menunjukkan bibirnya.

"Eee! Nak kena ketam saya lagi ke? Mungkin kali kedua ni saya bagi padu sikit!"

Pecah tawa Nayl. "Okey, okey...abang mandi dulu."

Naurah terus keluar dari bilik tersebut. Dia menggeleng kepalanya dengan perangai nakal suaminya yang dulu sampai sekarang tidak pernah ubah. Tetap sama. Tambah lagi dengan sengih gigi besinya lagi bertambah menyakitkan hati Naurah. Tetapi, hatinya juga terselit kebahagiaan yang tidak dapat dia ungkapkan.

********

"EH, LAGI beberapa hari je lagi kan birthday kau nak dekat. Genap sudah umur kau, so kali ini kau lah lebih tua. Aku masih muda, okey," ujar Sarah sambil tertawa kecil. Sabrina juga turut ketawa kecil sambil menggeleng kepala dengan kerenah sahabatnya.

"Walaupun umur aku dah nak dekat 30 sekalipun, tapi bila orang pandang aku macam muda 20an tau. Jangan main-main. Ni Sabrina Balqis okey, petik jari sekali semua terhegeh-hegeh kejar aku. And, yang aku tengah tunggu bukan lelaki lain, tetapi Nayl. Lelaki yang paling istimewa dihati aku." ujar Sabrina sambil tersenyum lebar.

Tersentak Sarah yang mendengar. Dia menelan liur. Tak habis-habis lagi dengan suami orang. Dia bukan lagi kekasih kau kan, yang kau gatal sangat nak suami orang buat apa? Lepastu, hancurkan kebahagiaan orang! Isy, sahabat aku bukan macam ni lah! Marah Sarah di dalam hati sambil menjeling Sabrina yang sudah tersenyum lebar.

"Ehem...Ehem. And, esok lusa birthday kau kan? Kau nak buat dekat mana birthday kau tu? Nak ajak sekali kawan-kawan lama kita yang dekat Universiti dulu? Baru lah meriah kalau ada dia orang semua." Ujar Sarah sengaja menukar topik.

"Hm, okey jugak. Aku cadang nak buat birthday aku dekat rumah je. Senang sikit. So, nanti kau boleh lah panggil dia orang ya." ujar Sabrina.

Sarah hanya mengangguk. Entah kenapa, Sabrina yang tadi terbayang Nayl yang akan berkahwin dengannya, tiba-tiba pula dia mendapatkan idea jahatnya!

Dia sudah tidak tahan melihat Nayl bahagia dengan Naurah. Mungkin lebih baik dia percepatkan rancangannya. Dan, berjaya rancangannya itu dia akan pikat Nayl sehabis-habisan!

"Err...Babe." panggil Sabrina sewaktu Sarah mahu pergi meninggalkannya yang berada di dalam bilik tidur Sabrina.

"Ya,"

"Aku rasa...Aku nak cepatkan lah rancangan kita tu. And, maybe aku akan buat rancangan tu sekali dengan birthday aku. Perempuan upahan aku dah ada. So, kau pulak tukang rakam ya." ujar Sabrina sambil tersenyum sinis.

Makin tersentak dan tergamam Sarah. Apa? Dia nak buat sekali dengan birthday dia? Tak! Aku kena juga batalkan!

"Err, wei. Tak payah kut buat semua benda tu. Kau tak kesian ke dekat si Naurah tu. Dahlah mengandung. Lepastu tengok suami dia macam tu lagi, bertambah stress dia nanti. Kalau kau dekat tempat Naurah pun, kau akan stress jugak. Aku rasa kita batalkan aje rancangan tu. Dah aku nak balik, aku tak nak ikut rancangan tu and aku tak nak jadi tukang rakam dia." Sarah terus melangkah pergi. Lengannya sempat ditarik oleh Sabrina.

"Isy! Kau nak apa lagi?"

"Kau dah lupa ke? Kita pernah berjanji kan? Saat kita susah dan senang kita kena sentiasa ada bersama. Bila aku susah, kau tinggalkan aku macam tu je? Kau dah tak nak kawan aku ke? Aku ni jahat sangat ke? Sampaikan kau pun tak nak kawan dengan aku," ujar Sabrina. Kelopak matanya mula basah. Menahan sebak di dada apabila melihat kawannya tidak lagi mahu menolongnya saat ia susah.

Sarah menghela nafas panjang. Tidak tahu lagi mahu lakukan apa. "Okey. Aku tolong kau...But..."

"Okey macam ni, nanti kalau dah selesai rancangan ni, aku janji aku akan bawa kau shopping. And, aku akan bawa kau bercuti. I promise."

Nak tak nak, Sarah terpaksa mengangguk. Pantas Sabrina memeluk erat tubuh sahabatnya.

"Thank you so much, babe. Okey, aku janji untuk kali ini je kau buat rancangan tu, nanti hari lain aku takkan panggil kau dah suruh ikut rancangan tu. Sebab aku nak Nayl tu ceraikan Naurah. Aku tahu sangat perangai isteri dia, keras hati dan telalu ego. Dah tentulah semasa dia terlalu ego dia akan minta cerai," ujar Sabrina lagi sambil ketawa jahat. Sarah menggeleng kepalanya.

"Thank you..."

Sarah hanya mengangguk dan berlalu pergi dari kamar Sabrina.

Gadis itu berasa berpuas hati. Sungguh puas! Kali ini dia akan rancang betul-betul sehingga berjaya! "Dan, Nayl akan menjadi milik aku buat selama-lamanya! Aku takkan lepaskan dia lagi. Ini lah peluang kau, Sabrina!" ujar Sabrina sendiri sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience