BAB 14

Romance Completed 31452

Perlahan-lahan Naurah membuka mata sambil melepaskan menguapnya. Mata digosok perlahan. Jam di dinding sudah tepat pukul 8 pagi. Dia perlu bangun bersiap-siap dan pergi ke tempat kerja.

Baru aje mahu bergerak bangun, dia terasa tubuhnya saat ini ada seseorang memeluknya dengan sungguh erat sehinggakan tiada ruang untuk dia berganjak.

Dia menelan liur memandang Nayl di sebelahnya yang sedang nyenyak tidur sambil memeluk kemas pinggangnya. Hah, nampaknya tak dapat lah dia bangun. Tapi sampai bila nak macam gini?

Naurah tidak mahu mengganggu Nayl tidur, perlahan-lahan dia mengangkat lengan suaminya yang berada di pinggangnya itu lalu dibawa ke tepi.

Huh, semuanya baik-baik aje. Bisik hati Naurah sambil bangun dari tempat tidurnya. Tetapi dia kembali baring apabila pinggangnya kembali dipeluk erat oleh lelaki itu.

Dia menelan liur. Isy... mamat ni dah bangun ke belum? Ke dia saje nak peluk aku?! Marah Naurah dalam hati. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap muka Nayl yang sedang tidur.

Lihat wajah lelaki itu jelas yang dia sedang tidur. Berkerut-kerut dahi Naurah. Lama dia merenung wajah suaminya, entah mengapa saat ini hatinya sangat tenang apabila merenung wajah lelaki itu. Dia mengukir senyuman. Tangannya yang baru mahu menyentuh wajah Nayl terhenti apabila ada yang bersuara.

"Mesti abang handsome kan? Tulah sayang renung abang lama."

Nayl bersuara membuatkan Naurah tersentak. Matanya terkebil-kebil memandang tempat lain. Pelukan masih kemas di pinggang Naurah, dia menggigit bibir. Mencari cara untuk melepaskan pelukan itu.

"Err.... Aku nak bangun ni, boleh tak kau lepaskan pelukan kau ni?" Naurah mula bersuara dengan suara tegang tetapi suaranya sedikit gagap. Dia cuba untuk belagak tenang.

"Boleh je. Tapi, sebelum kau pergi... kau kena..." Jari ditunjuk pada bibirnya.

"Euw! Kau gila ke apa?! Nanti kalau aku cium kau, habis bibir aku kena kepit dengan gigi besi kau tu, tak nak aku!" Marah Naurah sambil menolak lembut bahu suaminya. Bingkas dia bangun dari situ, sudah tidak mahu terjebak lagi dengan Nayl. Terbahak-bahak Nayl ketawa. Suka betul dia menyakat gadis itu.

*****

"Lah, tak akan hari pertama kahwin dah nak masuk kerja?" Soal Encik Omar pelik.

"Err...Naurah bukannya buat apa pun dekat rumah. Bosan, so Naurah pergi kerja nanti dapat lah buat kerja apa yang patut." Jawab Naurah yang sudah siap memakai uniform kerja.

"Tak perlu pergi lah, Naurah. Hari ni kamu cuti aje lah. Rehat dulu. Esok baru kerja." Putus Encik Omar. Naurah merungut, tetapi disembunyikan agar papanya tidak nampak. Kalau tak, habis lah dia kena marah.

"Hah, betul tu Naurah. Kamu cuti lah dulu, Naurah dengan Nayl kan baru aje semalam nikah. Tak akan dah nak kerja. Ni, Nayl mana?"

Naurah terus mencampak beg tangannya di atas sofa dan dia melangkah ke meja makan dan melabuhkan duduk di kerusi. Terpaksa lah dia ikut kata papanya, wajahnya mula berubah.

"Ada dekat atas."

"Ajaklah dia turun breakfast sekali."

"Assalamualaikum, errr...papa, mama." Ucap Nayl yang baru turun ke bawah. Dia agak kekok untuk menukar nama panggilan itu kerana dia sudah terbiasa memanggil mereka dengan gelaran nama 'maklong dan paklong'.

"Waalaikumusalam," jawab Encik Omar dan Puan Suraya serentak.

Berkerut dahi Encik Omar melihat Nayl sudah lengkap dengan baju kerjanya.

"Eh, kau orang berdua ni nak ke tempat kerja ke?" Soal Encik Omar pelik. Baru aje semalam nikah, tak akan lah hari ini sudah mahu masuk kerja? Rajin betul.

"Err..ya, papa. Sebab dekat office Nayl banyak kerja yang belum siap." Jelas Nayl sambil mengambil tempat disebelah isterinya.

"Lah, tak perlulah ke tempat kerja hari ni. Kamu ambil aje cuti. Baru je semalam nikah kan? Takkan hari ini dah nak masuk kerja pulak?" Tak sempat Nayl bersuara, Puan Suraya memotong.

"Betul tu. Kau orang berdua ambil aje lah cuti untuk sehari." Cadang Puan Suraya.

"Err...ok." Sudah tidak tahu mahu menjawab apa, hanya itu jawapan ringkas Nayl. Penat-penat aje aku berpakaian kemas and handsome hari ini. Last-last tak jadi pergi kerja, hampeh betul. Bisik hati Nayl.

"Nanti kau orang bercadang nak honeymoon bercuti dekat mana?" Puan Suraya mula bersuara.

Naurah yang sedang meneguk susu di dalam gelas, terkejut dia dengan soalan mamanya. Nasib tidak tersedak.

Nayl yang nakal itu mahu aje bersuara, Naurah sudah tahu jawapan Nayl, pantas dia memotong dan bersuara terlebih dahulu. Kalau bagi si mamat ni bersuara dulu, nanti kang jawapan mengarut dan merepek pulak dia bagi kat mama dan papa aku!

"Err, mungkin kita orang tak jadi pergi honeymoon. Sebab..." Kali ini kata-katanya pula yang dipotong oleh Encik Omar.

"Tak jadi kenapa pula? Kali ini alasan apa pula yang kamu nak guna?" Soal Encik Omar tegas.

"Abang..." Seru Puan Suraya. Dia memandang suaminya sambil memberi isyarat mata agar suaminya bertenang.

"InsyaAllah, pa. Kalau tiada halangan, kami akan pergi bercuti honeymoon." Ujar Nayl sambil menggenggam erat tangan isterinya sambil memberi isyarat mata agar Naurah tidak bersuara. Tajam Naurah memandang Nayl. Kan dah cakap, mamat ni mesti punya bagi jawapan macam tu untuk menyedapkan hati papa. Tajam Naurah menjeling Nayl.

"Hm, bagus lah kalau macam tu. Dah ada cadangan nak bercuti di mana?" Soal Encik Omar tanpa memandang mereka. Dia menghirup kopi di dalam cawan.

"Err...dekat-dekat aje pa. Tak jauh pun," jawab Nayl dengan berhati-hati.

"Baik lah kalau macam tu. Papa ada hadiah nak bagi dekat kamu berdua. Papa ada booking pakej honeymoon ke Langkawi untuk kau orang berdua. Nayl dan Naurah cuma pilih tarikh je ok. Nanti PA papa akan uruskan semuanya. Jadi, nanti senang lah kau orang berdua honeymoon." Jelas Encik Omar.

Bulat mata Naurah dengan kata-kata papanya. Biar betul? Papa dah buat pakej percutian honeymoon untuk aku dan Nayl?! Isy... ni semua salah mamat tak guna tu! Kenapa dia setuju dengan cadangan papa tu?!! Marah Naurah dalam hati sambil menjeling Nayl yang sudah tersengih-sengih itu.

"Err...tapi papa, nampak macam membazir pula. Kita orang honeymoon dekat rumah pun dah okey sangat. Tak perlu kut membazir..."

"Tak apa, papa hadiahkan untuk kau orang berdua. Papa harap dengan percutian ni, kau orang tak bergaduh lagi dan dapat berbaik semula." Ujar Encik Omar lagi.

Oh, jadinya nak suruh aku honeymoon ni nak aku berbaik dengan si mamat sengal ni lah? Aduh papa, nanti honeymoon tu bukan untuk berbaik lagi, makin berperang besar adalah! Marah Naurah dalam hati yang masih tidak puas hati.

Ah, mantap lah. Honeymoon kut, siapa je nak tolak? Mesti lah tak. Okey now, Nayl kau kena lebih lagi romantik. Malam tadi dia tak bersedia, tak apa Nayl. Sabar, mungkin honeymoon nanti kau akan dapat. So, teruskan berusaha. Kata-kata semangat buat diri sendiri.

"Ya, betul tu. Mama dan papa sentiasa doakan untuk kau orang berdua agar kau orang dapat berbaik dan salin sayang menyayangi. Tak mahu lah gaduh-gaduh ya, tak elok pulak nanti kalau orang tengok." Pesan Puan Suraya lembut dengan senyuman manis dibibir.

Naurah hanya tersengih sambil mengangguk. Nak tak nak dia terpaksa terima. Hatinya sekarang makin membara api dengan Nayl yang setuju tawaran papanya.

Siap kau, Nayl!

*****

Naurah yang sedang berdiri di balkoni sambil mengambil angin tergamam apabila pinggangnya dirangkul kemas oleh Nayl yang tiba-tiba muncul.

"Macam mana? Kau dah tetapkan tarikh ke?"

"Hei, kalau ikutkan hati aku, aku tak setuju tau dengan tawaran papa tu. Isy... Kenapa kau terima?! Kau sengaja je kan nak sedapkan hati papa aku!" Marah Naurah.

"Mana ada aku nak sedapkan hati papa kau, aku setuju dengan kata-kata papa tadi. Diorang buat macam tu, sebab dia orang nak kita berbaik. Bukan bermusuh hingga ke tua," ujar Nayl.

"Eish, itu aku tak kisah lah. Sekarang ni aku geram sangat dekat kau sebab kau terima tawaran tu!"

"Kenapa? Salah ke? Nak honeymoon dengan isteri sendiri je. Bukannya bercuti dengan perempuan lain." Ujar Nayl dengan muka selamba.

"Isy...makin stress lah aku cakap dengan kau ni! Dah lah!" Naurah terus melangkah masuk ke dalam bilik. Malas dia mahu melayan Nayl. Makin tambah sakit hatinya lagi adalah.

******

"Wei babe, macam mana dengan malam pertama kau?" Soal Aina sambil berdekah-dekah ketawa. Sakit perut dia bila bercerita tentang kisah kawannya ini. Sepupu sendiri dan akhirnya menjadi suami. Musuh ketat pulak tu.

"Isy...kau ni! Tak senonoh betul lah!" Marah Naurah sambil melepaskan jelingan tajam pada rakannya yang sedang ketawa terbahak-bahak.

"Aku stress lah..."

"Aik, dah kahwin pun masih lagi stress? Hah, kalau macam tu jom makan. Nanti hilanglah tu stress kau," cadang Aina sambil tersengih.

"Eee!! Kau ni, nanti aku gemuk sebabkan kau tau! Sekarang aku stress, sebab papa aku nak aku honeymoon dengan mamat tulah. Si mamat tak betul tu pulak boleh terima tawaran papa. Argh! Babe, tolong lah aku..." Rayu Naurah sambil menggoncang-goncang lengan kawannya.

"Wow, honeymoon tu...gila lah kau kalau kau tolak. Sesetengah orang, lepas dia kahwin dia tak honeymoon tau. Tapi kau ni untung apa, sebab dapat honeymoon. Jangan tolak babe, rugi. Rezeki jangan ditolak." Pujuk Aina.

"Amboi, amboi...pandai aje kau bercakap ya. Kalau kau dekat tempat aku, aku rasa kau akan buat benda yang sama dengan apa yang aku buat sekarang ni." Marah Naurah sambil merungut. Dia menghela nafas kasar. Masih tidak boleh terima dan tidak puas hati dengan tawaran papa.

"Okey macam ni, kau hanya ada dua pilihan. Satu pilihan aku akan tolong kau dan satu pilihan lagi aku minta maaf aku tak dapat tolong kau,"

"Pilihan apa?"

"Pilihan pertama, kau terima tawaran papa kau tu. So, nanti kau honeymoon kau layan lah si mamat tu macam biasa dengan perangai garang kau tu. And, pilihan kedua pula kalau kau tak terima and tak setuju dengan tawaran papa kau tu, boleh je. Tapi, aku minta maaf aku tak dapat nak tolong kau bagi idea alasan dekat papa kau. So, kau buat lah ayat sendiri." Jelas Aina satu per satu.

"Aduh, lagilah aku taknak...nak terima pergi honeymoon dengan mamat sengal tu? Hei, memang tak lah. And pilihan pertama aku, cancel! Pilihan kedua pula...aduh. Lagilah susah, papa aku tu dah lah tak terima sebarang alasan daripada aku." Naurah mengeluh sambil mendengus kasar. Pelbagai masalah yang dia hadap sekarang ni membuatkan otaknya semakin stress dan ligat berfikir.

"Itu terpulang pada kau, yang nak pergi honeymoon tu kau. Bukan aku. So, kau fikir-fikirkan lah ya. Tapi kan, bagi aku lah...kau setuju je lah. Wei, honeymoon tu. Kalau aku, huuu awal-awal lagi aku dah setuju." Aina mula berangan. Naurah menampar kuat lengan kawannya. Terbahak-bahak Aina ketawakan kawannya yang jelas sudah marah.

"Isy...kau ni, tak membantu langsung lah!" Marah Naurah sambil melepaskan pandangan ke tempat lain. Pecah tawa Aina, lagi sakit hati pula dia mendengar tawa Aina. Otaknya makin ligat, berfikir pun susah. Idea juga sudah hilang, alasan untuk diberikan kepada papa juga sudah hilang entah kemana.

******

"Hah, macam mana? Naurah terima ke? Kau orang dah tetapkan tarikh?" Soal Naim bertalu-talu apabila dapat tahu yang Naurah dan Nayl akan bercuti honeymoon di pulau Langkawi.

"Naurah nak terima? Dalam mimpi aje lah dia terima untuk honeymoon dengan aku. Memang tak lah dia terima. Malam semalam aku goda dia bagi cair, tapi susah lah bang. Makin dingin lagi adalah. Tapi, aku rasa lah kan dia cair sikit lah...sebab semalam aku dapat tidur sekali dengan dia. Ah, ada teman tidur malam semalam." Cerita Nayl sambil tersengih-sengih menayangkan gigi besinya.

Pecah tawa Naim, dia menggeleng kepala. "Tak apa, berusaha lagi. Isteri kau kut, bukannya perempuan lain. So, tak ada masalah pun untuk kau goda dia."

"Tapi...Tulah, honeymoon kita orang ni masih belum bincang. Tadi aku bincang dengan Naurah pun dia macam nak tak nak je. Takkan nak tolak kut tawaran papa, dia dah bersungguh-sungguh dah. Siap bagi pakej percuma untuk kita orang bercuti honeymoon lagi." Luah Nayl dengan wajah kecewa.

"Betul...kalau kau tolak tawaran dia, mahu mengamuk dia. So, apa-apa pun...terima aje lah. And, masa tu lah kau goda isteri kau lebih lagi. Biar dia betul-betul cair." Cadang Naim sambil tersenyum senget. Bahu adiknya ditepuk lembut.

"Hahahaha, yang itu of course lah." Pecah tawa mereka bersama. Tetapi, hati masih gelisah. Entah apa yang dia fikirkan saat ini. Tentang Naurah, tentang honeymoon itu dan papanya. Naurah memang tidak setuju, tetapi kalau ditolak pasti papanya akan terasa dan kecewa. Kalau dia terima, sudah tentu Naurah akan marah dan buat hal waktu dia dan Naurah bersama bercuti honeymoon. Hadoi! Nayl menghela nafas panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience