BAB 44

Romance Completed 31452

Naurah terkejut dengan perjelasan gadis itu. Masih tidak percaya dengan kata-kata wanita dihadapannya itu. Sudah banyak mengalir air matanya.

"What?!" Terkejut besar Naurah saat ini. Sungguh hatinya kini tak terkata. Dua kali dia terkejut dengan pengakuan daripada gadis itu. Pertama dia terkejut dengan pengakuan yang gadis itu bersalah kini dia terkejut apabila gadis itu menjelaskan semuanya kepadanya.

"Dah bertahun-tahun lamanya masalah tu baru sekarang kau nak berterus-terang dengan aku? Kau siapa sebanarnya? Sebab apa kau buat semua ni? Kau nak lelaki tak guna tu ke apa? Atau kau cemburu dengan hubungan kita orang yang dulu?!" Naurah pula yang bersuara dengan hati yang sudah membara api kemarahannya. Tajam dia merenung Sarah.

"Saya minta maaf, cik Naurah. Saya minta maaf. Saya rasa berdosa sangat buat cik Naurah dan Tuan Nayl begini. Saya minta maaf sangat-sangat. Dan, saya harap sangat cik Naurah dapat maafkan Tuan Nayl. Dia tak bersalah langsung. Kalau cik Naurah marahkan saya, tolonglah maafkan Tuan Nayl. Dia tak bersalah, saya yang bersalah. Maafkan saya cik Naurah." Sarah sudah merayu-rayu pada Naurah. Tangan Naurah cuba ditarik tetapi ditepis kuat oleh gadis itu.

Makin lebat air mata turun mengalir. Tanpa disangka, air mata Naurah juga turut mengalir.

Tak sangka, ada orang yang cemburu dan benci pada hubungannya dahulu. Sungguh dia sakit hati!

"Macam-macam dah berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun ni. Macam terkena sumpahan, seorang demi seorang manusia yang saya sayang ditarik pergi dari hidup saya. Saya minta maaf Cik Naurah." Luahnya dengan sedih.

"Hei, kau ingat aku nak maafkan kau macam tu je ke?! Kau ingat maaf kau tu, masalah tu boleh selesai?!" Bentak Naurah geram. Sudah tidak peduli lagi di dalam kedai itu orang melihat mereka berdua seperti seakan-akan gaduh.

"Saya minta maaf Cik Naurah. Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya mengaku, yang saya yang buat video tu. Saya yang ambil gambar semua tu. Tolonglah maafkan Tuan Nayl. Kalau cik Naurah tak dapat nak maafkan saya, tolong lah maafkan Tuan Nayl. Dia tak bersalah. Tuan Nayl benar-benar cintakan Cik Naurah," rayu gadis itu lagi sambil merenung wajah Naurah yang mula merah menyala. Menahan kemarahannya yang memuncak itu.

"Kau cakap tentang perasan lelaki tak guna tu je ke? Aku ni?! Ada ke kau rasa perasan aku macam mana?!" Marah Naurah geram. Masih belum reda lagi hatinya yang tidak puas hati itu.

Naurah berasa sungguh rimas apabila orang sekelilingnya saat ini semuanya kasihankan Nayl. Tiada siapa agaknya yang cuba hendak faham apa yang dia rasa.

Sebak mula memenuhi ruang dada. Dengan pantas dia mencapai beg tangannya lalu mengangkat punggung dan berlalu pergi.

"Cik Naurah tolonglah maafkan Tuan Nayl. Dah lama dia terseksa. Saya tak akan dapat maafkan diri saya selagi Tuan Nayl dan cik Naurah tak berbaik semula. Sampai mati saya akan rasa bersalah kalau Tuan Nayl dan Cik Naurah masih belum berbaik." Rayunya lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Cik Naurah tolonglah maafkan Tuan Nayl..."

Suara gadis itu bergema lagi sebelum Naurah melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Mata yang berkaca-kaca diseka dengan hujung jari.

Lima tahun dia benci akan lelaki itu dan lima tahun itu juga dia pisahkan Naufal daripada Nayl. Dia halang mereka berdua untuk bertemu. Tetapi, apabila dia sudah mendapat tahu masalah itu, dia sungguh berasa serba salah. Sedih, selama ini dia buat begitu pada lelaki itu.

Sungguh, aku kejam! Kejam!

Kuat Naurah menumbuk-numbuk steering keretanya. Air matanya mengalir dengan laju.

Saat ini dia berasa betul-betul bersalah.

"Kenapa perempuan tak guna tu sanggup buat aku macam ni?! Apa yang dia mahukan?!" Jerit Naurah kuat. Agak-agaknya, orang yang berjalan berdekatan dengan keretanya pasti akan kedengaran suaranya yang nyaring itu.

Teresak-esak dia menangis. Dan, akhirnya semua telahpun terbongkar. Naurah pula sudah berasa serba salah dan mula menyalahkan diri sendiri kerana mengambil keputusan terburu-buru tanpa siasat dahulu.

Kalau ikutkan hatinya mahu aje dia mencari lelaki itu sekarang. Kalau boleh, dia mahu melutut dihadapan Nayl. Dia mahu meminta maaf pada lelaki itu.

Sungguh dia berasa bersalah!

*********

"Sabar lah babe. Kau patut bersyukur tau sebab orang yang buat rumahtangga kau hancur, akhirnya dia kembali datang dan meminta maaf." Pujuk Aina lalu menggosok lembut bahu sahabatnya.

Naurah sudah teresak-esak menangis. Kedua-dua telapak tangannya diletak ke wajah dengan masih menangis. Saat ini, dia mahu menangis semahu-mahunya. Dia tahu dia salah.

"Naurah... Istighfar. Sabar ya." Pujuk gadis itu. Melihat Naurah saat ini hanya menangis. Sewaktu dia bercerita pun sudah teresak-esak menangis.

"Aku kejam Aina. Aku kejam!"

"Naurah...Semua orang buat salah. And everybody deserves a second chance. Semua orang manusia biasa yang terperangkap dalam keadaan macam ni, cuma kita je terlalu ikutkan hati yang marah. Dah, dah...Jangan salahkan diri kau. Aku rasa, lebih baik kau pergi jumpa depan-depan dengan Nayl dan kau ceritakan tentang hal ni. And, kau pergi minta maaf dengan dia. Aku pasti, dia masih sayangkan kau dan dia masih cintakan kau. Kau orang cerai pun sewaktu Nayl sayangkan kau, gilalah kalau sekarang dia dah bencikan kau." Pujuk Aina lagi lalu memeluk erat bahu sahabatnya.

"Tapi...Kalau Nayl dah tak boleh nak maafkan aku macam mana? Aku jahat Aina. Aku kejam! Dia tak salah, aku yang salah. Aku bodoh, Aina! Aku bodoh!"

Aina menghela nafas pendek. Bahu Naurah digosok lembut. Dia pasti saat ini emosi gadis itu tidak tentu. Jadi, dia berusaha lagi untuk memujuk Naurah.

"Tak, Nayl akan maafkan kau. Dia sayangkan kau Naurah. Aku percaya, dia masih sayangkan kau. So now, kau kena jumpa dia dan cakap tentang hal ni. Aku rasa dia tak tahu lagi tentang hal tu. Dah lah, jangan lah sedih-sedih. InsyaAllah tak ada apa-apa. Percaya pada Allah, banyakkan berdoa." Naurah menoleh memandang wajah sahabatnya. Aina tersenyum manis.

Erat dia memeluk tubuh Aina. Habis basah sudah baju si gadis itu dek air matanya banyak yang mengalir.

"Aku rasa berdosa Aina buat dia macam tu. Aku rasa berdosa sangat. Aku tak siasat semua ni dan aku ikutkan hati aku yang marah. Aku salah, Aina. Aku salah. Aku terlalu pentingkan diri sendiri...." Ujarnya berkali-kali menyalahkan dirinya sendiri.

"Naurah, setiap manusia ada kesilapannya. So, bukan kau je ada masalah macam ni, dekat luar tu lagi banyak dugaan yang dia orang hadap tau. Percayalah, Nayl masih sayangkan kau. Sekarang ni, kau patut cari dia dan ceritakan tentang hal ni." Air mata sahabatnya diseka. Naurah mengangguk lemah.

Dia berharap sangat Nayl memberinya peluang kedua. Sungguh dia berasa bersalah.

Dia sungguh benci apabila kisah-kisah lalu mula menerjah fikirannya. Naurah mencuba untuk lupakan apa yang menyakitinya tetapi, dia tak akan lupa pengajaran yang dia dapat dari situ. Tak akan sesekali lupa!

**********

"Macam mana hari ni Naufal sekolah baru? Okey?" Soal Naurah mesra sewaktu dalam perjalan pulang ke rumah.

"Okey je, mama. Tapi, sekolah lama Naufal lagi best! Naufal rindulah dekat papa. Dah lama Naufal tak jumpa dengan papa." Ujar si kecil itu dengan wajah yang sungguh sedih.

Naurah tersenyum lebar. "Naufal nak jumpa dengan papa ke?" Soal Naurah.

"Mestilah nak. Dah lama Naufal tak jumpa papa...."

"Okey, boleh je Naufal jumpa dengan papa. Tapi..."

"Hah?! Naufal boleh jumpa dengan papa? Are you serius mama? Yeayy! Naufal dah lama sangat nak jumpa dengan papa!" Jeritnya girang. Gembira kerana mamanya membenarkan dia berjumpa dengan papanya.

Naurah tersenyum manis. "Tapi...Mama tak tahu lah papa ada dekat mana sekarang. Kita kan dah pindah." Jawab Naurah kecewa turut sama dengan si kecil itu.

"Naufal harap sangat, satu hari nanti Naufal dapat kembali jumpa dengan papa. Naufal rindu sangat-sangat dengan papa. Tapi...Mama dah berbaik dengan papa ke?" Persoalan itu membuatkan Naurah tersentak. Naufal sungguh bijak apabila melihat riak wajah si mamanya.

Dia menelan liur. Senyuman terukir dibibir. "Err... Mama pun nak minta maaf dengan papa. Mama dah banyak buat salah dengan papa. So...Nanti kita jumpa dengan papa sama-sama ya." Ujar Naurah berterus-terang. Tak guna lagi untuk bersembunyi hal itu.

Hatinya pun sudah terbuka dan dapat memaafkan Nayl. Cuma tunggu untuk berjumpa dengan lelaki itu sahaja. Dia tetap mahu meminta maaf. Tetapi, sebaliknya dia berasa sungguh berdebar dan malu.

"Wah! Mama dah baik dengan papa? Mesti papa suka."

Kata-kata Naufal itu membuatkan Naurah berkerut dahi. Tidak faham.

"Papa suka?"

"Haah. Hari itu, papa ada cakap. Kalau mama maafkan papa, papa pun akan maafkan mama. Papa sayangkan mama. Papa kata, papa sedih sebab mama tinggalkan papa." Jelas si kecil itu dengan hati yang sungguh gembira.

Tersentak Naurah dengan penjelasan Naufal. Nayl sedih sebab aku tinggalkan dia? Nayl maafkan aku? Nayl masih sayangkan aku? Adakah semua itu betul? Sungguh saat ini hati Naurah mula sebak.

Mata yang mula berkaca-kaca dikedip berkali-kali agar air mata tersebut tidak tumpah membasahi pipinya. "Okey, nanti kita cari papa sama-sama ya." Kepala Naufal diusap lembut.

"Okey mama." Senyuman manis dihadiahkan pada mamanya.

Saat ini, sungguh dia berasa hatinya sedikit lapang dan lega. Nafas dihela panjang. Kelihatannya, Naufal gembira apabila dapat tahu yang mamanya sudah dapat kembali menerima papanya.

Keadaan begitu lah yang dia mahukan.

*********

Sarah melabuhkan duduk di sebuah sofa yang terletak di dalam pejabatnya. Nafas dihela panjang. Tak lama itu, mengalir air matanya. Tidak dapat ditahan sebak di dadanya saat ini.

Melihat Naurah dan Nayl bergaduh, dia berasa berdosa. Kerana dia, Naurah dan Nayl bercerai. Rumahtangga mereka berdua hancur.

Kedengaran pintu pejabat diketuk seseorang dari luar lantas Sarah menyeka air matanya.

Kini dia berdiri dan melangkah ke meja kerjanya. Sengaja sibukkan diri dengan kerja-kerja yang berada di atas meja.

"Masuk."

Seorang wanita masuk ke dalam pejabatnya lalu dilabuhkan duduk dihadapannya.

Lama Sabrina merenung wajah sahabatnya itu. Sembab. Dan, dia sudah dapat tahu, pasti Sarah sedang menangis.

Gadis itu juga tidak boleh menipunya lagi kerana hidung Sarah mula merah. Dia pasti, jika hidung Sarah merah dan wajah Sarah sembab pasti punya gadis itu sedang bersedih.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Soal Sarah apabila melihat Sabrina merenung wajahnya lama.

"Tak ada lah. Aku pelik. Kau menangis ke? Aku tengok muka kau sembap je." Ujar Sabrina yang tak lepas-lepas melihat wajah Sarah.

Dia sebagai rakan baik Sarah, dia mahu mengambil berat tentang Sarah. Hanya itu aje sahabatnya. Tidak boleh melihat Sarah kelihatan sedih. Dia tetap mahu tahu apa masalah yang Sarah hadapi saat ini.

"Err...Mana ada aku menangis." Jawab Sarah ringkas lalu menepuk-nepuk pipinya. Ah, susah betul jika berkulit putih sangat ni. Pasti akan kelihatan wajah sembabnya itu.

"Sarah, kau ingat aku baru kenal kau semalam ke? Aku dah lama kenal kau tau. Aku tahu lah kau sedih ke, gembira ke kau bahagia ke tak bahagia ke, semuanya aku tahu. So, tak payah nak tipu aku. Lebih baik kau cakap dekat aku, kenapa? Siapa yang buat kau sampai kau sedih-sedih macam ni?" Soalnya serius. Tetap mahu tahu masalah apa yang dihadapi oleh Sarah.

Sarah menelan liur. Ligat mencari alasan. "Err...Tak ada apa-apa lah babe. Aku okey je lah. Maybe aku penat sangat kut, tu yang muka aku macam ni." Jawab Sarah berharap alasannya itu berguna.

Sabrina mengecilkan matanya seperti tidak percaya dengan kata-kata Sarah tadi.

"Ni, ada apa kau datang? Ada apa-apa yang aku nak tolong ke?" Soalnya laju, tidak mahu bercakap tentang hal itu lagi.

"Aku nak bincang tentang rancangan kita yang seterusnya tu lah. Kalau boleh, rancangan aku tu aku nak percepatkan sikit. Aku nak tengok Si Naurah tu hidup lebih sengsara lagi." Dalam hati sudah ketawa jahat. Puas hatinya. Tidak sabar mahu melihat Naurah menderita sakit.

"Ya Allah, Sabrina. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kenapa kau nak hancurkan lagi hidup Naurah tu? Kalau ya pun kau sayangkan dan cintakan si Nayl tu, kau pergi aje lah kahwin dengan dia. Tak payah nak hancurkan hidup orang lain. Cukup lah dengan apa yang kau buat dulu pada dia orang. Aku takut sangat, dengan apa yang kau buat dulu pada dia orang, Allah akan balas balik dengan apa yang kau buat dulu. Bertaubat lah Sabrina. Aku cuma nak kau berubah. Sudahlah tu hancurkan hidup orang lain," setiap hari dia berdoa pada Allah agar hati Sabrina itu terbuka dan diberikan hidayah agar dia berubah. Wanita itu masih belum puas hati dengan rumahtangga orang yang sudah hancur itu. Masih lagi mahu hancurkan hidup orang lain.

"Wah, kau nak ceramah dekat aku pulak ya? Kalau kau nak ceramah, aku boleh hantar kau pergi masjid. Tak silap aku depan tu ada masjid. Hah, kau pergi lah ceramah dekat dia orang. Dengan aku, mungkin tak payah kut. Aku ni dah memang pendosa. Dah tentu aku dekat neraka bukan ke syurga. Tapi, orang macam kau ni pun belum tentu masuk syurga. So, tak payah nak ingatkan orang semua benda tu. Diri aku, diri aku. Diri kau, jaga diri kau." Sindir Sabrina dengan senyuman sinisnya. Ikutkan hatinya memang dia akan buat rancangan seterusnya itu. Takkan dia berputus asa untuk hancurkan hidup Naurah.

Sarah menggeleng kepala. Sungguh ligat. Jika dia beritahu pada Sabrina yang dia sudah bongkarkan rahsia itu pasti Sabrina akan mengamuk teruk padanya. Tetapi, buat apa wanita itu mahu mengamuk padanya? Sedangkan, kes fitnah itu Sarah yang menggunakan namanya sendiri untuk menyelamatkan Sabrina daripada kes fitnah tersebut.

"Sabrina, aku dah tak nak masuk campur tentang rancangan kau tu semua. Please. Aku tak nak masuk campur lagi. Kalau kau nak hancurkan hidup orang lain sekalipun, aku takkan libatkan diri aku lagi. Tapi, kau ingat. Jangan sampai dengan apa yang kau buat tu akan berbalik pada diri kau semula. Pintu taubat masih terbuka, lebih baik kau bertaubat sebelum terlambat. Kerana, Allah tu Maha pengampun. So, apa-apa yang kau nak buat lagi kau buat aje lah. Aku dah tak nak libatkan diri aku lagi dalam semua benda ni." Bicara Sarah bercampur berpesan pada sahabatnya dengan apa yang dia buat selama ini.

Sabrina tersenyum sinis. Kata-kata Sarah itu dimasuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri. Hatinya sudah terletak sombong.

Tidak mahu lagi dengar pesanan orang lain. Tetap juga mahu buat dengan apa yang dirancang. Sungguh wanita itu yang kejam.

Sarah juga tidak tahu lagi mahu lakukan apa. Dia pun penat. Dia yang tidak ada kena mengena juga terlibat. Kerana mahu menyelamatkan sahabatnya sendiri.

Tetapi, Sabrina lagi mahu menambah masalah itu. Sekarang, dia sudah tidak mahu apa-apa lagi. Cukup lah dia buat rumahtangga orang lain hancur.

"Jap, kau ni kenapa bela sangat dekat dia orang tu hah?! Bukan ke kau ni kawan aku? Kenapa nak bela dia orang?" Soal Sabrina tidak faham dengan Sarah yang dari dulu asyik membela Naurah dan Nayl.

Sarah sedikit tergamam. "Ke, kau ada apa-apa dengan dia orang? Kau tikam belakang aku ke apa?" Soalnya lagi. Kali ini, gadis itu tersentak dengan pertanyaan Sabrina.

Gelabah tidak tentu arah. Takut jika Sabrina dapat tahu sesuatu. "Ma...Mana ada. Aku tak pernah lagi jumpa dengan dia orang. Dia orang berdua kan gaduh. Buat apa aku nak jumpa dia orang. Aku masih simpan rahsia kita. Aku pun harap sangat rahsia tu tak terbongkar." Balas Sarah dengan sedikit gagap.

"Gaduh? Macam mana kau tahu dia orang gaduh?" Kali ini Sabrina sudah mengesyaki sesuatu. Ada tidak kena pada rakannya ini.

"Err...Dia orang kan gaduh time cerai. Mestilah kalau berjumpa semula akan bergaduh." Alasan Sarah berharap Sabrina tidak tanyakan lagi padanya. Jantung sudah berdebar-debar.

Sabrina tersenyum sinis. Ya, memang Nayl dan Naurah saat ini sedang bergaduh. Pantang berjumpa. Itu lah yang dia mahukan.

"Okey lah, aku nak keluar dulu. Kalau kau tak dapat nak tolong aku, aku tak kisah. Aku boleh buat sendiri tanpa kau. And, thank you sebab dah tolong aku dulu." Kaki diatur melangkah keluar dari pejabat Sarah.

Gadis itu menghela nafas lega. Tubuh disandar pada kerusi. Mata dipejam rapat. Sungguh dia lega. Jika Sabrina tahu sesuatu, habis lah dia kali ini!

Dia tetap berusaha untuk mengembalikan Naurah dan Nayl dan dia juga akan berusaha untuk perbaiki semula hubungan mereka berdua.

***********

Sudah banyak kali Naufal merengek mahu berjumpa dengan Nayl. Sungguh, dia berasa sebak. Di mana lagi dia mahu mencari lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Tempat kerja Nayl.

Dia sangat tahu tempat kerja lelaki itu. Tidak tunggu lama, dia dan Naufal terus bergerak pergi ke tempat kerja lelaki itu.

Masuk-masuk aje di dalam hotel itu, Naurah terus membuat pertanyaan pejabat Nayl pada seorang gadis yang bertugas di kaunter tersebut.

"Maaf lah Cik Naurah. Tuan Nayl dah seminggu tak masuk kerja. Katanya, dia tidak sihat." Jelas gadis yang berada di kaunter tersebut. Gadis tersebut ialah PA kepada Nayl.

Makin sedih Naurah saat ini. Lelaki itu tidak sihat? Ya Allah, pasti sebabkan aku dia tak sihat. Naurah, kejamnya kau! Kau kejam sangat Naurah!

"Err...Boleh saya tahu alamat rumah dia?" Tanya Naurah pada gadis itu berharap gadis itu memberi alamat Nayl padanya.

"Sebelum tu, saya nak tanya sikit boleh? Cik Naurah ni siapa ya? Sebab saya tak boleh bagi alamat rumah Tuan Nayl pada orang luar macam tu je."

"Oh, err...Saya...Saya tunang dia." Bohong Naurah. "Oh. Jadi, cik Naurah ni tunang Tuan Nayl ya?"

Naurah mengangguk lalu tersenyum lebar. "Okey kejap ya cik Naurah. Cik Naurah boleh tunggu sekejap ya. Saya akan bagi Cik Naurah alamat rumah Tuan Nayl." Ujar gadis itu dan berlalu pergi ke dalam office untuk mencari alamat rumah Nayl.

Sungguh, hanya Allah aje yang tahu hatinya saat ini. Hanya Allah aje yang tahu perasaannya saat ini. Dia sangat gembira dan lega.

Melihat wajah Naufal, juga turut gembira. Kepala Naufal dikucup lama lalu dia memeluk erat bahu si anaknya. Tidak sabar mahu berjumpa dengan lelaki itu, tetapi dia berasa sungguh berdebar pada saat ini.

**********

Kereta diberhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah kondo. Dia sangat kenal rumah kondo ini. Inilah rumah pertama dia bersama Nayl dahulu. Sungguh dia rindukan semuanya. Kenangan-kenangannya bersama Nayl dahulu, sungguh dia rindu.

Sekarang ini, dia sudah berada di depan pintu rumah Nayl Uqasyah. Ya, inilah rumah lelaki itu. Jika melihat alamat lelaki itu semula, benar. Tidak salah. Dan dia juga sangat kenal rumah ini.

"Mama..." Panggil Naufal.

Naurah sedikit menunduk memandang wajah si kecil itu. "Ya sayang."

"Ni rumah siapa?" Soal si kecil itu pelik. Tak lepas-lepas dia merenung pintu rumah yang berada dihadapannya itu.

"Err...Ni rumah papa Naufal lah. Kan Naufal kata nak jumpa dengan papa. Jadi, mama bawalah Naufal jumpa dengan papa."

Dengar aje kata-kata mamanya, melompat gembira Naufal pada saat ini. Erat dia memeluk tubuh si mama. Gembira! Dah lama sangat tidak jumpa dengan ayahnya.

"Thank you mama sebab bawa Naufal pergi rumah papa. Naufal dah lama sangat nak jumpa dengan papa." Satu ciuman dihadiahkan pada pipi Naurah. Naurah tertawa kecil. Keadaan beginilah yang selalu Nayl buat padanya.

Haih, melihat wajah Naufal pun sudah dapat hilangkan rindunya pada lelaki itu.

Tak menunggu lama, perlahan-lahan Naurah mengetuk pintu rumah lelaki itu dengan hati yang sungguh rasa berdebar.

Ketukan pertama, pintu tidak terbuka. Ketukan kedua, pintu masih belum dibuka. Ketukan ketiga, tetap sama masih tidak dibuka pintu rumah itu.

Naurah mengeluh kecil. Penat. Dari jauh datang ke sini, tetapi lelaki itu tiada di rumah.

"Alah, papa tak ada dekat rumah lah. I so sad." Ujar si kecil itu lalu menunduk dengan berwajah sungguh kecewa.

Naurah juga turut kecewa. Sedih. Tetapi, apa mahu buat? Takkan nak pecahkan pintu ni pulak?

Dia tersenyum manis. "Tak apa lah Naufal. Kita jumpa dengan papa hari esok ya." Pujuk Naurah pada anaknya dan juga memujuk dirinya sendiri.

"Hmm, okey." Jawab si kecil itu sedih.

Naurah kembali merenung pintu dihadapannya itu. Masih terbayang kenangannya dahulu bersama Nayl.

"So, ni lah rumah baru kita."

"Rumah baru? Alah, kenapa kau tak beli rumah banglo je? Cakap kaya." Sindir Naurah sambil menjeling lelaki itu.

"Amboi kau. Hei, aku beli kondo ni pun dah cukup baik tau. Kalau aku beli rumah besar-besar pun, siapa je nak duduk? Kita berdua aje. Rumah kondo ni lagi best. Rumah pun kecik. Senang lah aku nak tangkap kau malam-malam nanti." Bicara Nayl sambil menyakat gadis itu.

Wajah Naurah mula merah. Sakit pulak hatinya saat ini. Tajam dia merenung Nayl yang sudah ketawa terbahak-bahak itu.

Lengan sasa lelaki itu diketam dengan sangat kuat. Melepaskan kemarahannya pada lelaki itu. Geram! Nakal sangat. Lagi-lagi, nakal dia tambah dengan gatal. Ah, sungguh dia susah untuk melarikan diri daripada lelaki itu!

"Isy! Dah lah. Aku nak masuk dulu. Cepat mana kunci rumahnya? Aku nak masuk ni."

"Kalau nak masuk, ada password nya," Haih, ni mesti nak sakat aku lagi kan? Dasar hantu jerung!

"Eee! Kau ni! Macam-macam lah! Hah, apa password nya?" Soal Naurah sambil memeluk tubuh. Menyampah dengan perangai pelik Nayl ini. Sudah menjadi suaminya pun, perangai pelik tu tak pernah tidak hilang. Tetap ada dalam dirinya itu.

"Password dia ialah, kau kena kiss aku dulu. Baru kau boleh masuk. Selagi kau tak kiss aku, aku takkan benarkan kau masuk."

Makin geram Naurah saat ini dengan perangai mengada-ada suaminya itu. Baru aje minggu lepas berkahwin, sekarang buat perangai tidak senonoh!

"Hei, aku lebih rela cium lelaki idaman aku daripada cium kau. Gatal!"

"Okey, kalau kau tak nak jugak. Kita bermalam je lah dekat luar. Senang cerita. Kalau ada jiran nampak, biar lah dia orang tengok kita berdua sweet-sweet. Bak kata mak aku, pengantin baru mesti sweet. Tak pernah tak sweet. Lagi-lagi romantik macam aku." Nayl menepuk dadanya bangga.

Huh, hati Naurah mula panas. Satu ketam lagi dihinggap ke lengan Nayl. Biar habis bengkak lengan lelaki itu. Puas hatinya.

"Aduh, sakit lah! Lengan aku elok putih nanti jadi biru!"

"Padan muka kau!" Kunci rumah pantas dicapai.

"Thank you, bro." Ucap Naurah lalu sempat mencubit buah dada Nayl. Lantas Naurah berlari masuk ke dalam rumah sambil ketawa terbahak-bahak. Tergamam lelaki itu dengan perbuatan isterinya.

"Mentang-mentang lah aku tak ada t*t*k, kau main cubit-cubit pulak ya?! Kau tunggu kau malam ni giliran aku pulak cubit." Nayl sudah tersenyum nakal. Dia juga lantas berlari mengejar isterinya.

Ah, itu lah kenangan paling indah sekali yang selalu ada dibenaknya. Takkan dia lupa semua itu. Sungguh dia rindu.

Tanpa diduga, dia mengukir senyuman di bibir apabila terkenangkan kenangan manis itu.

"Papa!"

Tersentak Naurah daripada lamunan. Lantas dia menoleh ke kiri dan ke kanan susuk tubuh anaknya langsung tiada.

Naurah menoleh ke kanan. Terkejut Naurah apabila Nayl sudah berada di hujung berdekatan dengannya. Erat Naufal memeluk tubuh ayahnya. Mana tak rindu, hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan ayah kandungnya. Berpisah pula sudah bertahun-tahun.

Menitis air mata Naurah. Kakinya berasa susah untuk mengawal berjalan melangkah mendekati lelaki itu. Hanya air mata yang mampu keluar saat ini.

"Papa, Naufal minta maaf. Selama ni, Naufal selalu berkasar-kasar dengan papa. I am so sorry..." Tak lepas-lepas dia memeluk tubuh ayahnya. Seperti tidak mahu lepas daripada pelukan itu.

Nayl tersenyum kecil lalu mengucup lama kepala si anak. "Naufal tak ada salah pun dengan papa. Papa kan sayang Naufal. Dah, dah...Jangan sedih-sedih." Air mata Naufal diseka.

"Tapi...Papa, maafkan mama jugak ke?" Persoalan itu membuatkan Naurah dan Nayl tersentak. Kedua-duanya terkaku.

Lantas Naurah menyeka air matanya lalu melangkah mendapatkan anaknya. "Naufal, jom balik. Dah nak malam ni." Ujar Naurah lalu menarik lengan si anak.

Tetapi, Naufal sudah menepis lalu memeluk erat tubuh ayahnya semula. "Tak nak. Naufal nak tinggal dengan papa. Naufal sayang papa." Sekarang ni, Naurah tidak boleh lagi memarahi Naufal.

Dia sudah berjanji pada Naufal mahu memberi anaknya berjumpa dengan Nayl. Jika dia memarahi anaknya, tetapi dia sudah berjanji.

Naurah hanya mengetap bibir. Wajah sudah berbahang. Jantung mula berdegup kencang.

Melihat wajah Naufal mula sembab dek air mata banyak mengalir. "Naufal, kena balik. Esok kita jumpa lagi ya. Papa promise." Janji Nayl pada Naufal. Si kecil itu menggeleng kepala.

"Tak nak! Naufal nak duduk dengan papa. Naufal tak nak tinggalkan papa. Mama, please. Naufal nak duduk dengan papa." Rayunya sungguh comel. Naurah menelan liur. Aduh, habis lah dia! Sekarang ni sesi pujuk memujuk ke apa?

Naurah tetap berusaha memujuk anaknya. Masih belum berani untuk berhadapan dengan bekas suaminya dan masih belum berani untuk cakap tentang hal itu pada bekas suaminya. Dia mahu sedikit masa untuk berhadapan dengan Nayl.

"Naufal kena balik lah sayang. Esok awal pagi, papa janji papa akan datang ambil Naufal. Kita makan ice cream sama-sama." Pujuk Nayl. Sempat Naurah merenung wajah bekas suaminya. Kelihatan pucat lesu.

Dia berasa mulai risau apabila melihat wajah bekas suaminya mula pucat. Tanpa sedar, tangannya mendarat ke atas dahi Nayl.

Lelaki itu yang sedar perbuatan Naurah itu, laju menepis dengan kuat. Dia yang tadi sedikit menunduk untuk memujuk Naufal kini berdiri tegak semula merenung tajam pada Naurah.

Lantas Naurah menarik tangannya. Terkejut. Kerana, jika Nayl demam pasti Naurah akan merasa dahulu badan suaminya.

Kerana itu, dia sudah terbiasa. Sampaikan dia lupa yang dia bukan lagi isteri kepada Nayl Uqasyah.

"Kau jangan nak sentuh-sentuh aku boleh tak?" Bicara Nayl membuatkan Naurah tersentak. Terkejut dengan apa yang Nayl cakap padanya. Lelaki itu sudah bercakap kasar padanya. Dia masih marahkan aku ke?

"Sa...Saya minta maaf..." Jawab Naurah gagap. Dia sedikit menunduk. Dia juga berasa kekok apabila dia bercakap dengan lelaki itu dengan 'saya awak'. Selama ini, dia 'beraku kau' dengan lelaki itu.

Pasti, lelaki itu masih marah padanya. Itu membuatkan Naurah lagi berasa sedih. Kecewa.

Berkerut dahi Naufal. Agak-agaknya dia pun tertanya-tanya, melihat mama papanya masih belum berbaik walaupun mamanya sudah mula terbuka hati untuk memaafkan papanya.

"Naufal, jom balik. Dah nak malam ni. Esok kita jumpa dengan papa lagi ya." Pujuknya pulak sambil menarik lengan si kecil itu.

"Tak nak! Naufal tak nak ikut mama! Naufal nak tinggal dengan papa!" Jerit Naufal. Matanya mula mengalir air mata. Naurah sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi.

Dapat dia lihat, Nayl sedang memegang kepala. Kelihatannya seperti lelaki itu pening. Dia mula tidak sedap hati.

"Naufal, jangan buat perangai boleh tak?! Dengar cakap mama. Esok kita jumpa papa lagi. Dah jom." Kali ini, stok kesabarannya sudah tidak dapat digunakan lagi, dia menarik kasar lengan Naufal lalu melangkah pergi dari situ.

"Papa...Naufal nak duduk dengan papa. Papa!" Jeritnya memanggil Nayl dengan esakan tangisannya. Tak lama itu, mereka berdua terkejut apabila terdengar ada seseorang terjatuh.

Naurah berpaling menoleh ke belakang melihat susuk tubuh lelaki itu sudah terlentang jatuh. Lelaki itu pengsan. Lantas dia berlari mendapatkan lelaki itu.

"Ya Allah, Nayl. Nayl...Bangun." Dia sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Mahu sentuh menepuk lembut pipi lelaki itu, tetapi dia sungguh berasa kekok. Kerana dia bukan lagi isteri kepada Nayl.

"Papa...Bangun lah. Papa..." Tubuh si ayahnya digoncang lembut dengan air mata mengalir laju.

Lantas Naurah mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangannya lalu mendail nombor pihak hospital. Sungguh, dia gelabah saat ini. Otak pun ligat memikir sesuatu.

"Nayl...Bangun. Nayl," lembut dia menggoncang tubuh lelaki itu. Mata mula berkaca-kaca.

Sungguh, hatinya sebak saat ini. Hanya tuhan aje yang tahu betapa sedihnya dia jika Nayl berkasar-kasar padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience