Menitis air mata Naurah Husna saat Nayl Uqasyah melafazkan talak 1 padanya. Hati masih lagi sayang pada suaminya, tetapi egonya telalu tinggi sampaikan dia rela untuk berpisah.
"Nayl..." Panggil Naurah Husna. Air mata masih mengalir laju membasahi pipi. Hati terasa sungguh sebak apabila berpisah dengan lelaki itu.
Terhenti langkah Nayl Uqasyah saat namanya diseru. Dia melihat wajah bekas isterinya sembap dek air mata yang laju mengalir.
"Bukan ke kau yang nak sangat bercerai dengan aku. Kenapa kau pulak yang menangis?" Soal Nayl Uqasyah dengan wajah yang tegang. Tetapi hati yang sebak, cuba untuk ditahan. Matanya juga sudah merah dek menahan air mata yang mahu mengalir.
"Tapi...aku..." Tergantung kata-katanya disitu. Dia meraup muka. Teresak-esak gadis itu menangis. Perasaannya saat ini tak terkata. Sedih, kecewa, benci dan sakit hati. Semuanya ada pada dirinya. Benci pada lelaki itu, tetapi hati masih sayang padanya.
"Dah lah tu, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan cari aku lagi." Putus Nayl Uqasyah sambil melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang masih teresak-esak menangis.
Tersentak dia apabila ayah Naurah Husna menolak kuat bahu Nayl Uqasyah. Dia melihat wajah Encik Omar kelihatan sungguh marah.
"Kau memang kurang ajar, kan?! Kau dah sakitkan hati anak aku lepastu kau lepaskan dia macam tu je!! Kau ni memang nak kena!" Satu penumbuk hinggap ke pipi Nayl Uqasyah.
"Ya Allah, abang..." Pantas Puan Suraya menarik kuat lengan suaminya. Terkejut Naurah Husna melihatnya, pantas dia berlari mendapatkan mereka.
"Kau memang tak guna!! Aku menyesal kahwinkan kau dengan anak aku! Kalau aku tahu lah perangai kau macam ni, memang aku tak akan kahwinkan kau dengan anak aku!!" Marah Encik Omar. Suaranya sungguh tinggi, sudah tidak peduli dengan orang sekeliling memandang mereka.
"Sudahlah tu, papa... Sekarang Naurah dah tak ada apa-apa dengan Nayl. Tolong lah jangan buat macam ni, malu orang pandang." Naurah mula bersuara, cuba untuk menenangkan keadaan. Nayl masih diam, langsung tidak bersuara. Tubuhnya saat ini juga kaku. Wajahnya mula merah.
Tak lama itu, datang pula sepasang suami isteri. Iaitu ibu bapa kepada Nayl, Encik Rahim dan Puan Zainab.
"Ya Allah, kenapa ni? Apa yang dah terjadi ni Omar? Sampaikan kamu nak mengamuk macam ni?" Soal Encik Rahim bertalu-talu.
"Hei, kau tak payahlah nak tanya aku, kau pergi tanya dengan anak tak guna kau ni!! Apa yang dia dah buat dengan anak aku?!!" Ujar Encik Omar yang masih tidak puas hati.
"Abang, kita tak boleh nak salahkan dia. Manalah tahu, itu bukan dia. Dan, kita ni salah faham." Puan Suraya masih mahu membela Nayl.
"Wah, awak pulak yang nak bela dia? Benda dah viral, jelas muka dia dalam video tu lagi awak nak kata dia tak salah?!" Marah Encik Rahim. Tajam dia memandang Nayl dihadapannya.
Naurah Husna hanya terdiam. Ya, jelas dalam video itu ada wajah Nayl Uqasyah. Dia sangat kenal wajah lelaki itu, dan dia juga tak sangka yang Nayl Uqasyah buat begitu padanya. Video tersebut telahpun viral di media sosial, sungguh dia kecewa. Hatinya sangat sakit.
Nayl Uqasyah juga mahu jelaskan semuanya, tetapi Naurah Husna langsung tidak memberinya peluang untuk dia jelaskan segalanya. Dengan ego yang tinggi, dia tidak terima lagi lelaki itu.
****
Kuat Naurah menolak dada Nayl Uqasyah. Saat ini hatinya sungguh panas, wajahnya mula merah, air mata laju mengalir di pipinya. Tajam dia memandang Nayl Uqasyah.
"Apa yang kau dah buat? Kau tipu aku, kan?! Kau kata kau dah berubah, tapi apa kau buat dekat aku?!!" Bentak Naurah Husna dengan nada suara sungguh tinggi.
"Naurah, awak dengar dulu... Itu semua fitnah. Abang tak buat pun benda tu. Sumpah, abang tak buat. Tolong lah percaya abang, diorang fitnah abang, Naurah." Bersungguh-sungguh Nayl Uqasyah memujuk isterinya agar Naurah Husna percaya padanya.
"Tak, dalam video tu memang kau! Kau tipu aku!!" Jerit Naurah Husna dengan sangat kuat. Saat ini hatinya sungguh sakit dan kecewa. Nayl Uqasyah mengeluh panjang, susah untuk dia jelaskan kalau Naurah tidak berinya peluang dan tidak percaya padanya.
"Sekarang ni aku nak kau ceraikan aku!" Permintaan Naurah membuatkan Nayl tergamam. Dia tidak dapat terima dengan permintaan isterinya.
"Tak, abang tak akan ceraikan awak. Tolonglah, Naurah...percaya dekat abang. Abang tak buat pun semua tu. Tolonglah...Dan abang tak akan ceraikan Naurah." Rayu Nayl Uqasyah sambil memegang kedua-dua bahu Naurah agar gadis itu berhadapan dengannya.
Kuat Naurah menepis tangan Nayl. "Aku tetap nak kau ceraikan aku! Kalau kau tak nak ceraikan aku, aku akan pergi dari sini. Dan, kau tak akan jumpa aku dan anak kau lagi buat selama-lamanya!!" Putus Naurah dengan nada suara sungguh tinggi. Nayl Uqasyah mengeluh lemah. Sungguh dia tidak dapat terima tetapi Naurah memaksanya untuk dia ceraikan isterinya itu.
Dengan permintaan itu, Nayl juga turut mengalirkan air mata. Dia memandang Naurah. Nafas ditarik dalam-dalam. Sekarang, dia sudah mengalah. Dia tidak mampu lagi buat apa-apa. Dan sekarang tibalah masanya untuk dia melepaskan gadis itu. Sungguh dia berat untuk melepaskan, tetapi Naurah tetap memaksanya.
"Tapi..."
"Aku dah tak nak dengar lagi apa-apa daripada kau. Cukup sampai sini, kau dah hancurkan hati aku."
Pantas dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar daripada rumah tersebut. Tubuh lelaki itu serta-merta lemah, terduduk dia di atas lantai. Air mata turut mengalir. Penumbuk dikepalkan. Sekarang dia sedang mencari jawapan, siapa yang buat video itu bersamanya dan siapa yang viralkan video tersebut? Dia tak akan berputus asa untuk mencari jawapan itu.
Hai assalamualaikum semua, ni novel kedua nana ^~^ Nana harap korang semua enjoy dengan novel baru ni >< sorry kalau Nana update lambat, and thank you support me love you support <33
Share this novel