BAB 12

Romance Completed 31452

Naurah melangkah masuk ke dalam kamarnya, duduk dilabuh terus ke atas katil dengan menghela nafas panjang. Dia sungguh rimas dengan gaun pengantin yang di pakainya sekarang ini. Tudung yang sudah senget dikepala itu di tanggalkan. Peluh yang mula basah dileher dan didahi laju dia mengelap.

"Ah, melekit betul badan ni," Rungut Naurah sendiri.

Dia yang baru aje mahu melangkah mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air tersentak apabila pintu biliknya ada seseorang memulas tombol pintu dari luar.

Terkejut dia, apabila wajah Nayl sudah muncul dimuka pintu biliknya.

"Ehem...ehem... Assalamualaikum isteri kesayangan abang." Nayl berdehem sambil tersenyum nakal.

Tergamam Naurah, tajam dia memandang Nayl yang sudah tersenyum-senyum.

"Eee!! Kau buat apa dalam bilik aku ni?! Keluar lah!" Jerit Naurah sambil menolak suaminya keluar dari biliknya. Daun pintu segera ditutup dan dikunci.

"Pandai-pandai aje mamat sengal tu nak masuk dalam bilik aku ni! Hei, sorry! Kau tidur luar!" Marah Naurah sambil melangkah masuk ke dalam bilik air.

Terbahak-bahak Nayl ketawa yang masih berada di hadapan pintu bilik Naurah.

"Eh, Nayl. Kenapa ni? Kenapa tak masuk?" Soal Puan Suraya, pelik melihat Nayl berada di luar bilik Naurah.

"Err...hehehe. Naurah...Naurah halau." Tawa Nayl lagi.

"Hm, buat perangai lagi lah tu si Naurah tu. Nayl, mama harap sangat Nayl tak ambil hati sangat dengan isteri kamu tu." Pujuk Puan Suraya sambil tersenyum manis.

"Eh, tak ada lah, ma. Nayl okey je. Nayl tak ambil hati pun dekat dia,"

"Hah bagus lah macam tu. Harap Nayl boleh tahan sikit dengan perangai Naurah tu." Pesan Puan Suraya.

Dia mengetuk pintu bilik anaknya.

"Naurah... Buka pintu ni. Bagi lah Nayl masuk, dia pun nak rehat." Panggil Puan Suraya sambil mengetuk pintu bilik anaknya.

"Err...tak apa lah, ma. Biar lah dia rehat dulu, mungkin dia penat sangat kut."

"Hah ye lah. Jangan sampai malam ni kamu tidur luar pulak. Macam-macam betul perangai Naurah tu. Okey lah, mama nak masak kejap ya." Ujar Puan Suraya sebelum pergi dari situ.

Nayl mengangguk sambil tersenyum lebar. Dia kembali mengetuk pintu bilik isterinya dengan niat mahu menyakat.

"Sayang...Buka lah pintu ni. Jangan sampai abang pecahkan pintu ni. Sayang..." Panggil Nayl dengan sungguh lembut dan romantik. Dia ketawa kecil.

Naurah yang berada di dalam bilik mandi, dia dapat dengar suara mengada-ada Nayl itu. Dia menjeling ke atas. Geli!

*****

Jam sudah tepat pukul 6 petang. Naurah melihat mamanya dan mak mentuanya sedang sibuk memasak untuk makan malam. Laju langkahnya mendapatkan mereka.

"Wah, sedapnya bau. Mama dengan mak ngah masak apa ni? Ada masak makanan kegemaran Naurah tak?" Soal Naurah sambil tersengih kecil.

"Eh, mesti lah mak ngah masak makanan kegemaran menantu mak ngah ni."

Naurah tersenyum kecil. Rasa agak kekok juga untuk dia memanggil makcik saudaranya dengan panggilan 'Mak'. Ah, sungguh kekok. Selama ini, mak ngah hanya makcik saudaranya dan tidak pernah terfikir pun untuk menjadikan mak mentua.

"Hah, Naurah. Kamu tak payah panggil mak ngah. Panggil aje mak. Mak ngah pun mak kamu juga,"

"Err..." Naurah sudah gagap, susah untuk dia setuju dengan itu.

"Ya, betul tu. Tak elok pula kalau orang dengar Naurah panggil mak mentua dengan panggilan mak ngah. Jadi, mulai hari ni Naurah boleh panggil mak ngah, mak. Tak payah dah panggil mak ngah." Jelas Puan Suraya.

Naurah hanya tersengih menampakkan giginya. Sudah tidak tahu mahu menjawab apa, jadi dia mengalah. Terima je lah, Naurah. Bisik hati kecil Naurah.

"Hah, Naurah. Nanti malam kalau si Nayl tu ada kacau Naurah ke ada buli Naurah ke, Naurah cepat-cepat bagitahu mak tau. Biar mak cekik dia," Pesan Puan Zainab sambil tersenyum sinis. Tangannya yang memegang senduk laju mengacau santan.

"Hm, kak Nab. Bukan Nayl yang buli dia nanti, Naurah yang buli Nayl nanti." Potong Puan Suraya tersenyum senget sambil menggeleng kepala. Sudah dia kenal sangat perangai anak perempuannya itu.

"Hah, yang tu betul. Naurah support," Sambung Naurah sambil terbahak-bahak ketawa. Harap malam ni Nayl tidak kacau dia kalau tak, malam itu akan menjadi peperangan pula.

Pecah tawa mereka bersama. Puan Suraya menggeleng kepala, macam-macam betul perangai Naurah ni. Kalau dapat mood tak elok, habis lah Nayl pasti akan dimarahi teruk oleh Naurah. Puan Suraya sudah tahu dan dia sangat kenal perangai anaknya itu.

"Wah, cakap nampak macam berani. Kalau malam ni orang tu yang takut kena makan macam mana pulak tu?"

Soal seseorang dari arah belakang Naurah. Kemas Nayl memeluk pinggang isterinya. Tersentak Naurah, bulat matanya. Wajahnya mula merah padam dan berbahang. Tetapi, dia cuba untuk tersenyum belagak tenang. Tipu lah kalau saat itu dia tidak gelabah. Pasti lah gelabah teruk!

Puan Suraya dan Puan Zainab sudah tersenyum-senyum memandang mereka berdua. Naurah menggigit bibir, geram pula dia dengan perbuatan Nayl ini. Mahu aje dia tumbuk perut lelaki itu.

"Amboi, sweetnya kau orang berdua ni,"

Puan Suraya mula bersuara sambil tersenyum memandang mereka berdua. Naurah menelan liur, saat ini wajahnya jelas sudah merah padam.

"Tu lah. Kalau Naurah nak tahu, Nayl ni romantik orangnya." Sambung Puan Zainab.

Naurah tersengih, tetapi hatinya sangat panas. Sungguh erat Nayl memeluk pinggangnya sehinggakan Naurah tidak dapat bergerak sedikit pun. Nayl tersenyum nakal.

"Oh, romantik? Romantik ya?" Soal Naurah sambil tersenyum sinis.

Lengan suaminya yang sedang memeluk pinggangnya di cubit kuat, pantas Nayl menarik semula lengannya.

Lengan yang merah itu disapu. Pecah tawa Puan Suraya dan Puan Zainab. Masih lagi mahu bergaduh walaupun sudah berkahwin.

"Aduh, sakitlah..."

"Padan muka!"

Naurah terus menjeling tajam dan melangkah masuk ke dalam.

"Hah, itu makannya kalau kacau isteri yang tengah period pain." Ujar Puan Zainab sambil ketawa kecil.

"Oh, patutlah dia marah-marah hari ni," Nayl tersenyum nakal sambil ketawa kecil.

"Hah, Nayl. Pergi lah pujuk isteri kamu tu, nanti kang tak pasal-pasal kamu tidur luar pulak." Sambung Puan Suraya yang turut ketawa kecil.

"Ya, betul juga. Nayl masuk dulu ya." Ujar Nayl sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Puan Suraya dan Puan Zainab menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Pening mereka berdua melihat kerenah anaknya.

Share this novel

NUR NANA
2021-10-22 19:47:28 

laaa haah lah hahahahha salah2 nanti nana edit balik

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-22 19:44:45 

Nana kenapa assalamualaikum bakal isteri. Mereka sudah sah nikah betul tak, ke bonda salah faham


NovelPlus Premium

The best ads free experience