BAB 17

Romance Completed 31452

Sebelum dia pindah, melihat wajah mama sungguh sedih. Seperti tidak mahu memberi anaknya berjauhan darinya. Tapi apa mahu buat, mereka tetap mahu berpindah.

Naurah masuk ke dalam rumah tersebut, cantik. Peralatan barang-barang perabot semuanya sudah kemas tersusun di dalam rumah itu.

Dalam rumah itu juga mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air diluar satu bilik air di dalam bilik. Ruang tamu juga kelihatan sungguh besar dan luas. Dapur juga sudah lengkap dengan peralatan masak.

Sungguh cantik dan luas. Semuanya sudah lengkap. Corak wallpaper di dinding juga sungguh cantik membuatkan di dalam rumah itu lebih menarik perhatian.

"Ini lah rumah kondo yang aku cakap tu," ujar Nayl sambil melangkah masuk dengan membawa beg pakaiannya dan Naurah.

Di dalam rumah itu, sikit pun Naurah tidak nampak habuk. Semuanya tersusun kemas, kerana Nayl sebulan sekali aje ke rumah ini. Kalau dia tiada mood, dia akan singgah ke sini.

"Oh, cantik." Komen Naurah sambil memerhati sekeliling rumah tersebut. Nayl tersenyum senget.

"Biasa lah, tengok lah Tuan dia macam mana? Jaga kebersihan. Bukan macam kau, pemalas!"

Tajam Naurah memandang Nayl, penumbuk dikepal geram. Hatinya kembali panas. Tengok! Siapa yang mulakan dulu peperangan ini? Makin tak puas hati pula Naurah pada Nayl yang sudah tersengih-sengih tayang gigi besinya itu.

Baru aje penumbuknya mahu dihinggap di pipi Nayl, pantas tangan Naurah digenggam erat oleh Nayl. Wajahnya kini didekatkan pada wajah Naurah. Mahu lebih lagi menyakat gadis itu yang sudah mula berbahang malu.

"Jangan sesekali nak tumbuk muka aku, kalau tak nak kena cium!" Ugut Nayl membuatkan Naurah berasa loya ditekak apabila mendengar kata-kata Nayl itu. Sungguh menjijikkan!

Nayl yang sengaja mendekatkan bibirnya pada Naurah, laju gadis itu mengelak dan menepis lengan lelaki itu. Geram pula dia dengan Nayl yang suka sangat menyakat dia.

Terbahak-bahak Nayl ketawa. Naurah memeluk tubuh sambil menjeling maut pada lelaki itu.

"Dah jom, aku tunjukkan bilik...oh lupa, bilik kita." Tubuh Naurah terus di dukung, terjerit kecil Naurah dengan kelakuan lelaki itu terhadap nya.

Masuk aje ke dalam bilik tersebut, tak lepas-lepas Naurah memandang sekeliling bilik itu. Sungguh luas dan sangat cantik. Bilik tersebut juga mempunyai bilik air. Wah, cantik sangat! Sudah lengkap dengan katil besar, almari baju dan meja solek.

"Cantik, kan? Bilik ni aku tak pernah masuk atau tidur dekat sini. Jadi, sorry kalau ada habuk sikit. So, mungkin kau orang yang special sebab dapat bilik ni." Ujar Nayl yang masih mendukung gadis itu.

"Oh, cantik. Tapi...bilik sebelahkan kosong. Jadi aku tidur bilik sebelah aje lah. Kau tidur bilik sini, biar aku tidur bilik sebelah."

"Dah kenapa pula? Kita tidur bila ni aje lah. Bilik sebelah tu, satu hari nanti akan ada orang duduk," berkerut dahi Naurah. Tak faham dengan maksud Nayl yang sudah tersengih-sengih nakal.

"Ada orang duduk? Siapa? Isy...kau ni buat aku meremang lah! Bukan ke kita berdua aje tinggal sini, dah siapa pulak yang nak duduk bilik sebelah tu?" Bulu romanya sudah tegak. Makin takut pula dia pada lelaki itu yang sudah ketawa terbahak-bahak.

"Siapa lagi, saka aku lah." Jawab Nayl selamba sambil ketawa kecil. Kuat Naurah menepuk dada suaminya, geram pula dia pada Nayl yang sudah tidak betul tu.

"Isy...kau ni, apa ke bengap sangat. Satu hari nanti akan ada sorang yang duduk dalam bilik tu..." Jawab Nayl tak habis apabila Naurah memotong.

"Siapa?"

"Anak kita." Bisik Nayl di telinga Naurah.

Bulat mata Naurah, pantas dia turun dari dukungan Nayl. Makin gelabah pula dia saat ini. Wajah mula merah dan berbahang. Berdekah-dekah lelaki itu ketawakan Naurah apabila melihat wajah isterinya jelas yang Naurah sudah malu.

"Isy...Kau ni, main-main lah!" Tak menunggu lama, dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut dan berjalan ke balkoni ruang tamu.

Kalau dia masih lagi di situ, nanti tak pasal-pasal menjadi lain pula dia dengan Nayl. Dia melihat lelaki itu pun sudah tidak betul, belum malam nanti. Lagi lah tak betul! Elok pagi jadi baik, malam jadi penjahat. Acah-acah romantik. Sengaja mahu buat Naurah cair.

"Aku harap kita dapat ubah keadaan dan hubungan kita yang dulu menjadi lebih baik. Dan kita dapat membina rumah tangga kita bersama-sama. Hanya kau yang ada di hati aku buat selama-lamanya. Jadi, jangan pergi tinggalkan aku, takut nanti aku rindu." Sempat lagi Nayl mengusik Naurah. Dia mencuit lembut hidung gadis itu lalu dia menggenggam erat kedua-dua tangan Naurah.

Naurah tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Ha, dah mula lah dengan romantik dia tu. Naurah melepaskan jelingan ke tempat lain.

"Kalau aku tinggalkan kau? Aku tak sayang kau? Apa kau nak buat?" Kali ini dia pula yang buat lelaki itu sakit hati.

"Kau nak pergi? Pergi lah, ramai lagi awek-awek yang cantik dekat luar sana. Jangan risau sayang." Jawab Nayl selamba dengan muka yang berlagak.

"Isy...dia ni!" Mahu bergurau menyakiti hati Nayl, tetapi lain pula jadinya. Dia pula yang sakit hati, geram pula dia pada Nayl. Terbahak-bahak Nayl ketawa, suka pula dia melayan Naurah begini.

Naurah terus memusingkan badannya dan menoleh memandang pemandangan di luar sana. Tubuh dipeluk, malas dia mahu memandang Nayl. Mukanya jelas yang dia merajuk.

Belakangnya perlahan-lahan dipeluk kemas oleh Nayl. Dagu lelaki itu diletakkan di atas bahu Naurah.

"Gila lah aku nak cari yang lain, cukup hanya kau yang ada membuatkan aku bahagia. Tapi, aku harap sangat jangan sampai terlintas dalam fikiran kau untuk tinggalkan aku. Aku tak boleh terima yang tu, sebab aku sayang kau. Aku dah mula cintakan kau. Aku harap, kau dapat rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Sebab perempuan lain tak boleh gantikan tempat kau, hanya kau aje isteri aku yang paling aku sayang."

Ah, mahu cair kalau perempuan lain dengar. Tetapi tidak Naurah. Entah mengapa, hatinya saat ini masih dingin. Tapi dia tahu, Nayl sudah dapat terimanya. Nayl mula cintakan dia dan mula sayangkan dia. Dia juga akan cuba dengan apa yang Nayl rasa selama ni. Cintakan lelaki itu? Sayangkan lelaki itu? Terima lelaki itu sebagai suaminya? Dia akan cuba! Tak sangka, cepat betul Nayl buka hati untuk terima Naurah, lelaki itu sangat kuat. Tak mampu dia untuk kecewakan lelaki itu dan dia akan cuba untuk sayang, cinta dan terima lelaki itu sebagai suaminya selama-lamanya!

"So now, aku nak tukar nama..."

Nayl mula bersuara apabila lama Naurah mengelamun panjang. Dia menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Entah apa yang Naurah berangan panjang saat ini.

"Err...tukar nama? Eh, tak nak aku! Nama aku dah sedap, nak tukar apa bendanya?! Taknak! Kalau kau nak tukar nama kau, kau tukar. Aku tak nak. Aku lebih suka dengan nama, Naurah Husna. Hm, cute je bila dengar. Macam tu juga tuan dia, cute sepanjang masa." Pujinya diri sendiri sambil tersenyum lebar. Nayl tepuk dahi. Sudah ke situ pula dia. Hadoi, minah ni. Nak aje aku tepuk dahi dia ni!

"Bukan, bukan sayangku! Bukan itu maksud aku...maksud aku sekarang ni, tukar nama panggilan. Takkan kau nak panggil aku, kau je? Sebabkan kita nak perbaiki lagi hubungan kita, so aku nak kita panggil dengan panggilan yang sweet-sweet and romantik sikit. Hah macam tu, bukannya tukar nama." Jelas Nayl panjang lebar dengan berharap Naurah faham maksudnya.

"Err...aku...aku tak biasa lah nak tukar...." Tak sempat nak habiskan ayatnya, Nayl laju bersuara.

"Kita kenalah biasakan sayang, tak nak lagi keluar kata-kata kasar dari mulut awak." Ujar Nayl sambil menyentuh lembut bibir Naurah. Wajahnya kembali didekatkan pada gadis itu.

"Errr....ok...." Laju dia menjauhkan dirinya daripada Nayl. Lelaki itu tersenyum senget sambil ketawa kecil.

"Aku....eh, errr saya...akan cuba." Sungguh susah jika menukar nama panggilan ini. Mahu gagap dia kalau bercakap dengan Nayl apabila menukar nama panggilan.

"Ha, macam tu barulah abang sayang." Satu kucupan hangat hinggap di dahi Naurah. Tergamam gadis itu, terus menjadi kaku seperti terkena rejatan eletrik. Naurah menelan liur, sengihnya cuba untuk diukir. Wajah mula berbahang, tetapi hatinya terasa sungguh bahagia saat ini. Entah mengapa, bersama lelaki itu dia berasa sungguh tenang.

******

Nayl melangkah ke meja isterinya yang sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang belum siap.

"Sayang, pukul 4 petang ni kita ada appointment dengan Dato Sufi. So, sayang nanti ingatkan abang ya." Pesan Nayl sebelum berlalu pergi.

"Okey..." Jawab Naurah sepatah dan laju dia mencapai pen dan buku nota nya untuk menulis masa temu janji Nayl bersama kliennya.

******

Huh, selesai pun kerjanya. Duit gaji untuk staf pun dia telah masuk ke dalam bank staf masing-masing. Semuanya sudah selesai. Dia melihat jam di pengelangan tangan sudah tepat pukul 4 petang. Ah, tepat pada masanya, dia selesai kerjanya dan sekarang dia dan Nayl ada appointment yang perlu segera mereka berdua pergi.

Pintu kaca bilik pejabat suaminya diketuk perlahan, takut mengganggu suaminya pula yang sedang menghubungi seseorang.

Dia terus menolak pintu tersebut dan melangkah masuk. Duduk dilabuh dihadapan suaminya yang masih sibuk hubungi orang.

"Err...nanti aku call kau balik, hah okey-okey bye." Talian diputus apabila melihat isterinya masuk ke dalam pejabatnya.

"Ya, sayangku. Ada apa-apa ke yang abang nak bantu?" Soal Nayl mesra.

"Tak ada apa pun. Sekarang dah pukul berapa?" Sengaja Naurah melambatkan masa. Dia tersenyum sinis. Masih tidak puas hati dan masih mahu mengenakan Nayl. Berkerut dahi Nayl, melihat Naurah ada jam. Tetapi tidak pula menoleh memandang jam sendiri. Dia menggeleng perlahan. Jam di pengelangan tangan di pandang dengan muka yang masih tenang.

"Pukul...4. Kenapa?"

Isy...dia ni! Masih nak soal orang, dia yang pesan dekat aku pukul 4 ada appointment, dia yang tak ingat. Ketuk kang kepala tu, terus ingat semua benda. Bab-bab nak menyakat atau nak mengusik aku tu ingat pulak?!! Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling Nayl.

"Abang, sekarang dah pukul 4 abang ada appointment dengan Dato Sufi. Takkan tak ingat?" Naurah menjeling. Semua benda tak ingat!

"Oh, ya lupa. Sayang, itulah kerja PA...Sentiasa ingatkan bos nya masa appointment dan semuanya. Bukan asyik mekup aje," perli Nayl sambil tersengih kecil.

Naurah mencebik. Dia memeluk tubuh sambil menjeling tajam. Geram pula dia kalau berlawan kata bersama suaminya ini. Tak habis-habis suka menyakitkan hati orang.

Nayl mengangkat punggung, kot hitamnya yang tergantung kemas dikepala kerusi dicapai lalu di sarung ke tubuh. Tali lehernya dihulur pada Naurah.

"Hm, nak apa?!"

"Amboi, garangnya. Jangan lah garang-garang sayangku, nanti tak manis pula." Sakat Nayl sambil tersengih kecil.

"Tolong pakaikan tali leher abang,"

Naurah malas-malas mengangkat punggung. Tali leher suaminya pun malas-malas dia mengambil. Naurah mendongakkan kepala ke atas supaya dapat menentang matanya pasa lelaki itu.

"Butangkan baju tu dulu. Barulah boleh ikat tali leher." Naurah memberi arahan.

Sekali dia menggeleng. "Butangkan please..."

Mahu merungut nanti merajuk pula si mamat ni. Nanti kata aku tak ikhlas, haih suami tercinta aku ni. Geram je aku tengok dia mengada-ada ni. Bebel Naurah lagi dalam hati. Senyuman cuba terukir dibibir.

Tanpa sepatah kata, Naurah terus membutangkan baju kemeja suaminya. Kalau dia buka mulut nanti tak pasal-pasal hatinya makin membara api, jadi lebih baik dia buat aje.

"You look so beautiful." gumamnya. Naurah mula tidak keruan.

"Sexy," komennya di antara dengar dan tidak.

Detakan jantung yang tadinya sedikit laju, kini semakin menjadi-jadi debarannya. Lincah tangannya mengikat tali leher dengan laju. Jangan sampai terlilit leher suaminya, sudah!

"Siap!"

Sebaik sahaja berkata begitu Naurah terus memalingkan diri darinya. Terkaku dia seketika apabila tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Thank you so much, sweetheart..." bisiknya lembut di telinga Naurah.

Ada rasa yang menggaru jiwa apabila deruan nafasnya terasa panas di telingan nya.

"Err...Jangan macam-macam please. Ni office, bukan rumah. Dah jom cepat, nanti lambat pula sampai." Ada sedikit gelabah, wajah pun dah merah. Dia tidak berpaling memandang Nayl, laju langkahnya keluar dari situ. Kalau lama-lama nanti terus tak jadi pula dia pergi appointment bersama Nayl.

*******

Kata Nayl, Dato tersebut mahu berjumpa nya di cafe. Dalam perjalanan ke kedai cafe, entah mengapa Naurah berasa tekaknya sungguh loya dan kepalanya juga saat ini berasa berdenyut-denyut. Mukanya jelas pucat, bibir juga sudah menggelupas menanda air dalam badan kurang.

"Uwek!"

Tersentak Nayl yang sedang fokus pada memandu terus menoleh memandang Naurah.

"Kenapa ni sayang? Awak okey tak ni?"

Mahu muntah, tekak terasa loya dan kepala pening. Naurah menyandar kepalanya pada kerusi.

"Okey je..." Jawab Naurah acuh tak acuh.

"Okey apa nya macam ni? Muka awak tu pucat sangat ni. Jom kita pergi klinik lah, kita batalkan aje appointment ni, nanti saya berurusan dengan Dato Sufi dalam telefon aje." Dia sudah panik melihat Naurah seperti mahu muntah.

"Tak apa lah...saya okey je. Mungkin...saya...nak datang bulan kut," malu-malu dia berkata. Ya, mungkin dia dah nak datang bulan.

"Betul ke ni? Tak nak pergi klinik?" Nayl masih risau dengan keadaan Naurah yang sudah lemah itu.

"Ya, awak teruskan aje appointment tu, ok. Jangan risau kan saya. Saya okey je." Ujar Naurah sambil tersenyum manis.

Nayl juga turut tersenyum, tangan isterinya digenggam erat. Risau pula dia melihat isterinya tadi seperti mahu muntah. Hatinya pun terasa berat. Lama dia memandang wajah isterinya yang pucat lesu itu.

******

"Sayang nak minum apa-apa tak? Makan?" Soal Nayl apabila orang yang mahu mengambil oder makanan sudah berada di hadapan mereka.

"Taknak.." Jawab Naurah. Dia terasa mahu muntah lagi, tetapi dia cuba untuk tahan. Dia sudah biasa, kerana sebelum dia datang bulan pasti dia akan lalui begini.

"Okey, err...saya nak cappuccino satu." Pesan Nayl pada orang yang mengambil oder itu. Selesai orang itu mengambil oder, dia terus berlalu pergi.

******

"Hello, papa. Orang tu tak ada lagi lah dekat cafe ni. Nama dia apa?"

"Dia kata dia dah sampai, nama dia Nayl. Tuan Nayl Uqasyah."

Dengar aje nama itu, tersentak dia. Terdiam dia seketika.

"Err...okey."

******

Nayl yang mahu mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket seluarnya, terjatuh sekali kunci kereta yang turut berada di dalam poket seluar.

Baru aje dia mahu mengambilnya, dia sudah terlanggar dengan seseorang wanita. Nasib wanita tersebut tidak jatuh.

"Err...sorry, sorry.."

Matanya terus memandang gadis tersebut. Tersentak Nayl, lama dia merenung wajah wanita itu.

"Eh, you...Sabrina, kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience