"Wei, serius lah dia cakap macam tu dekat kau?" Soal Aina yang sudah terlopong. Terkejut mendengar apabila Naurah ceritakan semuanya tentang apa yang Sabrina cakap padanya semalam. Naurah mengangguk lemah.
"Isy....Tak boleh jadi ni! Aku rasa lah kan, dia sengaja fitnah suami kau tu. So, kau percaya lah? Yang dia bekas kekasih Nayl? And, dia kata Nayl tu kaki perempuan? Kau percaya?" Soal Aina bertalu-talu.
Disebabkan hari ini ialah hari cuti pekerja. Naurah datang ke rumah kawan baiknya ini. Nasib ada Aina, tempat untuk luahankan perasaannya saat ini. Hanya Aina aje yang faham dirinya.
Naurah hanya mengangkat bahu dengan soalan Aina. Dia sudah ligat untuk berfikir.
"Wei, babe. Jangan diam je. Kau tak boleh macam ni, takkan kau nak tengok je suami kau tu kena fitnah. Aku rasa minah gedik tu dia fitnah suami kau. Mana lah tahu dia nak dekat dengan suami kau ke, lepastu dia buat macam tu dekat kau. Dia cerita benda buruk dekat kau. Please, jangan percaya! Tak ada bukti pun. Kau pernah ke nampak Nayl tu keluar dengan perempuan lain? Tak, kan? So, please jangan percaya!" Bersungguh-sungguh Aina memujuk sahabatnya agar tidak percaya dengan kata-kata jahat Sabrina.
"Tapi, aku pelik...."
"Pelik apa?"
"Aku tengok dia orang tu dah macam kenal rapat sangat. Nayl layan dia pun mesra. Aku rasa, Sabrina tu memang betul bekas kekasih Nayl..."
"Habis tu, kau nak mengamuk dekat Nayl? Kau nak marah Nayl? Macam tu? Ya, aku tahu kau cemburu. Tapi, kau kena ingat. Ingat macam ni...Yang minah gedik tu hanya lah kawan kerja laki kau. Kata-kata minah gedik tu kau tak payah nak dengar. Ok? Jangan lah kau stress-stress macam ni. Dah tak nampak comel dah. So now, keep smile. Jangan fikir-fikir lagi, ok?" Pujuk Aina lagi sambil tersenyum lebar. Melihat wajah Naurah jelas yang gadis itu sedang serabut, ligat berfikir dan ada rasa terluka. Kesian pula dia melihat Naurah asyik berfikir benda tak elok pada Nayl.
Nasib lah dengan pujukkan Aina, Naurah sedikit lega hatinya walaupun masih lagi sakit. Aina tersenyum melihat kawannya juga turut tersenyum. Kesian juga bayi di dalam perut tu jika Naurah asyik serabut berfikir. Aina cuba memberi kata-kata semangat pada kawannya dan Naurah juga sedikit dapat tenangkan fikirannya.
******
Nayl yang baru sedar dari lenanya, terkejut dia melihat pagi-pagi lagi isterinya sudah tiada disebelahnya. Kepala digaru sambil melepaskan menguapnya. Telefon di atas meja sisi katil dicapai, melihat jelas di skrin telefon bimbitnya sudah pukul 10 pagi.
Bingkas dia bangun, hari ini ialah hari dia cuti kerja. Ikutkan hati, dia mahu meluangkan masa bersama isterinya. Lagi beberapa bulan aje lagi, dia akan dapat tahu jantina anaknya. Hanya tuhan aje yang tahu hatinya saat mahu tahu jantina anaknya.
Otaknya saat ini sedang gelisah apabila melihat Naurah tiada di rumah. Telefon dicapai semula, jarinya menari di atas skrin telefon. Mencari nombor Naurah. Kini telefonnya berada di telinga.
"Hah, aku ada masak makanan kegemaran kau yang paling sedap! Eh, of course lah sedap, kan?" Pecah tawa Naurah, kepalanya yang serabut itu terus hilang masalah apabila melayan Aina.
"So, nak bagi anak kau comel, kau kena makan sayur. Sayur sawi ni untuk kau." Sup sayur sawi di cedok masuk ke dalam pinggan Naurah.
"Okey, thank you babe."
Naurah memandang Aina yang banyak menolongnya saat dia susah. Lengan kawannya dipegang. Sungguh dia terharu. Aina tersenyum lebar.
"Alah, jangan lah sedih-sedih. Aku tolong kau ni ikhlas tau. Kau kan kawan aku...Dah, dah. Aku dah lapar ni, makanan pun dah ada depan mata. Kalau kau sedih-sedih macam gini, nanti tertukar dalam drama air mata pula." Bebel Aina. Naurah ketawa kecil.
Selesai mengaminkan doa. Mereka terus menjamah makanan tersebut. Nasi yang baru aje mahu masuk ke dalam mulut terhenti apabila telefon bimbit Naurah berbunyi. Dia mendengus kasar.
"Haih, kacau betul lah!"
"Siapa yang call?"
"Entah, biar lah. Dah jom makan."
"Isy...Tak elok tu. Lebih baik kau pergi angkat. Mana lah tahu mama kau ke? Papa kau ke?"
"Pagi tadi baru je aku call mama tanya khabar. Mungkin bukan mama aku kut. Nak kata papa aku lagi lah bukan, papa aku tu kan serius memanjang. Takkannya dia nak call aku. Call pun ada hal kerja je."
"Kalau bukan mama papa kau, aku rasa...Nayl? Suami kau?"
Naurah mengeluh kecil mendengar nama itu.
"Hm, bukan dia lah. Dah jom makan. Biarkan telefon aku tu, nanti mati lah sendiri."
"Eh, jangan lah macam tu. Pergi lah angkat. Nanti tak syok pula makan."
Talian dimatikan, Nayl mengeluh kecil apabila Naurah tidak mengangkat call nya.
"Kemana dia ni pergi? Kenapa tak bagitahu aku?" Soal Nayl sendiri yang mula gelisah. Terhulur-hilir dia di dalam bilik itu, sudah tidak senang duduk.
"Hah, tu kan dah senyap. Jangan risau lah. Nanti aku call orang tu balik." Kali ini Aina tidak menyuruh dia lagi. Dia terus diam apabila telefon Naurah kini diam semula. Naurah tersenyum kecil, tetapi di dalam hatinya sedang bebel marah orang yang sedang hubunginya tadi.
"Okey, kalau orang tu call balik, kau angkat."
"Isy...Kau ni banyak cakap lah. Dah makan cepat. Cakap nak pergi beli barang baby sekejap lagi? Dah cepat."
Naurah terus memasukkan nasi ke dalam mulut. Sayur sawi juga di masuk ke dalam mulut. Ah, sungguh sedap masakan kawannya. Senang lah dia mahu buli Aina agar memasakan makanannya kali ini.
Nayl sudah tidak tentu arah. Tak boleh jadi! Dia kembali hubungi nombor Naurah.
Sedang mereka tenang menjamah makanan, bunyi lagi telefon Naurah. Naurah mendengus kasar. Kali ini dia sudah tidak tahan lagi. Hatinya sungguh panas.
"Hah, kan...Aku dah agak dah, mesti punya orang tu call kau lagi. Dah angkat cepat." Arah Aina. Naurah mengeluh panjang. Sudu yang dipegang di letak semula ke atas pinggan. Beg tangan yang berada di sebelahnya dicapai lalu dia mengambil telefon bimbitnya yang masih bunyi itu.
"Siapa call?"
Malas mahu menyebut nama orang itu, Naurah hanya menunjuk skrin telefonnya yang tertera nama Nayl itu pada Aina. Bulat mata Aina.
"Hah, kan aku dah kata Nayl call..."
Naurah menjeling telefon bimbitnya, dia meletak semula telefonnya di atas meja. Malas dia mahu mengangkat call Nayl.
"Malas lah aku nak angkat..."
"Eh, kau ni...Angkat lah. Mana lah tahu, dia ada emergency ke? Dah angkat lah."
"Isy...Aku malas lah. Biarlah dia...Aku tahu dah, mesti punya dia nak marah aku sebab aku keluar tak bagitahu dia." Ujar Naurah sambil menjeling ke tempat lain.
Aina menggeleng kepala. Telefon bimbit Naurah yang masih berbunyi itu, laju di capai.
"Hello, ni bos ke? Err...Maaf bos. Saya Aina, kawan Naurah. Naurah ada dekat rumah saya." Jawab Aina dengan hati yang berdebar saat ini.
Bulat mata Naurah memandang. Terkejut dia, makin panas hatinya saat ini. Geram pula dia dengan Aina yang sesuka hati mengangkat call nya.
"Oh, Aina. Err...Naurah ada dekat situ ke?"
"Iya, bos. Bos nak cakap dengan dia ke? Oh boleh, sekejap ya." Telefon kini dihulur pada Naurah.
"Hei, matikan telefon tu sekarang! Kau ni memang nak kena lah!" Bisik Naurah yang sudah marah.
Aina menahan tawanya agar Nayl tidak dapat dengar suaranya di dalam talian itu.
"Isy! Ambik lah cepat!" Tangan Naurah dicapai lalu dia meletakkan telefon tersebut pada tangan Naurah.
"Jawab cepat! Jangan jadi isteri derhaka!" Sempat Aina berbisik. Dia terus mengangkat punggung dan berlari anak masuk ke dalam dapur. Tak mahu ganggu mereka berdua sedang hubungi.
"Hello, sayang..." panggil Nayl yang jelas dia sedang risau.
Naurah tidak menjawab, dia menjeling tajam ke tempat lain.
"Kenapa sayang tak bagitahu abang awal-awal yang sayang nak keluar? Sayang jangan lah buat abang macam ni. Abang risau tau," ujar Nayl. Masih sama, Naurah hanya berdiam diri. Mahu aje dia matikan talian itu, tetapi dia terpaksa jawab call tersebut kerana Aina.
"Sayang...."
Panggil Nayl. Naurah masih senyap.
"Sayang jangan lah buat abang macam ni. Saya ada buat salah dengan awak ke? Awak merajuk ke? Sayang, abang ambil saya balik ya. Share location dengan abang ya. Nanti abang datang ambil sayang." Malas dia mahu berdiam lagi. Dia terus menjawab untuk menamatkan talian itu.
"Mana ada saya merajuk. Eh, awak tak payah lah ambik saya. Hari ini saya nak lepak rumah Aina kejap. Nanti saya balik lah." Jawab Naurah malas-malas.
Akhirnya, jawab juga gadis itu dengan suara yang sedikit tinggi. Sah, dia merajuk! Lega Nayl mendengar suara isterinya. Dia mengukir senyuman dibibir.
"Oh, err...Ok. Nanti kalau nak abang ambil kan, call abang ya."
"Hm, ok." Jawab Naurah dan laju jarinya menekan pada skrin telefon tersebut untuk mematikan taliannya bersama Nayl. Nafas lega dihela.
Berkerut dahi Nayl. Baru aje dia mahu bercakap lagi, tetapi Naurah telahpun mematikan talian itu.
"Hah, macam mana? Okey tak?"
"Tak ok pun ok je lah." Jawab Naurah. Dia meneruskan menjamah makanannya yang tinggal sisa itu.
Aina tepuk dahi. Ingatkan makin baik, rupanya masih merajuk.
*******
Jam sudah tepat pukul 12 tengah hari. Masih menunggu isterinya pulang ke rumah. Dia masih tertanya-tanya, kenapa Naurah macam marah dekat aku? Dia merajuk ke? Apa yang aku buat dekat dia? Hari lain elok aje dia, mungkin perangai orang mengandung kut. Bisik hati Nayl sambil menghirup kopi di dalam mug.
Tak lama itu.....
TING! TONG!
Mata yang sedang fokus pada television, kini beralih memandang ke arah pintu utama. Senyuman lebar sudah terukir dibibir. Pasti Naurah pulang!
Bingkas dia mengangkat punggung dan melangkah ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas, wajah yang sungguh jelas nampak gembira itu serta-merta pudar apabila melihat keluarganya yang datang ke rumah. Dia sedikit mengeluh kecil.
"Mak ayah, along. Duduk lah dulu. Nayl buatkan air kejap." Pelawa Nayl dan melangkah masuk ke dapur.
"Eh, tak perlu lah Nayl. Mak ayah dan along dah minum sebelum datang ke sini." Tolak Puan Zainab lembut.
Mereka terus melabuhkan duduk. Nayl cuba menyembunyikan wajahnya yang jelas sedikit gelisah itu. Tetapi, dia tidak dapat bohong ibunya yang sedang perhati wajahnya lama.
"Mana Naurah?" Soal Encik Rahim.
Nayl sedikit gagap. Otaknya sedang mencari alasan yang perlu diberikan kepada mak dan ayahnya. Dia menelan liur, bibir diketap.
"Err...Dia...Dia keluar, jumpa kawan." Jawab Nayl dengan sedikit gagap.
"Lah, ingatkan dia ada. Ni, kenapa muka Nayl macam lain je? Ada apa-apa masalah ke?" Soal Puan Zainab tiba-tiba. Tersentak Nayl.
"Err...Ma...Mana ada, mak..."
"Betul tu mak, along tengok muka dia pun macam lain. Ke, kau gaduh dengan Naurah?" Gurau Naim, dia sengaja kenakan adiknya. Makin laju jantungnya berdebar saat ini. Wajahnya yang mula gelabah cuba di sembunyikan lagi. Senyuman mekar dibibir.
"Eh, kau ni...Mana ada gaduh. Tadi dia dah minta izin dengan Nayl dah sebelum dia keluar. Mana ada kita orang gaduh." Nayl cuba jelaskan. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun kata-kata mereka benar yang dia sedikit tidak rapat dengan isterinya hari ini.
******
"Okey, so kita dah beli barang-barang baby. Tinggal hanya baju baby aje. Kalau baby tu anak perempuan, aku orang pertama yang beli baju baby ya." Pecah tawa Naurah. Susah betul untuk dia berdiam diri jika bersama Aina. Aina memang suka dengan bayi perempuan. Itulah dia rajin mahu beli baju baby perempuan.
"Okey, thank you babe. Nanti aku bayar balik duit yang kau beli barang-barang baby ni."
"Eh, tak payah. Kau jangan nak mengada-ada ya! Aku beli barang ni ikhlas dari hati. Dah pergi balik, dah pukul 6 petang ni. Suami kau tak marah ke kau satu hari tak balik rumah? Dari pagi hingga lah petang, kau tak balik rumah. Tak apa ke? Nayl tak marah?" Takut pula dia kalau keluar rumah bersama isteri orang tanpa beritahu pada suami. Dia yang tak salah nanti dia pula yang kena marah.
"Taklah. Kau jangan lah risau, dia tu okey lah."
"Betul ke ni?"
"Iya, pretty."
"Okey, nanti apa-apa rojer-rojer aku."
"Okey. Thank you again."
Naurah terus keluar dari perut kereta Aina. Kereta gadis itu terus bergerak pergi dari kawasan perumahan kondo tersebut. Naurah terus berjalan melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka.
Baru aje mahu melangkah masuk ke dalam lif, tubuhnya terus lemah apabila ada seseorang yang berada di belakangnya menutup mulutnya dengan kain. Dia cuba untuk menjerit meminta pertolongan, tetapi saat itu dia sudah tidak merasakan apa-apa lagi. Matanya tertutup rapat. Beg plastik yang dipegang tadi, jatuh ke bawah.
******
Nayl sudah gelisah. Kali ini dia betul-betul gelisah tak tentu arah. Hatinya saat ini betul-betul tidak sedap. Banyak kali dia hubungi Naurah, tetapi gadis itu tidak mengangkat call nya.
"Kenapa ni, Nayl? Terhulur-hilir, jalan sana sini. Cuba lah duduk." Pening Puan Zainab melihat anaknya daripada tadi berjalan sana sini sambil memegang telefon bimbit.
"Nayl cuba call Naurah, tapi tak angkat. Dah nak malam ni, takkan tak balik lagi." Ujar Nayl dengan nada suaranya yang sungguh risau.
"Lah ya ke? Cuba kamu call dia lagi. Mak pun risau, dia dah lah mengandung. Lagipun, dah nak malam ni, takkan tak balik lagi."
"Dah, Nayl dah call dia. Tapi tak angkat. Jap, Nayl call kawan dia."
Nombor Aina di cari, telefon kembali di letakkan ke telinganya.
Aina yang sedang memandu kereta, terkejut melihat skrin telefonnya nama Nayl. Nombor bos manager nya menghubungi dia. Senyuman gatal terukir dibibir. Susah untuk bos manager nya hubungi staf di hotel Fortune.
"Ah, mungkin aku orang pertama yang bos call kut." Senyuman gatal masih mekar di bibir.
Sebelum bersuara, dia sempat berdehem. Mahu mengeluarkan suara betinanya. Tak mahu nanti, terkeluar suara jantan pula.
"Ehem...Ehem. Assalamualaikum bos. Err...Bos call saya ni ada apa ya?" Ucap Aina dengan sungguh lembut.
"Waalaikumusalam. Maaf kalau saya ada ganggu, saya nak tanya. Naurah masih ada lagi ke dengan awak? Ke dia dah balik?" Soal Nayl laju. Dia sudah tidak boleh duduk diam
"Eh, tadi saya baru aje hantar dia balik ke rumah. Dia tak sampai lagi ke dekat rumah?" Soal Aina. Berkerut dahinya apabila Nayl menyoalnya begini.
Dapat aje jawapan Aina, wajahnya mula berubah. Dia memandang maknya di sebelah.
"Hah, macam mana Nayl? Naurah ada ke?"
******
"Woi! Bangun, bangun!!" Dengan jeritan itu, perlahan-lahan Naurah membuka mata. Dia sudah sedar, tetapi dia tidak tahu sekarang dia berada di mana. Melihat sekeliling, dia sudah berada di dalam satu rumah besar yang sangat buruk. Sepertinya itu rumah besar. Rumah yang terbiar. Melihat sekeliling itu, sungguh buruk.
"Saya...Dekat mana?" Matanya saat ini kabur, tidak nampak jelas. Kedua-dua tangan dan kakinya diikat. Terkejut dia melihat tiga orang lelaki yang berbadan sasa sudah berada di hadapannya. Mereka tersebut tersenyum sinis.
"En... Encik ni, siapa?" Soal Naurah gagap. Dia mula takut.
Perutnya pula terasa sakit saat dia sedang mamai. Melihat tangan dan kakinya yang telah diikat, bulat matanya saat ini. Tersentak dia melihat sekelilingnya.
"Kau...Kau orang siapa?! Lepaskan aku!" Jerit Naurah, dia cuba untuk buka ikatan di pengelangan tangannya. Tetapi tidak berjaya. Dahinya mula berpeluh, badan juga sudah menggeletar.
"Kita orang siapa, kau tak perlu tahu. Kau nak selamatkan?" Salah seorang lelaki yang berbadan sasa mula bersuara.
Saat ini mulutnya berat untuk bersuara. Laju dia mengangguk. Air mata mula jatuh di pipi.
"Kalau kau nak selamat, aku nak 50 juta dulu. Baru aku lepaskan kau. Kalau kau tak dapat bagi aku duit sebanyak tu, kau akan..." Dia mendekati Naurah yang sudah gigil ketakutan. Satu beg hitam yang berada disebelah nya di ambil lalu dia mengeluarkan sebilah pisau dari dalam beg itu. Bulat mata Naurah, nafasnya naik turun.
Tergamam Naurah apabila pisau tersebut sudah berada di pipinya. "Kau akan...Mati!" Ucap lelaki tersebut dengan senyuman sinis dibibir. Naurah menelan liur. Laju air matanya menurun membasahi pipi. Saat ini dia sungguh sesak nafas, terkejut dia dengan ugutan lelaki itu.
"Tolong lah lepaskan saya, Encik. Saya merayu sangat, tolong lepaskan saya." Rayu Naurah dengan esakan tangisannya. Kini mata lelaki tersebut menurun memandang perut Naurah yang memboyot itu.
"Oh, kau mengandung? Kesian." Pipinya diusap lembut oleh lelaki itu, laju Naurah menepis kuat. Tajam dia memandang lelaki tersebut.
"Lepaskan lah aku! Tolong lah! Lepaskan akuu!" Bentak Naurah lagi.
"Jangan sampai pisau ni bunuh anak kau sekali..." ujar lelaki itu sambil menunjukkan pisau tersebut. Mereka ketawa jahat. Makin takut Naurah, dia sudah tidak tahu mahu buat apa. Mahu menjerit meminta tolong, melihat sekeliling dia bukan berada di sebelah rumah orang, tetapi dia berada di rumah lama. Laju air matanya menurun, teresak-esak dia menangis ketakutan.
*******
Nayl sudah tidak tahan lagi apabila Aina bagitahu padanya yang Naurah tidak ada bersamanya. Makin tidak senang duduk lelaki itu.
"Eh, Nayl nak pergi mana tu?" Soal Puan Zainab apabila melihat Nayl melangkah keluar dari pintu utama.
"Nayl nak cari Naurah." Jawab Nayl. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah keluar dari rumah.
"Mak ayah, along teman Nayl kejap." Ujar Naim, dia turut melangkah keluar dari rumah.
"Abang...Saya rasa tak sedap hati lah. Awak rasa ke mana ya Naurah tu pergi?"
"Nab, kamu jangan risau. InsyaAllah, tak ada apa-apa terjadi. Awak janganlah fikir bukan-bukan. Kita banyakkan berdoa, agar permudah urusan mereka." Pujuk Encik Rahim. Puan Zainab hanya mengangguk lemah, hatinya saat ini sungguh gelisah.
******
"Abang." Panggil Puan Suraya lalu mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.
"Emm..."
"Esok saya nak pergi rumah Naurah dan Nayl lah. Rindu pula saya dekat anak saya dan menantu saya tu."
"Tak payah lah kacau dia orang tu. Dia orang kan tengah sibuk dengan kerja," jawab Encik Omar tanpa memandang isterinya di sebelah. Matanya sedang fokus pada television.
"Entah lah bang. Saya rasa tak sedap hati lah,"
"Awak ni.... Dah, dah lah tu. Jangan fikir macam-macam. Dia orang tu okey lah kut. Awak tak payah risau lah." Ujar Encik Omar lalu mengangkat punggung pergi dari situ.
Puan Suraya memegang dadanya yang tiba-tiba terasa berdebar dan tidak sedap hati saat ini. Terbayang wajah Naurah di ruang matanya.
******
Nayl dan Naim terus melangkah masuk ke dalam lif. Lama Naim merenung wajah adiknya yang jelas nampak gelisah.
"Relaks, Nayl. Kau jangan lah gelisah sangat. Mungkin...Naurah jumpa dengan kawan ke," Naim cuba untuk memujuk adiknya agar Nayl bertenang.
"Jumpa kawan apanya? Dah lewat malam ni, takkan nak jumpa kawan lagi." Makin gelisah lagi ada lah. Naim mengetap bibir, sebelum dia sampai ke sini tiada pula dia nampak Naurah.
"Iya...Tapi kau jangan lah gelisah sangat. InsyaAllah, ada lah tu dia." Pujuk Naim lagi sambil menepuk lembut bahu adiknya.
Lif sudah berada di tingkat bawah, pintu lif terbuka. Laju langkah Nayl berjalan.
Langkahnya terhenti apabila dia terpijak satu beg plastik yang berisi barang-barang bayi. Berkerut dahinya memandang. Perlahan-lahan dia mengambil barang tersebut.
"Ni barang baby?" Berkerut dahi Naim melihat.
"Ya...Tadi kawan Naurah pun ada cakap, yang dia orang keluar beli barang baby." Lama mereka berpandangan. Sudah berfikir lain. Tekaan Nayl selama ini benar, yang isterinya diculik. Dia terus berlari masuk ke dalam perut kereta.
"Eh, Nayl!" Panggil Naim. Laju dia berlari mengikut langkah Nayl.
******
Tanpa sedar, dia sudah terlelap. Entah pukul berapa sekarang ini, langsung Naurah tidak tahu. Melihat di luar rumah sudah gelap. Dia tersedar dari lenanya apabila ada seseorang menjerit memanggilnya.
"Woi! Bangun! Kau ingat kau tidur sini free? Kau ingat kat sini hotel?!" Jerit lelaki itu sambil menyepak kaki Naurah.
Terkejut Naurah dengan kelakuan lelaki itu, ternaik bahunya. Dia menelan liur. Air matanya kembali mengalir. Nayl! Mana awak ni! Tolong saya Nayl! Tolong! Hanya mampu menjerit di dalam hati. Sudah dia tidak mampu untuk buat apa-apa lagi.
Lelaki tersebut merampas kuat beg tangan Naurah. Beg tersebut dibuka lalu dia mengambil telefon bimbit Naurah.
"Kau nak buat apa dengan telefon aku?! Lepaskan lah aku! Kau orang ni siapa, hah?!! Apa yang kau orang nak?!" Jerit Naurah nyaring bergema di ruangan tersebut. Hatinya sudah panas.
"Hei, kau ni pekak ke apa, hah?!! Aku kata, aku nak duit! Kalau kau tak dapat nak bagi aku duit 50 juta tu, malam ni kau dan anak kau dalam perut tu akan mati!" Mereka tersenyum sinis.
*******
"Along, kita tengok dekat area sini je lah." Arah Nayl sambil menoleh ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh isterinya.
"Okey. Nanti kalau ada apa-apa, panggil abang." Naim terus keluar dari perut kereta dan melangkah mencari di tempat lain. Nayl juga turut keluar dari perut kereta. Dia terus melangkah mencari ke tempat seterusnya, terhenti langkahnya semula apabila telefon bimbitnya berbunyi.
Melihat nama isterinya sudah tertera di skrin telefonnya. Saat ini, hanya tuhan aje yang tahu hatinya. Senyuman terukir dibibir. Mahu menangis jika tidak jumpa Naurah. Fikirannya juga sudah berfikir macam-macam. Adakah Naurah kena culik? Kena rompak? Kena bunuh?!
"Hello? Sayang. Ya Allah, sayang dekat mana ni? Penat tau abang cari sayang. Awak dekat mana sekarang ni?" Soal Nayl bertalu-talu. Dia menghela nafas lega.
"Woi!" Tersentak Nayl apabila dengar suara tersebut. Dia fikir Naurah yang bersuara, tetapi tidak! Bulat matanya. Dia kembali melihat skrin telefonnya. Ya! Jelas nama Naurah. Tetapi yang bersuara saat ini, suara lelaki. Bukan suara isterinya.
"Ka...Kau siapa?! Mana isteri aku?!"
Suara lelaki tersebut sedang ketawa jahat. Makin tidak senang hati Nayl saat ini.
"Jangan risau. Isteri kau dekat sini baik-baik aje. Eh, jap. Kau nak dengar suara isteri kau?"
"Hei! Kau jangan nak apa-apa kan dia! Kalau dia terjadi apa-apa, aku bunuh kau!!" Jerit Nayl geram.
Naim yang terdengar suara adiknya, pantas dia mendapatkan Nayl.
"Abang! Tolong Naurah, abang... Abang!!" Jerit Naurah, dapat dia dengar suara isterinya di dalam talian itu.
"Kau dah dengar? Kan aku dah cakap, dia baik-baik aje. Jangan risau." Lelaki itu ketawa sinis lagi.
"Kau nak apa, hah?!! Kau siapa?!"
"Kau nak isteri kau selamat?"
Soalan ini membuatkan makin bertambah panas hati Nayl. Dia ketap gigi geram. Penumbuk dikepal. Wajahnya sudah merah.
"Kalau kau nak isteri kau selamat, malam ni aku nak kau bagi aku 50 juta dulu. Kalau kau tak bagi aku duit tu, isteri kau dan anak kau akan mati malam ni! Ingat, jangan sesekali call polis! Kalau kau tak dapat nak bagi aku duit tu, sampai bila-bila kau takkan dapat lagi jumpa isteri dan anak kau!" Ugut lelaki itu.
Belum sempat Nayl bersuara lelaki itu terus mematikan talian. Nayl mendengus kasar.
"Sabar Nayl. Kita berusaha cari Naurah lagi." Pujuk Naim sambil memeluk bahu adiknya.
******
Dalam perjalanan itu, lelaki yang menculik Naurah sudah memberi lokasi mereka. Dia dan keluarganya sudah merancang sesuatu agar mereka dapat kembali bawa Naurah ke rumah dalam keadaan yang selamat. Puan Suraya dan Encik Omar juga turut ada di rumah Nayl.
Terkejut juga Puan Suraya dapat tahu yang anaknya diculik. Seorang ibu, dapat dia rasa anaknya saat ini bagaimana. Anaknya juga tidak dapat menyembunyikan atau membohongnya, lama-lama juga dia tetap akan dapat tahu.
"Nayl akan pergi ke lokasi tu dan along akan report polis. Along akan hantar lokasi tu pada pihak polis. So, Nayl jangan risau. InsyaAllah, Naurah selamat." Cadang Naim. Nayl mengangguk lemah. Otaknya saat ini ligat untuk berfikir. Yang dia tahu hanya Naurah. Dia mahu Naurah selamat. Mahu gila dia jika gadis itu tiada lagi di sisinya.
"Tapi, duit 50 juta tu macam mana? Mana nak cari? Banyak tu?" Soal Encik Rahim.
"Tentang duit tu, jangan risau. Tu, Naim dah bungkus sesuatu dalam beg hitam tu. Nanti Nayl akan bawa beg tu dan pancing dia orang. Lepastu, polis akan masuk dan serbu ke dalam rumah tu." Jawab Naim panjang lebar.
"Baiklah, buat lah yang terbaik. Kami di sini sentiasa mendoakan kau orang, moga selamat." Ujar Encik Omar. Nayl tersenyum lalu mengangguk. Dia sedikit semangat dengan kata-kata bapa mentuanya. Melihat Encik Omar juga risau.
Walaupun dia serius dan garang dengan anaknya, tetapi dia sentiasa mengambil berat tentang hal Naurah. Satu-satunya anak kandungnya.
*****
"Encik....Tolong lah lepaskan saya. Saya merayu sangat. Tolong lah...Okey, kalau encik nak apa-apa daripada saya ambil aje lah. Tapi, tolong...Jangan ganggu keluarga saya dan suami saya. Tolong lah encik." Rayu Naurah lagi dengan tangisannya.
"Alololo, kesiannya kau ni, kan? Sabar ya. Malam ni nyawa kau akan melayang kalau duit tu tak sampai ke tangan aku." Jawab sinis lelaki itu.
Mereka yang tadi ketawa, kini terdiam apabila telefon bimbit Naurah berbunyi. Naurah yang tidak boleh buat apa-apa hanya mampu berdiam diri. Kerana tangan dan kakinya diikat. Hanya air mata aje yang mengalir.
"Hello..."
"Hah, dah sampai ke?"
Kedengaran suara Nayl jelas di dalam talian itu.
"Aku dah ada depan rumah ni."
"Okey, okey...Bagus. Aku nak kau masuk, nanti budak aku akan ambil duit tu. Dan, aku akan lepaskan isteri kesayangan kau ni." Jawab lelaki itu dengan ketawa sinis.
"Aku takkan bagi duit ni selagi kau tak lepaskan isteri aku." Ugut Nayl.
"Kau nak nyawa isteri kau melayang ke atau kau nak bagi duit tu dan isteri kau akan selamat. Mana kau pilih? Nak bagi duit atau tak? Kalau tak, bersiap sedia lah untuk tengok aku bunuh isteri kau!" Ugut lelaki itu pula dengan ketawa jahatnya.
"Nayl! Tolong saya!" Jerit Naurah.
"Sayang...Sayang tak apa-apa ke tu? Sayang tunggu abang ya. Abang akan selamatkan sayang."
"Sekarang kau jangan nak banyak cakap! Aku nak duit tu! Kalau tak, aku akan bunuh isteri kau!"
"Baik lah, aku akan bagi duit ni...Tapi, aku nak kau lepaskan Naurah dulu!"
Nayl terus memutuskan taliannya. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Sudah dia nampak ada dua tiga orang sedang berjalan sekeliling rumah tersebut. Nayl bersembunyi lalu dia perlahan-lahan berjalan mencari tempat yang Naurah berada. Lagi beberapa minit aje lagi polis akan sampai ke tempat itu.
"Budak ni betul-betul mencabar aku!"
Pisau yang berada di atas meja di capai. Laju dia melangkah mendapatkan Naurah yang masih teresak-esak menangis. Nayl yang sudah lihat dari jauh, pantas berlari mendapatkan mereka.
"Ap...Apa yang kau nak buat dengan aku?!!"
Naurah sudah menjerit takut. Mata dipejam rapat. Pisau yang dipegang baru aje dia mahu menusuk ke perut Naurah, terhenti apabila ada seseorang bersuara.
"Okey...Aku akan bagi!" Beg yang dipegang, serentak di campak ke tepi lalu dia berlari laju menolak tubuh sasa lelaki itu. Lelaki itu terus terbaring. Dengan kesempatan yang Nayl ada, dia memberi hadiah buku limanya pada lelaki tersebut.
Berkali-kali dia menumbuk wajah lelaki itu dengan perasaan yang masih marah.
Terkejut Naurah melihat, tangan dan kaki yang diikat cuba untuk dilepaskan. Dia sungguh lega apabila melihat polis sudah pun datang.
Mereka terus menarik Nayl ke tepi. Lelaki tadi di gari tangan lalu dibawa pergi.
Nayl berlari mendapatkan isterinya. Ikatan tangan dan kaki Naurah dibuka.
Lalu dia memeluk erat tubuh isterinya. Teresak-esak mereka menangis. Lama Nayl mengucup kepala Naurah.
"Abang....Naurah nak minta maaf..."
"Tak apa sayang. Janji sayang selamat." Dahi Naurah dikucup lagi.
Nayl terus memapah Naurah dan dia membawa isterinya pergi dari rumah itu. Melihat polis sudah menangkap semua penculik yang berada di dalam rumah ini. Hati Nayl terasa sungguh lega.
*******
Pintu rumah dibuka, melihat keluarganya semua sudah ada di rumah. Pantas Puan Suraya berlari mendapatkan anaknya. Erat dia memeluk Naurah. Bertalu-talu dia mengucup wajah anaknya.
"Ya Allah, Naurah...Naurah tak apa-apa ke? Naurah, mama risau sangat. Naurah pergi mana? Kenapa tak bagitahu mama?" Menitis air mata Puan Suraya. Naurah juga turut mengalir air mata.
"Naurah minta maaf mama...Naurah tahu Naurah salah." Tangan mamanya dikucup lama.
"Alhamdulillah, nasib baik lah Naurah selamat." Ucap Puan Zainab yang turut menangis.
Naim yang turut berada di situ tersenyum lebar. Dia juga lega apabila melihat keadaan Naurah selamat. Pihak polis juga berjaya menangkap penculik tersebut. Nayl menghela nafas lega. Tak sangka, benda buruk begitu isterinya dapat. Dugaan mereka berdua.
******
"Argh!!"
Jerit Sabrina nyaring. Barang-barang yang berada di atas meja berhadapan dengannya di tolak ke tepi. Hatinya sungguh panas saat ini. Masih tidak puas hati.
"Rancangan aku semua dah gagal! Kau orang memang tak guna!" Bentak Sabrina. Matanya memandang tajam pada dua orang lelaki yang berbadan sasa dihadapannya.
"Sekarang, dia orang dah kena tangkap. Rancangan aku yang ke dua, kali ini aku nak kau orang buat sampai berjaya! Kalau masih gagal...Aku bunuh kau orang!" Nafasnya naik turun. Rancangannya sudah gagal. Dia mahu bunuh Naurah, tetapi tidak berjaya. Penumbuk dikepal, gigi diketap geram.
"Baik bos. Tapi...."
"Sekarang aku nak kau orang keluar. Keluar! Keluar lah!" Arah Sabrina.
Dua orang lelaki tersebut terus melangkah keluar dari pejabat Sabrina. Nasib lah tiada orang di pejabatnya saat itu.
"Kali ini, kau takkan terlepas lagi! Aku akan buat kau orang hancur!" Senyuman sinis terukir dibibirnya. Dia masih tidak puas hati dengan Nayl dan Naurah. Rancangan tadi, itu semua rancangan daripadanya.
*******
"Abang..."
"Ya, sayang."
Naurah mengambil tangan Nayl lalu dikucup lama. Berkerut dahi Nayl, dia tersenyum kecil.
"Saya nak minta maaf.... Saya dah banyak buat salah dengan abang. Saya dah derhaka dekat abang. Saya nak minta maaf, saya nak minta ampun. Saya dah banyak sangat buat abang sakit hati. Maafkan saya, abang..." Teresak-esak dia menangis. Nayl tersenyum lebar. Air mata Naurah diseka.
"Sayang. Kenapa cakap macam tu? Awak tak ada buat salah pun dekat saya. Abang dah lama maafkan sayang." Ucap Nayl sambil mengelus lembut rambut panjang Naurah.
Naurah terus memeluk tubuh suaminya dengan sungguh erat. Air mata masih mengalir laju. Sungguh dia tidak boleh berjauhan. Boleh jadi gila dia, jika Naurah tidak lagi ada di sisinya. Dia sangat bersyukur kerana Naurah selamat.
Share this novel
Sorry, send sekali jer. Kenapa jadi byk ya?
Ke hulu ke hilir bukan terhulur hilir
Ke hulu ke hilir bukan terhulur hilir