Hari itu merupakan hari minggu.Bagi Amirul hari yang cukup bermakna.Amirul sedang berjoging bersama Amar di kawasan taman perumahan itu.Amirul membuka telefon bimbitnya.Ada sebuah pesanan dari seseorang.Dia membuka pesanan itu.
“Amirul,I nak minta tolong.Tolong I please.”
Pesanan mesej itu dari Liyana.Amirul juga telah mendapat beberapa panggilan dari Liyana.
Amirul memberhentikan lariannya.Dia meminta Amar untuk mencari tempat rehat.Baru dia tersedar,dia telah menukar setting di telefon bimbitnya menjadi senyap kerana dia mahu fokus dengan senamannya.
Amirul berasa agak pelik.Amar menjungketkan keningnya.
“Siapa tu Along?” kata Amar.
Amar yang masih terkaku itu memandang wajah adiknya.
“Liyana."
“Liyana?Dia nak apa?” Amar meregangkan kakinya .
“Dia mesej Along minta tolong.”
“Minta tolong? Kenapa?Dia ada masalah ke?” kata Amar lagi.
“Tak tahulah.Tu Along pelik tu.” Amirul masih bingung.
“Along trylah call dia.Mana tahu dia ada masalah.Dia kan kawan rapat Along dari kecil lagi.Mungkin dia mahukan pertolongan dari along.” ucap Amar.
Amirul mendiamkan diri.Dia tidak menjawab.
Amirul agak was-was dengan Liyana.Dia merasakan Liyana seperti membuat sesuatu di belakangnya.Namun kerana kata-kata positif dari Amar,Amirul cuba untuk menelefon Liyana.
Mungkin Liyana dalam masalah.Amirul cuba untuk positifkan fikirannya walaupun fikirannya masih merasakan negstif tentang Liyana.
Tidak sampai 5 minit,Amirul menelefon Liyana.Segera telefon itu diangkat oleh Liyana.
“Amirul,tolong I.I takut.” Terdengar suara Liyana yang serak-serak basah itu.Seperti sedang menangis.
“Kenapa Liyana?Awak okay tak?Awak cuba cerita kat saya.” jawab Amirul dengan cemas.
“I takut.I tak tahu I kat mana.U tolong ambil I kat sini.” kata Liyana yang sudah menangis.
Amirul agak risau.
“Awak rileks.Tarik nafas sekejap.Awak cuba cerita kat saya.” kata Amirul.
“Ada orang nak bunuh I.Amirul I takut.Tolong I.I tak tahu I kat mana.Please Amirul.Tolong I.” Liyana separuh merayu.
“Okay.Awak relaks.Sent location kat saya.Saya datang sekarang.” Amirul terus menutup telefon bimbitnya.
Amirul terus bangun dari tempat duduknya.
“Kenapa along?Along nak pergi mana?” Amar mengikuti langkah Amirul yang mencari kereta yang di parking olehnya.
“Along nak cari Liyana.Dia kena culik.Ada orang nak bunuh dia.Along tak sedap hati.” jelas Amirul.
“What?Liyana kena culik?Siapa pula yang nak bunuh dia?” Amar terkejut.
“Tak tahulah.Jom ikut along cari Liyana.Dia dah hantar location.
Mereka segera masuk ke dalam kereta.
***********************************
Amani dan Aini sedang berbual sambil menuju ke sebuah kedai.Sedang asyik berbual,Amani terlihat seseorang yang sangat dikenalinya.Amani memberhentikan langkahnya.
Aini tidak sedar bahawa Amani sudah tertinggal jauh di belakangnya.
“Kau cari baju yang cantik-cantik.Kau kan cantik.Mahu tergoda Mr Jebon kau tu.” Aini berkata seorang diri.Lagaknya seperti orang tidak waras sahaja.
“Kan Amani?Aik?Lah!Aku cakap sorang-sorang rupanya.Patutlah orang tengok aku.” Aini memusingkan badannya.Terlihat Amani yang berdiri tegak seperti melihat sesuatu.
Aini melangkah ke arah Amani.Dia menepuk bahu Amani.
“Mak kau.” latah Amani.Amani memusingkan badannya.
“Kau ni Aini.Terkejutlah.” gerutu Amani.Geram.
“Eleh.Tepuk sikit dah latah.Aku tadi ingat bercakap dengan kau.Sekali pandang-pandang.Rupanya cakap sorang-sorang.” Aini mencebikkan bibirnya.
“Sorylah.” Amani tersengih.
“Banyak kau punya sory.Sory sory naik lorilah.Tapi asal kau berdiri tegak kat sini?Kau tengok apa tu?" soal Aini.
Membebel je kerja si Aini ni.
Amani masih fokus pada orang tersebut.
“Aku macam kenal perempuan tu.Kau kenal tak Aini?” kata Amani.
“Mana?Tak nampak pun!” Mata Aini melilau mencari seseorang.
“Kau ni!Tu!Dengan lelaki pakai baju biru tu.” jelas Amani lagi.
“Eh?Tu bukan Liyana ke?Anak Dato' Araman..Kenapa?”
“Bukan dia suka bos ke?Tapi kenapa dia keluar dengan lelaki lain?Peliklah!" Amani terasa ingin tahu.
“Biarlah dia.Bukan kacau hidup kita pun.” Aini tidak mahu mengambil tahu.
“Eh?Tunggulah.Jom follow dia nak?Aku nak stalker dia kejap.” kata Amani.
“Kau ni.Biar betul?Tak nak aku.Nanti dia fikir kita ni spy bos pula.Tak naklah aku." Aini mahu melarikan diri tetapi ditarik oleh Amani.
“Ala.Kejap je.Please." Amani sudah membuatkan muka comelnya.Aini sudah masak dengan sikap Amani.
“Kau buat muka comel macam tu.Bukan aku je cair,Mr Jebon kau pun boleh cair.” sengih Aini.
“Eiii kau ni.Sempat lagi.Cepatlah.”
”Baiklah.Sekejap je.Lepas tu kita pergi shopping kasut pula.” ujar Aini.
Mereka pun mengikuti langkah Liyana.Hingga mereka melihat Liyana masuk ke dalam sebuah hotel bajet.Amani masih lagi mengikuti langkah Liyana.
Sedang mereka cuba ikuti langkah Liyana,seorang lelaki yang cukup mereka kenali masuk ke dalam hotel bajet itu.Bulat mata kedua-duanya.
“Eh?Tu bukan bos ke?Dia buat apa masuk hotel tu?” kata Aini sudah separuh ternganga.
“Jangan tanya aku.Aku tak tahu.Macam ada something je.Jom follow.” ajak Amani.
“Kau biar betul?Tak nak aku.Dahlah jom balik.” Aini menarik Amani.
“Kejaplah.Takkan nak balik?Dah alang-alang sampai baik masuk je."
Di dalam kepala Amani, bermacam-macam yang berada di fikirannya.
Amani masuk ke hotel bajet itu.Dia dan Aini memandang sekeliling hotel itu.Aini sudah menelan air liurnya.
Bos pemilik hotel itu menegur Amani.
“U mahu order bilik ke amoi?” ucap aunty Cina itu.
“Sudah.Kawan saya sudah orderkan.” kata Amani.Terpaksa menipu.Tipu sunatlah katakan.
“Itu orang pakai baju t-shirt hitam yang baru masuk tadi ya?” soal aunty Cina itu.
Amani hanya menganggukkan kepalanya sahaja.Dia tidak tahu siapa yang dikatakan oleh aunty itu.
Aunty itu tersenyum memandang Amani dan Aini.
Amani cuba mencari Amirul.Dia yang tadi terganggu oleh aunty itu menyambung mencari Amirul semula.Aini memikirkan sesuatu di kepalanya.
Baju t-shirt hitam?Macam baru aku tengok je.
Sampai di sebuah bilik.Amani menghentikan langkahnya.Pintu bilik itu dilihat terbuka.Amani dan Aini terlopong melihat sesuatu yang terjadi di hadapan mereka.
************************************
Amirul termenung sebentar di dalam kereta.Dia teringat akan kejadian yang berlaku tadi.
Flashback
Amirul sampai di sebuah bilik.Dia mengetuk pintu bilik.Amirul terdengar jeritan seorang wanita yang cukup dikenalinya.Dengan perasaan berdebar Amirul memulas tombol pintu.
Terlihat Liyana yang sudah tidak terurus.Di sampingnya ada seorang lelaki.Liyana terus berlari ke arah Amirul.Dia memeluk Amirul sekuat hati.Liyana menangis di dada bidang Amirul.Lelaki yang berada di situ mengeluarkan pisau dan dituju kepada Amirul.
“Kau serahkan perempuan tu kat aku.Kau jangan masuk campur hal urusan aku dengan dia.” kata lelaki itu.
“Kenapa aku kena serahkan dia pada kau?Kau nak bunuh dia?Meh sini hadap aku.“ terasa bergetar suara Amirul.
Liyana memandang Amirul.Dia menggelengkan kepalanya.
“Please Amirul.Tolong selamatkan I.I takut.” Liyana merayu.Amirul memeluk Liyana.
“Kau siapa nak tolong dia?Abang dia ke boyfriend dia?” lelaki itu tertawa jahat.
“Aku tak kisah dia siapa tapi dia pun nak hidup.Sesuka hati kau nak bunuh orang.Kau kena tahu negara kita ni ada undang-undang.Kalau kau bunuh orang kau boleh di penjarakan ataupun dikenakan hukuman gantung.Kau jangan sampai aku call polis.” ugut Amirul.
Lelaki itu tertawa mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Amirul.
“Kau ni kan bodoh.Liyana aku lepaskan kau kali ni.Lain kali,kau takkan terlepas dari aku.Kau kena ingat.Kalau kau tak bayar siap kau.” Lelaki itu memandang mereka berdua lalu keluar.
Liyana masih memeluk tubuh Amirul.
“Dah Liyana.Lelaki tu dah keluar.Aku ada dengan kau.Jangan takut.” ucap Amirul.
Semakin erat Liyana memeluk Amirul.
“Amirul nasib baik u datang.Kalau tak I dah mati kat sini.I takut dia akan kacau I lagi.” kata Liyana.Wajahnya dipenuhi air mata.
“Lepas ni kalau dia ganggu beritahu je.” ujar Amirul.
Liyana menganggukkan kepalanya.
“Awak betulkan pakaian awak,saya tunggu kat luar bilik.Saya hantar awak ke rumah.Lagipun saya bawa Amar sekali tapi dia tinggal kat kereta.Siap ya.Kita keluar dari sini.” kata Amirul.
Amar melihat abangnya yang termenung itu.
“Menung apa Along?Pasal Liyana?” kata Amar.
“Entahla.Along terfikir kenapa lelaki tu sampai nak bunuh dia?”
“Mungkin Liyana ada buat something pada lelaki tu.Mana kita tahu.Dia ada pinjam duit ke pastu tak bayar.Boleh jadi juga." ujar Amar.
Amirul menganggukkan kepalanya.
“Along teringat lelaki tu ada cakap kat Liyana.Kalau dia tak bayar siap.”
“Along kesian juga kat dia tu." kata Amirul lagi.
“Kalau Along kesian apa kata cuba call dia.Tanya dia sihat tak?Kita tak tahu dia trauma ke?” kata Amar lagi.
“Okey juga.Kejap Along call dia.”
Amirul terus mengambil telefon bimbitnya.Dia mendail nombor Liyana.
“Assalamualaikum Liyana.Awak okay ke?” ucap Amirul.
“Waalaikumsalam.Saya okay sikit.Buat susah je u call I.” kata Liyana.
Suara Liyana seperti serak.Mungkin dia menangis.
“Kenapa suara serak tu?Awak menangis ke?” soal Amirul agak risau.
“Tak adalah.I baru bangun tidur.Nak rehat kejap.” kata Liyana.
“Sory ganggu awak tidur.” ucap Amirul.
“Tak apa.I baru je terbangun." Sedang asyik mereka berbual terdengar suara dengkuran yang agak kasar.Lagaknya seperti seorang lelaki.Amirul mengerutkan dahinya.
Liyana cepat-cepat menjauhkan diri dari suara itu.
“Bunyi apa tu?” kata Amirul.
“Ha?Bunyi?Bunyi apa?” gagap Liyana menjawab.
“Macam dengar something je.Ada orang sebelah awak ke?” soal Amirul lagi.
“Ha.Ada.Wani sebelah I.Dia tengah tidur.Berdengkur kuat.” cover Liyana.
“Ohhh.Wani!Ingat siapa tadi?Dengar macam suara lelaki.” ucap Amirul.
“Bukan.Wani yang tidur.Dia tidur bilik I.Dia nak teman I tidur.Last-last dia yang tidur.Tak apalah u,I nak rehatlah.Badan penat.” kata Liyana.
“Tak apalah.Awak tidurlah.Rehatkan minda.Tenangkan diri.Jangan fikir hal tadi.”
“Okay thanks Amirul.” ucap Liyana.
“Welcome.”
Panggilan telah pun di tutup.
Liyana kena culik? Agak-agak korang betul ke Liyana kena culik?Atau dia nak perhatian Amirul? Siapa pula lelaki yang pegang pisau tu?Apa kaitan pula dengan Amani? just stay tune..tunggu next di next chapter
Share this novel