BAB 40

Romance Completed 31452

"Apa?! Nayl terserempak dengan Naurah?" Suara itu memecahkan kesunyian. Encik Rahim turut terkejut mendengarnya. Kini matanya beralih ke arah isterinya yang sedang menghubungi anaknya.

"Ya, semalam Nayl terserempak dengan dia sewaktu Nayl ada appointment. Tak sangka pulak yang Nayl appointment dengan dia." Ujar Nayl dengan nada yang sedikit gembira. Seronok!

"Alhamdulillah. Nayl tahu ke dia duduk dekat mana sekarang? Mak teringin sangat nak jumpa dengan dia." Ujar Puan Zainab yang turut gembira. Entah lah, dengan Naurah aje yang dia berkenan. Dengan gadis lain untuk menggantikan isteri Nayl, dia berasa tidak selesa pula. Hanya Naurah aje yang dia berkenan. Tetapi, apa yang mahu dia buat lagi? Mereka telahpun bercerai.

"Tak tahu. Tapi, sekolah Naufal, Nayl tahu. Nayl rasa, esok Nayl nak jumpa dengan dia lah mak. Rindu," ujar lelaki itu dengan nada suara yang sedikit bergetar. Adakah dia menangis?

Puan Zainab berpaling menoleh memandang wajah suaminya disebelah dengan senyuman terukir di bibir. Encik Rahim bingung. Tidak faham dengan apa yang terjadi sekarang. Tetapi dia dengar nama Naurah disebut-sebut tadi oleh isterinya. Adakah hal ini ada kena mengena dengan Naurah?

"Pergi lah Nayl. Jumpa dengan anak kamu tu. Mak tahu kamu rindu sangat dengan Naufal tu. Tapi, kalau dia tak kenal ayah dia macam mana?" Ujar Puan Zainab yang turut senang hati. Akhirnya, jumpa juga cucunya. Haih, rindu betul mahu melihat wajah si kecil comel itu apabila sudah besar.

"Yang tu mak jangan risau, Nayl akan pujuk dia untuk dia percaya yang Nayl ni ayah kandung dia." Ujar Nayl dengan senyuman terukir di bibir. Hatinya saat ini betul-betul senang. Terasa tenang dan bahagia.

"Hah ye lah. Kirim salam dekat Naurah ya," ujar Puan Zainab. Dia ingatkan Nayl dan Naurah sudah berbaik tetapi sebaliknya mereka masih belum berbaik.

Nayl terdiam sejenak. Puan Zainab berkerut dahi apabila anaknya tidak bersuara. "Nayl? Nayl...Hello, Nayl," panggil Puan Zainab. Pelik. Tadi bukan main lagi lelaki itu seronok sangat, tetapi sekarang senyap pulak.

"Err...Sorry mak," Dia menggosok-gosok matanya yang sudah mulai basah. Senyuman cuba diukir.

"Nayl okey tak ni?" Soal Puan Zainab yang mula risau.

"Nayl okey lah mak. Mak jangan risau lah."

"Habistu, tadi mak cakap dengan Nayl, Nayl senyap je." Ujar Puan Zainab yang masih hairan dengan anaknya yang acuh tak acuh itu.

"Okey tapi...Nayl kecewa lah sikit mak," ujar lelaki itu jelas nada suaranya yang sungguh dia kecewa saat ini.

"Kecewa? Lah, dah kenapa kecewa pulak ni? Cuba cerita dekat mak, kenapa?"

"Naurah..." Hanya nama itu yang mampu disebut. Suaranya mula tersekat-sekat dek menahan esakan tangisannya.

"Kenapa dengan Naurah?" Kali ini dia betul-betul hairan. Apa yang Naurah sudah buat sampaikan Nayl sedih-sedih begini?

"Dia dah tak macam dulu. Dia dah lain mak," tak dapat dia menahan tangisannya akhirnya dia kembali menangis. Cepat-cepat dia menyeka air matanya.

Berkerut dahi Puan Zainab. Tidak faham dengan maksud anaknya. "Dah lain?"

"Dia dah tak macam dulu. Penampilan dia lain. Perangai dia pun lain. Nayl tahu dia memang tak dapat maafkan Nayl. Nayl salah mak. Nayl dah hancurkan hati dia...Selagi dia tak maafkan Nayl, Nayl tak akan maafkan diri Nayl." Luah lelaki itu dengan hati yang sungguh sakit. Belum terubat dengan sepenuhnya.

Puan Zainab menekup mulutnya, kelopak matanya pun sudah mula basah. Sebak di dada tidak mampu lagi ditahan. Dia juga dapat rasa apa yang anaknya tanggung rasa sakitnya selama ini.

"Nayl, mak yakin satu hari nanti pasti Naurah akan tetap maafkan Nayl. Mak selalu doakan Nayl tau. Nayl jangan sedih-sedih ya, nak. InsyaAllah, kita banyakkan berdoa kepada Allah. Dia sebaik-baik perancang." Pujuk Puan Zainab. Kalau dia berada di sisi anaknya sekarang ni, mahu aje dia peluk erat anaknya saat ini. Sedih.

"Okey baik mak. Nanti kalau ada rezeki, Nayl bawa Naufal jumpa mak ya." Ujar Nayl sambil menyeka air matanya.

"Hah yelah. Kamu tu, jaga diri ya. Apa-apa call mak." Pesan Puan Zainab sebelum memberi salam dan memutuskan taliannya bersama Nayl.

"Kenapa ni Nab?" Soal Encik Rahim hairan.

"Nayl dah dapat jumpa dengan Naurah. Semalam dia ada appointment, tak sangka pula yang appointment dia bersama Naurah. Dan, dia kata sekolah tadika Naufal pun dia tahu. Esok dia nak jumpa dengan anak dia," ujar Puan Zainab. Hatinya berasa sungguh lega.

"Hah, ye ke? Alhamdulillah. Jadi, dia dah tahu di mana mereka berdua berada?" Soal Encik Rahim yang turut gembira.

"Tak. InsyaAllah ada rezeki, Nayl nak bawa Naufal datang ke sini. Ya Allah bang, saya ni rasa bersyukur sangat. Anak kita tu dah lama sangat nak jumpa dengan Naufal. Dan, akhirnya dia dapat juga jumpa dengan anak kandung dia tu." Puan Zainab menyeka air matanya.

"Bagus lah kalau macam tu, tapi Naurah dah dapat maafkan Nayl ke?"

Persoalan itu membuatkan Puan Zainab terdiam. Dia memandang suaminya dengan hati yang sungguh sebak.

**********

Telefon bimbit dicampak ke atas katil. Kaki melangkah ke balkoni bilik. Air mata yang masih mengalir diseka. Senyuman cuba diukir bertanda yang dia kuat dalam semua dugaan yang dia hadapi saat ini.

Dia tidak duduk rumah bersama ahli keluarganya. Saat ini dia pun bekerja jauh. Hotelnya tidaklah dekat dengan rumah keluarganya. Rumah pun duduk sendiri.

Hanya menghabiskan waktu dengan air mata. Kalau ikutkan hatinya mahu aje sekarang dia pergi mencari mereka berdua. Rindu itu tidak dapat lagi dia tahan.

Hanya tuhan aje yang tahu perasaannya saat ini.

********

Pada waktu pagi itu, dia sudah tergesa-gesa bersiap untuk keluar pergi kerja. Gincu berwarna merah jambu dicalik sedikit dibibirnya agar wajahnya tidak kelihatan pucat.

Rambut panjangnya diikat rapi. Kot hitamnya kemas tersarung ditubuh. Beg tangan dicapai lalu dia terus keluar dari bilik tidurnya.

"Naufal, jom breakfast."

Anak kecil itu terus keluar dari bilik tidur dan melangkah mendapatkan mamanya di dapur. Duduk terus dilabuhkan dikerusi.

Naurah yang sedang membakar roti untuk anaknya berkerut dahi apabila melihat ditangan anaknya ada satu coklat Cadbury.

Dia tertanya-tanya. Semalam tidak pula dia singgah ke kedai runcit membeli coklat untuk Naufal. Ni dah kenapa tiba-tiba coklat tersebut ada pada anaknya. Siapakah yang memberikan anaknya coklat itu?

"Naufal," Panggil Naurah. Terhenti terus Naufal untuk menjamah coklat tersebut. Kini dia beralih memandang wajah mamanya.

"Tu, siapa yang bagi Naufal coklat?" Soal Naurah hairan.

"Oh, coklat ni auntie Sabrina yang bagi. Semalam dia bagi Naufal. Mama nak?" Coklat tersebut dihulur pada mamanya yang masih tertanya-tanya.

Tersentak gadis itu dengan jawapan anaknya. Sabrina? Apa yang dia mahukan? Gadis itu muncul lagi apabila sudah hampir bertahun-tahun tidak jumpa?

Naurah mula risau. Risau juga jika Sabrina perangkap mereka berdua. Naurah langsung tidak percaya akan wanita itu. Takut juga jika wanita itu apa-apakan Naufal.

Coklat yang berada kemas digenggaman si kecil itu dirampas kasar lalu dibuang ke dalam tong sampah dengan hati yang sungguh panas.

"Mama, kenapa mama buang?" Soal anak kecil itu yang mula sedih.

"Naufal dengar sini mama cakap. Kalau ada orang yang Naufal tak kenal, jangan dekat dengan dia! Dia bagi makanan ke minuman ke, jangan ambil! Faham tak?!" Marah Naurah. Nada suaranya meninggi membuatkan anak kecil itu terkejut.

Bergenang air mata si kecil itu. Sedih. Coklat kegemarannya dibuang oleh Naurah. "Kalau dia culik Naufal macam mana? Dia jual ke, dia bunuh Naufal ke? Dengar kata mama! Jangan dekat dengan orang yang tak kenal and jangan ambil makanan atau minuman orang bagi! Faham?!" Marah Naurah lagi.

Naufal hanya mengangguk sambil menyeka air matanya. Teresak-esak anak kecil itu menangis kerana makanan kegemarannya dibuang.

"Tapi, auntie tu baik..." Naufal mula bersuara dalam esakan tangisannya.

"Walaupun auntie tu baik, tak semestinya hati dia baik! Mana lah tahu dia nak culik Naufal, macam mana?! Jangan nak menjawab! Dengar cakap mama!"

Anak kecil itu hanya mengangguk. Teresak-esak dia menangis. Naurah mula risau. Sabrina sudah tahu dimana mereka berdua berada.

"I am sorry, mama." Lengan mamanya dipeluk. Naurah langsung tidak membalas pelukan anaknya. Nafasnya turun naik. Hatinya masih panas.

Sebut aje nama itu, Naurah betul-betul marah!

*********

"Ingat pesan mama, jangan bercakap dengan orang yang tak kenal." Pesan Naurah sebelum melepaskan anak kecilnya itu masuk ke dalam tadika.

Naufal hanya sekadar mengangguk. Wajahnya masih terlihat jelas kecewa. Tangan mamanya dikucup lalu dia terus melangkah pergi masuk ke dalam sekolah tadikanya.

Naurah kembali masuk ke dalam perut kereta dan bergerak pergi dari situ. Tanpa sedar, ada seseorang dari jauh memerhatikan mereka berdua tadi.

*********

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Seperti biasa, Naurah akan mengambil Naufal pulang ke rumah sedikit lewat.

Terpaksa lah anak kecil itu duduk menunggu mamanya sampai. Melihat rakan-rakannya semua sudah pulang ke rumah kecuali dia.

"Hai..."

Dia berpaling mencari suara seseorang. Kali ini, bukan lagi suara perempuan. Tetapi, suara lelaki. Si kecil itu mula tidak senang duduk. Masih terngiang-ngiang pesanan mamanya pada pagi tadi apabila dia dimarahi teruk oleh Naurah.

"Nama awak siapa?" Soal lelaki itu dan mengambil tempat disebelah Naufal.

Anak kecil itu hanya berdiam diri. Huluran tangan lelaki itu tidak di sambut.

"Mama saya pesan, jangan bercakap dengan orang yang tak kenal dan jangan dekat dengan orang yang kita tak kenal. Uncle ni siapa? Saya tak kenal." Ujar anak kecil itu dan terus mengangkat punggung berlalu pergi.

Nayl tersenyum melihatnya. Ya Allah, rindunya aku dekat dia. Suara dia, wajah dia. Semuanya aku rindu.

Sempat Nayl menghalang anak kecil itu. "Err...Mungkin, awak kenal uncle. Nama uncle, Nayl. Awak boleh panggil uncle Nayl. Nama awak siapa?" Soal Nayl mesra. Lama dia memerhatikan wajah si kecil comel itu.

Raut wajahnya sungguh mirip dengan wajah lelaki itu. Comel. "Saya Naufal. Uncle Nayl ni siapa?" Jawab anak kecil itu dengan sungguh comel.

"Uncle...." Baru aje dia mahu memperkenalkan dirinya lagi, satu suara kedengaran membuatkan mereka berdua tersentak. Lantas, mereka berdua berpaling memandang suara seseorang itu.

"Naufal!"

"Mama..."

Laju Naurah melangkah mendapatkan anaknya. "Mama dah kata kan, jangan bercakap dengan orang yang tak kenal! Dah jom balik!" Marah Naurah sambil menarik tangan anaknya pergi dari situ. Lantas Nayl mengangkat punggung menghalang laluan mereka berdua.

"Err..."

Tak sempat lelaki itu mahu bersuara, pipinya perit sekali apabila gadis itu menampar kuat pada wajahnya. Tergamam anak kecil itu melihat.

"Aku tak nak kau jumpa anak aku lagi! Kalau aku tengok kau jumpa dengan anak aku lagi, aku report polis!" Bentak Naurah lalu melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Tahap kesabarannya sudah tidak dapat lagi ditahan. Dan, akhirnya terlepas juga.

"Kalau anak aku tahu yang kau bapak dia, siap kau!" Naurah memberi amaran keras pada lelaki itu. Nasib lah si kecil itu tidak dengar kerana Naufal masih tidak henti-henti menangis. Terkejut dengan apa yang dilihat.
Lama si kecil itu memandang wajah Nayl. Nayl juga turut memandang wajah si kecil itu dengan senyuman manis dibibir.

"Mama dah kata kan, jangan jumpa dan jangan bercakap dengan orang yang Naufal tak kenal. Kenapa Naufal degil cakap mama?!" Tengking Naurah pada anaknya sewaktu mereka berdua sudah berada di dalam perut kereta.

Anak kecil itu teresak-esak menangis. "Naufal tak bercakap dengan dia..." Belum habis bercakap lagi, Naurah memarahinya lagi.

"Jangan nak menjawab lah! Naufal memang degil kata mama! Tahu tak, lelaki tu jahat. Dia sebenarnya nak pancing Naufal dan dia nak culik Naufal! Dia nak jual Naufal. Lain kali, dengar kata mama! Jangan nak degil! Kau ni, sama je lah dengan bapak kau tu!" Marah Naurah sudah tidak kawal lagi kata-katanya. Dia menolak-nolak kepala si kecil itu. Geram!

Naufal hanya teresak-esak menangis. Ternaik bahu anak kecil itu dengan esakan tangisannya. "Ni last warning! Kalau mama tengok Naufal berjumpa dengan lelaki tu lagi, mama pukul Naufal. Faham tak?!!" Bentak Naurah dengan nada suaranya yang sungguh tinggi.

"B-baik mama." Ujar anak kecil itu dengan nada suara yang tersekat-sekat dek esakan tangisannya yang tidak henti-henti.

Naurah menjeling tajam. Lantas dia menghidupkan enjin keretanya dan terus berlalu pergi dari situ. Panas hatinya kerana lelaki itu muncul lagi.

Dia tidak mahu lagi jumpa dengan Nayl. Tetapi lelaki itu tetap muncul di mana ia berada. Makin membara api kemarahannya saat ini.

Risau. Jika Nayl memberitahu pada Naufal yang dia ayah kandung Naufal. Ah, sungguh dia serabut. Muncul lelaki itu, lagi bertambah serabut dia saat ini.

**********

"Sabar ya Nayl. I faham perasaan you sekarang. Sabar okey, bertenang. Kita cari jalan untuk you jumpa dengan anak you lagi." Pujuk Sabrina, lama dia merenung wajah lelaki itu yang jelas sedang sedih.

"I tak boleh, Sabrina. I tetap nak jumpa dengan Naufal. I rindu dia," ujar lelaki itu sedikit tersekat-sekat menahan rasa sebak di dada.

Lelaki itu sedikit tersentak apabila bahunya digosok lembut oleh Sabrina. "I tahu, but you kena bertenang dulu. You tak boleh lah sedih-sedih macam ni. Stay strong, Nayl." Pujuk wanita itu lagi dengan senyuman manis terukir di bibir. Tetapi sebaliknya dia puas! Puas hatinya!

Nayl yang tidak tahu wanita itu perlakunya, dia telah meluahkan semua kisahnya dahulu tentang Naurah dan dia.

Sabrina acah-acah buat-buat baru tahu. Tetapi, dia sudah tahu lama yang mereka bercerai disebabkan dia.

Wanita itu ketawa puas di dalam hati. Hanya tunggu masa aje lelaki itu menjadi miliknya!

***********

Air yang dibuat oleh Aina tadi langsung tidak diusik. Nafasnya naik turun. Kemarahannya masih belum reda apabila dia teringat kembali tentang semalam.

Bagaimana lelaki itu boleh tahu yang Naufal sekolah tadika di situ?! Siapa yang memberitahu semua ini pada lelaki itu?! Itu membuatkan Naurah makin marah. Adakah dia ikut aku selama ni? Ke mana aku pergi, dia ikut?

"Oit!" Suara itu menyedarkan dia daripada mengelamun. Aina menggeleng. Kelihatannya wajah sahabatnya jelas sedang marah.

"Kenapa muka kau daripada tadi nampak macam tak puas hati je? Kau tak puas hati dengan siapa?" Soal Aina daripada tadi dia perhatikan wajah sahabatnya yang kelihatan jelas tidak puas hati.

Dia mengambil tempat dihadapan sahabatnya yang masih berwajah masam mencuka.

"Lelaki tak guna tulah!" Jawab Naurah yang masih marah dan tidak puas hati.

"Okey, sebelum kau nak cerita dekat aku, kau minum dulu air yang aku buat tu. Penat-penat aku buat, kau tak minum. Tengok, air tu elok panas terus sejuk." Bebel Aina, Naurah menjeling ke atas dengan bebelan rakannya.

Nak tak nak, air yang dibuat oleh Aina tadi diteguk. Selesai meneguk, dia kembali memandang wajah Aina yang sudah siap bersedia mendengar cerita daripadanya.

"Hah, cerita lah. Kenapa?"

"Dia dapat jumpa dengan Naufal." Jawab Naurah ringkas sambil melepaskan nafas berat.

"What?! Serius lah?" Soal Aina seperti tidak percaya. Terkejut.

"Ye lah. Takkan aku nak main-main. Aku tengah serabut kau tahu tak? Buat lah kalau si Nayl tu bagitahu dekat Naufal yang dia ayah kandung Naufal macam mana?" Dia melepaskan nafas kasar. Gigi diketap geram!

"Aku dah cakap dah, mesti punya satu hari nanti Naufal akan dapat tahu yang Nayl ayah kandung dia. Buat apa lagi kau nak sembunyikan perkara ni? Nayl baru je jumpa dengan Naufal, belum lagi Nayl ceritakan semuanya pada Naufal." Ujar Aina sambil menggeleng kepalanya. Tidak faham dengan sahabatnya sorang ni.

"Ya aku tahu, tapi aku tak nak Naufal tahu yang Nayl tu ayah kandung dia. Aku tak nak! Aku dah bagitahu dekat Naufal yang bapak dia dah mati! Aku tak nak dia tahu Nayl tu ayah kandung dia. Sebab itu lah aku berhati-hati nak jauhkan dia orang berdua." Jawab Naurah panjang lebar. Masih tidak puas hati apabila melihat semalam Nayl berjumpa dengan Naufal.

Nasib lah Naufal tidak tahu yang itu ayah kandungnya. Dia tetap mahu berahsia hal itu. "Kalau Naufal tahu yang Nayl tu ayah kandung dia macam mana?" Soal Aina tenang.

Kali ini, Naurah sudah semakin gagap. Otak ligat berfikir. "Tahu-tahu lah aku jelaskan pada dia macam mana. Kau tak payah risau lah," jawab Naurah. Tetapi sebaliknya, dia berfikir bermacam-macam alasan untuk diberikan pada Naufal jika Naufal tahu yang Nayl ayah kandungnya.

"Babe. Kau tak pelik ke? Sabrina dah lama tak muncul. Kau tak rasa pelik ke?" Soal Aina, entah mengapa nama itu muncul di dalam fikirannya saat ini.

"Minah gedik tu? Apa masalah dia? Biar lah dia. Kalau dia nak kahwin dengan Nayl pun apa masalahnya. Kau cemburu? Hei, ingat! Kau tu dah ada suami!" Ujar Naurah tetapi sebaliknya dia terfikir juga, dimanakah wanita itu pergi? Dia pun sudah tidak jumpa lagi dengan wanita itu. Tetapi, sebut aje nama itu dia teringat kembali kata-kata Naufal semalam.

"Aina, kau tahu tak? Dia pernah jumpa dengan Naufal tau. Siap bagi anak aku coklat lagi. Aku rasa, dia masih ada. Dan, mungkin Sabrina yang bagitahu Nayl tentang di mana Naufal berada."

Cakap pasal wanita itu, dia teringat balik kata-kata anaknya. Sungguh, dia tidak percaya akan wanita itu. Dia juga turut berhati-hati dengan wanita itu. Takut pula jika Sabrina mencuba-cuba perangkap mereka berdua.

"Coklat? Biar lah dia bagi pun," jawab Aina bersahaja. Masih tidak faham dengan sahabatnya yang kuat berfikir buruk tentang orang lain.

"Isy kau ni! Kau tak rasa ke yang dia ni macam nak perangkap aku dan Naufal. Aku rasalah kan, dia ada kena mengena lah tentang masalah aku dengan Nayl dulu." Dia kembali berfikir. Ya, wanita itu memang tidak suka akannya. Tetapi, dia tetap menganggap yang wanita itu seperti ada kena mengena dalam masalahnya dahulu.

"Dah lah tu babe. Boleh tak jangan nak overthinking sangat. Dulu kau tak macam ni tau. Bukan ke kau dah janji pada diri kau yang kau tak nak fikirkan dia? Kenapa nak stress-stress fikirkan dia lagi? So, calm down. Tarik nafas dalam-dalam. Lupakan semua masalah yang menyakitkan hati kau." Ujar Aina berharap gadis itu bertenang. Daripada tadi asyik berfikir buruk.

Naurah menjeling ke tempat lain. Nafas dihela perlahan. Tetap, dia sudah syak seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience