Hari ini dia datang ke tempat kerja dengan senyuman sentiasa terukir dibibir. Berkerut dahi Arif melihat kawannya itu asyik tersenyum memanjang. Dah tak betul ke kawan aku tu? Asyik tersenyum je memanjang?
"Hoi," bahu Nayl ditepuk. Nayl terus menoleh memandang Arif kawannya dengan senyuman masih mekar dibibir. Entah mengapa, hatinya saat ini sentiasa berasa bahagia dan tenang.
"Assalamualaikum." Ucap Nayl lembut. Ah, terus sentap Arif. Dia menelan liur. Sejak bila kawan aku ni dah insaf? Baik pulak dia hari ni?
"Err...wa... waalaikumusalam." Jawab Arif sambil menggaru-garu kepalanya.
"Yang kau ni tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa? Ada masalah otak ke? Kalau ada, aku boleh bawa kau pergi hospital sakit jiwa. Check sikit otak kau tu, kut-kut ada masalah ke?" Sengaja Arif kenakan kawannya. Tetapi, dia sungguh pelik melihat kawannya hari ini, tersenyum memanjang. Kembali timbul gigi besinya. Kalau tidak, mahu senyum pun tak, kedekut betul untuk dia sengih. Tapi sekarang, murah pula dia untuk sengih.
"Eh, tak adalah. Alhamdulillah, hari ini aku sihat." Jawab Nayl lagi dengan sungguh tenang. Makin pelik Arif. Mahu aje dia hentak kepalanya pada dinding. Berkerut-kerut sudah dahinya saat ini melihat Nayl yang sudah lain. Sah, mamat ni dah bertaubat!
"Sekarang ni aku nak tanya kau, kenapa kau hari ini murah sangat tersenyum? Kalau tidak, mana ada kau nak senyum-senyum macam ni sejak berkahwin dengan Naurah tu."
"Ada berita baik hari ini," cerita Nayl dengan hati masih gembira.
Dengar aje kata-kata Nayl, dia membuka telinga. Mahu dengar berita baik apa yang kawannya dapat. Dia membetulkan duduknya menghadap kawannya yang masih tersengih-sengih.
"Tak lama lagi aku akan jadi...Ayah." Ujar Nayl lambat-lambat. Dia tersenyum kecil. Terlopong luas Arif mendengar, bulat matanya. Seperti tidak percaya dengan kata-kata kawannya ini.
"Kau...kau serius lah? So, Naurah... mengandung?" Soal Arif kembali yang masih terkejut.
Nayl mengangguk sambil tersenyum lebar. Arif terus berjabat tangan dengan Nayl lalu dia memeluk erat tubuh kawannya.
"Tahniah, bro. Sekarang kau dah jadi ayah." Ucap Arif sambil menepuk lembut bahu Nayl.
"Hehehe, terima kasih." Jawab Nayl. Seperti tidak percaya pula, hatinya masih gembira. Arif yang baru dapat tahu yang Nayl tak lama lagi akan menjadi ayah, dia turut gembira. Tak lama nanti dia akan menjadi ketua keluarga.
"Anak kau lelaki ke perempuan?" Soal Arif yang turut gembira.
"Kandungan tu baru lagi. So, nanti lepas 6 bulan Naurah akan check semula jantina anak tu." Jelas Nayl, hatinya saat ini sungguh senang.
"Eh, jap. Kau dengan Naurah dah berbaik ke? Kau tak cerita pun dekat aku." Berkerut semula dahi Arif. Benci betul lah kalau orang cerita setengah-setengah ni!
"Err...Hehehe. Itu rahsia aku." Nayl mengenyit mata sebelah. Mahu aje Arif menepuk dahinya. Ada-ada aje lah kawannya yang tak betul ni.
"Ha, nanti aku dah kahwin, jangan lupa share sekali rahsia kau tu."
"Eh, tak boleh. Rahsia ni dari nenek moyang aku." Jawab Nayl yang masih berwajah tenang.
"Kau kan, kalau aku tumbuk muka kau, sia-sia je hidup! Kedekut! Nak tahu rahsia malam pertama pun tak boleh!" Arif menjeling. Pecah tawa Nayl, macam-macam betul perangai si Arif yang turut sama dengan perangai dia. Tak betul!
Terbahak-bahak Nayl ketawa. "Ok, ok. Nanti kau dah kahwin rojer-rojer aku." Sempat lagi dia kenakan kawannya. Pecah tawa mereka bersama, dua-dua tak betul. Arif menggeleng kepala, kalau dilayan kawannya ini lagi makin tak betul pula jadinya.
*****
"Apa? Naurah mengandung?" Tersentak Puan Zainab apabila dapat berita yang menantunya mengandung.
Encik Rahim yang sedang kusyuk membaca surat khabar juga terhenti apabila mendengar isterinya sedang bersembang dengan Nayl di dalam talian. Naurah mengandung? Naim juga turut sama, terhenti terus dia dari fokus bermain telefon bimbitnya.
Kini mereka berdua menoleh memandang Puan Zainab dengan masih tanda tanya dan mahu mengambil kepastian.
Puan Zainab tersenyum lebar. Mahu menangis dia dengan apa yang Nayl jelaskan padanya saat ini.
"Ya Allah, alhamdulillah. Tak sangka betul tak lama nanti anak mak akan jadi ayah."
Lagi terkejut besar Encik Rahim dan Naim mendengarnya. Masing-masing mendapatkan Puan Zainab.
"Ha, yelah. Nanti datang ke rumah ya, mak akan masak sedap-sedap untuk anak mak dan menantu mak." Selesai bersembang bersama anaknya di dalam talian. Dia menoleh memandang suaminya dan anaknya yang sudah berada dihadapan dia dengan wajah yang berkerut-kerut. Masih tertanya-tanya.
"Naurah mengandung ke?" Soal Encik Rahim yang masih tidak faham. Betul ke Naurah mengandung? Ke aku salah dengar?
"Tak lama nanti Nayl akan jadi ayah?" Soal Naim pula yang masih berwajah pelik. Berkerut dahi nya.
Puan Zainab ketawa kecil sambil menutup mulut. Ketawanya saat ini sungguh bahagia, menitis air matanya. Kelopak mata mula basah.
Puan Zainab memandang suaminya dan anaknya yang berada di hadapannya itu. Perlahan-lahan dia mengangguk sambil tersenyum lebar.
"Eh, mak. Betul ke?" Soal Naim kembali yang tidak percaya.
"Iya...Naurah mengandung."
"Awak ni, biar betul? Ke, awak yang salah dengar ni?" Encik Rahim seperti tidak percaya.
"Iya abang. Naurah mengandung. Tak lama lagi, anak kita akan jadi ayah. Kita pula akan jadi nenek dan atuk. Ya Allah, gembira sangat mak." Ujar Puan Zainab yang sungguh gembira, perasaannya saat ini tak terkata.
"Alhamdulillah. Rezeki mereka berdua." Ucap Encik Rahim yang turut gembira.
"Nampaknya cara aku berhasil." Bisik Naim dalam dengar dan tidak.
"Hah?!" Tersentak Encik Rahim dan Puan Zainab.
"Errr... Kenapa mak dengan ayah pandang Naim macam tu? Naim kata...err... Alhamdulillah." Sengaja Naim berkata begitu, tidak mahu mak ayahnya ingat lain. Dan, dia juga bersyukur. Nayl mengikut caranya, kini mereka berdua sudah kembali berbaik semula. Mahu aje mereka sujud syukur, cucu pertama yang selalu mereka menanti-nantikan. Tak sabar mahu melihat cucu pertama nya itu.
******
"Serius lah kau mengandung?" Terbeliak mata Aina. Terkejut dia dapat tahu yang kawannya mengandung.
Naurah tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Ya Allah, jadi...tak lama lagi aku akan jadi auntie lah? Yeayyy, mesti comel kan anak kau." Aina sudah meloncak girang. Sungguh dia tumpang gembira. Naurah menepuk dahi, macam-macam betul lah dengan Si Aina ni.
"Hm, ya. Tak lama nanti kau akan jadi auntie, aku pula akan jadi ibu." Jawab Naurah sambil tersenyum kecil. Dia menggeleng kepala.
"Wah, tahniah babe. Nanti bila anak kau dah lahir, aku orang pertama yang sambut anak kau." Pecah tawa mereka berdua. Tak pernah tak buat lawak Aina ni, suka sangat dia buat Naurah tersenyum dan ketawa.
"Nanti kita beli barang baby sama-sama tau. Kalau anak kau perempuan aku akan beli gaun baby yang paling cantik. Biar dia nampak cantik macam mama dia. And, bila dia lelaki aku akan beli baju dia cantik-cantik sikit, baru lah anak kau nampak handsome macam papa dia."
Pecah tawa Naurah, dia menggeleng kepala. Perut pun belum besar lagi, dah berangan mahu beli baju bayi. Aina juga turut ketawa, terkejut dia apabila dapat tahu kawannya mengandung. Lagi bertambah teruja dia saat ini. Tak sabar dia menunggu bayi lahir. Dia orang pertama yang akan sambut bayi itu. Sakit perut Naurah melayan Aina.
*******
Sudah hampir tiga bulan bayi di dalam perutnya. Naurah termenung di luar balkoni biliknya sambil mengukir senyuman dibibir. Terngiang-ngiang di peluput telinganya dengan kata-kata doktor yang dia mengandung. Ah, tak sangka betul. Dia sangat bersyukur, menitis air matanya apabila dapat tahu dia mengandung. Jemarinya lembut mengusap perut yang semakin memboyot. Dia sedang mengira hari untuk bayinya yang bakal lahir.
Hampir lama juga dia menunggu untuk mendapatkan zuriat. Nayl bukan main seronok lagi apabila dapat tahu yang isterinya berbadan dua. Mana taknya, ini anak pertama mereka. Mestilah rasa seronok dia lain macam. Mama dan papa dia pun sama. Maklumlah cucu sulung. Lagipun, dia satu-satunya anak mama dan papa. Mahunya tak gembira.
Puan Zainab dan Encik Rahim dapat tahu tentang itu, mereka juga turut gembira. Seronok, tak sabar menunggu bayinya lahir.
Tergamam Naurah apabila perutnya diusap lembut oleh Nayl. "Anak papa ada dalam tu ke? Jangan nakal-nakal ya sayang. Mama dan papa tak sabar nak tunggu anak papa lahir. Jangan tendang-tendang perut mama tau, kesian mama sakit nanti." Lembut Nayl mengusap perut Naurah sambil bercakap di perut Naurah membuatkan Naurah pecah tawanya. Nayl yang melihat isterinya ketawa, dia juga turut ketawa.
"Abang, mulai hari esok Naurah nak masuk kerja boleh? Bosan lah duduk rumah. Kalau apa-apa terjadi dekat Naurah macam mana? Dah lah duduk rumah sorang-sorang. Kalau Naurah masuk kerja, abang boleh tengok Naurah sekali." Ujar Naurah. Makin bosan pula dia kalau asyik terperap di rumah aje. Dia pun mahu keluar, mahu masuk kerja dan menolong suaminya. Kesian dia melihat Nayl setiap kali pulang ke rumah pasti wajah suaminya terlihat jelas keletihan.
"Sayang, awak tu kan mengandung. Tak payah lah masuk kerja. Awak rehat aje, ok?" Melihat keadaan isterinya begini, memang dia tidak mahu menyusahkan Naurah. Dia mahu isterinya rehat sepanjang masa. Tak perlu buat kerja yang tak penting.
"Alah, tak apa lah. Naurah okey je lah. Abang jangan lah risau," Naurah masih lagi berkeras kepala mahu masuk kerja. Nayl ketawa kecil, perangai Naurah semasa mengandung sungguh lain. Kembali semula perangai dulunya. Keras kepala, garang dan paling Nayl tidak tahan ialah apa yang Naurah mahu tetap dia mahu. Kalau tidak dapat sesuatu itu, mahu dia menjadi singa.
"Haih, sayang ni degil ya..."
"Nak masuk kerja juga!"
Nayl ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Dia memeluk bahu Naurah sambil mengucup kepala isterinya.
"Okey boleh, tapi kalau saya tak larat tak payah masuk kerja ya."
"Ok baik, bos." Senyuman terukir dibibir.
"Eh, jap. Ni coklat Cadbury saya ada beli tak?"
Sedang dia mengelamun panjang, tersentak dia dengan persoalan Naurah. Bulat matanya, dahi ditepuk perlahan. Bibir digigit.
"Err...Hehehe, abang...abang lupa lah, sayang. Esok abang janji abang beli ok." Dia memandang wajah Naurah dengan wajah manja, agar gadis itu terima.
"Eee!! Taknak! Saya tetap nak juga! Kalau tidak, saya tak balik ke rumah ni. Saya tidur rumah mama papa." Naurah buat muka merajuk. Tubuh dipeluk, jelingan dilepas ke tempat lain. Nayl menggaru-garu kepalanya sambil menghela nafas kecil. Macam-macam betul lah isteri aku ni.
"Ya, ya...Saya beli. Awak tunggu dekat rumah, jangan pergi mana-mana. Faham?!"
Naurah mengukir senyuman dibibir, makin seronok pula dia dengar apabila Nayl berkata begitu.
"Thank you, abang. Love you so much!" Sempat dia mengucup pipi suaminya. Nayl hanya tersenyum kelat sambil mengangguk. Terpaksa lah dia melayan kerenah isterinya yang mahu semua yang dia mengidam. Kalau tak nak isterinya jadi singa, terpaksa lah dia menapak jauh belikan sesuatu untuk isterinya.
Share this novel