Kaki melangkah masuk ke dalam wad lelaki itu. Nak tak nak terpaksa lah dia masuk. Barang-barang keperluannya semuanya ada di situ. Terpaksa lah dia ambil.
Kelihatannya lelaki itu sedang tidur. Naurah menghela nafas lega. Kaki perlahan-lahan berjalan di sebelah katil Nayl yang terletak meja di sisi katil wad lelaki itu.
Di situ jugaklah terletaknya beg tangannya. Haih, nasib lah tidak tercicir ke tempat lain. Laju Naurah mencapai. Serentak itu jugak dia menjerit apabila lengannya ada seseorang menggenggam dengan erat.
Dia menjerit nyaring apabila terkejut. Bukan terkejut sebab ada tangan orang, terkejut sebab ada seseorang menggenggam lengannya erat tanpa sebab.
Haih, itu lah Naurah Husna. Belum lagi nampak lipas. Mahu melompat dia takut. Geli!
"Syy! Apa terjerit-jerit ni?!" Marah lelaki itu lantas bangun dari perbaringannya.
Terkejut juga dia dengan jeritan Naurah.
Gadis itu menggosok dada. Terkejut. Nasib lah Nayl menggenggam lengannya berlapik kain. Kebetulan baju yang dipakainya ialah baju lengan panjang. Bertudung? Hm, tak perlu cakap lah dah. Dia pun dah nekad untuk berubah menjadi seperti dahulu.
Rambutnya yang panjang itu diselak ke tepi. Rimaslah pulak. Lupa lagi dia untuk mengikat rambut. Rambutnya berwarna kuning-kuning seakan-akan perang lagi.
Ah, Naurah Husna betul-betul menukar penampilannya seperti dahulu.
"Isy! Apa pegang-pegang ni?! Macam mana saya tak terkejut!" Marah Naurah pula pada Nayl. Masih belum puas hati lagi dengan lelaki itu.
"Ni aku nak tanya, asal kau pergi macam tu je pagi tadi? Kenapa kau tinggal aku?! Suka sangat kan kau ni bagi fake hope dekat aku!" Marah Nayl tidak peduli dengan kemarahan Naurah.
"Fake hope?! Hei, awak yang bagi saya marah tau sekarang ni! Tiba-tiba pula cakap kita yang bagi dia fake hope." Naurah menjeling tajam.
"Ke kau cemburu tentang pagi tadi?"
Wajah Naurah serta-merta merah. Dia langsung tidak menunjukkan yang dia suka akan lelaki itu. Tetapi, pagi tadi dia tidak sengaja buat begitu kerana perasaan cemburunya makin membuak-buak.
Bagaimana lagi dia mahu bertahan? Jika perempuan lain pun begitu. Cemburu melihat bekas suaminya bermesra dengan perempuan lain walaupun mulut berkata tidak lagi sayang, tetapi hatinya tidak boleh nak menipu.
Naurah mengetap bibir, menahan rasa malu. Wajahnya mula berbahang. Nayl tersenyum senget. "Ma...Mana ada. Dah lah, saya nak balik dulu. Malam nanti saya datang. Saya nak ambil Naufal." Beg tangannya laju dicapai lantas dia melangkah pergi.
"Hei, nanti dulu!"
Langkahnya terhenti lagi. "Awak nak apa lagi?" Soalnya dengan nada sedikit meninggi.
"Malam ni bawa Naufal sekali." Dia kembali merebahkan badannya. Terasa sungguh lemah saat ini badannya.
Doktor pun sudah memaklumkan kepadanya yang dia boleh keluar dari hospital ni lagi beberapa hari aje. Tunggu masa aje dia untuk keluar daripada sini.
Naurah mengeluh kecil. Dia tidak membalas malah hanya jelingan yang diberi. Laju langkahnya keluar daripada wad tersebut dengan hati yang penuh menyampah pada lelaki itu.
Nayl tersenyum kecil. Berlakon aje jadi dingin, nanti jadilah romantik balik.
*********
Pada malam itu seperti biasa, Naurah lah yang menemani Nayl. Naufal yang melihat ayahnya lantas berlari anak dan memeluk erat tubuh ayahnya.
Bertalu-talu Nayl mengucup wajah si kecil comel itu. Ya Allah, rindunya dengan dia ni.
"Sorry lah, saya tak masak makanan awak malam ni. Saya lambat sikit. So, saya beli dekat luar je." Bungkusan plastik makanan di letak ke atas meja.
"Kau dah makan ke belum?" Soal lelaki itu daripada tadi memerhatikan pergerakan Naurah.
Gadis itu sedikit gagap. Kalau bercakap di dalam hati, pastilah belum. Tetapi, kenapa lelaki ini bertanya tentang hal itu pulak?
"Err..." Tak sempat menjawab, Nayl sudah menyuruhnya duduk dihadapannya. Berkerut dahi Naurah.
Bungkusan plastik makanan yang dibawa oleh Naurah tadi dicapai lalu dibuka. Satu sudu nasi dihulur pada mulut Naurah. Serta-merta jantungnya buat hal saat ini.
Lelaki ni mahu suapkan aku? Dah kenapa dengan mamat ni? Dah lah dingin, lepastu acah-acah baik pulak nak suap-suap bagai. Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling ke arah lelaki itu.
"Tak apa lah. Saya boleh suap sendiri..."
"Jangan degil! Makan cepat."
Dia sudah tahu gadis itu masih belum mengisi perut. Sekejap lari ke tempat kerja, sekejap lari ke sini. Ah, sungguh kesian. Sampaikan lupa mahu mengisi perut.
Nak tak nak, Naurah terpaksa membuka mulut. Si kecil comel yang berada di sebelah mereka hanya memerhatikan aje mereka berdua yang bagaikan sedang sweet-sweet itu. Dia tersenyum kecil. Ah, bersemut lah kalau macam ni! Ahahaha.
"Mama dengan papa ni sweet lah." Ujar si kecil itu. Tersentak mereka berdua. Terhenti terus Naurah daripada mengunyah makanan di dalam mulutnya.
"Err...Naufal nak?" Sengaja mahu hilangkan berbahang di wajahnya dia menukar keadaan menjadi lain.
Si kecil itu menggeleng.
"Papa, kalau papa nak tahu, mama dulu selalu menangis." Aduh, kenapa lah si kecil comel ni tak boleh nak simpan rahsia! Malunya akuuu! Jerit Naurah dalam hati. Wajahnya saat ini terlihat jelas sudah kemerahan dan berbahang.
"Hah? Yeke? Mama menangis kenapa?" Soal Nayl pula sengaja mahu kenakan Naurah lagi. Walaupun lelaki itu terlihat dingin, tetapi sebaliknya sungguh dia berasa bahagia.
Naurah menggigit bibir. Sudahlah tu Naufal. Jangan cakap tentang tu please! Mama dah berbahang ni!
"Err..." Baru aje mahu bersuara, si kecil yang bijak itu sudah mula bersuara. Pandai ya! Perangai sebijik macam papa dia yang suka kenakan mama!
"Mama menangis sebab rindukan papa. Mama kata, mama sayangkan papa. Tapi, papa macam tak sayangkan mama je." Jelas si kecil itu sambil menyembunyikan senyumannya.
Eee! Nakal betul lah si Naufal ni! Tunggulah nanti mama gigit-gigit dia! Bebel Naurah. Kalau dipegang pipinya saat ini pasti berapi! Panas teruk sudah ni. Sudah-sudahlah tu kenakan mama, Naufal oii!
Nayl tertawa kecil. "Lah, papa tak cakap pun yang papa tak sayangkan mama. Ada ke selama ni papa kata papa bencikan mama? Tak ada kan. Mama je yang tak sayangkan papa. Papa pun sedih." Luah Nayl pula sambil mencuri-curi memandang Naurah yang mula tersipu-sipu malu. Dia menelan liur.
"Oh. Tapi, kenapa Naufal tinggal dengan mama je? Kenapa papa tak tinggal dengan kita orang sekali?" Soalan itu makin buat Naurah tidak senang duduk. Makin dijawab, makin bijak pulak si kecil ni memberi soalan pada papanya.
Nayl tersenyum. "Mana ada papa tak tinggal dengan Naufal sekali. Papa tinggal dengan Naufal tau...Dengan mama sekali. Tapi, papa ada kerja sikit lah sayang. Tu yang papa terpaksa pergi buat sementara waktu. Insya-Allah, nanti papa balik kita pergi jalan-jalan sama-sama ya." Pipi gebu Naufal dicubit lembut.
Naurah yang melihat dan mendengar perbualan dua beranak itu hanya mampu tersenyum. Sikit pun tidak bersuara, takut pula jika tersalah cakap. Jadi, dibiarkan sahaja bekas suaminya yang menjawab semua itu.
"Oh, okey papa. Tapi, papa jangan lama-lama sangat tau,"
"Kenapa?"
"Nanti mama rindu, hehehe."
Ah, ayat itu lantas mata Nayl menangkap wajah Naurah yang masih merah menyala. Lama Nayl merenung wajahnya.
Keadaan begitu lah membuatkan dia berasa kekok, gelabah, gelisah, tak senang duduk dan sebagainya. Perasaannya saat ini bercampur baur.
Wajahnya memang tak payah cakap dah lah, memang merah menyala. Dia menggigit bibir. Mata cuba dilarikan ke tempat lain.
"Betul ke sayang rindukan abang, hm?" Soal Nayl dengan penuh romantik. Si kecil itu yang melihat mula ketawa kecil. Suka melihat mama papanya bermesra-mesra begitu.
Kali ini, Naurah terkaku sendiri. Bagaikan terkena pukau pulak saat ini apabila bertembung dengan anak mata Nayl.
Air liur mahu ditelan terasa susah mahu ditelan. Jantung makin hebat berkencang dengan laju.
"Err...Naufal, sekejap lagi kita dah nak balik tau. Err..."
Aduh, apa lagi yang aku nak cakap ni. Otak! Tolonglah berfungsi. Bisik hati Naurah. Dia memandang ke tempat lain. Trauma mahu memandang wajah lelaki itu yang suka memukau orang.
"Alah, tak nak! Naufal nak duduk dekat sini dengan papa. Naufal tak nak balik." Tubuh ayahnya dipeluk erat. Sungguh erat.
"Naufal, please jangan buat hal. Kita kena balik. Nanti nenek risau, kita balik lambat."
"Tak nak! Naufal nak duduk dengan papa!"
"Tak apa lah. Biarlah dia duduk sini dulu. Esok baru balik. Biar dia teman aku. Kalau kau nak stay sini pun, aku okey je." Ujar Nayl pada Naurah.
Naurah mula berfikir, mahu tinggal sini malam ni? Ah, takkan lah. Dia baju pun tidak bawa. Mahu menemani lelaki itu. Memang tak lah!
"Err..." Cuba lagi memberi alasan.
"Okey, Naufal tinggal sini ya. Naufal teman papa." Tetapi dipotong oleh lelaki itu. Naurah mendengus kasar.
"Yeay! Okey papa."
Satu ciuman dihadiahkan di pipi Nayl. Nayl tersenyum kecil. Makin geram Naurah. Baru aje mahu memberi alasan pada si kecil itu, tetapi lelaki itu pula yang bersuara.
Terpaksalah dia tidur di sini menemani lelaki itu!
********
"Kau jangan nak cair sangat lah dengan kata-kata aku tadi. Itu semua aku nak pujuk Naufal tau. Aku tak nak dia tengok aku dengan kau ni macam bermusuh. So, kau tak payah nak cair-cair sangat. Jangan nak perasan." Ujar Nayl sewaktu Naufal sedang nyenyak tidur di sebuah sofa yang terletak di dalam wadnya.
Naurah tergamam dengan kata-kata lelaki itu. Dia yang sedang tidurkan Naufal tersentak dengan kata-kata lelaki itu. Sungguh, dia terasa hati.
"Saya rasa kan, saya dah anggap lah kata-kata awak tu benar yang awak tanya saya. Sebab tu lah saya cair. Tak salah kut untuk saya cair." Masih mahu berperang dengan lelaki itu. Tak mahu kalah!
"Hei, kau jangan perasan sangat lah. Ni semua kerana Naufal tau. Aku tak nak dia tahu yang kita ni bercerai."
"So, boleh lah kita jadi seperti dulu?" Kini giliran Naurah pulak yang menyakat lelaki itu. Entah mana datangnya keberaniannya untuk melawan kata-kata menyakat lelaki itu.
Kalau tidak melawan, itu bukan Naurah namanya. Naurah Husna pantang dicabar dan yang paling ditakuti oleh semua orang, egonya. Haih, mahulah bertahun-tahun egonya barulah menurun. Itupun Nayl bersyukur sangat kerana Allah telah memakbulkan segala-gala doanya dahulu. Syukur Ya Tuhan.
"Isy! Kau ni, perasan betul lah. Dulu bukan main lagi benci aku, ni asal tiba-tiba dah nak baik pulak dengan aku? Jap, mungkin kau nak cakap semua tu dah terlambat. Telinga aku ni dah tutup awal-awal bila kau cakap tentang tu. Menyampah!" Nayl menjeling lalu merebahkan tubuhnya semula. Mata dibuat-buat pejam.
Naurah tersenyum kecil. Kalau tak bergaduh tak sah hubungan dia orang ni. Dia mula dapat idea nakal. Ah, dah gantikan lelaki itu pula.
Perlahan-lahan dia mengangkat punggung. Ada sesuatu perkara yang perlu dia lakukan.
"Argh!" Nayl terbangun semula apabila terdengar jeritan daripada Naurah.
Dia lihat Naurah sedang mengerang kesakitan di atas lantai. Ya Allah, Naurah terjatuh?
"Naurah!" Cepat-cepat Nayl mendapatkan tubuh Naurah. Wayer yang bersambung di tangannya itu entah bagaimana dia terus mencabutnya dan berlari mendapatkan gadis itu. Tidak peduli lagi jika darah keluar dari tangannya itu.
"Kenapa ni?" Panik Nayl memeriksa tubuh Naurah. Tiada sebarang luka pun pada tubuh Naurah.
"Saya...Terjatuh," tipu Naurah. Ya Allah, ampunkan aku kerana menipu. Tetapi, penipuan ini juga ada sebabnya kenapa dia buat begitu.
"Terjatuh? Mata kau letak kat mana? Macam mana boleh terjatuh? Sakit tak? Nak jumpa doktor ke? Bahagian mana yang kena tu?" Bertubi-tubi soalan dihulur dalam satu masa.
Tangisan Naurah jadi makin pecah. Nayl masih sayangkan dia. Nayl masih prihatin tentang dirinya. Nayl memang begitu bila marah.
"Jom lah kita jumpa doktor..." Nayl sudah berkira-kira untuk mencempung Naurah.
"Tak nak. Sakit sikit aje..."
Nasib lah suara tangisannya itu perlahan dan tidak mengganggu Naufal yang sedang tidur itu.
"Betul ni? Bagilah doktor check. Mana tahu serius?" Suaranya sungguh bernada bimbang.
Naurah geleng lagi. Pasti. Memanglah pasti sebab dia menipu, kan?
Naurah mencuba untuk bangun tetapi dipapah oleh Nayl. Dia menyembunyikan senyumannya. Tak sangka, Nayl masih sayangkan dia dan masih mengambil berat tentang dirinya.
Sungguh hatinya terasa bahagia. Kini duduk dilabuhkan disebuah kerusi. Membiarkan Naufal tidur di sofa. Kasihan si kecil itu. Jika dia tidur di atas lantai pun dia rela demi anaknya.
"Tu lah, lain kali jalan tu pakai mata. Bukannya pakai lutut!" Marah Nayl menjeling lalu melangkah semula dan merebahkan tubuhnya di atas katil.
Tangannya itu langsung dia tidak tahu mahu menyambungnya bagaimana, dan akhirnya dia merebahkan aje tubuhnya di atas katil.
Bukannya aku sakit serius pun sampaikan berwayar-wayar bagai. Sempat Nayl membebel di dalam hati.
Tetapi sebaliknya, dia sungguh tenang apabila Naurah sudi menemaninya malam ini.
Dengan kata-kata Nayl tadi, Naurah menjeling maut pada lelaki itu. Hm, ni bukan pesan lagi, ni menambah kemarahan aku ada lah! Bebel Naurah geram.
"Jangan nak bebel sangat lah dalam hati tu! Tidur!"
Ops! Macam mana dia tahu?! Adakah dia dengar apa yang aku cakap dalam hati tadi?! Uish! Mamat ni mengerikan! Bahaya!
"Awak..."
Panggil Naurah lembut. Kini dia berada di sebelah katil Nayl. Menghadap muka lelaki itu dengan terpaksa.
"Kau nak apa? Aku nak tidur ni!"
"Bangun lah kejap. Saya nak cakap sesuatu ni."
"Isy! Kau ni menyusahkan lah!" Marah Nayl lalu terpaksa bangun.
"Hah, nak apa?"
"Err...Saya nak cakap sesuatu," hati mula berdebar. Tambah lagi lelaki itu merenungnya lagilah dia berdebar. Liur ditelan. Kuatkan lah hati aku Ya Allah.
"Hm, apa?"
"Saya...Saya nak minta maaf. Saya tahu salah saya. Saya mengaku yang saya salah. Saya tak sangka yang awak dah berubah macam ni. Saya betul-betul minta maaf sangat-sangat. Saya tahu, keadaan dah berubah. Tak seperti dulu. Saya minta maaf dah buat keputusan terburu-buru. I am so sorry. I know you don't forgive me, but give me a second chance. I am so sorry, Nayl. Kalau awak tak dapat nak maafkan saya, dah buang saya dalam hidup awak. Tak apa. Saya redha. Ni balasan untuk saya sebab buat keputusan sendiri. Saya minta maaf sangat-sangat." Ujarnya bersungguh-sungguh berharap lelaki itu memaafkannya.
Kelopak mata mula basah. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mahu mengalir itu. Makin bertambah serba salah lelaki itu saat ini.
Lama dia menatap wajah gadis itu. Dia pun tahu dia juga salah kerana menyembunyikan hal itu. Semua masalah ini, masing-masing bersalah.
Sekarang Naurah pun sudah mengaku salah, sungguh dia berasa lega.
Malas mahu bercakap tentang itu, badan kembali direbahkan semula ke atas katil. Mata kini dipejam dengan rapat. Telinga sengaja buat-buat pekak tidak mahu mendengar lagi kata-kata Naurah.
Jika Naurah bercakap tentang itu, hatinya mula sebak. Tunggu masa aje air matanya jatuh mengalir turut sama dengan gadis itu.
Naurah mengeluh kecil melihat Nayl seperti tidak mahu mendengar tentang itu. Air mata turut mengalir lagi. Kalau hubungan mereka berdua masih halal, mahu aje Naurah mengucup tangan Nayl lalu memeluk erat tubuh lelaki itu.
Rindu? Pastilah rindu. Dia tidak boleh menipu dirinya. Sekarang kau hadap lah sendiri Naurah, kau yang ego tinggi sangat kan? Padan muka! Sempat Naurah bebel di dalam hati, masih tidak puas hati pada dirinya sendiri.
Lelaki itu berpusing ke kiri. Tidak mahu menghadap muka Naurah yang berada di sebelah kanannya. Naurah menyeka air matanya, lalu meletakkan kepalanya di atas katil lelaki itu.
Mata yang terasa berat kini ditutup perlahan-lahan. Berharap dapat mimpi indah bersama lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, suara esakan tangisan Naurah tidak lagi kedengaran. Lantas Nayl memusingkan kembali tubuhnya lalu dia bangun semula dari perbaringan itu.
Dia tersenyum melihat Naurah yang sedang nyenyak tidur. Tangan di angkat mahu mengusap lembut kepala gadis itu, tetapi dia bukan siapa-siapa lagi untuk Naurah. Dia bukan lagi suami kepada Naurah Husna.
"Saya dah lama maafkan awak Naurah. Saya tahu saya pun salah. Sebab sembunyikan perkara tu daripada awak. Saya pun nak minta maaf. I love you, sweetheart." Ucap Nayl lembut pada gadis itu yang sedang tidur.
Senyuman dihadiahkan pada gadis itu lalu dia merebahkan semula tubuhnya. Badan memusing memandang wajah Naurah yang sedang ketiduran itu.
"Goodnight, sayang." Ucap Nayl sebelum melelapkan matanya. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan aje yang tahu. Gila lah jika dia tidak rindu, pastilah rindu.
Rindu teramat.
********
Mata dibuka perlahan-lahan. Berkerut dahinya apabila melihat dia terbaring di atas sofa dan bukan di atas kerusi. Malam tadi, bukankah aku tidur di kerusi?
Siap ada selimut putih lagi menutupi tubuhnya. Mata yang terasa kabur digosok.
"Dah bangun, sweetheart?"
Suara itu membuatkan Naurah tersentak. Mata yang tadi kabur, serta-merta menjadi terang-benderang dan jelas melihat wajah putih bersih lelaki itu yang berada di sebelahnya.
Dia menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. "A...Awak buat apa ni?! Ma...Mana Naufal?!" Soalnya panik apabila melihat dia berdua-duaan dengan lelaki itu. Dimanakah Naufal?
"Mama?"
Suara comel itu membuatkan kepala Naurah menoleh ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh suara itu.
Hm, ternyata Naufal berada disebelahnya juga. Haih, baru bangun tidur sampaikan Naufal yang berada di sebelahnya pun tidak perasan.
Naurah meraup wajahnya sambil menghela nafas lega. "Macam mana saya boleh ada dekat sini? Bukan ke saya tidur dekat kerusi tu malam tadi?" Soal Naurah masih tidak puas hati dengan lelaki itu. Dia sudah fikir bukan-bukan.
"Aku kesian dekat kau, tidur dekat kerusi tu sakit badan nanti. So, aku bawa lah kau tidur dekat sini. Lagipun, waktu tu Naufal dah bangun," ujar Nayl bersahaja melangkah kembali ke katilnya.
"Err...Jadinya..."
"Yup. Aku dukung kau. Itu pun tak berterima kasih orang dah tolong." Jawab Nayl bersahaja. Bagaikan sudah dapat baca fikiran Naurah.
Terbeliak biji mata Naurah. Terkejut. Jadi, lelaki itu dukung aku sewaktu aku masih tidur tadi?!
"Hei, memang tak lah saya nak berterima kasih dekat awak kalau awak dukung saya tanpa izin daripada saya!" Marah Naurah sambil menjeling tajam. Geram sungguh dengan kelakuan lelaki itu padanya.
"Minta izin? Hei, kau kan dah tidur mati masa tu. Buat apa aku nak kejut. Lain kali, fikir logik sikit. Fikir tu pakai otak, bukan pakai kaki." Ah, ayatnya sungguh memedihkan hatinya. Pakai kaki nak fikir? Lagilah tak logik! Naurah tidak puas hati lagi. Dia baru aje mahu membuka mulut tetapi dia terhenti apabila kedengaran sayup-sayup suara tangisan seseorang.
Tersentak Naurah. Lantas dia mendapatkan anaknya yang sedang menangis tanpa dia tahu sebab apa.
"Kenapa ni sayang?" Soal Naurah lalu menyeka air mata anaknya.
"Naufal tengok mama dan papa macam bergaduh je? Mama dan papa bergaduh ke?" Soal si kecil itu dengan berwajah sembab dek air mata banyak mengalir.
Nayl tersenyum kecil. "Eh, mana ada papa gaduh dengan mama. Papa sayang mama lah. Sayang...sangat." Sengaja dilerekkan sedikit perkataan 'sayang' itu.
"Tapi, tadi..."
"Mana ada lah, sayang. Papa tak gaduh pun dengan mama. Kan, sayang?" Nayl mengangkat kening sambil memandang ke arah Naurah yang masih terpinga-pinga.
"Err...Hehehe, ya. Kita orang mana ada gaduh. Err... Naufal, sekejap lagi kita dah nak balik. Nanti kita singgah rumah nenek dan atuk ya." Dia mula bersuara dengan sedikit gagap. Mahu memujuk Naufal agar tidak berfikir tentang lain.
"Okey, tapi mama bawa papa sekali boleh?" Soal si kecil itu sambil membuat muka comel.
"Eh, papa tak boleh nak ikut sekali. Dia kan sakit..."
Tak lama itu, datang seseorang doktor dan jururawat masuk ke dalam wad Nayl. Mereka menghampiri lelaki itu.
"Good morning, Tuan Nayl Uqasyah. How is today?" Soal doktor lelaki itu mesra sambil mencatat sesuatu pada satu fail yang dipegang.
"Yeah, alhamdulillah. I am fine. So, bila saya boleh keluar ya doktor?" Jawab lelaki itu. Melihat keadaan Nayl sekarang langsung tidak nampak seperti sakit. Maklumlah, di sisi ada bidadarinya pastilah sakitnya itu cepat sembuh.
"Kalau ikutkan di dalam maklumat ni, awak dah boleh keluar pada hari ini."
Naurah mengukir senyuman di bibir. Lelaki itu dah boleh keluar pada hari ni? Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Sungguh dia mahu melihat keadaan lelaki itu seperti dahulu. Tetapi, kenapa kali ini dia menjadi dingin? Kalahkan dia pulak tu dinginnya.
"So, lepasni jaga kesihatan. Awak boleh pengsan bila-bila masa sahaja jika awak terlalu tertekan dan kurang darah." Pesan doktor tersebut sebelum melangkah keluar daripada situ.
"Yeay! Papa dah boleh keluar. Jadi, nanti papa boleh lah ikut kita orang balik ke rumah." Laju aje si kecil itu mendapatkan papanya.
Nayl tersenyum senget pada Naurah. Gadis itu melarikan pandangannya. Tahu dah, pasti lelaki mengada-ada tu mahu ikut sekali.
Dia menjeling ke atas. Menyampah!
*********
"Hari ni, mungkin Naurah tak dapat nak singgah ke rumah mama kut. Sebab...Naurah nak temankan Nayl dekat rumah dia. Nampak macam dia masih tak sihat." Ujar Naurah sewaktu sedang menghubungi Puan Suraya, mamanya risau jugak apabila semalam Naurah tidak pulang ke rumah. Naurah pulak lupa mahu hubungi mamanya semalam, nasib lah hari ni dapat hubungi semula dengan mamanya yang sedang risau itu.
"Hah?! Naurah nak temankan Nayl di rumah dia?! Naurah, mama tak nak Naurah duduk situ. Tak elok kalau orang tengok kamu berdua duduk berdua-duaan di dalam rumah tu. Hubungan kamu berdua bukan lagi halal. Tak manis kalau orang lihat." Sepertinya, Puan Suraya makin bertambah risau.
Mana tak risau nya, mereka berdua bukan lagi suami isteri ada ke duduk berdua-duaan di dalam rumah? Jika orang lihat, tidak ke orang memfitnah mereka berdua bukan-bukan.
"Eh, err bukan macam tu mama. Mama jangan risau ya. Mak ngah dengan Pak ngah ada dekat rumah ni. Dia pun temankan Nayl sekali. Takut pulak tinggalkan lelaki tu sorang-sorang, nanti jadi apa-apa risau pula. Mungkin, kalau tak ada halangan Naurah balik esok ya." Dia tahu mamanya risau tentang itu, dia mencuba lagi untuk memujuk mamanya agar tidak memikirkan tentang hal itu.
"Baik lah. Kamu tu jaga diri ya. Esok nak datang ke rumah mama, bagitahu tau."
"Baik mama."
Dia memberi salam sebelum menutup talian itu. Naurah kembali ke katil wad Nayl. Melihat lelaki itu sudah siap mahu keluar dari situ.
Kelihatan Nayl sedang bermain-main dengan Naufal. Lihat gelak tawa mereka berdua, hati Naurah terasa sungguh bahagia.
Kalau lah keadaan tidak jadi begini dan jadi seperti dahulu, mungkin mereka akan bahagia hingga sekarang. Tetapi, kerana fitnah itu, kerana salah faham itu, hubungan rumahtangga mereka berdua hancur sehancur-hancurnya.
Dia terpaksa menghantar Nayl pulang ke rumah, kalau dia tidak hantar siapa lagi mahu menghantar lelaki itu. Haih, menyusahkan!
Dalam perjalanan pulang ke rumah, keadaan senyap sunyi. Langsung tiada percakapan sepanjang perjalanan itu.
Yang pelik keadaan sekarang ni, bukannya Naurah yang memandu kereta, malah lelaki itu yang memandu keretanya.
Bila ditolak, lelaki itu tetap mahu membawa kereta. Haih, degil! Jadi, Naurah terpaksa memberi lelaki itu membawa keretanya.
Sampai aje di rumah itu, Nayl laju aje keluar dari kereta dan melangkah mendapatkan anaknya. Meninggalkan Naurah keseorangan di dalam perut kereta itu. Naurah mendengus kasar.
"Eee! Mamat ni memang nak kena lah! Boleh pulak dia buat aku tak wujud dekat sini!" Marah Naurah lantas keluar dari perut kereta itu.
Tak sempat dia masuk lif apabila melihat Nayl dan Naufal telahpun naik ke lif dahulu. Makin bertambah panas hati Naurah tetapi cuba ditahan. Sabar.
********
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan sedikit teragak-agak. Haih, jika melihat rumah ini teringat dia dahulu kenangan terindahnya bersama Nayl. Tetapi, semuanya itu dia perlu lupakan.
Matanya terus menangkap tiga susuk tubuh yang berada di ruang tamu.
"Mak ngah." Lantas Naurah memeluk erat tubuh Puan Zainab.
"Isy! Nayl ni pun satu lah. Dia saja je susahkan Naurah untuk hantar dia ke rumah. Boleh aje abang Naim dia tu ambilkan dia di hospital. Mengada-ada betul." Marah Puan Zainab pada Nayl yang sedang bermain-main dengan Naufal.
"Eh, tak apa lah mak. Naurah okey je."
"Naurah duduk lah dulu. Mak buatkan air kejap ya. Kami pun baru aje sampai."
Puan Zainab terus melangkah masuk ke dalam dapur. Tak henti-henti Naurah memerhatikan sekeliling rumah itu. Sungguh dia rindukan rumah ini.
Dia cuba tersenyum pada pak ngah nya iaitu, Encik Rahim. Tetapi Encik Rahim langsung tidak membalas senyumannya.
Malah, orang tua itu melangkah pergi berjauhan daripada Naurah. Naurah melabuhkan duduk di sofa ruang tamu dengan hati yang sungguh sakit.
"Err...Naurah macam mana sekarang? Sihat?" Naim yang daripada tadi memerhati, lantas mendapatkan Naurah. Memujuk gadis itu berharap Naurah tidak ambil hati dengan perangai ayahnya.
"Alhamdulillah, sihat. Abang Naim macam mana? Sihat?" Jawabnya mesra. Cuba memujuk dirinya sendiri.
"Alhamdulillah, abang pun sihat. Tapi tulah, hati ni je lah yang sakit."
"Sakit? Kenapa? Ada orang buat abang ke?"
"Tak ada lah. Cuma sakit sebab ada orang tak hormat orang single. Abang ni single lagi, tapi kawan-kawan abang saja sweet-sweet dengan awek dia depan abang. Haih, sakit betul hati abang ni."
Pecah tawa mereka bersama. Jodoh masih sesat. Pastilah sakit hati. Sakit betul matanya melihat rakan-rakannya semua sudah kahwin dan ada jugak yang sedang berhubungan kekasih.
Nayl yang daripada tadi memerhatikan mereka berdua sedang bermesra-mesra sambil tertawa-tawa, hatinya makin membuak-buak sakit. Perit.
Haish! Abang aku ni dah lebih-lebih ni! Dia terlalu lama single sampaikan dengan bekas isteri aku pun dia nak try ke apa hah?! Marah Nayl dalam hati.
Masih tidak puas hati apabila melihat mereka berdua terlalu rapat.
"Hm, cemburu lah tu?" Puan Zainab yang tiba-tiba muncul menyiku lembut lengan anaknya. Dia tahu Nayl masih marah pada Naurah. Dia juga cuba memujuk Nayl tetapi lelaki itu pula yang ego tinggi dan berhati keras. Haih, susah betul mahu memujuk anaknya ini.
Bila gadis itu sudah mula lembut hati untuk memaafkan Nayl, dia pula yang keras hati tidak mahu memaafkan Naurah dan mahu bergaduh dengan gadis itu.
Terkejut Nayl melihat kemunculan maknya disebelah. "Eh, err...ma...mana ada mak. Buat apa lah Nayl nak cemburu," cuba dikawal wajah masamnya itu.
"Hm, Nayl. Semua tentang kamu, mak tahu tau. Daripada tadi mak tengok muka kamu tu masam mencuka bila tengok dia orang berdua tu bermesra. Ni mesti kamu cemburu kan? Tak payah nak tipu mak lah Nayl." Puan Zainab tertawa kecil sambil menggeleng.
"Isy! Mak ni. Jangan lah cakap kuat-kuat. Nanti dia orang dengar lah. Mana ada Nayl cemburu. Sikit pun Nayl tak cemburu lah. Lagipun...Err...dia bukannya isteri Nayl pun." Wajah cuba dikawal agar tidak lagi kelihatan marah. Mata dilarikan ke tempat lain. Sengaja buat-buat sedang menolong maknya membuat air.
Puan Zainab tersenyum. "Mak tahu kamu tu masih sayangkan dia. Pergi lah maafkan dia. Sampai bila kamu nak berdingin dengan dia macam ni? Naurah tu dah buka pintu hati dia untuk maafkan Nayl, pujuk Nayl. Tapi, Nayl pulak yang berkeras hati. Nanti, dia dah kahwin dengan abang kamu, hah menangis air mata berdarah lah kamu nanti."
"Mak, jangan lah cakap macam tu. Mak tahu tak, kata-kata seorang ibu tu, satu doa tau. Tak baik lah. Jodoh abang tu biar sesat sampai mati pun bagus. Suka sangat reject perempuan." Nayl menjeling sambil membebel tentang abangnya.
"Hm, nampak sangat Nayl cemburu kan bila dia orang bersama. Dah lah tu Nayl, pergi lah rujuk balik dengan Naurah tu. Mak yakin, semua tu fitnah. Yang penting, Naurah dah dapat maafkan kamu. Itupun dah syukur sangat-sangat."
"Hah? Rujuk?"
Tersentak mereka berdua yang berada di dapur itu apabila melihat kemunculan Naurah. Nayl menelan liur.
"Aduh, sakitnya kepala ni mak. Mak, boleh tak nanti masakan makanan kegemaran Nayl? Nayl lapar lah.." Sengaja ditukar topik sambil membuat muka manja.
"Haih, kamu ni. Macam-macam lah. Nanti mak masakan. Dah pergi masuk berehat."
"Okey mak. Sayang mak." Satu ciuman dihadiahkan pada wajah maknya lalu melangkah masuk ke dalam. Sempat dia menjeling tajam pada Naurah.
"Sabar ya Naurah. Mak tahu, Nayl tu masih marahkan Naurah. Tapi, percaya lah. Dia bukan apa yang Naurah sangka. Dia seorang yang pemaaf dan penyayang. Mak yakin, dia masih sayangkan Naurah." Puan Zainab memujuk gadis itu apabila tadi dia dapat lihat yang Nayl melayan buruk pada Naurah.
Naurah tersenyum sebaris sambil mengangguk. "Err...Mak. Ada apa-apa ke yang nak Naurah tolong?"
"Eh, tak apa. Dah siap dah ni. Kamu tu pergi masuk. Biar mak yang buat semua ni."
"Betul ni?"
"Iya, betul."
Naurah tertawa kecil lalu melangkah masuk kembali ke ruang tamu.
Dia menghela nafas kecil, kaki melangkah mencari Naufal. Aik, ke mana pulak si kecil ni pergi? Naurah menggaru kepalanya.
Langkahnya terhenti apabila dia berhenti betul-betul dihadapan sebuah bilik di mana ada satu susuk tubuh yang berdiri di balkoni di dalam bilik itu.
Naurah tersenyum lebar merenung belakang susuk tubuh seseorang yang berada di balkoni itu teringat dia satu kenangan terimbas kembali di benaknya saat ini.
"Sayang tengok tu..."
Dia menunjuk satu bintang yang berada di langit. Kini mata Naurah mengalih ke arah bintang tersebut. Jika malam-malam melihat, pasti cantik dan indah bintang tersebut.
"Banyak kan bintang-bintang tu?" Soal Nayl tak lepas-lepas memeluk dari arah belakang tubuh Naurah. Gadis itu mengangguk lalu tersenyum manis.
"Kalau sayang nak tahu, ada satu bintang ni yang paling abang suka. Abang cinta sangat bintang tu dan abang sayang sangat bintang tu. Bagi abang, bintang tu special sangat buat abang." Bisik Nayl pada telinga Naurah dengan sungguh lembut.
Berubah riak wajah Naurah. Sukakan bintang? Gila ke apa lelaki ni?
"Abang sukakan bintang? So, bintang apa yang special sangat tu?"
Wajahnya mula kelihatan jelas yang dia cemburu. Ah, jika lelaki itu sukakan kucing sekali pun dia akan tetap cemburu!
Nayl tertawa kecil. "Tak payah nak cemburu sangat lah. Bintang special tu mestilah sayang. Siapa lagi kalau bukan awak. Abang sayang sangat dekat awak. Abang cintakan sayang. Kalau boleh, abang tak nak lepaskan sayang. Sampai abang mati." Bisiknya lagi dengan penuh romantik. Naurah tersenyum lebar.
Kalau dengar seperti ayat buaya, tetapi kenyataannya sangat lah benar. Lelaki itu sangat mencintainya. Tetapi, dia aje ego tinggi sampaikan rela tinggalkan lelaki itu.
Kini tubuhnya beralih berhadapan dengan tubuh lelaki itu. "So, bintang special abang tu siapa?"
"Bintang special abang tu ada dihadapan abang sekarang ni. Nama dia...Naurah Husna, bidadari cinta abang." Bisik Nayl lagi. Satu kucupan dihadiahkan pada dahi Naurah.
Gadis itu tersenyum lebar. "Dan...Kekasih hati saya pula, sudah tentulah...Nayl Uqasyah." Bisik gadis itu pada telinga Nayl. Mereka berdua tertawa kecil.
Nayl merangkul pinggang Naurah, kepala gadis itu dilentok ke bahu lelaki itu. Mereka kembali memerhatikan bintang-bintang yang berada di langit itu. Sungguh indah ciptaan Tuhan.
Bisikan cinta Nayl takkan dia lupa sampai bila-bila. Bisikan cinta itu paling dia rindu. Rindu sangat mahu mendengar lagi bisikan-bisikan cinta daripada lelaki itu.
"Woi!"
Naurah tersedar daripada lamunannya. Dia menunduk sedikit. Malu! Wajah sudah merah padam dan berbahang.
"Kau buat apa dekat sini? Berangan lagi?" Soal Nayl yang sudah berada betul-betul dihadapan Naurah.
Gadis itu mengetap bibir malu. "Err..." Otak ligat berfikir. Lidah kelu untuk menjelaskan sesuatu.
Itulah kau Naurah, asyik teringat aje kenangan tu. Please, move on. Lelaki tu bukannya nak kau pun. Lelaki tu jadi macam tu pun sebab kau. Kau buat dia macam tu sampaikan dia pun dah tawar hati dekat kau. Bisik hati Naurah kecewa.
Dia menggaru-garu kepalanya. Mencari idea alasan untuk diberikan pada Nayl.
"Ma...Mana ada saya berangan. Err..."
"Tak berangan apa nya? Daripada tadi aku tengok kau asyik tersenyum-senyum. Kenapa? Teringat dekat boyfriend baru ke?" Marah Nayl lalu menjeling tajam ke arah Naurah.
"Memang saya ada boyfriend. Kenapa, awak baru tahu ke?"
Hah, sudah! Mula lah dah peperangan mereka berdua. Nayl buat begini pun ada sebab, sebab dia rindukan peperangannya dahulu. Dia rindu bebelan Naurah. Semuanya dia rindu.
"Wah, kau dah ada boyfriend? Hei, aku rasa lah kan, tak sampai berapa hari je mesti kau orang berdua dah putus. Kesian betul kalau siapa dapat perempuan macam kau ni." Masih lagi mahu berkasar. Naurah tersenyum.
Dia sudah membuat keputusan, jika Nayl bercakap tentang itu seperti tidak puas hati, bermakna lelaki itu cemburu. Jadi, sah lah yang Nayl cemburu akannya.
Berkerut dahi Nayl melihat Naurah tersenyum lebar. "Yang kau senyum-senyum ni dah kenapa? Gila?" Nayl menjeling. Err...tapi betul ke dia dah ada boyfriend? Aduhai, apa aku nak buat ni! Bisik hati Nayl yang mula tidak senang duduk.
"Nampak sangat yang awak cemburu kan? Kalau iri bilang boss." Pecah tawa Naurah lantas melangkah pergi. Mahu mencari Naufal terus hilang difikirkannya apabila ketemu dengan lelaki itu.
Nayl mengetap bibir. "Aduh, serius lah dia ada boyfriend? Gila lah tak ada. Dia ni cantik. Tipu lah kalau tak cantik. Mestilah punya, lelaki dekat luar sana gila-gilakan dia. Aduhai, apa yang kau dah buat ni Nayl?!" Bebel Nayl sendiri sewaktu Naurah sudah melangkah pergi meninggalkannya.
Melihat Naufal sudah berada di ruang tamu bersama nenek dan pakciknya, lega hatinya walaupun tiada atuknya sekali di situ. Hm, Naurah menghela nafas berat.
*********
Laju mengalir air matanya. Penumbuk dikepal geram, gigi pula diketap. Air mata laju menurun dengan hati yang penuh dengan kemarahannya.
Dia teringat kembali sesuatu yang membuatkan dia marah begini.
Sewaktu dia datang ke hospital mahu melawat Nayl, dia terserempak dengan seseorang yang sangat dia kenal. Sempat dia bersembunyi dan melihat mereka daripada jauh.
Hatinya panas apabila melihat Naurah dan Nayl berserta dengan anak mereka berjalan beriringan keluar dari hospital tersebut.
Jika orang lain melihat mereka bertiga itu sudah seperti keluarga yang sungguh bahagia walaupun wajah Nayl masam mencuka.
Sungguh sakit hatinya. Dia fikir, mereka berdua sudah berbaik.
"Kau takkan selamat Naurah! Aku akan buat hidup kau lebih sengsara! Lebih teruk!"
********
Malam itu, Nayl langsung tidak keluar daripada bilik. Pelik juga Naurah melihat, makanan kegemaran lelaki itu Puan Zainab telahpun memasakan untuknya. Haih, pelik-pelik aje lah lelaki tu.
Naurah yang melihat Puan Zainab membawa dulang makanan dan melangkah ke bilik Nayl, lantas Naurah mendapatkan Puan Zainab.
Dulang yang dipegang kemas oleh Puan Zainab itu diambil. "Mak, tak apa lah. Biar Naurah aje yang bagi Nayl makanan ni. Mungkin dia tak sihat lagi kut. Mak pergi aje lah rehat dulu ya. Biar Naurah tolong mak." Ujar Naurah sambil tersenyum lebar.
"Eh, tak apa lah Naurah. Nayl ni mengada-ada. Kamu jangan risau, biar mak aje bagi dia makan. Sambil-sambil tu mak ajar lah dia sikit."
Mereka berdua tertawa kecil. Perangai Puan Zainab sebijik seperti anaknya. Suka berlawak. Tetapi, tidak bagi Encik Rahim. Dia lebih menyendiri dan juga pendiam. Jika orang melihat pasti orang menyangka yang dia sombong.
"Tak apa mak. Biar Naurah aje tolong. Mak pergi rehat ya. Dah banyak kerja mak buat, nak Naurah tolong tak bagi. So, yang ni biar Naurah yang tolong okey? Biar Naurah aje lebih sikit si budak degil tu." Naurah tertawa kecil.
Puan Zainab hanya tersenyum dan melepaskan aje. Dia tahu Naurah mahu memujuk Nayl. Lelaki itu sudah bertukar dingin. Haih, penat pulak dia mahu memujuk anaknya yang keras kepala itu.
Tombol pintu bilik lelaki itu dipulas perlahan-lahan. Lalu dia melangkah masuk. Kelihatannya, lelaki itu sedang tidur.
Lampu sisi meja dibuka lalu dia meletakkan dulang makanan itu di atas meja sisi katil tersebut. Duduknya teragak-agak mahu melabuhkan duduk dibirai katil itu.
"Err...Awak." Cukup hanya memanggil tidak berani mahu menggoncang atau menyentuh lelaki itu. Masih menjaga batasnya.
"Awak...Bangun. Saya ada bawa makanan ni. Tadi kan awak kata nak makan makanan kegemaran awak ni. So, saya bawakan ni, awak makan ya." Ujar Naurah lalu mengangkat punggung.
Tak boleh berlama-lamaan di dalam bilik itu bersama lelaki itu. Nanti, lain pula jadinya.
"Suapkan aku."
Berhenti langkah Naurah, dia tersenyum kecil. Memang betul apa mak ngah cakap. Mengada-ada!
Dia kembali melabuhkan duduknya. Satu pinggan nasi yang berada di atas dulang itu dicapai. Perlahan-lahan Nayl bangun. Dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil sambil memerhatikan pergerakan Naurah.
Satu sudu dihulurkan pada mulut Nayl. Waktu ni lah dia mahu bermain-main dengan lelaki ni. Dia mengada-ada, kita main-main dengan dia bagi dia stress!
Nayl baru aje mahu membuka mulut tetapi Naurah telah melarikan sudu itu ke tepi. Berkerut dahi lelaki itu. Minah ni nak main-main ke apa hah?!
Naurah tersenyum. "Apa ni? Nak makan je tahu, baca doa tak tahu. Nanti setan makan makanan awak, baru tahu. Padan muka!" Naurah menjeling.
Nayl mendengus kasar. Geram. Tetapi, sebaliknya dia sangat-sangat berasa bahagia. Senyuman cuba untuk disembunyikan.
Selesai mengaminkan doa. Naurah kembali menghulurkan sudu itu pada Nayl. Tetapi, sudu itu di tolak ke tepi. Sengaja mahu bermain-main.
"Sebelum tu saya nak tanya, kenapa awak tak nak makan sendiri? Awak kan ada tangan. Tak cacat lagi kan?" Sindir Naurah. Geram kerana lelaki itu terlebih dos mengada-ada.
Nayl menjeling ke tempat lain sambil mendengus kasar. "Kau ni nak bagi aku makan ke nak main-main?!" Soalnya geram.
Naurah tertawa kecil. "Jawab soalan saya dulu, baru lah saya suap awak makan." Haih, makin bijak pulak aku ni bermain kata-kata dengan lelaki ni.
Walaupun dia sedang berasa kekok dalam keadaan begini, tetapi dia tetap cuba menunjukkan yang dia tenang. Gelabah tidak tentu arah itu dia mencuba menolak ke tepi.
"Haih, kau ni macam-macam betul lah soalan bodoh yang kau bagi kat aku ni! Kau tak nampak ke aku sakit? Ke kau suka tengok aku sakit macam ni?"
"Oh, tapi awak tak cacat pun. Suap lah sendiri."
Hish! Geram pulak aku dengan dia ni! Perut dah berbunyi-bunyi dah ni. "Okey, kalau kau tak nak suapkan aku, biar aku suap sendiri." Pinggan yang berada di tangan Naurah dicapai tetapi ditepis oleh gadis itu.
"Koyak lah tu." Naurah menjeling. Haih, makin bertambah kemarahannya pada saat ini. Dulu dia yang selalu kenakan Naurah begini, sekarang Naurah pulak yang buat dia begini? Dia ketawa di dalam hati. Pandai betul ya gadis comel ini.
Naurah menghulurkan lagi sudu itu pada mulut Nayl. Dia tersenyum kecil. Tetapi, melihat Nayl langsung tidak membuka mulutnya malah dia merenung tajam ke arah Naurah yang masih tersengih-sengih itu.
"Buka lah mulut. Saya nak suap ni. Nanti saya tak suap, koyak lah pulak." Kata-kata itu cukup buat hati Nayl makin panas. Malah disebalik itu, dia rindu akan keadaan begini. Bergurau-senda bersama isterinya. Tetapi, sekarang tidak lagi begitu. Keadaan sudah berubah.
"Suap lah elok-elok! Jangan nak main-main!" Marah Nayl.
Naurah ketawa lagi. Sakit perutnya melayan kerenah lelaki itu. "Okey-okey. Saya suap betul-betul ni. Dah tak main-main."
Sudu dihulurkan lagi, perkara sama jugak dibuat lagi oleh Naurah.
"Eee! Kau ni jangan sampai aku...."
"Hah, aku apa?" Naurah ketawa lagi.
"Aku curi hati kau semula."
Tergamam Naurah. Wajahnya serta-merta merah dan berbahang. "Oi-oi! Jangan nak perasan sangat lah. Dah cepat lah! Aku lapar ni!"
"Nanti lah dulu. Awak tak cakap terima kasih pun dekat saya sebab saya suapkan awak makan ni." Wajah Naurah mula kelihatan merajuk. Dia memuncungkan mulutnya.
Nayl menggeleng. Makanan pun belum masuk ke dalam mulutnya, tiba-tiba aje nak ucap terima kasih dekat dia. Haih. Makin pening kepala Nayl saat ini.
"Hm, terima kasih..." Ucap Nayl terpaksa sambil menjeling sekilas ke arah Naurah.
"Ah, kalau macam tu tak nak lah suap. Awak cakap macam tak ikhlas je." Naurah menjeling membuat muka merajuk.
"Terima kasih! Dah, cepat suap. Aku lapar ni."
"No! Cakap tu kena lembut lagi dan selit sikit kata-kata pujian untuk saya." Naurah tersenyum nakal.
"Isy! Nasib lah kau ni bekas isteri aku tau! Kalau kau masih isteri aku, kena kau malam ni!" Bisik Nayl sendiri tapi dapat didengar oleh Naurah. Gadis itu ketawa lagi.
Lelaki itu mendekatkan wajahnya pada gadis itu. Tersentak Naurah apabila lelaki itu mula mendekat. "Thank you, sweetheart. Sebab sudi suapkan abang and, thank you jugak sebab sudi teman aku sepanjang aku berada di hospital." Bisik Nayl dengan sungguh romantik pada telinga Naurah. Senyuman senget terukir dibibir.
Tersentak Naurah. Dia sedikit terkaku. Lidah kelu untuk bersuara. Jantung mula berdetak laju. Hah, padan muka kau Naurah! Kau yang main-main dengan dia, kan dah kena balik! Bebel Naurah dalam hati.
Wajahnya mula merah dan berbahang. Dia menepuk lembut pipinya. Nayl tersenyum kecil. "Err...Saya nak keluar kejap. Ada kerja sikit saya nak buat." Kalau orang dah malu, takkan nak duduk lagi di situ. Pastilah akan gelabah malu tidak tentu arah.
"Jangan nak cair sangat lah..."
"Mana ada!"
"Tu, muka kau dah merah menyala. Nampak sangat kau tengah blushing kan?" Nayl tersenyum senget.
"Eee! Geramnya aku dengan mamat tak guna ni! Suka sangat menyakat aku kan! Tengok, muka aku dah merah menyala bagaikan kena penampar seseorang je." Bebel Naurah sendiri tapi dapat didengar oleh Nayl. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Tengah bebel apa tu?! Cepat! Suap aku!" Arah Nayl, laju tangan Naurah menyuap nasi ke mulut lelaki itu. Nayl tersenyum lebar. Lama dia merenung wajah Naurah. Lantas, mata gadis itu melarikan pandangannya ke tempat lain.
Haih, begini lah jika duduk berdua-duaan dengan lelaki tu. Jantung memang tak payah nak cakap lah dah, berdetak dengan laju sampaikan jantung ni rasa macam dah nak terkeluar pulak.
*********
"Mak, tengok tu dia orang berdua tu. Sweet-sweet je kan? Bila lah Nayl tu nak berubah dan buka pintu hati dia untuk rujuk dengan Naurah balik ya? Kesian dekat Naurah tu." Ujar Naim daripada tadi perhatikan gelagat mereka berdua.
"Kan, tulah. Nak buat macam mana, Allah Maha membolak-balik hati manusia. Jadi, kita hanya perlu banyak kan berdoa. Insya-Allah, lembut lah hati Nayl tu nanti." Ujar Puan Zainab yang turut lega apabila Naurah mula lembut hati dan dapat memaafkan Nayl.
"Hm, buat apa nak doa-doa sangat? Kalau Nayl tu dah lembut hati dan dapat maafkan Naurah pun, bukannya dia nak kembali seperti dulu. Yang kau orang berdua ni beria-ia sangat ni dah kenapa? Dah sah-sahkan ni semua salah Naurah, ego telalu tinggi sangat. Hah, kan dah dapat. Elok hubungan rumahtangga dia bahagia, terus hancur gara-gara salah faham. Cepat sangat buat keputusan terburu-buru." Komen Encik Rahim yang masih tidak puas hati tentang itu. Matanya langsung tidak memandang pada dua beranak itu yang sedang bersembang di sebelahnya. Malah, matanya sedang fokus membaca surat khabar.
Dia pun malas mahu mengambil tahu tentang itu. Buat serabut kepala aje.
Dengan kata-kata Encik Rahim itu, dapat didengar oleh Naurah. Naurah yang sudah selesai memberi Nayl makanan, dia keluar aje dari bilik lelaki itu, suara pak ngah nya terus dapat ditangkap.
Hatinya mula berasa sebak. Kenapa pak ngah masih marahkan aku? Aku ni jahat sangat ke di matanya? Gadis itu terasa hati dengan kata-kata pakcik saudaranya itu.
"Abang ni, jangan lah cakap macam tu. Kalau didengar oleh Naurah nanti macam mana? Tak baik tau. Kalau jodoh mereka masih kuat, Insya-Allah mereka akan tetap berhubungan rumahtangga seperti dulu. Kita sebagai mak dan ayah mereka, kita kena beri dia nasihat dan banyakkan berdoa untuk mereka. Bukannya cakap benda bukan-bukan tentang mereka berdua tu." Marah Puan Zainab tidak suka dengan kata-kata Encik Rahim. Takut pula jika Naurah dengar kata-kata itu terlepas dari mulut Encik Rahim, tetapi kenyataannya, gadis itu telahpun mendengarnya.
Gadis itu tetap tersenyum walaupun hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Encik Rahim.
Dengan keadaan biasa, Naurah melangkah masuk ke dapur. Wajahnya sungguh tenang. Tersentak mereka yang berada di ruang tamu.
"Habis lah kalau Naurah dengar tentang tadi."
Done update. Sorry lambat. Jangan lupa komen dan follow sekali ya, thanks support! <3
Share this novel