BAB 45

Romance Completed 31452

Mengalir air matanya apabila melihat Nayl masih belum sedarkan diri. Saat ini dia sungguh risau. Dia juga sudah memberitahu pada keluarga Nayl. Berharap sangat keluarga lelaki itu dapat datang ke hospital melihat keadaan Nayl pada saat ini.

"Mama. Papa tak apa-apa, kan?" Soal si kecil itu yang berada di sebelah Naurah. Makin laju air mata Naurah dengan persoalan anaknya itu.

Lantas dia menarik Naufal dalam pelukannya. Lama dia mengucup kepala Naufal. Air mata tak berhenti-henti mengalir.

"Tak sayang. Tak. Papa okey. Kita doa sama-sama ya moga papa cepat-cepat sedar." Ujarnya memujuk Naufal dan juga dirinya sendiri.

Lama si kecil itu merenung wajah ayahnya yang terlentang di atas katil hospital itu. Tangan ayahnya diusap lembut. Sebak Naurah melihatnya.

Tak lama itu, pintu bilik wad tersebut dibuka seseorang dari luar. Lantas Naurah menoleh memandang melihat tiga susuk tubuh sudah masuk ke dalam wad tersebut.

"Ya Allah, Nayl..." Puan Zainab terus mendapatkan anaknya. Dikucup wajah anaknya dengan kelopak mata mula basah.

Naurah menyeka air matanya. Mengangkat punggung lalu menarik lengan Naufal untuk pergi dari situ. Dia tidak boleh berlama-lamaan di situ. Dia siapa? Dia bukan lagi isteri kepada Nayl.

Lebih baik dia keluar aje dari wad itu. Dia tahu pasti keluarga Nayl membenci akannya kerana egonya, sanggup berpisah dengan Nayl.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Melihat riak wajah Encik Rahim sepertinya dia marah pada Naurah.

Tak lama itu, dia terus mengangkat punggung.

"Naurah..." Suara itu membuatkan badan Naurah kembali berpusing.

Lantas Puan Zainab memeluk erat tubuh Naurah. Sungguh erat. Teresak-esak mereka berdua menangis. Sungguh dia tidak menyangka yang Puan Zainab masih dapat memaafkannya walaupun dia telah hancurkan hidup Nayl.

Kali ini, makin bertambah rasa serba salahnya. Dia rasa, semua masalah yang dia hadapi dengan Nayl sebelum ini, semuanya salahnya kerana mengambil keputusan terburu-buru.

"Mak...Naurah minta maaf. Semua ni salah Naurah..." Ujar Naurah dengan suara yang tersekat-sekat tidak dapat menahan sebak di dadanya.

"Tak. Naurah tak salah pun. Mak yang patut minta maaf dengan Naurah." Air mata Naurah diseka. Walaupun bukan lagi menantunya, tetapi dia tetap sayang akan Naurah. Naurah tetap masih anak saudaranya.

Kini matanya memandang pula pada satu susuk tubuh kecil yang berada di sebelah Naurah. Sungguh comel si kecil itu. Lantas dia memeluk tubuh si kecil itu.

Berkerut dahi Naufal. Naurah tersenyum. Pasti Naufal berasa pelik.

"Cucu nenek. Ya Allah, dah besar. Rindunya nenek dekat cucu nenek ni," bertalu-talu dia mengucup wajah Naufal yang masih terpinga-pinga itu.

"Naufal, ni nenek Naufal." Jelas Naurah perkenalkan Puan Zainab kepada Naufal. Kelihatannya, si kecil itu sedikit mengerti.

"Oh, hai nenek." Sungguh comel suara itu. Puan Zainab menitiskan lagi air matanya. Sungguh dia sedih. Bertahun-tahun tidak jumpa dan akhirnya dapat juga berjumpa dengan cucunya yang selama ini mahu dia jumpa.

Naim yang turut berada di situ hanya sekadar memerhatikan mereka berdua. Senyuman juga turut mekar di bibir. Lega apabila melihat maknya sudah dapat berjumpa dengan cucunya. Kalau tidak, hari-hari tanya pada adiknya mahu berjumpa dengan Naufal.

Naim pula yang mendekati si kecil comel itu. "Hai. Ni Uncle Naim. Nama awak siapa?" Soal Naim mesra. Bukan abang lagi ya, sudah digelar pakcik. Umur pun tak lama lagi dah nak dekat 30 lebih. Jodoh pun masih sesat.

Walaupun dah nak 30 lebih, Naim tetap kelihatan kacak. Jika adiknya kacak, pastilah abangnya jugak kacak. Sudahlah putih, kacak, bergaya pulak tu. Mana orang tidak cair. Tapi, itu lah. Lelaki itu suka sangat menolak perempuan yang mahu memikatnya. Haih, mahu yang special aje.

Kelihatannya, Naufal langsung tidak sedikit pun takut. Malah, si kecil itu lebih mesra dengan Naim.

"Hai Uncle Naim. Nama saya Naufal." Jawab si kecil itu dengan senyuman comel nya. Kalau orang melihat, mahu aje cubit-cubit pipi gebu si kecil comel itu.

"Oh, hai..."

Puan Zainab tak lepas-lepas memandang cucunya. Sudah besar. Comel lagi. Haih, sungguh buat hatinya berasa lega. Tetapi, kenapa Encik Rahim langsung tidak menoleh memandang cucunya.

Adakah Encik Rahim memarahi Naurah?

"Mak. Naurah balik dulu ya. Kalau ada apa-apa, call Naurah tau. Esok Insya-Allah kalau Naurah ada masa, Naurah datang ke sini ya." Tangan Puan Zainab dikucup lalu dipeluk untuk kali kedua. Sungguh dia rindukan Naurah. Hanya Naurah aje yang dia mahu jadikan menantunya. Tiada sesiapa pun boleh menggantikan tempat menantu kesayangannya ini.

"Ya lah. Hati-hati ya." Pesan Puan Zainab. Naurah sekadar mengangguk lalu melangkah keluar dari wad tersebut bersama anaknya.

Dia tidak dapat lagi tahan sebak di dadanya. Sudahlah dia buat jahat pada keluarga Nayl. Tunjuk egonya meninggi lagi pada keluarga Nayl.

Bila berjumpa, bagaikan mereka tiada masalah. Naurah makin berasa serba salah. Mahu aje dia meminta maaf pada mereka. Tetapi melihat mereka semua tenang. Seperti tiada masalah yang mereka hadapi saat ini.

Dapat Naurah lihat wajah bekas bapa mentuanya yang kelihatan masam mencuka itu. Dia pasti, Encik Rahim memarahinya. Saat ini, dia menyalahkan dirinya sendiri. Bukan salah orang lain, tetapi dia.

Tidak salah jika Encik Rahim memarahinya, kerana dia mengaku yang dia salah.

**********

Semua cerita semalam Naurah sudah ceritakan pada keluarganya. Sepertinya, Encik Omar langsung tidak mengambil tahu tentang itu.

Tetapi, Naurah langsung tidak kisah tentang hal itu. Kelihatannya, mamanya sungguh mengambil berat tentang Nayl. Itupun sudah buat dia tersenyum apabila ada juga orang risau tentang bekas suaminya walaupun ayahnya tidak mengambil tahu tentang semua itu.

"Mama tolong jagakan Naufal boleh? Nanti Naurah ambil dia balik sekolah. Naurah kesian lah dekat mak ngah. Semalam muka dia macam penat aje. Mesti dia tak cukup tidur jaga Nayl semalam." Jam sudah tepat pukul 8 pagi. Naufal juga mesra tinggal di rumah nenek dan atuknya. Katanya, banyak mainan di rumah nenek dan atuknya.

"Tak payah lah nak susah-susah kan diri nak jaga dia tu. Orang dah tak pandang kamu pun. Kamu aje yang sibukkan diri nak tunjuk diri tu baik nak jaga dia. Entah-entah dia pun dah tawar hati dekat kamu tu." Sempat Encik Omar menyindir anaknya sendiri sewaktu Naurah sedang tergesa-gesa untuk pergi.

Dia sedikit tergamam dengan kata-kata papanya. Tetapi semua itu ditelan. Alhamdulillah, dia masih boleh bersabar. Puan Suraya memandang wajah anaknya yang mulai berubah.

Untuk menjaga hati Naurah, dia mula bersuara. Kedua-dua tangan Naurah dipegang.

"Hah, ye lah. Naurah jangan risau. Biar mama dan papa aje yang hantar Naufal ke sekolah. Jangan risau ya sayang. Kamu pergi lah selesaikan masalah tu dulu. Nanti dah selesai, kamu datang lah ke sini ya." Naurah mengangguk lalu mengucup tangan mamanya sebelum melangkah pergi dari situ.

"Baik-baik jalan tu." Pesan Puan Suraya sebelum kelibat anaknya menghilang daripada pandangannya.

********

Matanya sekejap-sekejap memandang ke jam di pengelangan tangannya. Sudah tepat pukul 9 pagi. Langkahnya terus masuk ke dalam wad di mana Nayl berada di situ.

Kelihatannya, lelaki itu masih belum sedar. "Mak..." Tangan Puan Zainab dikucup. Berkerut dahi Puan Zainab melihat Naurah muncul di sini.

"Mak balik lah. Biar Naurah aje yang jaga Nayl hari ni. Kesian dekat mak penat. Mak balik, rehat ya."

"Lah, tak apa lah Naurah. Mak pun tak nak menyusahkan kamu. Kamu tu yang kena rehat..."

Lembut Naurah menolak. "Tak apa mak. Naurah okey aje. Mak balik ya."

Puan Zainab sekadar mengangguk lalu tersenyum manis. "Terima kasih ya dan maafkan kami sekeluarga ya jika selama ni kami ada buat salah silap dengan kamu. Dan maafkan Nayl. Jika selama ni di ada sakitkan hati kamu." Kelopak mata Puan Zainab mula basah.

Naurah mencuba untuk menahan sebak di dadanya. Tidak mahu lagi menangis. "Tak ada apa lah mak. Naurah dah lama maafkan Nayl. Mak tak ada salah pun. Naurah yang salah. Naurah terlalu ikutkan ego. Maafkan Naurah mak." Tangan Puan Zainab sekali lagi dikucup lalu dipeluk erat.

"Terima kasih ya, walaupun keadaan tidak lagi seperti dulu tapi kamu masih sudi menerima Nayl, memaafkan Nayl. Terima kasih banyak-banyak." Ucap Puan Zainab. Naurah tersenyum lebar dengan menghela nafas lega. Sungguh hatinya lega tak terkata.

*********

Lama dia merenung wajah lelaki itu. Air mata masih mengalir. Mahu menyentuh tangan lelaki itu, pastilah tidak boleh. Haram!

"Nayl...Saya nak minta maaf. Saya tahu awak tak salah. Saya yang salah sebab saya dah buat keputusan terburu-buru tanpa siasat dahulu. Saya minta maaf sangat-sangat Nayl. Saya dah banyak berdosa dengan awak, saya kasar-kasar dengan awak. Saya buang awak dari hidup saya. Saya halang awak daripada Naufal. Saya minta maaf...." Dia menekup wajahnya. Teresak-esak gadis itu menangis. Berharap sangat lelaki itu cepat menyedarkan diri.

Tidak kuat melihat Nayl begini. Dia mahu lelaki itu menjadi seperti dulu walaupun Nayl bukan lagi suaminya. Dia mahu lelaki itu ceria dan selalu tersenyum. Tidak mahu melihat lelaki itu begini.

Badan di sandar pada kerusi. Air mata diseka. Nafas ditarik dalam-dalam. Menahan sebak, tidak mahu sedih-sedih lagi begini. Dia perlu kuat!

Terkejut Naurah apabila melihat jari-jemari Nayl mula bergerak-gerak. Mata lelaki itu terbuka perlahan-lahan. Naurah mula mendapatkan lelaki itu. Dalam hati berkali-kali dia mengucap kesyukuran kepada Allah. Sungguh dia mahu sangat lelaki itu sedar. Alhamdulillah.

Lelaki itu kembali memejamkan matanya lalu memegang kepalanya yang terasa pening. Naurah teragak-agak mahu mendekati lelaki itu. Takut pula jika Nayl masih memarahinya.

"Awak dah sedar?"

"Aku kat mana ni?"

"Semalam awak pengsan. Sekarang awak ada dekat hospital." Jawab Naurah yang sedikit gagap.

Lelaki itu menoleh memandang di sebelahnya. Tersentak dia lalu lantas dia bangun dari pembaringannya. Kepala yang terasa sakit dipegang.

"Eh, awak kena baring. Awak kan sakit."

"Kau keluar lah. Kau nak apa hah? Kau nak hidup aku jadi lebih teruk lagi ke?! Bukan ke kau dah tak nak tengok muka aku ni dan kau nak bawa anak kau pergi jauh dari aku?! Kenapa kau datang cari aku?!" Marah lelaki itu sambil memandang tajam ke arah Naurah.

Tergamam gadis itu dengan kata-kata Nayl. Terkejut kerana suara Nayl yang meninggi dan terkejut kerana lelaki itu mula berkata kasar terhadapnya.

Tanpa dia sedar, menitis air matanya. "Ke...Kenapa awak cakap macam tu? Saya datang sini cuma nak...minta maaf. Saya tahu saya salah. Tolonglah maafkan saya. Semua ni salah saya. Saya minta maaf Nayl..." Ucap gadis itu dengan masih belum berhenti menangis.

"Hei, kau tak payah lah datang sini jumpa aku nak tunjuk air mata kau tu pastu kau nak cakap yang kau salah. Aku malas lah dengar! Dah lah, pergi lah kau! Biar aku hidup sendiri. Aku mati sendiri!" Ujar Nayl yang masih tidak puas hati terhadap Naurah. Ah, sudah terbalik pulak!

Tempoh hari Naurah yang membenci akan Nayl, kini Nayl pulak yang membenci akan Naurah?

Makin lebat air mata Naurah. Ternaik bahunya apabila Nayl membentak. "Ya. Saya tahu saya salah. Saya dah tahu siapa yang buat video tu. Saya minta maaf sebab dah salah faham dekat awak. Maafkan saya Nayl. Saya mengaku saya salah. Saya minta maaf." Ujar Naurah lagi dengan bersungguh-sungguh.

Lelaki itu sedikit tergamam dengan kata-kata Naurah. Dia dah tahu siapa yang buat video itu? Nayl sendiri yang tidak tahu siapa yang memfitnahnya, bahkan Naurah yang tahu siapa yang fitnahnya selama ini.

Nayl merenung anak mata Naurah lama dengan wajah masih tertanya-tanya. "Kau tahu siapa yang buat video tu?" Soal Nayl pada Naurah.

Gadis itu lambat-lambat mengangguk. "Siapa?"

Hanya menunggu aje nama orang yang memfitnahnya itu keluar dari mulut Naurah, hati sudah semakin panas. Penumbuk dikepal geram.

Naurah baru aje mahu buka mulut, dia terhenti apabila ada seseorang masuk ke dalam wad tersebut. Kedua-duanya berpaling menoleh ke arah seseorang yang masuk ke dalam wad itu.

"Hai, Nayl." Sabrina terus mengambil tempat disebelah Nayl.

"Oh my god, you tak apa-apa ke ni? You okey? Macam mana boleh jadi macam ni sayang?" Soal wanita itu bertalu-talu. Naurah menjarakkan sedikit dirinya daripada katil wad Nayl.

Dia bukan lagi isteri kepada Nayl Uqasyah. Jadi dia tidak boleh masuk campur atau bersuara dengan kehadiran Sabrina.

"I okey je lah. Please, jangan panggil I sayang." Nayl memberi amaran keras pada Sabrina yang mula gedik-gedik itu.

Naurah tersenyum kecil. Menahan tawanya agar tidak terlepas. Padan muka kau minah gedik! Gatal sangat panggil bekas suami aku sayang. Hah, kan dah kena marah! Aku dah cakap dah, hati Nayl masih untuk aku. Jangan harap kau nak rampas bekas suami aku! Bisik hati Naurah sambil menjeling tajam ke arah minah gedik itu, Sabrina.

"Err...You dah makan? I ada bawa makanan untuk you breakfast. Jom kita makan sekali." Bekal makanan diletak ke atas meja sisi katil wad Nayl. Sengaja ditukar topik perbualannya dan dia sengaja buat-buat Naurah tiada di situ.

"It's okey. I tak rasa lapar lagi. Nanti lah I makan." Tolak Nayl. Risau jugak apabila melihat Naurah asyik perhati aje mereka berdua. Dia seakan-akan dapat tahu, pasti gadis itu cemburu. Dia langsung tiada niat mahu cemburukan Naurah dan dia tidak boleh menipu dirinya yang dia masih sayangkan Naurah. Hanya gadis itu yang berjaya buat dia bahagia dan tenang.

Tetapi kerana kata-kata kasar Naurah dia tidak dapat lupakan semua itu. Sungguh hatinya sakit sangat-sangat. Dia hanya mahukan lebih lagi masa untuk memaafkan Naurah.

Dia juga bersyukur sangat kepada Allah yang telah memakbulkan doanya. Hati Naurah mula lembut dan sudah dapat memaafkannya. Sungguh, dia bersyukur kepada Allah.

"Alah, mana boleh macam tu. I penat-penat masak ni untuk you tau. Makan sikit ya. Sikit aje." Paksa Sabrina dengan senyuman manisnya. Tidak dapat lagi Nayl menolak. Dia mengeluh kecil.

"Okey, sebelum tu I nak cuci tangan kejap. You tunggu ya." Dia terus mengangkat punggung dan melangkah ke tandas yang berada di dalam wad tersebut.

Langkahnya berhenti dihadapan Naurah. Sengaja buat-buat tahu yang Naurah ada di sini. Sedangkan tadi dia nampak gadis itu di sini tetapi hanya dijeling aje.

"Eh, Naurah. Dah lamanya I tak nampak you. You apa khabar sihat?"

Makin panas hati Naurah pada saat ini. Dibuat-buat wajah tenang dengan senyuman lebar di bibir. "Err... Alhamdulillah sihat." Terpaksa lah melayan si minah gedik tu.

Eee! Minah gedik ni saje je buat-buat baru jumpa dengan aku kan?! Selama ni bukan main lagi kau kata kat aku yang kau tu nak ambil Nayl. Hah, sekarang mana? Kahwin dengan Nayl pun belum, Nayl layan dia pun nak tak nak. Ada hati nak pikat bekas suami aku. Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling Sabrina atas bawah.

"Okey, nanti kita sembang lagi ya. I nak ke tandas kejap." Wanita itu tersenyum sinis lalu melangkah masuk ke dalam tandas.

Saat ini entah mengapa Naurah berasa sungguh kekok apabila berdua-duaan bersama Nayl. Lebih-lebih lagi Nayl merenungnya atas bawah lagi lah dia berasa gelabah dan tak tentu arah.

Terkebil-kebil matanya memandang ke tempat lain. Tidak mahu memandang lelaki dihadapannya itu. Beg tangan lantas dicapai lalu dia melangkah keluar dari wad tersebut.

Langkahnya terhenti apabila lelaki itu bersuara. "Kau nak pergi mana?" Soal lelaki itu. Naurah sedikit menunduk.

"Err...Saya...Saya nak balik."

"Balik? Bukan ke kau cakap kau nak jaga aku hari ni? Asal tiba-tiba nak balik pulak?" Soal Nayl yang tidak puas hati apabila Naurah sudah berjanji untuk menjaganya hari ini tetapi gadis itu pulak yang pulang.

"Eh, saya tak cakap pun yang saya nak jaga awak..."

"Kau jangan nak tipu lah. Aku dengar kau cakap dengan mak aku." Balasnya dengan sedikit meninggi. Tetapi dalam hati berharap sangat gadis itu tidak pergi meninggalkannya. Dia mahu sentiasa berada di sisi Naurah.

Naurah menelan liur. Jadi, tadi apa yang dia cakap dengan Puan Zainab, Nayl telahpun dengar semua kata-katanya? Ah, sungguh memalukan!

Wajah gadis itu mula merah. Nayl menyembunyikan senyumannya. Dia tahu apa yang gadis itu sedang fikirkan. Selama Naurah menjaganya tadi, dapat dia lihat Naurah menangis teresak-esak sambil meminta maaf padanya. Sungguh dia berasa bersyukur.

Nayl tersenyum kecil. "Err..." Naurah gagap. Kaki tidak tahu mahu melangkah ke mana.

"Aku nak makan. Kau boleh suapkan tak?" Soal lelaki itu kali ini nada suaranya sedikit menurun.

Suap? Eish! Mamat ni saje je nak kenakan aku kan?! Ada tangan kan? Makan lah sendiri! Tak payah lah nak bersuap-suap bagai! Bebel Naurah dalam hati sambil menjeling ke atas.

Dia mengambil tempat di sisi Nayl. Bekal makanan yang dibawa oleh Sabrina tadi dicapai. "Eh, asal kau ambil bekal dia pulak?"

"Awak kan nak makan."

"Aku tak nak makan makanan dia. Aku nak makan makanan yang kau bawa untuk aku tu."

Oh, lupa! Sebelum dia ke hospital tadi sempat dia memasakan makanan untuk Nayl. Tak sangka pulak Sabrina yang beria itu juga turut bawa makanan untuk Nayl.

Naurah gelak di dalam hati. Padan muka! Makanan kau tu bekas suami aku bukan nak pun. Entah-entah, kau dah jampi makanan tu nak bekas suami aku tergoda dengan kau. Hei, memang tak lah! Bebel Naurah lagi yang masih tidak puas hati dengan wanita itu.

"Woi! Kau mengelamun apa? Aku nak makan ni. Boleh pulak kau berangan." Nayl menjeling tajam tetapi disebaliknya dia berasa serba salah buat begitu pada Naurah. Kesian.

Gelabah Naurah lantas mengambil bekalnya yang dibawa tadi. Dibuka penutupnya lalu dia mencapai sudu dan dihulur pada Nayl.

"Nah..."

"Suap lah. Tak nampak ke aku sakit ni!"

Eish! Kau tu bukannya patah tangan pun! Eee! Sakit hati pulak aku dengan mamat ni lah! Naurah menjeling.

Sudu yang berisi nasi disuakan pada Nayl. Nayl masih lagi mampu menyembunyikan senyumannya.

Mulut terus dibuka. Dengan serentak itu, Sabrina keluar daripada tandas. Dapat dilihat dengan jelas yang Nayl sedang bermesra dengan Naurah. Tetapi, gadis itu hanya sekadar menyuapkan Nayl makanan aje.

Sabrina mula sakit hati. Dia cemburu. "Kenapa you tak makan makanan yang I bawak ni? I masak ni untuk you tau." Ujar Sabrina mendapatkan Nayl. Kecewa dia melihat bekalnya tidak terusik.

"Nantilah I makan. Tekak I rasa nak makan nasi goreng pulak." Balas Nayl tanpa rasa serba salah.

"Yalah, I tahu. Masakan bekas isteri you kan sedap. Lain lah dengan I. I ni pun jarang-jarang masuk dapur. Mestilah makanan I tak seberapa sedap macam makanan yang dimasak oleh bekas isteri you tu." Ujar Sabrina sambil menjeling tajam ke arah Naurah.

Sungguh saat ini dia berasa sangat cemburu. Melihat Naurah suap Nayl lagi bertambah cemburunya. "Sabrina, tak ada kena mengena pun dengan bekas isteri I. Kita orang dah tak ada apa-apa lagi. Makanan yang dia masak pun bukan sedap, tapi tekak I aje nak makan nasi goreng. Walaupun tak sedap, terpaksa lah I telan. Nanti makanan you tu I makan ya." Pujuk Nayl. Tetapi kelihatannya seperti bukan memujuk, bagi menambah sakit hati Naurah lagi ada lah!

Sabrina tersenyum. Naurah mula panas. Dia mengetap gigi. Oh, tak sedap? Siap kau!

Satu sudu nasi disuakan lagi ke mulut Nayl. Kali ini bukan lembut dia suap pada mulut lelaki itu, siap bagi pakej percuma lagi yang dia menyuap ke dalam mulut Nayl dengan menjolok ke dalam mulut lelaki itu. Padan muka!

"Aduh, sakitnya. Apa ni jolok-jolok mulut orang? Sakit tahu tak?! Suap lah elok-elok!" Marah Nayl. Naurah hanya sekadar tersenyum sinis.

"Oh, sakit. Kalau tak sedap, nasi ni takkan awak makan. Tapi, saya tengok nasi ni dah nak habis awak makan. Kalau macam tu, tangan awak tu masih ada kan? Tak cacat kan? So, suap sendiri! Jangan nak arah-arah orang sangat lah!" Giliran Naurah pulak yang memarahi lelaki itu. Siap menyindir lelaki itu lagi. Bekal makanannya diletak kembali di atas meja. Menyampah!

Punggung terus diangkat lalu dia melangkah keluar dari wad itu dengan hati yang terlalu sakit! Perit!

Sabrina tersenyum sinis. Haih, senang lah rancangan aku kali ni.

Dia pula yang berdiri dan sengaja menjatuhkan tubuhnya di atas tubuh Nayl. Naurah yang baru aje mahu melangkah keluar dari wad Nayl tersentak melihat mereka berdua begitu. Makin bertambah sakit hatinya.

"Auch!"

"Eh, you okey tak ni?"

"Okey je. Kaki I ni terseliuh. Sorry..."

"It's okey. But, you okey?"

"Okey je." Dia tersenyum lebar.

Hatinya mahu meletop saja saat ini. Penumbuk dikepal geram. Dia mendengus kasar lalu melangkah keluar dari situ sambil menghentak kaki dengan kuat. Sengaja buat begitu memberi isyarat pada Nayl yang dia sedang marah. Bukan marah aje, cemburu pun ada. Bercampur lah jugak perasaannya pada saat ini.

Nayl menoleh memandang Naurah sudah keluar. Dia pasti, gadis itu marah akannya. "Err..." Baru aje mahu memanggil Naurah, Sabrina sudah bersuara dahulu.

"Err...You macam mana sekarang? Okey? I risau tau bila dapat tahu yang you masuk hospital. Nasib baik lah you tak sakit teruk sangat." Sengaja ditukar topik lain. Sambil-sambil itu giliran dia pula yang menyuap nasi pada Nayl.

Nayl langsung tidak membuka mulut malah hanya menepis yang dia tidak mahu lagi makan. Sabrina mengeluh kecil.

Dia tahu, pasti Naurah cemburu dan marah padanya. Aduhai! Apa yang kau dah buat ni Nayl?! Bukan ke kau yang nak sangat berbaik semula dengan Naurah? Kenapa kau tambahkan lagi kemarahan dia?!

**********

Menitis air matanya. Sudah dia tahu, pasti Nayl masih marah padanya. Sepanjang hari ini, hanya air mata yang banyak mengalir.

Tidak mampu menahan sebak di dada, segala-galanya dilepaskan tanpa berkata apa-apa. Hanya air mata yang keluar dengan lebat. Makin dia ingat akan lelaki itu, makin lebat air matanya mengalir di pipi.

"Sampai bila kau nak menangis macam ni? Mata pun dah bengkak asyik menangis. Babe, menangis ni tak boleh nak buat apa-apa tau. Aku tahu perasaan kau macam mana, tapi jangan terlalu menangis. Terlalu sedih macam ni, bertanda kau lemah. So, tunjukkan diri kau yang kau ni kuat. Dah, dah...jangan nangis-nangis lagi." Air mata Naurah diseka lantas Naurah memeluk erat tubuh Aina.

"Dia masih tak maafkan aku Aina. Dia benci aku." Aina menggosok lembut belakang sahabatnya dengan menghela nafas panjang.

"Naurah, aku yakin yang Nayl tu masih sayangkan kau. Mustahil lah lelaki tu bencikan kau. Selama ni, dia yang kejar-kejarkan kau tahu? So now, kau kena berusaha lagi. Lebih rapat lagi dengan lelaki tu. Tak lama nanti, mesti punya hatinya lembut dan mula maafkan kau." Pujuk Aina berharap gadis itu bertenang.

"Isy! Kurang ajar betul lah minah gedik tu. Mana kau orang berdua ada, mesti ada dia! Nak kena ajar minah gedik ni!" Marah Aina pula pada Sabrina. Kalau terbayang wajah minah gedik tu, bertambah membara api kemarahannya pada saat ini.

Naurah termenung seketika. Berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk lebih rapat lagi dengan lelaki itu. Aina pula tak habis-habis lagi membebel memarahi minah gedik itu.

Sakit pulak hatinya sekarang ni!

Tak lama itu, baru Naurah sedar sesuatu. Beg tangannya!

"Eh, jap. Mana beg tangan aku ya? Tadi aku ada bawa ke tak bawa ya? Aina, kau ada nampak tak?" Soalnya yang mula risau. Pelbagai barang-barang berharga ada di dalam beg itu.

Patutlah dia berasa dirinya seperti ringan tidak bawa apa-apa beg. Dia mula risau. Takkanlah tercicir? Telefon, beg duit dan bermacam-macam lagi semuanya di isi ke dalam beg. Matilah kalau hilang!

"Tadi kau datang ke sini, aku tak nampak pulak kau bawa beg tangan kau tu. Ke...hilang?"

"Tak. Aku bawak tadi. Aduhh, mana pergi pulak ni?" Naurah menggaru kepalanya sambil itu mata mencari-cari beg tangannya di sekeliling yang dia berada saat ini.

"Sebelum kau datang sini kau ada pergi mana-mana tak?"

"Tak ada pun. Aku pergi hospital terus lah aku datang ke sini."

"Hm, sah. Beg kau ada kat wad Nayl. Itu dinamakan jodoh kau orang berdua masih kuat. Tuhan tu dah takdirkan untuk kau berjumpa sekali lagi dengan Nayl. Mana lah tahu Nayl dah dapat maafkan kau." Aina tersenyum lalu menyiku sedikit lengan Naurah.

"Tak ada maknanya lah. Lelaki tu dah benci aku. Buat apa aku beria-ia dengan dia. Sekarang ni, aku pening macam mana aku nak datang ke sana lagi. Aku dah lah merajuk dengan dia takkan aku pergi sana semata-mata nak ambil beg tangan aku je?" Ujar Naurah yang mula gelisah. Kini mata menangkap wajah sahabatnya.

"Err...Aina..." panggil Naurah pada sahabatnya sambil membuat muka manja.

"Ah, tak boleh tak boleh. Malam ni aku busy sikit. Aku tak boleh nak tolong kau ambil beg tangan kau. So, kau yang kena pergi. Okey bye. Aku nak sambung kerja aku dulu." Aina terus melangkah keluar dari pejabat Naurah.

Gadis itu mendengus kasar. Hm, nak buat macam mana? Dia tetap kena pergi ke hospital itu semula semata-mata mahu mengambil beg tangannya.

Sungguh memalukan!

Hai guys! Done update ^^ Sorry lambat update. Hope korang happy dengan chapter ni. Kali ni, dia orang berdua merajuk teruk hahahaha >< Jangan lupa komen sekali ya, thanks! <3 bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience