Jadi sekarang dia sudah tahu perlakunya, jawapannya dan semuanya. Segala-galanya telahpun terbongkar. Dia dapat berita terkini, yang mengatakan Sabrina gila. Wanita itu memang sudah gila. Jadi dia puas hati! Biar perempuan gila itu jadi gila di dalam penjara itu!
"Alhamdulillah, Naurah dan Naufal selamat. Mak risau sangat-sangat. Tapi, Allah dah makbulkan doa mak. Alhamdulillah, syukur." Puan Zainab menyeka air matanya. Nayl tersenyum kecil.
Dia juga bersyukur kepada Allah. Naurah dan Naufal selamat. Semasa kejadian itu dia sudah berputus asa dan tidak tahu lagi apa yang terjadi semasa kejadian itu.
Tetapi, Allah telahpun selamatkan mereka daripada kejadian gila itu. Sungguh dia bersyukur.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Melihat kelibat Naurah di sekeliling di dalam rumahnya, langsung tidak kelihatan. Dia terpaksa berterus-terang pada maknya. Dia pun ada kesilapan, setiap manusia pasti ada kesilapan.
"Mak, Nayl rasa bersalah sangat dengan Naurah." Hatinya mula berasa sebak. Wajah Naurah mula terbayang-bayang saat ini.
Hah?! Rasa bersalah terhadap Naurah? Puan Zainab bingung. Tidak faham dengan maksud anaknya.
"Sebenarnya...Nayl dah tipu Naurah."
Terkejut Puan Zainab apabila mendengar penjelasan daripada anaknya. Tetapi, dia masih tertanya-tanya. Tipu apa? Apa yang Nayl tipu pada Naurah? Apa yang anaknya telah buat?
Nayl menggosok matanya agar air mata tidak mengalir. "Tipu? Nayl tipu apa dekat Naurah?"
"Nayl...Nayl sembunyikan sesuatu perkara daripada dia. Yang...Sabrina bekas kekasih Nayl." Tersentak Puan Zainab. Jadi, sebab inilah mereka berdua bergaduh dan rumahtangga mereka berdua hancur.
Sebab salah faham, seseorang tidak berterus-terang, seseorang dengki dan menghancurkan rumahtangga orang lain, sebab itu kah? Ya Allah, sungguh berat dugaan anakku. Saat ini Puan Zainab sudah faham.
"Nayl tipu dia. Nayl kata, Sabrina tu hanya kawan Nayl. Waktu party birthday Sabrina, Nayl terpaksa datang. Tapi, tak sangka pula Nayl kena fitnah semua ni mak. Nayl tak sangka yang Sabrina tu kejam sanggup buat Nayl dan keluarga Nayl jadi macam ni. Nayl betul-betul rasa bersalah mak. Nayl tahu, pasti Naurah akan benci dan marahkan Nayl selepas Nayl cakap tentang ni pada dia. Nayl salah mak, Nayl salah..." Berulang kali dia menyebut perkataan yang terakhir itu. Air mata mengalir laju. Dia salah. Kerana telah menipu Naurah.
"Ya Allah, Nayl. Kenapa Nayl buat macam ni pada Naurah? Nayl tahu tak perasaan dia macam mana jika dia tahu tentang ni? Kenapa Nayl tipu dia?" Soal Puan Zainab terkejut lantas dia juga turut menangis.
"Nayl salah mak. Nayl salah..."
Tanpa mereka sedar, ada seseorang memasang telinga. "Tipu? Jadi, selama ni awak tipu saya lah? Now, awak nak kata semua ni salah saya dan bukan salah awak? Macam tu?" Soal seseorang dan orang yang menyoal itu ialah, Naurah. Tersentak mereka berdua dengan kemunculan gadis itu. Melihat wajah Naurah sudah sembab. Jadi, cerita tadi semuanya Naurah sudah dengar dari awal hingga akhir?
Nayl yang tadi duduk di sebuah sofa di ruang tamu, lantas mengangkat punggung. "Naurah, aw...awak dah salah faham ni." Dia gagap untuk mengatakan.
"Kenapa awak tipu saya? Kenapa Nayl?! Awak lebih rela sambut birthday Sabrina daripada jaga saya sewaktu saya sedang sarat mengandung. Awak kejam! Awak kejam Nayl! Saya benci awak!" Naurah terus menarik lengan Naufal dan melangkah keluar daripada rumah itu.
Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah mama papanya. Semalam dia terpaksa tinggal di rumah Nayl dahulu. Kerana, melihat anaknya masih trauma tentang kejadian semalam sehinggakan Naufal hari ini demam.
Tak sangka, hari ini juga dia sudah dapat pengakuan daripada lelaki itu sendiri. Sungguh sakit hatinya kerana telah ditipu oleh lelaki itu selama ini.
"Naurah..." Lantas dia mendapatkan gadis itu sebelum Naurah menjejak pergi.
"Lepaslah!" Kuat dia menepis apabila Nayl memegang lengannya.
"Naurah, awak dah salah faham. Ya, memang saya salah. Saya dah tipu awak. Tapi..."
"Tapi apa?! Awak memang pentingkan Sabrina daripada saya kan?! Awak memang kejam Nayl!" Dada lelaki itu ditolak kuat lalu dia melangkah pergi.
Naufal yang melihat mama papanya bergaduh teresak-esak menangis. "Tolonglah Naurah. Dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya langsung tak tahu yang Sabrina tu nak fitnah saya. Ya, saya minta maaf. Tapi, saya dipaksa Naurah. Saya terpaksa ikut dia. Saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak tinggalkan awak sorang-sorang di rumah sewaktu awak tengah sarat mengandung. I am so sorry." Masih berusaha untuk memujuk gadis itu. Tak sangka pula yang Naurah dapat dengar pengakuannya. Puan Zainab yang melihat juga turut menangis.
"Kali ini, hati saya betul-betul sudah tawar. Saya betul-betul tak sangka awak sebenarnya dah buat saya macam ni. Awak tipu saya. Hati saya hancur Nayl. Hancur. Mulai hari, muka awak pun saya dah tak nak tengok! Jangan sesekali nak cari saya lagi!" Dia terus melangkah pergi tanpa peduli panggilan daripada lelaki itu.
Lengan Naufal ditarik pergi. Sungguh sakit hatinya. Sudah dua kali dia telah dipermainkan dan Nayl juga telah menghancurkan hatinya buat kali kedua. Untuk kali ini, dia betul-betul sudah tawar hati. Dia bencikan lelaki itu!
*********
"Alhamdulillah, kau orang selamat daripada kejadian tu." Erat Puan Suraya memeluk tubuh Naurah dan cucunya Naufal.
Encik Omar hanya menjeling sekilas pada mereka berdua lalu dia berjalan masuk ke dalam ruang tamu. Malas mahu mengambil tahu tentang itu.
Masuk aje di dalam rumah itu, Naurah mendapatkan papanya. Dikucup tangan papanya. "Tu lah, lain kali jangan nak berlagak sangat keluar rumah sorang-sorang. Kan dah kena. Kalau tak dengar cakap orang tua, macam ni lah jadinya." Encik Omar menjeling tajam ke arah Naurah. Tidak lama di situ, dia terus mengangkat punggung dan berlalu pergi.
Naurah menghela nafas panjang lalu melabuhkan duduknya di sofa. Puan Suraya yang melihat mula sebak. Cepat-cepat dia memujuk anaknya.
"Naurah, mama ada masak untuk kamu dan Naufal. Jom, makan sekali." Dilabuhkan sekali duduknya disebelah Naurah lalu dia memujuk hati anaknya yang mula terluka.
Naurah tersenyum lebar tetapi sebaliknya dia menangis. Air matanya pun sedaya upaya dia menahan agar tidak mengalir.
"Betul lah. Manusia ni dia akan melihat keburukkan kita. Kebaikan kita yang selama ni, langsung dia tak tengok. Keburukkan kita yang sikit ni je, dia pandang dengan penuh kebencian." Terkejut Puan Suraya apabila Naurah berbicara begitu.
"Kenapa Naurah cakap macam tu? Naurah, mama harap sangat Naurah tak ambil hati dengan papa. Naurah pun tahu kan perangai papa tu macam mana? Sekali dia dah benci, dia benci sampai bila-bila. Mama tahu, papa marahkan Naurah sebab Naurah mula rapat dengan Nayl. Sebab itu lah dia dah mula marahkan Naurah. Dia tak suka Naurah rapat dengan Nayl. Mama bukan nak pilih kasih sayang, mama pun dah cuba untuk pujuk papa. Tapi, papa tetap keras hati yang dia tetap nak kahwinkan kamu dengan anak kawan dia. Mama minta maaf sayang." Tangan anaknya digenggam erat. Air mata mereka berdua mengalir laju. Sebak sudah tidak dapat ditahankan lagi.
"Tak apa ma. Naurah akan berusaha lagi untuk terus rapat dengan Nayl. Naurah nak balas balik apa yang Naurah dah buat dekat dia dan keluarga dia. Kalau mama dan papa tak dapat nak terima Nayl, Naurah redha. Mungkin jodoh kita orang sampai di sini aje. Naurah janji, Naurah takkan letak harapan pada lelaki tu. Dan, Naurah akan terus rapat dengan dia dengan niat nak minta maaf dan balas balik jasa baik dia dan keluarga dia. Naurah tak nak mak ngah dengan pak ngah terus bencikan Naurah. Naurah tak nak mereka berdua pandang Naurah ni macam orang luar. Naurah anak saudara mereka. Naurah tak nak dia orang anggap Naurah ni orang luar, Naurah akan cuba mama." Senyuman manis diukir dibibir. Dia perlu kuat.
Puan Suraya berkerut dahi dengan kata-kata anaknya. "Mereka bencikan kamu? Kenapa? Mak ngah dan Pak ngah kamu bencikan kamu ke?" Soal Puan Suraya bertalu-talu dengan bertanda tanya. Tidak faham. Adakah abangnya bencikan anaknya?
Naurah terdiam. "Err...Mama. Naurah nak naik atas dulu. Naurah nak mandi dan solat Zuhur kejap. Nanti kita makan sama-sama ya." Punggung terus diangkat lalu dia melangkah naik ke tangga menuju ke bilik tidurnya.
Puan Suraya yang masih berada di ruang tamu, dia masih tertanya-tanya. Dia juga bingung. Hendak ditanyakan lagi, tetapi Naurah sudah pun pergi seakan-akan tidak mahu bercakap tentang itu.
*********
Naurah masuk aje di dalam bilik tidurnya, terkejut apabila melihat Naufal sedang menangis teresak-esak di atas katil sambil memegang sekeping gambar seseorang.
Dia pun tidak tahu mana datangnya gambar itu. Tanpa membuang masa, Naurah terus mendapatkan anaknya yang tidak henti-henti menangis.
"Hei, kenapa ni sayang? Kenapa menangis ni?" Soal Naurah lalu menyeka air matanya.
"Naufal rindu papa. Naufal tak nak tengok mama dengan papa bergaduh. I so sad." Dia masih lagi menangis sambil berkata dengan sedikit tersekat-sekat dengan esakan tangisannya.
Naurah mula berasa sebak. Dikucup lama kepala anaknya. Air mata yang tadi ditahan akhirnya mengalir jua.
"Mama minta maaf sayang. Papa dah tak boleh nak duduk sekali dengan kita. Dia...Dia..."
"No, you're lying!" Jerit Naufal lalu melangkah keluar dari bilik tersebut. Sungguh dia sedih jika kehilangan ayahnya. Tidak jumpa beberapa minit pun sudah menangis entah apa lagi tidak jumpa selamanya.
Naurah memejam matanya. Air mata masih lagi mengalir. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu kembali membuka mata. Air mata diseka.
Tak lama kemudian, matanya terpandang sekeping gambar yang dipegang oleh Naufal tadi. Dicapai kepingan gambar tersebut.
Gambar Nayl? Di manakah Naufal dapat gambar ini?
Berkerut dahinya. Tetapi, jika lama direnung wajah lelaki itu, dia berasa rindu pula padanya. Rindu sangat. Kerana lelaki itu telah hancurkan hatinya buat kali kedua, dia tidak dapat lagi menerima Nayl untuk kali kedua. Cukup sampai di sini dia menderita sakit selama ini.
*********
"Auch!" Sedang dia berjalan, tanpa sengaja dia sudah terlanggar seseorang membuatkan dia tidak seimbang badannya lalu terjatuh.
"Ya Allah, cik. Cik maafkan saya. Saya tak perasaan. Sorry cik," orang yang melanggarnya tadi lantas menolongnya bangun.
"It's okey..." Dibetulkan sedikit bajunya. Kini mata memandang seseorang yang telah melanggar dia tadi dihadapannya itu.
Kedua-duanya tersentak. Terkejut Naurah melihat orang dihadapannya itu. Dan, orang yang berada dihadapannya itu juga terkejut melihat Naurah.
Tak lama kemudian, Naurah memeluk erat tubuh seseorang dihadapannya itu. Air mata mengalir laju. Entah mengapa, hari ini hanya air mata aje yang menemaninya.
"Sarah..."
"Cik Naurah."
Kini pelukan dilepaskan. "Sarah, boleh tak kita jumpa sekarang. Saya ada benda nak cakap sikit." Ujar Naurah lalu mengelap air matanya. Sarah hanya tersenyum lebar lalu mengangguk. Dah lama betul dia mahu jumpa dengan Sarah. Dia sangat memerlukan gadis ini.
******
"Saya nak minta maaf Sarah. Saya dah banyak sangat buat silap dekat awak. Saya dah salah faham. Saya minta maaf sangat-sangat." Kedua-dua tangan Sarah dipegang. Sarah tersenyum lebar.
"Tak apa, cik Naurah. Saya dah lama maafkan cik Naurah. Tapi, saya yang patut minta maaf dekat cik Naurah. Saya yang dah banyak buat silap dekat cik Naurah dan Tuan Nayl. Saya minta maaf sangat-sangat." Ujar Sarah yang turut mengalirkan air matanya.
"Tak. Awak tak salah. Sabrina yang salah. Tapi...Kenapa awak cakap awak yang salah? Awak siapa sebenarnya?" Soalan ini lah yang dia mahu tanyakan pada Sarah. Banyak lagi dia mahu tanyakan pada gadis ini. Akhirnya, Allah dah pertemukan semula dia dengan Sarah. Sungguh dia bersyukur. Dia berasa dia dah banyak sangat buat dosa dengan gadis itu. Tetapi, kenapa gadis itu menyalahkan dirinya? Sedangkan Sabrina yang salah.
Sarah tersenyum lagi. Naurah berkerut dahi. “Sebenarnya, saya dipaksa untuk turut buat video tu. Sabrina paksa saya. Dia lah kawan baik saya yang paling saya sayang. Dah lama dah kita orang berkawan. Tapi, bila dia bertemu kembali dengan Tuan Nayl. Dia jadi lain. Dia berubah. Semua rancangan dia yang tidak masuk akal itu, dia nak buat untuk hancurkan rumahtangga Cik Naurah dan Tuan Nayl. Saya dah banyak kali pujuk dia, dah banyak kali saya bagi dia nasihat. Tapi, semuanya tak berguna apabila dia nekad untuk mendapatkan Tuan Nayl semula. Cik Naurah jangan salah faham ya. Tuan Nayl dulu tak pernah pun suka dekat Sabrina. Mereka dipaksa bercinta dan dipaksa berkahwin. Sikit pun Tuan Nayl tak pernah letak perasaan dia pada Sabrina. Saya ni kawan lama Sabrina, semua tentang dia saya tahu. Jadi, semua rancangan itu Sabrina yang buat dan saya dipaksa buat. Saya juga rasa serba salah buat semua tu. Dan, saya datang jumpa dengan Cik Naurah cakap yang saya buat semua tu, sebab saya nak selamatkan Sabrina. Saya berusaha lagi untuk berubahkan dia. Saya tak nak dia jadi macam tu sampai bila-bila. Tapi...Dah terlambat. Dia dah buat kerja gila dia dan sekarang...." Sarah menghela nafas panjang. Dia menekup wajahnya. Air mata sudah membasahi pipinya. Tudung labuhnya juga sudah basah dek air matanya yang banyak mengalir.
Terkejut Naurah dengan penjelasan gadis itu. Dia juga turut terdiam. Jadi, Sarah selama ini dipaksa? Ya Allah, kenapa kejam sangat Sabrina itu? Kenapa dia sanggup buat begitu pada sahabatnya sendiri? Dia tak bersyukur ke, semua salah dia Sarah yang tolong.
Sungguh Naurah kagum dengan sikap Sarah yang begitu baik hati. Sanggup mempertahankan sahabatnya. Dia rela orang bencinya demi menyelamatkan sahabatnya sendiri.
Lembut Naurah mengusap bahu gadis itu yang masih menangis. "Cik Naurah, sejujurnya...Tuan Nayl tak bersalah. Semua ni salah saya dan Sabrina. Tuan Nayl masih sayangkan Cik Naurah. Dia masih cintakan Cik Naurah. Saya harap sangat cik Naurah dapat kembali bersama dengan Tuan Nayl. Selagi cik Naurah tak kembali dengan Tuan Nayl, saya takkan dapat maafkan diri saya." Ucapnya dalam esakan tangisannya. Lantas Naurah memeluk tubuh itu. Berharap gadis itu bertenang. Dia juga turut menangis.
Jangan sangka rumahtangga itu akan kekal bahagia, tetapi kita perlulah berjaga-jaga. Kerana, manusia akan dengki dengan kita tanpa kita tahu. Dia boleh aje buat apa yang dia mahu sehinggakan kita boleh berpisah dan tinggalkan orang yang kita sayang.
*********
Pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi jantungnya boleh buat hal bagaikan mahu tercabut apabila dia dapat tahu Nayl datang ke rumahnya.
Ya Allah, nasib lah sewaktu itu Encik Omar tiada di rumah. Katanya mahu berjumpa dengan rakannya yang baru sampai di Malaysia.
Naurah yang mula berdebar-debar tidak tentu arah, lantas menurun ke bawah mendapatkan lelaki itu yang sedang rancak bersembang dengan mamanya, Puan Suraya.
Mungkin Puan Suraya rindu akan anak saudaranya sampaikan Naurah muncul di situ pun dia tidak perasan. Dulang air diletak ke atas meja. Wajah masih ketat.
Nayl memerhatikan tingkahnya, tak lama kemudian ada satu suara jeritan dari arah anak tangga. Terkejut mereka yang berada di ruang tamu itu.
“Papa!” Jerit Naufal gembira lalu berlari mendapatkan ayahnya. Dipeluk erat. Sungguh erat. Bagaikan tidak mahu terlepas dari pelukan itu. Naurah tersenyum kecil.
“I miss you so much, papa!” Ucapnya lalu mengucup wajah papanya. Nayl tersenyum lebar lalu membalas kucupan itu dan membalas ucapannya. “I miss you too dear.”
Puan Suraya lega melihat lalu tersenyum lebar. Dalam hati berkali-kali dia bersyukur kepada Allah. Nayl datang ke sini pun sebab dia hubungi Puan Suraya terlebih dahulu sebelum datang ke sini.
Rumah keluarga Naurah pastilah dia tahu tetapi dia takut satu aje. Encik Omar. Ya, orang tua itu masih bencikannya. Bukan takut, tetapi malas mahu dengar ayat sindir daripada lelaki tua itu. Bukan bagi sindir je lagi, entah-entah terus halaunya daripada rumah ini.
“Papa promise me, don't go anywhere. Papa must always be by my side. If papa leaves, I'll sulk later!” Naufal sudah memberi amaran keras pada papanya. Siap buat muka marah lagi. Amboi, si kecil ini. Sudah pandai ya.
Nayl dan Puan Suraya yang melihat kerenah si kecil itu tertawa kecil. Naurah juga turut tertawa. Bahagia dia melihat mereka berdua begini.
“Insya-Allah sayang. Papa tak sure lagi. Sebab...Ada seseorang tu dia dah bencikan papa. Macam mana papa nak tinggal dengan Naufal. Nanti orang tu marah papa pulak." Ujar Nayl dengan bernada comel dengan si kecil itu. Puan Suraya tersenyum lebar sambil-sambil itu dia menoleh memandang anaknya di sebelah yang juga turut memerhatikan dua beranak itu. Dia sudah dapat tahu maksud Nayl itu.
Berubah air muka Naurah. Dia menelan liur. Aku tak boleh lama-lama. Nanti tak pasal-pasal kejadian macam ni jadi macam dekat hospital tempoh hari lepas. Ah, Naurah kau dah janji pada diri kau yang kau tak nak tengok muka lelaki tu. Kenapa kau sambung pulak nak tersenyum-senyum tengok dia orang berdua? Eish! Aku kena marah lelaki ni! Macam mana dia boleh datang ke sini?! Bebel Naurah dalam hati.
Kelihatan wajah si kecil itu bertukar mendung. Wajahnya kelihatan sungguh kecewa dan sedih. "But, papa stays with me today, please." Ucap Naufal sambil membuat wajah comel. Wajah Naurah makin berubah. Apa? Tinggal dengan dia hari ni? Hei, memang tak boleh lah! Isy! Naufal ni dah lebih-lebih pulak permintaan dia. Dah tahu mama dia ni tengah bergaduh dengan papa dia tu, boleh pulak ajak papa dia tinggal di sini! Bebel Naurah lagi. Mahu aje dia bersuara sebelum Nayl membuat keputusan.
"Err...Naufal. Papa dia busy. Dia tak boleh nak tinggal sini. Lagipun, esok kan kita dah nak balik rumah. Esok papa pun busy. Nanti minggu depan kita jumpa dengan papa ya.” Ujar Naurah memujuk si kecil itu.
"Err...haah lah sayang. Papa tak boleh nak stay dengan Naufal hari ni. Papa minta maaf ya. Insya-Allah, kalau papa ada masa papa jumpa dengan Naufal lagi ya." Pujuknya pula. Di dalam hati Naurah, sudah gembira habis. Gembira lah sebab Naufal tidak merengek-rengek seperti dulu.
"But, it's oky. Hari ini, papa akan teman Naufal main, okey? Nanti kita main sama-sama." Pujuknya lagi sambil mencuit lembut pipi gebu Naufal.
"Yeay! Okey papa." Alhamdulillah, nasib lah lelaki tu ada idea yang bagus. Bisik hati Naurah lalu menjeling tajam pada lelaki itu. Nafas lega dihela.
"Err...jemput lah minum." Nak tak nak aje dia bersuara. Lantas dia berjalan masuk ke dalam dapur. Tidak mahu berlama-lamaan di situ. Menyampah!
"Hah, Nayl. Nanti kita makan bersama-sama ya. Mak long ada masak sedap-sedap tau. Nanti kita makan sekali ya." Pelawa Puan Suraya mesra.
Nayl tersenyum lalu mengangguk. Tenang hatinya apabila dapat kembali jumpa dengan bidadarinya. Tidak lupa juga dengan anak kesayangannya ini. Rindu teramat sampaikan malam tadi dia tidak boleh nak tidur mengingatkan Naufal dan Naurah.
********
Sewaktu mereka bersama makan tengah hari, Nayl dengan perangai nakalnya mencuri-curi memerhatikan Naurah yang berada dihadapannya.
Naurah yang tidak selesa dengan lelaki dihadapannya itu yang asyik mencuri-curi pandangnya, dia menjeling tajam pada Nayl.
Nayl menelan liur. Elok dia senyum-senyum pada Naurah, gadis itu memberinya jelingan maut? Ah, sungguh sakitnya hati ini.
Naufal yang melihat ayahnya asyik-asyik memandang mamanya sambil tersenyum nakal dia juga turut tersenyum. Dia fikir, mak ayahnya sudah berbaik tetapi kenyataannya Naurah masih berbelah bahagi untuk berbaik semula dengan Nayl.
"Kenapa tak bawa mak ngah dengan pak ngah datang sekali ke sini? Mak long ni dah lama sangat tak jumpa dengan mereka. Rindu pulak mak long pada mereka. Nak jumpa tak dapat, mereka kan duduk jauh." Puan Suraya memulakan perbualannya apabila hampir lama jugalah mereka berdiam diri dan suasana menjadi sunyi sepi.
"Oh, hehehe. Maaflah mak long. Mereka tak dapat datang. Mak sekarang ni dia pun dah tak macam dulu. Tak boleh berjalan sangat. Katanya, kaki dia semakin sakit. Tak boleh nak berjalan sangat." Bicara Nayl mesra pada Puan Suraya. Naurah hanya sekadar membuka telinga tetapi mulut tetap bekerja untuk mengunyah.
Maklumlah, hobinya adalah makan. Makan, makan dan makan. Badan tetap kecil. Haih, itu lah Naurah Husna. Ego terlampau tinggi. Kalau dah dapat maafkan orang tu, orang yang buat silap dengan dia perlu bersyukur kerana hatinya sudah mula terima seseorang itu. Jika orang itu ulang kesilapan itu. Ah, tak tahu lagi macam mana nak cakap. Mungkin nak tengok muka orang itu pun dia tak nak.
"Oh yeke? Tak apa lah, mak long faham. Kami ni semakin tua semakin sakit. Dah tak larat. Ni, Nayl sekarang kerja dekat mana?" Soal Puan Suraya lagi mahu tahu tentang Nayl lebih dekat lagi. Dia pasti, lelaki itu sudah berubah. Pasti sudah sukses.
"Alhamdulillah, sekarang Nayl dah ada hotel sendiri. Berkat sokongan daripada keluarga, Nayl dah ada hotel dan syarikat sendiri." Balasnya dengan senyuman lebar.
"Wah, alhamdulillah. Nanti boleh lah mak long singgah. Bagi diskaun banyak sikit tau." Puan Suraya tertawa kecil turut sama dengan Nayl. "Eh, boleh je. No problem."
"Papa...papa." Panggil si kecil itu.
"Ya sayang."
"Nak tu..." Naufal yang berada di sebelah Nayl menunjukkan ayam masak merah di hadapannya.
"Nak ayam?" Soalnya lalu Naufal mengangguk. Ayam tersebut dicedok lalu diletak ke atas pinggan si kecil itu.
"Papa, boleh suapkan?" Soalnya sambil buat muka manja. Nayl tersenyum lebar.
"Boleh je sayang." Seketul ayam yang tadi di ambil dicubit sedikit lalu disuakan pada anaknya tetapi dihalang oleh Naufal. Berkerut dahinya.
"Kenapa?"
"Boleh tak suapkan mama?" Pintanya dengan wajah yang begitu comel.
Tersentak Naurah. Terhenti terus dia daripada menyuap makanan ke dalam mulutnya. Nayl juga begitu. Dia sedikit terkejut dengan permintaan anaknya yang begitu bijak ini.
"Hehehe, boleh ya papa." Ujarnya lagi sambil mengelip mata beberapa kali sambil tersenyum comel.
Naurah sudah tidak tentu arah. Tetapi cuba ditolak dan berlagak tenang. Dia fikir, Nayl takkan suap dia. Gila lah mahu suap depan mama aku! Aku ni bukannya isteri dia pun. Tiba je nak suap menyuap ni. Acah-acah sweet. Ah, jangan risau lah Naurah. Dia takkan suap punya. Dia mesti bagi alasan. Naurah tersenyum kecil lalu meneruskan makan.
Nayl melihat Naurah begitu tenang. Makan pun laju. Ah, dia dapat idea nakal. Dia juga turut tersenyum nakal. "Iya, boleh aje sayang. Semua yang Naufal nak, papa akan bagi and semua yang Naufal suruh papa akan buat." Dia tersenyum dengan penuh bermakna.
"Yeay! Thank you papa." Ucapnya gembira. Puan Suraya juga turut terkejut dengan persetujuan Nayl. Lelaki ini benar-benar masih mencintai Naurah. Dia berkali-kali berdoa agar mereka berdua kembali seperti dulu.
Apa?! Dia setuju?! Gila betul lah mamat ni! Marah Naurah dalam hati. Dia mengetap gigi geram. Tajam dia renung Nayl dihadapannya.
Ayam yang telah dicubit tadi disuakan pada Naurah. Naurah menjadi bingung. Tidak faham. Nak buka mulut atau tak ni? Melihat mama pula sudah tersenyum-senyum.
Melihat lelaki itu? Ah, sudah! Sudah! Aku tak akan melihat wajahnya jika dia renung aku. Boleh terpukau!
Nak tak nak, Naurah terpaksa membuka mulut. Dalam hati sudah bersumpah-seranah pada lelaki itu. Geram!
Entah mengapa, dia mengunyah ayam itu terasa terlebih sedap pula ayam tersebut. Senyuman cuba disembunyikan. Hati sudah berbunga-bunga.
Melihat si kecil itu pula sudah bertepuk-tepuk tangan sambil ketawa kecil. Amboi, happy sungguh dia ya.
"Err...Nayl, tambah lah lagi lauk tu. Kalau kamu nak tahu, lauk ni semua Naurah yang masak. Dulu dia mana rajin masuk dapat, nak pandang dapur pun dia malas. Tapi, sejak dia dah kenal kamu, dia hari-hari masuk dapur. Kalau boleh, mak long nak kau orang jadi seperti dulu." Puan Suraya ketawa. Nayl juga turut ketawa. Wajah Naurah sudah berbahang malu. Ya Allah, tolong selamatkan aku. Aku difitnah, huwaaaaaaaa! Bila masa aku masak, mama ni saja nak kenakan aku! Bebel Naurah lagi di dalam hati dengan berasa masih tidak puas hati.
"Oh, yeke? Uish, mestilah kena tambah. Masakan dia tak sedap terus jadi sedap." Nayl tersenyum sambil memandang sekilas pada Naurah yang sudah berbahang dan hatinya sudah panas.
"Ni nak puji ke atau nak jaga hati orang?" Tidak tahan lama lagi, dia bersuara sambil menjeling lelaki dihadapannya itu.
"Mestilah puji, sweetheart." Usik Nayl nakal. Dia berkata dengan penuh romantik. Perlahan tetapi dapat didengar oleh Puan Suraya.
Adoii, bersemut lah kalau macam ni! Dia ketawa kecil sambil menggeleng dengan kerenah dua orang ini. Lantas dia mengangkat pinggannya lalu berjalan masuk ke dapur.
"Eee! Awak ni memang saja je kan?! Tak payah lah nak pujuk-pujuk saya lagi. Yang awak datang ke sini kenapa hah?! Nasib baik papa tak ada tau. Kalau tak, siap awak dikerjakan dengan papa!" Naurah memberi jelingan maut.
"Saje datang. Rindu dekat bidadari saya ni." Usik Nayl lagi sambil tersenyum lebar. Dengan jawapannya, Naurah hanya memberi jelingan maut. Geram pula dia dengan mamat itu!
*********
"Okey lah mama, Nayl balik dulu ya. Bye sayang, nanti kalau papa ada masa papa datang jumpa Naufal lagi ya. Nanti kita main sama-sama macam tadi. But, nanti papa akan bawa Naufal dengan mama sekali pergi jalan-jalan." Ujar Nayl pada anaknya sebelum pulang ke rumah. Mereka semua sudah berkumpul di pintu utama.
Naurah yang berada di sebelah mamanya hanya memerhatikan mereka berdua sambil memeluk tubuh. Hatinya berasa tidak sabar untuk lelaki itu pulang. Menyampah!
"Okey papa. Promise?" Jari kelengkengnya di angkat. Nayl tersenyum lebar lalu menyambung jari kelengkengnya. Tangan papanya terus dikucup lalu Nayl mengucup dahi anaknya. Kepala Naufal diusap lembut.
Kini tangan mak longnya iaitu Puan Suraya, dikucup juga. Sebelum pergi dia memberi salam dan melangkah keluar dari rumah itu dan berjalan menuju ke arah keretanya.
Orang pun kaya pastilah keretanya pun mewah. Tak lama kemudian, mereka yang berada di situ terkejut apabila melihat Nayl terjelopok jatuh.
Sungguh sakit apabila dia terasa pipinya ditumbuk seseorang dari arah sebelah kanannya. Dipegang pipinya yang sakit itu.
"Kau buat apa datang sini hah?!" Bentak seseorang itu dengan nada yang meninggi.
Naurah sudah tidak tentu arah apabila melihat papanya sudah pulang. Ya Allah, apa yang aku nak buat ni?
Share this novel