SELESAI Nayl azankan anak kecil mereka, tak lama Naurah di hospital itu, dalam 2-3 hari aje dan kini Naurah diberi untuk pulang ke rumah. Lama Nayl merenung wajah anak kecilnya itu. Sungguh comel. Dia mengukir senyuman di bibir.
"Sayang, jom balik." Beg pakaian isterinya dipegang. Naurah mendukung bayi tersebut, lama dia memandang anak kecilnya. Hatinya tak terkata, hanya tuhan aje yang tahu perasaannya saat ini.
**********
Sabrina melihat video rakaman Nayl bersama perempuan lain dihotel. Dia tersenyum sinis. Hanya tunggu masa aje Naurah tahu semua ini.
Dia ketawa jahat. Sungguh puas hatinya! Tawanya kini berhenti apabila melihat Sarah masuk ke dalam pejabatnya.
Sarah mengambil tempat di hadapan sahabatnya.
"Hai."
Sarah masih lagi berdiam diri. Kelihatannya dia seperti sedang serabut memikirkan sesuatu.
"Hei, kenapa ni?" soal Sabrina apabila melihat wajah kusut sahabatnya.
"Betul ke apa yang kita buat hari tu? Wei, aku rasa kita kena batalkan lah rancangan ni semua. Video tu kau delete je lah. Aku tak sampai hati lah," Ujar Sarah berharap Sabrina akan membatalkan semua rancangan itu.
Tidak! Dia salah. Sabrina bukan macam tu. Jika dia mahu buat, dia akan buat!
"What? Batalkan? Hei, kau ingat senang-senang macam tu je aku nak batalkan? And, aku dah rancang semuanya dah okey. Kau jangan nak buka mulut pula pasal hal ni," Sabrina memberi amaran dengan pandangan tajamnya.
Sarah masih lagi tidak senang duduk. Dia sungguh berasa bersalah buat mereka berdua begitu.
"Don't worry, babe. Aku akan sentiasa tolong kau. Jangan takut ya, aku sentiasa akan ada di sisi kau. So, hal tu kau tak perlu risau, okey? Biar aku yang selesaikan semuanya." Ujar Sabrina dengan sungguh sinis.
Kali ini, Nayl tidak akan lagi terlepas. Dia akan memiliki lelaki itu, sampai bila-bila!
**********
"COMEL KAN anak kita, bang?" Ujar Naurah dengan sekuntum senyuman di bibir. Dia sungguh berasa lega. Kata mama, dia perlu berpantang terlebih dahulu. Tidak mahu bagi dia kerja-kerja berat.
"Betul. Muka dia macam abang kan? Comel," Nayl tertawa kecil. Naurah juga turut tertawa sambil menggeleng kepalanya.
"Sayang, abang nak awak berhenti kerja ya. Sayang duduk aje dekat rumah ni berehat. Abang tak nak lah tengok sayang kerja berat-berat ni. Bahaya tau." Ujar Nayl.
Naurah memandang suaminya. "Tak apa, lepas saya dah habis pantang saya kerja lah balik." Ujar Naurah yang tetap mahu kerja bersama suaminya.
"Tak apa, sayang tak payah kerja dah okey? Kerja-kerja sayang tu biar semua abang buat. Sayang duduk rumah, rehat. And, kerja rumah semua ni pun biar abang aje yang kemas, okey?" Kepala si isteri diusap lembut lalu dikucup dahi Naurah.
Naurah tidak menolak. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. Jika dia tolak, pasti Nayl akan tetap memaksanya berhenti kerja dan terus berehat di rumah.
"Eh jap, sayang dah letak nama dia ke? Rasanya belum lagi kan? Kita belum lagi bincang tentang nama anak kita." Ujar Nayl. Baru aje dia mahu mengangkat punggung mengambil buku nama-nama bayi tetapi dihalang oleh Naurah.
"Tak apa, saya dah ada nama special untuk anak kita,"
"Wah, cepatnya. Apa nama dia?" soal Nayl tidak sabar. Gembiranya tak terkata.
"Muhammad Adam Naufal, okey tak? Sebab saya suka sangat nama tu." Ujar Naurah yang mendukung anaknya sambil merenung wajah anaknya yang sedang nyenyak tidur.
"Amboi, cepat betul sayang letak nama dia, kan?" Mereka berdua ketawa kecil.
"Ok, abang setuju. Nama tu sedap juga. Kena dengan anak kita," Ujar Nayl sambil mengusap lembut kepala bayi yang diberikan nama Muhammad Adam Naufal.
Tak lama itu, mereka menyepi semula. Nayl seperti memikirkan sesuatu perkara. Berkerut dahi Naurah memandang suaminya.
Naufal yang sedang nyenyak tidur itu perlahan-lahan diletak ke dalam baby cot di sebelahnya. Kini Naurah mengambil tempat dihadapan suaminya yang masih termenung.
Naurah yang masih terasa sakit perutnya perlahan-lahan dipegang lalu duduk berhadapan dengan Nayl. Isterinya yang berada di hadapannya juga masih lagi dia tidak perasan.
Perlahan-lahan Naurah mengangkat tangan dan menyentuh lembut pipi suaminya. Nayl sedikit terkejut, dia memandang Naurah. Tangan isterinya yang masih berada di pipinya dipegang.
"Kenapa dengan abang ni? Abang tengah fikirkan apa? Saya tengok abang ni macam ada masalah je?" soal Naurah. Lama dia renung wajah suaminya yang jelas kelihatan serabut.
Nayl menelan liur. Dia masih ligat berfikir tentang dia di hotel bersama seseorang perempuan yang langsung dia tidak kenal. Banyak kali dia berlawan dengan diri sendiri dan sudah banyak kali dia teka. Yang dia ingat, dia bersama Sabrina sebelum dia sedar dia berada di hotel.
"Tak ada apa lah, sayang. Abang okey je," Jawab Nayl acuh tak acuh. Dia tersenyum sebaris.
"Err...Sayang nak apa-apa tak? Abang pergi ambilkan. Mama pesan, sayang kena berpantang. Sayang tak boleh berjalan sangat dan sayang tak boleh buat kerja berat. Lepas pantang nanti, baru sayang boleh buat semua dalam rumah ni. Kali ni, biar abang yang tolong sayang ya." Ujar Nayl lembut. Naurah ketawa kecil, risau betul dengan keadaan isterinya. Berpantang je, bukannya patah kaki pun.
Naurah hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Tetapi, dia langsung tidak percaya dengan jawapan Nayl yang acuh tak acuh itu. Dia tahu, Nayl menipu dan menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Tanpa menunggu lagi, lantas Naurah bangun lalu dia mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Terhenti langkahnya apabila Nayl menghalangnya.
"Nak abang mandikan sayang?" soal Nayl sudah mengangkat punggung dan melangkah mendapatkan isterinya. Berkerut dahi Naurah sambil tertawa kecil.
"Eh tak payahlah. Saya boleh mandi sendiri," jawab Naurah dengan sisa tawanya sambil menggeleng kepala.
Nayl juga turut tertawa. Mungkin pelawaannya membuatkan Naurah tidak selesa. "Bukan apa, sayang tu kan baru habis bersalin. Takut nanti jadi apa-apa ke dalam tandas tu. Risau pula abang," ujar Nayl.
"Tak apa. Naurah boleh mandi sendiri, abang jangan risau ya." Jawab Naurah dan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik air. Nayl hanya mengangguk.
Dia kembali semula melangkah ke baby cot. Merenung wajah anaknya. Lembut dia mengusap pipi gebu anaknya.
"Naufal anak papa, nanti dah besar jangan nakal-nakal ya sayang. Kalaulah mama tahu hal ni, mungkin mama dah tak maafkan papa lagi. Mesti dia benci dengan papa. Papa tahu papa salah, papa dah banyak menyusahkan mama. Nanti jaga mama elok-elok ya." Seakan-akan dia sudah tahu apa yang terjadi selepas ini.
Dapat dia bayangkan jika Naurah dapat tahu yang dia tidur bersama perempuan lain. Terngiang-ngiang kembali kata-kata Naurah dipeluput telinganya.
"Lagi-lagi kalau abang kena tangkap basah ke apa ke, saya takkan maafkan abang sampai mati! Dan, anak dalam perut ni pun abang takkan jumpa lagi dia sampai bila-bila!"
Kata-kata itu masih lagi dia ingat. Makin dia gelisah. Dia tetap mahu cari Sabrina. Mahu katakan apa yang terjadi semasa dia pengsan. Tetapi, dalam waktu itu juga dia sudah tidak lagi jumpa Sabrina dan Sabrina pun tidak lagi jumpa dengannya.
Makin dia pelik. Kalau nak disalahkan yang Sabrina tidur dengannya di hotel tempoh hari lepas, tidak juga. Nayl dapat lihat wajah gadis yang bersamanya dihotel itu bukanlah Sabrina. Jadi dia tidak boleh menyalahkan wanita itu.
Kini Nayl melangkah ke balkoni bilik. Mengambil angin malam. Angin yang dingin lembut menampar wajahnya. Terasa fikirannya makin serabut.
Dia mengetap bibir. Masih ligat berfikir. Dia meramas rambutnya. Mahu aje dia menjerit sekuat hatinya.
"Abang," Nayl menoleh ke belakang memandang isterinya sudah berada di belakangnya.
"Sayang, cepatnya mandi." Ujar Nayl tertawa kecil tetapi sebaliknya sedang bertengkar dengan diri sendiri.
"Mama kata, tak boleh mandi lama-lama sangat. Nanti badan sejuk. Tak elok untuk orang yang tengah pantang macam saya ni," jawab Naurah.
"Oh..." hanya sepatah yang dijawab. Dia kembali memerhatikan suasana malam bersama angin yang menyapa lembut wajahnya dan Naurah.
Naurah memerhatikan suaminya disebelah. Dia berkerut dahi. Lengan Nayl dipeluk lalu kepalanya dilentok pada suaminya.
"Saya tahu abang tengah fikirkan sesuatu. Kenapa tak nak bagitahu saya? Cuba cakap dengan saya, masalah apa yang abang tengah serabut sangat tu?" soal Naurah. Nayl memandang wajah isterinya disebelah.
Benda tu, takkan aku cerita kan pada dia. Bisik hati Nayl. Dia menelan liur. "Tak ada apa lah sayang, abang...abang stress kerja sikit. Sayang jangan risau ya," Nayl masih memujuk Naurah agar tidak bercakap tentang masalahnya.
"Yeke? Tapi, saya tengok muka abang ni tak nampak pun stress kerja. Macam ada masalah lain je. Cerita lah dengan saya, kenapa? Kan awak dah janji, kalau hal tu kecil sekalipun awak tetap akan bagitahu saya." Ujar Naurah sambil berpaling melihat wajah suaminya.
Nayl hanya membisu. Masih berbelah bagi. Tetapi, sebaliknya dia tetap tidak akan berterus-terang. Hal itu terlalu lah besar. Mungkin jika Naurah tahu, pasti dia tidak akan ada lagi di rumah itu.
Naurah berkerut dahi melihat suaminya hanya berdiam diri. Dia menggoncang sedikit lengan suaminya sambil membuat muka marah. "Isy! Abang! Saya tanya ni. Boleh pulak dia termenung," Ujar Naurah. Dia memeluk tubuh sambil menjeling ke tempat lain.
"Sayang, abang okey je lah. Tak ada apa pun."
"Tak, saya tak percaya. Abang mesti ada hal besar ni, saya tengok muka abang pun dah tahu. Cerita lah dekat saya. Saya tak kisah walaupun masalah abang tu tentang kerja. Tapi abang tetap kena berterus-terang dengan saya." Ujar Naurah berharap Nayl menceritakan semuanya pada dia.
"Err..sayang. Sebenarnya..." Naurah sudah membuka telinga untuk mendengar dengan teliti semua masalah yang dihadapi oleh suaminya.
Tak lama itu...
Mereka berdua terdengar suara Naufal menangis. Mata mereka berdua terus tertumpu pada Naufal. Lantas Naurah masuk semula ke dalam bilik dan melangkah ke baby cot Naufal.
"Syy...Mama ada ni sayang," Naurah mendukung tubuh Naufal. Nayl menghela nafas panjang. Perlu ke aku ceritakan semuanya pada Naurah? Ya Allah, bantunilah hamba ini. Dia sungguh serabut tatkala pelbagai dugaan muncul.
**********
Tersedak Arif mendengar cerita Nayl. Perlahan-lahan dia menggosok dadanya sambil terbatuk-batuk.
"Kau ni serius lah, Nayl?" soal Arif tidak percaya. Terkejut dia dengan apa yang Nayl ceritakan padanya.
"Ya Rif, sumpah aku tak ingat apa-apa. Yang aku ingat sebelum aku sedar dekat hotel tu aku tengah bersembang dengan Sabrina. Lepastu, aku tak ingat apa-apa dah. Bila aku sedar je, aku tengok sebelah aku ada perempuan dan aku dekat hotel dengan perempuan tu. Aku langsung tak kenal dia. Ya Allah, serius wei aku serabut sangat ni. Kalau Naurah tahu ni, mati aku Rif."
Bukan takut bini, tetapi takut kehilangan Naurah. Dia sungguh sayangkan gadis itu. Tak mampu berjauhan dengannya. Terkejut besar Arif mendengar.
Nayl hanya menceritakan hal itu pada Arif sahaja. Hanya lelaki itu yang memahami dirinya.
"Rif, aku merayu sangat dekat kau. Please, jangan bagitahu siapa-siapa. Jangan bagitahu Naurah dan jangan bagitahu tunang kau sekali, Aina. Aku merayu sangat. Sebab hal ni berat, hanya kau je tahu hal ni." Rayu Nayl. Dia sungguh kecewa.
"Bro, kau kawan aku. Takkan aku nak biarkan kau menjadi lebih teruk. Tak apa, kalau aku mampu InsyaAllah, aku akan tolong kau. Tapi, aku nak tanya. Kenapa kau jumpa dengan Sabrina?" Soal Arif tidak faham. Dia cuba untuk menolong rakannya, tak mampu melihat Nayl serabut begini.
*********
"Comelnya Naufal. Geram pula aunty Aina tengok pipi Naufal ni. Comel!"
Naurah di sebelah hanya tertawa kecil melihat Aina daripada tadi bermain-main bersama Naufal. Puan Suraya dan ibu bapa Nayl juga turut berada di rumahnya.
"Mesti lah comel. Comel macam nenek dia." Seloroh Puan Suraya sambil tertawa kecil.
Naurah dan Aina juga turut tertawa. Kini Naufal berada dengan Puan Suraya. Puan Suraya terus membawa Naufal pada Puan Zainab dan Encik Rahim.
Naurah sedikit terasa hati apabila melihat ayahnya langsung tidak datang menjenguknya dan Naufal. Perasaan itu cuba ditolak, dia tetap mengukir senyuman dibibir. Mungkin papa busy dengan kerja. Dia cuba memikirkan baik tentang papanya.
Mamanya dan mak ayah mentuanya datang pun sudah cukup membuatkan hatinya tenang dan gembira.
"Naurah, jangan kamu duduk lama-lama sangat atas lantai tu. Tak elok untuk orang yang berpantang macam kamu ni, sebab lantai tu sejuk." pesan Puan Zainab lembut.
Naurah yang tadinya duduk di atas lantai kini berada di atas sofa. Ya, saat ini dia terasa tubuhnya dingin kerana lama duduk di atas lantai tersebut.
Aina yang melihat mengambil tempat di sebelah sahabatnya. Tangan Naurah dicapai. Dia memandang wajah sahabatnya dengan menghadiahkan senyuman manis pada Naurah.
"Tahniah, kau dah jadi ibu. Untung Naufal dapat ibu terbaik macam kau." Ucap Aina.
Naurah tertawa kecil. "Thanks. Kau pun sama, cepat-cepat sikit kahwin tu. Nanti boleh jadi macam aku." Usik Naurah. Mereka berdua ketawa bersama. Naurah cuba untuk mengawal tawanya. Orang berpantang mana lah boleh ketawa tidak ingat dunia! Tak pasal-pasal nanti terbuka terus jahitan di perutnya itu.
Dulu, dia ketawa memang tidak ingat dunia. Sekarang, dia ketawa cuba berhati-hati. Sampaikan ketawanya pun sudah tidak kedengaran suara. Gelak angin.
"Kau orang dah bertunang kan? Huh, tak sabar nak tengok kawan aku ni naik pelamin. Nanti aku bolehlah jadi pengapit kau dan Nayl pula jadi pengapit bakal suami kau," ujar Naurah.
"Eh boleh je. Aku booking awal-awal untuk kau dan suami kau untuk jadi pengapit aku. Don't worry," ujar Aina. Lepas terus tawa Naurah dan Aina. Haih, susah betul mahu serius. Pasti akan ketawa.
"Babe..." Panggil Aina.
"Hm," Naurah berpaling memandang wajah sahabatnya.
"Kau tak rasa pelik ke?" soal Aina. Berkerut dahi Naurah dengan pertanyaan sahabatnya itu.
"Pelik? Pelik apa?" soal Naurah kembali. Dia langsung tidak faham maksud sahabatnya itu.
"Minah gedik tu lah. Dah lama aku tak tengok muka dia dekat hotel Fortune tu. Tuan Nayl pun aku tengok dia macam gelisah lain macam je. Banyak soalan sebenarnya aku nak tanya kau, tapi bila aku dah sampai rumah kau, dan kau pula dah ada depan mata aku. Aku dah lupa apa soalan yang aku nak tanya dekat kau." Ujar Aina, lepas tawa Naurah tetapi sebaliknya dia juga tertanya-tanya. Suaminya pun langsung tidak seperti dulu, sekarang dia cukup lain.
"Entah lah, babe. Tapi aku bersyukur juga. Minah gedik tu dah tak datang terhegeh-hegeh jumpa laki aku." Jawab Naurah bersahaja. Pelbagai jenis buah-buahan yang berada di dalam mangkuk yang dipegang oleh Naurah dimasuk ke dalam mulut. Makanan kegemarannya, takkan dia lupa.
"Betul, tapi kan aku pelik lah. Suami kau tu dah berubah ke? Apa yang kau buat dekat dia sampai dia senyum pun dah tak nak. Dulu, orang ramai muak tengok braces dia tu. Bila dia serius, hah mula lah orang membawang tentang dia. Mana braces Tuan Nayl, mana braces Tuan Nayl." Ujar Aina. Ayat terakhir dia cuba berlakon suara menjadi makcik bawang yang berada di hotel Fortune nya. Bukan dia tidak kenal makcik-makcik bawang di situ. Suka sangat jaga tepi kain orang.
Naurah ketawa lagi. Buah yang dikunyah juga turut berhenti. Haih, Aina tidak buat lawak pun dia senang terhibur. Aina menepuk dahi.
"Mana lah aku tahu. Kau pergi lah tanya dia sendiri mana braces dia," ujar Naurah. Tetapi sebaliknya dia juga tertanya-tanya. Kenapa suaminya saat ini lain? Layan dia pun nak tak nak. Selalu termenung sendiri. Apa yang dah terjadi pada lelaki itu?
"Isy, kau sebagai isteri dia pun tak tahu." Aina menyiku lengan Naurah. Naurah tertawa kecil. Masih kuat topengnya disebalik wajahnya yang tersimpan banyak pertanyaan. Dia hanya mampu ketawa. Gembirakan diri sendiri walaupun perkara itu tidak lucu.
"Eh, jap. Kau ni bini dia ke aku yang bini dia? Yang kau sibuk sangat tentang laki aku ni pahal?!" Ujar Naurah dengan pandangan helangnya. Hah sudah! Terkeluar pula suara tomboy nya. Nasib lah mamanya dan mak ayah mentuanya tidak melihat mereka berdua.
Aina tersengih kecil, "Hehehe, sorry. Saje test, sebab aku kan tak lama lagi nanti jadi isteri orang. So, aku test dulu guna laki kau."
"Amboi!" Telinga Aina dipulas. Geram pula dia. Aina sudah mengadu sakit.
"Auch! Sakit lah..."
"Hah ni makannya kalau gatal dengan laki orang! Aku bagitahu Arif. Aku nak call dia lah," Naurah sengaja acah-acah mengambil telefon bimbitnya mahu menghubungi tunang Aina, Arif. Tak sangka betul mereka boleh berkenalan dan kini mahu berbincang berkahwin. Ah, jodoh tak kemana.
"Eh, jangan! Itu lah lelaki paling istimewa di hati aku. Tiada yang lain selain dia." Ujar Aina.
"Amboi, ayat drama mana kau cari ni?!"
Pecah tawa mereka bersama. Sungguh susah untuk serius. Jika ada sesuatu perkara yang Aina mahu ceritakan pasti akan ketawa dulu baru akan ceritakan dengan serius. Haih, best kan kalau ada sahabat macam tu.
Naurah masih tertanya-tanya. Banyak juga persoalan di kepalanya. Bila ditanya suaminya, Nayl hanya memberi reaksi yang dia tiada apa-apa. Tetapi sebaliknya banyak masalah. Dia langsung tidak memberitahu pada Naurah malah dia selalu mengelak daripada Naurah.
Naurah tetap berusaha mahu mencari jawapan, kenapa suaminya begitu? Dia tidak mahu melihat Nayl asyik begitu. Dia sebagai isteri takkan mahu melihat aje, pasti dia akan turut membantu menyelesaikan masalah itu.
Tetapi masalahnya, Nayl pula yang tidak terus-terang, bagaimana dia mahu membantu suaminya?
Naurah mahu mengambil masa, dia tetap mahu tahu apa masalah yang Nayl hadapi. Dia tetap mahu mencari masalah itu!
Dan, Naurah juga pelik. Sabrina, gadis itu selalu terhegeh-hegeh dengan suaminya. Kali ini, batang hidung gadis itu pun sudah tidak kelihatan.
Haih, makin serabut pula dia jika banyak berfikir. Tetapi, janjinya tetap akan mahu mencari masalah apa yang suaminya hadapi saat ini!
Share this novel