BAB 29

Romance Completed 31485

"HELLO ASSALAMUALAIKUM SAYANG, cinta abang tu tengah buat apa? Dah makan ke?"

Sudah hampir 9 bulan bayi itu di dalam perut Naurah. Kakinya juga semakin bengkak. Ah, tunggu masa aje untuk dia bersalin.

"Hehehe, waalaikumusalam abang. Tak buat apa pun, tengah kemas sikit-sikit ni je," jawab Naurah mesra.

"Oh, sayang jangan lah buat kerja berat-berat sangat. Kalau tak larat tak payah lah buat, pergi rehat aje dulu. Nanti balik abang kemaskan." ujar Nayl sedikit risau.

"Tak apa, sikit je ni. Tak berat pun, abang jangan risau ya."

Baru aje Nayl mahu bersuara, pintu kaca pejabatnya diketuk seseorang dari luar. Matanya terus beralih memandang pintu tersebut.

"Err...Sayang. Nanti abang call balik ya." kini talian diputus. Melihat wajah PA nya sudah berada di muka pintu. PA terbaharu nya. Naurah sudah tidak bekerja lagi sebagai PA. Katanya, dia mahu menjadi suri rumah dan mahu menjadi ibu yang terbaik!

"Maaf ganggu waktu kerja Tuan Nayl. Saya nak bagitahu, ada orang nak jumpa dengan Tuan," ujar gadis itu, pekerja PA Nayl.

"It's ok. Siapa yang nak jumpa dengan saya tu?" soal Nayl sengaja menyibukkan dirinya dengan kerja. Waktu dia mahu hubungi dengan Naurah lah ada aje yang tidak kena. Klien tiba-tiba datang lah. Staff datang tanya kerjalah. Haih, itu paling malas untuk dia berjumpa dengan siapa-siapa saat ini. Dia mahu meluangkan masa bersama isterinya, tetapi diganggu pula.

"Err...Nama dia, Cik Sabrina." jawab gadis tersebut yang bernama Nirah.

Tersentak Nayl daripada meneruskan kerja-kerjanya. Dia menelan liur. Hish! Jika perempuan itu paling dia lemah. Ada apa lagi dia mahu berjumpa dengan Nayl?! Sudah banyak kali dia berjumpa dengan Nayl, cukup lah itu. Dia ingat Nayl itu suami dia ke?!

"Ada apa dia nak jumpa dengan saya? Kalau sekadar nak jumpa tanpa apa-apa appointment dengan saya, saya tak dibenarkan dia masuk. Cakap aje dengan dia saya sibuk." putus Nayl dan kembali beralih ke skrin komputernya.

"Okey, baik Tuan." ujar Nirah dan berlalu pergi.

Nayl mengetap giginya, geram pula jika ada kehadiran wanita itu. Entah mengapa, saat ini Nayl makin menyampah pula mahu bertemu dengan gadis itu. Mahu bersembang lagi lah dia malas.

"Maaf Cik Sabrina, Tuan Nayl sekarang ni tengah busy. Buat masa sekarang ni, dia tak nak ada orang ganggu dia." ujar Nirah. Berkerut dahinya melihat Sabrina mengangkat kening sebelah seperti tidak percaya.

Dia tahu Nayl bohong kerana mahu mengelak daripadanya. "Sure?"

*********

"AUCH! Sakitnya perut mama ni sayang. Adik duduk lah diam-diam ya. Sakit tau perut mama ni," ujar Naurah sambil mengusap lembut perutnya.

Dia tersenyum lebar. Sebuah buku nama untuk bayi dicapai lalu dibelek satu demi satu muka surat yang ada.

Tak lama kemudian, matanya tertangkap pada satu nama di dalam buku tersebut. Senyuman terukir lebar dibibir.

"Muhammad Adam Naufal? Hm, sedap juga nama ni. Nanti kita bincang dengan papa ya sayang. Mama suka dengan nama ni." ujar Naurah.

Buku tadi kini diletak semula ke atas meja bersebelahan dengannya. Mata terasa kelat, pagi tadi dia bangun awal. Malam pula tidur lambat. Tidak cukup tidur dia hari ini, tubuh direbahkan di atas sofa yang sedang dia duduk. Malas mahu berjalan masuk ke dalam bilik, jadi dia hanya tidur di sofa ruang tamu.

***********

Terkejut Nayl melihat Sabrina masuk ke dalam pejabatnya. "You nak apa datang sini?" soal Nayl dengan nada yang meninggi.

"Maaf Tuan. Cik Sabrina tetap mahu jumpa dengan Tuan." ucap Nirah menunduk.

"Tak apa, Nirah. Awak boleh keluar," jawab Nayl. Wajahnya masih tegang.

Sabrina mengambil tempat dihadapannya. Nayl hanya tumpukan pada skrin komputernya. Malas mahu memandang Sabrina yang daripada tadi tersenyum sinis.

"Hai,"

Nayl hanya diam langsung tidak bersuara sikit pun.

"I nak tanya you," Nayl mula bersuara apabila lama mereka menyepi.

"Tanya apa? Setiap soalan you I akan jawab." Ujar Sabrina dengan riak wajah sungguh ceria. Dapat renung wajah Nayl depan-depan pun dia sudah dapat hilang rindunya pada lelaki itu.

"You yang ceritakan semua tentang hubungan kita dulu dengan Naurah, kan?" soal Nayl tidak puas hati. Sebabkan wanita itulah dia bergaduh dengan Naurah. Hampir lama juga dia bergaduh dengan gadis itu, tetapi dia berjaya mencairkan hati beku Naurah.

Pudar terus senyuman Sabrina saat ini dengan pertanyaan Nayl.

"Err...Why? Salah ke kalau I nak bagitahu dia tentang hubungan you dengan I tu? Nanti bila dia tahu, senang lah I nak rapat-rapat dengan you. Dia pun dah tahu yang I ni bekas kekasih you kan," ujar Sabrina bersahaja langsung tidak bersalah.

"What? Sabrina, please lah...Itu kisah lama. Please tak payah nak ungkit-ungkit balik tentang dulu. And, you memang tak patut pun cakap macam tu dekat dia," ujar Nayl dengan nada sedikit tinggi.

"Kenapa? Kau orang gaduh?" soal Sabrina sinis, tetapi hatinya sungguh gembira melihat hancur kebahagiaan Nayl dan Naurah.

Nayl diam. Sepi. Tidak mahu bagitahu tentang halnya bersama Naurah dekat orang luar. Biar disimpan. Hal itu pun sudah lepas. Tidak perlu lagi diungkapkan kembali.

"Okey, I am so sorry. I bagitahu dia bukan saje-saje. Dia yang paksa I, so I bagitahu lah dia. Lagipun, seorang isterikan perlu tahu kisah silam seorang suami. And you pun nak tahu juga kan kisah silam dia," ujar Sabrina dengan sungguh sinis. Lagi berusaha mahu hancurkan kebahagiaan mereka. Biar masing-masing sakit hati! Itu janji Sabrina.

"Isy, dah lah. Ni, you datang sini nak apa? I busy lah," ujar Nayl menukar topik perbualan mereka.

"I datang sini sebenarnya nak jemput you datang ke rumah I esok lusa ni,"

"Datang rumah you? Buat apa?" soal Nayl hairan. Entah mengapa, dia berasa berhati-hati pada wanita itu. Takut pula dia jika Sabrina mahu perangkap Nayl dan Naurah dan lakukan benda bukan-bukan.

Bukan dia tak kenal Sabrina ini, hampir bertahun-tahun kut mereka berkawan rapat. Nayl sudah kenal sangat perangai wanita itu.

Sabrina ketawa kecil melihat wajah Nayl yang sungguh meresahkan. "Isy, you ni takkan lah tak ingat birthday I," Sabrina menjeling ke atas. Lupa lah tu.

Nayl tersengih menampakkan gigi besinya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Oh, yeke? Hehehe, I lupa. Okey, InsyaAllah kalau I free I datang sekali dengan Naurah." ujar Nayl yang masih tersengih.

"Okey, but...Tak perlu kut you bawa Naurah sekali. Err...Yelah, dia kan mengandung. Nanti kawan-kawan I dekat Universiti kita yang dulu pun datang, I takut dia tak selesa pula."

"Err...Tapi..."

"You je yang datang ya. Please..." rayu Sabrina sambil buat muka mengharap agar Nayl seorang yang akan datang ke rumah nya pada hari tersebut.

"Hm, okey." putus Nayl sambil tersenyum paksa.

"Okey, thanks. I keluar dulu," Dia terus melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Nayl masih tidak faham, datang ke pejabatnya semata-mata mahu cakap tentang itu. Takkan tak boleh nak hubunginya? Senang. Tak payah lah datang ke pejabatnya.

Dan lagi satu, Nayl masih bertanya-tanya. Kenapa tidak mahu bawa Naurah sekali? Apa salah isterinya?

"Hm, betul juga kata dia. Naurah pun lagi beberapa hari je lagi dah nak bersalin. Buat-buat dia terberanak dekat birthday party Sabrina macam mana?" Nayl cuba memikirkan hal yang baik.

Dan dia buat keputusan, dia akan turut juga hadir ke majlis hari lahir Sabrina. Orang dah jemput kan? Takkan nak tolak. Melihat Sabrina tadi pun sudah merayu agar Nayl turut hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience