"WEI, BABE. Aku minta maaf sangat-sangat dengan kau. Kalau boleh aku nak je sujud kaki kau bertanda minta maaf. I so sorry..." Ucap Aina bersungguh-sungguh. Melihat kelopak matanya sudah basah.
Naurah berkerut dahi. Dia tertawa kecil. "Kau ni dah kenapa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak minta maaf. Kau bukannya buat salah pun dengan aku." ujar Naurah sambil melepaskan tawanya melihat wajah sahabatnya sudah sembap dek air mata yang mengalir membasahi pipinya.
"Ya, aku minta maaf sangat-sangat ni. Sebabkan aku kau orang gaduh. Aku memang tak patut pun cakap tentang tu dekat kau, kalau aku tak cakap mesti kau orang berdua tak jadi macam ni. Aku minta maaf wei, sebabkan aku jugalah kau orang berdua dah tak rapat." Ujar Aina lagi.
Naurah terhenti tawa apabila Aina bercakap tentang Nayl. Ah, lelaki itu. Kenapa mesti kena cakap tentang dia?!
"Isy...Tak ada apa lah. Aku maafkan kau. Lagipun, kalau kau tak cakap tentang tu, sampai bila dia nak berahsia dengan aku? Aku ni isteri dia kut, aku ada hak untuk tahu semua tentang dia. Dan, dia memang tipu aku pun. Dia dah jujur dengan aku. Isy, kau tak payah risau sangat lah. Aku okey lah. Sepatutnya aku yang kena berterima kasih dekat kau. Kalau kau tak cakap, sampai mati lah aku tak tahu pasal ni." jelas Naurah sambil mengukir senyuman terpaksa. Hati masih lagi sakit!
Aina menghela nafas lega. Dia juga turut tersenyum. Air mata yang mengalir diseka.
"Tapi, macam mana kau tahu aku gaduh dengan Nayl?" soal Naurah hairan.
"Mestilah tahu. Aku kenal kau lama kut, bukannya semalam. Kau kalau dapat berita buruk tentang orang yang kau sayang, sudah tentu kau akan bergaduh besar. Entah apa lagi dengan Nayl. Mesti lah punya gaduh! Ada dua hari lepas aku tengok Tuan Nayl murung je. Dia macam tak ada mood. So, aku dah tahu, confirm kau orang berdua gaduh." ujar Aina panjang lebar sambil melepaskan tawa.
Naurah menjeling tajam. Suka ketawa, tetapi ketawa mengejek dan menyindir orang.
"Aku tahu kau orang masih gaduh, but...Naurah. Kau kena percaya pada suami kau. Aku pasti dia tak tipu kau. Dia kan dah jujur dengan kau yang Sabrina tu bekas kekasih dia. Aku tahu kau masih marah dia, tapi kau maafkan lah dia. Kau patut bersyukur tau, sebab Nayl dah jujur dengan kau. Kalau dia masih tipu kau macam mana? Susah babe nak cari lelaki macam tu. Kalau lelaki lain dapat perangai macam kau ni, tak sampai beberapa bulan dah cerai. Serius aku kata, Nayl orang yang tepat sekali untuk kau. So, kau maafkan lah dia. Kesian tau aku tengok dia." Pujuk Aina panjang lebar. Berharap agar hati keras Naurah itu cair dan dapat memaafkan Nayl.
"Hm, nanti lah aku fikirkan dulu. Hati aku belum lagi terubat." balas Naurah sambil menjeling ke tempat lain. Dia memeluk tubuh, otak sedang laju berfikir.
"Sampai bila kau nak fikir? Kau nak fikir sampai anak kau dah keluar baru kau fikir nak maafkan dia?"
"Isy! Kau ni banyak cakap lah! Dah lah jom makan. Baby dalam perut ni dah tendang-tendang perut aku dah dia lapar." Aina tertawa kecil sambil menggeleng kepala.
Sedang enak menjamu selera, Aina mula bersuara. "Wei, babe. Aku hari ini ada tetamu special," ujar Aina sambil tersenyum kecil.
"Tetamu special? Siapa?"
"Jap ya. Dia kata on the way. Jap, aku call dia."
Aina terus mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan lalu dia melangkah keluar dari kedai makan tersebut. Naurah berkerut dahi. Dia mengangkat bahu. Malas mahu mengambil tahu, lebih baik dia mengisi perutnya dan bayinya. Itu lebih menyenangkan dan membahagiakan dirinya. Ya, itu lah Naurah.
"Hello, awak."
"Ya,"
"Awak dekat mana?" soal Aina sambil mata melilau-lilau mencari kelibat seseorang.
"Saya dalam perjalanan ni," jawab lelaki itu.
"Okey, but awak bawa sekali tak Tuan Nayl tu? Naurah dah ada dekat sini. Saya harap sangat rancangan kita tu berjaya. Saya nak sangat dia orang berbaik semula," ujar Aina.
"Awak jangan risau, semua akan berjaya. Nayl pun ada dengan saya ni. Kami dalam perjalanan. Lagi beberapa minit, kita orang akan sampai."
Talian kini diputus. Aina kembali masuk ke dalam kedai makan itu. Dia terus melangkah ke meja makannya di mana berada Naurah di situ yang sedang menikmati makanan yang sungguh enak.
Naurah berkerut dahi melihat Aina tersenyum manis sambil membetulkan kedudukan rambutnya dan baju t-shirt nya yang dipakai agar kelihatan lebih cantik.
"Mananya tetamu istimewa kau tu?" soal Naurah sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Tangan tetap bekerja untuk memasukkan makanan ke dalam mulutnya.
Aina hanya diam tetapi tersenyum manis. "Yang kau senyum-senyum ni dah kenapa? Kau dah kena sampuk ke apa senyum sorang-sorang?" makin pelik dia melihat Aina yang daripada tadi tersenyum sampai ke telinga.
"Hehehe, isy...kau ni mana adalah. Aku senyum sebab dia orang lagi beberapa minit aje lagi dah nak sampai." ujar Arina yang masih tersenyum lebar.
"Oh...eh jap. Dia orang?" soal Naurah pelik. Kali ini dia betul-betul hairan. Makin pelik dia dengan kawannya ini. Mulut yang penuh dengan makanan terus dia berhenti untuk mengunyah. Dia memandang Aina yang sedikit tersentak.
"Err...Ma...mana ada aku kata 'dia orang'. Isy...kau ni! Lain kali, korek telinga tu bagi bersih sikit. Aku kata....dia. Ha, dia. Bukan dia orang." bohong Aina sambil menggigit bibir. Suaranya juga sedikit gagap. Dia menelan liur.
Melihat mata helang Naurah seperti tidak percaya memandang Aina. Makin gelisah Aina. Dia sudah tidak senang duduk.
*********
"Jap, sekarang ni kau nak bawa aku ke mana? Jauhnya. Kata nak lunch? Kita lunch dekat cafe hotel Fortune aje lah." bebel Nayl daripada tadi tidak puas hati melihat Arif sahabatnya memandu kereta jauh entah ke mana dia pergi.
"Syy! Diam! Mulut tu tutup, nanti aku seletip mulut kau. Aku nak bawa kau tempat special. Kali ni, confirm punya kau akan tersenyum sampai ke telinga. Sampai balik rumah pun senyuman kau takkan pudar. Hah, dah sampai pun." ujar Arif yang tersengih-sengih.
"Ye ke? Ke kau nak kenakan aku ni?!" Nayl mengecilkan matanya memandang sahabatnya yang tidak betul itu. Ya, Arif memang suka kenakan dia. Perangai nakal sahabatnya itu suka sangat kacau Nayl. Nayl yang tidak puas hati juga selalu kenakan sahabatnya yang turut tidak betul sama dengannya.
"Dah, dah. Jangan nak banyak bebel boleh tak? Kalahkan girlfriend aku lah kau ni bila bercakap. Dah jom, kita dah sampai." ujar Arif. Dia mematikan enjen keretanya dan melangkah keluar dari kenderaannya.
Berkerut dahi Nayl melihat di hadapannya. Kedai makan? Lebih baik lunch aje di cafe hotelnya. Nayl menggaru-garu kepalanya tidak faham.
Akhirnya dia ikut aje langkah Arif. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam kedai makan tersebut. Kedai tersebut sama seperti cafe. Sungguh tenang.
Mata Arif melilau-lilau mencari kelibat seseorang. Hah! Dah jumpa pun!
Arif terus menarik lengan Nayl dan melangkah ke suatu meja makan seseorang yang sedang rancak bersembang.
"Hai assalamualaikum." ucap Arif.
"Waalaikumusalam," jawab Arina dan Naurah. Tetapi Naurah menjawab tidak habis apabila melihat dua wajah lelaki yang sangat dia kenali.
Nayl juga turut terkejut. Senyumannya serta-merta pudar. Berkerut-kerut dahi mereka berdua.
Arif dan Arina mengangkat kening membuat isyarat. Arif terus menarik lengan Nayl dan menyuruh lelaki itu duduk di sebelah Naurah.
Bulat mata Naurah. Dia menjarakkan sedikit dirinya daripada lelaki itu. Tubuh dipeluk sambil membuat muka tidak puas hati.
Oh, patutlah minah ni daripada tadi senyum-senyum macam orang gila, rupanya nak kenakan aku?! Siap kau Aina! Marah Naurah dalam hati sambil memandang tajam pada Aina dihadapannya.
Aina yang perasan buat-buat tidak melihat Naurah yang sedang merenungnya seperti mahu menelannya.
"Err...Okey. Aku bawa kau dekat sini sebenarnya ada hal sikit nak bagitahu dekat kau dan Naurah. Sebenarnya, kami berdua tak lama lagi akan...Bertunang." ujar Arif. Dia menoleh memandang Arina sambil tersenyum lebar.
"What? So selama ni yang kau kata kau nak kahwin tu, kau kahwin dengan Arif lah?" soal Naurah tidak percaya.
Arina mengangguk sambil tersenyum malu-malu.
"Wow, tahniah. Macam mana kau orang boleh berkenalan? Dah lama ke kau orang berdua berhubungan istimewa macam ni? Sampai dah nak bertunang?" soal Naurah bertalu-talu dengan nada yang sungguh gembira. Tak sangka lelaki yang selama ini yang Arina cakap itu ialah Arif.
Nayl yang mendengar hanya membisu tetapi sebaliknya terkejut besar. Tak sangka betul, kawan sengalnya ini pandai juga memikat hati wanita.
Mahu bersuara, tetapi Naurah bersuara dulu. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membisu. Bisu sampai bila-bila pun tak apa.
"Ya...Kami dah kenal lama dah pun. Cuma tengah merancang nak berkahwin je," ujar Aina.
"Ya, betul tu. Sebab kita orang cemburu dengan hubungan kau orang berdua yang sungguh romantik. Lagipun, Nayl ni kan romantik. Untung lah Cik...Naurah." ujar Arif sambil menyepak kaki Nayl untuk bercakap sesuatu. Daripada tadi diam. Panas pula hatinya.
Naurah menjeling ke tempat lain. "Romantik dia kata? Sakitkan hati aku lagi adalah." Bebel Naurah tetapi dapat didengar oleh Nayl disebelahnya.
"Sebenarnya, kita orang dah rancang nak bawa kau orang berdua di sini. Kita orang cuma nak satu je, nak kau orang berbaik semula seperti dulu. Tak nak lah tengok kau orang asyik bergaduh je. Aku harap sangat kau orang berdua dapat berbaik semula seperti dulu." pujuk Aina apabila melihat hampir lama mereka berdiam diri.
"Eh, bila masa pulak kita orang gaduh? Mana ada. Kan, sayang?" tangan Naurah digenggam erat, dia menoleh memandang Naurah dengan isyarat mata agar gadis itu faham dengan isyarat nya.
Arina tersenyum melihat mereka berdua seperti sudah kembali berbaik. Dia tersenyum lebar memandang Arif. Ya, rancangannya sudah berjaya.
"Errr..."
"Hah, Naurah diam tu betul lah. Sorry geng, dia malu sikit. Biasalah perempuan, dia takkan mengaku kesalahan dia. Oky so, jom kita makan. Rezeki dah ada depan mata, takkan nak tengok aje kan?" gurau Nayl sambil tertawa kecil. Ada sedikit ayatnya yang masih lagi Naurah tidak berpuas hati. Tetapi dia sabar. Dia tahu semua ini Aina mahukan dia berbaik semula dengan Nayl jadi dia mahu menjaga hati gadis itu agar tidak kecewa melihat hubungan dia dan Nayl saat ini.
"Hehehe, okey jemput makan ya Tuan Nayl."
Aina tak lepas-lepas lagi tersenyum. Naurah hanya tersenyum paksa. Tersentak dia apabila Nayl mengambil kesempatan untuk menyuap makanan padanya.
Aina dan Arif melihat makin gembira apabila mereka berdua kembali berbaik. Hu, lega! Tetapi, apakah Naurah betul-betul sudah memaafkan Nayl? Atau mahu menjaga hati Aina? Adakah Naurah masih tidak berpuas hati? Masih berdendam?
*********
Pulang aje ke rumah, Naurah terus membawa diri masuk ke dalam bilik lalu dikunci pintu kamarnya tidak mahu Nayl masuk.
Badan terus dihempas ke atas katil. Membuang segala penat dan lelah pada dirinya.
Nayl yang melihat hanya menghela nafas panjang. Tidak tahu lagi mahu lakukan apa. Jika dia bertindak, pasti punya Naurah akan membalas dengan kasar. Dan, pergaduhannya antara Naurah dan dia mungkin akan menjadi lebih besar. Jika dia tidak bertindak apa-apa, dia redha. Terpaksa lah dia ke bilik tetamu. Nak tak nak dipaksakan.
Dia masih tertanya-tanya, adakah orang yang dia teka selama ni benar? Dan benarkah orang itu yang memberitahu segala tentangnya pada Naurah? Ah, sungguh dia serabut.
Nayl melangkah keluar dari biliknya. Kaki mengatur ke dapur. Gelas dicapai lalu dia mengisi air di dalam cawan dan diteguknya perlahan-lahan.
Kini dia mengatur langkahnya ke peti sejuk. Gatal mahu ke sana, sedangkan di dalam peti sejuk bukannya ada makanan pun.
Mata melihat sekitar di dalam peti sejuk itu, langsung tidak ada makanan kegemarannya. Semuanya telah habis dimakan oleh Naurah. Ah, sebabkan Naurah mengidam bermacam-macam makanan, dia terpaksa mengalah dan berikan semuanya makanan kegemarannya pada isterinya.
Nayl menghela nafas. Entah tiba-tiba matanya tertangkap pada satu botol kaca kecil. Di dalamnya ada cecair berwarna merah.
Nayl berkerut dahi. Ini ialah pewarna makanan berwarna merah. Dia membelek-belek botol kaca perwarna merah itu.
Entah mengapa, dia sudah mendapat idea nakalnya. Dia tersenyum sinis. Mungkin dengan cara ni, hubungan aku dengan Naurah akan menjadi baik semula? Tapi, berguna ke? Ah, belum cuba belum tahu. Bisik hati nakal Nayl.
*********
HILANG LELAH PENATNYA, Naurah bangkit dari perbaringannya. Dia melangkah perlahan-lahan mengambil tuala sambil memegang perutnya yang terasa sakit.
Baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk ke dalam tandas. Dia terdengar jeritan suara Nayl dari luar. Terkejutnya, lalu lantas keluar dari kamar dan melangkah laju ke arah suara tersebut.
Bulat matanya melihat di pengelangan tangan Nayl banyak darah yang berada di tangannya dan dilantai. Melihat wajah suaminya sudah merah.
Naurah panik, tidak tahu mahu buat apa. Dia sudah gelabah tak tentu arah.
"Ya Allah, abang. Kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Naurah panik.
Matanya tertangkap pada satu bilah pisau. Lagi dia bertambah risau, takut dan panik. Semuanya ada pada dirinya saat ini.
Pantas dia berlari mendapatkan peti kecemasan. Dia kembali pada suaminya yang sedang menahan kesakitan.
Naurah menggaru kepalanya, dia langsung tidak pandai menggunakannya. Tanpa membuang masa, dia langsung tidak tahu mahu buat apa kerana dia sudah panik teruk! Laju dia mengambil sehelai kain lalu ditutup pada pengelangan tangan Nayl yang banyak darah. Seluruh badannya sudah terketar-ketar.
"Abang...Abang stress!" ujar Nayl dengan sedikit gagap.
"Stress?" soal Naurah pelik. Berkerut dahi dia hairan.
Nayl mengangguk. "Abang stress. Sebab...sebab...awak dah tak sayangkan saya. Sebab tu lah saya buat macam ni. Saya dah tak nak hidup dekat dunia ni dengan orang yang tak sayangkan saya. Saya rela mati daripada hidup!" luah Nayl yang terbuku di dalam hati. Tangisan palsu cuba dikeluarkan walaupun mukanya jelas acah-acah menahan sakit di tangannya yang begitu banyak pewarna makanan berwarna merah yang diletakkan di tangannya.
Semasa dia letak pun dia sudah memaki diri sendiri apabila dia terletak berlebihan. Terpaksa lah dia cuci tangannya guna berus besi nanti.
Hati Naurah mula sebak. Bercampur perasaannya saat ini. Mahu menangis, mahu ketawa, mahu marah semuanya ada saat ini. Mahu aje dia tonyoh muka suaminya itu. Geram pulak dia!
Nayl melihat reaksi wajah isterinya langsung tidak berubah apa-apa. Wajahnya tenang. Ah, tak boleh jadi! Kena juga buat dia risaukan aku! Lagi sekali! Nayl kau boleh! Jangan guna ayat tu, guna ayat paling sedih! Bisik hati Nayl.
"Kalau awak dah tak sayangkan saya, dah tak cintakan saya, nak tinggalkan saya sorang-sorang....Okey, baik! Saya akan tinggalkan dunia ni buat selama-lamanya!" pisau tadi di acah-acahkan di tangannya bagi Naurah lebih risau.
Naurah berkerut dahi. Matanya sempat menangkap cecair merah itu. Perlahan-lahan dia mengambil sedikit darah di atas lantai tersebut dan dihidu.
Sah! Darah palsu!
Langsung tidak bau hanyir. Malah hanya bau perwarna.
"Oh, nak bunuh diri sangat ya? Ha, bunuh lah, bunuh." Jawab Naurah bersahaja. Dia terus mengangkat punggung dan berlalu pergi. Makin sakit hatinya apabila Nayl mempermainkan dirinya!
Aduh! Tak berjaya ke?! Rungut Nayl dalam hati. Pantas dia bangun dan berlari mendapatkan isterinya semula. Tangan yang banyak diletakkan perwarna makanan berwarna merah itu tadi terpegang lengan Naurah.
"Sayang...Nanti dulu, abang nak cakap ni," pantas Naurah menepis dengan kuat.
"Eee! Apa ni?! Tengok, dah kotor! Tak payah lah nak pegang-pegang orang," Naurah menjeling tajam. Dia terus ke dapur singki. Mencuci semula lengannya yang dipegang tadi oleh Nayl.
"Aduhai! Apa aku nak buat ni? Ingat kan lebih elok, rupanya bertambah teruk!" bisik Nayl sendiri. Dia melangkah mendapatkan isterinya.
"Jangan pegang!" Naurah memberi amaran.
"Okey, okey...abang tak pegang. Sayang, dengar dulu abang nak cakap ni. Please, bagi abang...err..."
"5 minit." potong Naurah sambil membuka lima jarinya di hadapan muka Nayl.
"Lima minit manalah sempat. Err, 10 minit," Naurah menggeleng. Nayl mengeluh panjang. Geram pulak dia! Tetapi dia tahu ini kesalahannya terpaksa lah dia redha dengan perangai Naurah.
"Hm, okey. Err...Sayang. Abang minta maaf sangat-sangat. Tolonglah, jangan buat abang macam ni. Sehari tak tengok sayang, rindu abang dekat sayang ni membuak-buak tau. Sayang selalu duduk bilik, buat abang ni tak wujud je dalam rumah ni. Abang minta maaf ya." Mahu cium tangan isterinya tidak boleh kerana tangannya penuh dengan pewarna merah tersebut. Haish, nasib malang betul!
"Apa? Tolong lah jangan buat abang macam ni? Eh jap, awak yang nak sangat macam ni, kan? Awak tak nak terus-terang pada saya tentang bekas kekasih awak tu kan? Apa yang awak dapat kalau awak rahsiakan benda ni dengan saya? Bergaduh, kan? Now awak nak salahkan saya pulak? Isy! Dah lah Nayl. Saya malas lah nak fikir-fikir. Kalau awak nak keluar dari sini, keluar jelah. Biar saya duduk sorang-sorang dalam rumah ni dengan baby. Dah lah saya nak tidur dulu." Naurah terus melangkah pergi tetapi langkahnya terhenti lagi apabila Nayl memanggilnya semula.
"Sayang, abang tak pernah salahkan awak. Ya, abang memang salah. Sebab dah lukakan hati awak. Abang minta maaf ya sayang. Tolonglah maafkan abang. Please...I am so sorry, sweetheart." rayu Nayl lagi. Berharap agar hati Naurah yang keras itu cair dan memaafkan Nayl semula.
"Hm, tengok lah macam mana. Esok saya bagi jawapan," ujar Naurah. Dia sempat menjeling sebelum tinggalkan suaminya yang masih bertanda tanya.
Nayl menghela nafas panjang. Matanya memandang semula pada atas lantai yang penuh dengan perwarna makanan berwarna merah. "Haih, menyesal je buat semua ni. Bukan dapat apa pun," bebel Nayl sendiri.
"Ha, tahu pun menyesal! Jangan lupa cuci betul-betul lantai tu. Saya tak nak tengok sikit pun pewarna tu dekat atas lantai. Kalau ada, siap awak!" jerit Naurah dari arah atas. Nayl menelan liur.
Laju kakinya melangkah ke singki. Mencuci tangannya dan lap lantai tersebut. Tak hilang, ah sudah! Dia menggaru-garu kepalanya. Tangannya juga ada bekas pewarna.
Dia mengambil tisu pulak. entah mengapa saat ini kepalanya terasa blur. Tidak tahu mahu lakukan apa. Air dituang sedikit di atas lantai lalu dilap laju-laju. Tidak hilang juga! Kini dilap pula dengan mop. Kesan pewarna hilang sedikit. Lega hati Nayl. Jika pewarna sudah berada lama di mana-mana tempat sehingga kering, ia susah mahu dihilangkan. Kini Nayl yang nakal mendapatkan idea nakalnya lagi, tikar alas kaki yang berada di hadapan pintu bilik air yang berdekatan dengan dapur dicapai lalu diletak ke atas lantai yang berada kesan pewarna tersebut. Dia tersenyum lebar. Selesai satu masalah!
Share this novel