BAB 7

Romance Completed 31452

"Alhamdulillah, masin juga mulut aku." Pecah tawa Aina. Terbahak-bahak dia ketawa, pantas Naurah mengetam lengan Aina.

"Auch! Sakitlah..." Meraung sakit Aina sambil menggosok lembut pada lengannya yang sudah merah.

"Sakit, kan? Hah, macam tu juga sakitnya hati aku sekarang!" Marah Naurah sambil menjeling tajam pada rakannya.

Makin bertambah tertekan dia. Kahwin? Dengan sepupu? Ya Allah, yang itu aku tak boleh terima! Kalau kahwin dengan orang lain, boleh lah terima lagi. Tapi, sekarang ni kahwin dengan sepupu sendiri?! Memang tak lah. Dan, sepupu sendiri juga musuh ketatnya. Nanti bukan jadi suami isteri lagi, jadi peperangan yang paling besar adalah.

Naurah mendengus kasar sambil memeluk tubuh.

"Eh, babe. Makan lah. Bukan ke kau kata kalau nak happy, nak hilangkan stress ubatnya hanya makan. So, now kau kan tengah stress. Hah, makan lah. Nanti hilang lah tu stress kau. Dah, dah jangan fikir-fikir lagi. Makan cepat, lepastu kita masuk office."

"Isy... Aku tengah stress lagi ni. Tak nak lah makan, hilang dah selera aku bila fikirkan hal tu." Naurah mendengus kasar. Masih tidak puas hati dia semalam dengan apa yang Nayl lakukan padanya.

*****

"What?! Kau kena tangkap basah dengan mak ayah kau? And diorang nak kahwinkan kau dengan musuh kau sendiri? Eish, kau ni biar betul?"

"Betul lah, ngok." Marah Nayl.

Terbahak-bahak Arif ketawa. Melihat, jelas wajah rakannya itu sungguh sedang marah dan tidak puas hati.

"Habistu, kau nak buat apa sekarang ni? Takkan lah kau nak diam je?" Soal Arif. Nayl ligat berfikir macam mana mahu memujuk ayahnya itu.

"Entahlah, wei. Aku pun tengah serabut fikir."

Dia menggaru-garu kepalanya. Nafas dihela panjang.

*****

Masuk aje ke dalam pejabat, sempat dia memandang ke hadapan. Pejabat Naurah. Gadis itu masih belum muncul. Susuk tubuhnya juga masih tidak kelihatan. Ke mana pulak si minah ni pergi? Lambat nya lunch. Bisik hati Nayl.

Duduk dilabuhkan pada kerusi dengan menghela nafas panjang. Dia masih lagi serabut memikirkan tentang semalam. Masih belum hilang lagi peristiwa semalam.

Tak lama itu, matanya terpandang pada pintu pejabat Naurah yang dibuka dari luar. Wajah diangkat. Pasti gadis itu...

Ternyata benar. Naurah masuk ke dalam pejabat lalu dia terus melabuhkan duduknya dikerusi. Kepala terus diletak ke atas meja.

Nayl melihat wajah Naurah jelas yang gadis itu sungguh penat dan tertekan. Dengan keberanian yang ada, dia mengangkat punggung lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Naurah. Isy... Kau ni Nayl memang nak cari sakit lah. Dia tu dah lah tak ada mood. Nanti kang, tak pasal-pasal aku kena maki. Bisik hati Nayl yang serba salah mahu melangkah masuk ke dalam pejabat Naurah. Dia menelan liur, takut pula kalau singa mengamuk nanti.

Duduk dilabuh berhadapan dengan Naurah. Nayl mencari wajah Naurah yang tertutup itu, tetapi tidak kelihatan.

"Kau okey ke?" Soal Nayl.

Soalannya tidak dijawab. Gadis itu langsung tidak bergerak sedikit pun. Bersuara sepatah perkataan juga tidak keluar dari mulutnya. Keadaan semasa itu senyap sunyi seketika.

"Kau...tak sihat ke?"

Aduh, soalan apa benda lah kau ni Nayl? Lagi bertambah panas hati minah ni lagi adalah. Dia pun menyampah tengok muka kau! Bisik hati Nayl yang mengutuk diri sendiri. Dia menggaru kepalanya, sudah tidak tahu mahu bertanya apa lagi pada gadis itu.

"Err..."

Mahu bertanya lagi, tetapi dia gagap dan tak tahu apa lagi mahu bertanya pada gadis itu. Nanti kang kalau aku tanya dia lagi, nanti dia kata aku menyibuk dalam hal dia. Ah, lantaklah. Bisik hati Nayl yang sudah malas mahu mengambil tahu tentang keadaan gadis itu.

Dia terus mengangkat punggung dan keluar dari pejabat Naurah, tetapi langkahnya terhenti apabila namanya diseru.

Pantas dia memusing badan memandang orang yang menyeru namanya. Sengih masih timbul pada bibir, membuatkan lagi menyampah untuk Naurah memandangnya.

"Err, kau okey ke? Tak sihat?" Soal Nayl bertalu-talu apabila melihat wajah Naurah merah.

"Aku nak juga batalkan rancangan papa aku." Jawab Naurah. Soalan Nayl tidak dijawab.

"Ya, aku pun nak macam tu. Tapi, sekarang ni diorang dah tetapkan semua perkahwinan untuk kita. Kau tak ada idea ke untuk batalkan rancangan diorang?" Ujar Nayl sambil melangkah kembali melabuhkan duduknya berhadapan dengan Naurah.

"Itu lah masalah nya sekarang. Aku tengah serabut, tau. Mama dengan mak ngah pulak, boleh terima. Diorang kata, dia orang lebih suka kita bersama. Hei, memang tak lah. Itu boleh, tapi bukan dengan aku!" Luah Naurah dengan nada suara yang masih tidak puas hati.

Makin takut pula Nayl mahu bersuara apabila mendengar suara Naurah yang sudah kelihatan marah. Takut untuk dia bersuara, makin bertambah marah pula si minah ni.

"Hm, kalau susah sangat. Kita terima ajelah."

Aiyo! Apa ke bengap nya kau ni Nayl! Kau tengok, minah tu dah angin satu badan! Dia pandang kau pun macam dia nak makan kau! Aduhai!! Bisik hati Nayl. Dia menggigit bibir. Sengih tak pernah pudar dari bibirnya, sentiasa mekar sengih nya dibibir. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Isy... Kau ni lagi lah tak berguna!!" Marah Naurah.

Hm, kan... Padan muka kau Nayl. Kan dah dapat! Marah Nayl dalam hati.

"Err... Jangan marah-marah. Aku cuma cadang je. Heheh," Sengihnya lagi.

"Aku tengah stress boleh pulak kau buat cadangan bodoh kau, tu? Hei, memang tak lah aku terima!"

"So... Macam mana sekarang? Takkan nak tolak kut, papa kau kan garang. Aku dah juga pujuk mak ayah aku, diorang tetap terima aku kahwin dengan kau." Jelas Nayl sambil menghela nafas kecewa.

Punya lah malam tadi dia tidur lewat, gara-gara memujuk mak ayahnya agar majlis itu dibatalkan.

"Itu lah. Sekarang masalahnya satu. Papa. Kalau papa aku tak terima, mesti punya lah ayah kau pun tak terima. Sebab ayah kau kan ikut aje apa yang papa aku buat. Nayl, pujuk lah lagi mak ayah kau. Minggu depan kut diorang nak kita nikah. Please, sebelum minggu depan kau pujuk mak ayah kau, agar dia batalkan majlis tu." Rayu Naurah.

"Hm, InsyaAllah. Tapi, tak tahu lagi lah. Lagipun, tawaran tu kan paling istimewa untuk aku. Apa salahnya kita kahwin kan?" Nayl tersenyum nakal.

"Eee!! Kau ni kan memang tak guna lah! Ke, kau sengaja ambil kesempatan pada aku malam semalam sebab kau nak kahwin dengan aku? And, bila papa aku tengok kita berdua macam tu semalam, kau suka? Sebab kau nak kahwin dengan aku, kan?!!" Marah Naurah tajam memandang Nayl.

"Eh, kau...Otak kau tu memang kotor, kan? Tak apa, nanti aku beli air zam zam untuk kau, nanti kau cuci otak kau sekali biar suci!" Jeling Nayl pada Naurah. Tajam Naurah memandang sepupu nya itu.

"Apa lah fitnah orang macam tu. Semalam kan kau jatuh, aku tolong lah sambut. Kalau aku tak tolong, kau dah jatuh macam kerang busuk tau! Tak berterima kasih langsung!" Jeling Nayl lagi sambil memeluk tubuh. Masih tidak puas hati apabila Naurah menuduhnya mengambil kesempatan.

Naurah menjeling ke atas. Menyampah dia mahu melayan. Kalau dia tak jatuh semalam, mungkin tak jadi begini.

"Ini semua salah lipas semalam!" Marah Naurah.

Nayl tepuk dahi. "Hah, sudah. Salahkan lipas pulak dah... Dah tak puas hati dengan aku, kau salahkan lipas pulak? Dia tak ada pun kacau hidup kau, kau boleh pulak salahkan dia." Nayl ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Pelik dia dengan perangai sepupunya itu.

Naurah memeluk tubuh sambil menjeling ke tempat lain.

"Kau ni macam-macam lah. Dah, lah. Makin bertambah stress aku layan kau. Aku masuk office dulu." Nayl mengangkat punggung lalu melangkah keluar dari pejabat Naurah. Dia ketawa kecil sambil menggeleng kepala dengan perangai Naurah. Tak salahkan dia, salahkan lipas. Macam-macam betul lah si minah ni.

*****

"Papa, mama... Please lah, batalkan perkahwinan. Papa dengan mama sebenarnya salah faham. Okey Naurah bagitahu perkara sebenar," Rayu Naurah dengan bersungguh-sungguh.

Encik Omar hanya diam. Matanya fokus pada television dihadapan. Malas dia mahu dengar rayuan anaknya. Rayuan anaknya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buat seperti suara anaknya tidak wujud di situ.

"Sebenarnya, Naurah malam tu tergelincir. Lepastu, Nayl yang sungguh baik hati tu, dia tolong lah Naurah." Puji sepupunya pun tidak ikhlas. Sempat dia menjeling ke atas.

"And, muka kitaorang bertembung lah. Bukannya kitaorang nak...kiss," Jelas Naurah dengan sedikit teragak-agak.

"Tapi..."

Kata-katanya terhenti. Dia pandang mamanya yang berada di sebelah papanya. Isyarat mata diberi pada mamanya agar Puan Suraya menolongnya.

"Tapi apa?"

Soal Encik Omar tanpa memandang anaknya. Tergamam Naurah, dia menggigit bibir.

"Err...abang. Mungkin, dia tak sengaja lah kut. Kita kena lah fikir yang baik," Puan Suraya mula bersuara menolong anaknya yang sudah tertunduk.

"Ini semua alasan. Dan, sebenarnya papa memang pun dah ada calon suami yang sesuai untuk Naurah. Tapi, bila papa tengok semalam Naurah dengan Nayl buat benda tak senonoh, papa rasa lebih baik kita percepatkan perkahwinan korang berdua. Nanti kalau lambat, jadi lain pulak." Jelas Encik Omar.

"Alah, papa...Naurah tak nak kahwin dengan sepupu sendiri. Malu lah kawan-kawan Naurah gelakkan Naurah sebab kahwin dengan sepupu sendiri. Eee!! Geli lah, Naurah pun tak ada hati langsung dengan mamat sengal tu. Sengih aje memanjang." Kutuk Naurah, sempat lagi dia mengutuk Nayl.

"Kamu cakap lah apa pun, papa tetap akan kahwinkan kamu dengan Nayl. Sebab papa percaya, hanya Nayl aje yang boleh bimbing Naurah dan boleh jaga Naurah dengan baik." Putus Encik Omar. Dia mengangkat punggung dan melangkah pergi dari situ.

"Mama..."

"Sabar ya sayang. Mama akan cuba lagi." Pujuk Puan Suraya.

Belakang anaknya digosok lembut. Sudah tiada cara lain lagi untuk memujuk Encik Omar. Sekali dia cakap, dia akan buat. Itu membuatkan Naurah tidak terima tapi dipaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience