BAB 4

Romance Completed 31452

"Uncle minta maaf sangat-sangat, perangai Naurah tu memang macam tu. Maafkan uncle ya." Rayu Encik Omar.

"Eh tak apa lah, uncle. Uncle tak salah pun. Saya dah maafkan pun minah masuk air tu." Jawab Nayl dengan sungguh mesra.

Tersentak Encik Omar. Sepertinya dia dapat dengar ayat terakhir Nayl. Berkerut dahinya.

"Hah?"

"Err... Maksud saya, Naurah."

Dia tersengih kecil. Sempat dia memandang Naurah dihadapan pejabatnya yang sedang sibuk memakai alat solek.

"Baik lah, nanti ada apa-apa lagi bagitahu aje dengan uncle ya." Pesan Encik Omar sebelum keluar dari pejabat Nayl.

Nayl hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

Dia melihat Encik Omar keluar dari pejabatnya lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Naurah.

Naurah yang sedang sibuk memakai alat solek, terhenti apabila melihat papanya masuk ke dalam pejabatnya.

Pantas alat solek tersebut dimasukkan kembali ke dalam beg tangannya dengan gelabah.

"Eh, papa..." Naurah mengukir senyuman.

"Naurah, papa nak ingatkan. Kemana aje Nayl pergi, papa nak kamu ikut aje dia. Papa tak mahu Naurah ulang lagi perangai Naurah. Tolong lah kerja tu elok-elok sikit! Jangan main-main!" Tegas Encik Omar.

"Iya... Baik papa. Naurah nak minta maaf, Naurah janji Naurah tak akan ulang lagi kesalahan tu." Ujar Naurah tertunduk sambil mengangkat telapak tangan kanannya paras bahu yang dia betul-betul berjanji tak akan ulangkan lagi kesalahan itu.

"Hm, bagus. Ingat, apa yang Nayl nak, buat. Dan, apa yang Nayl minta, bagi." Pesan Encik Omar sebelum keluar dari pejabat Naurah.

Bulat mata Naurah dengan kata-kata papanya. "What?! Apa yang Nayl minta, kena bagi? Isy... Memang tak lah, aku bagi penumbuk je ada lah!" Sempat Naurah menjeling tajam pada Nayl yang sudah tersenyum nakal.

*****

Seperti biasa, selesai tugas Naurah, dia akan turun ke bawah untuk lunch bersama rakannya. Beg tangannya dicapai. Dia terus mengangkat punggung dan melangkah keluar dari pejabat.

Dia mendengus kasar apabila jalannya dihalang.

"Hah, nasib baik sempat halang jalan kau."

"Isy... Kau nak apa? Jangan nak buat macam semalam, boleh tak?!" Sungguh dia penat. Semalam dia langsung tidak mengisi perut gara-gara sepupu tak betulnya ini.

Makin benci pula dia melihat Nayl daripada tadi tersengih menampakkan gigi besinya itu. Mahu aje Naurah menarik cabut gigi besi sepupunya itu. Menyampah dia lihat!

"Hahahahaha. So, kau takut lah jadi macam semalam?"

"Eh tak lah, tak takut pun." Naurah menjeling ke atas. Dia terus melangkah pergi tetapi dihalang lagi.

"Kau lupa ke apa yang papa kau pesan pagi tadi? Apa yang aku nak kau kena buat, mana aku pergi kau kena ikut and apa yang aku minta kau kena bagi." Sakat Nayl sambil tersenyum senget.

"Eee! Kau gila ke apa, hah?! Memang tak lah!"

"Tulah, otak kau ni kotor sangat. Aku nak kita lunch sama-sama hari ini. So, kau tak payah nak makan dekat sini. Aku bawa kau lunch tempat lain. Dah, jom." Nayl terus melangkah masuk ke dalam lif.

Naurah menghela nafas kasar. Makin panas pula hatinya. Penumbuk dikepal geram. Dia terus mengikut langkah Nayl.

Baru aje mahu masuk ke dalam lif, pintu lif sudah tutup. Sempat Nayl melambai-lambai tangan padanya.

"Ya Allah, geramnya aku!! Sabar, Naurah. Sabar. Nanti, kau akan dapat balas dia balik. Sabar okey, sabar." Pujuk Naurah sendiri sambil menggosok lembut dadanya.

*****

Dengan penuh selera mereka menjamah makanan tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Mereka hanya fokus dengan makanan yang di masuk ke dalam mulut.

Naurah yang sedang selera menjamah makanan tersebut, tanpa dia sedar ada seseorang perhatinya yang sedang makan.

"Kau pandang apa? Nak ke penampar kali kedua?" Marah Naurah sambil menjeling tajam. Tidak peduli lagi dengan Nayl yang sedang perhatinya, dia meneruskan makan.

"Uish, aku tengok kau ni dah gemuk lah. Yalah, dari semalam asyik makan je." Sengaja dia buat gadis itu sakit hati.

Naurah yang sedang makan, terhenti apabila mendengar kata-kata Nayl yang buat dia sakit hati itu. Dia menelan liur. Mata memandang pada tubuh.

Gemuk sangat ke aku? Isy... Dia ni! Mata tu suka sangat scan badan orang! Marah Naurah dalam hati.

"So, what? Biar lah... Hobi perempuan, kalau kitaorang bosan atau stress. Ubatnya hanya satu, makan." Naurah memberi Nayl jelingan maut. Dia meneruskan makan, kalau dia bercakap lagi mungkin sampai esok mereka berdua akan bergaduh.

"So, kau sekarang ni tengah stress lah?"

"Yes."

"Aik, sejak bila kau stress ni? Bukan ke hidup kau ni selalu happy and enjoy?"

"Yes, memang aku happy and enjoy. Sejak aku dah dapat kerja jadi PA kau, happy and enjoy tu terus hilang dan digantikan dengan stress! Tengok muka kau, lagilah aku stress!" Tajam Naurah menjeling pada Nayl.

Terbahak-bahak lelaki itu ketawa. Berkerut dahi Naurah, dia menjeling lagi pada Nayl.

"So, kau tak suka lah kerja tu? Okey tak apa, nanti aku report dekat papa kau."

Bulat mata Naurah. Dia memandang wajah Nayl kembali. Wajah lelaki itu hanya tenang dan dia tersenyum kemenangan.

"Isy... Kau ni, kan?! Kau tahu tak, semalam aku kena marah pun sebab kan kau tau! Ni semua salah kau!" Marah Naurah.

"Eh, bukan salah aku. Kau salahkan lah mulut aku. Dia yang gatal sangat nak bagitahu papa kau." Pecah tawa Nayl. Mamat ni memang nak gaduh lah! Marah Naurah dalam hati.

Dia menjeling tajam. Tubuh dipeluk sambil menjeling ke tempat lain. Susah betul untuk dia tenang, mesti ada aje dia bergaduh. Tak sah sehari tak gaduh, mesti kena gaduh.

*****

Badan direbah ke atas katil. Sungguh letih tubuhnya saat ini, hanya tiba masa aje untuk dia melelapkan mata. Dia sungguh berasa rimas, pantas dia menanggalkan tudungnya. Rambutnya panjang melepasi bahu itu dibiarkan terlepas bebas.

"Anak mama dah balik? Macam mana hari ini kerja? Okey?"

Puan Suraya terus mengambil tempat di birai katil anaknya.

"Tak okey pun okey je lah, mama. Nak buat macam mana, kena lah tahan."

"Kesian anak mama ni. Nayl tu ada buli Naurah ke?" Tak sempat Naurah menjawab, kedengaran suara papanya yang menjawab.

"Bagus lah tu kalau dia buli si Naurah tu. Papa tak nak Naurah tu manja sangat." Jawab Encik Omar.

Naurah menghela nafas panjang.

"Abang..."

"Su, kita tak boleh manjakan anak kita. Nanti lebih teruk jadinya."

Sekarang, masanya untuk dia berdiamkan diri. Takut untuk dia bersuara pada papanya yang sudah jelas sedang marah itu. Puan Suraya juga turut berdiam diri. Bahu Naurah dipeluk lalu digosok lembut agar anaknya tenang.

"Kalau susah sangat, kita kahwinkan aje Naurah ni." Cadang Encik Omar.

Bulat mata Naurah. Tersentak dan tergamam dia dengan cadangan papanya. Terlopong luas dia memandang papanya.

"Ka...Kahwin?" Soal Naurah kembali dengan masih terkejut.

"Ya, kahwin."

"Err... Bang. Anak kita ni kan baru aje habis belajar. Masih muda. Takkan nak kahwin awal. Bagi lah dia masa dulu untuk dia capai cita-cita dia."

"Itu hanya cadangan abang. Abang akan cari calon suami yang tepat untuk Naurah. Kalau Naurah masih berperangai macam ni."

Naurah menggoncang lembut lengan mamanya sambil memberi isyarat agar mamanya memujuk papanya.

"Err... Abang, kalau macam tu abang bagi dia masa ya. Kita tak boleh tekan anak kita." Pujuk Puan Suraya. Naurah tersenyum kecil.

"Be...Betul tu papa. Naurah ni kan masih muda..." Jawab Naurah dengan sedikit takut.

"Jangan nak menjawab! Papa cakap, papa akan buat. Biar kahwin muda itu lebih baik. Papa tak suka lah, setiap hari Naurah keluar dengan kawan-kawan lepastu lepak sana-sini. Malu orang pandang. Kamu tu perempuan." Ujar Encik Omar dengan nada suaranya sedikit tinggi.

Naurah menunduk. Sudah tidak mahu lagi bersuara.

"Jadi, tunggu-tunggu aje lah calon yang sesuai untuk kamu." Putus Encik Omar dan melangkah keluar dari bilik Naurah.

Lembut Puan Suraya menggosok bahu Naurah.

"Sabar ya, Naurah. Mama akan cuba pujuk papa ya." Pujuk Puan Suraya.

Naurah mengangguk sambil mengukir senyuman dibibir. Terkejut juga dia dengan cadangan papanya, dia harap sangat yang papanya lupakan tentang itu. Kahwin? Hei, memang tak lah! Bisik hati Naurah yang masih tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience